Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: W-05-302-07/2017
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2021/befc1096-9788-4f8d-8408-c800a0849804
Court of Appeal of Malaysia22 Feb 2021W-05-302-07/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: W-05-302-07/2017
1
TAN BOON EE
2
LIM TAO SIONG
3
PHUI ENG ENG (NO. K/P: 330314-71-5116) … PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Perbicaraan Jenayah No: 44-210/2017 Antara Pendakwa Raya ... Pemohon Dan 1. The Gold Label Sdn Bhd (No. Pendaftaran Syarikat: 854374-H)
2
How Soo Feng (No. K/P: 740807-08-5708)
3
Liew Choon Khee (No. K/P: 790801-14-6149) 2
4
Hansel S.L. Solibun Choy (No. K/P: 800711-12-5607)
5
Jose Maria Fernando Suazo Medina (No. Pasport: ZZ146142)
6
Sovereign Wealth Management Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat: 815321-X)
7
FTEG Services Sdn. Bhd. No. Pendaftaran Syarikat: 8536354-K) ... Responden-Responden) KORAM SURAYA OTHMAN, HMR ABU BAKAR JAIS, HMR CHE MOHD RUZIMA GHAZALI, HMR PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Perayu-perayu iaitu Tan Boon Ee (TBE), Lim Tao Siong (LTS) dan Pui Eng Eng (PEE) adalah pihak ketiga yang menuntut kepentingan ke atas harta yang disita daripada syarikat The Gold Label Sdn Bhd (TGLSB) di bawah s 56(1) dan s 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613). Terkilan dengan keputusan Hakim Mahkamah 3 Tinggi (HMT) menolak tuntutan mereka di bawah s 61 Akta 613, perayu-perayu mengemukakan rayuan ini. [2] Untuk memudahkan sebutan, perayu-perayu akan disebut dengan menggunakan singkatan nama masing-masing iaitu TBE, LTS dan PEE sekiranya dirujuk secara individu dan akan disebut sebagai perayu-perayu sekiranya dirujuk secara jamak. Latar Belakang Tuntutan Perayu-Perayu [3] Pendakwa Raya (responden) telah memfailkan satu permohonan bertarikh 4.8.2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon supaya satu warta disiarkan di bawah seksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) bertujuan untuk memanggil mana-mana pihak ketiga yang menuntut mempunyai apa-apa kepentingan ke atas wang tunai berjumlah RM9,341,829.86 yang disita daripada 5 akaun bank yang berlainan milik TGLSB kerana disyaki terlibat dengan aktiviti haram iaitu menerima deposit tanpa suatu lesen yang sah daripada pendeposit-pendeposit, suatu kesalahan di bawah s 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) yang boleh dihukum di bawah s 25(4) Akta yang sama. Wang tersebut adalah sebahagian daripada harta yang disita pihak berkuasa daripada TGLSB pada 3.8.2010. 4 [4] Notis pemberitahuan kepada pihak ketiga yang menuntut mempunyai kepentingan ke atas harta TGLSB yang disita telah disiar dalam Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(B) 26 bertarikh 17.1.2012. Sebagai respons kepada notis pemberitahuan tersebut, seramai 436 pihak ketiga telah tampil membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi termasuklah perayu-perayu. [5] Dalam senarai pihak ketiga yang membuat tuntutan di Mahkamah, LTS telah disenaraikan sebagai penuntut ke-13 menuntut wang sebanyak RM73,000.00, PEE sebagai penuntut ke-14 menuntut wang sebanyak RM73,000.00 dan TBE sebagai penuntut ke-15 menuntut wang sebanyak RM385,000.00. Perayu-perayu telah masing-masingnya mengemukakan surat akuan bersumpah dan telah ditandakan sebagai SDC-13, SDC-14 dan SDC-15 yang dapat dilihat di muka surat 154-156, 157-162 dan 163- 173 Rekod Rayuan Jilid 3(aa). Selain daripada surat akuan bersumpah, perayu-perayu juga memberikan keterangan secara lisan di Mahkamah pada 25.9.2012. Keputusan HMT [6] Setelah mendengar dan menimbang keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh 436 pihak ketiga yang menuntut mempunyai kepentingan ke atas harta TGLSB yang disita serta hujahan peguam-peguam mereka, HMT memutuskan untuk menolak kesemua tuntutan 5 termasuklah tuntutan perayu-perayu. HMT dalam alasan penghakiman telah membuat keputusan sepertimana berikut:
60
A common thread running through the stories of these claimants is that they were introduced to the scheme by a friend or acquaintance, that they did not check on the legality of the scheme that they were going into but had followed blindly based on faith in what they were told by their friends, colleagues and seniors. Some started small but gradually built up their "investment" over the months when they started receiving their rebates.
