Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCvC-12-03/2022
DA-22NCvC-12-03/2022
High Court of Malaysia2 Apr 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“cumstances, be construed as a resolution in writing under art. 109. Accordingly, we hold that the suit was duly authorised by the Board. …… [23] As alluded to earlier, there is no provision in the Companies Act 1965 stipulating that a formal board resolution is required in order for a company to appoint solicitors and”
“ct litigation with due propriety and to assist in promoting in his own sphere, the cause of justice. (Yee Chang & Co. Ltd v. NV Koninklijke Paketvaart Maarschappij [1958] 1 LNS 97; [1958] 1 MLRH 342; [1985] MLJ 131). The court has an inherent jurisdiction to ensure the due administration of justice and to **Note : Seri”
“1 LNS 291; [2005] 7 MLJ 1; Roslan bin Abdullah v. New Zealand Insurance Co Ltd [1981] 1 LNS 40; [1981] 2 MLJ 324 (FC); Datuk lr Che Amran bin Mohd Yusoff v. Yayasan Melaka & Others [2003] 1 CLJ 767; [2003] MLJU 7; Seng Huat Hang Sdn Bhd & Ors v. Chee Seng & Co Sdn Bhd [1985] CLJ Rep 760; [1987] 1 MLJ 413 (HC); Mooney &”
“er will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 [20] Di atas teras ini peguam Plaintif telah merujuk kepada kes Solaris Estates Sdn Bhd v Mat Shah bin Safuan & anor [2020] MLJU 1976 yang telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ulimas Sdn Bhd v. Hi-Summit Constru”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCvC-12-03/2022
1
SYARIKAT KILANG KAYU HJAH BIDAH BT HJ DERAMAN SDN. BHD.
2
ZAIDI BIN DERAMAN (NO. K/P: 710216-03-5465) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN MOHD ZAIROL AZMI BIN DERAMAN (NO. K/P: 741211-03-5333) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 13) Pendahuluan [1] Ini adalah merupakan satu permohonan oleh Defendan di bawah A.18 k.19(1) (a), (b), (c) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) bagi membatalkan Writ Saman (WS) dan Pernyataan Tuntutan (PT) oleh Plaintif-plaintif ke atas Defendan. 24/08/2023 13:19:54 DA-22NCvC-12-03/2022 Kand. 24 Fakta kes yang material [2] Plaintif Pertama adalah merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Manakala Plaintif Kedua dan Defendan adalah merupakan Ahli Lembaga Pengarah Plaintif Pertama. Untuk rekod, Plaintif Kedua adalah merupakan abang kandung kepada Defendan. [3] Pada masa yang material, berdasarkan Maklumat Syarikat di Ekshibit A K14, Defendan merupakan pemegang saham (shareholder) terbesar Plaintif Pertama iaitu sebanyak 170,002.00 saham manakala pemegang saham yang lain iaitu Ibrahim Bin Deraman sebanyak 9,900.00 saham dan Wan Zahar bin Wan Sulong sebanyak 100.00 saham. Manakala Pengarah Plaintif Pertama adalah Plaintif Kedua, Defendan dan Aqimuddin bin Karim. [4] Pada asalnya, kakak Plaintif Kedua dan Defendan iaitu Bidah binti Deraman (arwah) adalah pemegang saham namun ianya telah dipindahmilik kepada Defendan selepas kematian arwah pada 25/1/2020. Terdahulu sebelum kematian arwah, pada 6/1/2020, Ahli Lembaga Plaintif Pertama termasuk arwah dan ahli keluarga yang lain telah menurunkan tandatangan masing-masing pada satu resolusi yang bersetuju untuk menyerahkan tanah tapak Kilang Sawmill kepada Defendan bagi memudahkan urusan-urusan permit serta lesen. [5] Selepas kematian arwah, adik beradik Plaintif Kedua dan Defendan telah meminta Defendan menguruskan harta pusaka peninggalan