Schedule
Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952 manakala Bromazolam adalah bahan yang secara strukturnya diterbitkan dari 1,4-benzodiazepine dan ditetapkan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952. 21. Berdasarkan prinsip perundangan yang diputuskan di dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] 1 CLJ 250, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan SP4 seharusnya diterima oleh Mahkamah kerana SP4 merupakan seorang pakar dan seorang ahli kimia yang masih di dalam perkhidmatannya. 22. Pihak Pendakwaan selanjutnya berhujah bahawa keterangan ahli kimia dan laporan kimia sepertimana eksibit P38 yang dikemukakan di Mahkamah dengan jelas membuktikan intipati pertama pertuduhan terhadap kedua-dua OKT. BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 17 Elemen (b) : Dadah Berbahaya Tersebut Berada Dalam Milikan OKT1 dan OKT2 23. Intipati kedua yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan dalam kes melibatkan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 adalah bahawa dadah berbahaya tersebut berada dalam milikan kedua-dua OKT. 24. Bagi membuktikan elemen milikan, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP5 dan SP6 yang mengesahkan bahawa ketika waktu kejadian, rumah tersebut disewa oleh OKT1. Bukti dokumen penyewaan adalah sebagaimana Eksibit P48. 25. Pihak Pendakwaan seterusnya berhujah bahawa keterangan SP3 menguatkan lagi naratif kes pendakwaan dan menyatakan seperti berikut: a) Pemerhatian telah dibuat di hadapan unit tersebut selama 10 minit sebelum serbuan dan tiada sebarang pergerakan keluar masuk dalam tempoh tersebut; b) Pintu masuk rumah dalam keadaan berkunci dan telah dibuka oleh OKT1 menggunakan kunci; c) Pemeriksaan di dalam rumah mendapati hanya kedua-dua OKT berada di dalam rumah pada waktu kejadian; d) Hanya kedua-dua OKT sahaja berada di dalam rumah ketika serbuan dijalankan; dan BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 18 e) Dadah-dadah berbahaya dijumpai di ruang yang mudah diakses dan dilihat oleh kedua-dua OKT iaitu di atas lantai ruang tamu dan tepi peti ais di bahagian dapur. 26. Justeru itu, berdasarkan keterangan saksi-saksi di atas, pendakwaan menghujahkan bahawa kedua-dua OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah-dadah berbahaya yang dirampas atas alasan berikut: a) Dadah-dadah berbahaya dijumpai di kawasan terbuka; b) Dadah-dadah berbahaya tersebut juga dalam keadaan mudah dilihat dan bukanlah dalam keadaan ber’seal’ serta tersorok; c) Dadah-dadah berbahaya tersebut dapat dilihat dengan mudah oleh kedua-dua OKT selaku penghuni rumah tersebut. 27. Pihak pendakwaan juga di dalam hujahan balasnya meghujahkan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Zulzamri Zulkifli v PP & Other appeals [2022] CLJU 2348 terpakai dalam kes ini kerana fakta kes yang dirayu adalah mirip kepada fakta kes ini. 28. Oleh yang demikian, berpandukan kepada keterangan saksi-saksi serta prinsip perundangan dalam kes-kes di atas, pihak BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 19 pendakwaan menghujahkan bahawa elemen kedua iaitu milikan telah pun berjaya dibuktikan. Intipati (c): OKT-OKT secara bersama telah mengedarkan dadah berbahaya jenis cannabis 29. Pihak pendakwaan bergantung kepada peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB1952. 30. Dalam kes ini, sebagaimana yang telah dihujahkan, kedua-dua OKT mempunyai milikan ke atas 224.4gram Cannabis yang dijumpai di dalam rumah tersebut. Maka, pihak pendakwaan berhujah bahawa anggapan di bawah seksyen 37(da)(vi) ADB 1952 adalah terpakai. 31. Pihak pendakwaan juga berhujah sehingga kini anggapan di bawah seksyen 37(da)(vi) ADB 1952 tersebut masih gagal diakas oleh pihak pembelaan atas imbangan kebarangkalian. 