Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR, DARUL EHSAN SAMAN PEMULA BA-24NCC-34-03/2024
BA-24NCC-34-03/2024
High Court of Malaysia21 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“heir interests. Where and when that element has been established, the court is then in the position to impose such terms as are appropriate when granting the relevant injunction." Note: Section 368A Companies Act 1965 is pari materia with section 351 CA.”
“23. Mahkamah Rayuan dalam kes Lina Yap Ai Lin (F) v. Giant Rewards Sdn. Bhd & Anor [2022] CLJU 2796 telah memutuskan saman pemula perayu dibawah seksyen 351 Akta Syarikat 2016 sebagaimana berikut - “[24] It has been held by this Court in Wong Kien Ching v. Seng Kim Huat & Anor [2019] 7 CLJ 356 at”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR, DARUL EHSAN SAMAN PEMULA BA-24NCC-34-03/2024
1
SUPERMAX CORPORATION BERHAD [NO. SYARIKAT : 199701004909 (420405-P)]
2
MAXWELL GLOVE MANUFACTURING BERHAD [NO. SYARIKAT : 198301004267 (99472-X)]
3
SUPERMAX GLOVE MANUFACTURING SDN BHD [NO. SYARIKAT : 199101008386 (218698-T)]
4
SUPERVISION OPTIMAX SDN BHD [NO. SYARIKAT : 201401007775 (1083853-U)]
5
MAXTER GLOVE MANUFACTURING SDN BHD … PLAINTIF- [NO. SYARIKAT : 199101019525 (229862-H)] PLAINTIF DAN TAN BEE GEOK … DEFENDAN [NO. KAD PENGENALAN : 610628-01-5952] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Plaintif-plaintif telah memfailkan saman pemula pada 27.3.2024 untuk mendapatkan kesemua rekod dan maklumat berkaitan fungsi penggajian plaintif-plaintif termasuk token (dirujuk sebagai dokumen penggajian) daripada defendan.
2
Pada 21.8.2024 Mahkamah ini telah menolak Saman Pemula tersebut.
3
Plaintif pertama merupakan syarikat pelaburan yang disenaraikan dan menaungi anak-anak syarikatnya iaitu defendan kedua sehingga defendan kelima.
4
Manakala pemegang saham utama bagi plaintif pertama adalah Supermax Holding Sdn Bhd. Pengarah dan pemegang saham Supermax Holding Sdn Bhd ialah defendan dan suami defendan, Dato’ Seri Thai Kim Sim.
5
Semasa prosiding ini difailkan, defendan dan Dato’ Seri Thai Kim Sim masih lagi pasangan suami isteri namun berada dalam prosiding Pemisahan Kehakiman.
6
Defendan juga merupakan bekas pengarah plaintif pertama selain dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pada 18.6.2000. Ketika itu juga, defendan ahli dalam jawatan kuasa gaji dan mengetuai kewangan, operasi dan pentadbiran plaintif pertama termasuk plaintif kedua sehingga plaintif kelima.
7
Asas tuntutan plaintif-plaintif adalah berpaksikan seksyen 351 Akta Syarikat 2016, seksyen 50, 51 dan 52 Akta Relif Spesifik 1950 dan Aturan 29 kaedah 2 dan Aturan 92 kaedah 4 Kaedah Mahkamah 2012.
