Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45B-1-02/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
/akn/my/judgment/high-court/2026/43f47a6e-1289-4dd7-8b7f-0c26af3d2e8b
High Court of Malaysia27 Feb 2026BL-45B-1-02/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ato’ Nordin Hassan HMP memutuskan: - “[30] Before we proceed to address this issue, it is pertinent to reiterate the settled principle of law that to attract the application of section 300(c) of the Penal Code, the prosecution must prove the presence of bodily injury, the accused intentionally inflicted the injury and”
“to verify the originality of this document via eFILING portal 19 circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” (emphasis added) [33] In Ratanlal & Dhirajlal, The Indian Penal Code, 32nd Edition, on page 1274, the issue of intention in a murder case was discussed and explained as”
“ederaan pada tubuh badan simati adalah memadai dalam keadaan biasa akan menyebabkan kematian dan terbukti simati telah meninggal dunia. Mahkamah ini telah membuat rujukan kepada kes Tan Buck Tee v PP [1961] MLJ 176, Thompson HB memutuskan: - “There was the body with five appalling wounds on it, wounds penetrating to th”
“ved by direct evidence. Inference from the evidence presented and the surrounding circumstances has to be made to determine this fact. This too is stated lucidly by Thompson J in Chan Pean Leong v PP [1956] MLJ 237 in the following words: “Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45B-1-02/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
2
DAVANDAKUMAR A/L SUBRAMANIAM ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] OKT-OKT dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dengan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nithish A/L Kogilan [No. KP: 181109-01-1615] pada 24.12.2021 pada jam lebih kurang 9.30 pagi sehingga 5.30 petang bertempat di alamat No: 333-2B, Jalan Hulubalang 28, Taman Sentosa, Klang Negeri Selangor. [2] Walaubagaimanapun pada 13.6.2025, pihak pendakwaan telah menggugurkan pertuduhan atas OKT 1 dan memohon agar OKT 1 dilepaskan tanpa dibebaskan. Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan OKT 1 telah diperintahkan dilepaskan tanpa dibebaskan dan OKT 1 kemudiannya dijadikan saksi penting pihak pendakwaan. Bagi OKT 2 pula, pihak pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan pindaan iaitu: - “Bahawa kamu pada 24.12.2021 jam lebih kurang 9.30 pagi sehingga 5.30 petang bertempat di alamat No. 333-2B, Jalan Hulubalang 28, Taman Sentosa Klang, dalam daerah Klang dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nithish a/l Kogilan (No. KP: 181109-01-1615) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. [3] Bagi membuktikan intipati pertuduhan diatas, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 12 orang saksi. Mereka adalah:
i
(i) SP1 - Gowri a/p Thiruchelvam - Pekerja Poliklinik Cinta Sayang Bayu Perdana, Klang
Subparagraph
(ii) SP2 - Dr Mohamad Izad bin Kamaruddin - Pegawai Perubatan HTAR
Subparagraph
(iii) SP3 - Abdul Hail bin Ahmad Tarmizi - Ahli Kimia (DNAA)
Subparagraph
(iv) SP4 - Sutha a/p Arumugam - Saksi Awam
v
(v) SP5 - Shunmugasundaram a/l Ammaiappan - Saksi Awam
Subparagraph
(vi) SP6 - L/Kpl Mohd Nizam bin Shamsuddin - Jurugambar
Subparagraph
(vii) SP7 - L/Kpl Norfadzli Eshah Iskandar - Jurugambar
Subparagraph
(viii) SP8 - Insp. Ahmad Mokhsin bin Abdul Rahman - Pegawai Polis
Subparagraph
(ix) SP9 - Insp. Mohd Rizal bin Saat - Pegawai Forensik (PDRM)
x
(x) SP 10 - Dr Kartini binti Md Ariff - Pathology HTAR
Subparagraph
(xi) SP 11 - ASP Selvakumar a/l Devasahayam - Pergawai Tangkapan
Subparagraph
(xiv) SP12 - ASP Saiful Azni bin Ahmad - Pegawai Penyiasat B. FAKTA KES [4] Pada 24.12.2021 jam lebih kurang 5.30 petang ketika SP1 (Gowri a/p Thiruchelvam) sedang bertugas di Poliklinik Cinta Sayang Bayu Perdana, Klang, ada sepasang suami isteri bangsa India masuk ke klinik bersama dengan seorang bayi yang dibalut dengan napkin putih. SP1 telah mengecam OKT 1 sebagai wanita yang memegang bayi tersebut. Apabila SP1 bertanya kepada mereka apa yang berlaku, kedua-dua mereka hanya berpandangan antara satu sama lain dan terus keluar dari kilinik. SP1 tidak melihat keadaan bayi tersebut. [5] SP2 (Dr Mohamad Izad bin Kamarudin) adalah pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR Klang pada 24.12.2021. Menurut SP2, ketika dia sedang bertugas di zon merah, pada jam lebih kurang 6.20 petang; beliau telah merawat seorang pesakit iaitu kanak-kanak lelaki bernama Nitish A/L Kogilan [No. KP: 181109-01-1615] (SP2 kemudian mengecamnya sebagai simati) yang dibawa oleh ibunya (SP2 kemudian mengecam OKT 1). Menurut SP2, ketika dibawa Nitish dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana