Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: PA-22NCVC-146-08/2021
PA-22NCvC-146-08/2021
High Court of Malaysia17 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on the merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits (see Evans v. Bartlam [1937] AC 473). [13] Dalam kes The Pacific Bank Berhad v. Vimla Textiles & Others [2004] 6 CLJ 406; [2004] MLJU 197, mem”
“ffidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits (see Evans v. Bartlam [1937] AC 473). [13] Dalam kes The Pacific Bank Berhad v. Vimla Textiles & Others [2004] 6 CLJ 406; [2004] MLJU 197, memutuskan: "So, it can be surmised that the court always has a wide discretion to set aside or vary a”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: PA-22NCVC-146-08/2021
1
TAN YIH YANG
2
CHENG MIN YEE
3
TAN CHAI SHI
4
TAN YIH JYE
5
WONG WAI HONG
6
ONG AH BAA
7
ONG KAAN SEANG
8
NG CHONG YAM (NO. K/P: 770618-08-6493) …. PLAINTIF-PLAINTIF DAN 1. ASIANA HOME HOLDINGS BERHAD
2
CHENG MOH SENG
3
CHENG MOH TING
4
OOI KEAN YONG (NO. K/P : 750305-07-5285) …. DEFENDAN-DEFENDAN 04/11/2024 15:16:14 PA-22NCvC-146-08/2021 Kand. 78
para
A. PENGENALAN [1] Ini adalah Notis Permohonan (Lampiran 53) oleh Defendan Keempat menurut Aturan 2 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 10 Kaedah 1 (1) dan (4) dan/atau Aturan 13 Kaedah 7 dan/atau Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk perintah seperti berikut: [a] Bahawa Defendan Keempat diberikan kebenaran untuk memfailkan permohonan ini di luar aturan masa; [b] Bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap Defendan Keempat bertarikh 15.2.2022 diketepikan; [c] Bahawa Penghakiman taksiran ganti rugi terhadap Defendan Keempat bertarikh 11.5.2023 diketepikan; [d] Bahawa satu penggantungan pelaksanaan Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap Defendan Keempat bertarikh 15.2.2022 dan Penghakiman Taksiran Ganti Rugi terhadap Defendan Keempat sehingga pelupusan permohonan ini. [e] Bahawa kos adalah dalam kausa. [2] Alasan-alasan permohonan secara ringkas adalah seperti berikut:- [a] Penyampaian Writ dan Pernyataan Tuntutan kepada Defendan Keempat oleh Plaintif adalah tidak teratur (‘irregular’) atau tidak diterima oleh Defendan Keempat di alamat serahanya; [b] Penyampaian Ganti (‘Substituted Service’) oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan Keempat di bawah Aturan 62 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah tidak teratur (‘irregular’); [c] Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Keempat pada 15.2.2022 adalah tidak teratur (‘irregular’) dan hendaklah diketepikan dan/atau dibatalkan; [d] Penghakiman taksiran ganti rugi yang dimasukkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Keempat bertarikh 11.5.2023 adalah tidak teratur (‘irregular’) dan hendaklah diketepikan dan/atau dibatalkan; [e] Pada setiap masa material Defendan Keempat langsung tidak mempunyai pengetahuan atau mengetahui tentang Penghakiman Ingkar Kehadiran dan Penghakiman Taksiran Ganti Rugi yang dimasukkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Keempat sehingga Defendan Keempat menerima Notis Kebankrapan dan Permintaan Mengeluarkan Notis Kebankrapan dengan Kebankrapan: PA-29NCC-570- 11/2023; [f] Jumlah Tuntutan Plaintif-Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan-Defendan secara bersesama dan berasingan adalah sebanyak RM167,200.00 yang sepatutnya difailkan di Mahkamah Sesyen merngikut peruntukan Undang-Undang Akta Mahkamah Rendah 1948; [g] Plaintif-Plaintif tidak memberi sebarang Notis untuk menghadirkan diri kepada Defendan Keempat; [h] Defendan Keempat mempunyai Pembelaan yang bermerit; dan [i] Terdapat isu-isu serius yang perlu dibicarakan. B. LATAR BELAKANG [3] Plaintif Pertama hingga Plaintif Kelapan adalah orang perseorangan. Defendan Pertama adalah sebuah Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat pada 1.8.2014 dan menjalankan peniagaan investment of property, general merchants dan investment holdings. Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat adalah pengarah dan pemegang saham Defendan Pertama. [4] Pada awal tahun 2015, Defendan Pertama telah menawarkan kepada umum termasuk Plaintif-Plaintif peluang untuk melabur dalam Defendan Pertama dengan cara membeli saham utama (preference shares) untuk dijadikan pemegang saham utama dalam Defendan Pertama menurut terma dan syarat yang terkandung dalam 2015 “Asiana Holdings Berhad Recruitment of Shareholders Report”. [5] Plaintif-Plaintif telah melabur sebanyak dalam Defendan Pertama untuk saham utama dan telah diberi sijil pengesahan. Jumlah Pelaburan yang dibuat oleh Plaintif-Plaintif adalah seperti berikut: Plaintif Amaun Unit Pelaburan (RM1 seunit)
1
Pertama 100,000
2
Kedua 50,000
3
Ketiga 20.000
4
Keempat 10,000
5
Kelima 10,000
6
Keenam 10,000
7
Ketujuh 10,000
8
Kelapan 10,000 [6] Pada awal atau sekitar bulan Disember 2015, Plaintif Pertama telah membuat semakan keatas Defendan Pertama dan mendapati nama Plaintif-Plaintif tidak pernah didaftar sebagai pemegang saham utama dalam Defendan Pertama. Kemudiannya, atas permohonan Defendan Kedua dan Ketiga, Defendan Pertama telah dibubarkan pada 21.2.2017 dan seterusnya nama Defendan Pertama dikeluarkan dari daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia. [7] Setelah dituntut oleh Plaintif-Plaintif, Defendan-Defendan telah mengembalikan jumlah secara berperingkat seperti berikut: Plaintif Amaun Yang Dikembalikan (RM)
1
Pertama 00 2. Kedua 22,000.00 3. Ketiga 8.800.00 4. Keempat 4,400.00 5. Kelima 4,400.00 6. Keenam 4,400.00 7. Ketujuh 4,400.00 8. Kelapan 4,400.00 [8] Plaintif-Plaintif pada 13.6.2019 telah mendapat Perintah dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Saman Pemula No PA- 24NCVC-523-06/2019 untuk memasukan semula nama Defendan Pertama dalam daftar syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia menurut Seksyen 555(1) Akta Syarikat 2016 untuk membolehkan mereka mendakwa Defendan Pertama bersama-sama Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat.. [9] Plaintif-Plaintif melalui tindakan ini membuat tuntutan pembayaran balik wang dan/atau baki yang telah dilabur terhadap Defendan-Defendan. Asas tuntutan Plaintif-Plaintif adalah frod dan liabiliti yang dilakukan oleh Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat selaku pengarah-pengarah Syarikat Defendan Pertama. Plaintif Jumlah Yg DItuntut (RM)
1
Pertama 100,000.00 2. Kedua 28,000.00 3. Ketiga 11.200.00 4. Keempat 5,600.00 5. Kelima 5,600.00 6. Keenam 5,600.00 7. Ketujuh 5,600.00 8. Kelapan 5,600.00 [10] Selain dari tuntutan diatas, Plaintif-Plaintif juga menuntut gantirugi teruk dan gantirugi teladan dibayar oleh setiap Defendan kepada setiap Plaintif. C. ANALISA DAN DAPATAN [11] Prinsip-prinsip perundangan bagi mengenepikan sesuatu penghakiman ingkar adalah jelas bahawa sesuatu penghakiman terus yang diberikan secara ingkar boleh diketepikan di bawah Aturan 14 kaedah 11 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 yang mana ianya adalah sama dengan prinsip-prinsip perundangan di bawah Aturan 13 kaedah 8 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Default of appearance to writ (O13) "Setting aside judgment (O. 13, r. 8) The Court may set aside or vary any judgment entered on such terms as it thinks just. Summary judgment (O14) "Setting aside judgment (O. 14, r. 11) Any judgment given against a defendant who does not appear at the hearing of an application under rule 1 or rule 5 may be set aside or varied by the Court on such terms as it thinks just." [12] Mahkamah Persekutuan dalam Lai