Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (2) DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH : BA-45B-22-05/2019 & BA-45B-19- 04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
BA-45B-22-05/2019
High Court of Malaysia2 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“rsekutuan di dalam kes Wan Yurillhami Wan Yaacob & Anor v PP [2010] 1 CLJ 17 seperti berikut: “[29] It is a well established principle of law in dealing with the criminal liability under s.34 of the Penal Code that a pre-concert or pre-planning may develop on the post or during the course of the commission of the offen”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.” [12] Berpandukan kepada prinsip undang-undang di atas, Mahkamah ini hendaklah meneliti semua keterangan saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen termasuk barang kes yang ditandak”
“akwaan di bawah seksyen 300(c) KK. [51] Mahkamah ini juga mengambil maklum mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini di dalam kes Muhammad Akmal Zuhairi bin Azmal & Yang Lain v. Pendakwa Raya [2024] CLJU 1658 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 yan”
“n fakta di dalam kes ini. [52] Mengenai identiti tertuduh-tertuduh di dalam kes ini, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Abdullah bin Atan v PP and another appeal [2020] MLJU 1244 yang mana YAA Tengku Maimun Binti Tuan Mat said as follows: Section 180(4) of the CPC must be read in th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (2) DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH : BA-45B-22-05/2019 & BA-45B-19- 04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
5
NG SHEN YIK ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Kesemua OKT telah dipertuduhkan dengan satu pertuduhan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama bagi kesalahan membunuh seorang lelaki bernama Mohammad bin Idris (860706-12-5287) (simati) antara jam 4.00 pagi hingga jam 4.30 pagi pada 12.12.2018 bertempat di hadapan di Hotel Sealion Lorong Bt Nilam Bdr Bukit Tinggi, di dalam Daerah Klang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. [2] Kesemua tertuduh telah mohon untuk dibicarakan bagi pertuduhan tersebut setelah pertuduhan dibacakan terhadap kesemua tertuduh. [3] Perbicaraan kes ini ini bermula pada 4.4.2023 di hadapan YA Hakim Mahkamah Tinggi Tuan Hasbullah bin Adam. Saya telah diarahkan untuk meneruskan perbicaraan kes disebabkan perpindahan YA Hakim Tuan Hasbullah bin Adam. Kes diteruskan pada 1.3.2024 dan pihak-pihak tidak bercadang memanggil semula mana-mana saksi yang telah dipanggil terdahulu. FAKTA KES [4] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 17 saksi sebelum menutup kes pendakwaan yang mana saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut: Saksi Nama Peranan SP1 L/Kpl Khesavan a/l Irajandiran Jurustor SP2 Kpl Tengku Mohammad Zhuhrie bin Tengku Noor Hadi Pengadu Laporan FIR SP3 Norminah binti Idris Kakak simati SP4 Aslan bin Idris Adik simati SP5 Saddam bin Idris Adik simati SP6 ASP Kamarul Faizal bin Zakaria Pegawai Tangkapan (OKT1) SP7 ASP Zamrus bin Zakaria Pegawai Tangkapan (OKT2) SP8 Kpl Mohd Rizirman bin Junoh Jurufoto SP9 Dr Puvaneswary a/p Sangaran Doktor yang mengesahkan kematian SP10 Sjn Mohd Naim bin Marzuki Anggota yang menerima decoder CCTV di Unit Siasatan Audio Video, Makmal Forensik PDRM SP11 Arifin bin Isnain Pekerja Hotel Sealion SP12 Azrin bin Simin Rakan simati SP13 Insp Nur Farah Syuhada binti Hamdan Juruanalisa Unit Siasatan Audio Video, Makmal Forensik PDRM SP14 Lim Hui Boon Pekerja yang menyerahkan decoder CCTV SP15 Dr Nur Ayutimasery binti Abdullah Pakar Perunding Forensik SP16 Insp Mohd Imran bin Dzulhainan Pegawai Tangkapan (OKT3, OKT4 dan OKT5) SP17 ASP Ambri bin Mat Nayan Pegawai Penyiasat [5] Ringkasan naratif kes pendakwaan adalah seperti berikut: - i. Pihak pendakwaan telah memanggil SP11 Arifin bin Isnain yang bekerja sebagai penjaga kaunter di Hotel Sealion pada waktu kejadian. Ketika itu, SP11 ditemani oleh seorang sekuriti bernama ‘Elangkumar’. ii.Ketika SP11 sedang bekerja, tiba-tiba telah datang seorang lelaki berpakaian wanita iaitu simati yang ingin membuka pintu premis tetapi tidak berjaya kerana pintu premis berkunci. SP11 kemudian nampak simati dikejar oleh 3 lelaki Cina