Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
BA-A73KJ-1346-12/2023
Magistrates Court of Malaysia27 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bahawa terdapat kepentingan peribadi ataupun percanggahan material terhadap kes. Prinsip ini adalah selari dengan keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Chan Sau Chuan v Choi Kong Chaw & Yap Yun Chan [1990] MLJU 9, di mana Yang Arif Hakim telah memutuskan sebagaimana yang berikut: Taking the evidence of the investigati”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
2
LEONG LAI YUEN … PLAINTIF-PLAINTIF
2
MOHD KHAIRANI BIN HISAM … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A) PENGENALAN [1] Kes ini merupakan kes kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah motokar motokar dengan nombor pendaftaran No. BJS 8778 yang dipandu oleh plaintif kedua dengan sebuah kenderaan motolori dengan nombor pendaftaran No. BHH 4082 dipandu oleh defendan kedua. Plaintif pertama merupakan Pemilik motokar dengan nombor pendaftaran No. BJS 8778 dan Defendan adalah pemilik motolori dengan nombor pendaftaran No. BHH 4082 [2] Akibat daripada kemalangan ini, motokar plaintif pertama telah mengalami kerosakkan. Plaintif-plaintif telah memfailkan tuntutan ganti rugi am dan khas terhadap defendan-defendan. [3] Mahkamah mendapati bahawa defendan kedua telah memungkiri kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif kedua. Mahkamah ini juga tidak menemui sebarang sumbang cuai di pihak plaintif. Maka Mahkamah ini telah memutuskan bahawa defendan bertanggungan liabiliti sebanyak 100% terhadap plaintif di dalam kes ini. Mahkamah ini juga telah membenarkan tuntutan plaintif untuk ganti rugi am dan khas, kos dan faedah ke atas defendan-defendan. S/N roQbrI4fFkKHPUBsFdlvbg [4] Defendan-defendan telah merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap dapatan liabiliti dan jumlah kos pembaikan kenderaan dan ganti rugi kehilangan penggunaan kereta yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini. [5] Pada 27/10/2021 jam lebih kurang 9.30 pagi semasa plaintif kedua sedang memandu motokar plaintif pertama di Lebuhraya ELITE, di mana pada setiap masa yang material plaintif kedua berada di laluan yang sah dan betul, tiba-tiba sebuah motolori No. BHH 4082 yang sedang dipandu oleh defendan kedua telah melanggar bahagian belakang motokar plaintif pertama yang dipandu oleh plaintif kedua. [6] Akibat daripada pelanggaran tersebut, motokar plaintif pertama telah mengalami kerosakan pada bahagian depan motokar. [7] Seramai 3 orang saksi plaintif telah hadir untuk memberikan keterangan dan pihak defendan tidak mengemukakan sebarang saksi. Saksi-saksi yang telah hadir ke Mahkamah ini untuk memberikan keterangan mereka ialah: i) SP1 :Sarjan Mohd Amin Azahan Bin Saleh-Pegawai Penyiasat (IO) ii) SP2 : Wong Lian Seng-Penyelia bengkel iii) SP3: Wong Hueih Gyark-Penyelaras [8] Manakala keterangan dokumen yang telah diterima masuk sebagai ekshibit di dalam perbicaraan kes ini adalah sebagaimana di bawah: i) Eksibit P1 (A-E) - Borang 9 dan 49 Plaintif Pertama ii) Eksibit P2 (A-B) - Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Plaintif Kedua iii) Eksibit P3 (A-B) - Perakuan Pendaftaran Kenderaan Plaintif Pertama iii) Eksibit P4 - Carian JPJ Kenderaan No. BHH 4082 iv) Eksibit P5 - Laporan Polis Plaintif Kedua v) Eksibit P6 - Laporan Polis Defendan Kedua vi) Eksibit P7- Keputusan Siasatan Kes vii) Eksibit P8- Gambar Rajah dan Kunci Kes viii) Eksibit ID9- Gambar Polis ix) Eksibit P10 (A-B) - Resit Laporan Penyelaras S/N roQbrI4fFkKHPUBsFdlvbg x) Eksibit P11 (1-71) -Laporan penyelaras xi) Eksibit P12- Gambar Kenderaan Selepas Pembaikan xii) Eksibit P13- Sijil “The Malaysian Insurance Institute” xiii) Eksibit ID 14- bil bengkel B. LIABILITI [9] Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh plaintif kedua, plaintif sedang memandu motokar plaintif pertama di lorong tengah dan keadaan jalan raya adalah sesak. Secara tiba-tiba, motokar dipandu plaintif kedua dilanggar dari belakang oleh motorlori yang dipandu oleh defendan kedua. [10] Kerosakan-kerosakan pada motokar plaintif yang tertumpu di bahagian belakang adalah konsisten dengan fakta yang terkandung di dalam laporan polis plaintif kedua. [11] Plaintif juga menghujahkan dapatan hasil keputusan sisatan Pegawai Penyiasat, SP-3 telah mendapati bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian defendan kedua. [12] Plaintif berhujah bahawa pihak defendan telah gagal menghadiri bicara tersebut untuk menyangkal keterangan saksi plaintif iaitu Pegawai Penyiasat. Pihak Defendan tidak pernah memfailkan apa-apa penyataan saksi dan pada hari perbicaraan dimaklumkan bahawa defendan-defendan tidak akan memanggil saksi. [13] Peguamcara plaintif menghujahkan bahawa defendan adalah cuai 100% melanggar motokar plaintif menyebabkan kemalangan ini. [14] Pihak defendan berhujah bahawa berdasarkan keterangan yang diberikan oleh SP1 menunjukkan kelompangan yang besar dalam siasatan SP1. Walaupun SP1 mengatakan telah saman defendan kedua, namun, SP1 sendiri mengakui bahawa saman tersebut dan keputusan siasatan yang dikeluarkan oleh beliau adalah berdasarkan satu siasatan yang tidak lengkap kerana saman tersebut telah dikeluarkan sebelum pergi ke tempat kemalangan, sebelum plaintif kedua membuat repot dan sebelum mengambil keterangan plaintif kedua. S/N roQbrI4fFkKHPUBsFdlvbg [15] Pihak defendan berhujah bahawa pihak plaintif telah gagal memanggil kedua-dua plaintif pertama dan plaintif kedua untuk memberi keterangan. Pihak plaintif hanya bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP1 semata-mata untuk membuktikan liabiliti. Pihak defendan menyatakan bahawa pihak plaintif telah gagal membuktikan kecuaian defendan-defendan dalam mengakibatkan kemalangan dengan plaintif-plaintif kerana gagal memanggil saksi yang terutama dan paling penting untuk membuktikan bagaimana kemalangan tersebut berlaku gagal membuktikan sebarang kecuaian terhadap defendan-defendan. Justeru, pihak plaintif telah gagal mengalihkan beban bukti kepada pihak defendan-defendan. Maka kesimpulannya adalah wajar supaya tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan ditolak dengan kos atas dasar pihak plaintif gagal membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian. C. GANTI RUGI KHAS DAN AM [16] Peguam cara defendan berhujah SP3 sendiri mengakui bahawa kos yang ditaksirkan di dalam laporan penyelaras hanyalah satu cadangan sahaja dan SP3 sendiri tidak boleh sahkan kos sebenar bagi pembaikan kereta Plaintif. SP2 selaku pekerja bengkel juga mengakui beliau tidak tahu berapa kos yang ditaksirkan oleh pihak penyelaras dan beliau juga tidak mempunyai pengetahuan sendiri berkenaan kos sebenar pembaikan kereta plaintif. Seterusnya, SP2 mengakui bahawa kesemua urusan pembayaran, pembelian alat-alat ganti diuruskan oleh majikannya namun majikan SP2 tidak dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan berapakah kos sebenar untuk membaiki kereta plaintif. SP2 mengakui beliau hanya menjalankan kerja apabila diarahkan oleh majikan. [17] Selain itu, kereta plaintif pada masa kemalangan adalah berumur 7 tahun dan pihak Defendan menghujahkan bahawa adalah tidak munasabah untuk kesemua bahagian yang rosak digantikan dengan alat ganti yang baru sedangkan ada bahagian-bahagian yang boleh dibaiki sahaja dan tiada keperluan untuk digantikan dengan alat ganti yang baru. S/N roQbrI4fFkKHPUBsFdlvbg [18] Selanjutnya, SP3 mengetahui akan konsep betterment namun telah mengatakan bahawa betterment hanya terpakai untuk ‘Own Damage Claim’ dan tidak terpakai untuk ‘Third Party Claim’. Pihak defendan merujuk kepada penjelasan yang telahpun dibuat oleh Persatuan Insurans Am Malaysia PIAM berkenaan ‘betterment’ bahawa tiada di mana-mana dinyatakan bahawa ‘betterment’ hanya terpakai untuk ‘Own Damage Claim’ dan tidak terpakai untuk Third Party claim sepertimana yang dikatakan oleh SP3. Namun, SP3 masih gagal mengaplikasikan penolakan betterment semasa mentaksirkan kos pembaikan kereta Plaintif walaupun tahu kereta tersebut adalah berusia 7 tahun pada tarikh kemalangan dan sepatutnya penolakan sebanyak 25% adalah terpakai menurut prinsip ‘betterment’. [19] Plaintif-plaintif menuntut kehilangan kegunaan kenderaan untuk 14 hari di dalam Pernyataan Tuntutannya dan kononnya telah menaggung kerugian sebanyak RM150.00 sehari. Hujahan Defendan-Defendan adalah tuntutan kehilangan penggunaan kenderaan bukannya ‘as of right’ Plaintif. Tuntutan plaintif-plaintif adalah untuk gantirugi khas dan undang-undang adalah mantap bahawa butiran ini perlu ‘strict proof’. Walaupun SP2 mengatakan kereta Plaintif telah berada di dalam bengkel dalam lebih kurang 2 minggu, namun, tiada sebarang bukti menunjukkan plaintif-plaintif telah menanggung kerugian sebanyak RM150.00 sehari lebih-lebih lagi kedua-dua plaintif pertama dan kedua tidak dipanggil untuk memberi keterangan bagi membuktikan tuntutannya. [20] Pihak plaintif telah memplidkan untuk tuntutan bagi kos lain-lain sebanyak RM1,300.00. Tiada sebarang butiran yang dikemukakan berkenaan apakah ‘kos lain-lain’ yang dimaksudkan di dalam pernyataan tuntutan. Kedua-dua plaintif pertama dan kedua juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan tuntutan mereka di sini maka, pihak defendan memohon agar tuntutan ini ditolak sama sekali. [21] Pihak plaintif menyatakan SP2 telah menyediakan laporan penyelaras (“Adjuster Report”) untuk kenderaan Motorkar Plaintif No. VAN 4536 secara sendiri. SP2 adalah seorang Adjuster yang berkelayakan dan bertauliah. Sistem MRC Merimen adalah sistem yang diperuntukkan oleh BNM kepada semua adjusters untuk S/N roQbrI4fFkKHPUBsFdlvbg pemakaian tuntutan kerugian pihak ketiga dan mengulangakan garis panduan BNM. [22] Pihak plaintif berhujah memandangkan jumlah kos kerosakan yang dinyatakan di dalam Laporan Adjuster disediakan oleh SP2 adalah berdasarkan Sistem MRC Merimen sepertimana yang telah diperuntukkan oleh Bank Negara Malaysia, maka jumlah tersebut adalah satu taksiran berdasarkan harga yang dijana oleh sistem MRCMerimenyang mempunyai kuasa undang-undang (force of law), tepat, berpatutan, dan seharusnya diterima pakai sebagai satu jumlah kerugian yang nyata. [23] Adalah jelas Plaintif tidak dapat menggunakan kereta tersebut berhari-hari lamanya kerana ianya berada di bengkel selepas kemalangan dan ini telah mendatangkan kesengsaraan kepada Plaintif untuk bergerak kemana-mana bagi melaksanakan tugas hariannya. Plaintif juga perlu membuat pembayaran ke atas faedah-faedah bank untuk pembelian kenderaan plaintif. Kenderaan plaintif juga mengalami kesusutan nilai disebabkan oleh kemalangan jalan raya tersebut. Oleh itu, plaintif menuntut gantirugi am ke atas kos pengangkutan disebabkan kehilangan penggunaan kenderaan (14 x RM150.00 sehari). [24] Kehilangan penggunaan kenderaan juga dinyatakan dalam Laporan Penyelaras (“Adjuster Report”) bahawa pembaikan motokar No. VAN 4536 tersebut adalah selama14 hari. Pihak plaintif pohon kos kehilangan penggunaan kenderaan tersebut sekurang-kurangnya sebanyak RM150.00 sehari diawadkan kepada Plaintif atas sebab kos pengangkutan sehari yang tinggi masa kini. DAPATAN MAHKAMAH INI [25] Dalam mempertimbangkan isu liabiliti, prinsip asas beban pembuktian adalah berasaskan sepertiman Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 (AK1950) yang telah memperuntukkan seperti berikut:
101
101.(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan Penghakiman tentang apa-apa haka tau tanggungan di sisi undang-undang dengan bergantung kepada kewujudan fakta S/N roQbrI4fFkKHPUBsFdlvbg yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud. [26] Prinsip beban pembuktian telah acap kali ditekankan oleh Mahkamah atasan dan ia berkembang saban tahun. Di dalam kes Wong Thin Yit v Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175, Ong CJ telah menghakimi sebagaimana yang berikut: In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence. “Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.”: see 15 Halsbury (3rd Ed.) p. 260. [27] Berpandukan pada kes-kes, beban pembuktian sememangnya terletak di atas bahu plaintif dalam membuktikan bahawa kemalangan di dalam kes ini telah berlaku akibat daripada kecuaian pihak defendan kedua, dan defendan pertama adalah bertanggungan bersama secara vikarius. [28] Berdasarkan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini mendapati hanya terdapat satu versi kerana tiada saksi lain yang hadir. Saksi plaintif iaitu pegawai penyiasat telah menerima keterangan defendan kedua telah melanggar belakang kereta plaintif yang dipandu oleh plaintif kedua. [29] Mahkamah ini menilai keterangan saksi plaintif dan keterangan dokumen. Adalah wajar untuk Mahkamah ini membuat penekanan semula bahawa dokumen telah dipersetujui dan telah ditandakan sebagai ekshibit kecuali dua dokumen iaitu ID9 iaitu gambar kereta dan ID14 iaitu bil bengkel. Mahkamah ini mengiktiraf ekhibit dokumen sebagai keterangan saksi senyap yang relevan dalam menilai dua versi yang dikemukakan oleh pihak-pihak di dalam kes ini. [30] Versi ini telah dicadangkan oleh pihak plaintif dan diplidkan pada perenggan 5 sehingga 7 penyataan tuntutan plaintif. Ekshibit P7 adalah keputusan siasatan kes yang dibuat oleh SP1. SP1 S/N roQbrI4fFkKHPUBsFdlvbg menyatakan bahawa defendan kedua telah melanggar kereta yang dipandu oleh plaintif kedua. SP1 di dalam keterangannya sewaktu pemeriksaan balas bersetuju dengan cadangan peguamcara defendan-defendan bahawa kenderaan dipandu plaintif kedua telah berhenti secara mengejut menyebabkan pelanggaran. Namun, SP1 sewaktu pemeriksaan semula SP1 menyatakan perlu lihat jarak kerana apabila brek mengejut, kenderaan belakang kena mempunyai jarak dan apbila terlalu rapat, maka risko akan berlaku perlanggaran apabila kereta di hadapan berhenti mengejut. SP1 mengesahkan keadaan adalah sesak seperti mana dinyatakan oleh kedua-dua pemandu dalam laporan polis. Dalam erti kata lain, kenderaan defendan kedua gagal memastikan jarak yang mencukupi dengan kenderaan di hadapan menyebabkan defendan kedua tidak sempat berhenti dan menyebabkan pelanggaran. [31] Mahkamah percaya SP1 boleh membuat keputusan yang muktamad di dalam kes ini dan finding tersebut dapat membantu pihak-pihak untuk menjimatkan masa untuk meyelesaikan kes ini dan mungkin tanpa perbicaraan. Ini berikutan dari SP1 sendiri yang mengesahkan bahawa bahawa kenderaan defendan kedua telah melanggar kereta di hadapan kerana tidak sempat brek. [32] Secara umumnya, keterangan pegawai penyiasat hendaklah diterima oleh Mahkamah melainkan terdapat bukti yang menunjukkan bahawa terdapat kepentingan peribadi ataupun percanggahan material terhadap kes. Prinsip ini adalah selari dengan keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Chan Sau Chuan v Choi Kong Chaw & Yap Yun Chan [1990] MLJU 9, di mana Yang Arif Hakim telah memutuskan sebagaimana yang berikut: Taking the evidence of the investigation officer, PW3, first I must mention that this witness has no personal interest in this action between the two parties. The second observation I would like to make is that although PW3 is not an expert