32. Oleh yang demikian, adalah dihujahkan bahawa elemen ketiga bagi membuktikan kesalahan telah dibuktikan. Elemen (d) : Kedua-Dua OKT Mempunyai Niat Bersama Untuk Memiliki dan Mengedar Dadah-Dadah Berbahaya Tersebut 33. Berpandukan kepada prinsip perundangan yang diputuskan, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen niat bersama wujud berdasarkan fakta berikut: BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 20 a) OKT1 dan OKT2 telah menjalinkan hubungan sejak 2019 iaitu empat tahun sebelum ditangkap; b) OKT1 telah menyewa rumah sejak 12.3.2023 di mana dadah-dadah berbahaya dijumpai; c) Rumah tersebut telah disewa setelah OKT1 dan OKT2 menjalinkan hubungan. Justeru itu, jelas bahawa OKT1 menyewa rumah tersebut untuk kegunaan mereka bersama; d) Keterangan OKT1 sepertimana rakaman percakapan beliau di dalam Eksibit D56 yang menyatakan seperti berikut: - OKT1 tidak bekerja dan sewa rumah tersebut dibayar oleh OKT2; - OKT1 ada menjalani ujian urin dan keputusannya positif ketamin, yang merupakan salah satu jenis dadah berbahaya yang dijumpai di dalam rumah tersebut; - tahu mengenai kewujudan dadah-dadah berbahaya di dalam rumah tersebut. 34. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan dan hujahan di atas, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen niat bersama dalam kes ini telah berjaya dibuktikan. BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 21 ISU KEBOLEHTERIMAAN IDD55 35. Ketika SP9 memberikan keterangan, pihak pembelaan OKT2 telah memohon kepada mahkamah supaya IDD55 iaitu ‘screenshot’ CCTV dijadikan eksibit pembelaan. 36. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa IDD55 tidak seharusnya ditukarkan kepada eksibit pembelaan. Pendakwaan merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Yap See Yah lwn. PP [2024] CLJU 2067 yang menyatakan seperti berikut: “[83] Berlandaskan kepada peruntukan undang-undang dan autoriti duluan yang dirujuk di atas, kami mendapati tiada keterangan yang dikemukakan atau dibuktikan bahawa telefon bimbit dan pencetak berkenaan berada dalam keadaan baik dan beroperasi dengan baik dari segala segi sepanjang tempoh dokumen ini dikeluarkan. Dokumen D26 ini hanya dirujuk kepada Pegawai Penyiasat iaitu DSP Arikrishnan a/l Apparau (SP6) sedangkan beliau bukanlah orang yang membuat penyataan seperti yang terkandung dalam D26. SP6 pasti tidak mengetahui secara peribadi isi kandungan yang terdapat di dalam D26.” 37. Pihak pembelaan merujuk kepada kes Mok Yii Chek v. Sovo Sdn. Bhd. [2015] CLJU 448 yang menyatakan seperti berikut: “print-outs of emails and WhatsApp messages fall under the broad definition of "document" under the Evidence Act 1950. BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 22 However, even if a party disputes the genuineness of a print-out of a WhatsApp message, it may still be admitted as evidence if certain criteria are met. The party adducing the WhatsApp message must prove that it pertains to the existence or non-existence of a fact in issue or is otherwise relevant to the proceedings. Additionally, the procedural requirements for admitting a document produced by a computer must be fulfilled (eg, through oral evidence that the printout was produced by the computer during its ordinary use, or by providing a certificate under s. 90A of the Evidence Act 1950)” 38. Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa IDD55 tidak sewajarnya ditukarkan kepada eksibit atas alasan berikut: a) Tiada keterangan daripada SP9 ‘that the print-out was produced by the computer during its ordinary use, or by providing a certificate under section 90A Evidence Act 1950’; b) Rakaman asal CCTV tersebut tidak dikemukakan untuk membolehkan pihak-pihak mengesahkan bahawa kandungannya adalah sepertimana rakaman CCTV asal; c) Tiada keterangan diekstrak oleh pihak pembelaan melalui SP7 ‘to authenticate the CCTV screenshots’; dan BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 23 d) Keterangan SP7 sendiri menyatakan terdapat percanggahan masa pada rakaman CCTV dengan kejadian sebenar yang menimbulkan keraguan terhadap IDD55. 39. Oleh yang demikian, pendakwaan menghujahkan bahawa IDD55 tidak memenuhi kriteria dan kehendak undang-undang untuk diterima masuk sebagai eksibit. HUJAHAN PEMBELAAN OKT1 40. Hubungan antara OKT1 dan OKT2 tidak secara automatic membuktikan bahawa OKT1 mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan mengenai barang kes dadah di dalam kes ini. 41. Menurut keterangan SP9, OKT1 pernah bekerja sebagai eksekutif jualan di UOB Bank dan telah berhenti kerja apabila mengandungtidak sewajarnya dikaitkan dengan pertuduhan hanya kerana tempat kejadian disewa oleh OKT1 dan beliau ada di dalam tempat kejadian semasa serbuan dibuat. 