Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-22NCvC-3-01/2024
NA-22NCvC-3-01/2024
High Court of Malaysia6 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-22NCvC-3-01/2024
1
T. Puraharan A/L C.P. Ramakhrishnan (No. K/P: 560123-05-5147) [Sebagai Wasi yang sah kepada Estet Simati
2
Parameswaran A/L Govindan (No. K/P: 540910-05-5041) [Sebagai Wasi yang sah kepada Estet Simati
3
Jefri bin Janab (No. K/P: 731108-71-5075) [Sebagai Wasi yang sah 03/10/2024 11:40:34 NA-22NCvC-3-01/2024 Kand. 31 ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 2 kepada Estet Simati
4
Mat Naidu A/L Bilapudi Dimudu (No. K/P: 650808-05-5165) …PERAYU-PERAYU DAN 1. Mohd Noor bin Bapputty (Mendakwa sebagai Presiden Persatuan Penduduk Kampung Ladang Geddes Jempol,
2
Mohd Noor bin Bapputty
3
Kvishnan A/L Sivanchalem (No. K/P: 6085115)
4
Murugan A/L Krishnan (No. K/P: 800201-05-5207)
5
Leong Tat Nyim (No. K/P: 510729-05-5293) …RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA WRIT SAMAN NO.: NA-22NCVC-3-01/2024] ANTARA 1. T. Puraharan A/L C.P. Ramakhrishnan (No. K/P: 560123-05-5147) [Sebagai Wasi yang sah kepada Estet Simati
2
Parameswaran A/L Govindan (No. K/P: 540910-05-5041) [Sebagai Wasi yang sah kepada Estet Simati Jega Devan A/L M Nadchatiram
3
Jefri bin Janab (No. K/P: 731108-71-5075) [Sebagai Wasi yang sah kepada Estet Simati
4
Mat Naidu A/L Bilapudi Dimudu (No. K/P: 650808-05-5165) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN 1. Mohd Noor bin Bapputty (Mendakwa sebagai Presiden Persatuan Penduduk Kampung Ladang Geddes Jempol,
2
Mohd Noor bin Bapputty
3
Kvishnan A/L Sivanchalem (No. K/P: 6085115)
4
Murugan A/L Krishnan (No. K/P: 800201-05-5207)
5
Leong Tat Nyim (No. K/P: 510729-05-5293) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 6 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di dalam kes ini Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 9.08.2024 (Lampiran - 28) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 6.08.2024 di mana Mahkamah ini telah memutuskan untuk menolak Notis Permohonan Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) untuk mendapatkan satu Perintah Injunksi Interlokutori di bawah Aturan 29 Kaedah 1 dan / atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Lampiran- 4) dengan kos dalam kausa. [2] Oleh itu Notis Rayuan yang difailkan oleh Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) adalah terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini bertarikh pada 6.08.2024 tersebut. [3] Seterusnya, bagi tujuan kemudahan kesemua pihak, pihak-pihak akan dirujuk di dalam kapasiti mereka yang asal iaitu Perayu-Perayu dirujuk sebagai Plaintif-Plaintif. Manakala, Responden-Responden pula akan dirujuk sebagai Defendan-Defendan. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 7 Notis Permohonan Plaintif-Plaintif (Lampiran - 4) [4] Di dalam Lampiran - 4, Plaintif-Plaintif memohon di bawah Aturan 29 Kaedah 1 dan / atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk perintah-perintah seperti berikut:-
i
Satu Injunksi Interlokutori diberikan untuk menghalang dan menahan Defendan Pertama, Ke-2, Ke-3 dan Ke-4, oleh mereka sendiri dan / atau agen-agen mereka dan / atau pembantu-pembantu mereka dari menggunakan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 8.9.2023 di Mahkamah Tinggi Seremban No.: NA-24NCVC-5- 01/2023 dalam apa-apa cara dan / atau apa-apa tujuan sekalipun sehingga perintah Mahkamah selanjutnya.
II
(ii) Bahawa satu tarikh untuk pendengaran permohonan secara inter partes ditetapkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah ini.
III
(iii) Kos hendaklah dijadikan sebagai kos dalam kausa.
