Kos Saman Pemula ini dan segala kos-kos lanjutan yang berkaitan dengan perintah-perintah yang dipohon di dalam Saman Pemula ditanggung oleh Plaintif. Penilaian dan Dapatan Mahkamah ini [6] Berdasarkan afidavit yang mengandungi dokumen yang berkaitan dan hujahan, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan telah berjaya membuktikan, melalui ekshibit yang difailkan, saman pemula Plaintif-Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang kukuh dan bersifat pra matang dan adalah suatu tindakan yang mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah. [7] Permohonan untuk membatalkan tindakan Plaintif-Plaintif ini adalah suatu yang ‘plain and obvious’ dan tidak memerlukan apa-apa klarifikasi melalui saksi-saksi seorang mahupun 95 orang. Mahkamah hanya akan menggunapakai kuasa budibicaranya selaras dengan prinsip dalam kes Ahmad Jefri Mohd Jahri v. Pengarah Kebudayaan & Kesenian Johor & Ors [2008] 6 CLJ 473, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa − “...It is trite law that it is only in conspicuously unsustainable cases that a pleading generally and a claim specifically would be struck out under any limb of Order 18 rule 19(1) and such power would only be exercised by the court sparingly.”. Peguam cara terpelajar Defendan merujuk Mahkamah ini kepada kes Tuan Haji Ishak Bin Ismail & Ors v Leong Hup Holdings Bhd and other Appeals [1996] 1 MLJ 661 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan − “The words ‘plain and obvious’ also need clarification. This case involved complex questions of company law. What may be ‘plain and obvious’ to a specialist in this field may not be so to another who does not have this specialized knowledge. I therefore feel obliged to state that the standard here is an objective one and implies that the perception required here is that of a person who has the required expertise. Support for this view can be found in McKay v Essex Area Health Authority [1982] 2 All ER 771, where it was held that the right course was for the court to strike out a claim, even though it required a long and elaborate hearing before the court was satisfied that there was no cause of action, because the plaintiff was entitled to be relieved of the objection to meet it.”. [8] Relief di dalam Saman Pemula ini adalah berkaitan dengan dakwaan kegagalan Defendan dalam memberikan hakmilik-hakmilik strata bagi Petak-Petak DHC dan tuntutan tanggung rugi (indemnify) Plaintif-Plaintif atas keseluruhan jumlah denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa ke atas Petak-Petak DHC iaitu denda ke atas Cukai Tanah. Mahkamah ini mendapati dakwaan/anggapan bahawa Defendan memungkiri dan mengabaikan kewajipannya menurut lunas undang-undang adalah suatu yang tidak berasas. Tiada apa-apa kelengahan melampau berlaku dan dilakukan untuk memastikan semua pembeli petak-petak di DHC memperoleh hak mereka i.e. memperoleh hakmilik strata yang teratur, tepat dan tanpa kesilapan. Ini penting untuk semua pembeli/Plaintif mahupun yang bukan plaintif dalam saman pemula ini. [9] Mahkamah ini mendapati afidavit Defendan menjelaskan bahawa masalah kesilapan pada Nombor Petak pada hakmilik-hakmilik (lot-lot parkir kenderaan) strata tersebut perlu dibetulkan dan ianya tidak boleh dibuat oleh Defendan sendiri tanpa merujuk dan memohon kepada pihak berkuasa yang mengeluarkan hakmilik strata. [10] Berdasarkan permohonan pindaan yang perlu dibuat itu, Defendan telah melakukannya melalui permohonan di Mahkamah ini dan pihak berkuasa iaitu Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor tidak mempertikaikan mahupun membantah terhadap permohonan Defendan. Terma persetujuan sepertimana Perintah Persetujuan bagi kebenaran hakmilik-hakmilik strata tersebut bertarikh 26 Mei 2023 menjelaskan perkara ini dan sekaligus berjaya menjawab kepada tuntutan Plaintif-Plaintif yang difailkan selepas Defendan melaksanakan kewajipannya untuk membuat pindaan di Mahkamah. Selanjutnya, Perintah Persetujuan bagi kebenaran hakmilik-hakmilik strata tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan daripada pemilik di DHC termasuk Plaintif-Plaintif. [11] Hal perkara untuk memproses pengeluaran hakmilik-hakmilik strata terpinda adalah sama sekali diluar kuasa dan kawalan pihak Defendan. Mahkamah bersetuju dengan pernyataan Defendan. Manakala, perkara kegusaran Plaintif-Plaintif berkenaan dengan denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa ke atas cukai tanah juga hanya akan dapat diselesaikan setelah hakmilik-hakmilik strata terpinda