(f) kegagalan menjelaskan peri laku (demeanour) perayu-perayu yang dikatakan tidak benar. [16] Mengenai isu (a), peguam mengatakan bahawa daripada keterangan SP2 dan SP3 kesimpulan dapat dibuat bahawa SP3 tidak diugut ataupun dikurung secara salah oleh kedua-dua perayu. Saranan ini, dihujahkan disokong dengan hakikat bahawa SP3 telah selesa tinggal di rumah tersebut dengan diberikan layanan yang baik, makanan yang cukup dan juga akses dan kebebasan untuk melarikan diri, yang tidak diambil kesempatan oleh SP3. Dikatakan lanjut bahawa SP2 mengesahkan SP3 tidak disekat kebebasannya. Pertentangan ini dihujahkan tidak dipertimbangkan oleh Hakim bicara dan berkesan sebagai kekhilafan nyata. [17] Dalam mempertimbangkan hujahan di atas, ketepatan di peringkat ini untuk melihat perundangan yang mengawal. Seksyen 3, Akta Penculikan 1961 memperuntukkan: "Whoever, with intent to hold any person for ransom, abducts or wrongfully confines or wrongfully restrains such person shall be guilty of an offence and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, also be liable to whipping." Memperjelaskan skop takrifan di atas, Seksyen 2 Akta Penculikan 1961 mencerahkan: 10 “wrongful restraint", "wrongful confinement" and "abduction" shall have the meanings assigned to them in sections 339, 340 and 362 respectively of the Penal Code [Act 574]." Seksyen 339, 340 dan seksyen 362 Kanun Keseksaan selanjutnya memperuntukkan: Seksyen 339: “Wrongful restraint. Whoever voluntarily obstruct any person, so as to prevent that person from proceeding in any direction in which that person has a right to proceed, is said wrongfully to restrain that person.” Seksyen 340: "Wrongful confinement Whoever wrongfully restrains any person in such a manner as to prevent that person from proceeding beyond certain circumscribing limits, is said "wrongfully to confine" that person." Seksyen 362: "Abduction Whoever by force compels or by any deceitful means induces any person to go from any place, is said to abduct that person." Tentang perbezaan antara wrongful confinement dengan wrongful restraint dan jangka masanya, bermaanfaat untuk merujuk kepada Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crimes Edisi 2002 di muka surat 1722 yang menyatakan: "'Wrongful confinement': General - 'Wrongful confinement' is a specie of 'wrongful restraint'.'wrongful confinement' can be distinguished from 'wrongful restraint' in that whereas in 'wrongful restraint' there is only a partial suspension of liberty of a person and he is restrained from 11 proceeding in a particular direction, in 'wrongful confinement', such prevention is total and the person is restrained from proceeding in any direction. For completion of either offence, the period is immaterial." (Tekanan diberikan) (Rujuk juga kes PP v Koh Chun Sen & Yang Lain [2015] 1 LNS 461 ) [18] Setelah diteliti rekod rayuan, kami mendapati tiadanya kekuatan dalam penghujahan peguam tentang isu (a) di atas. Kami berpendapat tiadanya kekeliruan atau pertentangan dalam keterangan SP2 dan SP3 mengenai elemen halangan salah (wrongful restraint) mahupun kurungan salah (wrongful confinement). Harus dicatatkan kedudukan keterangan SP2 dan SP3 hendaklah dilihat dalam konteks keseluruhan keadaan kes ini. Tidak boleh dinafikan, ini ditemukan sebagai fakta primer yang mantap oleh hakim bicara, bahawa SP3, seorang budak berumur lebih kurang 14 tahun, telah dilarikan (abducted), dengan matanya sebahagian besarnya ditutup, dari Taman Midah Ceras Kuala Lumpur ke rumah perayu kedua di Butterworth Pulau Pinang, satu jarak yang jauh. Rumah itu bukan sahaja asing pada SP3 malahan SP3 tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan perayu-perayu serta keluarga mereka. SP3 