Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (3) SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH NO. KES: KB-85-29-06/2023 5 ANTARA
KB-85-29-06/2023
Magistrates Court of Malaysia2 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“han dirangka di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dengan memasukkan elemen “deadly weapon” yang sebenarnya tidak terkandung di dalam seksyen tersebut. Elemen tersebut 25 hanya wujud dalam Seksyen 148 Indian Penal Code. Maka, dalam kes **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eF”
“eseksaan Malaysia merujuk kepada kesalahan gaduh gempar (affray). Dalam hal ini, Seksyen 159 Kanun Keseksaan adalah dirujuk di mana gaduh gempar ditakrifkan sebagaimana berikut; 10 Section 159 of the Penal Code: Affray When two or more persons, by fighting, in a public place, disturb the public peace, they are said to”
“not sufficient to convict the accused of the offence of affray. There must be definite evidence of disturbance of public 5 peace. [27] Seterusnya Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Koo Gee Leong & Ors [1961] CLJU 89; [1961] 1 LNS 89; [1962] 1 MLJ 101 dimana dalam kes ini dinyatakan seperti berikut:- "This clearly postul”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the 15 steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263." [8] Seterusnya Mahkamah merujuk kepada definisi "prima facie" yang ditafsirkan sebagai keterangan yang dikemukakan oleh Pihak pendakwaan s”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the 15 steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263." [8] Seterusnya Mahkamah merujuk kepada definisi "prima facie" yang ditafsirkan sebagai keterangan yang dikemukakan oleh Pihak pendakwaan s”
“Code: Affray When two or more persons, by fighting, in a public place, disturb the public peace, they are said to "commit an affray". [11] Manakala didalam kes Mohd Ridzuan Gun Abdullah & Anor v. PP [2021] CLJU 1383 dimana gaduh gempar diterangkan sebagaimana 15 yang berikut; “The characteristics of "affrays" are: i. t”
“p OKS dan mensabitkannya dengan pertuduhan tersebut. [57] Mahkamah dalam peringkat pembelaan ini dipimpin oleh duluan kehakiman mengikat sebagaimana kes Pendakwa Raya lwn Mohamad 25 Ashraf bin Ramlan [2022] MLJU 2992 dimana Mahkamah Tinggi telah menyatakan bahawa: **Note : Serial number will be used to verify the origi”
“hawa hukuman yang dijatuhkan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan mengikut kepada tahap serius sesuatu kesalahan tersebut. Ini adalah prinsip yang didukung dalam kes PP v. Chong Tze Jun [2023] CLJU 810; [2023] 1 LNS 810 15 dimana Yang Arif Hakim dalam kes ini menyatakan hukuman sewajarnya dijatuhkan setim”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (3) SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH NO. KES: KB-85-29-06/2023 5 ANTARA
1
1.
2
TAI KUANG TEE [NO. K/P: 790627075647 ] SIM MING HOOI [NO. K/P: 830216-02-5243] 10
3
TAI KUANG LEE [NO. K/P: 810921025689 ] ALASAN PENGHAKIMAN 15 [1] OKS-OKS dalam kes ini telah dituduh di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dengan pertuduhan sebagaimana yang berikut; “PERTUDUHAN BAHAWA KAMU BERSAMA SAMA PADA 11/05/2023 JAM LEBIH KURANG 12:45 TENGAH HARI BERTEMPAT DI KAWASAN HADAPAN BENGKEL 20 MOTOSIKAL ALAMAT PEKAN TIKAM BATU, DI DALAM DAERAH KUALA MUDA, DI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN YANG MERUPAKAN SUATU TEMPAT AWAM TELAH MELAKUKAN GADUH GEMPAR DENGAN BERGADUH SALING MEMUKUL DI TEMPAT AWAM. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH 25 SEKSYEN 160 KANUN KESEKSAAN DIBACA BERSAMA SEK 34 KANUN KESEKSAAN HUKUMAN: PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI ENAM BULAN ATAU DENGAN DENDA YANG BOLEH SAMPAI SATU RIBU RINGGIT ATAU DENGAN KEDUA-DUANYA.” 30 [2] OKS 1 dan OKS 3 telah mengaku salah setelah pertuduhan dibacakan dan masing-masing telah dihukum denda RM350 jika gagal bayar 1 bulan penjara oleh Puan Majistret terdahulu yang mengendalikan kes ini. Manakala, OKS 2 telah mengaku tidak bersalah dan memohon untuk kes dibicarakan. Untuk tujuan alasan penghakiman ini, OKS 2 selepas ini 5 akan dirujuk sebagai OKS manakala OKS 1 akan dirujuk sebagai SP2 dan OKS 3 akan dirujuk sebagai SP3. [3] Untuk rekod, keterangan SP1 sehingga SP3 telah didengar oleh Puan Majistret terdahulu sebelum diteruskan pendengaran kes oleh Mahkamah ini. Kes ini telah diteruskan bergantung kepada nota-nota prosiding yang 10 telah disediakan oleh Puan Majistret yang terdahulu, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan juga rujukan kepada rakaman audio video mahkamah. Mahkamah ini telah menyemak rakaman tersebut dan melihat serta mendengar keterangan saksi-saksi yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan. Mahkamah ini juga telah membenarkan pihak- 15 pihak untuk memanggil semula mana-mana saksi yang telah memberikan keterangan selaras dengan Seksyen 162 Kanun Tatacara Jenayah dan pihak pembelaan telah memohon agar SP2 dan SP3 untuk dipanggil semula dan telah dibenarkan oleh Mahkamah ini. Mahkamah ini kemudiannya telah meneruskan perbicaraan dengan mendengar 20 keterangan dari SP4 dan SP5 dan seterusnya telah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan. FAKTA KES [4] Dalam membuktikan kes, pihak pendakwaan telah mengemukakan 25 keterangan melalui 5 orang saksi pendakwaan sebagaimana yang berikut;
i
Kpl 185763 Zamzam bin Ahmad (SP1)
II
(ii) Tai Kuang Tee (SP2/OKS1)
III
(iii) Tai Kuang Lee (SP3 /OKS 3)
IV
(iv) Qua Kee Aun (SP4)
v
Insp G27122 Nur Adli bin Warodzee (SP5) 5 [5] Melalui keterangan saksi-saksi ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan penceritaan kes sebagaimana yang berikut: i. SP2 menyatakan bahawa pada 11.05.2023 jam lebih kurang 12.45 tengah hari, SP2 berada di kedai gunting rambut. Kedai tersebut terletak di atas bengkel motosikal tikam batu milik SP4. 10 ii. Semasa SP2 sampai di kedai gunting rambut tersebut, SP2 telah disuruh untuk memakai pelitup muka dan SP2 turun ke bengkel motosikal milik SP4 untuk meminjam pelitup muka. iii. Apabila sampai di bengkel tersebut, SP2 telah meminta pelitup muka dari SP4. Semasa SP4 mendapatkan pelitup muka, telah 15 berlaku pergaduhan mulut antara SP2 dan OKS yang berada di situ. Pergaduhan berlaku akibat OKS tidak berpuas hati apabila SP2 dilantik sebagai pengerusi sebuah sekolah rendah di kawasan tersebut. iv. OKS kemudian telah bertindak menampar bahagian kiri muka SP2 20 menggunakan tangan. SP2 dan OKS kedua-duanya mula bergaduh di bahagian hadapan kedai motosikal milik SP4. v. Kejadian ini disaksikan sendiri oleh SP4 yang merupakan pemilik kedai motorsikal tersebut. SP4 juga telah melihat OKS menampar muka SP2 selepas pergaduhan mulut antara OKS dan SP2. 