Content
JA-12B-89-12/2022 Kand. 34 25/05/2026 12:11:58 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
JA-12B-89-12/2022
High Court of Malaysia23 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(2) Where interest is awarded under subsection (1) for recovery of damages under section 6A of the Limitation Act 1953 [Act 254], the interest may be given for the whole or any part of the period between the starting date and the date of the judgment.”
“dan mendapati walaupun beliau mengalami beberapa kepatahan pada bahagian pelvic, namun ia melibatkan anggota bahagian yang sama. Dalam kes Seah Yit Chen v. Singapore Bus Service (1978) Limited & Ors [1990] CLJU 56; [1990] 1 LNS 56; [1990] 3 MLJ 144: Mahkamah telah memberikan global award bagi kecederaan yang melibatkan”
“ula, saya mendapati jumlah tersebut adalah berpatutan berdasarkan ciri hampir sama yang diputuskan dalam kes Nor Azira binti Zainal (supra) dan Muhd Sabri Syafiq Mohamed Romli v. Navinkumar Magendran [2021] CLJU 2463. Oleh itu, jumlah sebanyak RM10,000.00 yang diawardkan oleh HMS adalah munasabah dan berpatutan. Award”
“55. Prinsip yang sama telah terus diikuti baru-baru ini dalam kes Ahmad Faizal Mohamad Ali & Ors v. Jay Shree LC Doshi [2026] 4 CLJ 691 [2026] CLJU 327 di mana Mahkamah Rayuan melalui Shahnaz Sulaiman HMR menyebut- [75] In this regard, we are guided by the principles established in Chai Yee Chong (supra) that provide f”
“rt would be slow to interfere with the award. In Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 1 CLJ 429; [1985] 2 MLJ 22 SC, applying Greenfield v. London and North Eastern Railway Company [1945] KB 89, which held that the principle is not whether the appellate Court might have given rather more or rather le”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JA-12B-89-12/2022 Kand. 34 25/05/2026 12:11:58 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU
2
WARE INTERNATIONAL SDN BHD ... PERAYU-PERAYU DAN ... RESPONDEN DIGABUNGKAN DAN DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU GUAMAN NO: JA-12B-92-12/2022 ... PERAYU
2
WARE INTERNATIONAL SDN BHD ... RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU GUAMAN NO. JA-A53KJ-696-09/2019 ... Plaintif
2
WARE INTERNATIONAL SDN BHD ... Defendan-Defendan] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Bagi tujuan rayuan ini, pihak-pihak dirujuk sepertimana status mereka semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen sebelum ini.
2
Sebagai latar belakang ringkas, pada 17.8.2018 lebih kurang jam 5.30 pagi, suatu kemalangan jalan raya telah berlaku di KM 15.1 Lebuhraya Utara - Selatan berhampiran PlazaTol Skudai (arah selatan) yang melibatkan Plaintif yang menunggang motorsikal No. JQJ 5042 dengan sebuah lori No. BMW 2962 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki oleh Defendan Kedua. Kemalangan berlaku apabila Plaintif melanggar bahagian belakang lori tersebut yang diletakkan di laluan kecemasan Lebuhraya tersebut tanpa meletakkan apa-apa peringatan. Akibatnya, Plaintif telah mengalami kecederaan anggota badan yang serius.
3
Pada 5.12.2022, selepas perbicaraan penuh, Hakim Mahkamah Sesyen ("HMS") telah memutuskan bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua, masing-masing bertanggungan sebanyak 60% dan 40% terhadap kemalangan tersebut.
4
Tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut, kedua-dua pihak telah memfailkan rayuan mereka di mana Defendan-defendan telah memfailkan rayuan mereka melalui JA-12B-89-12/2022 manakala Plaintif pula melalui JA-12B-92-12/2022. Bagaimanapun, kedua-dua rayuan hanyalah melibatkan kuantum gantirugi sahaja.
5
Atas permintaan peguam kedua-dua pihak, saya membenarkan supaya kedua-dua rayuan didengar serentak memandangkan ia melibatkan latar belakang fakta yang sama.
6
Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan, secara amnya, tidak akan campur tangan terhadap keputusan mahkamah bicara melainkan mahkamah bicara tersebut telah melakukan kesilapan yang jelas (plainly wrong) dalam membuat keputusan. Abdul Hamid Omar KHN telah menggariskan prinsip utama mengenai kedudukan mahkamah yang mendengar rayuan semasa mendengar rayuan berkaitan dengan kuantum ganti rugi di mana dalam kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 2 MLJ 22 beliau menyatakan - "Now, in appeal on quantum of damages, it is essential in order to come to a conclusion, to bear in mind certain principles which are well established. The appeal court is slow, indeed, disinclined to interfere with the judge's finding merely because the appeal court thinks that if the case had been before it in the first instance a lesser sum would have been awarded. Asmi CJ (Malaya) (as he then was) giving the judgment of the Federal Court in Topaiwah v. Salleh [1968] 1 LNS 161; [1968] 1 MLJ 284 said that: In order to justify reversing the trial judge on the question of the amount damages it will generally be necessary that this court should be convinced either that the judge acted on some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it entirely an erroneous estimate of the damages to which the Perayu is entitled (see Flint v. Lovell [1935] 1 KB 354). The principle that should guide this court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case in particular the amount of the award. In a particular case therefore it is for the appeal court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that, either there was an omission on the part of the judge to consider some relevant materials, or he had admitted for purpose of assessment some irrelevant considerations. If the court is satisfied or convinced that the judge had acted upon wrong principle of law then it is justified in reversing; indeed it is the duty to reverse the finding of the trial judge."