witness in the strict sense of the words nevertheless he is more than competent to give his views because of his experience as an investigation officer in traffic accidents and the quality of the evidence he gave in this trial. To my mind he is skilful enough for this Court to take into serious consideration of some of the things said by him in his evidence. S/N roQbrI4fFkKHPUBsFdlvbg [33] Selain daripada pemerhatian Mahkamah yang telah dinyatakan pada perenggan di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa keterangan SP1 di dalam perkara ini munasabah untuk diterima. Tiada sebarang bukti yang menyanggah keterangan dan siasatan SP1 sebagai tidak benar atau tersasar. Laporan polis oleh defendan kedua adalah selari dengan keterangan SP1. [34] Mahkamah ini mendapati tiada keterangan lain yang menyatakan kecuaian plaintif kedua iaitu berhenti secara tiba-tiba. Sungguhpun dalam ketiadaan keterangan dari saksi defendan-defendan, pihak defendan-defendan masih boleh bersandarkan pada keterangan SP1. [35] Mahkamah ini telah menerima keseluruhan keterangan SP1 yang telah menyiasat kemalangan dalam kes ini. Walaupun pihak defendan tidak mengemukakan sebarang saksi, keterangan SP1 memadai untuk Mahkamah ini mempercayai bahawa SP1 telah menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap kes ini yang mana siasatan SP1 telah mengesahkan versi defendan kedua. [36] Mahkamah ini berpendapat bahawa defendan kedua telah cuai dalam mengekalkan jarak selamat sehinggakan mengakibatkan kemalangan terhadap plaintif. Berdasarkan penelitian Mahkamah ini, Mahkamah mendapati defendan kedua telah cuai Mahkamah ini berpandangan bahawa adalah wajar sekiranya defendan kedua dipertanggungjawabkan dengan liabiliti sebanyak 100% di dalam kes ini dan defendan pertama selaku pemilik kenderaan dipandu oleh defendan kedua adalah berliabiliti vikarius. [37] Berkenaan dengan kos pembaikan, mahkamah tidak bersetuju dengan penggunaan alat franchise yang tidak akan dikenakan betterment sebanyak 25 % mengikut keterangan saksi Plaintif. Tiada polisi daripada bank negara dikemukakan dalam hujahan bagi menyokong alasan betterment tidak terpakai malahan kereta yang berusia 5 tahun ke atas, penggunaan komponen franchise akan dikenakan betterment mengikut skala. Usia kenderaan plaintif pertama pada tarikh kemalangan adalah 7 tahun. [38] Berdasarkan laporan adjuster, Mahkamah mendapati terdapat 3 item yang bukan franchise maka 25% tidak akan dikenakan kepada 3 item (16, 36, 37). Maka nilai selepas betterment 25% adalah S/N roQbrI4fFkKHPUBsFdlvbg RM10243.50 dan RM1537.90 bagi item 16, 36 dan 37 menjadikan kos keseluruhan adalah RM11,781.40. Mahkamah membenarkan tuntutan untuk miscellaneous item sebanyak RM 860.00 [39] Berkenaan dengan kos upah, tiada keterangan jelas mengenai kos sebenar dan kos yang dinyatakan dalam bil adalah mengikut adjuster report dan P2 telah dengan jelas menyatakan jumlah adalah agak-agak. Oleh itu, Mahkamah akan memberikan kos upah sebanyak RM3000 secara keseluruhan termasuk kerja mengecat. [40] Plaintif gagal membuktikan kos yang timbul sebanyak RM150 akibat kehilangan penggunaan kereta selama 2 minggu. Mahkamah akan membenarkan jumlah CART sahaja mengikut skala iaitu RM40x 14 hari bersamaan RM560. Yuran tuntutan adjuster dibenarkan sepenuhnya RM684.72 Kos-kos lain (perenggan d) tidak dibuktikan dalam perbicaraan dan ditolak. [41] Berdasarkan jumlah tuntutan yang dibenarkan, Mahkamah memberikan kos tindakan sebanyak RM1650 selepas pertimbangan anggaran kos skala di bawah peruntukkan Aturan 59 Kaedah 23 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan jumlah hari perbicaraan hanya 1 hari. Disediakan oleh: Wong Chai Sia Mahkamah Shah Alam S/N roQbrI4fFkKHPUBsFdlvbg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.