IV
(iv) Mahkamah membuat apa-apa perintah seterusnya yang dianggap patut dan wajar. [5]
Lampiran
Lampiran 4 ini disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Plaintif Pertama di dalam tindakan ini iaitu T. Puraharan a/l C.P. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 8 Ramakrishnan dan yang telah diberi kuasa untuk membuat afidavit ini bagi pihak Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga dan Plaintif Keempat yang bertarikh pada 11.1.2024 di bawah Lampiran - 3. Alasan-Alasan Permohonan ini [7] Di antara alasan-alasan yang telah diberikan oleh Plaintif-Plaintif di dalam Afidavit Sokongannya (Lampiran - 3) untuk menyokong permohonan ini adalah seperti berikut:- (i) Perintah bertarikh 8.9.2023 [Perintah tersebut”] adalah diperolehi melalui frod dan /atau amalan penipuan terhadap mahkamah. Afidavit Sokongan bagi Saman Pemula Mahkamah Tinggi Seremban No: NA-24NCVC- 5-01/2023 [“Saman SP-5”] mengandungi maklumat palsu yang dimasukkan ke dalam Afidavit Sokongan untuk menipu Mahkamah dalam memberikan Perintah tersebut. Afidavit Sokongan tersebut tidak dimasukkan dengan fakta-fakta material berkenaan dengan hartanah-hartanah dan hakmilik-hakmilik yang dimiliki oleh Plaintif Ke-4 di P.T. 1365. Perintah tersebut adalah bertentangan dengan undang-undang kerana Perintah tersebut ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 9 melanggar hak-hak Pemilik-Pemilik Benefisial tersebut termasuk hak pemilikan Plaintif Ke-4. (ii) Terdapat soalan-soalan serius yang perlu dibincangkan. (iii) Imbangan keselesaan memihak kepada pemberian satu injunksi Interlokutori. (iv) Status quo antara pihak-pihak perlu dikekalkan sehingga penyelesaian tindakan ini. (v) Ganti rugi bukan merupakan satu remedy yang mencukupi kepada Plaintif-Plaintif. Ringkasan Fakta Kes [8] Pada atau sekitar tahun 1967 mendiang Kalyana Sundram s/o Krishnan Chettiar dan mendiang Nadchatiram a/l Muthucumaru telah membeli 2 lot tanah yang dikenali sebagai Lot 98 C.T. 11132 (“Lot 98 tersebut”) Mukim Rompin Negeri Sembilan dan Lot 162 C.T. 4586 (“Lot 162 tersebut”) Mukim Rompin Negeri Sembilan daripada Dunlop Malayan Estates Limited. [9] Lot 98 dan 162 tersebut mempunyai satu gabungan jumlah keluasan tanah sekitar 13,712 ekar (“Ladang tersebut”) di mana ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 10 Lot 98 tersebut mempunyai keluasan sebanyak 5037 ekar dan Lot 163 tersebut mempunyai keluasan sebanyak 8675 ekar. [10] Lot 98 dan 162 tersebut adalah ladang-ladang getah dan dikenalpasti sebagai Ladang Geddes (“Ladang Geddes tersebut”). [11] Sebahagian daripada Ladang Geddes tersebut telah dijual kepada pelbagai syarikat dan individu sebagai petak pertanian (“Petak Pertanian tersebut”) sementara menunggu pembahagian (pending subdivision) dan pengisuan Surat Hakmilik yang dipecah bahagi (issue of subdivided Title Deeds). [12] Petak Pertanian tersebut kemudiannya dipecah bahagikan dan diisukan dengan surat hakmilik individu dan seterusnya didaftarkan atas nama-nama pembeli masing-masing. Lebih kurang 1375 hakmilik telah diisukan selepas pecahan bahagian Lot 98 dan 162 tersebut. [13] Dalam Ladang Getah tersebut iaitu Lot 98 dan 162 tersebut terdapat tanah kecil getah (rubber small holding) dan kluster- ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 11 kluster rumah kediaman satu / dua bilik untuk pekerja-pekerja ladang, kuarters kakitangan dan banglo-banglo untuk Kakitangan Pengurusan (“Kawasan Kediaman tersebut”). [14] Tanah kecil getah telah diisukan dengan surat hakmilik individu tetapi bahagian Ladang