bukan tetamu di dalam rumah tersebut tetapi seseorang yang telah dilarikan dengan paksa ke situ dalam maksud makna abduction dalam s. 362 Kanun keseksaan. Walaupun SP2 menyatakan bahawa SP3 dijaga dan dilayan dengan baik, keadaan yang dipersetujui juga oleh SP3, namun itu bukan bermakna SP3 bebas untuk ke mana-mana sesuka hatinya. Kami catatkan di sini bahawa SP2 juga mengatakan SP3 tidak pernah keluar rumah kecuali pada hari tangkapan iaitu hari perayu pertama membawa SP3 makan di restoran Melayu di bawah flat kediamannya. SP3 mengatakan bahawa walaupun dia bebas di 12 dalam rumah dalam erti kata keluar bilik (yang dia dikurung) untuk ke tandas, bergaul-gaul dengan anak SP2 dan mengerjakan solat, namun dia sentiasa diawasi, tidak bebas dan tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah tersebut. Ini dapat disimpulkan daripada keterangan SP3 yang berikut: (ms 27: Jilid 2, RR) “A: Saya di rumah berkurung dalam bilik itu dengan dijaga oleh seorang iaitu Tertuduh 1 (Sundar). Kamu berada di rumah itu berapa hari? 6 hari. Sepanjang 6 hari di rumah itu, apa berlaku? Dalam 2 hari saya tidak dibenarkan keluar dari bilik. Untuk makan dan pergi tandas sahaja dibenarkan keluar dari bilik. Saya juga dibenarkan solat dalam bilik tersebut.” Selanjutnya di muka surat 28: Sepanjang kamu di rumah itu, bagaimana kamu dilayan oleh ketiga-tiga tertuduh? Mereka layan saya baik. Mereka tidak pukul saya. Mereka bagi saya makan dengan cukup. Mereka bagi saya solat. Mereka tidak bagi saya keluar. Saya minta izin untuk keluar solat Jumaat tapi tidak dibenarkan.” Mengenai kenapa dia tidak melarikan diri, SP3 menyatakan: Kenapa kamu tidak lari? Saya berasa takut. Kamu sendiri ada duit? Saya ada RM50.00 tapi dirampas oleh Sundar.” Sekatan ini disahkan oleh SP3 semasa disoal balas (ms 36: RR Jilid2): Dalam 6 hari di Pulau Pinang, kamu ada dihalang? Ada. Kamu tidak digari, kamu boleh keluar? Boleh. 13 Kamu diletak dalam 1 bilik dalam flat? Setuju. Rujuk ID11A-L. Bilik mana kamu tinggal di flat itu? ID11F. Setuju, ID11F adalah tandas? Tidak. Untuk mandi dan ambil wuduk kena keluar? Setuju. Bilik ID11F berkunci? Tidak. Kamu boleh keluar? Boleh dengan izin Sundar. Dia jaga kamu 24 jam? Dia jaga saya. Saya tidur, dia tidur. ...... (ms 37) Cadangan-dalam keadaan selesa sedemikian kenapa kamu tidak keluar sahaja? Pada masa itu saya buntu tidak tahu nak buat apa saya takut. Kamu dijaga baik kamu masih takut? Takut. Cadangan-kamu boleh jerit? Setuju. Setuju-kamu tidak jerit dalam 6 hari itu? Setuju.” Semasa disoal semula di ms 44: RR: Jilid 2, SP3 menjelaskan kenapa dia tidak menjerit itu: ‘Q: Kamu tidak jerit untuk dapat tolong di flat. Kenapa? Saya tidak jerit kerana saya diberi amaran kalau jerit saya akan dipukul.” [19] Jelasnya, SP3 telah dihalang kebebasan untuk pergi ke mana jua yang hendak ditujuinya. Halangan dan sekatan, walaupun sekejap mana, yang di sini lebih kurang 6 hari, jelas terjumlah kepada halangan salah dalam maksud s. 3 Akta Penculikan 1967. Kami tidak dapat menghayati 14 penghujahan tentang keselesaan SP3 kerana diberikan makanan yang mencukupi dan bebas pergerakannya di dalam rumah telah dan boleh menimbulkan keraguan yang munasabah, iaitu menafikan konsep halangan atau kurungan salah ke atas SP3. Apakah yang hendak dijangkakan daripada SP3, seorang budak, dalam keadaan dia diletakkan itu? Dia telah diheret, dilarikan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, dan dikurung di dalam rumah orang yang tidak dikenalinya dengan halangan ke atas kebebasannya. Untuk menunaikan solat Jumaat pun tidak dibenarkan. Ketakutannya walaupun ditenteramkan dengan layanan yang baik, yang dalam kes ini bersebab, tidak sesekali memusnahkan ciri-ciri pemelarian dan halangan salah