menurut ibunya Nitish didapati tidak sedarkan di rumah penjaganya di Sri Muda. Menurut ibunya, Nitish ditinggalkan dengan penjaga selama tiga (3) hari kerana ibunya keluar mencari kerja. [6] Hasil pemeriksaan atas Nitish, SP2 mendapati tiada tanda-tanda pesakit hidup iaitu tidak bernafas, tiada degupan jantung dan tiada denyutan nadi. Selain itu terdapat kesan lebam dan luka-luka di keseluruhan badan depan dan belakang pesakit. SP2 telah membuat laporan polis (ekshibit P4) kerana mengsyaki adanya unsur-unsur penderaan. [7] Saksi utama dan saksi mata kes ini adalah OKT 1 yang kemudiannya menjadi saksi pendakwaan (Sutha a/p Arumugam - selepas ini OKT 1 dirujuk sebagai SP4). Menurut SP4 dia berkenalan dengan OKT 2 pada 23.8.2021 melalui muka buku (Facebook). SP4 kemudiannya datang berjumpa dengan OKT 2 di Klang dengan membawa anaknya iaitu Nitish. SP4 berasal dari Seremban dan merupakan seorang ibu tunggal. SP4 dan anaknya Nitish kemudian telah tinggal bersama dengan OKT 2 di rumah tempat kejadian. [8]
Preamble
Menurut SP4, pada 2 minggu pertama, OKT 2 melayan dia dan anaknya dengan baik, namun pada minggu ketiga, OKT 2 mula memukul SP4 dan anaknya. Pada 22.12.2021 pada jam 12 tengahari, SP4 sedang mencuci dan menyidai kain. Tiba-tiba OKT 2 bertanya kepadanya kenapa ada air menitis dan dia terus memukul SP4 dan anaknya di belakang bahu dengan menggunakan kayu patah dari sebuah kerusi. SP4 telah mengecam kayu tersebut iaitu ekshibit P11A. Menurut SP4, walaupun dia cuba menghalang OKT 2 terus memukul anaknya dengan menggunakan tali pinggang warna hitam (dicamkan oleh SP4 ekshibit P12A). OKT 2 memukul anak SP4 di tangan dan kaki. Ketika di Mahkamah Terbuka, SP4 telah menunjukkan bagaimana OKT 2 memukul anak SP4 (Nitish). Nitish menangis apabila dipukul OKT 2. [9] Pada 23.12.2021 jam lebih kurang 9 pagi, Nitish sedang bermain di ruang tamu. Menurut SP4, OKT 2 telah memukul Nitish dengan menggunakan penyangkut baju (SP4 cam ekshibit P10) dan menendang Nitish. Nitish dipukul di bahagian kaki dengan menggunakan penyangkut baju itu. Nitish telah menangis apabila dipukul dan ditendang. SP4 mendakwa ketika itu, OKT 2 di bawah pengaruh dadah. SP4 juga mendakwa walaupun dia cuba menghalang OKT dari memukul anaknya, dia turut dipukul oleh OKT. [10] Seterusnya pada 24.12.2021 pada jam 9 pagi, SP4 sedang memandikan Nitish di bilik mandi; tiba-tiba OKT 2 telah datang ke bilik mandi menjerit dan memukul Nitish. OKT 2 menjerit kenapa Nitish tidak boleh mandi sendiri. OKT 2 kemudian memukul Nitish dengan menggunakan getah paip yang ada di bilik mandi (SP4 cam ekshibit P19A). [11] OKT 2 kemudian membawa Nitish ke ruang tamu dan telah mengigit anak ini di bahagian leher. Kemudian OKT 2 telah membawa Nitish ke tandas dan telah memegang kaki Nitish dan mencelup kepalanya ke dalam tong air untuk lebih kurang 5 minit. OKT 2 juga telah memukul Nitish di bahagian belakang di ruang tamu. Di leher Nitish juga kelihatan kesan gigitan OKT 2. Seterusnya, OKT 2 telah menarik Nitish ke dalam bilik dan membalingnya di atas tilam dan OKT 2 telah menutup pintu. SP4 telah meminta OKT 2 membuka pintu namun dia enggan. Selepas sekian lama, OKT 2 telah membuka pintu dan memukul SP4. SP4 kemudian melihat Nitish terbaring atas tilam tidak bergerak dan bernafas. SP4 juga telah mengecam tilam itu (ekshibit P16A). SP4 cuba mengejutkan Nitish tetapi tidak berjaya dan SP4 telah merayu meminta OKT 2 membawa Nitish ke hospital. Mula-mula mereka membawa Nitish ke sebuah klinik tetapi apabila jururawat di klinik itu melihat Nitish tidak sedarkan diri, dia meminta OKT 2 dan SP4 membawa Nitish ke hospital. Kedua mereka kemudiannya membawa Nitish ke bahagian kecemasan HTAR. Di HTAR, doktor memberitahu SP4 bahawa anaknya telah meninggal dunia dan SP4 dibawa ke pondok polis yang berhampiran. Pada ketika itu, OKT 2 berada di dalam kereta di tempat parkir hospital. [12] Di pondok polis, SP4 telah disoal oleh pihak polis apa yang berlaku dan SP4 telah menceritakan apa yang berlaku pada pihak polis. Pihak polis telah bertanya kepada SP4 dimana OKT 2 dan SP4 memberitahu OKT 2 ada di dalam kereta di tempat parkir hospital. C. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [13] Undang-undang adalah mantap dan jelas bahawa Mahkamah perlu memutuskan samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT di akhir kes pendakwaan selaras dengan Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah di mana penilaian maksimum atas keterangan saksi-saksi pendakwaan perlu dibuat oleh Mahkamah. [14] Apa yang terjumlah kepada pembuktian satu kes prima facie di pihak pendakwaan diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam Dalip Bhagwan Singh v Public Prosecutor [1998] 1 MLJ 1: - “the meaning of the test of prima facie at the end of the prosecution’s case is, on the assumption that the prosecution evidence was accurate, could the accused be lawfully convicted? The word ‘accurate’ could mean or should mean ‘true’ and the words ‘prosecution evidence’ could be said to refer to the evidence of ‘primary facts’ which could logically refer to evidence or evidence sufficient enough to prove each ingredient of an offence. Once there is sufficiency of such evidence, so long as it is not inherently incredible, a prima facie case is made out. Therefore, the test of prima facie would not only entitle one to assesses the veracity or credibility of evidence of witnesses as the session had done’. [penekanan ditambah] D. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [15] Pihak pendakwaan perlu membuktikan intipati kesalahan seksyen 302 Kanun Keseksaan wujud. [16] Seksyen 300 Kanun Keseksaan memperuntukan: - Kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, mematikan orang dengan salah ialah membunuh orang-
a
(a) jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian;
b
(b) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang pesalah itu ketahui mungkin menyebabkan kematian orang yang dikenakan bencana itu;
c
(c) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada seseorang dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan adalah cukup pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian; atau
d
(d) jika orang yang melakukan perbuatan itu ketahui bahawa perbuatan itu adalah sebegitu sekali berbahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian dan ia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian atau bencana sebagaimana tersebut. [17] Elemen dalam memastikan wujudnya satu kes prima facie terhadap OKT untuk kesalahan membunuh adalah:
i
(i) mangsa iaitu Nitish a/l Kogilan telah meninggal dunia;
Subparagraph
(ii) kematian adalah akibat dari kecederaan yang dialami oleh simati;
Subparagraph
(iii) kecederaan simati adalah akibat perbuatan atau kesan daripada perbuatan OKT;
Subparagraph
(iv) dalam mencederakan simati, OKT dengan niat untuk mencederakan tubuh badan simati dan kecederaan pada tubuh badan simati adalah memadai dalam keadaan biasa akan menyebabkan kematian. [18] Pihak pendakwaan bergantung kepada cabang (c) seksyen 300 KK iaitu:
c
(c) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada mana-mana orang, dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian; I. Mangsa Nitish a/l Kogilan telah meninggal dunia. [19] Mangsa Nitish a/l Kogilan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) telah dibawa pada mulanya ke klinik swasta oleh ibunya (SP4) dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kemudian SP4 dan OKT 2 telah membawa mangsa ke HTAR di Jabatan Kecemasan dan Trauma pada 24.12.2021 jam lebih kurang 6.20 petang. Mangsa dirawat oleh SP2 (Dr Mohamad Izad bin Kamaruddin). SP2 mengesahkan bahawa ketika beliau menerima mangsa, mangsa telah didapati tidak bernyawa dan terdapat kesan lebam dan luka-luka di keseluruhan badan dan belakang mangsa. Mahkamah berpuashati tiada keraguan terhadap identiti simati berdasarkan keterangan SP2 sebagai doktor yang merawat, dan SP4 ibu simati sendiri. Mahkamah juga turut berpuasti bahawa simati telah meninggal dunia dan tiada pertikaian pihak-pihak bagi elemen ini. II. Kematian adalah akibat kecederaan yang dialami oleh simati. [20] SP2 mengsyaki ini adalah kes penderaan dan beliau telah membuat laporan polis. Seterusnya, bedah siasat telah dijalankan oleh SP10 (Dr Kartini binti Md Ariff) atas simati pada 26.12.2021 jam lebih kurang 1 tengahari. Hasil pemeriksaan di bahagian muka dan kepala terdapat beberapa kecederaan lebam dan abrasi iaitu: i. Lebam pada kedua-dua mata ii. Beberapa lebam berabrasi pada dahi iii. Beberapa pasang lebam berbentuk melengkung setiap satu dia kedua-dua belah pipi dan satu di telinga kanan, ciri lebam berpasangan melengkung ini bersesuaian dengan kesan gigitan iv. Lebam di pelipis kiri dan kanan v. Abrasi calar dan lebam di telinga kiri vi. Abrasi di belakang kepala sebelah kiri vii. Koyakan kecil pada bahagian dalam bibir bawah viii. Pada bahagian leher terdapat beberapa lebam kecil berbentuk bulat yang sesuai dikatakan kesan tekanan jari-jari pada bahagian hadapan leher seperti akibat dicekik. Hasil bedah siasat yang dilakukan, pendarahan tisu lembut bawah kulit dan kontusi berganda yang hebat seperti di dalam kes ini adalah dianggap parah sehingga boleh menyebabkan kematian iaitu “fatal in nature’. Walaupun secara amnya lebam tidak boleh membawa maut, SP10 berpendapat oleh kerana ianya melibatkan kawasan tubuh yang signifikan dan meluas serta banyak; ianya boleh menyebabkan pendarahan yang teruk sehingga akhirnya simati mengalami renjatan (shock). Oleh sebab itu punca