arwah seperti tanah-tanah dan kenderaan-kenderaan yang mana kesemua telah diagihkan dan telah sempurna didaftarkan atas nama ahli waris masing-masing mengikut persetujuan ahli waris arwah. [6] Plaintif Kedua bagaimanapun mendakwa bahawa telah berlaku penipuan dan pemalsuan pada resolusi pertukaran Ahli Lembaga Pengarah dan saham dari arwah kepada Defendan dan juga transaksi pertukaran setiausaha Plaintif Pertama. Sehubungan itu, satu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan melalui Tetuan Ridzuan Awang & Co telah difailkan terhadap Defendan. [7] Di dalam WS dan PT, relif-relif yang dipohon adalah seperti berikut:
a
satu deklarasi bahawa perlantikan Defendan, Zairol Azmi Bin Deraman (No. K/P: 741211-03-5333) sebagai Pengarah adalah tidak sah dan dibatalkan;
b
satu deklarasi bahawa saham yang bernilai RM170,002.00 dikembalikan semula kepada Bidah Binti Deraman untuk dibahagikan sebagai harta pusaka kepada waris-waris yang berhak;
c
satu deklarasi bahawa perlantikan Aqimuddin Bin Karim (No. K/P: 920807-11-5143) sebagai Setiausaha Syarikat dibatalkan dan dikembalikan kepada status quo dengan mengekalkan perlantikan ke atas Muhammad Ashraf bin
d
satu deklarasi bahawa kesemua perjanjian di antara syarikat tersebut dengan mana-mana pihak selepas kematian Bidah Binti Deraman dan tanpa pengetahuan dan persetujuan Pengarah Syarikat iaitu Plaintif Kedua, Zaidi Bin Deraman (No. K/P: 710216-03-5365) adalah terbatal dan status quo dikekalkan;
e
satu deklarasi bahawa kesemua transaksi selepas dari tarikh penukaran penandatangan syarikat dikembalikan ke status quo;
f
Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif-Plaintif gantirugi am yang akan ditaksirkan; dan
g
Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif-Plaintif gantirugi khas yang akan ditaksirkan; Prinsip undang-undang berkaitan A.18 k.19 KKM 2012 [8] Prinsip undang-undang berkaitan permohonan di bawah A.18 k.19 KKM 2012 adalah mantap. Ia memperuntukkan kuasa kepada Mahkamah ini untuk mengenepikan tuntutan Plaintif tanpa satu perbicaraan penuh dan oleh itu ia perlu dijalankan dengan penuh berhati-hati serta di dalam kes yang jelas dan nyata sahaja. Defendan perlu membuktikan bahawa tuntutan Plaintif adalah secara jelas tidak mapan. [9] Di dalam kes Bandar Builders Sdn Bhd & ors v. UMBC Bhd [1993] 4 CLJ 7; [1993] 3 MLJ 36 telah diputuskan oleh Hakim Mohamed Dzaiddin bin Hj Abdullah HMA (pada ketika itu) seperti berikut: "The principles upon which the court acts in exercising its power under any of the four limbs of O. 18 r. 19(1) of the Rules of the High Court are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley MR in Hubbuck v. Wilkinson [1899] 1 QB 86, at p 91), and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it 'obviously unsustainable ' (Attorney-General of Duchy of Lancaster v. L & NW Ry Co [1892] 3 Ch 274 (CA)). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (Wenlock v. Moloney [1965] 1 WLR 1238; [1965] 2 AllER 871 (CA))... ... It has been said that so long as the pleadings disclose some cause of action or raise some question fit to be decided by the judge, the mere fact that the case is weak and not likely to succeed at the trial is no ground for the pleadings to be struck out (Moore v. Lawson [1915] 31 TLR 418 (CA)); (Wenlock v. Moloney)." [10] Selanjutnya di dalam kes Metroplex Holdings Sdn Bhd v. Commerce International Merchant Bankers Bhd [2013] 