yang telah dibuktikan dengan mantap. Kami mendapati dapatan hakim bicara bahawa: “… Tindakan Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 menempatkan mangsa di rumah Tertuduh 2 menunjukkan mangsa dihalang secara salah meskipun beliau bebas bergerak untuk hari kedua dan seterusnya selepas diculik. Namun begitu mangsa SP3 sentiasa diawasi oleh Tertuduh 1 dan Tetrtuduh 2 di mana mangsa ditahan di rumah Tertuduh 2. SP2 mengesahkan SP3 tidak dibenarkan bergerak bebas seorang diri” (perenggan 10, ms 17:RR: Jilid 2)(Tekanan diberikan), adalah betul dan disokong oleh keterangan yang jelas sepertimana dinyatakan antaranya di atas. [20] Berkaitan isu-isu lain, kami berpendapat isu (b), (c) dan (d) boleh dibincangkan bersekali memandangkan perkara-perkara tersebut saling berkait. Dapatan kami mengenai isu (a) juga relevan dan berkait memandangkan salah satu elemen terpenting ialah pemelarian (abduction) dan juga halangan salah, yang kami putuskan telah dibuktikan tanpa 15 keraguan. Mengenai wang tebusan, peguam berhujah bahawa tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan adanya permintaan wang tebusan tersebut daripada perayu-perayu dan hakim bicara telah terkhilaf dalam membuat dapatan bahawa wang RM7000 itu dibayar sebagai wang tebusan untuk melepaskan SP3 apabila adanya keraguan tentang permintaan dan identiti orang yang meminta wang tersebut. [21] Isu wang tebusan ini merupakan salah satu elemen terpenting kesalahan ini. Pendakwaan mestilah membuktikan bahawa pemelarian atau halangan salah ke atas SP3 dilakukan dengan niat untuk menahannya demi wang tebusan (with intent to hold any person for ransom). S. 2 Akta Penculikan 1961 mentakrif wang tebusan: “any money, price or consideration paid or demanded for the release of a person abducted or wrongfully confined or wrongfully restrained.” Diperhatikan apa yang perlukan dibuktikan ialah wujudnya niat menahan itu bagi tujuan wang tebusan. Sama ada wang itu dipersetujui, dibayar, diterima atau tidak ditemui tidak lah penting jika dapat dibuktikan adanya niat untuk mendapatkan apa-apa ganjaran bagi pelepasan orang yang diculik itu. Telah menjadi undang-undang yang kini mantap bahawa persoalan penentuan niat itu hanya boleh dibuat, kecuali adanya pengakuan, melalui pertimbangan fakta dan keadaan sesuatu kes itu. Tidak dapat dinafikan kewujudan keterangan tentang adanya apa-apa permintaan, pembayaran atau penerimaan wang bagi tujuan tersebut dapat membantu dalam membuat penentuan niat tersebut. 16 [22] Pada penghakiman kami, terdapat cukup keterangan dalam kes ini untuk menunjukkan adanya niat tersebut. Dicatatkan SP6 telah menerima sembilan panggilan telepon daripada satu nombor yang tidak dikenali memintanya untuk membayar wang berjumlah RM3 juta untuk memastikan keselamatan SP3. (Jilid 2, ms 60-64). Susulan itu telah berlaku beberapa rundingan via panggilan telepon untuk mengurangkan jumlah wang tersebut. Hasil daripada rundingan itu, SP6 telah menerima satu pesanan SMS daripada nombor 0143091196 yang memberikan nombor akaun Maybank 107117368678 untuk dimasukkan wang tebusan berkenaan (ms 65: Jilid 2; dan, ms 76-77: Jilid 3). Pada 12.10.2012 sekitar pukul 10.54 malam, SP6 telah ke Maybank untuk mendepositkan RM7000.00 ke dalam akaun tersebut (ms 66: Jilid 2; dan, ms 74: Jilid 3). Kami catatkan lanjut bahawa tidak disangkal dan dicabar bahawa akaun tersebut dimiliki oleh SP2 dan kad ATM akaun tersebut dipegang oleh suaminya (perayu kedua) sejak tahun 2009. Wang RM 7000.00 tersebut kemudiannya dikeluarkan pada malam 12.10.2012 dan pagi 13.10.2012. (rujuk keterangan SP11 di ms 108: Jilid 2). Pengeluaran tersebut diakui oleh perayu kedua dalam keterangannya (ms 144: Jilid 2). Dalam keadaan fakta di atas tidak