61
The Court finds that these third party claimants had not even exercised a modicum of prudence and self-preservation when they leapt into the gold buying with alacrity. They failed to act prudently to check with government authorities or exercise due diligence before purchasing the gold. The two schemes which offered 2.5% per month and 3% per month would give 30 % per month and 36% per annum of rebates respectively. These rates of rebate were astronomical at a time when banks were only offering interest of about 3 % per annum. Apart from the rebates, the 1st respondent was also paying commissions to its agents and quite a few of the third party claimants also became agents in order to earn commissions for their purchases and those of their family and friends. The Court has not lost sight of the fact that the 7th respondent was being paid 2% of monthly sales. It is not surprising that with this amount of outflows in the form of rebates, commissions and other payments that Bank Negara was interested in knowing how the 1st respondent could be successful in this gold scheme.
62
The Court notes that the public had received warnings periodically through the print media as well as television and radio that when something appears to be too good to be true, it probably is. Such a scheme which offers such an astronomical rate of returns cannot last. Those who went in early and took their rebates and quickly left would probably not be burnt. But many who went in late after seeing their friends reap returns did not even receive a single rebate. And lost their gold. 6
63
The Court finds that these claimants, whether willingly or reluctantly, had agreed to have their gold stored at Certis CISCO in Singapore for safekeeping. What they were given by the 1st respondent as evidence of the gold that they had purchased from the 1st respondent is their Safekeeping Receipts.
64
The Court agrees with the submission of the learned Deputy Public Prosecutor that the third party claimants do not have any legitimate or legal interest in the property that was seized because what they had bought was gold and no gold was seized in this case. Di bahagian kesimpulan keputusan, HMT membuat rumusan sepertimana berikut berhubung dengan permohonan kesemua 436 pihak ketiga yang menuntut mempunyai kepentingan ke atas harta TGLSB yang disita: [66] ... The Court further finds that the third party claimants had also failed to prove their cases for the monies and properties that were seized on a balance of probabilities and the Court would also dismiss the claims of all the third party claimants as they were unable to show a legitimate legal interest in the monies and other properties seized when what they had purchased from the 1st respondent were gold bars and no gold was ever seized from the respondents. Alasan Rayuan Perayu-Perayu [7] Peguam perayu-perayu telah menyenaraikan 13 alasan rayuan dalam petisyen rayuan. Namun begitu, dalam penghujahan bertulis serta hujahan lisan yang dikemukakan di hadapan kami, peguam perayu-perayu hanya menumpukan hujahan kepada 4 alasan sahaja dan diperturunkan sepertimana berikut: 7
4
4.1 Appellants submit that the learned High Court Judge failed to consider whether the Appellants had fulfilled the requirements of Section 61(4)(a) to (e) AMLATFA 2001 [page 9 Appellants BOA].
4
4.2 Nowhere in her grounds of decision, did the learned High Court Judge said that she had analysed the evidence lead before her to make a finding that the Appellants failed to satisfy each of the requirements of Section 61(4)(a) to (e) AMLATFA 2001.