42. OKT1 tidak mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah di dalam bag eksibit P21 hingga P25. OKT1 telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis. Selanjutnya, perbuatan OKT1 yang enggan menandatangani Borang Bongkar kerana OKT1 menyatakan kepada SP3 bahawa dadah yang dirampas bukan miliknya. 43. Pihak pembelaan bergantung kepada rakaman percakapan OKT1 yang ditandakan sebagai eksibit D56 yang dihujahkan BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 24 telah memenuhi ciri-ciri Notis Alcontara dan meletakkan beban ke atas pihak pendakwaan untuk menyangkal versi pembelaan sepertimana di dalam eksibit D56. 44. Pihak pendakwaan telah gagal membuktikan di Mahkamah bahawa pegawai penyiasat SP9 telah mengambil tindakan lanjut menyiasat kandungan rakaman percakapan OKT1. 45. SP9 juga apabila disoal balas bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa OKT1 tidak mempunyai kawalan, jagaan dan milikan terhadap dadah yang dijumpai di tempat kejadian. 46. Ujian saringan OKT1 yang mana OKT1 didapati positif ketamin merupakan ujian saringan awal sahaja. Tiada ujian patologi dan bukti lain dikemukakan di Mahkamah. 47. Ini dikuatkan lagi bahawa SP9 mengakui tidak ada pendakwaan atau sabitan terhadap OKT1 berhubung kesalahan pengambilan dadah. 48. Pihak pembelaan seterusnya menghujahkan pihak pendakwaan gagal membuktikan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan OKT1 dan OKT2 mengedar dadah jenis cannabis. 49. Hubungan peribadi OKT1 dan OKT2 tidak secara automatik mewujudkan niat bersama. Ia tidak menunjukkan nilai probative untuk mewujudkan perancangan, penglibatan aktif atau BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 25 sekurang-kurangnya suatu persetuju yang jelas dalam melakukkan suatu kesalahan jenayah mengedar dadah. 50. Hujahan pihak pendakwaan bahawa pengetahuan OKT1 mengenai dadah sepertimana di dalam rakaman percakapan menunjukkan kewujudan dadah secara umum dan tidak mempunyai pengetahuan terperinci berkaitan dadah yang ditemui. 51. SP9 melalui siasatannya mendapati OKT1 tidak mengetahui tentang dadah di dalam beg “Jin Ye Ye”. Manakala beg dengan label “My News”, OKT1 hanya mengetahui botol-botol di dalam beg tersebut dan bukan kandungannya. Tidak ada inferen pengetahuan OKT1 ke atas dadah-dadah dalam botol tersebut. HUJAHAN PEMBELAAN OKT2 52. Pihak pembelaan menafikan OKT2 mempunyai kawalan dan jagaan ke atas tempat kejadian kerana OKT2 tidak mempunyai kunci rumah dan kad akses rumah tersebut dan OKT2 bukan penyewa rumah tersebut. 53. Tidak ada barang peribadi OKT2 yang dirampas untuk mengaitkan OKT2 dengan tempat kejadian. Oleh itu, OKT2 tidak mempunyai power to deal dengan barang kes yang dijumpai dalam rumah tersebut. BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 26 54. Seterusnya pihak pembelaan menghujahkan OKT2 tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah di dalam tempat kejadian. Pihak pendakwaan dikatakan gagal membuktikan elemen pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952. 55. Pihak pembelaan menghujahkan dokumen CCTV yang dikemukakan oleh pihak pembelaan yang ditandakan Mahkamah sebagai IDD55 sewajarnya diterima sebagai eksibit D55 kerana dokumen rakaman CCTV tersebut merupakan salah satu dokumen yang dikemukakan pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan menurut seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN ELEMEN PERTAMA: IDENTITI DADAH 56. Melalui keterangan ahli kimia, SP4 dan laporan kimia eksibit P38, tiada pertikaian mengenai identiti dadah yang dianalisa adalah dadah berbahaya di bawah ADB 1952 dan juga Akta Racun 1952. 57. Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pertama pertuduhan terhadap kedua-dua OKT. BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 27 ELEMEN KEDUA: PEMILIKAN BARANG KES DADAH (EKSIBIT P21 HINGGA P25) 58. Apa yang lebih kritikal di dalam kes ini ialah Mahkamah haruslah membuat penilaian maksima ke atas intipati kedua pertuduhan. Iaitu sama ada OKT1 dan OKT2 secara bersama mempunyai pemilikan barang kes dadah berbahaya melalui jagaan, kawalan dan pengetahuan mengenai barang kes dadah jenis cannabis dan sama ada terdapat bukti bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai niat bersama mengedar dadah. SAMA ADA TERKAIT DENGAN PERTUDUHAN PENGEDARAN BERSANDARKAN KEPADA PERJANJIAN PENYEWAAN (EKSIBIT P48) 59. OKT1 dan OKT2 dikatakan oleh pihak pendakwaan sebagai pasangan kekasih sejak tahun 2019. Rumah tempat kejadian (apartment) telah disewa atas nama OKT1 berdasarkan P48 bertarikh 9.3.2023. Manakala sewa dibayar oleh OKT2 melalui beberapa akaun sepertimana dinyatakan dalam rakaman percakapan OKT1 (eksibit D56). 