Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BHARU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA KES NO.: JA-62-ES-3-05/2024 ANTARA PENDAKWARAYA DAN TAN BAK LIM@TAN BAK LENG (NO KP: 461225-01-5265)
JA-62ES-3-05/2024
Sessions Court of Malaysia11 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] MLJ 253”. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [7] Maka adalah jelas bahawa Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan kes prima facie bagi se”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BHARU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA KES NO.: JA-62-ES-3-05/2024 ANTARA PENDAKWARAYA DAN TAN BAK LIM@TAN BAK LENG (NO KP: 461225-01-5265)
1
Ini adalah rayuan yang difailkan oleh Pihak Pendakwaan terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah pada 11.4.2025 yang telah memutuskan bahawa Pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie kes dan kesemua OKT 1 dan OKT 2 dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan. Pihak Pendakwaan telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 24.4.2025 yang merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut.
2
Kedua-dua OKT 1 dan 2 (selepas ini dirujuk sebagai OKT-OKT) telah dituduh di Mahkamah dengan pertuduhan pindaan seperti berikut: Pertuduhan Pindaan Pertama “Bahawa kamu bersama-sama pada 12 Julai 2018, jam lebih kurang 6.00 petang, di premis kediaman di alamat No.1, jalan Keembong 4, Taman Johor Jaya, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor telah didapati menyimpan tiga puluh dua (32) bahagian Harimau Belang (Panthera tigris) yang merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tanpa permit khas. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 68(1)(b) dan boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 68(2)(c) Akta yang sama dan dibaca Bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574). Hukuman: Denda tidak kurang daripada RM100,000.00 dan tidak lebih daripada RM500,000.00 dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun. Pertuduhan Pindaan Kedua “Bahawa kamu bersama-sama pada 12 Julai 2018, jam lebih kurang 6.00 petang, di premis kediaman di alamat No.1, jalan Keembong 4, Taman Johor Jaya, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor telah didapati menyimpan satu (1) bahagian Beruang Matahari (Helarctos malayanus) yang merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tanpa permit khas. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 68(1)(b) dan boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 68(1) Akta yang sama dan dibaca Bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574). Hukuman: Denda tidak lebih RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Pertuduhan Pindaan Ketiga “Bahawa kamu bersama-sama pada 12 Julai 2018, jam lebih kurang 6.00 petang, di premis kediaman di alamat No.1, jalan Keembong 4, Taman Johor Jaya, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor telah didapati menyimpan satu (1) bahagian Babi Bodoh (Sus barbatus) yang merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tanpa permit khas. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 68(1)(b) dan boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 68(1) Akta yang sama dan dibaca Bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574). Hukuman: Denda tidak lebih RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
3
OKT-OKT tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan selanjutnya kes ini telah dibicarakan yang mana di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah mendapati Pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie kes dan OKT-OKT telah diperintahkan untuk dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.
4
Pada peringkat kes pendakwaan, beban dan tahap pembuktian yang perlu dikemukakan oleh pendakwaan adalah kes “prima facie” sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 173(h)(i) dan (iii) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) iaitu; “Section 173
h
(h)
i
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
II
(ii)..