4
4.3 With due respect to the learned High Court Judge, Appellants submit that Her Ladyship was primarily motivated to dismiss the Appellants claim based on the fact that the investors with The Gold Label Sdn Bhd’s buying and selling gold scheme were entitled for rebates, followed blindly on faith in what were told by their friends, colleagues and seniors and failed to act prudently. This is evident in paragraphs 60 and 61 of Her Ladyship’s grounds of Judgement [pages 34-35 Rekod Rayuan Jilid 1]
4
4.4 Appellants submit that the learned High Court Judge fell into an error when she adopted this approach instead of making specific findings based on the evidence before her whether each of the requirements in Section 61(4)(a) to (e) AMLATFA 2001 has been satisfied by the Appellants as 3rd Party Claimants. Dapatan Mahkamah Ini [8] Hujahan peguam perayu-perayu berpaksikan kepada penegasan bahawa HMT gagal memberikan pertimbangan ke atas persoalan sama ada perayu-perayu telah memenuhi kehendak di bawah perenggan-perenggan 61(4)(a) hingga (e) Akta 613. Dihujahkan bahawa tidak ada sebarang analisis yang dibuat HMT ke atas keterangan yang ada di hadapannya semasa membuat keputusan untuk menolak tuntutan 8 perayu-perayu. Sekiranya HMT membuat analisis, peguam perayu-perayu berhujah bahawa perayu-perayu telah berjaya memenuhi semua kehendak yang diperlukan di bawah undang-undang. [9] Daripada hujahan peguam tersebut, jelaslah bahawa perayu-perayu terkilan kerana HMT dikatakan tidak membuat sebarang analisis ke atas keterangan yang telah dikemukakan oleh mereka di Mahkamah. Perayu-perayu mendakwa bahawa sekiranya HMT membuat analisis yang sewajarnya, sudah tentulah HMT akan mendapati mereka telah berjaya memenuhi kehendak undang-undang untuk mendapatkan kembali wang yang mereka tuntut. [10] Setelah diteliti alasan penghakiman yang disediakan HMT sepertimana yang diperturunkan di perenggan [6], nyatalah HMT hanya mengemukakan suatu alasan yang berbentuk umum sahaja. HMT sememangnya tidak membuat sebarang analisis ke atas keterangan setiap seorang daripada 436 pihak ketiga yang menuntut di dalam alasan penghakimannya. Persoalannya, sama ada HMT melakukan kesilapan ataupun telah berlaku kekhilafan dalam keputusannya yang menyebabkan ketidakadilan kepada perayu-perayu yang mewajarkan campur tangan Mahkamah ini? [11] Undang-undang berhubung dengan tuntutan pihak ketiga yang menuntut kepentingan ke atas harta yang disita atau disebut sebagai 9 ‘pihak ketiga yang suci hati’ di dalam Akta 613 adalah jelas. Untuk memudahkan rujukan, diperturunkan peruntukan subseksyen 61(4) Akta 613 sepertimana berikut:
Subsection
(4) Mahkamah atau agensi penguat kuasa hendaklah memulangkan harta itu kepada pihak yang menuntut apabila ia berpuas hati bahawa:-
a
(a) pihak yang menuntut itu mempunyai suatu kepentingan sah di sisi undang-undang mengenai harta itu;
b
(b) tiada pengambilan bahagian, pakatan sulit atau penglibatan berkenaan dengan kesalahan di bawah subseksyan 4(1) atau bahagian IVA atau kesalahan membiayai keganasan yang menjadi tujuan prosiding itu boleh dikaitkan dengan pihak yang menuntut itu;
c
(c) pihak yang menuntut itu tidak tahu dan jahil tanpa niat tentang penggunaan menyalahi undang-undang harta itu, atau jika dia tahu, tidak dengan sukarela mengizinkan penggunaan menyalahi undang-undang harta itu;
d
(d) pihak yang menuntut itu tidak memperoleh apa-apa hak mengenai harta itu daripada seorang yang tindakan diambil terhadapnya di bawah hal keadaan yang menimbulkan kesimpulan yang munasabah bahawa apa-apa hak telah dipindahkan hakmilik bagi maksud mengelakkan pelucuthakan harta itu pada akhirnya kemudiannya; dan
