Content
Dalam Mahkamah Sesyen Di Kuala Lumpur Dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Guaman Sivil No.: WA–A52NCvC–991–11/2024 Antara
WA-A52NCvC-991-11/2024
Sessions Court of Malaysia10 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n terhadap defendan-defendan supaya dikehendaki membayar sewa rumah yang akan ditentukan oleh mahkamah sebagai pemegang premis-premis tersebut yang lepas masa (holding over) menurut seksyen 28(4)(a), Civil Law Act 1956 dari 16-8-2024 sehingga tarikh milikan kosong sepenuhnya premis-premis diserah oleh defendan-defendan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Dalam Mahkamah Sesyen Di Kuala Lumpur Dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Guaman Sivil No.: WA–A52NCvC–991–11/2024 Antara
1
Tan Kean Hock (No K/P: 711003-07-5405)
2
Tan Hong Poo @ Tan Hong Poh (No. K/P: 410404-08-5955) ...Plaintif-Plaintif
1
Gajjn Singh A/L Bhan Singh Pannu (No. K/P: 491117-71-5069)
2
Penghuni-Penghuni dan/atau Penduduk-Penduduk premis-premis No. 27 (Tingkat Bawah) & 27A (Tingkat Satu), Jalan Haji Salleh, 51000 Sentul, Kuala Lumpur. ...Defendan-Defendan ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Pada 10 hari bulan September, 2025, saya telah membenarkan Notis Permohonan Plaintif-Plaintif bertarikh 12 hari bulan Mac, 2025 (Lampiran 9) untuk Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, dengan kos sebanyak RM3,000.00. 24/10/2025 20:13:36 WA-A52NCvC-991-11/2024 Kand. 35 TUNTUTAN PLAINTIF [2] Plaintif memohon di bawah Aturan 14 untuk perintah-perintah seperti berikut:
a
Bahawa Penghakiman Terus dimasukkan terhadap defendan-defendan supaya menyerahkan milikan kosong sepenuhnya premis No. 27 (Tingkat Bawah dan Premis No. 27A ( Tingkat Satu) jalan Haji Salleh 51000 Sentul Kuala Lumpur kepada plaintif-plaintif dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman
b
Bahawa Penghakiman Terus dimasukkan terhadap defendan-defendan supaya dikehendaki membayar sewa rumah yang akan ditentukan oleh mahkamah sebagai pemegang premis-premis tersebut yang lepas masa (holding over) menurut seksyen 28(4)(a), Civil Law Act 1956 dari 16-8-2024 sehingga tarikh milikan kosong sepenuhnya premis-premis diserah oleh defendan-defendan kepada plaintif
c
bahawa kos permohonan ini dibayar oleh defendan-defendan
d
dan apa apa-apa relif lain yang sesuai. LATAR BELAKANG [3] Premis yang menjadi perkara pokok tuntutan di dalam kes ini pada asalnya telah disewakan kepada Panny Company Sdn Bhd untuk tempoh tiga tahun dari 1-1-1990 sehingga 1-1-1993. Pada masa itu premis tersebut dimiliki oleh plaintif kedua dan Kerk Siew Peng secara bersama iaitu setengah bahagian setiap orang. [4] Dalam tahun 1992, bahagian milik Kerk Siew Peng telah dipindah milik kepada plaintif pertama selepas kematian Kerk Siew Peng. Plaintif pertama adalah cucu kepada gemulah Kerk Siew Peng. [5] Walaupun perjanjian sewaan telah tamat , defendan-defendan terus tinggal di premis tersebut. [6] Pada 16.7.2024 satu notis penamatan telah dikeluarkan (Notice to Quit) kepada defendan-defendan dan menghendak defendan-defendan memberi milikan kosong penuh premis kepada plaintif-plaintif dalam masa tiga puluh hari. ALASAN DEFENDAN MENENTANG PERMOHONAN [7] Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah pramatang atas alasan bahawa Notis untuk Keluar bertarikh 16.07.2024 (“Notis untuk Keluar tersebut”) bagi tindakan ini dikeluarkan terhadap pihak-pihak yang tiada kaitan dengan Perjanjian Sewaan tersebut. Defendan Pertama hanya pengarah syarikat PCSB dan bukanlah penyewa Premis tersebut. [8] Notis Untuk keluar tersebut telah diisukan oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan Pertama. Sebelum Notis untuk Keluar tersebut dikeluarkan, satu Notis untuk Keluar bertarikh 17.05.2024 telah diisukan oleh Plaintif-Plaintif juga terhadap Defendan Pertama. [9] Di dalam menentang permohonan untuk Penghakiman Terus, defendan pertama mendakwa bahawa Notis Untuk Keluar ( Notis to quit) adalah defektif kerana premis itu disewakan kepada Syarikat Pannu Sdn Bhd dan defendan pertama bukan penyewa, tetapi hanya tinggal di sana. [10] Defendan pertama mengakui sebahagian dari milikan kosong telah diberikan pada 20.1.2025. ANALISA DAN DAPATAN DEFENDAN PERTAMA ADALAH PENYEWA BULANAN [11] Defendan yang menduduki premis tersebut sejak dari awal lagi dan terus mendudukinya walaupun sewaan dengan syarikat Pannu telah luput. [12] Notis yang dikeluarkan oleh peguam cara plaintif pertama adalah di atas nama peribadi defendan pertama sendiri dan bukan di atas nama Syarikat Pannu. Di dalam Notis tersebut, defendan pertama yang dinamakan bukan Pannu Company. Defendan pertama yang dikehendaki menyerahkan milikan kosong. [13] Defendan pertama tidak membantah notis di atas nama