III
(iii) For the purpose for subparagraph (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [5] Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301, telah dinyatakan bahawa: “The test at the close of the prosecution case would be; Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.” [6] Di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, telah dinyatakan bahawa: “(i) at the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: if I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me?If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been madeoutThe test at the close of the prosecution case would be; Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answers is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] MLJ 253”. [7] Maka adalah jelas bahawa Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan kes prima facie bagi setiap elemen pertuduhan terhadap OKT-OKT. Berdasarkan garis panduan yang dinyatakan ini, Mahkamah mempertimbangkan kes pendakwaan yang dikemukakan seperti berikut: FAKTA RINGKAS KES [8] Pihak Pendakwaan telah memanggil 7 orang saksi Pendakwaan dan keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah dirumuskan seperti berikut. Pada 12.7.2018, Khairul Nizam bin Yahaya (SP2) yang merupakan Pengadu dalam kes ini telah memberi keterangan bahawa beliau bersama-sama PP Mohd Hafiz bin Yekali (SP1) dan 3 orang pegawai Polis bernama ACP Rosman bin Kasman (SP3), DSP Davidson a/l Tanggapan dan SI Shahrizan bin Ramli jam lebih kurang 6.00 petang telah pergi ke sebuah kediaman beralamat No.1, jalan Keembong 24, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor (premis tempat kejadian). Setibanya di sana, SP2 mendapati terdapat 4 orang lelaki cina berada di porch letak kenderaan yang kemudiannya dicamkan sebagai OKT-OKT bersama-sama dengan Lee Chee Seng (SP5) dan Koo Tiang Hann (SP6). [9] SP2 dan pasukan serbuan seterusnya telah membuat pemeriksaan di dalam premis tempat kejadian tersebut iaitu di rak kawasan ruang tamu, ruang dapur dan tandas di tingkat bawah serta ruang legar di tingkat atas telah menjumpai beberapa bungkusan serta beg plastik yang mengandungi bahagian-bahagian yang dsyaki hidupan liar. Turut berada di dalam rumah tersebut sewaktu serbuan dan pemeriksaan oleh SP2 dan pasukannya adalah seorang pembantu rumah warganegara Indonesia yang bernama Rina Cahayati (No Passport : B8979136). [10] Kedua-dua OKT bersama-sama SP5 dan SP6 telah ditangkap dan barang-barang kes telah dirampas. Sebahagian daripada bahagian-bahagian yang disyaki hidupan lar tersebut telah dihantar ke Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan bagi tujuan analisa DNAA oleh Mohammad Abu Huzaifah bin Abu Samah (SP7) yang merupakan seoarang pegawai penyiasat kes ini. Seterusnya, Milawati binti Ghani (SP4) yang merupakan seorang Pakar Pengecaman DNA telah memberi keterangan dan mengeluarkan satu laporan analisis ujian DNA seperti di eksibit P18 yang mengesahkan bahawa barang-barang kes yang dipertuduhkan dalam kes ini adalah mempunyai DNA Beruang Matahari (Helarctos malayanuis), Harimau Belang (Panthera Tigris) dan Babi Bodoh (Sus barbatus) DAPATAN MAHKAMAH DI PERINGKAT KES PENDAKWAAN [11] Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan dan dikenakan ke atas OKT-OKT, elemen pembuktian kesalahan di bawah seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) bagi ketiga-tiga pertuduhan ini adalah seperti berikut:
1
OKT-OKT menyimpan bahagian Harimau Belang (Panthera tigris), bahagian Beruang Matahari (Helarctos malayanus), dan bahagian Babi Bodoh (Sus barbatus) pada masa dan tempat sepertimana pertuduhan ;
2
Bahagian Harimau Belang (Panthera tigris), bahagian Beruang Matahari (Helarctos malayanus), dan bahagian Babi Bodoh (Sus barbatus) tersebut merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716);
3
OKT-OKT menyimpan bahagian hidupan liar tersebut tanpa suatu permit khas; dan
4