e
(e) pihak menuntut itu telah melakukan segala yang semunasabahnya dapat dijangkakan untuk menghalang penggunaan menyalahi undang-undang harta itu. [12] Daripada peruntukan undang-undang tersebut, jelaslah bahawa pihak ketiga yang menuntut kepentingan ke atas harta yang disita perlulah 10 memenuhi kelima-lima kehendak sepertimana diperuntukkan di perenggan-perenggan 61(4)(a) hingga (e) Akta 613 bagi membuktikan bahawa dia adalah ‘pihak ketiga yang suci hati’. Setelah berjaya membuktikan kelima-lima kehendak tersebut barulah boleh Mahkamah memulangkan kembali harta yang dituntut. Penggunaan perkataan ‘dan’ oleh penggubal undang-undang dihujung perenggan 61(4)(d) bagi menghubungkan perenggan 61(4)(e) menunjukkan bahawa perenggan-perenggan tersebut hendaklah dibaca secara bersama-sama (conjunctive). Tafsiran sebegitu telah diputuskan Mahkamah ini dalam kes Teh Tek Soon v. PP [2015] 1 LNS 1504 yang telah mengesahkan keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Pendakwa Raya v. Lau Kwai Thong, Mahkamah Tinggi Shah Alam Permohonan Jenayah No. 44-20-2008 dan PP v. Raja Noor Asma Raja Harun [2013] 5 CLJ 656. Pendekatan yang sama turut diambil Mahkamah ini ketika berdepan dengan tuntutan peguam yang menuntut kos daripada harta yang disita dalam kes PP v. Amar Asyraf Zolkepli; Public Islamic Bank Bhd (Third Party); Messrs Wan Shahrizal, Hari & Co (Intervener) [2021] 1 CLJ 843. [13] Dari segi beban pembuktian pula, pihak ketiga yang menuntut kepentingan ke atas harta yang disita menanggung beban untuk membuktikan bahawa kelima-lima kehendak di perenggan-perenggan 61(4)(a) hingga (e) Akta 613 telah dipenuhi. Beban pembuktian tersebut 11 perlulah dilepaskan di atas imbangan kebarangkalian. Lihat keputusan Mahkamah ini dalam kes Teh Tek Soon v. PP (supra) dan kes Public Prosecutor v. Kuala Dimensi Sdn Bhd & Ors [2019] 3 CLJ 650; [2018] 6 MLJ 37. [14] Berbalik kepada rayuan perayu-perayu, peguam perayu-perayu berhujah bahawa perayu-perayu telah berjaya membuktikan kelima-lima kehendak di perenggan-perenggan 61(4)(a) hingga (e) Akta 613 berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan perayu-perayu. Dengan itu, Mahkamah ini wajar campur tangan dan keputusan HMT tersebut perlulah diubah. Persoalannya, apakah benar dakwaan di dalam hujahan peguam perayu-perayu tersebut? [15] Undang-undang berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah ini mendengar rayuan adalah mantap. Pendengaran sesuatu rayuan itu hendaklah secara perbicaraan semula. Seksyen 69 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 secara jelas memperuntukkan:
69
(1) Appeals to the Court of Appeal shall be by way of re-hearing, and in relation to such appeals the Court of Appeal shall have all the powers and duties, as to amendment or otherwise, of the High Court, together with full discretionary power to receive further evidence by oral examination in court, by affidavit, or by deposition taken before an examiner or commissioner.
Subsection
(2) The further evidence may be given without leave on interlocutory applications, or in any case as to matter which have occurred after the date of the decision from which the appeal is brought. 12
Subsection
(3) Upon appeals from a judgment, after trial or hearing of any cause or matter upon the merits, the further evidence, save as to matters subsequent as aforesaid, shall be admitted on special grounds only, and not without leave of the Court of Appeal.