60. Untuk mengaitkan OKT1 dengan intipati kedua pertuduhan pengedaran, pihak pendakwaan bersandarkan kepada hubungan kekasih antara OKT1 dan OKT2, Perjanjian Sewa eksibit P48 dan eksibit D56. Selain itu, pihak pendakwaan juga bergantung kepada keterangan hanya OKT1 dan OKT2 menghuni rumah tempat kejadian dan tidak ada pihak ketiga yang dikaitkan di dalam kes ini. BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 28 61. Persoalan kritikal kepada Mahkamah adalah sama ada hanya bersandarkan hubungan tersebut serta dokumen eksibit P48 mencukupi untuk Mahkamah ini mengaitkan pertuduhan pengedaran terhadap OKT1 barang kes dadah cannabis seberat 224.4gram yang dijumpai di dalam beg merah tulisan “Jin Ye Ye” di ruang tamu rumah tempat kejadian yang merupakan asas kepada pertuduhan pengedaran terhadap OKT1. 62. Dalam hal keadaan kes yang melibatkan kesalahan yang serius dan hukuman yang berat, pihak pendakwaan mesti membuktikan intipati penting tersebut dan sama ada terbukti OKT1 dan OKT2 mempunyai niat bersama mengedar dadah tersebut. 63. Prinsip undang-undang berkaitan elemen pemilikan adalah jelas dan Mahkamah ini merujuk kepada kes locus classicus Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17 yang mana YAA Thompson LJ memutuskan seperti berikut: “.... “possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Editio) 'A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need'. BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 29 To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket, then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 30 belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so.” (penekanan diberikan) 63. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 menggunapakai keputusan YAA Thompson LJ (pada ketika itu) di dalam kes Chan Pean Leon (supra) dan memutuskan - “The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish “possession”. The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumption, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17).” HUBUNGAN ANTARA DAN OKT2/RAKAMAN PERCAKAPAN OKT1 (EKSIBIT D56)/ PERJANJIAN SEWA (EKSIBIT P48) BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 31 64. Berdasarkan kepada fakta kes ini, pihak pendakwaan memilih untuk memberi keterangan langsung bahawa OKT1 mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan mengenai dadah berbahaya jenis cannabis di dalam bag berlabel Jin Ye Ye. 65. Berdasarkan hujahan pihak pendakwaan, hubungan OKT1 dan OKT2 serta eksibit P48 dijadikan sandaran oleh pihak pendakwaan untuk mengaitkan OKT1 dengan pertuduhan berkenaan. 66. Namun begitu, Mahkamah ini sedar akan prinsip undang-undang mantap di dalam kes Romi Amara Amir v PP [2011] 1 CLJ 870 yang memutuskan kedekatan tertuduh dengan barang kes dadah adalah tidak mencukupi melainkan tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah berkenaan. Mahkamah Rayuan memutuskan: “Unless knowledge is proved, an item however close to a person, could just be miles away.” 67. Berdasarkan naratif kes ini, Mahkamah ini mengambilkira bahawa OKT1 semasa ditangkap tidak berada berdekatan bag merah Jin Ye Ye di ruang tamu rumah tempat kejadian yang mana dadah jenis cannabis dijumpai mahupun dadah/racun di bawah Akta Racun di dalam bag My News di ruang dapur. 68. Di peringkat ini, pihak pembelaan telah mengemukakan rakaman percakapan OKT1 yang ditandakan sebagai eksibit BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 32 D56 sebagai notis Alcontara yang diberikan kepada pihak pendakwaan. Rujuk Alcontara Ambross Anthony v PP [1996] 1 CLJ 705. 