Content
WA-12ANCvC-103-07/2025 18/06/2026 13:27:26 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: WA-12ANCvC-103-07/2025
WA-12ANCvC-103-07/2025
High Court of Malaysia24 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“intah yang dikeluarkan oleh Mahkamah yang tiada bidang kuasa akan menjadi batal dan tidak sah. Hal ini telah dinyatakan oleh Majlis Privy dalam kes Redifussion (Hong Kong) Ltd v. Alt-Gen of Hong Kong [1970] AC 1136 muka surat 1152 para E, seperti berikut: Since lack of jurisdiction has the consequence that the court ha”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
WA-12ANCvC-103-07/2025 18/06/2026 13:27:26 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: WA-12ANCvC-103-07/2025
1
STORYWORLD SDN. BHD. (No. Syarikat: 200101010313/546069-H)
2
KOPERASI PERUMAHAN IMPIAN SELANGOR BERHAD (No. Pendaftaran: B-5-1839) ... PERAYU-PERAYU
1
KWOK PIN YOOK (No. K/P: 530914-71-5001)
2
TOH LEE TEN (No. K/P: 590125-01-5656) ... RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Sesyen Di Kuala Lumpur Dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Guaman Civil No: A-B52NCvC-61-02/2024
1
Kwok Pin Yook (No. K/P: 530914-71-5001)
2
Toh Lee Ten (No. K/P: 590125-01-5656) ... Plaintif-Plaintif
1
Storyworld Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 200101010313/546069-H)
2
Koperasi Perumahan Impian Selangor Berhad (No. Pendaftaran: B-5-1839)
3
UBB Amanah Berhad (No. Syarikat: 198801001043/168400-P)
4
M & H Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 200701001354 / 759352-K) ... Defendan-Defendan]
1
Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang telah menolak permohonan Perayu (Defendan Pertama dan Defendan Kedua di Mahkamah Sesyen) bahawa Mahkamah Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes ini. Permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 12 kaedah 10 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012).
2
Plaintif-Plaintif adalah individu yang merupakan ahli koperasi. Defendan Kedua adalah sebuah koperasi yang didaftar di bawah Akta Koperasi, 1993.
3
Asas kepada permohonan tersebut ialah kuasa untuk memutuskan sesuatu pertikaian di antara Plaintif dan Defendan Pertama dan Kedua adalah boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah seksyen 82(1) Akta Koperasi, 1993.
4
Sebaliknya, Plaintif menyatakan bahawa pertikaian di antara Plaintif dan Defendan Pertama dan Kedua tidak termasuk di bawah seksyen 82(1)(d) Akta Koperasi, 1993. Ia adalah berkaitan dengan kontrak di antara Plaintif dan Defendan Kedua. Ia tidak mengecualikan bidang kuasa Mahkamah Sesyen untuk memutuskan pertikaian tersebut.
5
Hakim Mahkamah Sesyen berpendapat tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah di atas pelanggaran kontrak. Mahkamah Sesyen bersandarkan kepada kes Koperasi Telekom Malaysia Berhad v. Ismail bin Nordin & Ors [2020] 3 CLJ 277 dan memutuskan permohonan ini ditolak.
6
Aturan 12 kaedah 10 KKM 2012 telah memperuntukkan tatacara pertikaian mengenai bidang kuasa Mahkamah. la boleh dikemukakan permohonannya di Aturan 12 kaedah 10(3) KKM 2012:
3
Suatu permohonan di bawah perenggan (1) atau (2) hendaklah dibuat melalui notis permohonan yang disokong dengan suatu afidavit yang menentusahkan fakta yang menjadi asas kepada permohonan itu dan suatu salinan afidavit itu hendaklah disampaikan dengan notis permohonan. Sesungguhnya permohonan untuk pertikaian bidang kuasa itu adalah wajar untuk dilakukan seawal mungkin. Ini akan membolehkan isu bidang kuasa itu diputuskan sebelum perbicaraan dimulai. Ini akan mengelakkan masa kehakiman akan disia-siakan. Di samping itu, ia boleh mengelakkan daripada sebarang perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah yang tiada bidang kuasa akan menjadi batal dan tidak sah. Hal ini telah dinyatakan oleh Majlis Privy dalam kes Redifussion (Hong Kong) Ltd v. Alt-Gen of Hong Kong [1970] AC 1136 muka surat 1152 para E, seperti berikut: Since lack of jurisdiction has the consequence that the court has no right to enter upon the inquiry as to whether there exists a state of facts which would entitle the court to grant to the plaintiffs the relief sought, the jurisdiction summons can succeed only if it is shown that, no matter what were the facts that the plaintiffs would be able to establish relating to the subject-matter of the dispute, viz., the passing of a bill in the Legislative Council of Hong Kong, the court would have no power to grant relief of the kind sought against the defendants.