Subsection
(4) The Court of Appeal may draw inferences of fact, and give any judgment, and make any order which ought to have been given or made, and make such further or other orders as the case requires. [16] Berhubung dengan ‘bidang kuasa rayuan’, Mahkamah Persekutuan dalam kes Merck KGaA v Leno Marketing (M) Sdn Bhd (Registrar of Trade Marks, interested party) [2018] 5 MLJ 1 ada membuat pemerhatian sepertimana berikut: [64] ‘Appellate jurisdiction’ suggests the correction of a decision (Tio Chee Hing at para [17]). The meaning of ‘appellate jurisdiction’ was explained in R Rama Chandran v The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145 at p 191: Where statute provides simply for an appeal, the appellate court has power to re-hear the whole case and, when satisfied that the judgment appealed against cannot stand, it may set aside the judgment and make such orders as ought to have been made at first instance. Thus, appellate jurisdiction is concerned with the merits of a case. [65] Once the appellate court has jurisdiction to hear and determine an appeal, it may then exercise the jurisdiction of the court or tribunal whose decision is appealed against. For instance, s 69 of the CJA provides that all appeals to the Court of Appeal shall be by way of re-hearing, and that the Court of Appeal shall have all the powers and duties of the High Court, together with full discretion to receive further evidence. [66] In such circumstances, where the appellate court hearing an appeal exercises the jurisdiction of the court below, the appellate court is exercising its appellate jurisdiction (Podbery v Peak and another [1981] 1 All ER 699 at p 701). 13 [17] Dalam menjalankan bidang kuasa rayuan, prinsip yang digariskan Viscount Sankey LC di dalam kes Powell v Streatham Manor Nursing Home [1935] All ER Rep 58 bolehlah dijadikan panduan. Di muka surat 60 dan 61 beliau menyatakan: What then should be the attitude of the Court of Appeal towards the judgment arrived at in the court below under such circumstances as the present? it is perfectly true that an appeal is by way of rehearing, but it must not be forgotten that the Court of Appeal does not rehear the witnesses. It only reads the evidence and rehears the counsel. Neither is it a reseeing court. There are different meanings to be attached to the word ‘rehearing’. For example, the rehearing at Quarter Sessions is a perfect rehearing because, although it may be the defendant who is appealing, the complainant starts again and has to make out his case and call his witnesses. The matter is rather different in the case of an appeal to the Court of Appeal. There the onus is upon the appellant to satisfy the court that his appeal should be allowed. There have been a very large number of cases in which the law on this subject has been canvassed and laid down. There is a difference between the manner in which the Court of Appeal deals with a judgment after a trial before a judge alone and a verdict after a trial before a judge and jury. On an appeal against a judgment of a judge sitting alone, the Court of Appeal will not set aside the judgment unless the appellant satisfies the court that the judge was wrong and that his decision ought to have been the other way. Where there has been a conflict of evidence the Court of Appeal will have special regard to the fact that the judge saw the witnesses: see Clarke v Edinburgh Tramways Co per Lord Shaw 1919 SC (HL) 35, 36, where he says: “When a judge hears and sees witnesses and makes a conclusion or inference with regard to what on balance is the weight of their evidence, that judgment is entitled to great respect, and that quite irrespective of whether the judge makes any observations with regard to credibility or not I can of course quite understand a Court of Appeal that says that it will not interfere in a case in which the judge has announced as part of his judgment that he believes one 14 set of witnesses, having seen them and heard them, and does not believe another. But that is not the ordinary case of a cause in a court of justice. In courts of justice in the ordinary case things are much more evenly divided; witnesses without any conscious bias towards a conclusion may have in their demeanour, in their manner, in their hesitation, in the nuance of their