dan dengar bunyi di luar premis. iii.SP11 turut mendengar suara simati menjerit “Bukan saya yang ambil” dan dapat dengar dengan jelas kerana ketika itu simati berada di hadapan pintu premis. SP11 juga mendengar 3 lelaki Cinta itu memarahi simati. iv.Tidak lama kemudian, SP11 menyatakan setelah mereka beredar dari premis, ‘Elangkumar’ masuk ke dalam premis dan beritahu SP11 untuk hubungi polis. ‘Elangkumar’ suruh hubungi polis kerana simati itu sudah terbaring bersebelahan premis tempat kerja SP11. v.SP11 kemudian telah menghubungi pihak polis dan ketika pihak polis sampai, SP11 beritahu apa yang berlaku. Pihak polis kemudian meminta SP11 untuk hubungi ambulans dan selepas itu meneruskan kerjanya semula. SP11 menyatakan SP11 tidak tahu bagaimana simati sudah terbaring di luar premis itu. vi.Ambulans kemudian tiba di tempat kejadian dan membawa simati ke hospital. Ketika itu, SP12 Azrin bin Simin turut mengiring simati di dalam ambulans. vii.Meskipun tiada mana-mana saksi yang dapat menerangkan bagaimana simati terbaring di tempat kejadian, terdapat rakaman CCTV di kawasan tersebut yang merakam kejadian ini. viii.Pihak pendakwaan telah mengemukakan rakaman CCTV P26 yang telah dianalisa oleh SP13 Insp Nur Farah Syuhada di mana rakaman CCTV ini telah dikeluarkan dari decoder P7(B) yang diserahkan oleh SP14 Lim Hui Boon kepada SP17 ASP Ambri bin Mat Nayan. SP13 juga ada mengemukakan hasil analisa sepertimana di laporan P27. ix.Rakaman CCTV P26 telah dimainkan beberapa kali di Mahkamah yang Mulia ini dan dilihat terdapat 5 lelaki sedang memukul seorang yang berpakaian seperti wanita yang mana telah dicamkan oleh SP12 Azrin bin Simin sebagai simati. x.5 lelaki yang dilihat memukul simati di dalam rakaman CCTV P26 telah dicamkan oleh SP17 sebagai OKT-OKT dan SP17 telah menerangkan peranan setiap OKT di mana kesemua OKT dilihat memukul simati secara berselang seli dan berkali-kali. xi.SP17 juga telah membuat perbandingan gambar OKT-OKT dengan gambar di dalam rakaman CCTV di mana gambar perbandingan tersebut telah dikemukakan sebagai P53(1-5). xii.Hanya SP17 sahaja yang membuat pengecaman bahawa OKT4 dan OKT-OKT yang lain adalah individu-individu yang memukul simati dalam rakaman CCTV tersebut. xiii.Tiada bukti forensik lain seperti kesan DNA atau kesan cap jari dikemukakan. Pendakwaan bergantung penuh kepada keterangan CCTV untuk mengaitkan kesemua OKT dengan pertuduhan. PRINSIP UNDANG-UNDANG MENGENAI BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [6] Di akhir kes pendakwaan, adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian kes adalah terletak di bahu pihak pendakwaan untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT sebelum OKT-OKT dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan tersebut. [7] Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan seperti berikut: “Procedure after conclusion of case for prosecution
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [8] Di dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311, Mahkamah Agong telah memutuskan: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt". [9] Menyentuh isu yang sama, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menyatakan: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question : If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal". [10] Dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan memutuskan: "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ' prima facie case ' in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase 'prima facie case ' is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. [22]...Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case". [11] Selanjutnya di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[8] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.” [12] Berpandukan kepada prinsip undang-undang di atas, Mahkamah ini hendaklah meneliti semua keterangan saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen termasuk barang kes yang ditandakan sebagai eksibit untuk menilai secara maksima sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facies ke atas OKT-OKT. ELEMEN-ELEMEN YANG PERLU DIBUKTIKAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN [13] Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) memperuntukkan: “Punishment for murder
