Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. AA-45SOM-5-09/2023 PENDAKWA RAYA …PERAYU
AA-45SOM-5-09/2023
High Court of Malaysia15 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. AA-45SOM-5-09/2023 PENDAKWA RAYA …PERAYU
1
TAN KE HUAT [NO. KAD PENGENALAN: 710103-08-6609]
2
ANANTHAN A/L SUBRAMANIAM [NO. KAD PENGENALAN: 750729-08-5073]
3
SURESH A/L P. ARJUNAN [NO. KAD PENGENALAN: 850919-08-7211]
4
EKO RAHMADANI [NO. PASPORT: E2087576] WARGANEGARA: INDONESIA
5
ERFANNI [NO. PASPORT: B4540400] WARGANEGARA: INDONESIA
6
MOHD JOHAN BIN MUSA [NO. KAD PENGENALAN: 850613-08-5977]
7
TUAH [NO. PASPORT: C14111557] WARGANEGARA: INDONESIA
8
SIPIRIANUS NAHAK LUTAN [NO. PASPORT: B9565166] WARGANEGARA: INDONESIA
9
KLAU NOFRIANUS ERICK [NO. PASPORT: C8686670] WARGANEGARA: INDONESIA
10
SIVALINGAM A/L SUPPRAMANI [NO. KAD PENGENALAN: 761004-08-6283] …RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Sipiraus Nahak Lutan (selepas ini dikenali sebagai OKT8) dan Klau Nofrianus Erik (selepas ini dikenali sebagai OKT 9) telah dituduh bersama-sama dengan Tertuduh yang lain di bawah seksyen 26A Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007 (selepas ini disebut sebagai Akta 670). Walau bagaimanapun ada Tertuduh yang lain telah ditawarkan dengan pertuduhan pilihan di bawah seksyen 26H(1)(a) Akta 670 dan terdapat Tertuduh yang lain yang ditawarkan dengan pertuduhan pilihan di bawah seksyen 26J. [2] Tertuduh yang lain telah mengaku salah dan dikenakan hukuman yang berpatutan berdasarkan prinsip undang-undang berkaitan dengan hukuman. [3] Manakala OKT 8 dan OKT9 tidak ditawarkan dengan pertuduhan pilihan justeru pertuduhan ke atas OKT8 dan OKT9 kekal di bawah seksyen 26A Akta 670. Pertuduhan terhadap OKT 8 dan OKT9 adalah seperti berikut: “Bahawa kamu antara 20.06.2023 hingga 30.06.2023, bertempat di kawasan Kebun Sawit Batu 10, Segari, di dalam daerah Manjung, di dalam Negeri Perak, bagi mencapai niat bersama didapati telah menjalankan penyeludupan ke atas tiga puluh lima (35) orang migran warganegara Indonesia iaitu:
1
Sufian
2
No. Paspot: C4411934
3
No. Paspot: C4902566
4
No. Paspot: C5266881
5
Ahmad Nurfaizal
6
No. Paspot: C1636339
7
No. Paspot: B8058515
8
No. Paspot: B2509818
9
No. Paspot: C6752613
10
No. Paspot: E1294316
11
No. Paspot: E2438701
12
No. Paspot: C7345334
13
No. Paspot: Tiada
14
No. Paspot: Tiada
15
No. Paspot: Tiada
16
No. Paspot: C9760633
17
No. Paspot: C6269700
18
No. Paspot: E0577621
19
No. Paspot: Tiada
20
No. Paspot: Tiada
21
No. Paspot: Tiada
22
No. Paspot: E1698788
23
No. Paspot: B4912913
24
No. Paspot: Tiada
25
No. Paspot: XE395178
26
No. Paspot: XE433009
27
No. Paspot: B3747199
28
No. Paspot: XE351458
29
No. Paspot: C8687129
30
No. Paspot: Tiada
31
No. Paspot: E3171287
32
No. Paspot: C5515473
33
No. Paspot: Tiada
34
No. Paspot: Tiada
35
No. Paspot: Tiada Mustafirun Nastain No. Paspot: XE427047 Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama seksyen 34 kanun Keseksaan.” [4] Setelah pertuduhan dibacakan dan diterangkan kepada OKT8 dan OKT9, OKT-OKT faham kesan dan akibat pengakuan mereka, OKT-OKT telah mengaku salah. Setelah mendengar dan mempertimbangkan rayuan OKT dan hujahan untuk mengenakan hukuman yang berat oleh pihak pendakwaan, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 54 bulan dari tarikh tangkap (8.7.203) ke atas OKT-OKT. [5] Tidak berpuashati dengan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas OKT8 dan OKT9, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke atas hukuman ke Mahkamah Rayuan. FAKTA KES [6] Pada 30.06.2023 jam lebih kurang 9.45 