8
Melalui Saman Pemula, plaintif-plaintif memohon supaya Mahkamah ini memerintahkan yang berikut – a) Defendan menyerahkan kesemua rekod dan maklumat berkaitan fungsi penggajian plaintif-plaintif termasuk token kepada wakil plaintif atau pihak yang diberi kuasa dalam masa 7 hari dari tarikh perintah; b) Berikutan dengan perintah (a) – i. Perintah injunksi diberikan bagi menghalang defendan atau ejen, wakil dan pekerjanya membuat salinan atau pengganti kepada rekod fungsi penggajian plaintif-plaintif; ii. Perintah injunksi diberikan bagi menghalang defendan atau ejen, wakil dan pekerjanya mendedahkan maklumat penggajian plaintif-plaintif kepada pihak ketiga; iii. Perintah injunksi diberikan bagi menghalang defendan atau ejen, wakil dan pekerjanya menghapuskan maklumat berkaitan fungsi penggajian plaintif-plaintif; iv. Perintah bagi defendan mengisytiharkan penyata akaun dalam masa 14 hari dari tarikh perintah mengenai pengeluaran mana-mana wang dari akaun plaintif dari tarikh defendan berhenti menjadi pengarah sehingga tarikh perintah ini. c) Mana-mana perintah Mahkamah ini disertai dengan notis penalti; d) Kos; dan e) Relif lain yang dianggap sesuai oleh Mahkamah ini.
9
Menjadi penegasan plaintif-plaintif bahawa semasa defendan memegang jawatan dalam plaintif pertama, hanya defendan secara tunggal yang mengendalikan fungsi penggajian bagi plaintif-plaintif dengan kapasiti 280 orang pekerja.
10
Defendan mengurus bayaran gaji dan akaun-akaun bank bagi plaintif-plaintif untuk penggajian pekerja-pekerja dan defendan memegang token bagi kesemua bank plaintif-plaintif.
11
Menurut plaintif-plaintif, keengganan defendan menyerahkan fungsi penggajian tersebut adalah bertentangan dengan penghakiman persetujuan bertarkh 17.9.2020 selain mendatangkan kemudaratan kepada pihak plaintif yang tidak boleh dipampas dengan kos.
12
Pada 9.8.2018, defendan telah disabitkan dengan kesalahan insider trading oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dihukum 5 tahun penjara dan denda RM7,000,000.00. Defendan kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi. Dalam masa yang sama, pada 9.8.2018 defendan telah dibuang dari Lembaga Pengarah Supermax.
13
Defendan kemudiannya telah disaman oleh Suruhanjaya Sekuriti berkaitan insider trading . Pada 17.9.2020, perintah persetujuan telah direkodkan antara Suruhanjaya Sekuriti dan Defendan, iaitu –
i
Defendan membayar RM605,000.00 kepada Suruhanjaya
II
(ii) Defendan dihalang daripada dilantik sebagai pengarah dan terlibat dalam pengurusan mana-mana syarikat yang disenaraikan selama 5 tahun dari tarikh penghakiman; dan
III
(iii) Defendan dihalang daripada berurus niaga sendiri atau melalui agen di mana-mana kaunter Stock Exchange selama 5 tahun dari tarikh penghakiman.
14
Melalui persetujuan tersebut, Suruhanjaya Sekuriti bersetuju dengan rayuan defendan dan keputusan Mahkamah Sesyen diketepikan.
15
Menurut pihak plaintif, berdasarkan perintah persetujuan tersebut defendan adalah dihalang daripada terlibat dalam pengurusan plaintif pertama dan anak syarikatnya untuk tempoh 5 tahun mulai 17.9.2020. Selanjutnya syarikat In-Tune Business Services Sdn Bhd telah dilantik oleh Lembaga Pengarah plaintif pertama pada 14.3.2022 untuk menguruskan dan mengendalikan penggajian plaintif-plaintif.
16
Plaintif pertama telah berulangkali menuntut supaya defendan mengemukakan fungsi penggajian bagi plaintif-plaintif kepada In-Tune Business Services Sdn Bhd, namun defendan gagal berbuat demikian. Maka, Saman Pemula ini difailkan terhadap defendan.
17
Defendan menegaskan bahawa sejak mengosongkan jawatan mulai 9.8.2018, defendan sudah tidak lagi terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran plaintif-plaintif. Pada 1.10.2020, defendan telah bekerja sebagai pekerja dengan plaintif-plaintif dengan jawatan Co-Founder dan Executive Vice President bagi plaintif-plaintif. Namun, sejak kemelut kes ini bermula defendan sudah tidak dibayar gaji.