25 vi. SP4 kemudian telah cuba untuk menghentikan pergaduhan antara OKS dan SP2. vii. Pada masa yang sama, SP3 yang merupakan adik kepada SP2 telah secara kebetulan melalui tempat kejadian menaiki motosikal untuk membaiki telefon bimbitnya di kedai berhampiran bengkel motosikal milik SP4. viii. SP3 melihat pergaduhan antara OKS dan SP2 yang sedang 5 di bahagian hadapan kedai milik SP4 lalu SP3 turun daripada motosikalnya dan turut terlibat dengan kejadian pergaduhan tersebut. SP3 cuba meleraikan pergaduhan tersebut dan melihat OKS cuba untuk mengambil besi untuk memukul SP2. SP3 cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut dan kemudiannya turut 10 terlibat dan pergaduhan. ix. SP2 dan OKS kedua-duanya telah membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut. OKS, SP2 dan SP3 ketiga-tiganya dituduh di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan. SP2 dan SP3 telah mengaku bersalah manakala OKS tidak mengaku bersalah 15 dan minta untuk perbicaraan. x. Hasil siasatan SP5 mendapati bahawa OKS, SP2 dan SP3 di dalam kes ini telah berlakunya pergaduhan fizikal antara mereka di hadapan kedai bengkel motosikal Tikam Batu milik SP4 yang merupakan sebuah tempat awam 20 BEBAN PEMBUKTIAN [6] Diakhir kes pendakwaan selaras dengan Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah hendaklah memberi pertimbangan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKS 25 sebelum OKS dipanggil untuk membela diri. [7] Dalam kes PP v. Mohd. Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Mahkamah Persekutuan menyatakan: "...we summaries as follows the steps that should be taken by a trial courts at the close of the prosecution's case: (i) the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully 5 scrutinize the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inference that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused; (ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the 10 evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects no remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the 15 steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263." [8] Seterusnya Mahkamah merujuk kepada definisi "prima facie" yang ditafsirkan sebagai keterangan yang dikemukakan oleh Pihak pendakwaan setelah penilaian maksima ("maximum evaluation") 20 dilaksanakan oleh Mahkamah. Penilaian maksima ini mestilah cukup untuk menyabitkan tertuduh dengan kesalahan sepertimana pertuduhan walaupun tertuduh memilih untuk berdiam diri apabila dipanggil untuk membela diri kelak. [9] Mahkamah merujuk kepada kes utama yang diputuskan oleh 25 Mahkamah Persekutuan iaitu kes Balachandran a/l Selvaratnam v. PP [2005] 1 CLJ 85 di mana Yang Arif Augustine Paul di dalam penghakimannya memutuskan seperti berikut:- " ……in order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.... Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a 5 prima facie case has been made out." [10] Kesalahan jenayah di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan Malaysia merujuk kepada kesalahan gaduh gempar (affray). Dalam hal ini, Seksyen 159 Kanun Keseksaan adalah dirujuk di mana gaduh gempar ditakrifkan sebagaimana berikut; 10 Section 159 of the Penal Code: Affray When two or more persons, by fighting, in a public place, disturb the public peace, they are said to "commit an affray". [11] Manakala didalam kes Mohd Ridzuan Gun Abdullah & Anor v. PP [2021] CLJU 1383 dimana gaduh gempar diterangkan sebagaimana 15 yang berikut; “The characteristics of "affrays" are: i. there is fighting between 2 or more people. ii. the fighting is illegal. iii. the fighting causes terror in the hearts of the public.” 20 [12] Oleh itu, antara elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi suatu pertuduhan dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan adalah sebagaimana berikut: i. Pergaduhan secara fizikal antara dua atau lebih orang. ii. Pergaduhan tersebut berlaku di tempat awam. 25 iii. Pergaduhan tersebut mengganggu ketenteraman awam. Pergaduhan fizikal antara dua atau lebih orang. [13] Bagi elemen pertama, pihak pendakwaan perlu menunjukan bahawa terdapat pergaduhan secara fizikal antara dua atau lebih individu di tempat awam. Pergaduhan itu mesti melibatkan sekurang-kurangnya dua orang yang mengambil bahagian aktif dalam pergaduhan tersebut. 5 [14] Mahkamah mendapati bahawa SP4 telah mengesahkan bahawa telah melihat OKS dan SP2 telah bertengkar dan kemudiannya OKS telah bertindak menampar SP2. Keterangan SP2 adalah sebagaimana yang berikut; Pemeriksaan Utama SP2 10 “S: Kemudian apa jadi? J: Sim ming hooi panggil saya dan tanya.Saya tanya dia balik mana ada tekan orang tikam batu. Jawatan saya sebagai pengerusi dilantik oleh orang ramai. Lepas itu,sim ming hooi macam tak puas hati tekan tanya saya lagi. 15 S: Tanya apa itu? J: Kata “ You jangan buat berlagak di tikam batu”. saya asal orang kota kuala muda. Saya datang niaga di tikam batu dekat 20 tahun. Berniaga kedai basikal dan kedai peralatan memancing. Dia panggil saya pergi dekat sikit dan menampar saya.” 20 [15] Akibat ditampar oleh OKS, telah berlaku pergelutan diantara mereka sehingga perlu dipisahkan oleh SP4 dengan bantuan orang ramai. SP4 yang merupakan pemilik bengkel motorsikal tersebut telah mengesahkan sebagaimana yang berikut; Pemeriksaan Utama SP4 25 “S: Boleh kamu terangkan apa berlaku pada 11 mei 2023? J: Hari tu kawan hooi baiki motor dekat kedai saya,lepas tu kuang tee lalu depan kedai saya pinjam mask nak gunting rambut ke atas.Lepas tu mereka berjumpa dan berbual di kaki lima kedai saya. S: Mereka itu siapa? J: Hooi dan kuang Tee.Kemudian,saya teruskan kerja saya.Lepas tu 5 perbualan makin lama sound makin tinggi. Saya pun terkejut tengok keadaan depa itu. hooi mula tampar khuang tee depan kedai saya. Saya tolong pisahkan 2 orang tu.Dalam keadaan kelam kabut itu,kami jatuh termasuk motor-motor saya.Dekat luar,ramai datang tengok untuk memisahkan mereka. Lepas tu habis la macam tu.” 10 [16] SP3 juga telah mengakui terlibat dalam pergaduhan tersebut setelah melihat SP2 yang merupakan abangnya bergaduh dengan OKS. SP3 dalam keterangannya telah menyatakan sebagaimana yang berikut; Pemeriksaan Utama SP3 “S: En lee tahu ke tujuan datang ke mahkamah hari ini? 15 J: Tahu,11/5/2023 ada satu gaduh kecil. S: Pada waktu apa yang terjadi sebenarnya,kejadian apa dan pukul berapa? J: lebih kurang pkl 11-1, masa itu pagi-pagi saya pergi kedai repair telefon. Lepas repair telefon tauke telefon kata repair telefon sudah siap.lepas itu saya naik motor lalu nampak abang tai kuang tee bertengkar di depan kedai 20 motor dengan dia. Lepas itu dia tampar abang saya. S: Dia tu sapa? J: Hooi” [17] SP2 juga mengesahkan bahawa dia mengalami kecederaan akibat pergaduhan tersebut. Maka adalah jelas bahawa pergaduhan yang 25 berlaku adalah secara fizikal dan bukan sekadar pertengkaran semata-mata. Pemeriksaan utama SP2 “S: En tai ada mengalami apa-apa kecederaan tak? J: Ada. cedera luka dan lebam S: Sekiranya saya rujuk gambaran kecederaan kepada en tai, boleh cam kan? J: Boleh 5 TPR: Pohon dirujuk kepada saksi P1 c-f S: Gambar ini gambar siapa en tai? J: Gambar saya S: Gambar C itu gambar apa en tai? J: gambar c gambar saya juga. 10 S: Gambar D? J: Gambar D,gambar kepala saya S: Gambar E? J; Dua-dua tangan kiri kanan saya S: Apa kecederaan? 