8 CLJ 329; [2013] 4 MLJ 520, Mahkamah Rayuan telah menyatakan: "[23] Striking out is only adopted when it is conspicuously clear that the claim is obviously unsustainable. The court must be guided by the root word 'obviously ' because that word is the guiding light which shows that the claim must be plainly or evidently unsustainable in law before the claim is struck out (Pet Far Eastern (M) Sdn Bhd v. Tay Young Huat & Ors [1999] 2 CLJ 886; [1999] 5 MLJ 558 (HC)). Such power should only be exercised by the court sparingly. (Affin Bank Bhd v. Eye Bee Sdn Bhd [2005] 1 LNS 291; [2005] 7 MLJ 1; Roslan bin Abdullah v. New Zealand Insurance Co Ltd [1981] 1 LNS 40; [1981] 2 MLJ 324 (FC); Datuk lr Che Amran bin Mohd Yusoff v. Yayasan Melaka & Others [2003] 1 CLJ 767; [2003] MLJU 7; Seng Huat Hang Sdn Bhd & Ors v. Chee Seng & Co Sdn Bhd [1985] CLJ Rep 760; [1987] 1 MLJ 413 (HC); Mooney & Ors v. Peat, Marwick, Mitchell & Co & Anor [1966] 1 LNS 109; [1967] 1 MLJ 87 (HC); Honan Plantations Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Johor & Anor and another appeal [1998] 3 CLJ 253; [1998] 2 MLJ 498 (CA); Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7; [1993] 3 MLJ 36 (SC); and S Manickam & Ors v. Ismail bin Mohamad & Ors [1996] 1 LNS 117; [1997] 2 MLJ 90). [24] If the pleadings disclose some cause of action or has raised some question fit to be decided, then it is appropriate that the case should be set down for trial, no matter how slight the chances are of succeeding (Saripah bte Manap & Ors v. Emar Sdn Bhd (in dissolution) & Ors [1997] 4 CLJ 194; [1998] 1 MLJ 323 (HC)). And when there are issues to be determined by way of discovery or by way of cross-examination, then the summary process of striking out is not appropriate (Omega Holdings Bhd v. Dato' Tiah Thee Kian & Ors [2002] 7 CLJ 125; [2002] 6 MLJ 20.)" [11] Manakala di dalam kes Datuk Ir Che Amran Mohd Yusoff v. Yayasan Melaka & Ors [2003] 1 CLJ 767, Mahkamah telah memutuskan: "It has been stated ever so often by our courts that it is only in absolutely plain and obvious cases that a plaintiff's claim or action or a party's pleadings would be struck out under any of the limbs of O. 18 r. 19(1): See e.g., Roslan Abdullah v. New Zealand Insurance Co Ltd [1981] 1 LNS 40; [1981] 2 MLJ 324 (Federal Court). In the instant case, there are serious conflicts or controversies in the multifarious affidavits filled by the parties herein. I am neither bound nor prepared to resolve these conflicts or controversies at this premature affidavit stage, but would only resolve them by way of mature consideration of viva voce evidence adduced at a full hearing of the action herein: Kantan Jaya Marine Services (Pg) Sdn Bhd v. RHB Bank Bhd [2001] 2 CLJ 738; Hii HengTuong Alphonsus v. Lok Min Wah & Ors [1995] 4 CLJ 350 HC." Analisis dan Dapatan Mahkamah [12] Isu utama yang dibangkitkan oleh peguam Defendan adalah Plaintif Kedua dan peguam Plaintif Kedua tidak mempunyai kapasiti undang-undang atau “locus standi” untuk mewakili Plaintif Pertama. Ini kerana tidak ada sebarang resolusi Ahli Lembaga Pengarah yang membenarkan Plaintif Kedua dan peguamcaranya untuk bertindak bagi pihak Plaintif Pertama. [13] Pendirian Defendan ini bersandarkan kepada kes Bukit Jong Quarry Sdn Bhd v Dato’ Yunn Siong & Ors [2013] 9 CLJ 978 yang melibatkan isu ketiadaan perlantikan Tetuan Syong Wee sebagai peguam bagi mengendalikan kes bagi pihak Plaintif. Hakim Azizah Nawawi PK (pada ketika itu) telah merujuk kepada keputusan Mahkamah UK di dalam kes Danish Mercantile Co Ltd and Others v. Beaumont and Another [1951] 1 All ER 925, di mana CA Jenkins LJ menyatakan: “I think the true position is simply that a solicitor who starts proceedings in the name of a company without verifying whether he has proper authority to do so, or under an erroneous assumption as to the authority, does so at his own peril, and, so long as the matter rests there, the action is not properly instituted. In that sense it is a nullity and can be stayed at any time, providing the aggrieved defendant does not unduly delay his application, but it is open at any time to the purported plaintiff to ratify the act of the solicitor who started the action, to adopt the proceedings and say: "I approve of all that has been done in the past and I instruct you to continue the action." When that has been done, the, in accordance with the ordinary law of principal and agent and the ordinary doctrine of ratification, the defect in the proceedings as originally constituted is cured, and it is no longer open to the defendant to object on the ground that the proceedings thus ratified and adopted were in the first instance brought without proper authority.” [14] Hakim Azizah Nawawi selanjutnya merumuskan; “Applying the principle in Danish Mercantile Co Ltd (supra ), to ratify the act of a solicitor who had initiated the suit without authority, the resolution of the board must state that the company:
i
approved all that had been done by the solicitor in the past; and
II
(ii) instructs the solicitor to continue the action.” [15] Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif Kedua telah gagal untuk menunjukkan sebarang resolusi yang dibuat bagi perlantikan peguamnya ke atas Plaintif Pertama. Dengan kata yang lain Plaintif Kedua hanyalah membuat keputusan sendiri tanpa mendapatkan sebarang resolusi Ahli Lembaga Pengarah termasuk Defendan untuk melantik peguamcaranya untuk mewakili Plaintif Pertama. [16] Peguamcara Plaintif-Plaintif sebaliknya menghujahkan bahawa terdapat satu Warrant to Act yang telah ditandatangani oleh Plaintif Kedua bagi peguamcaranya untuk bertindak mewakili Plaintif Pertama. Namun Warrant to Act tersebut tidak diekshibitkan sebaliknya dikatakan akan hanya dikemukakan semasa perbicaraan kelak. [17] Tindakan Plaintif tidak mengekshibitkan Warrant to Act tersebut tidak membolehkan Mahkamah ini untuk menilai kandungannya dan menentukan sama ada ia memenuhi pra syarat sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Danish Mercantile Co. Ltd (supra). [18] Apabila ianya telah dibangkitkan dan gagal dibuktikan sebaliknya, maka Plaintif telah gagal melunaskan tanggungjawabnya untuk membuktikan bahawa peguamcaranya mempunyai kuasa sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Yukilon Manufacturing Sdn Bhd & anor v Dato’ Wong Gek Weng (no 4) [1998] 1MLRH 756 seperti berikut; “Once the challenge has been advanced, like the present case, the burden of proving that the suit had been instituted with proper authority must rest on the plaintiffs (United Investment & Finance Ltd v. Tee Chin Yong & Ors [1966] 1 MLRH 350; [1967] 1 MLJ 31 at p 35)” [19] Peguam Plaintif sebaliknya membawa perhatian Mahkamah ini kepada keputusan di dalam kes Tan Guan Eng & anor v Ng Kweng Hee & ors [1992] 1 MLJ 487 