69. Mahkamah ini mengambil pendekatan yang sama sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v. Public Prosecutor [2014] 5 MLJ 433, yang mana Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa hakim bicara hendaklah menilai rakaman percakapan beramaran yang dikemukakan sebagai eksibit secara keseluruhan bersama dengan keterangan lain dalam sesuatu kes dan meneliti sama ada kandungannya berupaya menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Mahkamah Rayuan memutuskan: “[12] The important point to make is this. In the cautioned statement, which was recorded on 10 November 2010, the appellant denied any knowledge of the presence of drugs inside the bag and he gave an explanation as to why he had no such knowledge. The contents of the cautioned statement represented the early disclosure of the defence of the appellant. The cautioned statement was given about three days after the appellant was arrested. Indeed, he had stated his version of events at a very early stage of the investigation against him. The contents of the cautioned statement were consistent with his oral evidence in court; hence the defence of the appellant was not something that was sprung for the first time in the defence case (see Public Prosecutor v Lin Lian Chen [1992] 2 MLJ 561). BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 33 d) As we have said in the case of Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282; [2014] 1 MLRA, it is true that generally a self-serving or exculpatory cautioned statement is not in itself evidence of the truth asserted therein. But then, it is the duty of the learned trial judge to consider and to analyse the cautioned statement that has been tendered as evidence by the appellant in support of his defence; that he had no prerequisite knowledge about the impugned drugs found in the bag. In accordance with the provisions of s 182A(1) of the CPC, it is the bounden duty of the learned trial judge, at the conclusion of the trial, to consider the cautioned statement of the appellant and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The learned trial judge must consider carefully whether the cautioned statement is capable of raising a reasonable doubt on the prosecution case. The learned trial judge has a duty and obligation to fairly and justly weigh the defence version and evidence (including the cautioned statement of the appellant) to reach a just result (see Ahmad Mukamal bin Abdul Wahab & Ors v Public Prosecutor [2014] 1 MLJ 865; [2013] 4 CLJ 949). BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 34 e) However, the learned trial judge had failed to consider and appreciate the cautioned statement which supported the appellant’s oral testimony. The learned trial judge failed to consider and scrutinise the cautioned statement and to make his own findings why even if he did not believe the cautioned statement, it did not raise a reasonable doubt on the prosecution’s case as a whole (see Ganapathy a/l Rengasamy v Public Prosecutor [1998] 2 MLJ 577 and Tan Ewe Huat v Public Prosecutor [2004] 1 MLJ 559; [2004] 1 CLJ 521). In our view, this is a serious non-direction which amounts to a misdirection by the learned trial judge warranting appellate intervention (see Gooi Loo Seng v Public Prosecutor [1993] 2 MLJ 137; [1993] 2 AMR 1135).” 70. Tambahan pula, sepertimana diputuskan di dalam kes Teng Howe Seng v PP [2009] 3 CLJ 733, yang mengambil pendekatan sepertimana prinsip undang-undang di dalam kes Shreedharan Thankamani v PP [2016] 1 LNS 63 yang menggunapakai prinsip undang-undang diputuskan di dalam Prasit Punyang v PP [2014] 1 MLRA 387, yang mana Mahkamah ini wajar untuk mempertimbangkan juga eksibit pembelaan yang dikemukakan untuk menilai secara maksima pembelaan yang dikemukakan BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 35 sama ada pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan ke kes pendakwaan. 71. Susulan itu, Mahkamah ini telah meneliti rakaman percakapan eksibit pembelaan eksibit D56 yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan bahawa jawapan “tahu” mengenai penglibatan OKT2 dengan dadah sebagai pengetahuan OKT1 akan dadah cannabis berkenaan mengikut skop pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952. 72. Berikut diperturunkan soalan yang dirujuk pihak pendakwaan. S : Adakah kamu tahu rumah yang kamu tinggal ada dadah? J : Saya tahu sebab dadah itu adalah milik teman lelaki saya untuk dia jual, tetapi saya tidak tahu jumlah dadah tersebut kerana saya hanya duduk dalam bilik sahaja di dalam rumah itu sebab teman lelaki saya tidak mahu saya lihat apa dia buat di ruang tamu dan melarang saya ambil tahu tentang apa yang dia lakukan. 