dikeluarkan. Tiada apa-apa pengakuan Defendan untuk enggan menyelesaikan perkara “bakal dikenakan denda” tersebut. [12] Penjelasan Defendan mengenai proses dan tatacara untuk memastikan penyerahan Hakmilik-Hakmilik Strata terpinda dan suratcara pindahmilik (dokumen-dokumen) kepada Plaintif-Plaintif yang melibatkan pihak institusi kewangan/bank yang telah memberi pinjaman perumahan kepada Plaintif-Plaintif juga memerlukan masa. Butir-butir mengenai pembatalan Deed of Receipt and Assignment, menandatangani dokumen gadaian dan seterusnya membuat adjudication dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk menetapkan jumlah setem untuk Borang Pindahmilik (MOT) sebelum dokumen-dokumen ini diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor adalah antara perkara yang relevan. Oleh yang demikian, dakwaan Plaintif-Plaintif bahawa hakmilik strata bagi Petak-Petak DHC tersebut sudah dikeluarkan dan kewajipan Pelaksanaan Suratcara Pindahmilik tersebut sepertimana klausa 11 Perjanjian Jual Beli di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan sudah terjadi adalah tidak berasas dan tiada bukti dikemukakan. Selagi mana, butiran dalam hakmilik-hakmilik strata terpinda tersebut masih belum diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor selagi itulah Defendan belum dapat melaksanakan suratcara pindahmilik kepada Plaintif-Plaintif tanpa hakmilik-hakmilik strata terpinda tersebut. [13] Defendan tidak boleh dikenakan satu perintah perlaksanaan bagi melakukan sesuatu yang mana ianya adalah di dalam bidangkuasa pihak lain. Keputusan berkaitan dengan kelulusan tersebut adalah dalam bidangkuasa Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. [14] Mahkamah ini berpendapat bahawa penegasan Defendan bahawa tindakan Plaintif-Plaintif mengheret Defendan dalam saman pemula ini adalah suatu tindakan yang pra matang. Mahkamah bersetuju dengan penegasan ini. Isu hakmilik strata dalam jenis perumahan seperti di DHC pasti berlaku berbanding dengan landed property. [15] Defendan tidak boleh “dihukum” semata-mata untuk mengejar hasrat Plaintif-Plaintif memperoleh apa-apa manfaat dan kepentingan yang tidak wajar. Milikan kosong sudah diserahkan dan isu mengenai Suratcara Pindahmilik tersebut bagi mewujudkan pindahmilik pemilikan Petak-Petak DHC adalah sedang dilaksanakan oleh Defendan. Selagi mana keputusan berkaitan suratcara hakmilik strata terpinda tidak diperoleh, Defendan tidak boleh didakwa sebagai dengan sengaja enggan menyelesaikan perkara ini. Tiada apa-apa yang disembunyikan dan tidak dimaklumkan oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. [16] Berdasarkan fakta yang dikemukakan di sini, Mahkamah berpuas hati, atas imbangan kebarangkalian bahawa Defendan telah berusaha dan melaksanakan kewajipannya untuk mematuhi dan melaksanakan Kewajipan Pecah Bahagi dan Kewajipan Pelaksanaan Suratcara Pindahmilik tersebut. [17] Kesemua Plaintif-Plaintif bakal didaftaraikan sebagai pemilik atau pemilik-pemilik bersama (proprietor or co-proprietors) bagi petak-petak masing-masing selepas Hakmilik Strata bagi projek perumahan DHC tersebut dikeluarkan. Proses yang dikenali secara umum sebagai “perfection of title” adalah matlamat kepada kemelut antara Plaintif-Plaintif dan Defendan. [18] Maka, relief yang memohon agar Mahkamah ini mengeluarkan suatu Perintah untuk mengehendaki Defendan untuk melaksanakan suratcara pindahmilik yang sah dan boleh didaftar bagi Petak-Petak DHC tersebut yang memihak kepada Plaintif-Plaintif dan untuk menghantar suratcara pindahmilik tersebut, bersama-sama dokumen hakmilik strata bagi Petak-Petak DHC masing-masing, kepada Plaintif-Plaintif hanyalah wajar selepas segala proses “perfection of title” disempurnakan sepenuhnya. Kesimpulan [19] Dalam hal keadaan dan alasan yang saya nyatakan di atas, adalah keputusan saya bahawa selepas menilai keterangan afidavit dan hujahan bertulis permohonan Plaintif-Plaintif adalah tiada merit. Berdasarkan itu, Mahkamah ini membenarkan permohonan pembatalan oleh Defendan (Kand. 10) dan saman pemula ini (Kand. 1) adalah dibatalkan. Kos permohonan ini dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan dengan serta merta serta kos sebanyak RM3000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar secara bersesama oleh semua Plaintif kepada Defendan. Bertarikh: 1 Mac 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif-Plaintif: Ong Wei Lin Tetuan Willie Ong & JL Ooi, Georgetown, Pulau Pinang Bagi Pihak Defendan: Mohd Azzamuddin Shah Yaakap B H Gan Nor & Kim, Kuala Lumpur