boleh dikatakan kemasukan wang ke dalam akaun SP2 dan dikeluarkan oleh perayu kedua adalah bagi tujuan lain kecuali hasil rundingan pembayaran wang tebusan tersebut. Dalih perayu kedua wang tersebut merupakan wang pendahuluan oleh Idries untuk membaiki kedai makannya telah dengan tepat ditolak oleh hakim bicara atas dasar pemikiran terkemudian kerana tidak pernah dibangkitkan semasa kes pendakwaan. Kami mendapati tidak ada kelemahan atau kekhilafan apabila hakim bicara memutuskan yang berikut: 17 “11. Mengenai isu ketiga, jelas daripada keterangan SP6 bahawa ada permintaan wang tebusan daripada Tertuduh 2. SP7 menerima beberapa “call” meminta wang tebusan untuk SP3 dilepaskan. Wang RM 3 juta dituntut. Kemudian pemanggil itu menyuruh bayar apa yang ada kemudian bincang. Setiap kali perbualan telefon antara peminta dengan SP6 di dengar oleh anggota polis Encik Ram Singh yang menjaga SP6 di rumah SP6. Selepas menerima panggilan telefon dan SMS dan juga panggilan telefon daripada SP3 yang bertanyakan SP6 sama ada SP6 ada menyediakan wang yang di minta sambil menangis, maka SP6 memasukkan RM 7 ribu ke dalam akaun Maybank Ekshibit P58 yang diberikan oleh pemanggil tersebut. Bukti kemasukan adalah seperti ekshibit P64 akaun Maybank No. 1071117368678. Wang itu disahkan diterima oleh Tertuduh 2 yang memegang kad ATM isterinya SP2.” [23] Mengenai identiti peminta wang tebusan itu, kami juga mendapati adanya keterangan ikut keadaan yang melibatkan kedua-dua perayu. Selain daripada keterangan SP3 yang mendengar tentang wang tebusan tetapi tidak mengetahui siapakah yang memintanya, keterangan itu hendaklah dipertimbangkan dengan keadaan fakta yang dihuraikan di atas. SP3 mendengar perbualan itu di rumah dia dikurung; hasil rundingan SP6 berjaya menggurangkan kepada RM7000.00 yang dibayar ke dalam akaun SP2 yang kemudiannya dikeluarkan oleh perayu kedua melalui kad ATM akaun tersebut yang dipegangnya sejak 2009. Tambahan lagi, dengan pemakaian anggapan di bawah s.114 (a) Akta Keterangan 1950, perayu kedua jelas merupakan peminta wang tebusan itu. Dalam keadaan yang dibentangkan, kami juga mendapati, tanpa apa-apa keraguan yang munasabah, bahawa kedua-dua perayu terlibat secara langsung dengan permintaan wang tebusan di atas. Kami mendapati hakim bicara tidak terkhilaf dalam isu ini. 18 [24] Susulan daripada penemuan dan huraian fakta di atas, penglibatan kedua-dua perayu dalam penculikan SP3 berdasarkan niat bersama di bawah s. 34 Kanun Keseksaan jelas terbukti. Hakikat berikut, antaranya, tidak berjaya dicabar: Perayu pertama dan kedua berada di dalam kereta yang digunakan semasa kejadian melarikan SP3; SP3 telah mengecam perayu kedua sebagai pemandu kereta tersebut; SP3 telah dibawa ke rumah perayu kedua; sepanjang di rumah itu, SP3 telah dikawal dan dijagai oleh kedua-dua perayu; SP3 juga mengecam perayu pertama sebagai orang yang berada di dalam kereta dan yang mengawalnya semasa berada di rumah perayu kedua; SP3 mendengar panggilan talipon yang dibuat meminta wang tebusan sebanyak RM3 juta semasa SP3 berada di rumah perayu kedua; dan SP6 mengesahkan ada menerima panggilan telefon tersebut. Selaras dengan prinsip niat bersama sepertimana dihuraikan dalam kes Low Kian Boon & Anor v PP (2010) 5 CLJ 489, dan juga kes Sahri Tahe v PP & Another Appeal (2016) 1LNS 179, kami mendapati elemen niat bersama jelas terbukti dan keputusan hakim bicara adalah tepat apabila memutuskan: “12. Mengenai elemen ke 4, Mahkamah berpuashati wang tebusan itu dituntut dan diminta oleh Tertuduh 2 yang dibantu oleh Tertuduh 1 berdasarkan keterangan mengikut keadaan. Fakta ini disokong oleh keterangan mangsa. Mangsa ditahan di rumah Tertuduh 2. Tertuduh 1 membantu Tertuduh 2 menjaga dan mengawal mangsa.