beliau. Defendan pertama tidak menyatakan bahawa Syarikat Pannu sepatutnya dinamakan. [14] Terdapat deraf perjanjian di antara plaintif pertama dengan defendan pertama untuk sewaan. Bermakna, pihak-pihak tidak menyambung lagi perjanjian yang telah tamat dan kedua-dua pihak sedar yang defendan pertama yang menduduki premis itu dan membayar sewa. Deraf tersebut tidak bertukar menjadi perjanjian sewaan. [15] Namun , boleh difahamkan dari deraf perjanjian sewaan itu, Syarikat Pannu bukan lagi penyewa premis. Sebaliknya defendan pertama yang menjadi penyewa baru. Defendan pertama adalah penyewa bulanan memandangkan tidak ada perjanjian sewaan bertulis bagi tempoh berapa lama. [15] Maka, saya mendapati notis yang dikeluarkan tidak cacat. DEFENDAN PERTAMA MENGAKU MEMBERI SEWA ATAS SEWA KEPADA DEFENDAN KEDUA [16] Dalam afidavit defendan pertama, defendan pertama mengakui bahawa sebahagian dari premis itu di sewakan atas sewa (sublet) kepada defendan kedua. [17] Pada atau sekitar 31.12.2024, PCSB dan penghuni-penghuni lain yang dirujuk sebagai Defendan Ke-2 dalam tindakan ini telah keluar dari Premis tersebut dan telah memberikan notis kepada peguam cara Plaintif pada 10.01.2025. Milikan kosong Premis tersebut telah diserahkan pada 20.01.2025. [18] Sewaan atas sewa dilakukan tanpa mendapat kebenaran dari plaintif. DEFENDAN PERTAMA GAGAL MEMBERIKAN MILIKAN KOSONG KEPADA PLAINTIF [19] Defendan pertama di dalam pembelaan dan afidavit menentang permohonan Penghakiman Terus ini menyatakan bahawa penghuni bahagian belakang tingkat bawah Premis tersebut enggan mematuhi sebarang permintaan PCSB untuk keluar dari Premis tersebut dan memberikan alasan bahawa mereka adalah penyewa secara terus kepada Plaintif Pertama [20] Memandangkan defendan pertama telah menyewakan sebahagian dari premis tersebut kepada defendan kedua, maka menjadi tanggungjawab Defendan pertama untuk memastikan defendan kedua mematuhi Notis Untuk Keluar yang dikeluarkan oleh peguam cara plaintif pertama di mana plaintif pertama diberikan kuasa untuk bertindak bagi pihak plaintif kedua. [21] Kegagalan defendan kedua yang merupakan sub-tenant kepada defendan pertama mematuhi notis untuk keluar akan menyebabkan defendan pertama bertanggungjawab ke atas kegagalan ini. [22] Adalah jelas, perbuatan defendan pertama dan kedua untuk terus menghuni premis tersebut selepas tamat tempoh masa yang diberikan di dalam Notis Untuk Keluar, melayakkan plaintif-plaintif mendapat mesne profit bagi tempoh tersebut . Ini kerana plaintif-plaintif tidak memberi sebarang kebenaran untuk defendan-defendan terus menghuni premis tersebut selepas tamat tempoh. [23] Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan ROHASASSETS SDN BHD v. WEATHERFORD (M) SDN BHD & ANOR [2020] 1 CLJ 638 yang memutuskan bahawa penyewa yang berterusan menduduki premis selepas tamat tempoh sewaan dan diberitahu untuk mengosongkan premis, tanpa kebenaran tuan tanah adalah bertanggungjawab membayar mesne profit. Ini dikira sebagai hukuman ke atas perbuatan penyewa yang enggan keluar selepas tamat tempoh. Di dalam kes tersebut diputuskan seperti berikut:
5
To entitle the landlord to charge double rent, there must be a failure or a refusal by the tenant to give up possession after being told to do so by the landlord. This has to be so because the landlord’s claim is actually not rent but a penal sum which the former tenant has to pay for the inconvenience and loss the tenant causes the landlord in refusing to give up possession. The court’s duty in a claim under s. 28(4)(a) of the CLA is merely to determine whether the option to charge double rent had been exercised properly and lawfully by the landlord. The court is not concerned with contumacious conduct on the part of the tenant who holds over. Even if the tenant is not guilty of contumacious conduct, the tenant is still liable to pay double rent if the landlord has decided to charge double rent and does not consent to the tenant’s holding over and has asked the former tenant to vacate the premises. (paras 89 & 90)
6
Therefore, the question in the present appeal was not whether the respondents were holding over contumaciously or otherwise after the expiry of the tenancies but whether they were holding over with or without the appellant’s consent, express or implied by conduct KESIMPULAN [24] Di dalam kes ini saya mendapati bahawa Notis Penamatan dan Meminta Keluar Premis yang dikeluarkan oleh plaintif adalah teratur dan defendan pertama gagal mematuhinya. Maka saya mendapati tiada isu untuk bicara. Oleh yang demikian, permohonan Penghakiman Terus dibenarkan dengan kos. Bertarikh pada hari ini 14/10/2025. Zaman bin Mohd Noor Mahkamah Sesyen Sivil 1 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.