expressions, in even the turns of the eyelid, left an impression upon the man who saw and heard them which can never be reproduced in the printed page. What in such circumstances, thus psychologically put, is the duty of an appellate court? In my opinion, the duty of the appellate court in those circumstances is for each judge of it to put to himself, as I do now in this case, the question, Am I - who sit here without those advantages, sometimes broad and sometimes subtle, which are the privilege of the judge who heard and tried the case – in a position, not having those privileges, to come to a clear conclusion that the judge who had them was plainly wrong? If I cannot be satisfied in my own mind[2019] 5 MLJ 754 at 769that the judge with those privileges was plainly wrong, then it appears to me to be my duty to defer to his judgment”. [18] Berdasarkan peruntukan serta prinsip undang-undang yang mantap tersebut, gesaan peguam perayu-perayu yang meminta campur tangan Mahkamah ini diteliti. Bagi menjalankan bidang kuasa rayuan yang perlu dilaksanakan secara pendengaran semula, keterangan-keterangan di hadapan Mahkamah Tinggi yang ada di dalam rekod rayuan perlulah diteliti dan diberikan pertimbangan. [19] Daripada rekod rayuan, nyatalah bahawa TBE, LTS dan PEE ada mengemukakan surat akuan bersumpah masing-masing sepertimana yang telah dinyatakan di perenggan [5]. Di dalam surat akuan sumpah, perayu-perayu telah mengikrarkan bahawa mereka telah membeli emas daripada TGLSB dan telah membayar sepenuhnya harga pembelian 15 masing-masing. Invois-invois pembelian turut dijadikan ekshibit. Mereka mengakui bahawa tiada emas yang diserahkan TGLSB kepada mereka dan sebagai ganti penyerahan emas secara fizikal, mereka hanya menerima resit penyimpanan emas di Certis CISCO di Singapura (CCS). [20] Selain daripada mengemukakan surat akuan bersumpah, TBE, LTS dan PEE tidak menyediakan pernyataan saksi. Apa yang berlaku di hadapan Mahkamah Tinggi adalah, semasa memberikan keterangan di hadapan HMT, peguam perayu-perayu hanya meminta perayu-perayu mengemukakan surat-surat akuan bersumpah masing-masing sahaja dan kemudiannya menyerahkan perayu-perayu untuk disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Lihat nota keterangan bagi TBE di muka surat 374 hingga 387, LTS di muka surat 362 hingga 367 dan PEE di muka surat 370-374 Rekod Rayuan Jilid 2(2). Tidak mungkin perayu-perayu dapat mengemukakan keterangan di hadapan Mahkamah bagi membuktikan tuntutan mereka tanpa menyediakan pernyataan saksi ataupun tanpa memberikan keterangan secara bersumpah daripada kandang saksi. [21] Perlu ditekankan bahawa beban bagi membuktikan kelima-lima kehendak di perenggan-perenggan 61(4)(a) hingga (e) Akta 613 terletak di bahu perayu-perayu sebagai pihak yang menuntut. Perayu-perayu menanggung beban untuk menyediakan keterangan bagi membolehkan 16 Mahkamah membuat kesimpulan ataupun membuat inferens yang memihak kepada tuntutan mereka. Dengan hanya mengemukakan surat akuan bersumpah yang mengesahkan bahawa perayu-perayu telah membeli emas daripada TGLSB, perayu-perayu hanyalah boleh membuktikan bahawa mereka ada suatu kepentingan sah ke atas harta TGLSB yang disita, iaitu bagi memenuhi kehendak di bawah perenggan 61(4)(a) Akta 613. Bagaimanakah pula dengan pembuktian ke atas kehendak-kehendak lain di bawah perenggan-perenggan 61(4)(b) hingga
e
(e) Akta 613? [22] Sekalipun analisis dibuat secara satu persatu ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan perayu-perayu sudah tentulah hanya satu kesimpulan yang boleh dibuat iaitu perayu-perayu gagal mengemukakan sebarang keterangan bagi membuktikan bahawa mereka tidak terlibat dengan kesalahan yang dilakukan TGLSB, mereka tidak tahu serta jahil berhubung dengan penggunaan wang mereka oleh TGLSB dan mereka tidak akan mengizinkannya sekiranya mereka tahu, mereka tidak memperoleh apa-apa hak daripada TGLSB yang boleh menimbulkan inferens yang munasabah bahawa apa-apa hak tersebut telah dipindahkan hak milik bagi maksud mengelakkan pelucuthakan harta dan juga mereka telah melakukan segala yang semunasabahnya untuk 17 menghalang penggunaan wang mereka daripada menyalahi undang-undang. [23] Dengan tiadanya keterangan daripada perayu-perayu yang boleh membuktikan bahawa kehendak-kehendak di bawah perenggan-perenggan 61(4)(b) hingga (e) Akta 