7
Penelitian kepada Aturan 12 KKM 2012 menunjukkan ia adalah berkaitan kemasukan kehadiran kepada writ. Namun, ia juga memperuntukkan tatacara permohonan pertikaian berkenaan bidang kuasa. Pada hemat Mahkamah, ia memberikan hak kepada pihak yang mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah untuk mengemukakan permohonan kepada Mahkamah bicara untuk pertimbangan sebelum kes dimulakan perbicaraannya. Ini bertujuan bagi membolehkan isu berkenaan bidang kuasa Mahkamah diputuskan seawal mungkin sebelum prosiding bermula.
8
Adalah didapati bahawa terdapat permohonan pertikaian bidang kuasa yang dibuat atas alasan misalnya kekebalan daripada tindakan. Ini telah timbul dalam kes Dato' Param Cummarasamy v. MBF Capital Bhd & Anor [1997] 3 MLJ 824. Di dalam kes tersebut, permohonan telah dibuat di bawah Aturan 12 kaedah 7 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980, yang memperuntukkan seperti berikut: 7 (1) A defendant to an action may at any time before entering an appearance therein, or, if he has entered a conditional appearance, within 14 days after entering the appearance, apply to the Court for an order setting aside the writ or service of the writ, or notice of the writ, on him, or declaring that the writ or notice has not been duly served on him or discharging any order giving leave to serve the notice on him out of the jurisdiction.
2
An application under this rule must be made by summons.
9
Kini, kaedah tersebut sudah tiada di dalam KKM 2012. Ia diganti dengan Aturan 12 kaedah 10 bagi tujuan mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah. Oleh yang demikian, pada hemat Mahkamah apabila terdapat permohonan untuk mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah, ia perlu diteliti dengan sewajarnya berdasarkan kepada fakta-fakta dan afidavit-afidavit yang dikemukakan bagi menyokong permohonan tersebut. Sesungguhnya, permohonan pihak-pihak untuk mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah tidak wajar dilihat sebagai tindakan mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah. Sebaliknya, ia adalah proses yang dibenarkan di bawah undang-undang dan bertujuan untuk memastikan tindakan tersebut dibicarakan di Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa.
10
Secara umumnya, bidang kuasa civil yang melibatkan Mahkamah-Mahkamah Rendah khususnya Mahkamah Sesyen boleh digolongkan seperti berikut: a) Bidang kuasa perkara (subject matter) yang boleh didengar. Misalnya, bagi Mahkamah Rendah ia diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948. Bidang kuasa civil Mahkamah Sesyen dinyatakan di bawah seksyen 65 Akta Mahkamah Rendah 1948, seperti berikut:
1
Subject to the limitations contained in this Act, a Sessions Court shall have-
a
unlimited jurisdiction to try all actions and suits of a civil nature in respect of motor vehicle accidents, landlord and tenant and distress; [(1)(a) Am. Act A1382:s.7]
b
jurisdiction to try all other actions and suits of a civil nature where the amount in dispute or the value of the subject-matter does not exceed one million ringgit; and [(1)(b) Am. Act A1382:s.7]
c
without prejudice to the generality of paragraph (b), jurisdiction to try all actions and suits of a civil nature for the specific performance or rescission of contracts or for cancellation or rectification of instruments, within the jurisdiction of the Sessions Court. [(1)(c) Ins. Act A1382:s.7]
2
(Deleted by Act A434:s.4).
3
When the parties to an action or suit which, if the amount in dispute or value of the subject-matter thereof did not exceed the limit of the jurisdiction, would be cognizable by a Sessions Court, have entered into an agreement in writing that the Sessions Court shall have jurisdiction to try the action or suit, the Sessions Court shall have jurisdiction to try the same, although the amount of the subject-matter thereof may exceed the value limit of jurisdiction.
4
Every such agreement shall be filed in the Sessions Court and, when it is so filed, the parties to it shall be subject to the jurisdiction of the Sessions Court.
5
A Sessions Court may, in respect of any action or suit within the jurisdiction of the Sessions Court, in any proceedings before it-
a
grant an injunction; and
b
make a declaration, whether or not any other relief, redress or remedy is or could be claimed. Seksyen 70 Akta Mahkamah Rendah 1948 menyatakan seperti berikut:
1
Subject to subsection (4), a Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any action or suit for the recovery of immovable property, and thereupon to issue an order to the proper officer of the Court to put the plaintiff in possession of the property.
2
In any such action or suit, there may be added a claim for rent or mesne profits and for damages arising to the plaintiff from the defendant holding over or resisting his right of possession or reentry, and for damages for breach of any covenant, condition or agreement in relation to the premises.
3
(Deleted by Act A887:s.6).
4
Except as provided in section 71, the aforesaid jurisdiction shall not be exercised in any case where, in the opinion of the Court, there is a bona fide question of title involved and, subject to that section, recovery of possession of any immovable property under this section shall be no bar to the institution of an action, suit or proceeding of a civil nature in the High Court for trying the title thereto. b) Bidang kuasa wilayah (territorial jurisdiction). Misalnya, dibawah seksyen 59 Akta Mahkamah Rendah 1948 memperuntukkan seperti berikut:
1
The Yang di-Pertuan Agong may, by order, constitute so many Sessions Courts as he may think fit and shall have power, if he thinks fit, to assign local limits of Jurisdiction thereto.