tersebut yang terdiri daripada Kawasan Kediaman tersebut tidak dapat dipecah bahagikan dan hakmilik induk yang berasingan telah diisukan untuk Kawasan Kediaman tersebut. [15] Salah satu Kawasan Kediaman tersebut yang terdiri daripada Ladang tersebut adalah dipegang di bawah HS(D) 8129 P.T. 1365 Mukim Rompin Negeri Sembilan (“PT 1365 tersebut”) (“Hartanah Amanah”) dan PT1365 tersebut adalah pecahan bahagian daripada Lot 162 tersebut dan dikenali sebagai Central Village yang mempunyai keluasan lebih kurang 47.957 ekar. Kawasan Kediaman tersebut dikenali sebagai kampung / ladang dan rumah-rumah kediaman dikenal pasti dengan nombor rumah. Terdapat banyak kampung / ladang yang terdapat di Ladang Geddes. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 12 [16] Sebahagian daripada Kawasan Kediaman tersebut yang dikenali sebagai kampung / ladang mengandungi banyak struktur kediaman dan petak-petak kosong, dan pemilik rumah-rumah tersebut (“Pemilik Benefisial tersebut”) kemudian telah melantik pemegang-pemegang amanah (trustees) untuk membantu dalam pengurusan kawasan ladang / kampung tersebut. Dilampirkan di bawah adalah senarai pelbagai kampung / ladang dan bilangan unit / struktur yang terdapat di dalam PT 1365 tersebut:- (i) Bahagian Central Field 65 203 unit (ii) Bahagian Central A Field 65 7 unit (iii) Bahagian Central B Field 65 8 unit (iv) Bahagian Central C Field 65 12 unit (v) Bahagian Central D Field 65 7 unit (vi) Bahagian Central E Field 65 22 unit (vii) Bahagian Scott Village Field 65 44 unit (viii) Bahagian Scott Quarters Field 65 25 unit (ix) Bahagian Pekan Lama Field 65 14 unit (x) Bahagian Pekan Baru Field 65 30 unit Jumlah 372 unit ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 13 [17] Pada atau sekitar sebelum 25.7.1997, Defendan Ke-5 bersama Ng Nam Oun (No. K/P: 2496887), Phun Ah Hoi (No. K/P: 3965574) dan Bilapudi Dimudu a/l Ramasamy (No. K/P: 7977772) (secara kolektif dirujuk sebagai “Pemegang-Pemegang Amanah tersebut”) telah dilantik oleh Pemilik-Pemilik Benefisial tersebut sebagai pemegang-pemegang amanah bagi Hartanah Amanah tersebut dan bersetuju untuk didaftarkan sebagai pemegang-pemegang amanah dalam dokumen hakmilik Hartanah Amanah tersebut. [18] Pada 25.7.1997, satu deklarasi amanah bertulis (“Deklarasi Amanah tersebut”) telah dilaksanakan oleh Pemegang-Pemegang Amanah tersebut dan satu jadual (“Jadual Deklarasi Amanah tersebut”) yang mengandungi nama Pemilik-Pemilik Benefisial tersebut bagi Hartanah Amanah tersebut dilampirkan kepada Deklarasi Amanah tersebut. Analisis dan penemuan Mahkamah Isu Pertama: Sama ada Mahkamah ini mempunyai kuasa untuk memberikan suatu perintah Injunksi terhadap perintah yang telah ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 14 dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi yang lain yang mempunyai bidang kuasa yang sama (co ordinate jurisdiction) [19] Di dalam permohonan ini, Mahkamah mendapati di antara perintah yang dimohon oleh Plaintif-Plaintif adalah untuk suatu Perintah Injunksi Interlokutori bagi menghalang dan menahan Defendan Pertama, Ke-2, Ke-3 dan Ke-4 dari menggunakan Perintah Mahkamah Tinggi Seremban yang bertarikh pada 8.9.2023 dalam Kes Saman Pemula No: NA-24NCvC-5-01/2023. [20] Dalam erti kata yang lain, Plaintif-Plaintif telah cuba memohon kepada Mahkamah ini bagi mendapatkan suatu Perintah Injunksi terhadap suatu perintah Mahkamah Tinggi yang lain yang mempunyai bidangkuasa yang sama (“co-ordinate jurisdiction”). [21] Merujuk kepada kes Oversea-Chinese Banking Corpn Ltd v. Sindoma Realty Sdn Bhd and other applications [1989] 1 MLJ 377, di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “(3) As to the application for an interlocutory injunction, there is no jurisdiction of this court to restrain the order of another High Court of co-ordinate jurisdiction. Even if the court could give the order to restrain, the matter is res judicata as the matters raised could have been raised in the ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 15 foreclosure proceedings and to raise them here is an abuse of the process of court.” [22] Oleh itu, berdasarkan atas alasan ini sahaja, permohonan Plaintif-Plaintif sewajar ataupun seharusnya ditolak oleh Mahkamah ini. [23] Tambahan juga, Plaintif-Plaintif tidak pernah memfailkan sebarang notis rayuan terhadap Perintah Mahkamah Tinggi Seremban yang bertarikh pada 8.9.2023 di dalam Kes Saman Pemula No: NA-24NCvC-5-01/2023 tersebut atau untuk memfailkan apa-apa notis permohonan untuk mengenepikan (“set aside”) perintah tersebut. Dalam lain perkataan, Perintah Mahkamah Tinggi Seremban yang bertarikh pada 8.9.2023 dalam Kes Saman Pemula No: NA-24NCvC-5-01/2023 tersebut adalah masih lagi kekal sah dan berkuatkuasa dari segi undang-undang. Isu Kedua: Sama ada darjah imbangan kesenangan (“balance of convenience”) lebih memihak kepada Plaintif-Plaintif atau Defendan-Defendan dengan pemberian perintah Injunksi ini. [24] Seterusnya, Mahkamah juga mendapati bahawa di dalam kes Saman Pemula No: NA-24NCvC-5-01/2023 tersebut, Defendan-Defendan Pertama, Ke-2, Ke-3 dan Ke-4 telah memohon kepada ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 16 Mahkamah ini agar Defendan Ke-5 (yang telah dilantik sebagai pemegang amanah melalui Deklarasi Amanah bertarikh 25.7.1997) dihentikan sebagai pemegang amanah bagi hartanah tersebut dan digantikan dengan Defendan Ke-2, Defendan Ke-4 dan seorang lagi individu yang bernama Vishnu Rao a/l Damloo. [25] Ini adalah atas alasan bahawa Pemegang-Pemegang Amanah yang telah dilantik melalui Deklarasi Amanah yang bertarikh pada 25.7.1997 tersebut untuk Hartanah tersebut adalah seramai empat (4) orang kesemuanya iaitu Defendan Ke-5 bersama Ng Nam Oun (No. K/P: 2496887), Phun Ah Hoi (No. K/P: 3965574) dan juga Bilapudi Dimudu a/l Ramasamy (No. K/P: 7927772). [26] Namun begitu, Ng Nam Oun telah meninggal dunia pada 24.6.2026, Phun Ah Hoi telah meninggal dunia pada 25.11.2004 dan Bilapudi Dimudu a/l Ramasamy pula telah meninggal dunia pada 10.2.1978. Oleh yang demikian, hanya Defendan Ke-5 (Leong Tat Nyim) seorang sahaja yang masih lagi merupakan pemegang amanah tunggal untuk Hartanah Amanah tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 17 [27] Di dalam kes Saman Pemula No: NA-24NCvC-5-01/2023 tersebut, Defendan-Defendan Pertama, Ke-2, Ke-3 dan Ke-4 telah memplidkan bahawa Defendan Ke-5 (Leong Tat Nyim) sebagai pemegang amanah tunggal untuk hartanah tersebut telah mengambil tindakan seperti menjualkan beberapa bidang tanah yang telah dipecahkan dan juga telah mengambil tindakan di Mahkamah mengenai hartanah tersebut tetapi telah gagal, enggan dan / atau abai mendedahkan butir-butir tindakan dan akaun-akaun amanah kepada benefiasiri-benefisiari hartanah itu. [28] Begitu juga, di dalam kes Saman Pemula No: NA-24NCvC-5- 01/2023 tersebut, Defendan-Defendan Pertama, Ke-2, Ke-3 dan Ke-4 telah memplidkan bahawa Defendan Ke-5 (Leong Tat Nyim) telah memasuki perjanjian jual beli beberapa bidang tanah-tanah yang telah dipecahkan tersebut dan Defendan ke-5 juga telah mengutip bayaran-bayaran bagi penjualan tanah-tanah