yang menegaskan bahawa apabila Mahkamah berhadapan dengan isu berkenaan dengan locus standi, maka Mahkamah perlu dilaksanakan secara berhati-hati tanpa sebarang keraguan. [20] Di atas teras ini peguam Plaintif telah merujuk kepada kes Solaris Estates Sdn Bhd v Mat Shah bin Safuan & anor [2020] MLJU 1976 yang telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ulimas Sdn Bhd v. Hi-Summit Construction Sdn Bhd and other appeals [2017] 2 CLJ 636; [2017] 2 MLJ 153. [21] Di dalam kes Ulimas (supra), semasa perbicaraan kes, peguam Defendan telah secara lisan dan tanpa notis, membangkitkan bantahan awalan dan menghujahkan bahawa firma yang bertindak bagi pihak Defendan tidak mempunyai kuasa untuk bertindak dalam tindakan ini. Malahan pemegang saham terbesar memaklumkan Mahkamah melalui peguamnya bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melanjutkan tindakan yang dimulakan. Peguam Plaintif, walau bagaimanapun, menghujahkan bahawa, melalui waran untuk bertindak bertarikh 3/12/2003 yang ditandatangani oleh dua daripada tiga pengarah syarikat Responden, firmanya mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Responden. [22] Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awalan dan membatalkan tindakan Responden. Mahkamah memutuskan bahawa waran untuk bertindak perlu dilampirkan bersama-sama dengan resolusi yang mengandungi deklarasi bahawa pengarah-pengarah atau pengarah-pengarah tertentu syarikat Responden diberi kuasa berhubung dengan peguam yang dilantik untuk tindakan tersebut. [23] Namun Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah tidak akan campur tangan dengan pengurusan dalaman sesebuah syarikat. Begitu juga, apabila berurusan dengan hak untuk memulakan tindakan undang-undang, adalah tidak masuk akal untuk Mahkamah menyiasat waran untuk bertindak memandangkan Lembaga Pengarah boleh, pada bila-bila masa, mengesahkan sebarang tindakan yang dimulakan tanpa kuasa yang berpatutan. Adalah satu penghinaan prinsip asas undang-undang syarikat dan pentadbiran keadilan untuk Mahkamah menyoal waran untuk bertindak dan menyiasat pengurusan dalaman litigan korporat. [24] Mahkamah Persekutuan menyatakan; “[21] Accordingly, we hold that even though the warrant to act dated 3 December 2003 does not carry with it the formalities of a written resolution, the contents and intention expressed are clear to constitute a decision or a resolution in writing made pursuant to art. 109. Therefore, the warrant to act may, in the circumstances, be construed as a resolution in writing under art. 109. Accordingly, we hold that the suit was duly authorised by the Board. …… [23] As alluded to earlier, there is no provision in the Companies Act 1965 stipulating that a formal board resolution is required in order for a company to appoint solicitors and we find no plausible reason for such a restriction to be read into the Act. In the present case, it is only Abdul Rahmat bin Ramli, the director who did not sign the warrant to act, who is in a position to complain. He did not do so. On the contrary, it can be inferred from his conduct that he had assented to the commencement of the suit.” [25] Mahkamah ini walaubagaimanapun berpandangan bahawa kes Ulimas (supra) ini sangat berbeza dengan fakta di dalam kes ini. Di dalam kes di hadapan Mahkamah, Plaintif langsung tidak mengemukakan Warrat to Act yang kononnya telah dikeluarkan oleh Plaintif