2
Subject to this Act or any other written law, a Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any civil or criminal cause or matter arising within the local limits of jurisdiction assigned to it under this section, or, if no such local limits have been assigned, arising in any part of Peninsular Malaysia.
3
Each Sessions Court shall be presided over by a Sessions Court Judge appointed by the Yang di-Pertuan Agong on the recommendation of the Chief Judge. [(3] Am. Act A887:s.4]
4
Sessions Courts shall ordinarily be held at such places is the Chief Judge may direct, but should necessity arise they may also be held at any other place within the limits of their Jurisdiction. la telah dinyatakan dengan menarik dalam kes PP v. Abdul Hassan Mohamed Rashid [2022] 9 CLJ 502 Mahkamah juga merujuk seksyen 59 Akta Mahkamah Rendah 1948 dan menyatakan seperti berikut: [66] In the circumstances, we are of the considered view that since there is no assignment of local or territorial limits of jurisdiction to the Kuala Lumpur Sessions Court, s. 59(2) of the SCA 1948 comes into play, that the Kuala Lumpur Sessions Court may hear and determine any case arising in any part of Peninsular Malaysia. [67] The reasoning of the Judicial Commissioner in the present case, that the Kuala Lumpur Sessions Court was assigned with its local limits of jurisdiction under the 1955 Order, we find was flawed. The 1955 Order only assigned the local limits of jurisdiction to the Sessions Court of the State of Selangor. Undoubtedly, this is because the Federal Territory Kuala Lumpur and Labuan were then not in existence...
11
Pada masa yang sama terdapat juga peruntukkan undang-undang yang memperincikan bidang kuasa pendengaran kes melalui undang-undang bertulis. Ini bermakna bahawa terdapat badan lain yang dibenarkan oleh undang-undang untuk memutuskan pertikaian pihak-pihak. Badan-badan tersebut ada yang dinamakan sebagai Tribunal, Suruhanjaya atau Mahkamah. Misalnya, di bawah seksyen 21 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, telah diwujudkan Mahkamah Perusahaan. Begitu juga Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Tribunal Tuntutan Pengguna dan sebagainya.
12
Pada hemat Mahkamah ini, kewujudan badan-badan yang diberi kuasa untuk memutuskan pertikaian pihak-pihak di dalam ruang lingkup masing-masing adalah bagi membolehkan pertikaian pihak-pihak diselesaikan dengan cepat tanpa perlu menunggu dalam tempoh yang lama sekiranya ia difailkan di Mahkamah. Ini adalah disebabkan pertikaian-pertikaian tersebut akan lebih cepat diselesaikan oleh panel yang dilantik menganggotai tribunal tersebut. Ia adalah disebabkan mereka mempunyai kemahiran khusus bagi menyelesaikan pertikaian-pertikaian tersebut. Namun, ia tidak menghalang pihak-pihak yang terkilan dengan keputusan tribunal-tribunal tersebut untuk mengemukakan semakan kehakiman atau rayuan kepada Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis tersebut. Pada hemat Mahkamah, kefahaman berkenaan kepelbagaiian tribunal dan hasrat penubuhan tribunal-tribunal tersebut untuk meringankan beban tugas mahkamah sivil daripada mengendalikan kes-kes tersebut dapat membantu Mahkamah meneliti permohonan pertikaian bidang kuasa Mahkamah dengan lebih menyeluruh dan tidak menganggapnya sebagai satu tindakan yang mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah.
13
Pada masa yang sama, adalah didapati bahawa kewujudan tribunal-tribunal tersebut adalah terikat dengan undang-undang bertulis yang berkaitan. la telah memperincikan bidang kuasa dan jenis-jenis pertikaian yang boleh diputuskan oleh tribunal-tribunal tersebut. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk Mahkamah yang mempertimbangkan permohonan untuk pertikaian bidang kuasa melibatkan tribunal-tribunal berkenaan meneliti secara terperinci undang-undang bertulis yang menubuhkan tribunal-tribunal tersebut. Ini akan membolehkan Mahkamah memahami ruang lingkup bidang kuasa tribunal tersebut dan memutuskan sama ada pertikaian tersebut wajar diputuskan oleh tribunal atau Mahkamah.