302
Whoever commits murder shall be punished with death” [14] Seksyen 302 KK memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan membunuh. Seksyen 300 KK menggariskan hal-hal keadaan yang dikatakan seseorang itu telah melakukan kesalahan membunuh orang. Pihak pendakwaan bergantung kesnya kepada peruntukan seksyen 300(c) KK. “Murder
300
Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder—
c
if it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or” [15] Seksyen 34 KK pula memperuntukkan: “Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone
34
When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone.” [16] Di dalam kes ini, pihak pendakwaan menghujahkan kesemua elemen-elemen yang perlu dibuktikan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan seperti berikut:
i
Simati adalah Mohamad bin Idris;
II
(ii) Simati telah mati akibat bencana tubuh/kecederaan yang di alaminya;
III
(iii) Bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh simati adalah akibat perbuatan OKT-OKT;
IV
(iv) OKT-OKT berniat untuk mendatangkan bencana tubuh ke arah simati dan bencana tubuh itu cukup ada lazimnya menyebabkan kematian; dan
v
OKT-OKT melakukan perbuatan tersebut dalam mencapai niat bersama mereka untuk membunuh simati. Simati Telah Mati Akibat Bencana Tubuh/Kecederaan Yang Di Alaminya [17] Dr Nur Ayutimasery binti Abdullah, seorang pakar perunding forensik telah menjalankan bedah siasat terhadap si mati pada 13.12.2018 jam lebih kurang 4.00 petang. [18] SP15 telah membuat pemeriksaan luaran terhadap jasad simati dan mendapati bahawa simati mengalami 32 kumpulan kecederaan yang merupakan: 1) 12 kumpulan kecederaan pada bahagian kepala yang terdiri daripada luka koyak, lebam dan luka calar; 2) 2 kumpulan lebam pada leher; 3) 3 kumpulan lebam pada belakang; 4) 13 kumpulan kecederaan pada kedua-dua belah lengan dan tangan yang terdiri daripada kecederaan lebam dan calar; 5) 1 kumpulan luka calar pada lutut kiri; dan 6) 1 lebam pada bahagian dada. [19] SP15 menyatakan bahawa 13 kumpulan daripada 32 kumpulan tersebut merupakan lebam memanjang berganda selari dan lebam memanjang yang terhasil akibat hentakan kuat objek tumpul yang bersifat memanjang dan mempunyai keratin rentas samada bulat atau 4 segi seperti batang kayu atau batang besi. [20] Kumpulan-kumpulan kecederaan yang lain diakibatkan oleh hentakan objek tumpul. [21] Hasil pemeriksaan dalaman pula, SP15 mendapati terdapat: 1) Perdarahan yang teruk di bawah kulit kepala dan kedua-dua otot pada sisi tengkorak kepala telah lebam; 2) Retak pada tengkorak kepala yang teruk dan melibatkan hampir kesemua tulang pada tengkorak kepala; 3) Pendarahan di luar selaput otak yang teruk pada sisi kanan dan bahagian belakang otak; 4) Pendarahan di bawah selaput otak yang teruk pada sisi kiri otak dan pada dasar otak; 5) Tompokan pendarahan dibawah selaput araknoid pada kedua belah sisi otak dan bahagian belakang otak; 6) Lebam pada bahagian hadapan otak bersama pendarahan dalam otak pada bahagian hadapan dan bahagian kiri otak. [22] SP15 selanjutnya menyatakan: 1) Hasil pemeriksaan pada bahagian leher tidak menunjukkan sebarang kecederaan dalaman; 2) Pemeriksaan pada bahagian toraks menunjukkan tiada patah pada tulang dada dan tidak terdapat sebarang kecederaan dalaman pada bahagian tersebut; 3) Pemeriksaan pada bahagian abdomen juga tidak menunjukkan sebarang kecederaan dalaman; 4) Pemeriksaan pada tulang rangka menunjukkan patah pada tulang pipi kiri dan retak pada tengkorak kepala seperti yang telah dinyatakan. [23] SP15 kemudian membuat rumusan bahawa punca kematian simati adalah kecederaan teruk pada kepala akibat hentakan oleh objek tumpul dan kecederaan-kecederaan ini secara lazimnya boleh menyebabkan kematian kepada simati. SP15 turut menyatakan bahawa peluang untuk simati diselamatkan (chance of survival) adalah sukar. Jadi, kematian simati yang disebabkan oleh kecederaan kepala yang dialaminya telah dibuktikan. Bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh simati adalah akibat perbuatan OKT-OKT [24] Pihak pendakwaan telah memanggil SP11 Arifin bin Isnain yang bekerja sebagai penjaga kaunter di Hotel Sealion pada waktu kejadian. Ketika itu, SP11 ditemani oleh seorang sekuriti bernama ‘Elangkumar’. [25] Ketika SP11 sedang bekerja, tiba-tiba