Kedua. Oleh itu, ia menidakkan peluang Mahkamah untuk menilai sama ada satu Warrant to Act sebenarnya wujud. Keduanya, di dalam kes ini, Plaintif Kedua bukanlah pemegang saham sepertimana di dalam Ekshibit A sedangkan di dalam kes Ulimas (supra), terdapat Warrant to Act yang ditandatangani oleh pemilik-pemilik saham yang lain. [26] Di atas ketiadaan bukti jelas berkenaan bidangkuasa peguam untuk bertindak bagi Plaintif Pertama, persoalan seterusnya yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini adalah berkaitan kesan ke atasnya. Di dalam kes-kes Syawal Enterprise Sdn Bhd & Anor v. Dayadiri Sdn Bhd [1990] 3 CLJ Rep 165; [1990] 3 MLJ 239, William Jacks & Co (M) Sdn Bhd v. Chemquip (M) Sdn Bhd & Anor [1991] 1 CLJ Rep 492; [1991] 2 MLJ 555 dan China Commercial Foreign Trade (Singapore) Pte Ltd v. KLS Diversified (M) Sdn Bhd [2020] 1 LNS 1902; [2021] 9 MLJ 274, Mahkamah telah memutuskan bahawa kuasa dan mandat seseorang peguam untuk mewakili seseorang anak guam dalam sesuatu tindakan sivil boleh dicabar oleh mana-mana pihak pada mana-mana peringkat prosiding Mahkamah dan beban adalah terletak ke atas peguam tersebut untuk menunjukkan dan membuktikan yang dia mempunyai waran untuk bertindak bagi pihak anak guam di dalam tindakan sivil tersebut. Kegagalan peguam tersebut untuk mengemukakan waran untuk bertindak tersebut boleh menyebabkan tindakan tersebut dibatalkan oleh Mahkamah. [27] Di dalam kes Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang v. Tropiland Sdn Bhd [2010] 2 CLJ 1061; [2009] 3 MLRH 292 Hakim Balia Wahi HMT (pada ketika itu) telah menyatakan seperti yang berikut: "[5] Foremost, it is trite that the right of counsel to appear in court is not absolute. Their conduct on legal proceedings which may affect the administration of justice is subject to the court's supervisionary jurisdiction. Kayla Beverly Hills (M) Sdn. Bhd. & Anor v. Quantum Far East Ltd & Ors: Uma Devi R. Balakrishnan (third party) [2003] 1 MLRH 793; [2003] 6 MLJ 703; [2003] 4 CLJ 587, RS Muthiah v. Pembinaan Fiba Sdn. Bhd. [2004] 1 MLRH 169; [2004] 4 MLJ 78; [2004] 2 CLJ 917. The court has the right and duty to supervise the conduct of its solicitors and the court would be failing in its duty if it fails to do this supervisory power. Similarly, a solicitor owes a duty to the court to conduct litigation with due propriety and to assist in promoting in his own sphere, the cause of justice. (Yee Chang & Co. Ltd v. NV Koninklijke Paketvaart Maarschappij [1958] 1 LNS 97; [1958] 1 MLRH 342; [1985] MLJ 131). The court has an inherent jurisdiction to ensure the due administration of justice and to protect the integrity of the judicial process and as part of that jurisdiction, to prevent a member of counsel appearing for a particular party in order that justice should not only be done but be seen to be done (Grimwade v. Meagher & Ors. [1995] Victorian Reports Vol. 1, 446).". [28] Berdasarkan nas-nas undang-undang di atas dan memandangkan peguamcara Plaintif telah memfailkan tuntutan terhadap Defendan tersebut tanpa waran untuk bertindak yang sah daripada Plaintif Pertama, maka Mahkamah ini berpendapat bahawa ia adalah suatu tindakan penyalahgunaan proses Mahkamah. Oleh itu, adalah wajar WS dan PT yang difailkan oleh Plaintif Pertama dibatalkan menurut A.18 k.19(1) KKM 2012 (rujuk; Lau Siang Kok, Lionel v. Lau Chon Kun @ Lau Yu Chak, Datuk Seri Panglima [2013] 1 CLJ 619; [2013] 2 MLJ 889). [29] Isu terakhir yang dibangkitkan oleh peguam Plaintif adalah isu utama di dalam kes ini adalah berkenaan dengan salah nyataan dan penipuan oleh Defendan terhadap hal-hal syarikat. Sehubungan itu, Defendan tidak sepatutnya dibenarkan untuk menggunakan undang-undang untuk menyelamatkan dirinya selaras dengan maxim “who comes into equity must come with clean hands” dan peguamcara Plaintif telah merujuk kepada kes Tan Hock Beng v Perfect Kamhung Sdn Bhd [2009] 6 MLJ 92. [30] Mahkamah sebaliknya berpandangan bahawa hujahan Plaintif ini akan hanya menjadi relevan dan material sekiranya Plaintif sendiri hadir ke Mahkamah dengan prosedur yang tepat serta mematuhi undang-undang. Di dalam kes ini, ternyata peguam Plaintif tidak mempunyai kuasa untuk mewakili Plaintif Pertama. Oleh itu, ia merupakan satu isu yang belum bermula (‘non-starter”). [31] Manakala bagi Plaintif Kedua, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif Kedua mempunyai locus standi bagi tindakan ke atas Defendan. Mahkamah telah turut menelti relif-relif di dalam PT dan mendapati bahawa terdapat isu untuk dibicarakan. Kesimpulan [32] Sehubungan dengan itu, Mahkamah dengan ini membatalkan tindakan Plaintif Pertama ke atas Defendan namun Mahkamah mengekalkan tindakan Plaintif Kedua ke atas Defendan. Bertarikh: 24hb. Ogos, 2023 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan. Pihak-pihak: Bagi Pihak Plaintif-Plaintif : Raihan Mardhiah binti Mohd Yusoff Tetuan Ridzuan Awang & Co. Peguamcara dan Peguambela 343, Tingkat 2 Jalan Sultan Yahya Petra 15100 Kota Bharu Kelantan. Bagi Pihak Defendan : Nik Arisya Syamimi binti Nik Rozhan Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz Peguambela & Peguamcara No.5578-E Lot 347 Tingkat Satu, Wisma Shm, Seksyen 23, Taman Desa Telipot 15050 Kota Bharu Kelantan. Tarikh Bicara : 22hb. Februari, 2023 Tarikh Keputusan : 02hb. April, 2023 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Kes-Kes yang dirujuk: ➢ Bandar Builders Sdn Bhd & ors v. UMBC Bhd [1993] 4 CLJ 7; [1993] 3 MLJ 36 ➢ Metroplex Holdings Sdn Bhd v. Commerce International Merchant Bankers Bhd [2013] 8 CLJ 329; [2013] 4 MLJ 520 ➢ Datuk Ir Che Amran Mohd Yusoff v. Yayasan Melaka & Ors [2003] 1 CLJ 767 ➢ Bukit Jong Quarry Sdn Bhd v Dato’ Yunn Siong & Ors [2013] 9 CLJ 978 ➢ Danish Mercantile Co Ltd and Others v. Beaumont and Another [1951] 1 All ER 925 ➢ Danish Mercantile Co. Ltd (supra) ➢ Yukilon Manufacturing Sdn Bhd & anor v Dato’ Wong Gek Weng (no 4) [1998] 1MLRH 756 ➢ Tan Guan Eng & anor v Ng Kweng Hee & ors [1992] 1 MLJ 487 ➢ Solaris Estates Sdn Bhd v Mat Shah bin Safuan & anor [2020] MLJU 1976 ➢ Ulimas Sdn Bhd v. Hi-Summit Construction Sdn Bhd and other appeals [2017] 2 CLJ 636; [2017] 2 MLJ 153 ➢ Syawal Enterprise Sdn Bhd & Anor v. Dayadiri Sdn Bhd [1990] 3 CLJ Rep 165; [1990] 3 MLJ 239 ➢ William Jacks & Co (M) Sdn Bhd v. Chemquip (M) Sdn Bhd & Anor [1991] 1 CLJ Rep 492; [1991] 2 MLJ 555 ➢ China Commercial Foreign Trade (Singapore) Pte Ltd v. KLS Diversified (M) Sdn Bhd [2020] 1 LNS 1902; [2021] 9 MLJ 274 ➢ Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang v. Tropiland Sdn Bhd [2010] 2 CLJ 1061; [2009] 3 MLRH 292 ➢ Lau Siang Kok, Lionel v. Lau Chon Kun @ Lau Yu Chak, Datuk Seri Panglima [2013] 1 CLJ 619; [2013] 2 MLJ 889 ➢ Tan Hock Beng v Perfect Kamhung Sdn Bhd [2009] 6 MLJ 92
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.