7
Dalam kes Mokhtaruddin Abdullah & Anor v Norizan Rosdi & Ors [1998] 1 LNS 248 Abdul Wahab Patail HMT (pada masa itu) memutuskan-A long line of binding authority has established that an appellate Court would be slow to interfere with the award. In Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 1 CLJ 429; [1985] 2 MLJ 22 SC, applying Greenfield v. London and North Eastern Railway Company [1945] KB 89, which held that the principle is not whether the appellate Court might have given rather more or rather less, but only if the trial judge had omitted some relevant consideration or admitted some irrelevant consideration or if the amount is so excessive or insufficient as to be plainly unreasonable.
8
Dalam kes Rasidin Bin Partorjo v. Frederick Kiai [1976] 1 LNS 123 Wan Suleiman Pawan Teh HMP ketika menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan menyebut-The principle upon which an appellate court will interfere with an award of damages made by a judge sitting alone has been stated by Lord Wright in Davies v. Powell Duffryn Associated Collieries Ltd (2) at pp 616-617 as follows: Where the award is that of the judge alone, the appeal is by way of rehearing on damages as on all other issues, but as there is generally so much room for individual choice so that the assessment of damages is more like an exercise of discretion than an ordinary act of decision, the appellate court is particularly slow to reverse the trial judge on a question of the amount of damages. It is difficult to lay down any precise rule which will cover all cases, but a good general guide is given by Greer LJ in Flint v. Lovell. In effect the court, before it interferes with an award of damages, should be satisfied that the judge has acted on a wrong principle of law, or has misapprehended the facts, or has for these or other reasons made a wholly erroneous estimate of the damage suffered. It is not enough that there is a balance of opinion or preference. The scale must go down heavily against the figure attacked if the appellate court to interfere, whether on the ground of excess or insufficiency. Thus the appellant here has to convince us that the learned trial judge has acted on a wrong principle of law, or has misapprehended the facts, or has for other reasons made a wholly erroneous estimate of the damage suffered.
9
Dalam kes Amar Singh v. Chin Kiew [1960] 1 LNS 5; [1960] 26 MLJ 77 pula, Thompson KHN memutuskan- "...The fixation of damages is so largely a matter of opinion or of impression that differences of calculation or assessment are to be expected. It is an exercise of judicial discretion. Merely disagree with the figure arrived at by the trial judge is no ground for interference unless it is wholly erroneous estimate..."
10
Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini, sebagai mahkamah yang mendengar rayuan untuk menilai sama ada perayu-perayu telah berjaya membuktikan bahawa HMS telah melakukan kesilapan yang jelas dalam mentaksir kuantum gantirugi sebelum ini.
11
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, terdapat dua rayuan di hadapan saya. Sebagai permulaan saya akan membincangkan rayuan yang difailkan oleh Defendan-defendan dalam Rayuan No. JA-12B-89-12/2022.
12
Dalam Notis Rayuan mereka, Defendan-defendan tidak berpuas hati terhadap jumlah gantirugi berkaitan dengan perkara yang berikut:
a
kecederaan yang melibatkan open comminuted fracture left femur at proximal third and supracondylar (with 1 cm shortening);
b
kecederaan yang melibatkan pelvic fracture (right acetabulum/ symphyses pubis diathesis/ displaced fracture of right sacral ala/ fracture of coccyx/ fracture of left anterior superior iliac spine);
c
kecederaan yang melibatkan left $ 3^{rd} $ to $ 8^{th} $ ribs fracture/ pneumothorax/ bilateral lung contusion;
d
award bagi residual pain due to soft tissue damage and contracture;
e
award bagi extensive scarring; dan
f
award untuk kos rawatan di masa hadapan bagi erectile dysfunction PDE51. Award bagi open comminuted fracture left femur at proximal third and supracondylar (with 1cm shortening)
13
Bagi kecederaan yang melibatkan open comminuted fracture left femur at proximal third and supracondylar (with 1 cm shortening), Defendan-defendan menyatakan bahawa award sebanyak RM50,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah terlalu tinggi sedangkan Plaintif hanya mengalami satu kepatahan tulang iaitu open left femur fracture dan bukannya dua kepatahan tulang sebagaimana yang didapati oleh HMS. Tambahan pula, laporan x-ray menunjukkan kepatahan tulang tersebut telah sembuh sepenuhnya. Oleh itu, Defendan-defendan berhujah bahawa award sebanyak RM28,000.00 adalah memadai berdasarkan kepada nasnas yang dirujuk bagi kecederaan yang serupa.
14
Bagaimanapun Plaintif berhujah bahawa RM50,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah terlalu rendah memandangkan keseriusan kecederaan yang dialami oleh Plaintif. Justeru Plaintif berpandangan award tersebut wajar dinaikkan kepada RM80,000.00 atas alasan nas-nas menunjukkan bahawa kecederaan seumpama ini telah diberikan award sebanyak jumlah berkenaan.