Niat bersama antara OKT-OKT untuk melakukan kesalahan tersebut. [12] Mahkamah mendapati bahawa Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan kesemua 4 elemen pertuduhan di atas sebelum Mahkamah memutuskan samada suatu prima facie telah dibuktikan terhadap OKT-OKT dan seterusnya dipanggil untuk membela diri. Mahkamah akan membuat penelitian dan dapatan kepada kesemua elemen pertuduhan tersebut dan akan memulakan dengan elemen pertama dan kedua pertuduhan terlebih dahulu sebelum memutuskan elemen ketiga dan keempat pertuduhan. ELEMEN PERTAMA: OKT-OKT MENYIMPAN BAHAGIAN HARIMAU BELANG (PANTHERA TIGRIS), BAHAGIAN BERUANG MATAHARI (HELARCTOS MALAYANUS) DAN BAHAGIAN BABI BODOH (SUS BARBATUS) PADA MASA DAN TEMPAT SEPERTIMANA PERTUDUHAN [13] Bagi elemen pertama ini, Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT-OKT telah menyimpan bahagian Harimau Belang (Panthera tigris), Beruang Matahari (Helarctos malayanus) dan Babi Bodoh (Sus barbatus) pada masa dan tempat sepertimana pertuduhan. [14] Sebelum Mahkamah memutuskan samada kesalahan menyimpan bahagian hidupan liar tersebut telah dibuktikan dan dilakukan oleh OKT-OKT dalam kes ini, Mahkamah akan terlebih dahulu meneliti apakah maksud kesalahan perbuatan menyimpan di bawah seksyen 68(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada Akta Pemuliharaan Hidpuan Liar 2010 dan mendapati bahawa perkataan kesalahan menyimpan adalah tidak ditakrifkan di bawah akta tersebut. [15] Seterusnya, Mahkamah telah merujuk kepada beberapa kes dahuluan yang juga dirujuk oleh Pihak Pendakwaan dan Pembelaan dalam kes ini yang telah memberi tafsiran perbuatan menyimpan di bawah seksyen 68(1) Akta 716 tersebut dimana di dalam kes Azmi Ismail & Satu Lagi v PP [2018] 8 CLJ 477, YA Hakim Mahkamah Tinggi telah memberi tafsiran terhadap perbuatan menyimpan dalam konteks kesalahan di bawah Akta 716 tersebut seperti berikut: “[27] Berkaitan dengan isu (ii) Mahkamah berpendapat penghujahan peguam juga tidak bermerit. Seksyen 68 Akta 716 mengguakan perkataan menyimpan dan bukan kawalan atau jagaan atau pemilikan. Di bawah Akta 716 tidak ada definisi menyimpan. Oleh itu, Mahkamah telah merujuk maksud perkataan menyimpan di dalam Kamus Dewan. [28] Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat memberi makna menyimpan sebagai;
1
Menaruh di tempat yang selamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll);2. Menghimpun (wang), menabung; 3. Mengemas-ngemas supaya teratur;
4
Tidak membuang, membiarkan, mengekalkan;
5
Memendam perasaan;6. Memegang rahsia;
7
Menaruh secara rahsia; 8. Memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin; 9. Mengandungi; 10. Membuat peringatan atau catatan, merekodkan. [29] Dalam kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan menyimpan bermaksud: Definisi 1. Menaruh sesauu di tempat yang selamat supaya tidak hilang; 2. Mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula; 3. Memegang (rahsia dsb) teguh-teguh; [30] Oleh itu Mahkamah berpendapat dalam konteks kes ini perkataan menyimpan dalam kedua-dua pertuduhan adalah merujuk kepada menaruh di tempat yang selamat (supaya tidak rosak, tidak hilang dan lain-lain).” [16] Mahkamah seterusnya merujuk kepada kes PP v. Yusoff bin Yeop Ahmad [2018] 1 LNS 1960, YA Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa isu menyimpan dan pengurusan ke atas premis adalah berkait rapat sepertimana berikut: “[48] Mahkamah ini mendapati bahawa tiada secebis pun keterangan langsung (direct evidence) yang menunjukkan Responden mengurung kucing batu, burung punai tanah dan kera di dalam sangkar dan menambat beruk yang disita itu di pokok berdekatan sangkar. Apa yang TPR mahu Mahkamah lakukan ialah membuat inferens bahawa sebagai orang yang bertanggung jawab ke atas premis itu, Responden boleh disifatkan telah menyimpan hidupan liar yang disita itu. Kerana itu Mahkamah ini berpendapat isumenyimpan dan pengurusan ke atas premis itu berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. [49] Apa yang jelas, Responden bukan orang tunggal yang menguruskan premis itu. Dia Bersama-sama dengan SP1 mengusahakan Restoren Banun Rimba. Mereka turut dibantu oleh pekerja, khususnya Wan Tai. Restoran Banun Rimba didaftar perniagaan di atas nama SP1. Menurut SP1, Responden banyak membuat urusan di luar, seperti keluar membeli barangan. Pastinya yang banyak menghabiskan masa di premis itu ialah SP1 bersama pekerja-pekerja. Oleh itu tidak boleh dikatakan Responden adalah pemilik ekslusif premis itu. Di bawah Akta itu, tiada sebarang anggapan bahawa pemilik premis