14
Adakah tuntutan Plaintif terhadap Defendan ini termasuk di bawah takrifan pertikaian di bawah seksyen 82 Akta Koperasi 1993? Hakim Mahkamah Sesyen berpendapat tuntutan ini adalah melibatkan hubungan kontraktual antara Plaintif dan Defendan-Defendan. Hakim Mahkamah Sesyen bersandarkan kepada kes Koperasi Telekom Malaysia Berhad v. Ismail bin Nordin & Ors [2020] 3 CLJ 277. Penelitian kepada kes tersebut menunjukkan ia adalah berkaitan dengan tanggungjawab fidusiari Defendan sebagai bekas ahli Lembaga Pengarah Koperasi. Ini dapat dilihat pada para (xix) muka surat 285, seperti berikut: To summarise, it is the plaintiff's pleaded case that the cause of action against D1, D2 and D3 is for breach of fiduciary and statutory duties as former Board members of the plaintiff which had caused the plaintiff's substantive loss(es); and whereby D4 further conspired with the D1, D2 and D3 to execute these unlawful acts. Kes tersebut melibatkan permohonan untuk membatalkan kes tersebut di bawah Aturan 18 kaedah 19 KKM 2012 atas dakwaan penyalahgunaan proses. Ia telah ditolak oleh Mahkamah. Asas kepada dakwaan penyalahgunaan proses adalah disebabkan Plaintif terus memfailkan di Mahkamah tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Suruhanjaya Koperasi.
15
Penelitian Seksyen 83 Akta Koperasi 1993 memperuntukkan seperti berikut:
1
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, menubuhkan suatu tribunal untuk melaksanakan fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
2
Suatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh mendengar dan menentukan apa-apa pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan (2) yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen ini.
3
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan, yang selaras dengan peruntukan Akta ini, sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud membolehkan tribunal menjalankan fungsinya, dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pegawai dan prosiding tribunal itu.
4
Setelah suatu tribunal ditubuhkan di bawah subseksyen (1), segala pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan (2)-
a
yang berbangkit selepas penubuhan itu; atau
b
yang, sebelum penubuhan itu, telah dirujukkan kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen 82(1) tetapi yang berkenaan dengannya-
i
tiada langkah telah diambil atau tiada prosiding telah dimulakan oleh Suruhanjaya bagi penyelesaiannya di bawah perenggan 82(3)(a); atau
II
(ii) tiada keputusan telah dibuat oleh Suruhanjaya untuk merujukkan pertikaian itu kepada seseorang penimbang tara atau penimbang-penimbang tara bagi penyelesaian di bawah perenggan 82(3)(b) atau untuk menghendaki pihak yang berkaitan merujukkan pertikaian itu kepada mahkamah di bawah perenggan 82(3)(c), boleh dirujuk kepada tribunal itu oleh Suruhanjaya.
5
Suatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh-
a
mengambil dan menerima segala keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana tribunal memikirkan perlu untuk mengambil atau memeriksa;
b
menghendaki keterangan mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (dan boleh bagi maksud itu mengendalikan apa-apa sumpah atau ikrar) atau melalui akuan berkanun;
c
memanggil mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tribunal untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang dalam miliknya dan memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya;
d
mendengar dan menentukan pertikaian yang dirujukkan kepadanya walaupun tanpa kehadiran mana-mana pihak kepada pertikaian itu yang kepadanya telah diserahkan suatu saman atau notis untuk hadir;
e
walau apa pun undang-undang bertulis yang berhubungan dengan keterangan, menerima apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam prosiding civil atau jenayah; dan
f
menjalankan prosiding atau sebahagian daripadanya secara tertutup.
6
Award sesuatu tribunal hendaklah mengikat pihak-pihak.
6A
Jika suatu award telah dibuat oleh suatu tribunal, Setiausaha tribunal itu hendaklah atas permohonan pihak yang hendak menguatkuasakan award itu menghantar, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh permohonan itu satu salinan yang diperakui award itu kepada Pendaftar Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa di tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu atau di tempat award itu dibuat dan Pendaftar itu hendaklah menyebabkan award itu direkodkan dan award itu hendaklah selepas itu bagi segala maksud boleh dikuatkuasakan sebagai penghakiman Mahkamah Sesyen itu, mengikut apa-apa kaedah mahkamah yang terpakai atau, sekiranya tiada kaedah sedemikian, mengikut apaapa cara sebagaimana yang disifatkan adil atau suai manfaat oleh Mahkamah Sesyen itu.
6B
Walau apa pun tempoh yang dinyatakan dalam subperenggan (1)(a) Aturan 31 kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980] $ ^{} $ , tempoh yang dinyatakan dalam subperenggan itu hendaklah, berhubung dengan award yang dibuat sebelum subseksyen (6A) mula berkuat kuasa, disifatkan bermula dari tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen itu.
6C
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan apa-apa award yang dibuat oleh tribunal.
7
Mana-mana pihak yang terkilan dengan award tribunal boleh merayu terhadap award itu kepada Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai baginya.
8
Walaupun suatu tribunal telah ditubuhkan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya yang di hadapannya terdapat pertikaian yang belum diselesaikan di bawah perenggan 82(3)(a) atau mana-mana penimbang tara atau penimbang-penimbang tara yang kepadanya suatu pertikaian telah dirujukkan di bawah perenggan 82(3)(b) hendaklah terus menguruskan pertikaian itu di bawah perenggan tersebut, dan subseksyen 82(4), (6) dan (7) hendaklah terus terpakai bagi keputusan Suruhanjaya atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
9
Subseksyen 82(3), (4), (5), (6), (7) dan (8) tidak terpakai bagi apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepada tribunal di bawah seksyen ini.
10
Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai keputusan Suruhanjaya atau award penimbang tara atau penimbangpenimbang tara hendaklah, berkenaan dengan pertikaian yang diputuskan oleh tribunal di bawah seksyen ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai award tribunal itu. Seterusnya, seksyen 82(1) menyatakan seperti berikut:
1
Jika pertikaian yang menyentuh penubuhan, undang-undang kecil, pemilihan pegawai, perjalanan mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan suatu koperasi berbangkit-
a
di kalangan anggota, bekas anggota dan orang yang menuntut melalui anggota, bekas anggota dan anggota yang mati;
b
antara seseorang anggota, bekas anggota, atau orang yang menuntut melalui seseorang anggota, bekas anggota atau anggota yang mati dengan koperasi itu, Lembaganya, atau mana-mana pegawai koperasi itu;
c
antara koperasi itu atau Lembaganya dengan mana-mana pegawai koperasi itu; atau
d
antara koperasi itu dengan mana-mana koperasi lain, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Suruhanjaya bagi keputusannya. Sementara itu, seksyen 82(2) menyatakan seperti berikut:
2
Suatu tuntutan oleh sesuatu koperasi bagi apa-apa hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepada koperasi itu oleh seseorang anggota, bekas anggota atau penama, waris atau wakil di sisi undang-undang seseorang anggota yang mati, hendaklah disifatkan suatu pertikaian yang menyentuh perniagaan koperasi itu mengikut pengertian subseksyen (1).
16
Penelitian kepada Rang Undang-Undang Akta Koperasi 1993 yang pada asalnya dibentangkan di Parlimen melalui Rang Undang-Undang Koperasi 1992, D.R. 24/92, dalam huraian menyatakan seperti berikut berkaitan dengan seksyen 82 dan 83: Fasal 82 adalah mengenai penyelesaian pertikaian jika pertikaian itu menyentuh pemilihan pegawai, penjalanan mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan sesuatu koperasi. Fasal ini bertujuan memberi Ketua Pendaftar kuasa untuk memutuskan pertikaian-pertikaian sedemikian. Pertikaian-pertikaian sedemikian boleh juga dirujukkan oleh Ketua Pendaftar kepada penimbangpenimbang tara atau dia boleh mengarahkan supaya pihak-pihak dalam pertikaian itu merujukkannya kepada mahkamah. Fasal 83 bertujuan memberi Menteri kuasa untuk menubuhkan tribunal untuk mendengar dan memutuskan pertikaian-pertikaian.
17
Penelitian kepada penyata rasmi Parlimen bertarikh 22 dan 23 Disember 1992, ketika Rang Undang-Undang ini dibentangkan di Parlimen, tiada sebarang penjelasan terperinci berkenaan seksyen 82 dan 83 Akta Koperasi 1993 tersebut.
18
Mahkamah ini juga merujuk kes Koperasi Serbaguna Makmur Bhd. (Kosma) v. Jamil Ninggal & Ors [2019] 9 CLJ 600 yang melibatkan pembuangan kerja pekerja Koperasi. Ia melibatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Sesyen telah mengenepikan semakan kehakiman tersebut dan menjelaskan ruang lingkup seksyen 82 Akta Koperasi, 1993 seperti berikut: [30] It is clear from a reading of s. 82 that its purpose is the resolution of disputes. The type of dispute that the Commission may resolve is described in s. 82(1). It serves to define the limits of a dispute falling within the purview of the powers of the Commission. The specific words of both definition and limitation are:
1
"touching the constitution, by-laws, election of officers, conduct of general meetings, management or business of a cooperative society";
2
"arises - (a) among members, past members,... (b) between a member, past member... (c) between the co-operative society or... and any officer of the co-operative society" [31] Therefore, the section envisages that firstly, the dispute must "touch" on or relate to the constitution or by-laws of the society, the election of officers, conduct of general meetings by the society, management of the society, or the business of the co-operative society. [32] If it falls within those specific areas, then it is further honed down to encompass only disputes touching on the above matters between several categories of persons. On the facts of our case, it relates to a dispute between ex-employees or ex-officers of the co-operative society and the co-operative society. The question that falls for consideration is whether this dispute falls within the categories of disputes envisaged to be resolved by the Commission. [33] Construed as a whole, the Act relates to disputes concerning the internal or domestic affairs of the society and persons who are connected to the co-operative society. This is clear from a plain reading of the section. It does not purport to cover disputes which are outside of the scope of the workings and business of the society or persons who not members, past members or heirs or legal representatives of deceased members. In other words disputes which relate to members or officers/employees of the co-operative society only, fall within the purview of this section relating to the resolution of disputes. [55] For the foregoing reasons, we were unable to conclude as the learned High Court Judge did, that the decision of the Commission fell within the scope of its jurisdiction under the Act. On the contrary, we concluded that it was made in excess of jurisdiction and to that extent was tainted by illegality and/or irrationality.