73. Eksibit D56 telah dikemukakan oleh pihak pembelaan untuk menguatkan hujahan pembelaan bahawa OKT1 hanya tahu mengenai penglibatan OKT2 di dalam aktiviti dadah dan tidak sama sekali “tahu” yang dimaksudkan adalah elemen “pengetahuan” dalam konteks pengedaran dadah di bawah ADB 1952 sepertimana dihujahkan pihak pendakwaan. 74. Sekiranya “tahu” yang dinyatakan di dalam eksibit D56 bermaksud pengetahuan OKT1 akan dadah cannabis tersebut, BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 36 Mahkamah ini berpandangan adalah mustahil dan janggal bagi pihak pembelaan mengemukakan eksibit D56 untuk memprejudiskan anakguamnya. 75. Namun, eksibit D56 dikemukakan oleh pihak pembelaan untuk menyokong pembelaan OKT1 bahawa hanya OKT2 yang terlibat dengan dadah-dadah yang dijumpai di rumah tempat kejadian selain daripada tingkah laku OKT1 yang konsisten menunjukkan ketidakbersalahan beliau. Dalam erti kata lain, OKT1 tidak terlibat langsung dengan dadah dan racun yang dijumpai di rumah tempat kejadian. 76. Mahkamah ini juga mendapati SP9 gagal menjalankan siasatan lanjut ke atas rakaman percakapan OKT1/eksibit D56 bahawa OKT2 yang mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai di tempat kejadian – rujuk Alcontara Ambross Anthony (supra). 77. Mahkamah juga mendapati keterangan SP9 yang bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa OKT1 tidak mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah-dadah dijumpai SP3 di rumah tempat kejadian tersebut apabila dicadangkan semasa soal balas adalah kritikal dan menjejaskan kes pendakwaan. 78. Berikut adalah keterangan SP9 yang relevan – BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 37 “S Rujuk soalan ke-6 m/s 4 (eksibit D56). Setuju pengetahuan Tertuduh adalah sangat terhad hanya tau dadah itu kepunyaan teman lelaki sahaja. J Pengetahuan dia memang tak banyak. S Secara keseluruhan D56 OKT1 secara konsisten menafikan segala kawalan, jagaan milikan terhadap dadah yang dijumpai. J Benar.” 79. Mahkamah ini juga mendapati bukti contemporaneous bahawa OKT1 tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah berkenaan adalah konsisten dengan pembelaan berdasarkan kepada rakaman percakapan eksibit D56 yang dibuat pada 14.7.2023 jam 1300 tgh. Iaitu dibuat pada hari yang sama OKT1 ditangkap pada sekitar 1.00 pagi di rumah tempat kejadian. 80. Tingkah laku OKT1 adalah selari dengan rakaman percakapan beliau apabila SP3 memberi keterangan bahawa hanya OKT2 yang telah menandatangani Borang Senarai Geledah (eksibit P49). 81. OKT1 sebaliknya menangis dan enggan menandatangani Borang tersebut kerana berpendirian bahawa barang dadah bukan miliknya. Sehubungan itu, menggunapakai seksyen 8 Akta Keterangan kepada fakta kes ini, Mahkamah ini telah mempertimbangkan eksibit D56 sebagai relevan untuk BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 38 menyokong pembelaan OKT1 yang tidak mengetahui mengenai dadah berbahaya tersebut. 82. Dapatan Mahkamah ini tidak dibuat dengan melihat tingkah laku OKT1 yang menangis dan enggan menandatangani P49 secara terpencil (in isolation). Namun, dapatan tersebut dibuat setelah membuat analisa secara maksima dari pelbagai sudut dan mengambilkira semua keterangan saksi-saksi pendakwaan sendiri. 83. Mahkamah ini menekankan tanpa pemakaian peruntukan statutori anggapan (presumption of knowledge) di bawah seksyen 37(d) ADB 1952, pihak pendakwaan mesti membuktikan pemilikan melalui keterangan langsung. 84. Selain daripada itu, tidak ada ujian cap jari atau DNA OKT1 dilakukan untuk mengaitkan OKT1 dengan pertuduhan-pertuduhan terhadapnya. Walaupun ia tidak kritikal kepada kes pendakwaan dan hanya merupakan suatu keterangan sokongan, namun Mahkamah ini berpandangan bagi kes ini, keterangan sokongan itu adalah perlu bagi menguatkan lagi kes pendakwaan. KES ZULZAMRI ZULKIFLI (SUPRA) 85. Setelah meneliti kes yang disandarkan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini berpandangan kes tersebut boleh dibezakan. Faktor utama yang membezakan kes yang dirujuk dan kes di hadapan Mahkamah ini ialah terdapatnya notis alcontara BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 39 berkaitan D56, pemakaian seksyen 8 Akta Keterangan yang memihak kepada OKT1 berkaitan tingkah laku OKT1 susulan tangkapan ke atas beliau yang menunjukkan beliau tidak bersalah. 86. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpandangan adalah tidak mencukupi untuk pihak pendakwaan membuktikan elemen kawalan, jagaan dan pengetahuan OKT1. SARINGAN AWAL URIN OKT1 87. Pihak pendakwaan menghujahkan bukti bahawa saringan awal urin OKT1 positif dadah jenis ketamin telah juga menjadi sandaran pihak pendakwaan. 88. Walau bagaimanapun, Mahkamah mendapati SP9 turut bersetuju dengan cadangan pembelaan bahawa kemungkinan seseorang secara tidak sengaja terminum botol minuman yang mengandungi dadah tidak boleh diketepikan. 89. Keadaan ini adalah sangat relevan kerana botol-botol yang dijumpai di dalam bag My News adalah kelihatan biasa dari segi rupa luaran (“indistinguishable in appearance”), tanpa sebarang tanda atau ciri yang luar biasa yang menimbulkan sebarang kecurigaan, dan keadaan sedemikian boleh menjelaskan keputusan saringan awal yang positif. BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 40 90. Pihak pendakwaan gagal mengemukakan laporan patologi atau sebarang analisa oleh seorang pakar bagi mengesahkan keputusan urin OKT1 selepas saringan awal tersebut. KERJASAMA DIBERIKAN OKT1 KEPADA PASUKAN SERBUAN 91. Berdasarkan keterangan SP3, OKT1 juga tidak cuba bertindak agresif dengan menutup semula pintu kayu yang dibuka beliau apabila melihat kehadiran SP3. 92. Malahan OKT1 telah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan membuka pintu untuk pihak polis membuat serbuan di premis tersebut. Sekiranya OKT1 juga mempunyai niat bersama mengedar dadah, Mahkamah ini berpandangan sudah pasti OKT1 akan memberikan reaksi yang berbeza dengan menutup semula pintu kayu yang dibuka beliau apabila melihat kehadiran SP3 dan apabila SP3 memperkenalkan dirinya sebagai polis. 93. Malahan OKT1 telah memberikan kerjasama dengan membuka pintu untuk pihak polis membuat serbuan di premis tersebut. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Ibrahim Mohamad & Anor (supra) yang mana Zulkefli Makinudin FCJ (kemudiannya PCA) menyatakan: “If both of them had prior knowledge of the drugs in question, they could have bolted away immediately upon BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 41 being ask to alight from the vehicle or even before reaching the “road block”. 94. Mengambil pendekatan yang sama dengan keputusan kes Ibrahim Mohamad & Anor (supra), perbuatan OKT1 di dalam kes di hadapan Mahkamah ini jelas menunjukkan bahawa OKT1 tidak mempunyai pengetahuan. 95. Sehubungan itu, Mahkamah ini membuat dapatan pihak pendakwaan gagal membuktikan niat bersama antara OKT1 dan OKT2 untuk mengedar dadah. RAKAMAN CCTV IDD55 96. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa IDD55 kekal di peringkat ini memandangkan pihak pembelaan gagal memenuhi syarat di bawah Akta Keterangan 1950. HUJAHAN OKT2 97. Manakala untuk OKT2, beliau ditangkap berdekatan dengan recyle bag merah dengan label Jin Ye Ye yang dijumpai di ruang tamu. 98. Menurut kes Mahkamah Rayuan Ali Hosseinzadeh Bashir v PP [2015] 1 CLJ 918, Mahkamah tersebut telah memutuskan seperti berikut: BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 42 [41] Aside from the factual question of whether an inference of knowledge can be drawn where the drugs were hidden from view, it is important to remember that the presumption of knowledge under s. 37(d) of the DDA is a presumption of law and as such the court has no discretion not to invoke it upon proof of custody or control: see Muhammed Hassan v. PP [1998] 2 CLJ 170 FC which was followed by another 121. Federal Court decision in PP v. Zulkifli Arshad [2010] 6 CLJ In the former case Chong Siew Fai CJ (Sabah and Sarawak) delivering the judgment of the court said at p. 190: The deemed state of affairs in s. 37(d) (ie, deemed possession and deemed knowledge) is by operation of law and there is no necessity to prove how that particular state of affairs is arrived at. There need only to be established the basic or primary facts necessary to give rise to that state of affairs ie, the finding of custody or control. Such presumptions under s. 37(d) (and for that matter, the one under s. 37(da)) are sometimes described as “compelling presumptions” in that upon proof of certain facts by a party (in our present case, proof of custody or control in s. 37(d) by the prosecution), the court must in law draw a presumption in its