dianggap menyimpan hidpuan liar yang dijumpai disitu.” [17] Berdasarkan prinsip undang-undang yang telah diputuskan seperti di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa kesalahan menyimpan dalam konteks Akta 716 adalah merujuk kepada perbuatan menaruh di tempat yang selamat) supaya tidak rosak, tidak hilang dan lain lain). Dalam membuktikan perbuatan menyimpan sepertimana tafsiran tersebut, Mahkamah ini juga mendapati bahawa tiada peruntukkan anggapan dibawah Akta 716 yang menetapkan bahawa pemilik premis dianggap menyimpan hidupan liar yang dijumpai disitu. Oleh itu, dalam ketiadaan peruntukkan anggapan tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa pembuktian bagi kesalahan menyimpan di bawah Akta 716 adalah memerlukan satu pembuktian yang lebih khusus dan jelas dengan keterangan langsung serta keterangan sokongan termasuklah keterangan setempat, keterangan dokumentar dan keterangan-keterangan yang lain. [18] Berdasarkan keterangan SP1, SP2 dan SP3, sebaik tiba di premis, SP2 mendapati bahawa pintu pagar tdak berkunci dan beliau terus masuk ke premis kediaman terserbut dan melihat ada 4 orang lelaki Cina termasuk OKT-OKT berada di porch letak kenderaan bahagian luar rumah tersebut. SP1 dan SP2 seterusnya telah membuat pemeriksaan di dalam rumah tersebut dengan dipandu arah oleh OKT 1 di tingkat bawah dan juga seorang wanita warganegara Indonesia bernama Rina Cahayati dipercayai seorang pembantu rumah di tingkat atas dan telah menjumpai barang-barang disyaki bahagian hidupan liar di rak kawasan ruang tamu, ruang dapur dan tandas dan juga di tingkat atas. SP2 seterusnya menahan OKT-OKT dan membuat laporan polis di IPD Seri Alam seperti Laporan Polis Johor Jaya 006145/18 yang ditanda sebagai eksibit P9. SP2 juga telah menyita barang-barang yang disyaki hidupan liar seperti borang sitaan yang ditanda sebagai eksibit P8. [19] Pihak Pembelaan telah membangkitkan beberapa isu kepada perbuatan menyimpan bahagian hidupan liar tersebut. Pihak Pembelaan telah menghujahkan bahawa kesemua bahagian hidupan liar tersebut tidak dirampas daripada milikan fizikal kedua-dua OKT. Pihak pendakwaan juga telah gagal untuk membuktikan “care or management” oleh OKT-OKT terhadap rumah tempat kejadian dimana tiada sebarang rampasan kunci rumah kejadian tersebut daripada mana-mana OKT serta tiada rampasan sebarang dokumen, palaian atau barang-barang peribadi milik mana-mana OKT daripada rumah tersebut yang menunjukkan bahawa OKT ada nexus dengan kesalahan menyimpan bahagian hidupan liar di rumah tersebut. [20] Selanjutnya Pihak Pembelaan telah menbangkitkan bahawa Pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan “mens rea” kedua-dua OKT bagi perbuatan menyimpan bahagian-bahagian hidpuan liar tersebut. Berdasarkan keterangan, OKT-OKT secara “conduct” tidak menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengetahuan terhadap bahagian-bahagian hidupan liar yang ditemui di premis tersebut. OKT-OKT telah memberi kerjasama yang baik semasa serbuan dijalankan dan tiada percubaan untuk melarikan diri semasa serbuan dibuat dan perlakuan OKT-OKT tersebut adalah relevan dan satu inferen tidak bersalah harus dibuat. [21] Pihak Pembelaan juga telah menghujahkan bahawa terdapat kemungkinan pembantu rumah warganegara Indonesia yang bernama Rina Cahayati yang menyimpan bahagian-bahagian hidpuan liar tersebut di dalam rumah tempat kejadian dan kegagalan untuk memanggil Rina Cahayati tersebut sebagai saksi pendakwaan telah gagal menyangkal kemungkinan beliaulah yang menyimpannya dan anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai. [22] Dalam membuktikan perbuatan menyimpan bahagian hidupan liar oleh OKT-OKT kes ini, Pihak Pendakwaan telah bergantung kepada keterangan lisan SP1, SP2 dan SP3 dan juga keterangan-keterangan dokumentar yang ada. Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa OKT-OKT mempunyai kawalan terhadap premis memandangkan OKT-OKT berada di premis berkenaan semasa pemeriksaan dijalankan di alamat No.1, Jalan Keembong 24, taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor. Keterangan SP2 telah disokong oleh keterangan SP1 dan SP3 dan juga keterangan dokumentar yang lain iaitu borang senarai benda yang disita di eksibit P8, laporan polis Johor Jaya 6145/18 di eksibit P9, gambar-gambar premis di eksibit P4, pelan lakar lokasi premis di eksibit P1(a-b) dan P2 serta pengesahan pemilikan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru di eksibit P25 (a-b). [23] Mahkamah telah meneliti kesemua keterangan yang ada secara menyeluruh dan maksimum dan mendapati bahawa Pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen ini iaitu bahawa OKT-OKT adalah orang yang menyimpan atau menaruh di tempat yang selamat bahagian-bahagian hidupan liar yang dijumpai di premis tersebut. Seperti yang diputuskan di dalam kes PP v. Yusoff bin Yeop Ahmad [2018] 1 LNS 1960, tiada sebarang peruntukkan anggapan di bawah Akta 716 yang menyatakan bahawa mana-mana pemilik rumah tempat kejadian dianggap sebagai menyimpan bahagian hidupan liar yang dijumpai di rumah tersebut. Maka, Mahkamah ini berpendapat pembuktian pemilikan premis semata-mata bukanlah satu keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kesalahan perbuatan menyimpan bahagian hidupan liar tersebut. OKT-OKT juga perlu dibuktikan bahawa mempunyai kawalan dan pengurusan kepada premis di mana bahagian hidupan liar tersebut dijumpai dan oleh itu isu menyimpan dan pengurusan ke atas premis tersebut adalah berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. [24] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Pihak Pendakwaan telah bergantung kepada keterangan lisan SP1, SP2 dan SP3 serta keterangan dokumentar pengesahan pemilikan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru di eksibit P25 (a-b) untuk menunjukkan bahawa OKT-OKT adalah pemilik kepada premis yang melakukan perbuatan menyimpan bahagian hidupan liar tersebut. Mahkamah juga mendapati bahawa Pihak Pembelaan telah memberi cabaran kepada isu ini dengan mengemukakan pembelaan bahawa OKT-OKT tidak tinggal di rumah tersebut sebaliknya tinggal di rumah lain di rumah No. 54, Jalan Bakawali yang berdekatan dengan premis kejadian di alamat. Keterangan Lee Chee Seng (SP5), lelaki Cina yang ada bersama semasa serbuan telah mengesahkan semasa pemeriksaan balas bahawa OKT-OKT ini mempunyai 2 rumah di kawasan tersebut iaitu di rumah premis kejadian dan bersetuju pada tahun 2018, OKT-OKT tinggal di rumah No. 54, Jalan Bakawali. SP5 juga memaklumkan bahawa beliau pernah ke rumah OKT-OKT di No. 54, Jalan Bakawali untuk minum kopi. SP5 juga memaklumkan bahawa beliaujarang pergi ke rumah premis kejadian di No.1, jalan Keembong 24 dan hanya pergi ke sana untuk sembahyang kerana rumah tersebut mempunyai banyak patung. [25] Dalam keadaan di mana ada keterangan yang menunjukkan bahawa OKT-OKT juga tinggal di rumah yang lain, Mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa selain memiliki rumah premis kejadian, OKT-OKT juga mempunyai pemilikan ekslusif dengan “care or management” terhadap rumah premis kejadian tersebut. Mahkamah mendapati pengesahan pemilikan premis di eksibit P25 (a-b) dan fakta kehadiran OKT-OKT semata-mata di tempat kejadian adalah tidak mencukupi untuk membuktikan perbuatan menyimpan bahagian hidupan liar, lebih lebih lagi dalam keadaan di mana tiada rampasan milikan secara fizikal daripada kedua – dua OKT dan semasa tangkapan juga kedua-dua OKT berada di bahagian luar rumah tersebut iaitu di porch kereta. Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang rampasan dokumen, pakaian atau barang-barang peribadi milik mana-mana OKT daripada rumah tersebut untuk menunjukkan bahawa OKT-OKT sememangnya tinggal di rumah premis kejadian serta mempunyai kawalan dan pengurusan terhadap rumah tersebut. Kegagalan untuk mengemukakan keterangan ini telah menyebabkan Pihak Pendakwaan telah gagal untuk menyingkirkan keraguan yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan samada OKT-OKT telah tinggal dan menyimpan bahagaian hidupan liar yang dijumpai di premis tersebut atau sebaliknya OKT-OKT tinggal di rumah lain yang berhampiran iaitu No. 54, Jalan Bakawali. Perlu diingat bahawa pemilikan fizikal semata-mata adalah tidak membuktikan pemilikan ekslusif kepada rumah tempat kejadian. Pihak Pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai kawalan dan pengurusan kepada rumah tersebut untuk mengaitkan OKT dengan perbuatan menyimpan bahagian hidupan liar yang dijumpai. Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Koo Wing Cheung v. PP [2014] 1 CLJ 46 yang memutuskan seperti berikut: “..No keys to the said house were recovered from either of the applelants. In this regard, mere presence in one of the fourrooms of the house without more did not show that both the appellants had or appeared to have the care or management of the house and the presumption that they were occupier could not be raised” [26] Selain itu, Mahkamah juga mendapati bahawa pihak pembelaan telah membuat cabaran pembelaan dan membangkitkan terhadap kemungkinan bahawa pembantu rumah warganegara Indonesia yang bernama Rina Cahayati telah menyimpan bahagian-bahagian hidupan liar di dalam rumah premis kejadian. Perkara ini telah ditanya kepada Mohamad Abu Huzaidah bin Abu Samah (SP7), pegawai penyiasat kes semasa pemeriksaan balas dan SP7 telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Dalam keadaan ini, Mahkamah berpendapat bahawa saksi Rina Cahayati adalah saksi yang penting dan material untuk membuktikan kes malangnya saksi ini tidak berjaya dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Pihak Pendakwaan semasa perbicaraan telah cuba untuk menggunakan peruntukkan seksyen 32(1)(I) Akta Keterangan 1950 untuk mengemukakan rakaman percakapan saksi Rina Cahayati di eksibit ID27 dan ID28 kerana saksi ini tidak dapat ditemui. Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan carian di Jabatan Imigrisen di eksibit P12 dan P13 yang merekodkan keluar saksi dari Malaysia. [27] Mahkamah telah bersetuju dengan hujahan Pihak Pembelaan dan mendapati bahawa Pihak Pendakwaan telah gagal untuk memenuhi pra syarat yang ditetapkan di bawah seksyen 32(1)(I) Akta Keterangan
1950
Mahkamah berpendapat bahawa Pihak Pendakwaan telah gagal menjalankan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dan munasabah untuk menjejaki saksi Rina Cahayati. SP7 hanya bergantung kepada eksibit P12 dan P13 dan Mahkamah mendapati bahawa eksibit P12 tersebut hanya menunjukkan rekod keluar saksi ini pada 27.1.2018 iaitu sebelum kejadian kes ini pada 12.7.2018. Manakala eksibit P13 pula hanya menunjukkan bahawa tiada rekod pas di bahagian visa, pas dan permit Johor Bahru. Mahkamah berpendapat kedua-kedua eksibit P12 dan P13 tidak menunjukkan keberadaan saksi ini sebelum perbicaraan bermula. Sebaliknya, SP7 juga ada mengakui bahawa ada berjumpa dengan saksi ini pada tahun 2019 dan bersetuju bahawa ada kemugkinan saksi ini masih berada di Malaysia. Selain itu, Mahkamah juga mendapati bahawa SP7 telah gagal mengambil usaha yang bersungguh-sungguh dan munasabah untuk mengesan saksi penting ini dan tiada usaha lain dibuat termasuk mendapatkan maklumat dari Kedutaan/Konsulat Republik Indonesia berkenaan maklumat keberadaan saksi ini dan kegagalan untuk mendapatkan perintah untuk satu bon kehadiran di bawah seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah untuk menjamin kehadirannya semasa perbicaraan. Atas alasan-alasan tersebut, Mahkamah mendapati bahawa Pihak Pendakwaan telah gagal memenuhi pra syarat seksyen 32(1)(I) Akta Keterangan 1950 dan mendapati bahawa saksi Rina Cahayati bukanlah tergolong dalam kategori saksi yang tidak dapat ditemui dan Mahkamah telah menolak penerimaan masuk rakaman percakapan Rina Cahayati di eksibit ID27 dan 28 untuk menjadi sebahagian keterangan Pihak Pendakwaan. Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada kes Sim Tew Bee v PP [1973] 2 MLJ 200, [1973] 1 LNS 138 yang memutuskan: “….It is necessary that provision should be made for exceptional cases wwhere it is impossible for the witness to be before the court, and it is only by a statutory provision that this can be achieved. But the court must be careful to see that the conditions on which the statute permits previous evidence given by the witness to be read are strictly proved. In a civil case a party can if he chooses waive the proof, but in a criminal case strict proof ougt to be given that the witness is incapable of giving evidence.” Mahkamah juga telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Amuthavalli Andiappan v. PP [2019] 1 LNS 1098 yang memutuskan: “….Where no diligent search and reasonable exertion were