19
Bagi memahami perhubungan di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan Kedua wajar Mahkamah ini meneliti surat yang dikeluarkan oleh Defendan Kedua. Ini dapat dilihat di halaman 197 di dalam afidavit sokongan Pemohon di ekshibit "KOPIS-5" menunjukkan seperti berikut: 197 103 Koperasi Perumahan Impian Selangor Bhd (KOPIS) (Reg No: B-5-1839) Level 3A, Tower KHK, Avenue 3, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur Kwok Pin Yook (NRIC No. 530914-71-5001) 19, Jalan Tekukur 2, Vistaria Residences Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong Selangor Darul Ehsan 7th June 2018 Dear Sir, RE: Confirmation of KOPIS Specific Savings Scheme for DreamHomes@Cyberjaya Welcome to KOPIS! I would like to confirm your full participation in the above through the management of M&H Sdn Bhd. Our Specific Savings Scheme for DreamHomes@Cyberjaya is tied to a mixed development project by Storyworld Sdn Bhd. The project is built on a piece of prime land at Cyberjaya (HSD 34461, PT48526, Mukim Dengkil, Sepang, Selangor) acquired by KOPIS. Your entitlement description is as follows: QtyServiced Apartment TypeOne-time payment via the management of M&H Sdn Bhd (RM)SPA Price (RM)Rebates (RM)Provisional Lot No Selected1(ONE) Unit850 sq ft2-Bedrooms337,500567,800230,300A-21-3A I would also like to announce that you have the option to nominate an additional party or $ 3 ^{rd} $ party legal person/entity to execute the Sales and Purchase Agreement, subject to approval from KOPIS board members. In addition to the above benefit, as a registered and legal owner of the property, you are also entitled to a share of profit generated from the Revenue Generating Assets (RGA) in proportion to the build-up area of the property you have purchased. The total percentage of the share of profit will be largely generated from rental income derived from Aged-Care Centre, Health & Wellness Centre, Training & Development Centre, and Virtual University. Finally, please take note that the proposed construction and development of the DreamHomes@Cyberjaya masterplan is subject to approval by relevant authorities, and may be changed, altered, modified in any way whatsoever. Ir. Habibullah Khong Sow Kee Treasurer of KOPIS S/N mSm7j0000000000
20
Ini menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif dan Defendan Kedua adalah penglibatan dalam skim yang diperkenalkan oleh Defendan Kedua sebagai sebuah Koperasi. Ia dikenali sebagai Dream Homes Service Apartment. Ini dapat dilihat di halaman 207, 209, 210, 211 Afidavit Sokongan Pemohon, di ekshibit KOPIS-8 dan ekshibit KOPIS-9, seperti berikut: Kwok Pin Yook (NRIC No. 530914-71-5001) 19, Jalan Tokukur 2, Vistaria Residences Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong Selangor Darul Ehsan 14th August 2018 Dear Sir & Madam, RE: Confirmation of DreamHomes' Service Apartment [luxury designer edition] Upgrade Package Congratulations on your upgrade I would like to hereby confirm that as a KOPIS members who participated earlier under our Specific Saving Scheme 2017, your request to take the opportunity to upgrade to the much anticipated luxury designer edition 2018, has been approved and accepted. Please take note of your participation details: Service Apartment CategoryUpgrade Package (RM)850 sqfr-2 bedrooms(A:21:3A)64,000 Key features of this limited-edition offer are: - Fully furnished and renovated according to the high meticulous standard of international award-winning interior designer (refer appendix A); - Health & wellness themed special features Incorporated by International wellness expert and award winner Dr Michael Tan; - Senior friendly features such as anti-slip flooring, senior shower seats, and widened master bedroom doors and bathroom inserted expertly by award real estate developer Tan Choe Lam; - Zero Defect Guarantee upon handover - an industry first offered by DreamHomes (terms and conditions apply); - Potential to lease back the service apartments to Storyworld Sdn Bhd on mutually agreeable terms; - Priority check-in at JETA aged care service centre for qualified property owners Finally, please take note that the proposed construction and development of the DreamHomes@CyberJaya masterplan is subject to approval by relevant authorities and these features may be changed, altered, modified in any way whatsoever based on fluctuating market forces. Yours Sincerely, Ir. Habibullah Khong Sow Kee Treasurer of KOPIS S/N mSm7lcS90ahgNLWeBF4g Note ; Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal #r/qZOj2yxkGhfrsoG8ZTZA Note ; Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 209 Kwok Pin Yook (NRIC No. 530914-71-5001) 19, Jalan Tekukur 2, Vistaria Residences Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong Selangor Darul Ehsan DAW. LB $ 1^{\mathrm{st}} $ August 2018 Dear Sir & Madam, RE: Confirmation of KOPIS Specific Saving DreamHomes Funds - Luxury Edition Welcome to KOPIS I would like to confirm your full participation in the above through the management of M&H Sdn Bhd. No other payments are expected from you for this participation. Our Specific Saving DreamHomes Funds - Luxury Edition is tied to a mixed development project by Storyworld Sdn