favour (ie, presumptions of possession and knowledge) unless the other party proves to the contrary. Such a presumption has the compelling force of law. It is a deduction which the law requires the trial court to make. (penekanan diberikan) BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 43 99. Mahkamah ini membuat dapatan bahawa OKT2 hanya mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah berbahaya yang dijumpai di rumah tempat kejadian dan peruntukan anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 terpakai dalam kes ini. 100. Memandangkan Mahkamah ini tidak boleh menggunapakai dua peruntukan anggapan pengetahuan seksyen 37(d) dan pengedaran di bawah 37(da) ADB 1952 di peringkat ini, pihak pendakwaan mestilah membuktikan pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952. Namun begitu, tidak ada bukti yang menunjukkan “overt act” sepertimana ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB 1952. 101. Mahkamah ini mengambil pendekatan yang serupa sepertimana diputuskan di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Gopal Sri Ram JCA (ketika itu) memutuskan: “[76] In the present case, the presumption of trafficking under s. 37(da) did not apply against the appellant as there was no evidence that he had knowledge of the presence of the drugs in the specially constructed compartments of the luggage bags. What was established was only evidence of custody and control of the luggage bags containing the drugs. This triggered the presumption of knowledge under s. 37(d) and not the presumption of trafficking under s. 37(da). [77] Since only custody and control of the drugs had been established against the appellant at the close of the BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 44 prosecution case and not knowledge of the drugs, it should have been obvious to the appellant that it was the presumption of knowledge under s. 37(d) that applied against him and not the presumption of trafficking under s. 7(da), which required affirmative evidence of knowledge to be established by the prosecution, of which there was none. [78] Therefore, given the fact that only custody and control of the drugs had been proved against the appellant at the close of the prosecution case and D not knowledge of the presence of the drugs to trigger the presumption of trafficking under s. 37(da), there was absolutely no basis for the appellant’s concern that he would have to rebut the presumption of trafficking under s. 37(da) due to the failure by the learned trial judge to inform him verbally or in writing whether his defence was called on presumed trafficking or on direct trafficking. [79] On the factual matrix of the case, there were only two presumptions under the DDA that would apply against the appellant, either the presumption of knowledge under s. 37(d) or the presumption of trafficking under s. 37(da). The presumption of knowledge under s. 37(d) would apply upon proof of custody or control of the drugs and the presumption of trafficking under s. 37(da) would apply upon affirmative proof of knowledge of the drugs, ie, upon proof of mens rea possession of the drugs. Mere proof of physical custody or control of the drugs would not be sufficient to trigger the BA-45A-69-07/2024, BA-45-27-07/2024, BA-45-28-07/2024, BA-45-29-07/2025 & BA-45-34-08/2024 45 presumption of trafficking under s. 37(da). It is perhaps appropriate at this point to also mention that the court can only invoke either of the presumptions and not both.” 102. Rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Abdul Manaf b. Muhamad Hassan [2006] 2 CLJ 129. KESIMPULAN 103. Mahkamah ini membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT1. Oleh itu, Mahkamah ini membebas dan melepaskan OKT1 daripada kesemua pertuduhan terhadapnya. 104. Manakala untuk OKT2, Mahkamah ini memutuskan untuk menggunakan bidang kuasanya di bawah seksyen 167 Kanun Tatacara Jenayah meminda pertuduhan pengedaran terhadap OKT2 dengan pemilikan dan memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie atas pertuduhan pindaan seperti berikut: Pertuduhan Bahawa kamu pada 14.7.2023, jam lebih kurang 12.50 pagi bertempat di A-25-1, Landmark Residence 1, Jalan Landmark Residences, 43000 Kajang, dalam daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah