Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. CB-12B-15-11/2022
CB-12B-15-11/2022
High Court of Malaysia15 Dec 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 merujuk kepada kes Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) lwn Muhammad Nafiz bin Zulkifli [2021] MLJU 2121 di mana Mahkamah Tinggi telah mengesahkan jumlah RM22,000.00 bagi gantirugi bagi kecederaan ini. [14] Ma”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. CB-12B-15-11/2022
1
SRIRAJA HOLDINGS SDN BHD (NO. SYARIKAT: 575530W]
2
VELLAITHAN A/L MURUGAM … PERAYU-PERAYU DAN MOHAMAD HAFIZ BIN GHOZALI … RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. CB-A53KJ-303-12/2020 ANTARA MOHAMAD HAFIZ BIN GHOZALI …PLAINTIF
1
SRIRAJA HOLDINGS SDN BHD (NO. SYARIKAT: 575530W]
2
VELLAITHAN A/L MURUGAM … DEFENDAN-DEFENDAN] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang telah membenarkan gantirugi khas yang keseluruhannya berjumlah RM1,122,311.40 dengan faedah 5 % setahun kepada gantirugi am dan 2.5 % setahun bagi gantirugi khas. Bagi maksud alasan ini, pihak-pihak akan dirujuk sepertimana prosiding di Mahkamah Sesyen iaitu Perayu-perayu adalah Defendan-Defendan manakala Responden adalah Plaintif. [2] Tuntutan Plaintif ini adalah berkaitan dengan kemalangan jalan raya yang berlaku pada 24.01.2018. Kemalangan itu telah menyebabkan kecederaan dialami oleh Plaintif. [3] Plaintif dan Defendan-Defendan telah sudi bersetuju dengan liabiliti dalam kes ini semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen iaitu Plaintif bertanggungan 10 % dan Defendan-Defendan bertanggungan 90 %. Oleh itu rayuan dalam kes ini adalah berkaitan kuantum gantirugi sahaja. [4] Plaintif telah mengemukakan empat orang saksi termasuk Plaintif. Di samping itu laporan-laporan pakar turut dikemukakan bagi menyokong tuntutan Plaintif. Ini dapat dilihat di halaman 51 hingga 58, 73 hingga 150, 192 hingga 263 Rekod Rayuan. Analisa [5] Penentuan gantirugi dalam kecederaan yang dialami oleh individu adalah sesuatu yang sukar. Ia memerlukan penelitian kepada kecederaan yang dialami dan laporan pakar berkaitan kecederaan tersebut. Di samping itu pertimbangan juga perlu dibuat kepada keilatan yang dihadapinya itu telah menghalang Plaintif daripada menikmati kehidupan seperti biasa sebelum kecederaan itu dialami olehnya. [6] Hakikat gantirugi ekoran daripada kecederaan yang dialami oleh Plaintif telah dirumuskan dengan menarik oleh Dewan Pertuanan (House of Lord) dalam kes Parry v Cleaver [1970] A.C. 1 di mana Lord Morris of Borth-Y-Gest menyatakan seperti berikut: “To compensate in money for pain and for physical consequences is invariably difficult but it is recognised that no other process can be devised than that of making a monetary assessment. No sort of arithmetical calculation is possible. Money cannot really compensate for the loss of a limb or for any permanent deprivation of physical abilities or indeed for pain and suffering. There can be no equation between purchasing power and those things which cannot be purchased. But a money award is all that is possible. It is the best that can be done.” [7] Semasa mendengar rayuan berkenaan dengan gantirugi Mahkamah ini perlu mempertimbangkan panduan yang diberikan oleh Mahkamah Agong keadaan di mana mahkamah yang mendengar rayuan boleh campur tangan di dalam gantirugi yang telah diputuskan oleh Mahkamah Bicara. Ini dinyatakan dalam kes Tan Kuan Yau v Suhindrimani [1985] 2 MLJ 22 seperti berikut: “The principle that could guide this court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case, in particular the amount of the award. In a particular case therefore it is for the appeal court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that, either there was an omission on the part of the Judge to consider some relevant materials, or he had admitted for purposes of assessment some irrelevant considerations. If the court is satisfied or convinced that the Judge has acted upon wrong principles of law then it is justified in reversing; indeed, it is its duty to reverse the finding of the trial Judge.” [8] Begitu juga dalam kes Topaiwah v Salleh [1968] 1 MLJ 284 yang turut menegaskan garis panduan bilakah hakim bicara boleh campur tangan dalam gantirugi yang telah diputuskan oleh hakim bicara. Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “Or another way of putting it – that it is a matter of assessment but not of calculation. So far as this court is concerned we should, to paraphrase Greer L.J. in Flint Levell [1935] 1 KB 354 360 be disinclined to reverse the finding of a trial judge as to the amount of damages merely because we think that if we had tried the case in the first instance we would have given a lesser sum. To justify reversing him, we should be convinced that he acted upon some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it an entirely erroneous estimate of the damage. The assessments which the courts have made over the years form some guide to the kind of figure which is proper and which the appellate court will follow in the light of the special facts of each particular case.” [9] Penelitian kepada kes-kes di atas menunjukkan bahawa ruang untuk hakim yang mendengar rayuan campur tangan dalam keputusan hakim bicara berkenaan gantirugi adalah tidak luas. Ia hanya boleh dilakukan sekiranya didapati bahawa hakim bicara telah memutuskan gantirugi tersebut tidak berdasarkan kepada prinsip undang-undang berkenaan dengan gantirugi, jumlah yang diberikan adalah tidak sejajar dengan keputusan-keputusan yang lalu berkenaan dengan gantirugi tersebut atau gantirugi tersebut terlampau rendah atau terlampau berlebihan. Di samping itu sekiranya gantirugi tersebut diberikan tanpa sokongan keterangan yang sewajarnya boleh juga menjadi asbab kepada campur tangan hakim rayuan dalam keputusan gantirugi tersebut. Head Injury with Traumatic Brain Injury [10] Hakim Mahkamah Sesyen dalam kes ini telah memutuskan bahawa jumlah gantirugi bagi maudhu’ ini adalah RM100,000.00. Peguam pihak Defendan menyatakan bahawa jumlah yang sepatutnya diberikan dalam kes ini adalah sebanyak RM70,000.00. Sementara peguam Plaintif memohon supaya dipertimbangkan jumlah RM300,000.00. Dalam hal ini Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti laporan pakar pihak Defendan yang telah memperincikan kelemahan yang dihadapi oleh Plaintif ekoran daripada kecederaan tersebut seperti yang dinyatakan di muka surat 4 alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen. [11] Sementara itu jika diteliti kepada laporan yang dikemukakan oleh pakar Plaintif iaitu Dr. Khairul Muhsein Abdullah menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah keilatan kekal. Oleh yang demikian ia telah menjadi sandaran kepada hujahan peguam Plaintif untuk meningkatkan gantirugi kepada RM300,000.00. Pada masa yang sama Mahkamah ini juga meneliti keputusan dalam kes Cheong Voon Han v Thevan a/l Subramaniam & Anor [2019] 11 MLJ 220 dan Ang Yee Cheng & Anor v Ang Siang Hock (person under disability suing through Koh Beng Guek, litigation representative) [2016] 9 MLJ 238 yang telah mengesahkan jumlah yang diawardkan kepada kecederaan yang melibatkan otak ialah RM300,000.00. [12] Berdasarkan laporan pakar yang disediakan oleh Dr. Khairul Muhsein Abdullah tersebut pada pandangan doktor pakar tersebut keilatan yang akan dihadapi oleh Plaintif adalah melibatkan sakit kepala dan ia boleh dikawal dengan perubatan seperti ubat penahan sakit yang akan dialami oleh Plaintif sepanjang hayat beliau. Keilatan kognitif adalah sesuatu yang sukar dirawat dan ia adalah akan kekal. Mahkamah mendapati dalam kes ini Hakim Mahkamah Sesyen telah membandingkan laporan pakar Plaintif dan laporan pakar pihak Defendan dan berpendapat bahawa jumlah yang sewajarnya adalah RM100,000.00 walaupun ia adalah lebih rendah daripada RM300,000.00 yang dinyatakan dalam kes di atas dan juga seperti yang dinyatakan dalam kes Tan Cheong Poh & Anor v Teow Ah Keow [1995] 3 MLJ 89. Namun pertimbangan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen tersebut tidak mempunyai asas untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan Hakim Mahkamah Sesyen. Ia hanya boleh dilakukan sekiranya dapatan Hakim Mahkamah Sesyen itu dibuat dengan hanya berdasarkan kepada laporan pakar Plaintif semata-mata. Namun dalam kes ini Mahkamah berpendapat kedua-dua laporan pakar tersebut telah diteliti dengan sewajarnya oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Oleh itu Mahkamah berpendapat jumlah award tersebut adalah dikekalkan. Closed Fracture Proximal 3rd Left Humerus [13] Hakim Mahkamah Sesyen telah mengawardkan sejumlah RM25,000.00 bagi kecederaan ini. Ia dalah berdasarkan kepada keputusan dalam kes Ramesh a/l Kumaran v Zamri bin Abdullah & Anor [2022] 1 PIR 58 yang telah mengawardkan RM27,000.00 bagi kecederaan ini. Dalam hal ini secara perbandingan Mahkamah ini merujuk kepada kes Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) lwn Muhammad Nafiz bin Zulkifli [2021] MLJU 2121 di mana Mahkamah Tinggi telah mengesahkan jumlah RM22,000.00 bagi gantirugi bagi kecederaan ini. [14] Mahkamah ini berpendapat pertimbangan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan dengan jumlah tersebut adalah wajar dan tidak perlu diganggu oleh Mahkamah ini. Left Preganglionic Brachial Plexus Injury [15] Bagi kecederaan ini Hakim Mahkamah Sesyen telah mengawardkan sejumlah RM90,000.00. Peguam pihak Defendan menyatakan bahawa jumlah yang sewajarnya adalah RM75,000.00. Hakim Mahkamah Sesyen dalam kes ini telah merujuk kepada kes Purubakaran a/l Sandran v Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors [2021] 1 PIR 19. Sebaliknya Peguam pihak Defendan menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh Plaintif dalam kes ini bukannya keseluruhan tangan bagi mewajarkan jumlah tersebut. Namun begitu jika dilihat kepada laporan perubatan menyatakan bahawa Plaintif telah mengalami kecederaan complete brachial plexus dan juga claviculothoracic dislocation. Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti kecederaan yang dialami oleh Plaintif dalam maudhu’ ini dan mengambil perhatian kepada keadaan kecederaan itu telah menyebabkan Plaintif telah hilang rasa sentuhan pada bahagian kiri C5 dan juga T1. Mahkamah ini berpendapat pertimbangan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut berkenaan kehilangan rasa sentuhan yang dikaitkan dengan kecederaan tersebut adalah suatu yang mewajarkan jumlah RM90,000.00 diawardkan kepada Plaintif. Left Pneumothorax [16] Hakim Mahkamah Sesyen telah mengawardkan RM10,000.00. Peguam pihak Defendan menyatakan bahawa kecederaan yang dialami adalam kes ini adalah tidak serius jika dibandingkan dengan keputusan yang terdapat dalam kes Muhammad Shahid b Mohd Toha v Alwee Alywin bin Azlim [2020] 2 PIR 40. Oleh itu award yang sepatutnya diberikan adalah sebanyak RM5,000.00 sahaja. Namun begitu selain daripada alasan tersebut tiada hujahan daripada Peguam pihak Defendan yang menunjukkan bahawa award tersebut adalah tersasar daripada yang sewajarnya. Oleh itu Mahkamah berpendapat jumlah RM10,000.00 tersebut dikekalkan. Hyposmia Secondary to TBI (Loss of Smell – 50 %) [17] Hakim Mahkamah Sesyen telah mengawardkan RM35,000.00. Ia adalah berdasarkan kepada laporan yang menunjukkan bahawa keilatan yang dialami oleh Plaintif telah menyebabkan Plaintif telah mengalami hilang rasa bau iaitu 50 %. Oleh itu pertimbangan Hakim Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan tuntutan sebanyak RM45,000.00 oleh peguam Plaintif dan peguam Defendan jumlah RM20,000.00 oleh Defendan adalah suatu yang