15 J: Tangan itu lebam dua-dua belah akibat pergaduhan S: Gambar F? J: Gambar kaki saya kiri kanan,ada cedera juga macam lebam dalaman dan kulit saya lekat.” [18] SP5 yang mengendalikan siasatan sebagai Pegawai Penyiasat juga 20 di dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa OKS, SP2 dan SP3 terlibat dalam pergaduhan fizikal di bahagian hadapan kedai motorsikal milik SP4. Malahan, hal ini turut disokong melalui Laporan Perubatan Tai Kuang Tee (Ekshibit P6) dan juga Laporan Perubatan Sim Ming Hooi (Ekshibit P11) yang menunjukkan kedua-dua OKS dan SP2 mengalami kecederaan akibat pergaduhan tersebut. [19] Maka, Mahkamah mendapati bahawa elemen pertama ini telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan bahawa telah berlaku satu pergaduhan secara fizikal antara OKS, SP2 dan SP3. 5 Pergaduhan tersebut berlaku di tempat awam. [20] Elemen seterusnya yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah pergaduhan tersebut telah berlaku di tempat awam di mana tempat tersebut adalah kawasan terbuka yang boleh diakses dan dilihat oleh orang ramai. 10 [21] Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 yang menyatakan seperti berikut: "Tempat awam" termasuk setiap jalan raya awam, jalan besar, jalan, jambatan, dataran, mahkamah, lorong, laluan, jalan kecil, laluan berkuda, laluan pejalan kaki, perbarisan, dermaga, jeti, tanjung, taman awam atau 15 ruang terbuka, dan setiap teater, tempat hiburan awam dari apa-apa jenis atau tempat lain yang menjadi tumpuan umum yang mana kemasukan diperoleh dengan bayaran atau tempat yang boleh diakses oleh orang ramai. [22] Mahkamah ini juga merujuk kepada Rantanlal & Dhirajalal's Law of 20 Crimes, 26th edn, p. 734 yang telah menyatakan sebagaimana berikut; ... It has to established that the site is actually used as a path by the members of the public. Where the contention of the defence was that the ingredients of section 159, namely 'public place' had not been proved by the prosecution, and the lower court having elaborately discussed the 25 evidence adduced on the question had found that the portion in question was a private pathway and not a public pathway, it was held that the ingredient of 'public place' not having been proved beyond doubt, the accused would be entitled to the benefit of doubt. [23] Berdasarkan kepada pertuduhan dan berdasarkan kepada keterangan SP2, SP3 dan SP4 yang berada ditempat kejadian serta hasil siasatan SP5, adalah jelas kejadian berlaku di bahagian hadapan kedai 5 motosikal milik SP4 yang boleh diakses dan dilihat oleh orang ramai. Ekshibit P1A iaitu gambar tempat kejadian yang dirujuk oleh SP4 juga jelas menunjukkan bahawa pergaduhan tersebut berlaku di bahagian hadapan kedai. [24] Oleh itu berdasarkan kepada seksyen 3 Akta Tafsiran tersebut, 10 tempat yang boleh diakses oleh orang ramai adalah dikategorikan sebagai tempat awam. Maka elemen kedua juga telah berjaya dibuktikan dan dipenuhi oleh pihak pendakwaan dalam kes ini. Pergaduhan tersebut mengganggu ketenteraman awam. [25] Elemen terakhir yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah 15 pergaduhan tersebut tersebut menjejaskan atau berpotensi menjejaskan keamanan awam. Ini bermaksud pergaduhan tersebut boleh menimbulkan rasa takut, cemas, atau gangguan kepada orang awam. [26] Mahkamah merujuk kepada Rantanlal & Dhirajalal's "Law of Crimes", 26th edition, page 734, yang menyatakan seperti berikut:
9
'Disturb the public peace' - It is essential that there must be a disturbance of the public peace. The offence under this section postulates the commission of a definite assault or breach of peace, Mere quarrelling in a street over money matters without exchange of blows is not sufficient. Even if there is no exchange of blows, there should be an exchange of some violence between the 25 contending parties before it can be said that the parties are fighting. If one person uses violence against another and the other person remains passive, it cannot be said that there is a fighting between two persons. There must be definite disturbance of the public peace due to the fight in the public place to make the offence of affray. Mere causing of inconvenience to the public is not sufficient. That the parties fought in a public place and that would have surely caused annoyance to the public is not sufficient to convict the accused of the offence of affray. There must be definite evidence of disturbance of public 5 peace. [27] Seterusnya Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Koo Gee Leong & Ors [1961] CLJU 89; [1961] 1 LNS 89; [1962] 1 MLJ 101 dimana dalam kes ini dinyatakan seperti berikut:- "This clearly postulates that once there has been a fight with blows struck, 10 there has been disturbance of the peace and no further proof by the prosecution is necessary. This is also so in England." [28] Duluan kehakiman ini secara jelas menyatakan bahawa pergaduhan fizikal itu sendiri adalah mencukupi untuk membuktikan wujudnya kacau ganggu awam. Didalam kes ini Mahkamah mendapati wujudnya 15 gangguan terhadap ketenteraman awam memandangkan telah berlaku pergaduhan fizikal antara OKS, SP2 dan SP3. Pergaduhan fizikal ini telah disaksikan sendiri oleh SP4 dan juga disahkan melalui siasatan oleh SP5. Tambahan pula, akibat pergaduhan fizikal tersebut telah menyebabkan keadaan kelam kabut sebagaimana yang dinyatakan oleh SP4 dalam 20 keterangannya. Pemeriksaan Utama SP4 “S: Boleh kamu terangkan apa berlaku pada 11 mei 2023? J: Hari tu kawan hooi baiki motor dekat kedai saya,lepas tu kuang tee lalu depan kedai saya pinjam mask nak gunting rambut ke atas.Lepas tu 25 mereka berjumpa dan berbual di kaki lima kedai saya. S: Mereka itu siapa? J: Hooi dan kuang Tee.Kemudian,saya teruskan kerja saya.Lepas tu perbualan makin lama sound makin tinggi. Saya pun terkejut tengok keadaan depa itu. hooi mula tampar khuang tee depan kedai saya. Saya tolong pisahkan 2 orang tu.Dalam keadaan kelam kabut itu,kami jatuh termasuk motor-motor saya.Dekat luar,ramai datang tengok untuk 5 memisahkan mereka. Lepas tu habis la macam tu.” [29] Manakala SP2 dalam keterangannya telah menyatakan sebagaimana yang berikut; Pemeriksaan Utama SP2 “S: Siapa yang berhentikan pergaduhan ini? 10 J: Tuan kedai dan jiran-jiran tuan kedai untuk kita settle kan gaduhan ini. Lepas itu, sama-sama pun selesai balik.” [30] Pergaduhan fizikal ini bukan sahaja menyebabkan keadaan kelam kabut malahan mengganggu ketenteraman awam sehingga ianya perlu dileraikan oleh orang awam yang berada disitu, termasuklah SP4 yang 15 memegang OKS. Keadaan ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan elemen terakhir bahawa pergaduhan fizikal antara OKS, SP2 dan SP3 telah menyebabkan gangguan terhadap ketenteraman awam. [31] Di peringkat akhir pendakwaan, pihak pembelaan telah menimbulkan beberapa isu melalui hujahan mereka dan berikut adalah dapatan 20 Mahkamah berkaitan isu-isu yang dibangkitkan. ISU OKS HANYA CUBA MEMPERTAHANKAN DIRI [32] Pihak pembelaan berhujah bahawa dalam pergaduhan tersebut, OKS hanya bertindak mempertahankan dirinya sendiri. Namun, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan oleh SP2, SP3 dan SP4 25 jelas menunjukkan bahawa OKS turut sama terlibat malahan menjadi individu yang memulakan pergaduhan. [33] Keterangan SP2 menyatakan bahawa pergaduhan fizikal bermula apabila OKS menampar SP2 di tempat kejadian setelah berlaku pertengkaran antara mereka. Keterangan SP2 adalah sebagaimana berikut; Pemeriksaan Utama SP2 5 “S: Boleh En.tai terangkan pada mahkamah pada 11/5/23 jam 1.45 tengah hari,encik ada dimana? J: Saya nak pergi ke kedai gunting rambut S: Kedai gunting rambut dekat mana? J: Kedai dekat atas kedai motor tikam batu 10 S: kemudian? J: Kemudian dia minta saya turun ambil face mask dengan tuan kedai motor. Tuan kedai motor sudah ambil face mask bagi saya,kemudian Sim Ming Hooi datang dan tanya saya apa pasai you guna kuasa you untuk menekan orang tikam batu? 15 S: Menekan maksud macam mana tu? J: Saya dilantik pengerusi pengelola sekolah SJKC Peng Ming tikam batu. S: Masa encik pergi kedai gunting rambut, pergi dengan siapa? J: Seorang saja S: Kemudian apa jadi? 20 J: Sim ming hooi panggil saya dan tanya. Saya tanya dia balik mana ada tekan orang tikam batu. Jawatan saya sebagai pengerusi dilantik oleh orang ramai. Lepas itu,sim ming hooi macam tak puas hati tekan tanya saya lagi. S: Tanya apa itu? 25 J: Kata “ You jangan buat berlagak di tikam batu”. saya asal orang kota kuala muda. Saya datang niaga di tikam batu dekat 20 tahun. Berniaga kedai basikal dan kedai peralatan memancing. Dia panggil saya pergi dekat sikit dan menampar saya.” [34] Keterangan SP2 ini juga disokong dan konsisten dengan keterangan 5 SP4 bahawa OKS yang mula-mula naik tangan dengan menampar SP2 setelah berlaku pertengkaran. Keterangan SP4 semasa pemeriksaan balas adalah sebagaimana berikut; Pemeriksaan Balas SP4 “S: bilakah hooi datang tampar khuang tee? 10 J: Ah hooi repair motor,berdiri di kaki lima, khuang tee datang nak pinjam mask.Saya nak kena cari mask, masa cari mask dia sembang dengan pintu sana.Perbualan makin kuat, saya tengok dia dah tampar dia dan saya terus hentikan pergaduhan itu? S: Adakah awak betul-betul nampak tampar? 15 J: ya. S: Siapa tampar siapa? J: ah hooi tampar khuang tee.” [35] Keterangan SP2 dan SP4 dalam hal ini ini juga kekal konsisten dan tidak berjaya dicabar oleh pihak Pembelaan menerusi pemeriksaan balas. 20 Maka, dalam keadaan OKS yang memulakan pergaduhan dengan mempersoalkan pelantikan SP2 dan juga mula menampar SP2, Mahkamah ini percaya adalah tidak adil untuk OKS berpura-pura menjadi mangsa keadaan bertopengkan alasan sekadar mempertahankan diri. [36] Pihak pembelaan juga bergantung kepada kecederaan yang dialami 25 oleh OKS untuk menyatakan bahawa OKS hanya cuba mempertahankan diri. Namun, Mahkamah mendapati bahawa SP2 juga mengalami kecederaan akibat pergaduhan ini sebagaimana dinyatakan dalam Laporan Perubatan P6. Keadaan ini membuktikan bahawa pergaduhan ini bukan berlaku sebelah pihak, sebaliknya kedua-dua turut saling menyumbang terhadap kecederaan antara satu sama lain. [37] Maka, pada peringkat ini, Mahkamah mendapati bahawa pembelaan 5 bahawa OKS hanya mempertahankan diri tidaklah dapat diterima dan tidaklah menggugat kes pendakwaan kerana OKS sendiri yang memulakan pertengkaran dan mula menampar SP2. Hanya kerana pergaduhan ‘escalated’ dan OKS mengalami kecederaan tidaklah menjadikan OKS suci murni dari tindakannya dan pergaduhan fizikal yang 10 berlaku di tempat awam tersebut. ISU PERTUDUHAN YANG DEFEKTIF [38] Pihak pembelaan berhujah bahawa pertuduhan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan adalah defektif kerana ianya adalah satu seksyen yang menyatakan hukuman dan bukannya mentakrifkan kesalahan. 15 Pihak pembelaan selanjutnya berhujah bahawa pertuduhan sepatutnya di bawah Seksyen 159 Kanun Keseksaan kerana Seksyen 160 Kanun Keseksaan tidak boleh berdiri secara sendirian. Pembelaan telah merujuk kepada kes Periasamy & Anor v PP [1993] 2 MLJ 55. [39] Mahkamah ini mendapati bahawa kes yang dirujuk oleh Pembelaan 20 adalah menyimpang dan perlu dibezakan dengan kes yang berada di hadapan Mahkamah ini. Kes yang dirujuk Pembelaan adalah melibatkan situasi di mana pertuduhan dirangka di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dengan memasukkan elemen “deadly weapon” yang sebenarnya tidak terkandung di dalam seksyen tersebut. Elemen tersebut 25 hanya wujud dalam Seksyen 148 Indian Penal Code. Maka, dalam kes tersebut pertuduhan adalah defektif, kerana merujuk kepada suatu kesalahan yang tidak wujud dalam undang-undang Malaysia. [40] Hal ini nyata berbeza dengan kes di hadapan Mahkamah ini dimana pertuduhan yang dirangka adalah selaras dengan Seksyen 160 Kanun Keseksaan, tanpa meletakkan apa-apa elemen tambahan yang tidak 5 wujud dalam undang-undang negara ini. Pertuduhan didalam kes ini telah dirangka di bawah Seksyen 160 yang merupakan seksyen yang menjadikan gaduh gempar sebagai suatu kesalahan dan seksyen yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan tersebut. Pertuduhan juga secara jelas telah menyatakan tarikh kejadian, waktu kejadian, lokasi 10 kejadian, menerangkan kesalahan yang telah berlaku serta hukuman bagi kesalahan tersebut. Elemen yang dinyatakan juga adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan. [41] Maka, Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan pihak pembelaan di dalam isu ini. 15 ISU SAMA ADA OKS TERKELIRU DENGAN PERTUDUHAN [42] Pihak pembelaan telah merujuk kes Yoh Meng Heng v PP [1970] 1 MLJ 14 yang menyatakan bahawa ‘sufficient particulars’ perlu diberikan kepada tertuduh supaya tertuduh mengetahui apakah pertuduhan yang dihadapinya supaya tertuduh dapat mengemukakan pembelaannya. 20 [43] Setelah Mahkamah ini meneliti pertuduhan terhadap OKS, Mahkamah mendapati ‘sufficient particulars’ telah diberikan kepada tertuduh sebagaimana berikut; i. Masa dan waktu kejadian berlaku iaitu “pada 11/05/2023 pada jam lebih kurang 12.45 tengah hari”. 25 ii. Lokasi kejadian berlaku iaitu “bertempat di kawasan hadapan bengkel motosikal alamat pekan tikam batu, didalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman”. iii. Kesalahan yang dilakukan iaitu “telah melakukan gaduh gempar”. iv. Cara kesalahan dilakukan iaitu “dengan bergaduh saling memukul 5 di tempat awam” v. Seksyen kesalahan dilakukan iaitu “boleh dihukum dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan” vi. Hukuman bagi kesalahan tersebut iaitu “Penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau dengan denda yang boleh 10 sampai satu ribu ringgit atau dengan kedua duanya”. [44] Malahan, Seksyen 156 Kanun Tatacara Jenayah turut memperuntukkan bahawa 'no error or omission in stating the offence or the particulars required shall be material unless the accused was misled by it'. Mahkamah Rayuan dalam kes Public Prosecutor v. Mahiaddin bin 15 Md Yasin [2024] 6 CLJ 836 telah menyatakan sebagaimana berikut berkenaan pemakaian Seksyen 156 Kanun Tatacara Jenayah; "The High Court is bound by the Federal Court case of Ravindran a/l Ramasamy v. Public Prosecutor [2015] 3 CLJ 421. The Federal Court had explained the distinction between error in stating the ingredients of the 20 offence or error in stating the particulars of the offence and that if it is an error in stating the ingredients of the offence, the defective charge is not curable under section 422 CPC. Whereas, error in stating particulars of the offence is curable under section 156 and 422 CPC. In the absence of any distinction and finding made on the nature of the error, the learned High 25 Court Judge erred when he held the charges are defective and not curable under section 156 and 422 CPC." [45] Dalam keadaan pertuduhan telah dirangka selaras dengan Seksyen 152, Seksyen 153 dan Seksyen 154 Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah mendapati bahawa OKS telah diberikan satu notis yang jelas tentang kesalahan yang dilakukan olehnya. Malahan, Mahkamah juga mendapati OKS tidak terkeliru dengan kesalahan apa yang dipertuduhkan terhadapnya, kerana pihak pembelaan telah meletakkan pembelaan mempertahankan diri sebagai salah satu pembelaannya. Sekiranya OKS 5 terkeliru dengan maksud pertuduhan, sudah tentu OKS tidak dapat mengemukakan pembelaannya. Malahan, jelas daripada soalan-soalan semasa pemeriksaan balas, pembelaan adalah langsung tidak terkeliru dengan kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKS. [46] Tambahan pula, OKS telah mendapatkan khidmat peguam yang 10 terpelajar dan suatu masa yang panjang telah diberikan oleh Majistret terdahulu kepada pihak-pihak sejak tarikh serahan dokumen pada 20 Jun 2023 sehinggalah saksi pertama dipanggil pada 12 Februari 2025. Masa ini adalah cukup mencukupi untuk OKS dan Peguambelanya untuk meneliti, merenung dan memahami pertuduhan yang dirangka terhadap 15 OKS dan mengemukakan bantahan awal sekiranya pertuduhan adalah defektif. ADAKAH PENGAKUAN SALAH SP2 DAN SP3 BERMAKSUD OKS BERGADUH DENGAN SENDIRINYA [47] Dalam isu ini Mahkamah melampirkan hujahan yang dikemukakan 20 pembelaan sebagaimana yang berikut di perenggan 18, halaman 12 Hujah-hujah Peguamcara Orang Kena Saman (OKS); “Tuan, terdapat tiga (3) orang yang dituduh, dua daripadanya telah mengaku salah kepada satu pertuduhan yang sebenarnya tidak wujud dan tidak betul dan telah dikenakan denda RM 350.00 setiap seorang apabila mengaku salah kepada satu 25 pertuduhan “non-existent”. Ini bermaksud OKS dengan sendirinya iaitu sebagai seorang diri tidaklah boleh dikatakan bergaduh dengan dirinya sendiri.” [48] Setelah Mahkamah ini meneliti hujahan tersebut dengan cermat, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa hujahan pembelaan ini adalah tidak berasas dan langsung terpesong daripada prinsip undang-undang jenayah yang mantap, setidak-tidaknya dalam negara ini. [49] Pertama, pengakuan salah oleh mana-mana individu dalam suatu 5 prosiding jenayah tidak menghapuskan kewujudan fakta kejadian. Hakikat bahawa SP2 dan SP3 telah mengaku salah tidak bermaksud peristiwa pergaduhan itu tidak berlaku. Kesalahan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan adalah suatu kesalahan terhadap ketenteraman awam. Elemen utamanya ialah kewujudan pergaduhan di tempat awam 10 yang mengganggu ketenteraman awam, dan bukannya bilangan tertuduh yang kekal dibicarakan pada sesuatu masa. [50] Kedua, Mahkamah mendapati terdapat keterangan bebas dan objektif daripada saksi-saksi lain yang menunjukkan bahawa pergaduhan memang berlaku. SP4, sebagai saksi bebas, telah memberi keterangan 15 secara konsisten bahawa dia telah melihat OKS terlibat dalam pergelutan fizikal dengan SP2. SP3 juga telah mengakui terlibat dalam pergaduhan tersebut. Keterangan ini tidak digugat secara material semasa pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan. [51] Ketiga, hujahan bahawa OKS “tidaklah boleh dikatakan bergaduh 20 dengan dirinya sendiri” adalah satu simplifikasi yang tidak tepat terhadap fakta kes. Pertuduhan di bawah Seksyen 160 tidak mensyaratkan bahawa semua individu yang terlibat mesti dibicarakan bersama atau disabitkan secara serentak. Memadai jika dibuktikan bahawa OKS telah terlibat dalam suatu pergaduhan dengan sekurang-kurangnya seorang individu 25 lain untuk pertuduhan tersebut berdiri terhadap OKS. [52] Keempat, penerimaan pengakuan salah SP2 dan SP3 tidak menjejaskan kebolehterimaan atau kebolehpercayaan keterangan mereka sebagai saksi dalam kes terhadap OKS. Prosiding terhadap OKS adalah berdiri sendiri dan perlu diputuskan berdasarkan keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan ini terhadap OKS. 5 [53] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati hujahan pihak pembelaan bahawa kesalahan tersebut “non-existent” semata-mata kerana dua individu lain telah mengaku salah adalah tidak berasas, bersifat spekulatif dan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 10 [54] Mahkamah ini telah berpeluang melihat dan mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan semasa perbicaraan. Setelah menilai cara dan tingkah laku mereka ketika memberikan keterangan, Mahkamah mendapati bahawa saksi-saksi tersebut adalah saksi yang jujur dan boleh dipercayai. Mahkamah dengan ini menerima keterangan SP1, SP2, SP3, 15 SP4 dan SP5 sebagai saksi-saksi yang kredibel. Keterangan saksi-saksi pendakwaan ini adalah saling konsisten, tidak bercanggah secara material dan tidak tergugat dengan pemeriksaan balas oleh pembelaan. Maka, setelah Mahkamah mempertimbangkan segala keterangan yang telah disokong oleh ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak 20 pendakwaan, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen-elemen yang diperlukan dibawah seksyen 160 Kanun Keseksaan seterusnya satu kes prima facie terhadap OKS bagi pertuduhan ini telah berjaya dibuktikan. Dengan itu, OKS dipanggil untuk membela diri bagi pertuduhan tersebut. 25 KES PEMBELAAN [55] OKS telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi dan juga telah memanggil SD2 untuk memberikan keterangan. Keterangan OKS diberikan melalui Penyata Saksi dan juga melalui soalan tambahan lisan oleh peguambela. Secara ringkasnya 5 keterangan pihak pembelaan adalah sebagaimana yang berikut; i. Pada 11.05.2023 jam lebih kurang 12 tengah hari OKS berada di bengkel motorsikal milik SP4 untuk membaiki tayar motorsikal yang bocor. ii. Semasa melihat motorsikal dibaiki oleh pekerja, datang SP2 dan 10 telah mula bersembang dengan OKS. Semasa bersembang, SP3 secara tiba-tiba dari arah belakang dan telah hempuk kepala OKS dengan kuat menggunakan helmet putih. iii. OKS kemudiannya telah jatuh dan kemudiannya dipukul dan ditendang oleh SP2 dan SP3. OKS telah ditumbuk dengan kuat 15 dihidung dan diseluruh badan. SP3 telah sekali lagi menghempuk bahagian belakang kepala OKS. OKS jatuh sekali lagi dan kemudiannya sempat mengambil satu besi untuk mempertahankan dirinya namun telah dinasihatkan oleh SP4 suapaya meletakkan semula besi tersebut dan OKS telah 20 meletakkan semula besi. iv. Akibatnya OKS telah mengalami kecederaan bahagian lengan kiri, lutut, hidung dan bengkak dibahagian kepala saya. v. OKS menyatakan bahawa OKS tidak memulakan sebarang serangan terhadap SP2 dan SP3. OKS hanya mempertahankan 25 dirinya. vi. OKS menyatakan bahawa SP2 dan SP3 adalah kawannya sejak dari sekolah lagi dan tidak pernah terfikir bahawa mereka akan menyerangnya dan tidak tahu kenapa OKS diserang. vii. OKS menyatakan bahawa dia masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani bagi “Cervical 5 Spondylosis” akibat pukulan di bahagian kepalanya. Tangan OKS juga masih merasa kebas dan akan merasa sakit yang amat sangat pada masa-masa tertentu biasanya apabila waktu hujan sehingga perlu mengambil ubat tahan sakit yang diprekripsikan. OKS juga masih menjalani rawatan di Hospital Sultan Abdul 10 Halim dan selalu pergi ke Unit Fisioterapi dan Akupuntur. viii. SD2 mengesahkan bahawa telah menyediakan Laporan Perubatan P11 yang mengesahkan bahawa OKS mengalami kecederaan ‘minimal swelling at the occipital region’ dan ‘minimal abrasion wound over right knee’. 15 TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [56] Di akhir kes pembelaan, Mahkamah harus menimbangkan dan meneliti keseluruhan keterangan yang ada di depannya dan perlu memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKS. Sekiranya 20 Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, Mahkamah perlu merekodkan dapatan salah terhadap OKS dan mensabitkannya dengan pertuduhan tersebut. [57] Mahkamah dalam peringkat pembelaan ini dipimpin oleh duluan kehakiman mengikat sebagaimana kes Pendakwa Raya lwn Mohamad 25 Ashraf bin Ramlan [2022] MLJU 2992 dimana Mahkamah Tinggi telah menyatakan bahawa: “[59] Ini bermakna pada peringkat pembelaan Mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan pembelaan bagi memutuskan sama ada pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Ia seperti yang dinyatakan oleh Hakim Sufian di dalam kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 seperti berikut: 5 “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If 10 upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows: a) if you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt Convict. b) if you accept or believe the accused’s explanation Acquit. 15 c) if you do not accept or believe the accused’s explanation Do not convict but consider the next steps below. d) if you do not accept or believe the accused’s explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict. e) If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it 20 raises in your mind a reasonable doubt to his guilt Acquit.” [58] Bagi memenuhi tugas Mahkamah di akhir kes pembelaan, Mahkamah telah menilai keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan atas penilaian maksima dan mengujinya terhadap keterangan saksi pembelaan iaitu OKS sendiri dan SD2. Pada peringkat 25 ini, tugas Mahkamah adalah untuk meneliti sama ada keterangan pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah pada kes ini. [59] Pada peringkat ini, Mahkamah mengguna pakai prinsip yang dinyatakan dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311 di mana Mahkamah Agung memutuskan sebagaimana berikut: "To earn an acquittal, the Court may not be convinced of the truth of the defence 5 story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the Court to be convinced that the defence version is true, in which case the Court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the Court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the Court must not convict until it asks a 10 further question that even if the Court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless, raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of Judges rightly prefer to adopt straight away the legally established "reasonable doubt" test, rather than to delve in the "believable and convincing" 15 test before applying the "reasonable doubt" test." [60] Manakala di dalam kes Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617; [2017] 1 MLRA 169 apabila Yang Arif Hasan Lah menyatakan: "We are of the view that whenever a criminal case is decided on the basis of the truth of the prosecution case as against the falsity of the defence story, a 20 trial Judge must in accordance with the principle laid down in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82 go one step further before convicting the accused by giving due consideration as to why the defence story though could not be believed did not raise a reasonable doubt on the prosecution case. Thus, even though a Judge does not accept or believe the accused explanation, the 25 accused must not be convicted until the Court is satisfied for sufficient reason that such explanation does not cast a reasonable doubt on the prosecution case." [61] Berdasarkan kes-kes yang dinyatakan di atas, pada peringkat ini Mahkamah akan menilai segala keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi dan dibandingkan dengan dapatan fakta yang didapati dalam kes ini secara keseluruhan. Ini adalah kaedah yang dirujuk oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Sabaruddin bin Non v. PP [2005] 4 MLJ 5 37 . Yang Arif Gopal Sri Ram dalam kes tersebut dipetik sebagai berkata: "It is settled law that in the evaluating oral evidence, a trier of fact must take into account the whole of that witness' evidence and test it against the probabilities of the case and whether he had a motive to lie." 10 DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [62] Dengan menguna pakai semua prinsip undang-undang yang dinyatakan di atas, berikut adalah dapatan Mahkamah di akhir kes pembelaan; 15 WUJUD PERCANGGAHAN DALAM KETERANGAN OKS [63] OKS dalam pernyataan saksinya yang ditandakan sebagai PS SD1 pada soalan kedua, halaman kedua telah menyatakan bahawa semasa menunggu tayar motosikalnya, SP2 telah datang dan kemudiannya bersembang dengan OKS. Setelah beberapa minit bersembang OKS 20 menyatakan SP3 secara tiba-tiba datang dari arah belakang dan telah menghempuk kepala OKS dengan helmet putih. OKS kemudiannya jatuh dan telah dipukul, ditendang dan ditumbuk oleh SP2 dan SP3. Mengikut versi ini SP3 telah memulakan serangan terhadap OKS yang sedang bersembang dengan SP2. 25 [64] Namun dalam pernyataan saksi yang sama di halaman ke-5, jawapan bagi soalan ke-6 pula, OKS menyatakan bahawa sebenarnya SP2 datang dengan sebuah motosikal terus masuk ke bengkel motosikal tersebut dan menampar kepalanya. [65] Manakala, dalam pernyataan saksi yang sama di muka surat 6, 5 jawapan bagi soalan 7 pula OKS menyatakan bahawa SP2 mula-mula datang dan menamparnya dan kemudian SP3 datang dan memukul OKS dengan helmet. Mengikut versi ini pula, SP2 yang memulakan serangan dengan menampar OKS dan diikuti oleh SP3 yang memukulnya dengan helmet. 10 [66] Dalam hal ini, timbul percanggahan dalam kronologi penceritaan versi OKS yang menyukarkan mahkamah untuk mempercayai versi yang dinyatakan oleh OKS. Keterangan OKS adalah tidak konsisten dan berubah-ubah pada setiap perenggan yang dirujuk. Percanggahan ini adalah material dan menyentuh teras kronologi kejadian, justeru 15 menjejaskan kebolehpercayaan versi pembelaan. Apatah lagi keterangan versi OKS ini tidak disokong oleh mana-mana keterangan saksi lain yang dikatakan melihat kejadian. [67] Mahkamah merujuk kepada dapatan Mahkamah Rayuan dalam kes Ali Tan bin Abdullah v. PP [2013] 4 CLJ 757 apabila Mahkamah dalam 20 kes ini memutuskan seperti berikut: "Indeed, mere denial or presenting a bare story of innocence, such in the circumstances of the present case, cannot amount to reasonable doubts. The court's acceptance of explanation offered by an accused person must be based upon reason and common sense, and cannot be illogical or irrational. The 25 existence of reasonable doubt is dependent upon the totality of evidence and on as examination of all the evidence in a fair and reasonable manner and not in isolation." [68] Keterangan OKS ini adalah tidak munasabah dan gagal meyakinkan Mahkamah bahawa versi cerita OKS ini adalah versi kejadian yang benar-benar berlaku dan merupakan suatu penafian semata-mata yang tidak disokong oleh keterangan yang munasabah. 5 VERSI OKS TIDAK DISOKONG DOKUMEN PEMBELAAN [69] OKS menyatakan bahawa dia mengalami kecederaan akibat diserang oleh SP2 dan SP3 semasa kejadian. Pihak pembelaan cuba mengemukakan beberapa dokumen untuk menyokong versi OKS, namun kesemua dokumen tersebut gagal untuk dikemukakan sebagai Ekshibit 10 Pembelaan. Dokumen pembelaan kekal sebagai IDD 12,13,14 dan 15 sehinggalah kes pembelaan ditutup tanpa dikemukakan sebagai Ekshibit berdasarkan alasan sebagaimana berikut; i. IDD 12: Fakta Kes tidak ditandakan sebagai ekshibit kerana OKS bukanlah pihak yang mengemukakan, mengakui mahupun 15 dibacakan fakta kes tersebut terhadapnya, maka IDD12 tidak boleh ditandakan sebagai ekshibit melalui OKS. Malahan, Fakta Kes tersebut hanya ditandakan sebagai Ekshibit dalam kes terhadap SP2 dan SP3 kerana mereka telah mengaku salah setelah pertuduhan dibacakan terhadap mereka. 20 ii. IDD 13: peguam telah merujuk gambar OKS. Namun pihak pembelaan gagal untuk menerangkan dari mana asal usul gambar ini, diambil menggunakan apa, diambil oleh siapa, bagaimana gambar dicetak dan sama ada peralatan yang digunakan untuk mengambil gambar dalam keadaan baik atau tidak. Maka, IDD13 25 tidak ditandakan sebagai Ekshibit di dalam kes ini. iii. IDD14 A-H: peguam telah merujuk lambakan laporan perubatan namun tidak sekali pun menerangkan kepada Mahkamah kandungan di dalamnya. Pihak pembelaan juga gagal untuk memanggil saksi yang relevan untuk mengesahkan kandungan laporan perubatan tersebut. Maka IDD14 A-H kekal sebagai ID dan 5 tidak ditandakan sebagai Ekshibit. iv. IDD15: Peguam juga telah merujuk 14 muka surat yang mengandungi Nota-Nota Kehadiran OKS untuk rawatan di hospital dan klinik. Peguam sendiri memohon agar dokumen ini ditandakan sebagai IDD dan tiada soalan lanjut berkenaan Nota-nota kehadiran 10 ini yang kekal sebagai ID sehingga kes pembelaan ditutup. [70] Mahkamah mendapati bahawa kecederaan yang dialami OKS sebagaimana yang cuba dibuktikan oleh Pembelaan melalui IDD 13, IDD 14 dan IDD 15 sekiranya pun diterima, tidaklah menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan, malah menguatkan keterangan bahawa telah 15 berlaku pergaduhan fizikal antara OKS dengan SP2 dan SP3. Walaubagaimanapun, keterangan kecederaan yang dialami oleh OKS ini telah pun dikemukakan oleh pendakwaan melalui Ekshibit P11 dan juga Ekshibit P1(G,H,I,J,K) sewaktu kes pendakwaan. 20 PEMBELAAN OKS MEMPERTAHANKAN DIRI [71] Pembelaan utama OKS di dalam kes ini adalah OKS hanya mempertahankan diri. Namun setelah meneliti keterangan OKS Mahkamah mendapati kejanggalan sebagaimana yang berikut; PENYATA SAKSI OKS 25 “OKS 3 Tai Kwang Lee telah datang ke bengkel motosikal tersebut selepas lebih tiga (3) atau empat (4) minit selepas saya ditampar oleh OKS 1” “S: Rujuk soalan 7 ps ms 6 kamu,kamu cakap oks 1 datang tampar kamu dan lepas 3-4 minit baru oks3 datang.Sepanjang masa 3-4 minit tu apa kamu buat? 5 J: Selepas saya ditampar dan serangan dari belakang. S: Sebelum oks 3 datang dekat kamu, kamu cakap 3-4 minit? J: Kami bersembang. S: Lepas kamu kena tampar kamu sembang? J: kami sembang lepas tu ditampar.” 10 [72] OKS menyatakan didalam versinya bahawa dia telah ditampar oleh SP2 dan 3-4 minit kemudian barulah SP3 datang dan menghempuk kepalanya menggunakan helmet. Apabila ditanyakan apa yang berlaku dalam tempoh 3-4 minit tersebut, OKS hanya menjawab bahawa “kami 15 bersembang.” Keterangan ini adalah janggal dan tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini kerana secara logiknya setelah ditampar tanpa sebab semestinya OKS tidak akan lagi berada disitu untuk sekadar “bersembang” selama 3-4 minit di tempat kejadian. Malahan, OKS sepatutnya beredar atau mendapatkan bantuan dari orang awam 20 sekiranya benar telah ditampar bagi mengelakkan pergaduhan berlanjutan, namun OKS memilih untuk terus berada disitu sehinggalah SP3 kononnya hadir 3-4 minit kemudian. [73] Pembelaan mempertahankan diri terpakai dalam keadaan ancaman serta-merta dan tindak balas yang munasabah dan seimbang. Namun, 25 dalam kes ini Mahkamah mendapati bahawa keterangan OKS adalah tidak munasabah dan tidak membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang mana SP2 dan SP4 mengesahkan bahawa OKS yang mula menampar SP2 terlebih dahulu. Maka, tindakan OKS bukanlah suatu tindak balas defensif sebaliknya merupakan penyertaan aktif malahan pencetus kepada pergaduhan fizikal tersebut. 5 Maka, dalam keadaan ini pembelaan OKS ini tidak diterima oleh Mahkamah ini. KETERANGAN OKS MENYOKONG KES PENDAKWAAN [74] Setelah meneliti keterangan OKS, Mahkamah ini mendapati bahawa 10 keterangan OKS bukan sahaja tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, sebaliknya keterangan OKS telah menyokong kes sebagaimana yang telah terlebih dahulu dibuktikan oleh pihak pendakwaan sebagaimana yang berikut; i. OKS semasa pemeriksaan balas telah mengesahkan bahawa telah 15 berlaku pergaduhan antaranya dengan SP2 dan SP3 di tempat kejadian tersebut.. “S: Jadi,setuju ada berlaku pergaduhan antara kamu, tai kuang tee dan tai kuang lee? 20 J: Setuju. ….. S: Setuju kamu pun terlibat sama dengan pergaduhan dekat kedai motor milik qua kee aun dekat tikam batu? J: Setuju. “ 25 ii. OKS juga telah mengakui mengalami kecederaan akibat pergaduhan fizikal dengan SP2 dan SP3. iii. OKS juga mengesahkan bahawa tempat pergaduhan tersebut merupakan kawasan awam yang mana terdapat orang awam lalu lalang di kawasan tersebut 5 “S: Setuju Atas kedai motor ada kedai gunting rambut? J: Sebelah. Sebelah atas. S: Setuju dekat area ni ada kedai baiki telefon J: Ada Sebelah. 