18
Menurut defendan, kesemua rekod dan maklumat serta fungsi penggajian berada dalam kawalan, simpanan dan pegangan Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia plaintif-plaintif. Ia juga berada dalam pengetahuan pengarah plaintif-plaintif termasuk suami defendan, Dato’ Seri Thai Kim Sim. Sejak dari 9.8.2020, ketika defendan mula mengosongan jawatan sehingga kini, fungsi penggajian plaintif-plaintif tidak pernah terjejas.
19
Defendan turut berhujah bahawa tuntutan plaintif-plaintif di sini adalah tercemar dengan mala fidei dan suatu fikiran terkemudian. Melalui Afidavit Jawapan, defendan mendedahkan bahawa elemen niat jahat oleh pihak plaintif terserlah dengan pemfailan Saman Pemula ini setelah plaintif mengetahui hubungan sulit suaminya Dato’ Seri Thai Kim Sim dengan wanita lain. Akibat hubungan perkahwinan yang semakin meruncing, suatu permohonan Pemisahan Kehakiman telah difailkan antara defendan dengan Dato’ Seri Thai Kim Sim. Pada Januari 2024, defendan telah memperoleh injunksi mareva terhadap Dato’ Seri Thai Kim Sim untuk mendedahkan maklumat tertentu. Selanjutnya pada Mac 204, Saman Pemula ini difailkan oleh plaintif-plaintif.
20
Berhubung Saman Pemula ini, Mahkamah ini wajar memutuskan sama ada defendan telah melakukan pelanggaran terhadap Akta Syarikat 2016 sebelum membenarkan perintah injunksi dikeluarkan menurut seksyen 351 Akta Syarikat 2016 terhadap defendan.
21
Seksyen 351 Akta Syarikat 2016 memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk memaksa pihak yang dituntut supaya menyerahkan dokumen atau instrument kepada pemohon.
22
Seksyen 351 Akta Syarikat 2016 memperuntukkan – "Injunction
351
351.(1) Where a person has engaged, is engaging or intends to engage in conduct that constituted, constitutes or would constitue-
a
a contravention of this Act
b
an attempt to contravene this Act;
c
an attempt that aids, abets, advises or procures a person to contravene this act;
d
an attempt to induce, whether by threats, promises or otherwise, a person to contravene this Act;
e
an attempt by which any person would be in any way, directly or indirectly, knowingly concerned in, or part to, the contravention by a person of this Act; or
f
an attempt of conspiracy with others to contravene this Act, the Court may, on the application of the Registrar, or of a person whose interests have been, are or would be affected by the conduct, grant an injunction, on such terms as the Court thinks appropriate, restraining the first-mentioned person from engaging in the conduct and, if in the opinion of the Court it is desirable to do so, requiring that person to do any act or thing.
2
If a person refused or failed, is refusing or failing, to do an act or thing that the person is required by this Act to do, the Court may, on the application of the Registrar or any person whose interests have been, are or would be affected by the refusal or failure to do that act or thing, grant an injunction, on such terms as the Court thinks appropriate, requiring the person who refused or failed, is refusing or failing, to do that act or thing.
3
The power of the Court to grant an injunction to restrain a person from engaging in conduct may be exercised whether or not -
a
it appears to the Court that the person intends to engage again or to continue to engage, in conduct of that kind;
b
the person has previously engaged in conduct of that kind; or
c
there is an imminent danger of substantial damage to any person if such person engages in a conduct of that kind.
4
The power of the Court to grant an injunction requiring a person to do an act or thing may be exercised whether or not -
a
it appears to the Court that the person intends to refuse or fail again, or to continue to refuse or fail, to do that act or thing;
b
the person has previously refused or failed to do that act or thing; or
c
there is an imminent danger of substantial damage to any person if such person refuses or fails to do that act or thing. ..."