pagi, semasa Pengadu iaitu Konstabel Muhammad Zulhairi bin Sirun sedang bertugas sebagai anggota kaunter pertanyaan Balai Polis Segari, Pengadu telah terima maklumat daripada orang awam yang telah melihat sebuah bot terdampar di pesisir pantai berhampiran Pusat Konservasi Penyu, Segari disyaki membawa pendatang asing. Pengadu telah membuat laporan maklumat pertama sepertimana Segari Rpt. 600/23. [7] Bertindak atas maklumat, pada 30.06.2023 jam lebih kurang 1.00 petang, KBSJD Manjung telah mengetuai sepasukan anggota dari BSJD IPD Manjung, Balai Polis Segari, Balai Polis Ayer Tawar, Balai Polis Pantai Remis, Balai Polis Pekan Gurney, PPM Kg Acheh dan D7 IPK Perak dan telah menahan seramai 24 orang lelaki, 10 orang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki warganegara Indonesia dalam keadaan mencurigakan di dalam Kebun Kelapa Sawit Batu 10, Segari, Perak. PATI yang ditahan adalah seperti berikut:- 1) Sufian No. Paspot: C4411934 2) Sukarlan No. Paspot: C4902566 3) Ria Andika No. Paspot: C5266881 4) Mohammad Zairin No. Paspot: C6105002 5) Ahmad Nurfaizal No. Paspot: C1636339 6) Afrianel Purba No. Paspot: B8058515 7) Muhammad Risky No. Paspot: B2509818 8) Sudarmanto No. Paspot: C6752613 9) Irfan Susandy No. Paspot: E1294316 10) Soratno No. Paspot: E2438701 11) Muhammad Ilham Syafaat No. Paspot: C7345334 12) Choerul Toriq Fidiyanto No. Paspot: Tiada 13) Chandra Sitorus No. Paspot: Tiada 14) Toni Widodo No. Paspot: Tiada 15) Roy Hendra Subrajad No. Paspot: C9760633 16) Ramadhan Sianipar No. Paspot: C6269700 17) Andre Agus Hariadi No. Paspot: E0577621 18) Alfatah Sofyan Rois No. Paspot: Tiada 19) Mhd Ali No. Paspot: Tiada 20) Abdul Latif No. Paspot: Tiada 21) Erllangga Adit Pratama No. Paspot: E1698788 22) Toto Tri Raharjo No. Paspot: B4912913 23) Oli Yandana No. Paspot: Tiada 24) Juniati Manalu No. Paspot: XE395178 25) Nurimah Simanjuntak No. Paspot: XE433009 26) Rika Padila Binti Imran No. Paspot: B3747199 27) Marisina Siahaan No. Paspot: XE351458 28) Maya Binti Jamson No. Paspot: C8687129 29) Lisnawati Binti Misnan No. Paspot: Tiada 30) Ina Indriani No. Paspot: E3171287 31) Een @ Heni No. Paspot: C5515473 32) Elvira Julianti No. Paspot: Tiada 33) Nurjannah No. Paspot: Tiada 34) Rayyan (Kanak-Kanak Lelaki) No. Paspot: Tiada 35) Mustafirun Nastain No. Paspot: XE427047 [8] Semakan ke atas kesemua PATI tersebut dapati sebahagian daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan diri. Terdapat beberapa buah telefon bimbit dan passport dirampas di tempat kejadian. Hasil soal siasat ke atas PATI menyatakan mereka telah tinggal di sebuah rumah di kawasan Kampung Bharu dan salah seorang PATI tersebut boleh tunjukkan rumah tersebut. Seterusnya pegawai tangkapan telah tangkap kesemua PATI serta rampas barang kes dan dibawa pulang ke IPD Manjung untuk tindakan selanjutnya. Satu laporan polis telah dibuat sepertimana Segari Rpt. 601/23. [9] Bertindak atas maklumat, beberapa siri tangkapan ke atas OKT-OKT telah dibuat di beberapa tempat yang berbeza antara 30.06.2023 hingga 09.07.2023. Tangkapan pertama dibuat ke atas seorang lelaki Cina bernama Tan Ke Huat (No. K/P: 710103-08-6609) iaitu OKT1 dan seorang lelaki India bernama Ananthan a/l Subramaniam (No. K/P: 750729-08-5073) iaitu OKT2. Laporan tangkapan adalah sepertimana Kampung Bharu Rpt. 369/23. [10] Tangkapan kedua dibuat ke atas seorang lelaki India bernama Suresh a/l P.Arjunan (No. K/P: 850919-08-7211) iaitu OKT3. Laporan tangkapan dan rampasan adalah sepertimana Kampung Koh Rpt. 458/23, Sitiawan Rpt. 6547/23 dan Sitiawan Rpt. 6550/23. [11] Tangkapan