kematian adalah “Massive soft tissue injury due to blunt trauma” iaitu kecederaan pada bahagian tisu lembut badan yang berganda akibat impak objek tumpul. Tisu lembut yang dimaksudkan ialah lapisan bawah kulit iaitu lapisan subcutaneous dan lapisan otot. [21] Dapatan oleh SP10 ini dinyatakan didalam laporan bedah siasat iaitu ekshibit P37. Adalah jelas dari laporan bedah siasat (ekshibit P37) yang disediakan oleh SP10, kematian Nitish adalah akibat dari kecederaan yang dialaminya. Selepas SP10 selesai melakukan bedah siasat atas mayat simati, beliau mengesahkan hasil bedah siasat punca kematian adalah “Massive soft tissue injury due to blunt trauma”. SP10 juga di dalam P37 menyatakan: “There were external blunt injuries consisted of multiple bruises and abrasions on almost all parts of the body. The pattern and distribution of these injuries were generally consistent with characteristic of injuries inflicted by another person(s) over a period of time, a typical pattern of non-accidental injury of children. Dating of these injuries showed variable ages; raging from as recent as 1 day old and up to 4 days old from time of death. Few of the injuries showed bite marks pattern and tramline pattern. Internal post mortem dissections revealed those blunt traumas had caused massive soft tissue injury evidenced as underlying subcutaneous and intramuscular haematomas. These injuries were potentially fatal in nature. There were no other fatal congenital abnormality or natural diseases detected which could have contributed to his death at the particular moment of time. There was no obvious neglect as the body was well nourished with proper hygiene and showed parameters which were appropriate for his age. The cause of death massive soft tissue injury due to blunt trauma.” [22] Berdasarkan keterangan SP10, dan merujuk kepada keseluruhan kandungan P37 tersebut, Mahkamah ini berpuashati bahawa simati telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami olehnya dan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen kedua pertuduhan. III. Kecederaan simati adalah akibat perbuatan atau kesan daripada perbuatan OKT [23] Bagi membuktikan elemen ini, pendakwaan bergantung kepada keterangan langsung dari SP4. Untuk ini Mahkamah melihat kepada keterangan dari SP4 yang merupakan ibu Nitish yang melihat bagaimana OKT 2 memukul anaknya dan dia sendiri telah mendemonstrasi di Mahkamah bagaimana OKT 2 memukul Nitish dengan kayu, getah paip dan tali pinggang. SP4 juga menunjukkan bagaimana OKT 2 mencelup Nitish ke dalam tong air dengan memegang kaki Nitish. [24] Selain itu, terdapat laporan pergigian forensic (ekshibit P59) di mana disahkan oleh Dr Norhayati binti Jaafar bahawa kesan gigitan pada badan Nitish adalah dibuat oleh OKT 2. Laporan hasil bedah siasat dengan disokong oleh keterangan oleh SP4 iaitu saksi mata kejadian mengesahkan kecederaan yang membawa kepada kematian Nitish adalah diakibatkan oleh OKT 2. Laporan kimia iaitu analisis DNA (ekshibit P25) untuk kesatan DNA surih pada penyangkut baju, batang kayu, tali pinggang dan getah paip adalah sepadan dengan OKT 2. Maka adalah jelas, kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Nitish adalah akibat perbuatan OKT
2
IV. Dalam mencederakan Nitish, simati, OKT dengan niat untuk mencederakan tubuh badan simati dan kecederaan pada tubuh badan simati adalah memadai dalam keadaan biasa akan menyebabkan kematian. [25] Berhubung dengan isu niat, pihak pendakwaan bergantung kepada cabang (c) Seksyen 300 KK; iaitu perbuatan OKT dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kecederaan kepada tubuh Nitish a/l Kogilan, simati yang mana pada lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian. Mahkamah Rayuan di dalam kes Iskandar Zulkarnain bin Zolkifly v PP [2022] 1LNSD 127 di mana rujukan dibuat kepada keputusan terkini Mahkamah Persekutuan berkenaan kedudukan undang-undang atas seksyen 300(c) Kanun Kesiksaan iaitu Zulkiplee Mohamad v PP [2022] 1 CLJ 673 di mana diputuskan: “It is irrelevant and totally unnecessary to enquire into what kind of injury the accused intended to inflict. The question is not whether the intention of the accused is to inflict a serious injury or a trivial one but whether he intended to inflict the injury that is proved to be present. In the present case, the injuries that were proved to be present and which the appellant intended to inflict were the injuries on the deceased’s head which fractured her skull. Where on the prosecution relies on cl (c) of s. 300 of the PC, it is not required to prove intention to cause bodily injury of a kind that is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. In the the context of the present case, proof of that intention was the appellant’s deliberate act