Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-124-03/2023 ANTARA SYMPHONY ORIC DEVELOPMENT SDN BHD … PLAINTIF [NO. SYARIKAT: 202101014254 (1414554-T)]
BA-22NCvC-124-03/2023
High Court of Malaysia14 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“he justice of the particular case and not only to the technical non-compliance of any of the rules herein. [20] Mahkamah Tinggi dalam kes Jemix Co Ltd & Anor v Jemix Heat Treatment (M) Sdn Bhd & Ors [2019] CLJU 83 memutuskan dalam menentukan isu sama ada Mahkamah boleh memutuskan kes terhadap defendan keempat, telah me”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-124-03/2023 ANTARA SYMPHONY ORIC DEVELOPMENT SDN BHD … PLAINTIF [NO. SYARIKAT: 202101014254 (1414554-T)]
1
OPEN ROAD ASIA SDN BHD … DEFENDAN- [NO. SYARIKAT: 201701025263 DEFENDAN (1239429-H)]
2
GOH POO ENG [NO. KAD PENGENALAN: 550406-05-5324]
3
ROSLIZAN BIN NEKMAT [NO. KAD PENGENALAN: 660211-01-5557] (DALAM TINDAKAN INI)
1
OPEN ROAD ASIA SDN BHD … PLAINTIF- [NO. SYARIKAT: 201701025263 PLAINTIF (1239429-H)] 06/10/2025 11:59:43
2
GOH POO ENG [NO. KAD PENGENALAN: 550406-05-5324]
3
ROSLIZAN BIN NEKMAT [NO. KAD PENGENALAN: 660211-01-5557]
1
SYMPHONY ORIC DEVELOPMENT … DEFENDAN-SDN BHD DEFENDAN [NO. SYARIKAT: 202101014254 (1414554-T)]
2
CHIN JIT PYNG [NO. KAD PENGENALAN: 560603-10-6329] (DALAM TUNTUTAN BALAS) ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Kes ini telah ditetapkan untuk perbicaraan penuh pada 14 dan 15 Julai 2025. Mahkamah ini telah menolak permohonan penangguhan oleh pihak plaintif dan membatalkan tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan dengan kos. [2] Defendan-defendan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan merayu terhadap perintah Mahkamah membatalkan tuntutan plaintif. RINGKASAN FAKTA [3] Kausa tindakan plaintif terhadap defendan-defendan adalah kemungkiran Perjanjian Pembangunan Bersama bertarikh 28.4.2021. Perjanjian ini dimasuki oleh pihak-pihak berikut daripada kontrak defendan pertama dengan Permodalan Kedah Berhad iaitu syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) bertarikh 30.12.2020 bagi membangunkan projek pelancongan dan sukan permotoran yang dikenali sebagai Open Road International Circuit and Integrated Resorts. [4] Defendan kedua dan ketiga selaku pengarah-pengarah defendan pertama merupakan penjamin bagi defendan pertama dalam kontrak yang dimasuki dengan plaintif. Plaintif menuntut pemulangan wang deposit berjumlah RM75,000,000.00 dan ganti rugi pada jumlah yang sama berserta faedah dan kos. [5] Krisis antara plaintif dan defendan pertama tercetus berikutan keengganan plaintif memberikan lanjutan masa oleh defendan pertama dan menegaskan obligasi defendan pertama di bawah kontrak telah luput dan tidak berkuatkuasa. Defendan-defendan mencabar tuntutan plaintif dan memasukkan tuntutan balas terhadap plaintif untuk pengisytiharan bahawa perjanjian telah ditamatkan secara salah oleh plaintif dan defendan kedua dan ketiga tidak bertanggungjawab di bawah Jaminan bertarikh 28.4.2021. LATAR BELAKANG [6] Pada 29.4.2024 kes ini telah dipanggil untuk pengurusan kes setelah Mahkamah ini mendapati tiada tarikh bicara ditetapkan meskipun kes telah difailkan seawal 31 Mac 2023. Mahkamah ini menetapkan tarikh bicara penuh pada 9-11 Julai 2025 dan 14-18 Julai 2025. [7] Namun kes ini telah dipanggil semula untuk pengurusan kes pada 28 April 2025 kerana Mahkamah ingin melapangkan tarikh 10 dan 11 Julai 2025 bagi memberi laluan kepada kes keutamaan yang lain dan memastikan baki tarikh bicara yang sedia ada mencukupi untuk pihak-pihak menyelesaikan perbicaraan penuh. [8] Semasa pengurusan kes pada 28 April 2025, peguam cara bagi plaintif Cik Alya Tadwini Talhah yang juga defendan kedua dalam tuntutan balas memohon supaya Mahkamah ini melapangkan tarikh bicara pada 9 Julai 2025 dan mengekalkan tarikh pada 14-18 Julai 2025. Hasrat peguam cara plaintif ini telah dipersetujui dengan tanpa bantahan