ketiga dibuat ke atas dua orang lelaki warganegara Indonesia bernama Eko Rahmadani (No. Pasport: E2087576) iaitu OKT4 dan Erfanni (No. Pasport: B4540400) iaitu OKT5. Laporan tangkapan adalah sepertimana Btg Tiga Rpt. 1762-1764/23. [12] Tangkapan keempat pula telah dibuat ke atas seorang lelaki Melayu bernama Mohd Johan bin Musa (No. K/P: 850613-08-5977) iaitu OKT6 dan seorang lelaki Indonesia bernama Tuah (No. Pasport: C14111557) iaitu OKT7. Laporan tangkapan adalah sepertimana Teluk Intan Rpt. 6862/23. [13] Tangkapan terakhir telah dibuat ke atas seorang lelaki India bernama Sivalingam a/l Suppramani, No. K/P: 761004-08-6283 iaitu OKT10. Laporan tangkapan adalah sepertimana Ayer Tawar Rpt. 2281/23. HASIL SIASATAN [14] Kes ini telah disiasat bawah s.26A ATIPSOM 2007 oleh Insp. G/23128 Muhammad Sollehuddin bin Rahmat, Pegawai Penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung. Siasatan ke atas PATI mendapati bahawa mereka dalam perjalanan untuk pulang ke Indonesia melalui jalan belakang iaitu dengan menaiki bot di pesisir Pantai Segari. Mereka memilih menggunakan jalan belakang kerana pas mereka telah tamat tempoh serta ada juga yang tidak memiliki pasport. Bayaran yang dikenakan adalah dalam lingkungan RM3,000 seorang. [15] Seramai dua puluh orang PATI telah didapati melakukan kesalahan tinggal di Malaysia melebihi masa yang dibenarkan di dalam pas. Semakan ketulenan cop / pas lawatan di dalam pasport kesemua PATI dari Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya dan mengesahkan bahawa cop / pas lawatan tersebut adalah tulen. Semakan rekod pergerakan keluar masuk melalui biometrik Jabatan Imigresen Malaysia, Daerah Manjung juga sahkan terdapat rekod masuk ke Malaysia dan tiada rekod pergerakan keluar. Mereka semua telah dituduh bawah s.15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan telah mengaku bersalah serta telah diusir pulang ke Indonesia. [16] Manakala (13) orang PATI lagi telah didapati tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah semasa berada di Malaysia. Semasa ditangkap, kesemua saspek ini tidak memiliki pasport. Semakan biometrik dengan Jabatan Imigresen Malaysia, Daerah Manjung mengesahkan tiada rekod pergerakan keluar/masuk didaftarkan atas nama mereka semua. Kesemua telah dituduh di bawah s.6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan telah mengaku bersalah serta telah diusir pulang ke Indonesia. [17] Keterangan daripada PATI-PATI di dalam rakaman deposisi mereka mengesahkan mereka datang dari beberapa daerah di Negeri Selangor. Mereka telah diangkut oleh beberapa tekong darat yang mengambil mereka di rumah seterusnya dibawa ke rumah transit di Teluk Intan dan di Kampung Bharu, Segari di Negeri Perak. [18] Keterangan daripada PATI bernama Soratno, Choerul Toriq Fidiyanto, Roy Hendra Subrajad, Ramadhan Sianipar, Alfatah Sofyan Rois, Abdul Latif dan Erllangga Adit Pratama mengesahkan sekitar
11
11.6.2023 hingga 19.06.2023 mereka telah diambil oleh OKT4 & OKT5 dari Selangor dan membawa mereka tinggal sementara di rumah transit di Teluk Intan. Mereka diangkut secara bergilir-gilir dengan menaiki kereta jenis Honda Civic 2.5 warna perak nombor pendaftaran WA7288Q. [19] Selanjutnya semakan pemilik kenderaan telah mendapati bahawa kereta tersebut dimiliki oleh isteri OKT4. Isteri OKT4 pernah diberitahu oleh OKT4 bahawa OKT4 kadangkala membuat perniagaan “teksi” mengambil dan menghantar orang ke lokasi-lokasi seluruh Malaysia. Isteri OKT4 pernah bertanyakan kepada OKT4 adakah OKT4 pemandu Grab, namun dimaklumkan OKT4 hanya pemandu biasa untuk mencari