made to procure the witnesses, the court could not come to a finding that the witnesses could not be admitted under the section. Mere ignorance of the whereabouts of the witness is not sufficient to invoke this section.” [28] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa Pihak Pendakwaan telah gagal memanggil saksi penting yang bernama Rina Cahayati yang merupakan seorang pembantu rumah yang tinggal dirumah yang ada semasa serbuan dibuat. Kegagalan tersebut telah menyebabkan Pihak Pendakwaan gagal menyingkirkan keraguan yang telah ditimbulkan oleh pihak pembelaan dalam kes ini mengenai pemilikan ekslusif rumah dan siapakah yang melakukan perbuatan menyimpan bahagian-bahagian hidupaan liar yang dijumpai di rumah premis kejadian tersebut dan dalam keadaan ini anggapan bertentangan dibawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai dan segala faedah keraguan yang timbul haruslah diberikan kepada OKT-OKT. [29] Oleh itu, pada hemah Mahkamah, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati Pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen pertama pertuduhan bahawa OKT-OKT telah menyimpan menyimpan bahagian Harimau Belang (Panthera tigris), Beruang Matahari (Helarctos malayanus) dan Babi Bodoh (Sus barbatus) pada masa dan tempat sepertimana pertuduhan. ELEMEN KEDUA: BAHAGIAN HARIMAU BELANG (PANTHERA TIGRIS), BAHAGIAN BERUANG MATAHARI (HELARCTOS MALAYANUS), DAN BAHAGIAN BABI BODOH (SUS BARBATUS) TERSEBUT MERUPAKAN HIDUPAN LIAR YANG DILINDUNGI SEPENUHNYA DI BAWAH AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010 (AKTA 716); [30] Bagi elemen ini, Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa bahagian Harimau Belang (Panthera tigris), bahagian Beruang Matahari (Helarctos malayanus), dan bahagian Babi Bodoh (Sus barbatus) yang dijumpai di premis tempat kejadian tersebut merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716); [31] Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP1, SP2 dan SP3 yang merupakan pasukan serbuan pada masa itu telah melakukan pemeriksaan ke atas premis tempat kejadian dan menjumpai bahagian-bahagian yang disyaki hidupan liar seperti di eksibit P6, P7 dan P10. Barang-barang yang disita seperti dalam senarai borang barang yang disita di eksibit P8, seterusnya diserahkan kepada SP7, Pegawai penyiasat kes. SP7 dan telah mengambil gambar kesemua barang kes tersebut seperti di eksibit P15 (1-65) dan seterusnya menyerahkan sebahagian sampel barang yang disita kepada SP4 untuk dibuat analisa DNA. [32] SP4 merupakan seorang Pakar Analisa DNA yang diktiraf oleh Jabatan PERHILITAN dan mempunyai sijil pelantikan sebagai pakar daripada Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan seperti di eksibit P16. SP4 telah mengeluarkan satu laporan analisis ujian DNA seperti di eksibit P18 dan memberi keterangan mengesahkan bahawa sampel-sampel yang dihantar oleh SP7 tersebut antaranya mengandungi (1) sampel mengandungi DNA Beruang Matahari (Helarctos malayanus), (32) sampel mengandungi Harimau Belang (Panthera tigris) dan 1 sampel mengandungi DNA Babi Bodoh (Sus barbatus). [33] Mahkamah juga mendapati bahawa Pihak Pembelaan tidak mempertikaikan dan mencabar keterangan dan juga kredibiliti SP4 dan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta 716, spesies Harimau Belang (Panthera tigris), Beruang Matahari (Helarctos malayanus) dan Babi Bodoh (Sus barbatus) adalah hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta yang sama. Oleh itu, pada hemah Mahkamah, berdasarkan keterangan SP1, SP2, SP3 dan SP4 dan eksibit P6, P7, P8, P15 (1-65), P16 dan P18 di atas, adalah tidak menjadi pertikaian bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen kedua pertuduhan tersebut. ELEMEN KETIGA: OKT-OKT MENYIMPAN BAHAGIAN HIDUPAN LIAR TERSEBUT TANPA SUATU PERMIT KHAS. [34] Bagi elemen ketiga ini, Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT-OKT telah menyimpan bahagian Harimau Belang (Panthera tigris), Beruang Matahari (Helarctos malayanus) dan Babi Bodoh (Sus barbatus) tersebut tanpa mempunyai suatu permit khas untuk menyimpannya. [35] Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada seksyen 11(a) Akta 716 yang memperuntukkan mengenai keperluan mempunyai lesen dan permit khas bagi menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya seperti berikut: “Kehendak Permit Khas