of hitting the deceased on her head with the baseball bat, which was totally unrelated to the question whether he intended to cause injury that was sufficient to cause death in the ordinary course of nature. [penekanan ditambah] …………… What the prosecution needed to prove in order to bring the case under cl (c) of s.300 is to show that the injury proved to be present was caused intentionally and not accidentally and that the injury was sufficient in the ordinary course of nature to cause death. [26] Mahkamah Persekutuan didalam Public Prosecutor and Muhammad Khairuanwar bin Baharuddin [Federal Court (Criminal Appeal No: 05(L) -15-01/2023 (W)] YA Dato’ Nordin Hassan HMP memutuskan: - “[30] Before we proceed to address this issue, it is pertinent to reiterate the settled principle of law that to attract the application of section 300(c) of the Penal Code, the prosecution must prove the presence of bodily injury, the accused intentionally inflicted the injury and that the injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. (see PP v Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823 FC; Zulkiple Mohamad v PP [2022] 1 CLJ 673 FC; Mickelson Gerald Wayne v PP [2022] 6 MLJ 118 FC; Mohamed Yasin bin Hussin v PP [1976] 1 MLJ 156 PC; Virsa Singh v State of Punjab (1958) 1 MLJ (Crl) 579; Tan Cheow Bock v PP [1991] 3 MLJ 404); PP v Visuvananthan [1978] 1 MLJ 159) [32] To begin with, an intention is a question of fact that cannot be proved by direct evidence. Inference from the evidence presented and the surrounding circumstances has to be made to determine this fact. This too is stated lucidly by Thompson J in Chan Pean Leong v PP [1956] MLJ 237 in the following words: “Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” (emphasis added) [33] In Ratanlal & Dhirajlal, The Indian Penal Code, 32nd Edition, on page 1274, the issue of intention in a murder case was discussed and explained as follows: “Intention how to be deduced – The intention is a question of fact which is to be gathered from the acts of the parties. The Law books as regards intention to the natural result of a man’s act, and not to the condition of his mind. So, when a normal man does an act, he should be credited with the intention of doing that which is inevitable consequence of his act. Further, the nature of intention has to be gathered from various circumstances, for instance, the kind of weapon used, the part of the body hit, the amount of force employed and the circumstances attending upon death. In the absence of any indication or circumstances to show that the particular injury inflicted by the accused was accidental or unintentional or that some other kind of injury was intended to be inflicted, the presumption would be that the very injury suffered by the deceased was intended. Mere absence of premeditation will not be enough to displace this presumption. The question whether the offender entertained a particular type of intention or not is the question which is to be answered not from any direct evidence but from the proved facts and circumstances of the case. However, it should be borne in mind that intention with which an act should be found to have been committed is neither constructive nor presumptive in its character. Though it is true that the Court should not expect direct evidence of intention in every case and that a proper inference about existence of a particular intention can be made from the circumstances of the case, such circumstances should be such as would enable the Court to arrive at a conclusion beyond reasonable doubt that the intention in question did exist. Evidence of motive is generally found to be capable of supplying good evidence about the nature of the intention to commit the particular act. The facts collateral to the main incident such as the manner and the method by which the offence was executed, possibility of the successful execution of the intended act, care taken by the accused to eliminate the possible mistakes in carrying out the successful execution of the intended act are some of the facts which are likely to throw good light upon the actual intention with which the act was done.” (emphasis added) [27] Keterangan daripada SP10 yang merupakan pakar pathologis yang menjalankan bedah siasat atas jasad simati membantu Mahkamah dalam mencari punca kematian Nitish. SP10 mengesahkan Nitish A/L Kogilan mati akibat “massive soft tissue injury due to blunt trauma”. Kecederaan luarannya sangat banyak termasuk kesan gigitan dan kecederaan-kecederaan ini berpotensi menyebabkan kematian Nitish. [28] OKT 2 dilihat oleh SP4 sebagai orang yang memukul anaknya dengan segala peralatan yang dikemukakan di Mahkamah. Tiada orang lain yang memukul simati di tempat kejadian selain dari OKT