wang. Isteri OKT4 tidak pernah tahu bahawa OKT4 membawa migran bagi tujuan salah. [20] Keterangan daripada PATI-PATI juga mengesahkan mereka telah tinggal di rumah transit di Teluk Intan selama lebih kurang 6 hari antara 19.06.2023 hingga 25.06.2023. Kesemua PATI seperti yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan pilihan, mengecamkan bahawa OKT6 sebagai pemilik rumah transit tersebut dan camkan OKT7 sebagai pekerja OKT6. OKT6 dan OKT7 telah menyediakan tempat tidur dan makan minum sepanjang mereka tinggal di situ. Keterangan bapa OKT7 pula sahkan bahawa premis rumah transit tersebut hanya dijaga dan diselia sepenuhnya oleh OKT6. PATI-PATI akan menginap di situ sebelum diangkut oleh tekong darat sebelum dibawa ke kawasan pesisir Pantai Segari untuk pulang. [21] Di samping itu, keterangan daripada PATI-PATI turut mengesahkan bahawa mereka telah dikumpulkan di sebuah rumah transit di Kampung Bharu yang dijaga oleh OKT1 dan OKT2 sebelum mereka pulang ke Indonesia. Pada 27.06.2023 jam lebih kurang 11.00 malam, semasa PATI-PATI berada di pesisir pantai Segari, mereka telah dimaklumkan bahawa bot tidak jadi berlayar pada malam itu, jadi mereka telah diangkut secara bergilir-gilir oleh OKT3 dan OKT10 untuk dibawa ke rumah transit Kampung Bharu. Mereka camkan OKT3 menggunakan kereta jenis Proton Wira warna coklat gelap nombor pendaftaran WHB 7928 manakala OKT10 pula menggunakan motorvan jenis Toyota Hiace 2.5 (D) warna putih nombor pendaftaran PMF3372. Mereka telah diangkut secara bergilir-gilir. [22] Semasa tiba di rumah transit di Kampung Bharu, PATI-PATI telah ditempatkan di dalam bilik-bilik kosong ynag disediakan oleh OKT1. Di sana, sepanjang masa mereka dijaga oleh OKT1 dan OKT2. OKT1 dan OKT2 telah memberikan mereka makanan, minuman dan bahan-bahan untuk memasak. [23] Pada 29.06.2023 jam lebih kurang 10 malam, PATI-PATI telah diangkut oleh OKT3 dan OKT10 menuju semula ke kawasan hutan berdekatan pesisir pantai Segari dengan menggunakan kenderaan yang sama. Mereka diangkut secara bergilir-gilir memandangkan bilangan mereka yang ramai. Apabila sampai di sana, mereka telah diturunkan dan diarahkan oleh dua tekong darat untuk berjalan kaki menuju ke tepi pantai. Walau bagaimanapun, bot yang mereka ingin naiki telah pecah dan oleh itu semua PATI telah lari ke dalam ladang sawit yang berdekatan untuk menyelamatkan diri. [24] Hasil siasatan ke atas kereta jenis Proton Wira warna coklat gelap nombor pendaftaran WHB 7928 mendapati pemilik berdaftar ialah Mary a/p Kaliasam @ Sockalingam. Mary mengesahkan telah menjual kereta tersebut kepada OKT3 pada 27.10.2020 namun tiada pertukaran nama di dalam geran dibuat kerana OKT3 sering menangguhkan urusan tersebut. [25] Semakan pemilik kenderaan ke atas menggunakan motorvan jenis Toyota Hiace 2.5 (D) warna putih nombor pendaftaran PMF3372 pula mengesahkan bahawa motorvan tersebut didaftarkan atas nama Devi a/p Muniandy iaitu isteri OKT10. Isteri OKT10 mengesahkan motorvan tersebut digunakan oleh OKT10 untuk tujuan mengangkut pekerja-pekerja estet di Sitiawan. Adakalanya motorvan tersebut disewakan kepada orang. Pada bulan June 2023, OKT10 ada memaklumkan kepada isterinya bahawa OKT3 telah meminta OKT10 untuk membawa motorvan bagi mengambil warga Indonesia untuk dibawa sembahyang. Pada awalnya OKT3 mahu menyewa van itu, tetapi OKT3 meminta OKT10 yang pandu dan memberikan tambahan sewa RM50. Hal ini kerana OKT3 juga akan membawa warga Indonesia tersebut dengan memandu keretanya sendiri. [26] Selanjutnya, keterangan daripada kesemua PATI juga menyatakan bahawa OKT8 dan