telah datang seorang lelaki berpakaian wanita iaitu simati yang ingin membuka pintu premis tetapi tidak berjaya kerana pintu premis berkunci. SP11 kemudian nampak simati dikejar oleh 3 lelaki Cina dan dengar bunyi di luar premis. [26] SP11 turut mendengar suara simati menjerit “Bukan saya yang ambil” dan dapat dengar dengan jelas kerana ketika itu simati berada di hadapan pintu premis. SP11 juga mendengar 3 lelaki Cinta itu memarahi simati. [27] Tidak lama kemudian, SP11 menyatakan setelah mereka beredar dari premis, ‘Elangkumar’ masuk ke dalam premis dan beritahu SP11 untuk hubungi polis. ‘Elangkumar’ suruh hubungi polis kerana simati itu sudah terbaring bersebelahan premis tempat kerja SP11. [28] SP11 kemudian telah menghubungi pihak polis dan ketika pihak polis sampai, SP11 beritahu apa yang berlaku. Pihak polis kemudian meminta SP11 untuk hubungi ambulans dan selepas itu meneruskan kerjanya semula. SP11 menyatakan SP11 tidak tahu bagaimana simati sudah terbaring di luar premis itu. [29] Ambulans kemudian tiba di tempat kejadian dan membawa simati ke hospital. Ketika itu, SP12 Azrin bin Simin turut mengiring simati di dalam ambulans. [30] Meskipun tiada mana-mana saksi yang dapat menerangkan bagaimana simati terbaring di tempat kejadian, terdapat rakaman CCTV di kawasan tersebut yang merakam kejadian ini. [31] Pihak pendakwaan telah mengemukakan rakaman CCTV P26 yang telah dianalisa oleh SP13 Insp Nur Farah Syuhada di mana rakaman CCTV ini telah dikeluarkan dari decoder P7(B) yang diserahkan oleh SP14 Lim Hui Boon kepada SP17 ASP Ambri bin Mat Nayan. SP13 juga ada mengemukakan hasil analisa sepertimana di laporan P27. [32] Rakaman CCTV P26 telah dimainkan beberapa kali di Mahkamah yang Mulia ini dan dalam dilihat 5 lelaki sedang memukul seorang yang berpakaian seperti wanita yang mana telah dicamkan oleh SP12 Azrin bin Simin sebagai simati. [33] 5 lelaki yang dilihat memukul simati di dalam rakaman CCTV P26 telah dicamkan oleh SP17 sebagai OKT-OKT dan SP17 telah menerangkan peranan setiap OKT di mana kesemua OKT dilihat memukul simati secara berselang seli dan berkali-kali. [34] SP17 juga telah membuat perbandingan gambar OKT-OKT dengan gambar di dalam rakaman CCTV di mana gambar perbandingan tersebut telah dikemukakan sebagai P53(1-5). [35] Meskipun SP17 dicabar bahawa imej di dalam rakaman CCTV P26 bukanlah OKT-OKT, SP17 masih kekal dengan jawapannya bahawa kesemua OKT di Mahkamah adalah lelaki-lelaki yang sama terakam di dalam rakaman CCTV P26 yang ditayangkan di Mahkamah. [36] Justeru itu, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa OKT-OKT adalah orang yang sama terakam di dalam rakaman CCTV P26 yang dilihat telah memukul simati dan tidak wujud kehadiran orang lain pada waktu OKT-OKT memukul simati. OKT-OKT berniat untuk mendatangkan bencana tubuh ke arah mangsa dan bencana tubuh itu cukup ada lazimnya menyebabkan kematian. [37] Melalui keterangan saksi pakar (SP15), pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa kecederaan yang dialami oleh simati adalah ‘sufficient in the ordinary course of nature to cause death’ seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan. [38] SP15 ketika peringkat pendakwaan telah menjelaskan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati dan menyatakan bahawa kecederaan yang fatal adalah di 12 kumpulan kecederaan di bahagian kepala simati yang terdiri daripada luka koyak, lebam dan luka calar. Kecederaan-kecederaan ini adalah terlalu banyak dan ‘overlap’ pada bahagian kepala dan muka simati dan secara kumulatifnya menyebabkan kecederaan pada kepala. Kecederaan-kecederaan ini adalah secara lazimnya menyebabkan kematian kepada simati. [39] SP15 juga turut menjelaskan objek tumpul adalah sebarang objek tumpul dan berat seperti batang kayu atau batang besi. Khususnya dalam kes ini adalah batang kayu dan batang besi. [40] Meskipun di dalam kes ini tiada sebarang senjata yang dijumpai, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa ianya tidak menafikan fakta bahawa OKT-OKT telah menggunakan senjata tersebut untuk memukul simati. Kes Mahadzir bin Yusof & Anor v PP [2011] 1 MLJ 297 dirujuk yang mana senjata yang digunakan iaitu kayu baseball juga tidak dapat ditemui oleh pihak polis dan justeru itu pihak pendakwaan tidak dapat mengemukakan