23
Mahkamah Rayuan dalam kes Lina Yap Ai Lin (F) v. Giant Rewards Sdn. Bhd & Anor [2022] CLJU 2796 telah memutuskan saman pemula perayu dibawah seksyen 351 Akta Syarikat 2016 sebagaimana berikut - “[24] It has been held by this Court in Wong Kien Ching v. Seng Kim Huat & Anor [2019] 7 CLJ 356 at page 366:. "[20] As was pointed out earlier, the respondents' application is pursuant to s. 368A(1)(a) and (4). Section 368A(1)(a) deals with a situation where a person is alleged either to have engaged or intends to engage in conduct that constituted, constitutes or would constitute a contravention of this Act. In such a situation, the court is moved to grant an injunction requiring that person to do a particular act or thing. [21] What is important is that s. 368A(1) may only be invoked by the Registrar or by a person whose interests is either affected or would be affected by such conduct. It is therefore imperative that the applicants who are the respondents in this appeal, state how the conduct of the respondent to the application, that is, the appellant, affect their interests. Where and when that element has been established, the court is then in the position to impose such terms as are appropriate when granting the relevant injunction." Note: Section 368A Companies Act 1965 is pari materia with section 351 CA.
24
Justeru, Mahkamah ini menyedari bahawa seksyen 351 Akta Syarikat memberikan kuasa yang luas untuk memaksa defendan menyerahkan dokumen kepada pihak plaintif setelah elemen dalam seksyen 351 dibuktikan.
25
Dalam memutuskan Saman Pemula plaintif-plaintif, adalah wajar untuk Mahkamah ini meneliti sama ada defendan telah melakukan pelanggaran terhadap Akta Syarikat 2016 berhubung dengan kegagalan defendan menyerahkan dokumen-dokumen penggajian syarikat kepada plaintif-plaintif.
26
Mahkamah ini telah memberi pertimbangan kepada alasan-alasan yang diperihalkan sebagaimana berikut dalam memutuskan Saman Pemula ini.
i
Kesenjangan masa antara tarikh penghakiman 17.9.2020 dengan tarikh pemfailan Saman Pemula
27
Suatu fakta yang ketara dan tidak dipertikaikan adalah Saman Pemula ini difailkan oleh plaintif-plaintif empat tahun selepas perintah bertarikh 17.9.2020 direkodkan antara defendan dengan Suruhajaya Sekuriti. Perintah tersebut menghalang defendan daripada dilantik sebagai pengarah dan terlibat dalam pengurusan mana-mana syarikat yang disenaraikan.
28
Saman Pemula ini difailkan pada 27.3.2024 dan perintah persetujuan tersebut akan tamat berkuatkuasa pada 16.9.2025. Persoalannya – adakah wujud keadaan yang mendesak sebagaimana dihujahkan oleh plaintif sehingga memerlukan suatu perintah injunksi sedemikian dalam Saman Pemula diperintahkan terhadap defendan.
29
Diakui oleh plaintif-plaintif bahawa defendan telah dibuang dari Lembaga Pengarah Supermax sejak 9.8.2018. Pengakuan ini bermaksud lebih kurang dua tahun sebelum perintah persetujuan yang memberi halangan ke atas defendan direkodkan dengan Suruhanjaya Sekuriti, defendan sudah tidak lagi berada dalam pengurusan syarikat plaintif-plaintif. Defendan telah melepaskan jawatannya pada 1.10.2020.
30
Kesenjangan masa tersebut yang diakui sendiri oleh plaintif-plaintif di sini, memberi inferens kepada Mahkamah ini bahawa tiada keadaan mendesak wujud dalam kes ini yang telah memudaratkan plaintif-plaintif.
31
Pihak plaintif juga tidak mengemukakan sebarang dokumen yang menunjukkan Suruhanjaya Sekuriti mengambil tindakan terhadap defendan sekiranya alegasi plaintif benar yang defendan telah melanggar Penghakiman Persetujuan tersebut. Maka, alegasi sedemikian tidak membantu penegasan plaintif-plaintif.