15
Dalam hal ini, saya mendapati Plaintif mengemukakan Laporan Dr Yoga Raj dari Hospital Columbia Asia - Iskandar Puteri yang menyatakan bahawa berdasarkan laporan x-ray, Plaintif mengalami (m/s 253 RR) - Right Femur: Healed fracture of the proximal third of the left proximal third and distal third of the left
16
Selain itu, Dr. Lee Yeong Ji juga daripada Hospital Columbia Asia - Iskandar Puteri yang menyatakan bahawa berdasarkan laporan xray, Plaintif mengalami (m/s 264 RR) - Healed fracture proximal $ 3^{rd} $ and distal $ 3^{rd} $ of left femur with implant in situ
17
Oleh yang demikian saya bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Plaintif mengalami dua kepatahan tulang iaitu proximal $ 3^{rd} $ left femur dan distal $ 3^{rd} $ left femur. Selain itu, kepatahan tulang tersebut telah beransur sembuh walaupun tidak sepenuhnya.
18
Mengenai jumlah award pula, saya telah merujuk kepada kes Azman Bin Mohamad (JBSC JA-B53KJ-20-07/2017) yang dikemukakan oleh Plaintif dan mendapati HMS dalam kes tersebut telah memberikan award sebanyak RM60,000.00 bagi kecederaan yang hampir sama namun dalam kes tersebut mangsa mengalami kependekan kaki sebanyak 3.2 sm sedangkan dalam kes di hadapan saya, Plaintif mengalami kependekan sebanyak 1 sm.
19
Saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan award RM50,000.00 yang diberikan dalam kes Mohd Nazir bin Bakar & Anor v Wan Darusalam bin Wan Zain & 2 Ors [2017] 2 PIR [2], Ahmad Hamdi bin Md Taib v Lim Siew Tong [2014] 1 PIR [1], Mohd Nizam bin A Rahman v A Hamid bin A Kamar [2016] 2 PIR [51], Hanidah bt Rabuddin (f) v Kam Soon Wei & Anor [2013] 1 PIR [64] dan Hoo Tian Rong (JBSC Guaman No. JA-A53KJ-421-06/2019 disebabkan ciri kecederaan yang hampir sama dan kependekan yang minimum.
20
Sehubungan itu saya bersetuju dengan jumlah award yang diberikan oleh HMS sebelum ini dan tidak bercadang untuk mengganggunya. Award bagi kecederaan melibatkan pelvic fracture (right acetabulum/ symphyses pubis diathesis/ displaced fracture of right sacral ala/ fracture of coccyx/ fracture of left anterior superior iliac spine)
21
Bagi award yang diberikan untuk kecederaan melibatkan pelvic fracture (right acetabulum/ symphysis pubis diathesis/ displaced fracture of right sacral ala/ fracture of coccyx/ fracture of left anterior superior iliac spine) pula, Defendan-defendan menyatakan bahawa award sebanyak RM70,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah terlalu tinggi. Ini kerana Plaintif hanya mengalami open book pelvic fracture dan tidak melibatkan acetabulum fracture. Oleh yang demikian, Defendan-defendan berhujah bahawa jumlah RM50,000.00 adalah lebih berpatutan berdasarkan award yang kerap diberikan bagi kecederaan melibatkan kecederaan di pinggang.
22
Dalam hal ini, saya mendapati HMS telah memberikan award sebanyak RM70,000.00 sebagai global award bagi pelvic injuries yang dialami oleh Plaintif. Pendekatan yang dibuat oleh HMS ini tidak dipersetujui oleh Plaintif. Plaintif berhujah bahawa award berasingan harus diberikan kepada Plaintif memandangkan kecederaan berkenaan melibatkan tulang yang berlainan di bahagian pelvic sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Thinesh Kumar A/L Rajmohan v Mardin Bin Nanus (JBHC JA-12A-34-12/2017).
23
Saya telah meneliti kecederaan yang dialami oleh Plaintif dan mendapati walaupun beliau mengalami beberapa kepatahan pada bahagian pelvic, namun ia melibatkan anggota bahagian yang sama. Dalam kes Seah Yit Chen v. Singapore Bus Service (1978) Limited & Ors [1990] CLJU 56; [1990] 1 LNS 56; [1990] 3 MLJ 144: Mahkamah telah memberikan global award bagi kecederaan yang melibatkan anggota badan yang sama. Oleh itu, saya bersetuju dengan keputusan HMS untuk memberikan global award bagi kecederaan yang melibatkan pelvic Plaintif.
24
Mengenai jumlah award pula, saya mendapati Compendium of Personal Injury Award 2018 menyatakan bahawa award bagi kecederaan yang melibatkan multiple hip fractures with disabilities adalah antara RM43,000.00 hingga RM72,500.00. Oleh yang demikian, saya berpandangan award yang diberikan oleh HMS sebanyak RM70,000.00 adalah dalam julat biasa bagi kecederaan sedemikian. Award bagi left $ 3^{rd} $ to $ 8^{th} $ ribs fracture/pneumothorax/bilateral lung contusion
25
Bagi kecederaan yang melibatkan left $ 3^{rd} $ to $ 8^{th} $ ribs fracture/ pneumothorax/ bilateral lung contusion, Defendan-defendan menegaskan bahawa award sebanyak RM60,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah keterlaluan. Ini kerana Plaintif hanya menjalani rawatan secara konservatif sahaja. Ini menurut Defendan-defendan menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah tidak serius. Oleh itu, Defendan-defendan berhujah bahawa global award sebanyak RM18,000.00 adalah lebih munasabah berdasarkan kepada julat bagi kecederaan yang melibatkan tulang rusuk adalah dalam lingkungan RM4,000.00 hingga RM5,000.00 sahaja. 26 Bagaimanapun Plaintif berhujah bahawa HMS terkhilaf kerana memberikan global award sedangkan Plaintif mengalami beberapa kecederaan lain yang berkaitan seperti splenic injury, urinary bladder contusion, left perineum hematoma, lower abdominal muscular injury, lower abdominal wall hematoma. Oleh itu Plaintif berhujah bahawa Plaintif wajar diberikan award sebanyak RM25,000.00 bagi setiap kecederaan tersebut.
27
Dalam hal ini, saya mendapati dalam Laporan Perubatan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Plaintif mengalami kepatahan tulang rusuk kiri 3, 5, 7 dan 8. Bagaimanapun dalam Laporan Perubatan Hospital Kulai, Plaintif mengalami kepatahan tulang rusuk kiri 6, 7 dan 8. Disebabkan Plaintif mengalami kecederaan di tempat yang sama, saya bersetuju dengan dapatan HMS untuk memberikan global award bagi kecederaan berkenaan.
28
Mengenai kuantum pula, saya mendapati Compendium of Personal Injury Award 2018 menyatakan bahawa award bagi kecederaan yang melibatkan rib fractures adalah antara RM40,000.00 hingga RM70,000.00. Oleh yang demikian, saya berpandangan award yang diberikan oleh HMS sebanyak RM60,000.00 adalah dalam julat yang munasabah dengan mengambil kira jumlah kepatahan tulang rusuk yang dialami oleh Plaintif. Tambahan pula, rawatan yang diberikan adalah secara konservatif tanpa melibatkan pembedahan. Award bagi residual pain due to soft tissue damage and contracture
29
Bagi award yang melibatkan residual pain due to soft tissue damage and contracture, Defendan-defendan menyatakan bahawa award sebanyak RM10,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah suatu kekhilafan. Ini kerana award yang berasingan tidak wajar diberikan berikutan ia adalah keilatan daripada kecederaan yang dialami oleh Plaintif dan kecederaan ini telah diberikan pampasan.
30
Dalam hal ini, saya mendapati bahawa tidak dinafikan Plaintif mengalami kecederaan serius yang melibatkan bahagian luaran dan dalaman pada bahagian tangan, perut, pinggang, lutut dan kaki. Bagaimanapun, disebabkan kesakitan tersebut berlaku di banyak tempat, saya bersetuju dengan pandangan HMS bahawa award berasingan wajar diberikan kepada Plaintif sebagaimana yang diputuskan Nor Azira binti Zainal (merupakan seorang infan yang menuntut kerugian melalui bapanya atau wakil litigasinya iaitu Zainal bin Abd Ghani) & 2 Ors v Mohd Nashriq bin Roslan (Zainal bin Abd Ghani - Third Party) [2018] 1 PIR [7].
31
Mengenai jumlah RM10,000.00 pula, saya mendapati jumlah tersebut adalah berpatutan berdasarkan ciri hampir sama yang diputuskan dalam kes Nor Azira binti Zainal (supra) dan Muhd Sabri Syafiq Mohamed Romli v. Navinkumar Magendran [2021] CLJU 2463. Oleh itu, jumlah sebanyak RM10,000.00 yang diawardkan oleh HMS adalah munasabah dan berpatutan. Award bagi extensive scarring
32
Bagi award yang melibatkan extensive scarring, Defendandefendan berhujah bahawa jumlah sebanyak RM20,000.00 yangdiberikan oleh HMS adalah terlalu tinggi. Ini kerana parut-paruttersebut adalah kecil dan tertumpu pada anggota badan yang sama serta akan pulih mengikut peredaran masa. Oleh itu, Defendandefendan berhujah bahawa jumlah sebanyak RM3,000.00 adalahlebih munasabah.
33
Dalam hal ini, saya mendapati Compendium of Personal Injury Award 2018 menyatakan bahawa award bagi kecederaan yang melibatkan parut yang pelbagai adalah antara RM10,000.00 hingga RM40,000.00. Oleh yang demikian, saya berpandangan award yang diberikan oleh HMS tersebut adalah berpatutan dengan mengambil kira parut yang dialami oleh Plaintif bukan sahaja banyak, tetapi bersaiz besar dan mencacatkan penampilan beliau. Award bagi future treatment cost for erectile dysfunction
34
Bagi award yang melibatkan future treatment cost for erectile dysfunction, Defendan-defendan menegaskan award sebanyak RM148,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah suatu kekhilafan. Ini kerana Plaintif hanya mengalami kesan erectile dysfunction ("ED") yang minimum dan mampu untuk menjalin hubungan seksual. Oleh itu, award ini tidak wajar diberikan kepada Plaintif.
35
Dalam hal ini, saya bersetuju dengan hujahan Defendan-defendan bahawa Plaintif tidak mengalami masalah ED yang serius. Namun faktanya adalah Plaintif mengalami keilatan tersebut. Oleh kerana kedua-dua pakar urologi Defendan-defendan dan Plaintif sependapat tentang ED yang dialami oleh Plaintif, maka award bagi kecederaan ini wajar diberikan.
36
Mengenai jumlah award, saya mendapati kedua-dua pakar perubatan mencadangkan agar Plaintif menjalani rawatan ubat PDE5 inhibitor dan paling ekstrim adalah penile implant. Untuk perubatan ini, dan kos PDE5 adalah RM400.00 sebulan dan perlu diambil sehingga umur Plaintif 70 tahun. Oleh itu, 70 tahun - 39 tahun = 31 tahun. Oleh itu 31 tahun x RM400.00 x 12 bulan = RM148,000.00. Oleh yang demikian, jumlah RM148,000.00 yang diawardkan oleh HMS adalah munasabah.
37
Sebagai kesimpulan, bagi JA-12B-89-12/2022, saya menolak rayuan Defendan-defendan.
38
Bagi Rayuan No. JA-12B-92-12/2022, Plaintif merayu bagi 16 perkara yang berikut:
a
penolakan HMS yang bagi tuntutan melibatkan melibatkan mild right frontal and right ethmoidal rhinosinusitis, gait impairment, increased risk of developing left knee osteoarthritis, anal injury complicated with infected hugh fusula-in-ano, left orchitis;
b
penolakan HMS bagi tuntutan melibatkan kehilangan prospek perkahwinan;
c
penolakan HMS bagi tuntutan melibatkan total knee replacement dan 2 revision untuk total knee replacement;
d
penolakan HMS bagi tuntutan melibatkan pain and suffering for past surgeries;
e
penolakan HMS bagi tuntutan melibatkan fisioterapi;
f
keputusan HMS yang hanya membenarkan 1/3 daripada kos pembedahan di masa hadapan;
g
keputusan HMS yang hanya membenarkan sebahagian daripada kos masa hadapan bagi PDE51;
h
penolakan HMS bagi tuntutan melibatkan prostaglandin injection/ caverjet dan penile implant;
i
keputusan HMS yang hanya membenarkan sebahagian daripada future treatment cost for bladder injury iaitu urology follow up, flow rate, cystoscopy dan urodynamic study;
j
penolakan HMS bagi tuntutan untuk future medication melibatkan painkiller;
k
penolakan HMS bagi tuntutan melibatkan future loss of earning;
i
(I) keputusan HMS yang menggunakan multiplier dan multiplicand yang rendah bagi tuntutan yang melibatkan actual loss of earnings;
m
keputusan HMS yang hanya membenarkan award untuk loss of earning capacity yang terlalu rendah;
n
keputusan HMS yang hanya membenarkan 1/3 daripada bil perubatan di Columbia Asia Hospital;
o
keputusan HMS yang membenarkan award kos penjagaan yang terlalu rendah; dan
p
keputusan HMS yang hanya membenarkan faedah sebanyak 2.5% ke atas gantirugi khas berbanding 5%. Award bagi mild right frontal and right ethmoidal rhinosinusitis
39
Plaintif berhujah bahawa penolakan HMS bagi award berkaitan mild right frontal and right ethmoidal rhinosinusitis adalah suatu kekhilafan kerana kecederaan ini ada dinyatakan dalam laporan Hospital Columbia Asia bertarikh 27.8.2018 yang menyatakan bahawa "No evidence of intracranial haemorrhage or skull fracture noted" tetapi terdapat "mild right frontal and right ethmoidal rhinosinusitis".
40
Dalam hal ini, saya mendapati walaupun kecederaan ini dinyatakan dalam laporan Hospital Columbia Asia bertarikh 27.8.2018 tersebut, namun, kecederaan ini tidak dinyatakan sama ada dalam laporan awal perubatan atau laporan pakar kedua-dua Plaintif dan Defendan-defendan. Jika benar Plaintif mengalami kecederaan ini, mengapa ia tidak dinyatakan dalam laporan-laporan tersebut? Tiada penjelasan diberikan oleh Plaintif mengapa kecederaan ini tidak dinyatakan dalam laporan-laporan awal berkenaan. Oleh yang demikian, penolakan HMS bagi tuntutan ini adalah berasas. Award bagi gait impairment
41
Plaintif berhujah bahawa penolakan HMS bagi award berkaitan gait impairment adalah suatu kekhilafan kerana perkara ini ada dinyatakan dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Dr. Yoga di mana dinyatakan "limps while walking".
42
Dalam hal ini, saya mendapati laporan perubatan yang dikemukakan oleh Defendan-defendan menyatakan bahawa Plaintif "able to walk with normal gait" iaitu berjalan secara normal dan tiada gait impairment. Selain itu Laporan Datuk Dr Yeo Poh Hong dari Hospital Pantai Kuala Lumpur (m/s 374 RR) menyatakan "in the lower limbs his gait was now normal...". Oleh yang demikian, saya mendapati bahawa penolakan HMS bagi tuntutan ini adalah berasas. Award bagi increase risk of developing left knee osteoarthritis
43
Plaintif berhujah bahawa penolakan HMS bagi award berkaitan increase risk of developing left knee osteoarthritis adalah suatu kekhilafan kerana laporan Dr. Yoga menyatakan "this patient will develop osteoarthritis of the left knee earlier in the future."
44
Dalam hal ini saya mendapati laporan perubatan Dr. Yoga tersebut menyatakan bahawa Plaintif berkemungkinan mengalami osteoarthritis di masa hadapan. Bagaimanapun, saya mendapati dalam laporan perubatan yang lain khususnya yang terkini tidak menyatakan kemungkinan berkenaan. Oleh itu, tiada sebab untuk gantirugi yang melibatkan osteoarthritis pada masa hadapan diberikan kepada Plaintif. Award bagi anal injury complicated with infected high fistula-in-ano /left orchitis
45
Plaintif berhujah bahawa penolakan HMS bagi award berkaitan anal injury complicated with infected high fistula-in-ano /left orchitis merupakan suatu kesilapan yang jelas. Ini kerana kecederaan tersebut ada dinyatakan oleh Dr Kerwin daripada Columbia Asia Hospital.
46
Dalam hal ini saya telah meneliti alasan penghakiman HMS dan mendapati bahawa kecederaan tersebut telah diambil kira oleh HMS. Namun disebabkan kecederaan ini bertindih dengan pelvic fracture (right acetabulum/ symphysis pubis diathesis/ displaced fracture of right sacral ala/ fracture of coccyx/ fracture of left anterior superior iliac spine), maka HMS telah menolak award secara berasingan. Sebaliknya HMS telah memberikan global award bagi kecederaan yang melibatkan pelvic termasuklah kecederaan yang dituntut oleh Plaintif ini. Ringkasnya, kecederaan ini tidak ditolak atau tidak diambil kira oleh HMS, sebaliknya telah dimasukkan secara global award.
47
Oleh itu, saya bersetuju dengan dapatan HMS tersebut dan tuntutan bagi award ini secara berasingan wajar ditolak. Award bagi loss of marriage prospect,
48
Plaintif berhujah bahawa penolakan HMS bagi award berkaitan loss of marriage prospect adalah suatu kekhilafan. Ini kerana, menurut Plaintif, adalah sukar dan hampir mustahil baginya untuk mendapatkan seorang wanita yang sanggup berkahwin dengan Plaintif yang mempunyai keilatan fizikal seperti kependekan kaki sebelah, masalah ED dan mempunyai parut di hampir keseluruhan tubuh.
49
Dalam hal ini, saya mendapati tiada bukti yang menunjukkan kecederaan yang dialami oleh Plaintif akan menyebabkan beliau kehilangan prospek perkahwinan. Ini kerana masalah ED yang dihadapinya adalah minimum selain beliau sedang menjalani rawatan. Plaintif juga boleh bekerja, bebas bergerak dan menguruskan dirinya sendiri. Oleh yang demikian, keputusan HMS yang menolak tuntutan ini adalah berasas. Award bagi total knee replacement and 2 revisions for total knee replacement
50
Plaintif berhujah bahawa penolakan HMS bagi award berkaitan total knee replacement and 2 revisions for total knee replacement adalah suatu kesilapan yang jelas kerana Dr. Yoga mendapati Plaintif mengalami osteoarthritis dan memerlukan rawatan berkenaan.
41
Mengenai hal ini, saya mendapati walaupun Dr. Yoga mendapati Plaintif mengalami osteoarthritis dan memerlukan rawatan total knee replacement and 2 revisions for total knee replacement, namun dapatan ini disangkal oleh doktor pakar lain yang memeriksa Plaintif. Datuk Dr. Yeoh menyatakan - "There is no indication that he (Plaintiff) will develop osteoarthritis of the left knee and his suggestion that he will require total knee replacement is extreme speculation on his part... there is no reason why he should develop osteoarthritis in the knee in future, He is not on any painkillers since his last follow up and he has gone back to all physical activities he was capable of prior to his accident... it is therefore speculating with regards to the osteoarthritis of the left knee joint in the absence of any supporting evidence...
42
Oleh yang demikian penolakan HMS terhadap tuntutan Plaintif melibatkan kos rawatan ini adalah wajar dan berasas. Award bagi pain and suffering for past surgeries
43
Plaintif berhujah bahawa penolakan HMS bagi award berkaitan pain and suffering for past surgeries juga suatu kekhilafan. Ini kerana menurut Plaintif, dia telah menjalani 6 pembedahan bagi pelbagai kecederaan yang dialaminya.
44
Saya telah meneliti alasan penghakiman HMS yang menolak tuntutan Plaintif ini atas alasan ia telah dimasukkan dalam setiap kecederaan yang dialami oleh Plaintif sebelum ini. Oleh yang demikian HMS tidak memberikan award yang berasingan bagi kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh Plaintif dalam setiap pembedehan yang dijalaninya.
45
Berdasarkan alasan HMS tersebut, saya bersetuju dengan dapatan tersebut dan ia adalah wajar serta berasas. Award bagi fisioterapi
46
Plaintif berhujah bahawa penolakan HMS bagi award berkaitan fisioterapi adalah tidak wajar kerana Dr. Yoga sendiri berpandangan bahawa Plaintif memerlukan fisioterapi bagi menambah baik range of motion and muscle bulk Plaintif.