2
Mahkamah Persekutuan didalam Public Prosecutor and Muhammad Khairuanwar bin Baharuddin (supra) memutuskan isu ini berkait rapat dengan niat untuk mencederakan simati. “[35] In this regard, firstly, the respondent had the opportunity to inflict injuries on the deceased. The respondent was the last person seen with the deceased while the deceased was still alive and importantly, the respondent’s conduct after the deceased death showed the act of covering the offence committed.” [29] Adalah jelas daripada alasan-alasan ini, OKT mempunyai niat untuk untuk mencederakan tubuh badan simati dan kecederaan pada tubuh badan simati adalah memadai dalam keadaan biasa akan menyebabkan kematian dan terbukti simati telah meninggal dunia. Mahkamah ini telah membuat rujukan kepada kes Tan Buck Tee v PP [1961] MLJ 176, Thompson HB memutuskan: - “There was the body with five appalling wounds on it, wounds penetrating to the heart and liver, which must have been caused by violent blows with a heavy sharp instrument like an axe. In the absence of anything else, whoever inflicted those blows must have intended to kill the person on whom they were inflicted”. [30] SP10 didalam keterangannya menjelaskan di dalam keadaan biasa kesan-kesan lebam pada badan simati tidak akan menyebabkan kematian tetapi di dalam kecederaan yang dialami oleh Nitish, terlalu banyak kesan lebam yang merosakkan tisu-tisu badan yang membawa kepada kematian Nitish. Nitish adalah anak kecil yang hanya berumur 4 tahun pada waktu kejadian dan diperlakukan dengan begitu kasar oleh OKT 2 maka pastinya kecederaan yang dialami tidak akan mampu ditanggung oleh anak kecil ini yang akhirnya membawa maut. E. KESIMPULAN AKHIR KES PENDAKWAAN [31] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah mempunyai obligasi untuk menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan dengan penilaian maksimum dan juga penelitian harus diberi atas kredibiliti saksi-saksi. Setelah meneliti dan menilai semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada tahap penilaian maksima, saya berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie atas OKT dan juga berjaya mengemukakan keterangan yang kukuh dan kredibel dalam membuktikan setiap elemen pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Oleh itu, saya memutuskan OKT diperintahkan untuk membela diri dibawah pertuduhan Seksyen 302 Kanun Kesiksaan. F. PEMBELAAN OKT 2 [32] Mahkamah telah memberikan (3) pilihan kepada OKT 2 untuk membela diri dan OKT 2 memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kendang saksi. [33] Berikut adalah pembelaan OKT 2: [i] OKT 2 berkerja sebagai pemandu lori dan dia telah berkenalan dengan ibu Nitish iaitu SP4 melalui “Facebook” pada sekitar Ogos
2021
Menurut OKT 2, SP4 ingin mengikutnya dan dia telah mengambil SP4 di Seremban pada 16.12.2021. Sejak itu, SP4 dan simati telah tinggal dengan OKT di No. 333-2B, Jalan Hulubalang 28, Taman Sentosa Klang. [ii]
Preamble
Menurut OKT 2, sepanjang masa Nitish tinggal dengannya, dia melihat SP4 yang menjaga Nitish dan kadang-kadang kanak-kanak ini nakal dan telah menimbulkan kemarahan SP4. OKT 2 menafikan mencederakan Nitish dan dia hanya balik dari kerja dan tidur sahaja. [iii] Pada hari kejadian, OKT 2 baru habis kerja dan dia telah membeli sarapan. Pada ketika itu, Nitish sedang tidur dan SP4 mahu mengejutkannya tetapi dilarang oleh OKT 2. SP4 tetap mengejutkan Nitish dan membawanya ke bilik air. Pada ketika itu, ada panggilan telefon untuk OKT 2 dan dia bangun untuk menjawab panggilan itu. Tiba-tiba OKT 2 mendengar Nitish menangis dan dia meminta SP4 melihat Nitish dan SP4 memberitahu bahawa Nitish jatuh dalam air. OKT 2 merasa marah dan telah pergi pukul di bahagian bahu kanak-kanak itu. [iv] OKT 2 seterusnya memberitahu Mahkamah bahawa Nitish telah berhenti menangis dan badannya sejuk. OKT 2 kemudian meminta SP4 mengelap badan Nitish dengan kain yang direndam dengan air suam, namun SP4 dalam keadaan panik telah tersimbah air panas di tangan Nitish. OKT 2 kemudian mengajak SP4 membawa Nitish ke klinik walaupun SP4 enggan pada mulanya. Akhirnya OKT 2 dan SP4 telah membawa Nitish ke klinik. Apabila tiba di klinik, doktor memberitahu Nitish kekurangan oksigen dan klinik tidak mempunyai bekalan oksigen. Doktor di klinik telah meminta OKT 2 dan SP4 membawa Nitish ke hospital dengan kadar segera. OKT 2 kemudian pergi ke HTAR dan telah menurunkan SP4 dan Nitish di unit kecemasan. [v] Setelah OKT 2 selesai meletakkan keretanya, dia telah pergi ke unit kecemasan untuk berjumpa dengan SP4 tetapi SP4 tiada disitu. OKT 2 telah menelefon SP4 dan bertanya dia ada dimana. SP4 datang kepada OKT 2 dan tiba-tiba doktor datang berjumpa dengan SP4 dan meminta SP4 membuat laporan polis di pondok polis.