tersebut. [29] Permohonan Defendan-Defendan Pertama, Ke-2, Ke-3 dan Ke-4 di dalam kes Saman Pemula No: NA-24NCvC-5-01/2023 tersebut adalah dibuat menurut Seksyen 45 Akta Pemegang Amanah 1949 yang jelas memperuntukkan seperti berikut:- ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 18 “45. Power of Court to appoint new trustees. (1) (a) The Court may, whenever it is expedient to appoint a new trustee or new trustees, and it is found inexpedient, difficult or impracticable so to do without the assistance of the Court, make an order appointing a new trustee or new trustees either in substitution for or in addition to any existing trustee or trustees, or although there is no existing trustee.” [30] Oleh yang demikian, jika sekalipun Plaintif-Plaintif adalah merupakan benefisiari-benefisiari amanah untuk hartanah amanah tersebut, Plaintif-Plaintif sama sekali tidak akan diprejudiskan memandangkan Defendan Ke-2, Defendan Ke-4 dan seorang lagi individu yang bernama Vishnu Rao a/l Damloo tersebut adalah cuma bertindak sebagai pemegang-pemegang amanah (“trustees”) sahaja. Mereka tidak mempunyai sebarang kuasa sama sekali untuk melupuskan, memindahmilik / menjual hartanah-hartanah amanah milik benefisiari-benefisiari tersebut. [31] Pemegang-Pemegang Amanah yang baru tersebut iaitu Defendan Ke-2, Defendan Ke-4 dan seorang lagi individu yang bernama Vishnu Rao a/l Damloo harus pergi ke Mahkamah terlebih dahulu dan mendapatkan perintah daripada Mahkamah ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 19 jika sekiranya terdapat apa-apa isu atau pun masalah tentang atau pun berkenaan dengan hartanah-hartanah amanah tersebut. [32] Selanjutnya, ini yang telah dilakukan oleh Defendan Pertama Defendan Ke-2, Defendan Ke-3 dan Defendan Ke-4 di dalam kes ini, di mana mereka telah memfailkan tindakan Guaman Sivil No. NA-22NCvC-65-11/2023 terhadap Leong Tat Nyim dan N.T. Naidu a/l Bilapudi Dimudu, iaitu sebelum Guaman Sivil No. NA- 22NCvC-3-01/2024 ini difailkan oleh Plaintif-Plaintif dalam kes ini. [33] Di dalam Kes Guaman Sivil No. NA-22NCvC-65-11/2023 tersebut Defendan Pertama, Defendan Ke-2, Defendan Ke-3 dan Defendan Ke-4 (sebagai Plaintif-Plaintif di dalam kes tersebut) telah menuntut terhadap Leong Tat Nyim dan N.T. Naidu a/l Bilapudi Dimudu (sebagai Defendan-Defendan di dalam kes tersebut) bagi mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:- (i) Satu deklarasi bahawa Defendan Pertama tidak mempunyai kuasa untuk membuat permohonan dalam Saman Pemula No. NA-24NCVC-203-07/2019 Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban dan Saman ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 20 Pemula No.: NA-24NCVC-73/2020 Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban; (ii) Perintah bertarikh 05.08.2019, dalam Saman Pemula No.: NA-24NCVC-203-07/2019, dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban dan satu Perintah bertarikh 08.07.2020 diketepikan; (iii) Pendaftaran Defendan Kedua sebagai tuan punya tanah bagi hartanah-hartanah yang dikenali sebagai H.S(D) 8129 P.T. 1365, Mukim Rompin (“parent title”) dan hakmilik-hakmilik bernombor P.T. 176 H.S(D) 20065, P.T. 177 H.S(D) 20066 dan P.T. 178 H.S(D) 20067 semuanya di Mukim Pekan Ladang Geddes, Daerah Jempol Negeri Sembilan diketepikan dan Plaintif-Plaintif didaftarkan sebagai pemegang-pemegang amanah bagi hartanah-hartanah tersebut; (iv) Defendan-Defendan membayar kos tindakan ini; dan (v) perintah atau relif lanjut yang didapati wajar oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [34] Oleh itu, tidak