47
Dalam isu fisioterapi ini, saya mendapati Datuk Dr. Yeoh di akhir laporan membuat kesimpulan dengan menyatakan "He does not require any institutional physiotherapy as recommended". Bahkan saya juga mendapati Plaintif telah disahkan sembuh serta boleh bekerja tanpa mendapat rawatan susulan. Oleh yang demikian saya bersetuju dengan keputusan HMS yang menolak tuntutan Plaintif bagi kos fisioterapi berdasarkan kepada pandangan pakar orthopedik berkenaan. Award bagi loss of earning capacity
48
Plaintif berhujah bahawa HMS telah memberikan award loss of earning capacity yang terlalu rendah dan tanpa mengambil kira pekerjaan, pendapatan, umur dan jenis pekerjaan Plaintif.
49
Saya telah meneliti alasan penghakiman HMS dan mendapati HMS telah mengambil kira pekerjaan Plaintif sebagai tukang masak serta ciri-ciri pekerjaan tersebut di samping pendapatan bulanan serta umur Plaintif dalam mentaksir jumlah award yang sesuai. Adalah sesuatu yang tidak berasas apabila Plaintif menyatakan bahawa perkara-perkara tersebut tidak diambil kira oleh HMS.
50
Bagaimanapun saya mendapati tiada bukti dikemukakan yang menunjukkan Plaintif tidak berupaya untuk bekerja selepas selesai cuti sakit. Tambahan pula laporan doktor mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh Plaintif telah sembuh dan boleh membuat kerja-kerja ringan. Plaintif telah mula bekerja selepas kemalangan berlaku. Fakta bahawa Plaintif tidak bekerja sejak awal 2020 bukan disebabkan keilatan yang dialaminya, tetapi adalah disebabkan restoran tempat Plaintif bekerja telah ditutup. Oleh yang demikian keputusan HMS yang memberikan kehilangan keupayaan untuk mendapatkan pendapatan sebanyak RM35,000.00 bulan berdasarkan kehilangan pendapatan selama 11 bulan, dan bukannya 51 bulan sepertimana yang dituntut oleh Plaintif, adalah betul dan tidak wajar diganggu. Award bagi actual loss of earnings
51
Plaintif berhujah bahawa penolakan HMS bagi actual loss of earnings selepas cuti sakit adalah suatu kesilapan. Ini kerana selepas cuti sakit berakhir Plaintif telah tidak bekerja.
52
Dalam hal ini, saya mendapati fakta bahawa Plaintif tidak bekerja selepas cuti sakit berakhir bukan disebabkan keilatan yang dialaminya, tetapi ia disebabkan oleh restoran tempat Plaintif bekerja telah ditutup. Mengenai cuti sakit pula, ia adalah tempoh yang diberikan secara rasmi oleh doktor yang terlatih setelah mengambil kira kecederaan yang dialami oleh pesakit (lihat kes Muhd Sabri Syafiq Mohamed Romli (supra)). Sekiranya Plaintif tidak boleh bekerja selepas tempoh tersebut, pasti pihak hospital akan melanjutkan tempoh cuti sakit berkenaan. Oleh yang demikian saya bersetuju dengan keputusan HMS tersebut yang hanya membenarkan actual loss of earnings sepanjang cuti sakit sahaja. Kos yang dibenarkan hanya 1/3 daripada bil perubatan
53
Plaintif berhujah bahawa keputusan HMS yang hanya membenarkan 1/3 daripada bil perubatan di Columbia Asia Hospital adalah suatu kesilapan yang jelas. Menurut Plaintif, beliau wajar diberikan 100% jumlah bil hospital berkenaan kerana ia telah dibuktikan melalui resit rasmi.
54
Dalam hal ini, adalah menjadi amalan bahawa bagi melayakkan Plaintif mendapatkan kos bil hospital swasta penuh beliau mestilah membuktikan bahawa rawatan yang diperlukan tidak boleh didapatkan di hospital kerajaan sebagaimana yang diputuskan dalam kes Chai Yee Chong v. Lew Thai [2004] 2 CLJ 321; [2004] 3 AMR 341 di mana Abdul Aziz Mohamad HMR (pada masa itu) ketika menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan menyatakan-If the court is not satisfied that a plaintiff is justified to seek treatment at a private hospital, then depending on the facts and figures of the case, the court should either dismiss the claim or award an amount not exceeding one third of the expenses. The one third principle is not fixed by any written law. It is a matter of practice. If one third is excessive an amount of less than one third may be awarded.
55
Prinsip yang sama telah terus diikuti baru-baru ini dalam kes Ahmad Faizal Mohamad Ali & Ors v. Jay Shree LC Doshi [2026] 4 CLJ 691 [2026] CLJU 327 di mana Mahkamah Rayuan melalui Shahnaz Sulaiman HMR menyebut- [75] In this regard, we are guided by the principles established in Chai Yee Chong (supra) that provide for the definitive legal framework for assessing the recoverability of private medical expenses. The first hurdle requires the respondent to prove justification for eschewing Government hospital care. The grounds are conjunctive: unavailability, unreasonable delay, or gross inadequacy of treatment at a Government facility.