OKT9 merupakan individu utama yang telah mengatur pergerakan mereka dari Selangor hingga ke rumah transit dan seterusnya ke pesisir pantai Segari untuk menaiki bot. Keterangan juga mengesahkan bahawa OKT8 dan OKT9 akan menerima bayaran daripada OKT4 dan OKT5 setelah OKT4 dan OKT5 mengangkut PATI dan dihantar ke rumah-rumah transit yg berkaitan. Hasil siasatan mendapati bahawa OKT8 dan OKT9 akan mengatur kemasukan bot-bot untuk mengambil PATI di pesisir pantai Segari untuk diseludup keluar dari Malaysia. Kesemua PATI mengecamkan OKT8 dan OKT9 yang berada di pesisir pantai Segari yang mengawasi mereka semua berjalan di dalam hutan dengan menggunakan parang. Semua PATI dikehendaki mengikut semua arahan OKT8 dan OKT9 semasa berada di tepi pesisir pantai tersebut. [27] Hasil siasatan juga mendapati bahawa setiap OKT memainkan peranan yang berbeza dalam urusan penyeludupan seramai (35) orang migran warganegara Indonesia keluar dari Malaysia. Oleh yang demikian, berdasarkan siasatan yang telah dilakukan, adalah didapati bahawa:- i. OKT1 dan OKT2 telah melakukan kesalahan bawah s.26H(1)(a) ATIPSOM 2007 dibaca bersama s.34 Kanun Keseksaan; ii. OKT3, OKT4, OKT5 dan OKT10 telah melakukan kesalahan bawah s.26J ATIPSOM 2007; dan iii. OKT5 & OKT6 telah melakukan kesalahan bawah s.26H(1)(a) ATIPSOM 2007 dibaca bersama s.34 Kanun Keseksaan. HUJAHAN MITIGASI OKT 8 DAN OKT9 [28] Peguambela terpelajar bagi OKT8 dan OKT9 berhujah bahawa kedua-dua OKT berumur 36 tahun bekerja diladang ternakan. OKT8 dan OKT9 sudah berkahwin mempunyai dua orang anak dan juga mempunyai tanggungan ibu bapa di negara asal mereka. Mengakui mereka telah membuat kesalahan dan mereka memohon satu hukuman penjara yang minimum dari tarikh tangkap. HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN [29] Manakala pihak pendakwaan berhujah bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKT8 dan OKT9 merupakan kesalahan yang amat serius kerana ianya boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman Negara. Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 26A Akta 670 penjara maksima selama 15 tahun. [30] Pihak pendakwaan memohon Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara yang lama ke atas OKT8 dan OKT9 dan hukuman berbentuk deteran adalah dituntut untuk menjaga kepentingan awam. DAPATAN DAN KEPUTUSAN [31] Dalam kes ini, OKT8 dan OKT9 telah mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta 670 dibacakan, diterangkan dan difahami kesan dan akibat sekiranya OKT8 dan OKT9 mengaku salah. Sehubungan dengan itu, dalam memberi pertimbangan ke atas jangka masa tempoh pemenjaraan ke atas mereka, saya perlu memperingati diri saya berkaitan dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT8 dan OKT9. Saya membuat rujukan kepada kes In R v. Ball 35 Cr App R 164 yang memerlukan Mahkamah mempertimbangkan jenis kesalahan yang dilakukan, apa yang menyebabkan kesalahan ini dilakukan dan latar belakang pesalah semasa kesalahan itu dilakukan seperti berikut: "Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe. It is for those reasons and with these purposes in view, that before passing sentence the court hears evidence of the antecedents and character of every convicted person. It follows that when two persons are convicted together of a crime or series of crimes in which they have been acting in concert, it may be right, and very often is right, to discriminate between the two to be lenient to the one and not to the other. The background, antecedents and character of the one and his whole bearing in court may indicate a chance