11
Tertakluk kepada peruntukkan Akta ini, tiada seorang pun boleh-
a
Memburu atau menyimpan mana-mana hidupuan liar yang dilindungi sepenuhnya atau mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya; melainkan jika dia memegang suatu permit khas yang diberikan di bawah Akta ini” [36] Semasa serbuan dibuat, SP2 telah memberi keterangan bahawa beliau telah memeriksa dan bertanya kepada OKT-OKT berhubung dokumen atau lesen bagi menyimpan bahagian hidupan liar yang ditemui di premis tempat kejadian namun OKT-OKT telah gagal mengemukakan apa-apa dokumen kebenaran untuk menyimpan seperti yang diminta. [37] SP7 pula telah menyatakan bahawa hasil siasatan mendapati tiada apa-apa bukti atau rekod yang menunjukkan bahawa OKT memiliki permit khas untuk menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya seperti kehendak seksyen 11(a) Akta 716. Perkara ini juga telah tidak dicabar oleh Pihak Pembelaan dan sepanjang perbicaraan berlangsung dan pada sepanjang masa, OKT-OKT masih gagal untuk mengemukakan apa-apa permit khas tersebut. [38] Namun begitu, oleh kerana kerana elemen pertama pertuduhan iaitu perbuatan menyimpan bahagian hidupan liar telah gagal dibuktikan oleh Pihak Pendakwaan, Mahkamah mendapati bahawa tiada keperluan untuk Mahkamah ini memutuskan samada OKT-OKT mempunyai permit khas untuk menyimpan bahagian-bahagian hidupan liar pada sepanjang masa tersebut. ELEMEN KEEMPAT: NIAT BERSAMA OKT-OKT UNTUK MENYIMPAN BAHAGIAN HIDUPAN LIAR TERSEBUT TANPA SUATU PERMIT KHAS. [39] Bagi elemen keempat ini, Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai niat bersama untuk melakukan kesalahan menyimpan bahagian Harimau Belang (Panthera tigris), Beruang Matahari (Helarctos malayanus) dan Babi Bodoh (Sus barbatus) tersebut tanpa mempunyai suatu permit khas untuk menyimpannya di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan seperti berikut: “When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone” [40] Bagi elemen pertuduhan ini, Mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan yang menunjukkan niat bersama kedua dua OKT untuk melakukan kesalahan menyimpan bahagian hidupan liar yang dijumpai. Tiada keterangan dari mana-mana saksi-saksi pendakwaan yang menunjukkan terdapat “pre-arranged plan” antara OKT-OKT dan gagal membuktikan bahawa kedua-dua OKT mempunyai kaitan dengan kesalahan meyimpan bahagian hidupan liar tersebut dan Mahkamah mendapati bahawa keberadaan OKT-OKT di tempat kejadian dan akses kepada bahagian hidupan liar tersebut semata-mata adalah tidak mencukupi untuk membuktikan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Roslan Hanapi v. PP [2015] 6 CLJ 646 yang memutuskan: “Mere access to the drug without more cannot constitute proof of common intention. There must further be established evidenve of a pre-arranged plan to traffic in the drug. There is no presumption of common intention.” Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa Pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen keempat pertuduhan bahawa OKT-OKT mempunyai niat bersama untuk melakukan kesalahan menyimpan bahagian-bahagian hidupan liar tersebut. [41] Akhirnya, setelah Mahkamah membuat penilaian maksima dan menyeluruh kepada kesemua keterangan lisan dan dokumentar yang ada, atas alasan-alasan yang dinyatakan seperti di atas Mahkamah memutuskan bahawa Pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen pertama dan keempat pertuduhan dan juga gagal membuktikan kes prima facie kesemua pertuduhan dan seterusnya mengarahkan kesemua OKT-OKT dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. Mahkamah juga memerintahkan agar wang jaminan yang telah dibayar oleh penjamin dipulangkan kepada semua penjamin. Bertarikh 15 September 2025 .....................tt........................... [DATO’ CHE WAN ZAIDI BIN CHE WAN IBRAHIM] Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bharu Johor Pihak Pendakwaan: TPR Wan Nur Muhammad Ehsan bin Alauddin bersama PO Anongrakh, Suihana Rida dan Afzan Suhaimi Jabatan Perhilitan Malaysia Pihak Pembelaan: Encik Muhammad bin Abd Kadir
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.