oleh peguam cara defendan, Encik Jeremiah Majantim-Goh. [9] Mahkamah kemudian menetapkan tarikh pengurusan kes secara E-Review dihadapan Timbalan Pendaftar pada 7 Julai 2025 kerana peguam cara plaintif telah memfailkan notis permohonan untuk menarik diri (Kandungan 45) pada 26 Jun 2025 selaras dengan Aturan 64 kaedah 5 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Alasan utama penarikan diri peguam cara plaintif adalah kegagalan dalam mencapai persetujuan bersama mengenai strategi dalam mengendalikan kes dan kesukaran mendapat arahan yang sewajarnya daripada plaintif. [10] Rekod semasa pengurusan kes menunjukkan peguam cara plaintif memohon supaya Kandungan 45 ditetapkan di hadapan hakim bicara dan atas persetujuan pihak-pihak Kandungan 45 ditetapkan pada 8 Julai 2025. Semasa pendengaran Kandungan 45 pada 8 Julai 2025, peguam cara plaintif dan wakil plaintif hadir di Mahkamah. Menurut peguam cara plaintif, mereka gagal memfailkan dokumen pra perbicaraan kerana gagal mendapatkan arahan daripada plaintif. Selanjutnya wakil plaintif memohon supaya perbicaraan pada 14-15 Julai 2025 dilapangkan bagi membolehkan plaintif melantik peguam cara yang baharu. [11] Mahkamah ini telah membenarkan permohonan penarikan diri peguam cara plaintif dan menolak permohonan wakil plaintif untuk menangguhkan tarikh bicara penuh. PERBICARAAN PADA 14 JULAI 2025 [12] Wakil plaintif telah hadir sendiri iaitu Sui Seng Loong tanpa peguam cara. Peguam cara defendan membangkitkan bantahan dengan alasan syarikat mesti diwakili oleh peguam cara menurut Aturan 5 kaedah 6 Kaedah-kaedah Mahkamah
2012
Wakil plaintif memohon penangguhan bicara. Sebaliknya, peguam cara defendan-defendan memohon supaya Tuntutan Asal ditolak selaras dengan Aturan 35 kaedah 1(2) KKM 2012. [13] Selanjutnya peguam cara bagi defendan-defendan yang turut mewakili dalam tuntutan balas memohon supaya:
i
tuntutan balas oleh Goh Poo Eng dan Roslizan bin Nekmat yang merupakan penjamin kepada Open Road Asia Sdn Bhd ditarik balik dengan kebebasan memfailkan semula; dan
II
(ii) Tuntutan balas oleh Open Road Asia Sdn Bhd terhadap Symphony Oric Development Sdn Bhd dan Chin Jit Pyng diteruskan untuk perbicaraan. [14] Sebelum meneruskan dengan perbicaraan penuh bagi tuntutan balas oleh Open Road Asia Sdn Bhd terhadap Symphony Oric Development Sdn Bhd dan Chin Jit Pyng, Mahkamah ini telah membuat keputusan berikut bagi tuntutan utama dan tuntutan balas oleh Goh Poo Eng dan Roslizan bin Nekmat:
i
Kes ini telah ditetapkan untuk Bicara Penuh pada 14 dan 15 Julai 2025. Peguam cara Plaintif telah menarik diri dan Notis Permohonan telah diserahkan seawal Jun
2025
Tiada usaha oleh Plaintif untuk melantik peguam cara yang baharu.
II
(ii) Meskipun wakil plaintif yang hadir tiada mempunyai locus namun Mahkamah ini menggunakan budi bicara untuk memberi hak kepada plaintif untuk didengar.
III
(iii) Mengambil pertimbangan bahawa tindakan ini telah difailkan seawal 31.3.2023, Mahkamah ini tidak dapat membenarkan sebarang penangguhan tarikh bicara.
IV
(iv) Selaras dengan Aturan 35, K.1 (2) KKM 2012, Mahkamah ini memerintahkan: a) Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan dibatalkan. b) Tuntutan Balas oleh defendan kedua dan ketiga terhadap plaintif dibatalkan. c) Plaintif diperintahkan membayar kos RM15,000.00 kepada defendan pertama tertakluk kepada alokatur. [15] Keputusan Mahkamah membatalkan tuntutan plaintif dalam Tuntutan Asal telah dirayu oleh defendan-defendan. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG [16] Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 telah memperuntukkan tatacara bagi Mahkamah ini mengendalikan perbicaraan sekiranya pihak gagal hadir semasa perbicaraan melalui Aturan 35 kaedah 1, iaitu:
1
Failure to appear by both parties or one of them (O. 35 r. 1)
1
If, when the trial of an action is called on, neither party appears, the Judge may dismiss the action or make any other order as he thinks fit.