munasabah dan wajar dengan meneliti kepada kadar kehilangan bau yang dialami oleh Plaintif dalam kes ini. Oeh itu jumlah tersebut dikekalkan oleh Mahkamah ini. Scarring [18] Peguam Plaintif memohon supaya jumlah yang diberikan sebanyak RM30,000.00. Sementara peguam Defendan mencadangkan jumlah sebanyak RM12,000.00. Hakim Mahkamah Sesyen setelah menimbangkan parut-parut yang berada pada tubuh badan Plaintif/Responden dan telah membenarkan award sebanyak RM15,000.00 dengan juga mengambil kira kecederaan dan keilatan yang dialami oleh Plaintif. Mahkamah berpendapat award tersebut adalah suatu yang wajar dan tidak perlu gangguan daripada Mahkamah ini. Hematoma Over Left Eyebrow [19] Hakim Mahkamah Sesyen telah membenarkan award sebanyak RM8,000.00 dan menolak tuntutan RM10,000.00 dan bersetuju dengan hujahan Defendan iaitu Plaintif bahawa laporan perubatan awal tidak menunjukkan kecederaan ini. Namun demikian dalam laporan perubatan Plaintif di muka surat 94 yang sebenarnya tiada laporan yang sedemikian. Penelitian Mahkamah ini mendapati bahawa laporan yang berkaitan adalah di muka surat 107 hingga 111 dalam Rekod Rayuan
1
Namun demikian ia tidak dihujahkan secara mendalam oleh peguam pihak Defendan semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen. Oleh itu Mahkamah berpendapat bahawa jumlah tersebut telah dipertimbangkan berdasarkan kepada laporan daripada pakar yang berkenaan. Small Puncture Wound Over Left Chest Wall [20] Jumlah yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen adalah RM5,000.00. Ia adalah berdasarkan kepada kecederaan dan keilatan yang terdapat dalam laporan perubatan yang telah diteliti oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Oleh itu sukar Mahkamah ini untuk mengenepikan jumlah tersebut tanpa keterangan yang dapat mengakaskan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut. Oleh itu jumlah itu dikekalkan. Left Cribriform Plate Fracture [21] Hakim Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa jumlah sebanyak RM5,000.00 boleh diberikan kepada Plaintif walaupun dalam laporan perubatan awal tidak dinyatakan kecederaan ini. Namun begitu rujukan kepada kecederaan yang dialami oleh Plaintif, Hakim Mahkamah Sesyen berpendapat ia wajar diberikan jumlah sedemikian. Mahkamah ini tidak dalam kedudukan untuk mengenepikan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap berkenaan award tersebut. Oleh itu ia dikekalkan. [22] Sementara itu bagi kos rawatan masa hadapan Mahkamah telah meneliti secara terperinci alasan penghakiman yang dinyatakan berkenaan dengan perkara ini iaitu yang terdapat di halaman 16 hingga 21 iaitu di butiran 21 (a) hingga (g). Setelah meneliti hujahan pihak Plaintif dan Defendan-defendan Mahkamah mendapati tiada alasan yang wajar untuk dapatan-dapatan tersebut diketepikan oleh Mahkamah ini. Mahkamah ini mengesahkan dapatan dan award yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. [23] Sementara itu bagi gantirugi khas yang tertera di halaman 22 hingga 28, penelitian kepada alasan penghakiman dan hujahan pihak-pihak serta dokumen-dokumen yang dikemukakan juga tidak memberikan alasan untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan tersebut. Ia adalah dikekalkan. [24] Secara keseluruhannya Mahkamah ini berpendapatan tiada alasan untuk campur tangan dengan dapatan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Oleh itu rayuan oleh pihak Perayu adalah ditolak. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap kuantum adalah dikekalkan dan kos RM5,000.00 tertakluk kepada fi alokator. Bertarikh: 26 hb. Januari 2024 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Perayu/Defendan Koh Jun Wen Tetuan Gan Ho & Razlan Hadri Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden/Plaintif Balvinder Singh Tetuan Saleem Gill & Partners Bentong, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.