timbul atau wujud sebarang isu samada Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk membuat atau memberikan ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 21 perintah yang bertarikh pada 8.9.2023 tersebut. Malahan, adalah jelas di sini bahawa Defendan Pertama, Defendan Ke-2, Defendan Ke-3 dan Defendan Ke-4 telah memulakan tindakan di dalam Kes Guaman Sivil No. NA-22NCvC-65-11/2023 tersebut untuk mengenepikan beberapa perintah yang dikatakan telah diperolehi secara salah dan secara tidak sah oleh Defendan Ke5. [35] Selain dari itu, di dalam kes ini, berdasarkan daripada dokumen-dokumen yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa Defendan Ke-5 telah bertindak secara sendiri selepas kematian ketiga-tiga orang pemegang amanah yang lain tersebut dan telah mendapatkan perintah Mahkamah yang memihak kepada Plaintif Ke-4 (M.T. Naidu a/l Bilapudi Dimudu). Oleh itu, Defendan Pertama, Defendan Ke-2, Defendan Ke-3 dan Defendan Ke-4 telah memfailkan Kes Guaman Sivil No. NA-22NCvC-65-11/2023 tersebut bagi tujuan untuk mengenepikan perintah-perintah ini. [36] Di samping itu juga, apa yang lebih menimbulkan keraguan di dalam kes ini (Guaman Sivil No. NA-22NCvC-3-01/2024) samada di dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif dan Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif bagi menyokong Notis Permohonan ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 22 Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan Perintah Injunksi interlokutori ini, Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa Jega Devan a/l Nadchatiram sebagai Pemegang Amanah bagi Pemilik-Pemilik Benefisial yang tidak dapat dikenalpasti atau tidak dapat dikesan. [37] Perlu ditegaskan bahawa seseorang tidak boleh mendakwa secara sepihak sahaja bahawa beliau adalah merupakan Pemegang Amanah untuk mana-mana benefisiari yang tidak diketahui atau yang tidak dapat dikenalpasti. Oleh itu, atas alasan ini juga permohonan Plaintif-Plaintif bagi mendapatkan suatu Perintah Injunksi Interlokutori adalah tidak bermerit sama sekali. [38] Justeru itu, Mahkamah mendapati bahawa darjah imbangan kesenangan (“balance of convenience”) adalah lebih memihak kepada Defendan-Defendan untuk tidak membenarkan permohonan Plaintif-Plaintif bagi mendapatkan perintah Injunksi Interlokutori ini. Mahkamah juga mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk menimbulkan soalan-soalan yang serius yang perlu dibicarakan dalam permohonannya untuk Injunksi ini. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 23 Kesimpulan [39] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan tersebut di atas, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak Notis Permohonan Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan suatu Perintah Injunksi Interlokutori terhadap Defendan-Defendan di bawah Aturan 29 Kaedah 1 dan / atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Lampiran- 4) dengan kos permohonan sebagai kos dalam kausa. Disediakan oleh: t.t. (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 2 haribulan Oktober 2024. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-3-01/2024 24 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU/PLAINTIF-PLAINTIF: TETUAN GURMIT SODHI CHAMBERS Suite D-2-33A, Block D Pusat Perniagaan Seksyen 8 (8 Avenue) Jalan Sungai Jernih 8/1 46050 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. PEGUAMCARA RESPONDEN-RESPONDEN / DEFENDAN-DEFENDAN: TETUAN GUNASEELAN & ASSOCIATES Unit B-2-1, VIVA No. 378, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.