Yoke Ngan & Anor v. Chin Teck Kwee & Anor [1997] 3 CLJ 305;[1997] 2 MLJ 565 yang menyatakan: "The principle of setting aside a default judgment under O. 13 r. has been well-established and needs no detailed repetition. What is important to observe is that a default judgment is not a judgment on the merits. Accordingly, when such judgment is obtained irregularly, such irregularity would be a sufficient ground by itself for setting it aside. But where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed, the defendant must file an affidavit of merits, ie the defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on the merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits (see Evans v. Bartlam [1937] AC 473). [13] Dalam kes The Pacific Bank Berhad v. Vimla Textiles & Others [2004] 6 CLJ 406; [2004] MLJU 197, memutuskan: "So, it can be surmised that the court always has a wide discretion to set aside or vary a judgment entered in default due to procedural non-compliance with the rules unless, of course, the judgment has been entered upon the merits or by consent of the parties.... Knowledge is an important ingredient in setting aside a judgment. Put in another way; a person should have notice of the proceedings against him so that a judgment may be set aside when merits are disclosed and when the court is also satisfied that:
a
the defendant was not aware of the proceedings and
b
was not avoiding service [14] Didalam kes dihadapan saya ini, penyerahan Writ dan Penyata Tuntutan telah disempurnakan melalui Perintah Penyampaian Ganti bertarikh 12.1.2022 (Lampiran 14). Perintah Penyampaian Ganti ini diperolehi setelah serahan kendiri sebanyak 6 kali ke alamat kediaman Defendan Keempat menemui kegagalan walaupun alamat tersebut dinyatakan dan digunakan oleh Defendan Keempat dalam Afidavit Sokongannya. Berlanjutan dengan ini, Plaintif telah memasukan Penghakiman Ingkar tanpa kehadiran terhadap Defendan Keempat pada 15.2.2022. Penghakiman Ingkar tanpa kehadiran juga dimasukkan terhadap Defendan-Defendan yang lain menurut Aturan 13 Kaedah 2 Kaedah Mahkamah 2012 dengan gantirugi untuk ditaksirkan. [15] Defendan Keempat sebaliknya dalam afidavit sokongan permohonannya menyatakan tidak menerima serahan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bertarikh 24.8.2021, Perintah Penyampaian Ganti bertarikh 12.1.2022, Perakuan Ketidakhadiran bertarikh 11.2.2022, Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 15.2.2022 dan Penghakiman Taksiran Gantirugi bertarikh 11.5.2023. Defendan juga menafikan bahawa beliau tidak pernah bila-bila masa mengelak atau lari daripada menerima serahan dokumen-dokumen tersebut dan hanya mendapat tahu Penghakiman Ingkar dimasukan apabila Plaintif memulakan prosiding kebangkrapan terhadapnya. [16] Saya dapati alasan yang dikemukakan oleh Defendan Keempat mengenai tiada penerimaan dokumen-dokumen tersebut adalah satu penafian semata-mata dengan tujuan untuk mengelak penyampaian tanpa alasan yang kukuh. Oleh itu, saya memutuskan Penyerahan Writ dan Penyataan Tuntutan adalah teratur dan sempurna. [17] Seterusnya sama ada Defendan Keempat mempunyai pembelaan bermerit untuk membolehkan Mahkamah mengenepikan Penghakiman Ingkar tanpa Kehadiran yang dimasuki terhadapnya. Defendan Kempat dalam hasratnya untuk mengenepikan penghakiman ingkar tersebut mestilah menunjukkan kepada Mahkamah bahawa apabila sesuatu penghakiman ingkar itu telah diperolehi secara teratur, maka beliau mestilah menunjukkan bahawa beliau mempunyai pembelaan yang bermerit secara prima facie. [18] Dalam kes Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd v. United Malayan Banking Corp Bhd [1994] 1 CLJ 328; [1994] 1 MLJ 312, Mahkamah Agung memutuskan: "...the guidelines in Evans v. Bartlam should be accepted. In our