Bhd. The project is built on a piece of prime land at Cyberjaya (HSD 34461, PT48526, Mukim Dengkil, Sepang, Selangor) acquired by KOPIS. Your entitlement description is as follows: QtyServiced Apartment TypeSPA Price (RM)Provisional Lot No Selected:1(ONE) Unit850 sq ft 2-Bedrooms709,000B-21-3A In addition, the key features of this limited-edition offer are: - Fully furnished and renovated according to the high meticulous standard of international award-winning interior designer (refer attached list); - Health & Wellness themed special features incorporated by International wellness expert and award winner Dr. Michael Tan; - Senior friendly features such as anti-slip flooring, senior shower seats, and widened master bedroom doors and bathroom inserted expertly by award real estate developer Tan Choe Lam; - 21 days defect rectification guarantee on furnishing items (terms and conditions apply); - Potential to lease back the service apartments to Storyworld Sdn Bhd on mutually agreeable terms; - Priority listing at JETA aged care centre. I would also like to announce that you have the option to nominate an additional party or party legal person/entity to execute the Sales and Purchase Agreement, subject to approval from KOPIS board members. S/N mSHH725dangNLWieBP4q Note: be sure number wilisow to verify geography from the Revenue Generating Assets (RGA) in N/N/rQZQJ2yxkGhfrsoG8ZTZA Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 210 Koperasi Perumahan Impian Selangor Bhd (0-5-1839) Level 3A, Tower 1, Avenue 3, The Horizon Bangsar South, No.8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur T: +603 3000 8890 E: kopisoffice@gmail.com In addition to the above benefit, as a registered and legal owner of the property, you are also entitled to a share of profit generated from the Revenue Generating Assets (RGA) in proportion to the build-up area of the property you have purchased. The total percentage of the share of profit will be largely generated from rental income derived from Aged-Care Centre, Health & Wellness Centre, Training & Development Centre, and Virtual University. Finally, please take note that the proposed construction and development of the DreamHomes@Cyberjaya masterplan is subject to approval by relevant authorities, and may be changed, altered, modified in any way whatsoever. Ir. Habibullah Khong Sow Kee Treasurer of KOPIS S/N mSm7IcS90ahgNLWleBF4g Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Nr/nqZOJ2yxkGhtfrsoG8ZTZA Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KOPIS BERHAD 211 Koperasi Perumahan Impian Selangor Bhd (0-5-1039) Level 3A, Tower 1, Avenue 3, The Horizon Bangsar South, No.8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur T: +603 3000 8890 E: kopisoffice@gmail.com Appendix A - Payment Received Schedule for B-21-3A 25th July 2018RM356,000.00--Total Payment ReceivedRM356,000.00
21
Adakah ia adalah hanya merupakan satu perjanjian di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan Kedua? Pada masa yang sama Mahkamah merujuk kepada Undang-Undang Kecil Koperasi Perumahan Impian Selangor Berhad di ekshibit KOPIS - 10 di halaman 214-258. Mahkamah ini mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tidak menimbangkan ekshibit-ekshibit tersebut secara terperinci dan hanya berdasarkan kepada kes Koperasi Telekom (supra) sahaja.
22
Mahkamah ini berpendapat sekiranya Hakim Mahkamah Sesyen menimbangkan secara mendalam dokumen-dokumen tersebut ia jelas menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif telah menyertai satu skim yang diperkenalkan oleh Defendan Kedua sebagai sebuah Koperasi. Hakim Mahkamah Sesyen juga tidak menimbangkan peraturan 62 dan peraturan 72, Undang-Undang Kecil Koperasi Perumahan Impian Selangor Sdn. Bhd yang memperuntukkan seperti berikut: Simpanan khas
62
Menurut perenggan 50(d) Akta, Koperasi boleh menerima simpanan khas daripada anggota tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan di dalam aturan dan wang ini boleh dikeluarkan dari semasa ke semasa. Penyenggaraan akaun 72(1) Menurut seksyen 58 Akta, Lembaga hendaklah menyenggara dengan sempurna dan kemaskini rekod perakaunan dan rekod lain mengenai tiap-tiap transaksi dan kedudukan kewangan Koperasi dan subsidiarinya, jika ada, yang berkaitan dengan-
a
aset tetap, pelaburan dan deposit;
b
syer serta simpanan khas yang dicarum oleh anggota; dan (c) aktiviti yang dijalankan.
2
Catatan di dalam rekod perakaunan dan rekod lain menurut fasal (1) hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari dan selesainya sesuatu transaksi, menurut subseksyen 58(2) Akta.
3
Penyediaan akaun iaitu akaun perdagangan, untung rugi dan kunci kira-kira hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas tamatnya tahun kewangan supaya dapat diaudit.
4
Akaun menurut fasal (3) yang telah diaudit hendaklah dibentangkan di dalam mesyuarat agung tidak lewat daripada enam bulan selepas tamatnya tahun kewangan itu.
5
Rekod perakaunan menurut fasal (1) hendaklah disimpan – (a) di pejabat berdaftar Koperasi pada sepanjang masa atau di mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga, menurut subseksyen 58(4) Akta; dan
b
selama enam tahun selepas diaudit menurut Peraturan.