56
Dalam rayuan di hadapan saya, Plaintif menyatakan bahawa beliau meminta untuk berpindah ke Columbia Asia Hospital setelah 10 hari dirawat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana Plaintif mendapati kakinya mula berwarna hitam dan beliau takut kakinya akan dipotong sekiranya dibiarkan.
57
Bagaimanapun saya mendapati kenyataan Plaintif itu tidak disokong oleh apa-apa bukti bagi mengesahkan dakwaan Plaintif tersebut. Saya bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Plaintif gagal memberikan justifikasi yang kukuh mengapa kecederaan yang dialaminya tidak boleh dirawat di hospital kerajaan. Oleh yang demikian berdasarkan otoriti di atas, keputusan HMS yang membenarkan 1/3 daripada bil hospital berkenaan adalah wajar. Award kos penjagaan
57
Plaintif berhujah bahawa keputusan HMS yang hanya membenarkan kos penjagaan selama 6 bulan berbanding 2 tahun seperti yang dituntut oleh Plaintif adalah suatu kekhilafan.
58
Dalam hal ini saya mendapati tiada bukti yang menunjukkan bahawa Plaintif tidak boleh menguruskan dirinya sendiri selepas tempoh tersebut. Selain itu, tempoh 2 tahun yang dituntut oleh Plaintif adalah jelas tidak munasabah. Ini kerana Plaintif adalah seorang lelaki dewasa dan bukanlah termasuk dalam kategori OKU. Tambahan pula laporan perubatan menunjukkan bahawa Plaintif boleh berjalan tanpa sokongan selepas tarikh berkenaan. Oleh itu, saya berpandangan award yang diberikan oleh HMS adalah berpatutan. Award bagi future treatment cost for bladder injury
59
Sama seperti tuntutan bagi kos bil Columbia Asia Hospital, Plaintif berhujah bahawa keputusan HMS yang hanya membenarkan 1/3 daripada bil bagi future treatment cost for bladder injury iaitu urology follow up, flow rate, cystoscopy dan urodynamic study, adalah tidak wajar. Sebaliknya Plaintif berhujah bahawa beliau wajar diberikan 100% jumlah bil hospital yang bakal dikenakan kepada Plaintif bagi rawatan tersebut.
60
Dalam hal ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam tuntutan bil perubatan di Columbia Asia Hospital sebelum ini, saya mendapati tiada justifikasi kukuh mengapa rawatan berkenaan tidak boleh didapatkan di hospital Kerajaan. Oleh yang demikian, berdasarkan prinsip 1/3 kos bil perubatan swasta, saya mendapati keputusan HMS adalah munasabah.
61
Plaintif berhujah bahawa keputusan HMS yang menolak kadar faedah 5% adalah suatu kesilapan yang jelas kerana ia bercanggah dengan Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bil. 1/2012 yang menyatakan sebagaimana berikut: Bagi menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada saya di bawah Aturan 30, kaedah 6(2); Aturan 42, kaedah 12 Aturan 44, kaedah 18(1Xb) & (2); dan Aturan 44, kaedah 19, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, saya dengan ini mengarahkan kadar bunga di bawah peruntukan-peruntukan di atas ditentukan pada kadar 5 % setahun
62
Semakan terhadap aturan-aturan yang dinyatakan dalam Arahan Amalan tersebut mendapati ia hanyalah berkaitan dengan isu akaun yang dipegang oleh penerima (reciever) dan berkaitan dengan wasiat semata-mata. Sebaliknya kadar faedah bagi penghakiman mahkamah merupakan budi bicara mahkamah sepertimana yang dinyatakan dalam s. 11 Akta Undang-undang Civil 1956 yang menyebut - Power of Courts to award interest on debts and damages
11
(1) In any proceedings tried in any Court for the recovery of any debt or damages, the Court may, if it thinks fit, order that there shall be included in the sum for which judgment is given interest as such rate as it thinks fit on the whole or any part of the debt or damages for the whole or any part of the period between the date when the cause of action arose and the date of the judgment: Provided that nothing in this section —
a
shall authorize the giving of interest upon interest;
b
shall apply in relation to any debt upon which interest is payable as of right whether by virtue of any agreement or otherwise; or
c
shall affect the damages recoverable for the dishonor of a bill of exchange.
2
Where interest is awarded under subsection (1) for recovery of damages under section 6A of the Limitation Act 1953 [Act 254], the interest may be given for the whole or any part of the period between the starting date and the date of the judgment.
3
For the purposes of subsection (2), "starting date" has the meaning assigned to it in the Limitation Act 1953.
63
Oleh yang demikian saya mendapati tiada alasan munasabah untuk saya mengganggu kuasa budi bicara HMS yang mendengar kes dalam memberi kadar faedah sebanyak 2.5% bagi gantirugi am dan 5% bagi gantirugi khas.
64
Sebagai kesimpulan, berdasarkan kepada alasan di atas, saya menolak rayuan kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan-defendan. Tiada perintah mengenai kos. Tarikh: 24.5.2026 (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) HAKIM, MAHKAMAH TINGGI MALAYA, JOHOR BAHRU Peguam Perayu-perayu/ Defendan-defendan bagi JA-12B-89-12/2022: Samreet Singh Sagoo Messrs. Lovelace & Hastings Peguam Perayu/ Plaintiff bagi JA-12B-92-12/2022:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.