of reform if leniency is extended, whereas it may seem that only a harsh lesson is likely to make the other stop in his criminal career. The argument that a severe sentence on one prisoner must be unjust because his fellow prisoner, who was convicted of the same crime, received a light sentence or none at all, has neither validity nor force. The differentiation in treatment is justified if the court, in considering the public interest, has regard to the differences in the characters and antecedents of the two convicted men and discriminates between them because of those differences." [32] Saya juga tertarik dengan ucapan yang diberikan oleh YMM Raja Azlan Shah, Hakim Mahkamah Agong (pada ketika itu) dalam kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] 1 LNS 139 seperti berikut: "Is the sentence harsh and manifestly excessive? We would paraphrase it in this way. As this is an appeal against the exercise by the learned judge of a discretion vested in him, is the sentence so far outside the normal discretionary limits as to enable this court to say that its imposition must have involved an error of law of some description? I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v. Jamieson [1952] ac 525 at 549). It is for the reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentence; whilst others equally conscientious have thought in their duty to view the same crimes the leniency. Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judges" [34] Nada yang sama telah diucapkan oleh YA Azahar Mohamed JCA (pada ketika itu) dalam kes PP v. Ramakrishnan Subramaniam & Ors [2012] 9 CLJ 443 seperti berikut : "Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada, setiap orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk kesalahan yang dilakukan. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu". [35] Sehubungan dengan itu, saya telah memberi pertimbangan kepada jenis kesalahan yang dilakukan, apa yang menyebabkan kesalahan ini dilakukan dan latar belakang OKT8 dan OKT9 semasa kesalahan ini dilakukan. [36] Pada masa yang sama, saya turut memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor mitigasi OKT8 dan OKT9 sebelum menjatuhkan hukuman terutamanya OKT8 dan OKT9 telah mengaku salah, OKT8 dan OKT9 telah berasa kesal atas kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji untuk tidak akan melakukan sebarang kesalahan jenayah di masa akan datang. Dalam kes Sau Soo Kim v. PP [1975] 1 LNS 158 Lee Hun Hoe CJ (Borneo) menyatakan: "Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses." [37] Dalam memberi pertimbangan terhadap faktor mitigasi OKT8 dan OKT9, saya turut mengingatkan diri saya bahawa saya juga perlu memberikan pertimbangan yang utama ke atas faktor kepentingan awam berbanding dengan faktor kepentingan OKT8 dan OKT9 sebagaimana yang diputuskan dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102. [38] Saya juga memberi perhatian bahawa pengakuan salah OKT8 dan OKT9 tidak semestinya bermakna suatu diskaun secara mutlak patut diberikan kepada OKT8 dan OKT9. Faktor-faktor lain juga perlu diberi pertimbangan oleh saya terutamanya jenis kesalahan dan bagaimana kesalahan itu dilakukan. OKT8 dan OKT9 merupakan individu utama yg telah mengatur pergerakan migran-migran dari Selangor hingga ke rumah transit dan seterusnya ke pesisir pantai Segari untuk menaiki bot. Dalam hal yang demikian, pengakuan bersalah OKT8 dan OKT9 tidak sepatutnya diberi pertimbangan secara berlebihan atau diberikan diskaun secara melulu. Dalam kes PP v. Bachik Abdul Rahman [2004] 2 CLJ 572 telah