Preamble
Menurut OKT 2 sementara menunggu kedatangan doktor pakar, OKT 2 tunggu di dalam kereta dan SP4 masih ada di hospital. Polis kemudiannya menangkap SP4 dan dia memberitahu pihak polis dia datang ke hospital dengan SP4.Seterusnya, OKT 2 menerima panggilan daripada SP4 dan dia pun pergi ke arah SP4 dan dia melihat SP4 ada di dalam pondok polis. [vi] OKT 2 memberitahu SP4 jika polis tanya siapa pukul Nitish, OKT 2 suruh SP4 beritahu bahawa dia yang memukul Nitish. OKT 2 kemudian memberitahu Mahkamah, pihak polis telah membawanya ke rumahnya dan ketika di rumah itu, SP4 yang menunjukkan barang-barang yang digunakan untuk memukul Nitish seperti kayu dan hanger. OKT 2 hanya sekadar marah sahaja kepada Nitish tetapi menafikan dia ada memukul Nitish. [34] Kes ini mempunyai saksi mata iaitu SP4 yang melihat perbuatan OKT 2 yang memukul Nitish dengan kayu, hanger, paip getah dan mencelup kepala Nitish di dalam air. Keterangan SP4 tidak dicabar oleh pembelaan. Kecederaan yang dialami oleh Nitish yang membawa kepada kematiannya adalah konsisten dengan alat-alat yang digunakan iaitu kayu, hanger dan getah paip. Nitish adalah seorang kanak-kanak yang berumur 3 tahun pada waktu kejadian.
2
Tubuh kecil ini menerima pukulan dari seorang dewasa seperti OKT Terdapat DNA OKT 2 pada hanger (ekshibit P18A) yang dibuktikan melalui laporan kimia yang disediakan oleh SP3 iaitu ekshibit P25. [35] Seterusnya melalui keterangan SP4 juga, Nitish di bawa ke bilik dan pintu dikunci selepas OKT 2 memukul Nitish di ruang tamu dengan getah paip, mencelup kepala Nitish di bilik air dan mengigit leher Nitish. SP4 mendengar dari luar rengekan anaknya dan meminta OKT 2 membuka pintu. Apabila pintu dibuka, SP4 melihat Nitish terbaring di atas tilam tidak bernafas. SP4 adalah saksi yang boleh dipercayai kerana dia telah mendemonstrasikan di Mahkamah bagaimana OKT 2 memukul Nitish dengan menggunakan tali pinggang, kayu dan getah. Keterangan SP4 tentang perbuatan OKT 2 atas Nitish tidak dicabar sesungguhnya oleh pihak pembelaan. OKT 2 adalah individu terakhir dengan Nitish di dalam bilik itu sebelum Nitish ditemui tidak bernafas di atas tilam oleh SP4. Mahkamah mengguna pakai doktrin “last seen together” yang diperjelaskan oleh Mahkamah Rayuan didalam keputusan Salem anak Brayon [2022] 1 LNS 2917 “ [52] Another important point was also advanced before us by the Respondent concerning the principle of the last person having been seen together with the deceased before she was discovered dead. PW17, the sole eye witness to the incident, who was accepted by the LJ to be a credible and truthful witness testified that the Appellant was with the deceased when she left the room after the incident when the commotion stopped. Another witness, PW14, testified that she saw the Appellant leave the Deceased’s room around 10.20pm. [53] Our attention was drawn to the Indian Supreme Court decision of Ashok v State of Maharashtra [2015] 4 Supreme Court 393 where the Supreme Court of India held that: “ The “last seen together” theory has been elucidiated by this Court in Trimukh Marotiu Kirkan v State of Maharashtra [2006] 10 SCC 106, in the following words: “Where an accused is alleged to have commited the murder of his wife and the prosecution succeeds in leading evidence to show that shortly before the commission of crime they were seen together or the offence took takes place in the dwelling home where the husband also normally resided, it has been consistently held that if the accused does not offer an explanation how the wife received injuries or offers an explanation which is found to be false, it is a strong circumstance which indicates that he is responsible for commission of the crime. Thus, the doctrine of last seen together shifts the burden of proof on the accused, requiring him to explain how the incident had occurred. Failure on the part of the accused to furnish any explanation in this regard, would give rise to a very strong presumption against him [penekanan ditambah]”. [54] Under the circumstances of this case where in our view, the “last seen