613 telah dipenuhi, maka sudah tentulah Mahkamah tidak boleh membuat sebarang kesimpulan ataupun membuat inferens bahawa perayu-perayu adalah ‘pihak ketiga yang suci hati’. Di atas alasan tersebut sahaja pun kami dapati bahawa rayuan perayu-perayu tidak bermerit untuk diberikan pertimbangan dan perlulah ditolak. [24] Bagi melengkapkan pertimbangan, kami juga meneliti keterangan-keterangan yang diberikan perayu-perayu semasa disoal balas oleh TPR. Setelah diteliti, kami dapati keterangan di peringkat soal balas oleh TPR menunjukkan bahawa perayu-perayu tahu ataupun sepatutnya tahu bahawa pembelian emas mereka daripada TGLSB bukanlah suatu transaksi yang tulen. Di antara lainnya, keterangan LTS semasa disoal balas ada menyatakan bahawa dia biasa dengan perniagaan di pasaran saham dan bersetuju bahawa TGLSB ada menjanjikan rebat sebanyak 3% sebulan daripada pembelian emas. LTS juga mengakui bahawa dia tidak pernah diberikan emas oleh TGLSB dan tidak pernah pergi melihat 18 emasnya disimpan di CCS walaupun dia bekerja dan tinggal di Singapura. Dia juga tidak pernah membuat semakan ke atas latar belakang TGLSB. [25] Bagi TBE pula, semasa disoal balas dia mengakui bahawa dia juga biasa melabur di pasaran saham. Menurut TBE, pada peringkat awalnya dia ada diberikan emas yang dibeli daripada TGLSB untuk disimpan dan memperoleh rebat 2.5% sebulan daripada pembelian emas tersebut. TBE seterusnya menyatakan bahawa dalam transaksi yang terkemudian dia hanya diberikan sijil penyimpanan emas di CCS dan dia dijanjikan rebat 3% setahun. TBE turut mengakui bahawa dia tidak membuat sebarang semakan berhubung dengan kredibiliti perniagaan TGLSB dan tahu bahawa emas yang dibelinya ada di simpan di CSS. TBE turut menyatakan bahawa dia merasakan emasnya selamat disimpan setelah membuat carian tentang CSS di internet. Itu sahaja. [26] Sementara itu, PEE ialah ibu kepada TBE. Semasa disoal balas TPR, PEE dalam keterangan menyatakan bahawa segala pelaburan pembelian emasnya dengan TGLSB dilakukan TBE bagi pihaknya. PEE tidak tahu apa-apa mengenai pelaburannya dan tidak penah melihat emas yang dibelinya serta tidak pernah meminta TGLSB menunjukkan emas yang dibeli. [27] Daripada keterangan perayu-perayu tersebut, jelaslah bahawa perayu-perayu tidak cakna atau tidak ambil peduli dengan pelaburan yang 19 mereka masuki. Apa yang diharapkan perayu-perayu hanyalah pulangan 3% sebulan daripada pelaburan mereka tanpa menyemak kesahihan perniagaan yang dijalankan TGLSB. Bagi TBE dan LTS yang sudah biasa dengan pelaburan di pasaran saham, semunasabahnya dapat melihat perbezaan jumlah pulangan yang diterima daripada pelaburan-pelaburan mereka. Rebat yang dijanjikan TGLSB sebanyak 3% sebulan atau 36% setahun adalah terlalu bagus untuk menjadi kenyataan jika dibandingkan dengan kadar feadah simpanan di bank atau pun kadar dividen daripada pembelian saham di pasaran saham. Sebagai seorang pelabur yang berhemat, perayu-perayu perlulah terlebih dahulu menyemak status perniagaan TGLSB. Berdasarkan keterangan semasa disoal balas, jelaslah bahawa tindakan tersebut tidak diambil oleh perayu-perayu. [28] Daripada keterangan yang ada di dalam rekod rayuan, jelaslah bahawa di atas imbangan kebarangkalian perayu-perayu hanya mampu membuktikan kehendak di perenggan 61(4)(a) Akta 613 sahaja iaitu perayu-perayu berjaya membuktikan bahawa mereka ada membayar wang kepada TGLSB untuk membeli emas. Perayu-perayu di atas imbangan kebarangkalian gagal membuktikan kehendak-kehendak di bawah perenggan-perenggan 61(4)(b) hingga (e) Akta 613. 20 Keputusan [29] Berdasarkan alasan-alasan tersebut, kami sebulat suara mendapati dan memutuskan bahawa rayuan perayu-perayu tidak bermerit. HMT tidak melakukan kesilapan yang mewajarkan campur tangan kami apabila membuat kesimpulan dan dapatan bahawa perayu-perayu gagal membuktikan tuntutan mereka. Dengan itu, rayuan perayu-perayu ditolak dan keputusan HMT dikekalkan. Tarikh: 26 Julai 2021 t.t. CHE MOHD RUZIMA BIN GHAZALI Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara bagi pihak Perayu : Suria Kumar & C.P Chua [Onn & Partners] Peguamcara bagi pihak Responden : Dato’ Dusuki bin Mokhtar, TPR Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, TPR Mohd Fairuz bin Johari & TPR Steve Chin [Jabatan Peguam Negara]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.