senjata yang telah digunakan untuk mencederakan simati tersebut. Di dalam ketiadaan senjata tersebut, Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada kes Sunny Ang v Public Prosecutor [1966] 2 MLJ 195 (FC) dan kes Public Prosecutor v Ho Jin Lock and another trial [1993] 3 MLJ 625 dan Mahkamah Rayuan selanjutnya membuat dapatan bahawa: “[119] The evidences clearly showed the cause of death was due to a blunt object possibly the wooden baseball bat which was never recovered. However, this does not mean that without the murder weapon, an otherwise solid case will result in acquittal. This would mean that all criminals will get away scot free due to the non-production of the murder weapon. The usage of the wooden baseball bat was never disputed by both the appellants PW9 and PW14. OKT-OKT melakuan perbuatan tersebut dalam mencapai niat bersama mereka untuk membunuh simati [41] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan adalah merupakan satu persoalan fakta yang perlu ditentukan berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan di mahkamah yang prinsip ini adalah jelas dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Wan Yurillhami Wan Yaacob & Anor v PP [2010] 1 CLJ 17 seperti berikut: “[29] It is a well established principle of law in dealing with the criminal liability under s.34 of the Penal Code that a pre-concert or pre-planning may develop on the post or during the course of the commission of the offence, but the crucial test is that such plan must precede the act constituting the offence. The existence of common intention is a question of fact and in each case it may be proved as a matter of inference from the circumstances of the case. In the present case, although the second appellant was not involved in the negotiation for the sale and purchase of the drugs, it is my judgment that the prosecution has established the common intention between the first appellant and the second appellant to commit the offence of trafficking of the said drugs. The pre-arranged plan of the first appellant and the second appellant to commit the offence can be inferred by reference to the acts of both of them meeting SP7 on 1 August 2001 and the fact that it was the second appellant who delivered the drugs to SP7.” HUJAHAN PIHAK OKT 1, 2, 3, 4 DAN 5 [42] Pihak pembelaan bagi OKT 1, 2, 3, 4 dan 5 (selepas ini dirujuk OKT-OKT) menghujahkan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kesemua elemen pertuduhan di bawah seksyen 300(c) KK kecuali bahawa si mati adalah Mohammad bin Idris. [43] Kesemua peguambela OKT-OKT menerimapakai hujahan bertulis yang difailkan oleh semua peguambela. Manakala peguambela OKT2 selain menerimapakai hujahan peguambela-peguambela lain telah bergantung kepada hujahan lisannya semasa perbicaraan di Mahkamah. Kesemua hujahan-hujahan tersebut dirujuk sebagai “hujahan peguambela OKT-OKT” oleh Mahkamah. Hujahan peguambela OKT-OKT bolehlah dirangkum kepada isu-isu pokok seperti berikut:
a
Si mati telah dimasukkan ke HTAR pada awal pagi 12.12.2018 dan telah meninggal dunia pada 13.12.2018, jam lebih kurang 10.47 pagi. Si mati meninggal dunia lebih kurang 30 jam selepas si mati dimasukkan hospital;
b
Semasa simati dimasukkan ke hospital, mangsa masih bernyawa. Namun selepas diteliti kondisi kecederaan mangsa dan tanda nyawa mangsa adalah stabil, mangsa telah dihantar ke wad biasa kerana tidak lagi mempunyai ancaman terhadap nyawanya;
c
Kematian si mati adalah kerana dibiarkan menemui ajalnya tanpa sebarang rawatan. Si mati ditempatkan di ward pembedahan dan tiada pembedahan dilakukan ke atas si mati. Oleh itu, dihujahkan bahawa kecuaian pihak Hospital telah menyumbang kepada kematian simati;
d
Pendakwaan gagal membuktikan identiti pesalah/penjenayah dalam kes ini;
e
Pihak pendakwaan gagal membuktikan melebihi tahap keraguan yang munasabah bahawa punca kematian si mati adalah keseluruhannya akibat kecederaan yang dialaminya;
f
Pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak pendakwaan kerana-i. gagal memanggil doktor-doktor lain (selain yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan) yang juga merawat simati. ii. Rakaman CCTV tidak mempunyai kualiti yang memuaskan. Pendakwaan gagal memanggil Ins Shahrol yang dikatakan saksi tepat untuk membuktikan rakaman CCTV.