diputuskan seperti berikut: "One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so may the demands of public interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment." (Penekanan diberikan) [39] Setelah memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor yang dinyatakan di atas, saya berpendapat adalah menjadi tugas saya untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas OKT8 dan OKT9 bagi melindungi kepentingan awam dan sebagai langkah pencegahan memandangkan jenayah yang melibatkan penyeludupan manusia semakin berleluasa pada masa kini. Pertimbangan kepada kepentingan OKT8 dan OKT9 dan prinsip-prinsip hukuman yang lain seperti pengakuan salah, umur OKT8 dan OKT9, latar belakang dan keinsafan OKT8 dan OKT9 seharusnya dipertimbangkan dalam konteks kes ini. [40] Seterusnya, trend hukuman semasa yang diberikan bagi kesalahan sebegini juga patut diteliti dan dijadikan pedoman dalam menentukan jumlah hukuman pemenjaraan yang sesuai kepada OKT8 dan OKT9. Dalam hal ini, saya arahkan pemerhatian saya kepada kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 209 yang telah diputuskan seperti berikut: “In assessing the length of custodial sentence, the Court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and, fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentencer in passing a sentence of greater length than what the facts of the offence warrant. The gravity of the type of offence involved must be considered in the light of the particular facts of the offence... The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentencer in passing a sentence of greater length than what the facts of the offence warrant. The gravity of the type of offence involved must be considered in the light of the particular facts of the offence. As stated by James LJ in R v. Ladd & Tristam [1975] Cr LR 50; Thomas Encyclopaedia of Current Sentencing Practices, p 1058. We have to look at the overall picture of what is the right sentence for the total involvement, the total degree of criminality involved, and we have to keep the sentences in perspective with the sentences that have been passed on other occasions for offences involving criminal activity of this kind, though of course varying in their gravity. Clearly a deterrent element has to be involved, but because the offences are very serious, it does not necessarily follow that on the particular facts very long sentences are justified.” (Penekanan diberikan) [41] Saya turut melihat kepada trend hukuman semasa bagi kes-kes yang telah diputuskan melibatkan kesalahan yang serupa dengan kes ini yang mana hukuman yang diberikan adalah dalam lingkungan 5 tahun sehingga 8 tahun. KESIMPULAN [42] Sehubungan dengan pemerhatian saya dan dapatan saya di atas, serta berpandukan kepada trend hukuman semasa bagi kes-kes yang melibatkan kesalahan yang serupa, maka saya berpendapat hukuman penjara selama 54 bulan dari tarikh tangkap 8.7.2023 yang dihadapi oleh OKT8 dan OKT9 adalah berpatutan. Dengan itu, saya berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan ke atas OKT8 dan OKT9 adalah berlandaskan prinsip-prinsip hukuman yang betul dan berpatutan. Tarikh:
11
11.09.2024 Pihak-Pihak: Pendakwa Raya bagi pihak Perayu. Kamar Peguam Negara Aras 5, No. 45, Lot 4G7, Presint 4 Persiaran Perdana 62100 Putrajaya TPR: Puan Afigah Izzati Tetuan Francis & Co bagi pihak Responden. Peguamcara & Peguambela No. 15-1, Jalan Intan 2
05
05.6234613 Faks: 05.6235613 Emel: fsco_ti@yahoo.com Peguamcara: Encik Francis a/l Sinnappan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.