together’ theory applies, the burden shifted to the Appellant to proffer a strong and cogent explanation and rebut the presumption that his act or series of acts led to the Deceased’s death and the inference that he committed the acts. The absence of such explanation would be detrimental to his defence [penekanan ditambah] (See Nika Ram v State of H.P (1972) 2 SCC 80; Kanhaiya Lal v State of Rajasthan [2014] 4SCC 715] G. DAPATAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [36] Setelah menilai secara keseluruhan pembelaan OKT, ia hanya lebih kepada satu penafian kosong semata-mata . Sekaligus, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan melampui keraguan yang munasabah iaitu OKT telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan. Mahkamah ini juga mendapati bahawa OKT yang dipanggil membela diri dengan keterangan bersumpah juga telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah yang telah berjaya menangkis kes pendakwaan. Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan diatas, Mahkamah mendapati OKT bersalah sepeti pertuduhan di bawah Seskyen 302 Kanun Keseksaan dan mensabit salah OKT dengan pertuduhan yang dihadapinya. H. HUKUMAN [37] OKT di dalam mitigasinya memohon agar hukumannya diringankan. Dia berumur 33 tahuan dan merupakan anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Ibunya telah meninggal dunia dan OKT menyesal akan perbuatannya dan mohon hanya dikenakan hukuman penjara. Pihak pendakwaan di dalam hujahan pemberatan memohon Mahkamah mengenakan hukuman gantung sampai mati kerana perbuatan OKT yang mendera anak kecil ini hingga maut tidak dapat dipandang ringan. Hukuman yang berat harus dikenakan sebagai satu pengajaran dan demi menjaga kepentingan awam. OKT sebelum ini juga pernah terlibat dalam kes jenayah yang melibatkan dadah dan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Kesiksaan. [38] Dalam konteks menjatuhkan hukuman yang melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan, Mahkamah telah diberikan budi bicara samada untuk menjatuhkan hukuman mati atau memberikan hukuman penjara dan sebatan seandainya hukuman mati tidak dikenakan. Ini selaras dengan hasrat Parlimen dengan penggubalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dimana Seksyen 34 Akta yang sama memberikan pilihan ini; namun begitu budi bicara Hakim untuk mengenakan hukuman gantung sampai mati masih kekal dengan melihat fakta sesuatu kes. [39] Di dalam kes ini, mangsa adalah seorang kanak-kanak yang berumur 3 tahun pada tarikh kejadian. Mahkamah telah melihat jasad kanak-kanak ini di dalam laporan bedah siasat yang dikemukakan dan ianya adalah sekujur tubuh yang kecil dan kurus. Dia dibelasah oleh OKT tanpa belas ihsan, anak kecil ini tidak mampu melawan cuma menangis. Tubuhnya yang kecil dipukul dengan kayu kerusi, tali pinggang, penyangkut baju, digigit di leher dan kepalanya direndam di dalam air oleh OKT. Akhirnya dia diheret ke dalam bilik di mana jasad kecil ini dipukul sekali lagi dan ibunya iaitu SP4 hanya mendengar tangisan anaknya dari dalam bilik yang berkunci sebelum dia menemui anaknya tidak bernyawa. Ekshibit-ekshibit menunjukkan keadaan tubuh badan simati ketika bedah siasat cukup untuk menunjukkan kesakitan yang di hadapi simati sebelum menemui ajalnya. Mahkamah hanya boleh menyimpulkan perbuatan OKT bukan sahaja telah membunuh simati tetapi amat zalim dan kejam pada seorang anak kecil yang tidak berupaya melawan dan mempertahankan dirinya. [40] Oleh itu, hanya satu hukuman yang setimpal dan wajar atas perbuatannya iaitu digantung di leher hingga mati. Barang kes pada pihak pendakwaan simpan selamat sehingga tamat tempoh rayuan. Bertarikh 27 Februari 2026 BAGI PIHAK PENDAKWAAN : Puan Farah Aqilah Binti Ahmad Fuad Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor, Aras 11,12 dan 13 Corporate Tower IDCC, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. PEGUAM BELA BAGI PIHAK TERTUDUH : Tetuan Zamri & Teoh Peguambela & Peguamcara, B602, Block B, Mentari Business Park, Sunway Mentari, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.