g
Pendakwaan gagal memanggil A4, A5, A6 dan A7 yang berada di tempat kejadian. Tambahan pula, SP17 telah mengambil keterangan A4, A5, A6 dan A7 melalui rakaman percakapan. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [44] Kes Mahkamah Persekutuan Zulkiple Mohamad v PP [2022] 1 CLJ 673, YA Abdul Rahman Sebli HMP (ketika itu) telah memberikan keputusan terperinci mengenai pemakaian seksyen 300(c) KK yang mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: “(2) … It follows that where the case falls under clause (c) of s. 300 of the PC, there is no requirement for the prosecution to prove an intention to cause death under clause (a), or knowledge of the likelihood of death under clause (b) or knowledge of the imminent danger of the act under clause (d). What the prosecution needed to prove in order to bring the case under clause (c) of s. 300 is to show that the injury proved to be present was caused intentionally and not accidentally and that the injury was sufficient in the ordinary course of nature to cause death.” [45] Mahkamah ini bersandarkan kepada prinsip stare decisis terikat dengan keputusan terkini Mahkamah Persekutuan mengenai pemakaian dan tafsiran seksyen 300(c) KK. Dalam erti kata lain, adalah mustahak bagi pihak pendakwaan membuktikan bahawa kecederaan fatal pada mangsa dilakukan dengan niat yang telah menyebabkan kematian pada mangsa. [46] Dengan demikian, persoalannya ialah sama ada OKT-OKT mempunyai niat mencederakan mangsa yang secara lazimnya kecederaan tersebut menyebabkan kematian kepada mangsa. [47] Mahkamah ini telah meneliti laporan bedah siasat si mati dan mendapati terdapat 32 kecederaan di beberapa bahagian badan yang berbeza akibat kejadian pukul yang dilakukan oleh OKT-OKT. [48] Bersandarkan kepada keterangan saksi pendakwaan SP9, jelas bahawa keadaan mangsa semasa di HTAR adalah dalam keadaan stabil. Apabila Mahkamah meneliti gambar postmortem yang ditandakan sebagai eksibit P11, jelas bahawa mangsa tidak dalam keadaan berlumuran darah. Penjelasan wajar diberikan oleh doktor yang merawat mangsa kerana mangsa telah dipindahkan ke ward pembedahan dari wad kecemasan. Malangnya saksi pendakwaan bukanlah saksi yang merawat mangsa ketika mangsa berada di wad kecemasan dan beliau juga tidak dapat memberikan keterangan kenapa mangsa diletakkan di wad pembedahan. Persoalan sama ada mangsa mati akibat kecederaan yang dilakukan telah mengakibatkan kematian mangsa tidak terjawab. Tidak ada juga keterangan yang menunjukkan proses resuscitation dibuat semasa di wad kecemasan. [49] SP15 di dalam keterangannya juga menyatakan bahawa tidak ada apa-apa rawatan yang diberikan kepada simati. Oleh itu, Mahkamah ini berpandangan pihak pendakwaan sewajarnya membawa saksi yang boleh memberi keterangan yang jelas bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah fatal sehingga menyebabkan kematian mangsa. Tambahan pula, mangsa masih bernyawa ketika dibawa ke HTAR dan mangsa telah mati lebih kurang 30 jam selepas dimasukkan ke dalam wad. [50] Mahkamah ini berpandangan bahawa keterangan ini adalah juga mustahak kerana ia boleh membantu Mahkamah ini membuat penilaian maksima dan keputusan atas kes pendakwaan di bawah seksyen 300(c) KK. [51] Mahkamah ini juga mengambil maklum mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini di dalam kes Muhammad Akmal Zuhairi bin Azmal & Yang Lain v. Pendakwa Raya [2024] CLJU 1658 yang mana kes tersebut boleh dibezakan dengan fakta di dalam kes ini. [52] Mengenai identiti tertuduh-tertuduh di dalam kes ini, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Abdullah bin Atan v PP and another appeal [2020] MLJU 1244 yang mana YAA Tengku Maimun Binti Tuan Mat said as follows: Section 180(4) of the CPC must be read in the light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase “credible evidence proving each ingredient of the offence” in section 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