6
Rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.
7
Lembaga boleh melantik mana-mana individu atau firma untuk mengemaskinikan rekod perakaunan bagi memastikan rekod tersebut dapat diaudit dalam tempoh yang ditetapkan.
8
Suruhanjaya boleh, menurut subseksyen 58(5) Akta, di dalam kes tertentu memerintahkan supaya rekod perakaunan Koperasi diserahkan untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang bertindak bagi pihak seseorang anggota atau pegawai.
9
Suatu senarai terperinci butiran perbelanjaan Lembaga dan bayaran kepada atau bagi pihak anggota individu Lembaga dan jawatankuasa hendaklah dimasukkan di dalam nota kepada akaun untung rugi Koperasi, menurut Peraturan. Penelitian kepada skim yang dikendalikan oleh Defendan Kedua menunjukkan ia adalah berkaitan Kopis Specific Saving Dream Homes Funds. Ia pada hemat Mahkamah berkaitan dengan peraturan 72 dan 62 Undang-Undang Kecil Koperasi. Ia melibatkan simpanan khas yang dinyatakan di bawah peraturan peraturan koperasi tersebut.
23
Oleh itu, adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa pertikaian di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan Kedua adalah berkaitan dengan kontrak semata-mata. Sebaliknya, ia adalah berkaitan dengan urus tadbir Koperasi dan Undang-Undang Kecil Koperasi. la adalah melibatkan urusan di antara koperasi dengan ahli-ahlinya. la juga melibatkan skim yang diperkenalkan oleh koperasi. Mahkamah ini berpendapat ianya adalah berbeza sekiranya transaksi melibatkan pihak Defendan Kedua dengan pihak ketiga yang bukan ahli koperasi. Namun, dalam kes ini, ia melibatkan urusan koperasi yang tertakluk di bawah ruang lingkup seksyen 82 Akta Koperasi 1993 yang perlu diputuskan oleh Suruhanjaya Koperasi yang ditubuhkan di bawah seksyen 83 Akta Koperasi 1993.
24
Setelah meneliti Alasan Penghakiman, afidavit-afidavit yang difailkan oleh pihak-pihak serta hujahan pihak-pihak bersama dengan penganalisaan kepada kedudukan undang-undang yang berkaitan, Mahkamah berpendapat bahawa rayuan ini dibenarkan dengan kos sebanyak RM4,000.00. Perintah Hakim Mahkamah Sesyen diketepikan. Catatan hujung
25
Pada hemat Mahkamah ini pengukuhan peranan tribunal di dalam menyelesaikan pertikaian pihak-pihak perlu diberikan pertimbangan yang serius. Ini akan membantu pertikaian pertikaian dapat diselesaikan dengan cepat tanpa perlu menunggu lama melalui prosiding biasa di Mahkamah. Ia tidak akan menjejaskan keadilan atau hak pihak-pihak untuk mempunyai akses ke Mahkamah. Ini adalah disebabkan pihak-pihak boleh mengemukakan semakan kehakiman atau rayuan terhadap keputusan tribunal-tribunal tersebut.
26
Namun demikian, penggubalan peraturan yang khusus untuk pengendalian kes-kes oleh tribunal perlu dipertimbangkan. Peraturan-peraturan berkaitan dengan prosiding di tribunal yang seragam akan mengelakkan kekeliruan pihak-pihak serta tribunal dalam menjalankan prosiding pendengaran dan keputusan. Ia tidak akan menyentuh bidang kuasa Tribunal dan pelantikan ahli Tribunal melalui peruntukkan di dalam "Akta Ibu" yang menjadi asas kepada penubuhan tribunal-tribunal tersebut. Adalah wajar juga dinyatakan dengan jelas hubungkait bidang kuasa tribunal dengan bidang kuasa mahkamah sivil bagi mengelakkan pertindihan prosiding yang melibatkan pertikaian yang sama.
27
Pertimbangan yang mendalam di dalam pengukuhan peranan tribunal dan hubungkaitnya dengan Mahkamah akan menjanjikan penyelesaian pertikaian pihak-pihak dengan lebih cepat. Pada masa yang sama mahkamah sivil boleh menumpukan masa dan tenaga untuk menyelesaikan pertikaian yang tidak boleh diselesaikan oleh tribunal-tribunal. Ia akan menyumbang kepada penyelesaian kes-kes di mahkamah sivil dengan lebih cepat dan tidak akan dibebani dengan jumlah kes tertunggak yang banyak. Ini akan menyebabkan pentadbiran keadilan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efisien seperti yang didambakan oleh masyarakat. Bertarikh: 18hb Jun 2026 ROSLAN BIN MAT NOR HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR Peguam Bagi Praveen A/L Paniselvam Perayu-Perayu (Tetuan Nor Affiza & Co.) Peguam Bagi Pihak Lim Kim Siong Responden-Responden Eng Joo Kei (Tetuan S K Song)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.