2
If, when the trial of an action is called on, one party does not appear, the Judge may proceed with the trial of the action or any counterclaim in the absence of that party, or without trial give judgment or dismiss the action, or make any other order as he thinks fit. ISU UNTUK DIPUTUSKAN [17] Satu sahaja isu yang berbangkit iaitu sama ada Mahkamah ini mempunyai kuasa untuk membatalkan tuntutan plaintif. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [18] Mahkamah ini telah memutuskan supaya Tuntutan Asal plaintif dibatalkan dan bukan ditolak kerana asas-asas yang diperihalkan di bawah ini. [19] Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 melalui Aturan 1A telah memberi ruang kepada Mahkamah supaya mengambil perhatian kepada yang berikut: 1A Court or judge shall have regard to justice In administering any of the rules herein the court or a judge shall have regard to the justice of the particular case and not only to the technical non-compliance of any of the rules herein. [20] Mahkamah Tinggi dalam kes Jemix Co Ltd & Anor v Jemix Heat Treatment (M) Sdn Bhd & Ors [2019] CLJU 83 memutuskan dalam menentukan isu sama ada Mahkamah boleh memutuskan kes terhadap defendan keempat, telah menyatakan bahawa: [66] Firstly, O. 1A was introduced in the Rules of the High Court 1980(RHC) with effect from 16.5.2002. Accordingly, cases which have interpreted O. 35 rr. 1 and 2 RHC before the advent of O. 1A, should be read with caution. [67] Secondly, O. 35 rr. 1 and 2 RC should be administered with regard to the "overriding interest of justice" (as mandated by O. 1A RC ). [21] Selaras dengan Aturan 1A, Mahkamah ini berpandangan perbicaraan wajar diteruskan dan menolak permohonan wakil plaintif untuk penangguhan bicara. Kehadiran wakil plaintif semasa tarikh bicara pada 14 Julai 2025 wajar diberi pertimbangan. Semasa tarikh bicara, bukanlah tiada langsung wakil plaintif yang hadir sebagaimana dinyatakan dalam Aturan 35 kaedah 1(2) KKM 2012 - If, when the trial of an action is called on, one party does not appear,.. [22] Mahkamah ini juga berpandangan Aturan 35 kaedah 1(2) KKM 2012 tidak mengehadkan kuasa Mahkamah untuk meneruskan dengan perbicaraan atau menolak tuntutan plaintif. Peruntukan ini turut menyatakan - or make any other order as he thinks fit. [23] Pada hemat Mahkamah ini, sama ada tuntutan plaintif ditolak atau dibatalkan, Aturan 35 kaedah 2 KKM 2012 tetap berkuatkuasa dan memberi ruang untuk perintah atau penghakiman Mahkamah diketepikan melalui permohonan dan berdasarkan alasan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah ini. Aturan 35 kaedah 2 (1) dan (2) KKM 2012 memperuntukkan:
2
Judgment given in absence of party may be set aside (O. 35 r. 2)
1
Any judgment or order obtained where one party does not appear at the trial may be set aside by the Court, on the application of that party, on such terms as it thinks just.
2
An application under this rule shall be made within fourteen days after the date of the judgment or order sought to be set aside without prejudice, however, to the power of the Court to extend the period. [24] Mahkamah ini juga mendapati tiada prejudis kepada defendan-defendan berikutan dengan keputusan Mahkamah ini membatalkan tuntutan plaintif. Bahkan, pada tarikh yang sama keadilan kepada pihak defendan-defendan telah diberi tumpuan dengan Mahkamah ini meneruskan dengan pendengaran saksi-saksi dalam tuntutan balas defendan pertama terhadap plaintif. KESIMPULAN [25] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah membatalkan tuntutan plaintif berserta kos. Bertarikh pada 5 Oktober 2025. Ditandatangani .......................................... HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor
1
Bagi Pihak Plaintif Pertama : Sui Seng Loong – Wakil Syarikat (No. K/P: 760903-14-5211) hadir secara kediri dan tidak diwakili peguamcara
2
Bagi Pihak Defendan-Defendan : Nicola Tang Zhan Ying, Andrew Chiew Ian Voon dan Jeremia Majantim-Goh Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.