(i)by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii)by drawing inferences of fact i.e. adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii)by invoking presumptions of law, i.e. adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [53] Berdasarkan kepada kes di atas, prinsip undang-undang adalah jelas yang mana pihak pendakwaan boleh menggunakan keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) apabila tidak ada saksi mata yang melihat akan kejadian yang berlaku di tempat kejadian. [54] Oleh itu, apakah bukti keterangan ikut keadaan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di Mahkamah? Pihak pendakwaan telah mengemukakan rakaman CCTV bagi membuktikan Tertuduh-tertuduh di dalam kes ini. [55] Rakaman CCTV tersebut telah dimainkan beberapa kali di Mahkamah terbuka. Ia telah diterima sebagai keterangan pendakwaan dan ditandakan sebagai eksibit P26. Ia merupakan bukti kritikal untuk menguatkan kes pendakwaan mengenai identiti tertuduh-tertuduh dalam kes ini. [56] P26 telah dianalisa oleh Ins Nur Farah Syuhada (SP13) yang mana rakaman CCTV ini telah dikeluarkan dari decoder P7B yang diserahkan oleh Lim Hui Boon (SP14) kepada ASP Ambri Mat Nayan (SP17). Hasil analisa juga dikemukakan di Mahkamah dan ditandakan sebagai eksibit P27. [57] Di dalam rakaman CCTV, Mahkamah jelas melihat identiti kesemua OKT-OKT di tempat kejadian yang telah bertalu-talu memukul simati sehinggalah simati yang berpakaian Wanita rebah di atas lantai yang dicamkan Azrin binn Simin (SP12) sebagai simati. [58] SP17 mengecam OKT-OKT yang memukul simati. Perbandingan juga dibuat oleh SP17 dengan gambar OKT-OKT melalui P53(1-5). [59] Keterangan SP17 telah dicabar oleh pihak pembelaan, namun SP17 kekal dengan keterangannya bahawa OKT-OKT yang memukul simati. [60] Keterangan SP17 juga adalah kuat dan tidak tercabar kerana tidak ada individu/orang lain yang berada di tempat kejadian selain OKT-OKT. [61] Mahkamah ini juga berpandangan bahawa hujahan tambahan yang dikemukakan oleh peguambela OKT4 dan diterimapakai oleh peguambela-peguambela lain adalah tidak bermerit bahawa keterangan P53(1-5) adalah an inadmissible evidence walaupun ia telah diterima oleh Mahkamah ini dan ditandakan sebagai eksibit. [62] Cabaran peguambela OKT4 ke atas P53(1-5) adalah tidak mustahil kerana bukti P53(1-5) jelas menunjukkan identiti OKT-OKT yang terlibat. Menurut peguambela, keterangan yang diberikan oleh SP17 bukanlah keterangan saksi pakar. Peguambela menghujahkan P53 merupakan keterangan sekunder dan bukannya keterangan primer. [63] Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan peguambela OKT4. Di dalam kes ini, pihak pendakwaan juga tidak menghujahkan bahawa SP17 adalah seorang pakar yang mana terjatuh di bawah seksyen 45 Akta Keterangan 1950. Adalah sukar untuk menerima hujahan peguambela bahawa saksi pakar diperlukan untuk memberi keterangan mengenai apa yang dilihat di dalam rakaman CCTV. Keterangan yang diberikan oleh SP17 adalah selari dengan hasil siasatan yang beliau lakukan. Apa yang penting di dalam kes ini adalah Mahkamah tidak meragui rakaman CCTV P26 yang jelas menunjukkan imej OKT-OKT di dalam kes ini. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [64] Setelah membuat penilaian maksima ke atas kes pendakwaan melalui keterangan saksi dan eksibit-eksibit dan membuat penilaian ke atas kredibiliti saksi-saksi bagi pihak pendakwaan, Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie sepertimana pertuduhan kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 KK. [65] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat keterangan-keterangan yang mencukupi yang telah dikemukakan semasa perbicaraan oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan suatu kes prima facie bagi kesalahan menyebabkan kematian tidak terjumlah kepada membunuh (culpable homicide not amounting to murder) yang boleh dihukum di bawah seksyen 304(a) Kanun yang sama. [66] Oleh itu, berdasarkan peruntukan di atas, Mahkamah ini berdasarkan kuasanya di bawah seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah meminda pertuduhan terhadap OKT-OKT seperti berikut: PERTUDUHAN PINDAAN “Bahawa kamu, dengan niat bersama, pada 12.12.2018 antara jam 4.00 pagi hingga jam 4.30 pagi, 2018 bertempat di hadapan di Hotel Sealion Lorong Bt Nilam Bdr Bukit Tinggi, di dalam Daerah Klang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, didapati telah melakukan perbuatan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang ke atas penama MOHAMMAD BIN IDRIS (NO. K/P: 860706-12- 5287). Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.” Hukuman : Jika disabitkan, boleh dijatuhkan dengan hukuman penjara yang boleh sampai 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda. [67] Seterusnya OKT-OKT dipanggil untuk membela diri ke atas pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 304(a) KK tersebut. PENGAKUAN SALAH OKT 1, 3 dan 5 [68] Setelah pertuduhan pindaan dibaca dan diterangkan kepada OKT-OKT, semua OKT telah mengaku salah ke atas pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 304(a) KK. OKT1 disabitkan dengan pertuduhan pindaan. [69] Mitigasi peguambela bagi pihak OKT 1 ialah OKT1 sekarang berumur 25 tahun. Berumur 19 tahun semasa kejadian. Beliau mempunyai 2 orang tanggungan. [70] Manakala OKT 3 dan 5 adalah adik beradik. OKT 3 berumur 17 tahun semasa kejadian dan OKT 5 berumur 16 tahun semasa kejadian dan mempunyai seorang tanggungan iaitu nenek berusia 68 tahun. Merupakan kanak-kanak semasa kejadian dan masih belum cukup matang untuk sedar akan tindakan yang dilakukan ke atas mangsa. [71] OKT5 adalah yang paling muda semasa kejadian. Peguambela memohon supaya pertimbangan sewajarnya dibuat ke atas OKT5 yang sekarang berumur 22 tahun. [72] OKT-OKT telah insaf dan memohon maaf. Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Mohon peluang kedua diberikan. Pohon untuk hukuman paling minima. Hukuman penjara dari tarikh ditangkap. [73] Manakala bagi OKT2, berumur 21 tahun semasa kejadian. Anak tunggal yang dibesarkan oleh ibu tunggal. Ayah telah meninggal dunia. Belajar hingga tingkatan 2. Beliau berhenti belajar dan bekerja membaiki air condition. Berazam apabila bebas kelak akan membantu ibu dan memulakan perniagaan. OKT2 ditangkap pada 14.12.2018. Mohon tempoh pemenjaraan yang singkat. [74] Untuk OKT4, berumur 22 tahun. Beliau berumur 16 tahun semasa kejadian. Kesalahan pertama. Anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Menanggung semu adik beradik. Beliau insaf dan mohon tarikh pemenjaraan bermula dari tarikh ditangkap pada 13.12.2018. [75] Pihak pendakwaan berhujah bahawa pertuduhan pindaan mempunyai hukuman maksima 30 tahun. Satu kesalahan yang serius. Dilihat dari tempoh pemenjaraan yang dikenakan. Satu nyawa telah hilang. Keadaan keluarga simati yang hilang satu nyawa. Hilang seorang anak dan kehilangan seorang abang sebagai tempat bergantung. Kesemua OKT-OKT berumur di bawah umur 21 tahun. Berani melakukan kesalahan yang serius yang mana tidak sepatutnya berlaku. Pertimbangan awam mengatasi kepentingan peribadi. Mohon suatu hukuman berbentuk deterrent. KEPUTUSAN [76] Mahkamah mengambil kira fakta mitigasi pengakuan salah OKT-OKT. Ini adalah kesalahan pertama, umur OKT yang masih muda dan tempoh pemenjaraan yang telah dilalui sebagai satu bentuk
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.