32
Mahkamah ini juga membandingkan fakta kes di sini dengan fakta dalam kes Lina Yap Ai Lin (F) v. Giant Rewards Sdn. Bhd & Anor (supra). Dalam kes tersebut, responden dengan jelas telah gagal memfailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dokumen-dokumen berkaitan peletakan jawatannya sebagai pengarah dan persetujuan memindahmilik 25,000 saham. Kegagalan tersebut telah ditunjukkan melalui dokumen yang diekshibitkan. Kegagalan responden tersebut jelas bercanggah dengan subseksyen 105(1) dan subseksyen 208(2) Akta Syarikat 2016.
33
Berdasarkan kes Lina Yap Ai Lin (F) v. Giant Rewards Sdn. Bhd & Anor (supra)., diputuskan oleh Mahkamah Rayuan bahawa - [13] It need not be shown that section 351 CA has been contravened. The provision gives wide discretion and power to the Court whether there is any contravention be it past, present or future. There were ample grounds for the discretion to be exercised where the Appellant's interests have been seriously affected as she has been deprived of her shares and directorship and the Respondent's conduct is subject to scrutiny and is required under CA to be maintained at the highest honesty and integrity.
34
Namun demikian, dalam kes plaintif-plaintif di sini tiada hak plaintif-plaintif yang telah ditindas atau terjejas dengan teruk akibat kegagalan defendan menyerahkan dokumen-dokumen penggajian tersebut seperti alegasi pihak plaintif. Bahkan dari tempoh 2018 sehingga Saman Pemula difailkan tiada sebarang dokumen dikemukakan kepada Mahkamah ini untuk menunjukkan kepentingan plaintif-plaintif telah terjejas dengan teruknya.
35
Selanjutnya Mahkamah ini merujuk ekshibit THP-8 dalam Afidavit Sokongan plaintif yang menunjukkan komunikasi whatsapp antara pihak plaintif pertama dengan defendan mulai dari 1.3.2022 sehingga 5.9.2022 dan perenggan 20 Afidavit Sokongan.
36
Saya telah meneliti kandungan ekshibit THP-8 dan mendapati bukanlah defendan yang mencampuri pengurusan plaintif-plaintif sebagaimana yang dikatakan oleh pihak plaintif dalam penghujahan. Sebaliknya dari pengakuan pihak plaintif sendiri melalui perenggan 20(b) Afidavit Sokongan, pihak plaintiflah yang secara muhibbah (good will) memaklumkan defendan berkaitan peralihan sistem penggajian menggunakan kaedah outsource melalui perkhidmatan oleh pihak ketiga, In-Tune Business Services Sdn Bhd.
37
Pada hemat Mahkamah ini, ekshibit THP-8 menunjukkan bahawa pihak plaintiflah yang telah bertindak ‘menarik’ defendan untuk membantu dalam urusan penggajian plaintif-plaintif bersama pihak ketiga tersebut. Adalah tidak wajar, pada tahap ini pihak plaintif menggunakan alasan defendan mencampuri urusan syarikat dengan hasrat menunjukkan defendan telah melanggar perintah mahkamah bertarikh 17.9.2020 dan Akta Syarikat 2016.
38
Defendan sebaliknya mengemukakan asas untuk pertimbangan Mahkamah ini, iaitu kemelut perkahwinan yang ditempuh oleh suami defendan dan defendan merupakan cetusan yang membawa kepada pemfailan tuntutan ini. Walau bagaimanapun, alasan mala fidei tersebut tidak disokong dengan dokumen yang mencukupi untuk diberi pertimbangan oleh Mahkamah ini.
II
(ii) Pelantikan pihak ketiga, In-Tune Business Services Sdn Bhd menguruskan penggajian pekerja-pekerja plaintif pertama – plaintif kelima.
39
Afidavit Sokongan plaintif ekshibit THP-6 menunjukkan pelantikan pihak ketiga tersebut telah diputuskan oleh Lembaga Pengarah Supermax Corporation Berhad seawal 22.2.2022.
40
Selanjutnya perenggan 20(d) Afidavit Sokongan pihak plaintif menyatakan yang pihak ketiga ingin mengadakan pertemuan dengan defendan berkaitan dengan peralihan dan perkongsian maklumat gaji. Selain itu, dalam mesej yang tertera di ekshibit THP-8 tersebut, tiada satu pun mesej yang memaklumkan hasrat jelas pihak plaintif untuk defendan menyerahkan dokumen-dokumen penggajian bagi kesemua plaintif. Setelah pemakluman sukarela dilakukan oleh pihak plaintif melalui mesej tersebut, hanya sekali sahaja defendan memberi maklum balas. Apa yang ditunjukkan dalam mesej tersebut adalah pihak plaintif bertanyakan pendapat defendan tentang siapakah di pihak plaintif yang sesuai untuk berurusan dengan pihak ketiga tersebut. Namun pertanyaan ini tidak dijawab oleh defendan.
III
(iii) Alegasi plaintif-plaintif bahawa defendan secara tunggal menguruskan penggajian lima buah syarikat iaitu plaintif pertama sehingga plaintif kelima
41
Mahkamah ini mendapati alegasi plaintif-plaintif bahawa defendan yang menguruskan penggajian bagi plaintif-plaintif adalah tidak berkemungkinan. Ini berdasarkan dokumen pihak plaintif sendiri iaitu ekshibit THP-8 Afidavit Sokongan. Ekshibit THP-8 mukasurat 87-89 Afidavit Sokongan mempamerkan mesej bertarikh 7.7.2022 daripada pihak plaintif kepada defendan yang memanjangkan mesej pihak plaintif dengan wakil pihak ketiga In-Tune Business Services Sdn Bhd, yang menyatakan seperti berikut –
a
Mesej daripada pihak ketiga kepada plaintif (muka surat 87 Afidavit Sokongan) - “Hi Kogulan, Thanks for your message. Per status, all modules subscribed, employee profile, leave time, overtime and payroll modules had already completed the implementation per the policies and data provided by Supermax team. These 2 months will be stabilization period where it allows employees as well as your admin to get use to the system and provide feedback if encounter any challenges or data gaps. With the volume in Supermax and previous system used in managing HR data, it is very common to have data/policy gaps that need to address and re-update after some validation processes done by the users. Importantly payroll is already running in our system now, and all users had started using self service function to apply their leaves and other things. I will advise to start the implementation of staff’s payroll now. It may also take the same period or faster to execute the implementation for staff’s level. If this proposal is acceptable to Supermax, pls advice who is the right person from your end to work with our implementation team, Wei Yang to discuss the details. Regards, Siew Ling.”
b
Mesej pihak plaintif kepada defendan (muka surat 89 Afidavit Sokongan) – “Dear Datin, With reference, appreciate if Datin can advice who is the right person from our end to work with their implementation team. Looking forward to your reply”.
42
Setakat ini, tiada dokumen kontemporari dikemukakan oleh pihak plaintif yang menunjukkan kegagalan pelaksanaan penggajian melalui sistem yang disediakan oleh pihak ketiga berlaku akibat perbuatan defendan yang dikatakan menahan apa-apa dokumen penggajian plaintif-plaintif. Bahkan, jelas tertera daripada mesej di atas, kesemua data dan dokumen penggajian telah pun berada dalam pengetahuan pihak ketiga sehingga membolehkan sistem penggajian dilaksanakan mengikut polisi pihak Supermax sejak Julai
2022
Dalam hal ini, Mahkamah menerima penegasan defendan bahawa kesemua rekod dan maklumat penggajian sememangnya telah berada dalam pegangan, kawalan dan simpanan Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia plaintif-plaintif.
43
Mahkamah ini turut mendapati mesej daripada pihak ketiga kepada pihak plaintif di atas telah mendedahkan bahawa terdapat sistem data penggajian yang digunakan sebelum ini oleh pihak plaintif. Alegasi plaintif-plaintif bahawa defendan secara tunggal menguruskan penggajian pihak plaintif dan telah mendatangkan kemudaratan apabila enggan menyerahkan dokumen-dokumen penggajian adalah sukar dipercayai.
44
Arakian, tiada sebab perintah injunksi seperti yang dimohon melalui Saman Pemula dikeluarkan oleh Mahkamah ini terhadap defendan.
IV
(iv) Penyerahan 5 kotak dokumen berkaitan 140 pekerja plaintif-plaintif daripada Connie Tan pada 15.6.2024
45
Afidavit Jawapan plaintif yang diikrarkan oleh Dato’ Seri Thai Kim Sim pada 24.6.2024 telah mengekshibitkan komunikasi whatsapp melalui ekshibit TKS-6 dan gambar lima kotak dalam ekshibit TKS-7. Berdasarkan penegasan pihak plaintif, kotak tersebut hanya mengandungi surat pengesahan dan borang permohonan kerja yang disimpan oleh Connie Tan. Mesej-mesej dalam komunikasi whatsapp dalam ekshibit TKS-6 menunjukkan Connie Tan telah menjelaskan beliau tidak terlibat dengan rekod penggajian pekerja sebelum April 2024 dan kesemua dokumen berkaitan berada dalam simpanan di pejabat. Connie Tan juga telah memulangkan lima kotak kepada pihak plaintif seperti ditunjukkan ekshibit TKS-7.
46
Selanjutnya dalam perenggan 7(h) Afidavit Jawapan tersebut, pihak plaintif mengatakan kotak tersebut mengandungi dokumen yang tidak relevan untuk membolehkan pihak ketiga In-Tune Business Services Sdn Bhd melaksanakan fungsi penggajian plaintif-plaintif. Perenggan 7(f) Afidavit Jawapan tersebut, menunjukkan mesej tersebut diberikan oleh pihak plaintif kepada Connie Tan pada 14.6.2024.
47
Adalah sukar bagi Mahkamah ini percaya kepada alegasi pihak plaintif. Ini kerana, jika pun wujud kesukaran atau kegagalan oleh pihak ketiga dalam membuat penggajian bagi pekerja plaintif-plaintif, tiada dokumen sedemikian daripada pihak ketiga dikemukakan untuk menyakinkan Mahkamah ini. Tambahan pula, penegasan pihak plaintif ini hanya ditimbulkan pada 14.6.2024. Ia nyata bercanggah dengan pendedahan oleh pihak ketiga yang dibuat seawal 7.7.2022 melalui ekshibit Ekshibit THP-8 mukasurat 87-89 Afidavit Sokongan plaintif.
48
Berkaitan dengan alegasi kegagalan defendan menyerahkan token bank, pihak plaintif telah mendedahkan melalui mesej bertarikh 1.3.2022 dalam ekshibit THP-8 mukasurat 82 Afidavit Sokongan bahawa dalam urusan penggajian, pihak plaintif sudah pun bertukar daripada RHB Bank ke CIMB Bank.
49
Mahkamah ini juga gagal menemui sebarang dokumen kontemporari oleh plaintif-plaintif yang menunjukkan berlakunya cubaan atau ketinggalan oleh defendan dalam membuat Salinan terhadap dokumen penggajian atau pun sebarang cubaan mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana pihak ketiga.
50
Mengambilkira alasan-alasan di atas, Mahkamah ini mendapati tiada pelanggaran terhadap subseksyen 351(1) Akta Syarikat 2016 oleh defendan yang mewajarkan Mahkamah ini mengeluarkan perintah injunksi terhadap defendan.
51
Rentetan itu, Mahkamah ini memutuskan Saman Pemula kandungan 1 ditolak dengan kos RM5,000.00 dibayar oleh setiap plaintif masing-masing kepada defendan, tertakluk kepada fi alokator. Bertarikh pada 2 November 2024. Ditandatangani ......................................................... HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam Bagi Pihak Plaintif : Dato’ Chris Chin Shang Yoon & Uma Rani Manikavasangam Tetuan Shang & Co. (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) Bagi Pihak Defendan : Koh Yew Chong & Yap Pei Ying Tetuan Lee & Koh (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.