10 S: Setuju tempat motosikal ni merupakan tempat awam,ramai orang boleh datang? J: Ya.” [75] Maka, dalam hal ini Mahkamah mendapati bahawa keterangan OKS bukan sahaja gagal menimbulkan keraguan yang munasabah, malahan 15 sebaliknya telah mengukuhkan lagi kes yang telah dibuktikan oleh pendakwaan. [76] Oleh itu setelah menilai keseluruhan keterangan secara menyeluruh, Mahkamah mendapati bahawa pembelaan OKS gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Pihak 20 pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) terhadap OKS. Maka OKS didapati bersalah sebagaimana pertuduhan ke atasnya. FAKTOR PEMBERATAN DAN MITIGASI 25 [77] Pihak pembelaan dalam rayuan mitigasi telah menyatakan bahawa OKS bekerja sebagai seorang pesawah yang masih bujang dan masih menanggung kedua ibu dan bapanya dari hasil pendapatan tersebut. Pihak pembelaan memohon agar OKS dibebaskan dengan bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah kerana 5 ia merupakan kesalahan kali pertama OKS. Pihak pembelaan juga berhujah bahawa OKS adalah pihak yang mengalami kecederaan teruk semasa pergaduhan berlaku. OKS juga dinyatakan masih menerima rawatan akibat kecederaan teruk yang dialami semasa pergaduhan. [78] Pihak pendakwaan telah memohon satu hukuman yang deteren 10 sebagai pengajaran kepada OKS. Pihak pendakwaan juga memohon mahkamah untuk mempertimbangkan bahawa kes telah bermula sejak 2023 dan pihak pendakwaan telah memanggil 5 orang saksi yang mana SP2 dan SP3 telah dipanggil sebanyak 2 kali. Keadaan ini telah memakan masa dan kos Mahkamah dan semua pihak yang terlibat sehingga 15 akhirnya OKS didapati bersalah dan elemen-elemen kesalahan telah dibuktikan. HUKUMAN [79] Dalam menentukan hukuman yang sewajarnya terhadap OKS, 20 Mahkamah ini telah mempertimbangkan perkara sebagaimana yang berikut; i. Hukuman yang selaras dengan kepentingan awam ii. Keseriusan kesalahan iii. Kekerapan kes 25 HUKUMAN YANG SELARAS DENGAN KEPENTINGAN AWAM [80] Antara pertimbangan utama dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKS adalah kepentingan awam. Hukuman yang mencerminkan kepentingan awam adalah hukuman yang akan menghalang OKS dari mengulangi kesalahan yang sama, memberi pengajaran kepada OKS 5 untuk berubah dan sebagai amaran kepada masyarakat untuk tidak melakukan kesalahan yang serupa. Malahan, kepentingan awam ini juga perlu diberi pertimbangan melebihi kepentingan peribadi OKS. [81] Mahkamah ini dalam membuat pertimbangan juga telah merujuk penghakiman di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 yang 10 menyatakan; "One of the main considerations in assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hillbery J in Rex v. Kenneth John Bail as follows: In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by 15 certain consideration. The first and foremost is the Public Interest The criminal law is publicly enforced, not only the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, served the public interest in two ways. It may deter other who might be attend to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that of the 20 offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence might also be deter the particular criminal from committing crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served of the offender is induced from criminal ways to honest living. Our law does not therefore, fix a sentence 25 from a particular crime, but fix a maximum sentence and leave to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe." [82] Dalam mempertimbangkan hukuman yang selaras dengan kepentingan awam, Mahkamah ini telah menilai dasar serta polisi awam yang menata selia kepentingan masyarakat awam. Dasar dan polisi 5 awam mengkehendaki ketenteraman awam untuk dihormati dan sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam perlu dicegah. Tindakan OKS yang terlibat dalam pergaduhan gempar bersama SP2 dan SP3 adalah perbuatan yang perlu dikekang dan hukuman yang sewajarnya adalah perlu untuk menjaga kepentingan awam ini. 10 KESERIUSAN KESALAHAN [83] Mahkamah ini juga berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan mengikut kepada tahap serius sesuatu kesalahan tersebut. Ini adalah prinsip yang didukung dalam kes PP v. Chong Tze Jun [2023] CLJU 810; [2023] 1 LNS 810 15 dimana Yang Arif Hakim dalam kes ini menyatakan hukuman sewajarnya dijatuhkan setimpal dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan OKS. [84] Dalam menjatuhkan hukuman Mahkamah ini juga telah mengambil kira bahawa OKS telah memilih untuk dibicarakan sepenuhnya yang mana prosiding telah bermula sejak tahun 2023 sehingga tahun 2025. 20 Oleh itu, faktor pengakuan salah awal yang lazimnya dipertimbangkan sebagai faktor mitigasi tidak terpakai dalam kes ini. Mahkamah juga mengambilkira bahawa ini merupakan kesalahan pertama OKS, namun sifat kesalahan yang melibatkan pergaduhan fizikal di tempat awam menuntut suatu hukuman yang bersifat pencegahan umum demi 25 kepentingan masyarakat. KEKERAPAN KES [85] Mahkamah ini juga mengambil kira kekerapan kes melibatkan gaduh gempar yang berlaku di tempat awam yang seringkali dituduh di hadapan Mahkamah ini dan juga yang dilaporkan oleh media. Mahkamah mengambilkira bahawa kesalahan ini melibatkan gangguan terhadap 5 ketenteraman awam di kawasan yang boleh diakses oleh orang ramai. Pergaduhan fizikal di tempat awam tidak boleh dipandang ringan kerana ia berpotensi mencetuskan ketakutan dalam kalangan masyarakat. Maka, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini untuk melindungi masyarakat awam daripada berulangnya semula kejadian sebegini 10 dengan suatu hukuman yang deteren. [86] Mahkamah ini sedar akan tugasnya dalam memimpin pendapat umum (public opinion) dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, sebarang hukuman yang dijatuhkan perlulah didasarkan kepada ingatan bahawa hukuman tersebut akan mencorakkan dan mempengaruhi pendapat 15 umum dalam sesuatu perkara. Hal ini bersandar kepada penghakiman di dalam kes R V. SARGEANT [1974] 60 Cr App R yang menyatakan bahawa; “... it is that society, through the courts, must show its abhorrence of particular types of crime, and the only way in which the courts can show this 20 is by the sentences they pass. The courts do not have to reflect public opinion. On the other hand, courts must not disregard it. Perhaps the main duty of the court is to lead public opinion.” [87] Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini untuk memimpin pendapat umum dan menghantar satu signal moral bahawa 25 kesalahan gaduh gempar yang menggugat ketenteraman awam adalah satu kesalahan serius yang perlu menerima hukuman yang setimpal. Maka setelah membuat pertimbangan sebagaimana yang telah dinyatakan, Mahkamah ini percaya bahawa hukuman denda maksimum RM1,000.00 jika gagal bayar 2 bulan pemenjaraan adalah selaras dengan peruntukan hukuman di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan serta setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh OKS. Bertarikh: 19 Februari 2026 5 [MOHAMAD AZLAN BIN BASRI]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.