view, in order to succeed in his application... the applicant must show that he has a defence which has some merits and which the court must try. To use common and plain language, the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as a bona fide reasonable defence.". [19] Berpandukan otoriti-otoriti diatas, Mahkamah dalam menentukan isu ini, perlu berpuashati dengan alasan-alasan yang membawa kepada ketidakhadiran Defendan Keempat. [20] Dalam hal ini, beban pembuktian adalah terletak pada Defendan Keempat untuk membuktikan bahawa beliau sebenarnya mempunyai isu yang boleh dibicarakan dalam pembelaannya untuk beliau berjaya dalam permohonan ini. Defendan Keempat telah membangkitkan beberapa isu iaitu: [a] Defendan Keempat sebagai pengarah Defendan Pertama langsung tidak pernah terlibat didalam sebarang perjanjian antara Defendan Pertama dengan Plaintif-Plaintif. Defendan Keempat juga tidak pernah mengetahui tentang transaksi-transaksi diantara Plaintif-Plaintif dan Defendan Kedua dan Ketiga. [b] Semua perjanjian adalah diantara Defendan Kedua dan Ketiga dengan Plaintif-Plaintif dan kesemua bayaran daripada Plaintif-Plaintif adalah kepada Syarikat Asiana Reits Sdn Bhd dan PTIC Properties Management. Defendan Keempat tidak pernah mendapat sebarang bayaran dari Plaintif-Plaintif. [c] Defendan Keempat bersandarkan rekod rayuan berkaitan dengan kes jenayah Mahkamah Sesyen Pulau Pinang bertarikh 25.2.2020 yang mana Defendan Keempat telah dilepas dan dibebaskan atas tuduhan membuat kenyataan palsu bahawa Defendan Pertama tidak pernah menjalankan apa-apa urusan perniagaan sepanjang pendaftarannya dan merupakan entity yang berbeza dengan Syarikat Asiana Reits Sdn Bhd dan PTIC Properties Management yang mana Defendan Keempat tidak mempunyai sebarang penglibatan. [21] Setelah membaca afidavit-afidavit dan meneliti ekshibit-ekshibit yang difailkan bagi permohonan ini serta hujahan bertulis kedua-dua pihak, saya dapati Defendan Keempat telah gagal untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai pembelaan bermerit atas alasan berikut: [a] Merujuk kepada Memorandum and Articles of Association of Asiana Home Holding Berhad bertarikh 25/07/2014 di Ekshibit N dalam Afidavit Jawapan Plaintif (Lampiran 56), ia menunjukkan pada kesemua masa material Defendan Keempat adalah pemegang saham bagi Defendan Pertama. Pada semua masa yang berkenaan sehingga 10/09/2015 juga, Defendan Keempat merupakan pengarah syarikat Defendan Pertama dan sememangnya terlibat dalam kesemua urusan syarikat Defendan Pertama sebelum 10/09/2015 termasuk transaksi-transaksi di antara Plaintif-Plaintif dan syarikat Defendan Pertama yang dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan. [b]
Preamble
Mengikut terma yang terkandung dalam Subscription Agreement di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan Pertama adalah yang jelas dan nyata menunjukkan bahawa kaedah bayaran dan akaun untuk dimasukkan wang adalah atas arahan Defendan Pertama. Atas arahan tersebut juga, Plaintif Pertama, Ketiga dan Ketujuh telah membuat bayaran wang ke dalam bank akaun syarikat Asiana Reits Sdn Bhd atau PPIC Property Management dan bukannya Defendan Pertama ataupun Defendan Keempat. Apa-apa tindakan yang diambil oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Keempat berdasarkan sebagai seorang pengarah syarikat Defendan Pertama dan bertanggungjawab terhadap kesemua urusan bagi Defendan Pertama dan juga penglibatanya dengan Syarikat iaitu Asiana Reits Sdn Bhd dan PPIC Property Management. Tindakan Defendan-Defendan membayar balik sebahagian jumlah pelaburan yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif menunjukkan mereka mengakui liabiliti mereka. Defendan Keempat juga tidak menyentuh dalam Afidavitnya mengenai perkara ini. [c] Tindakan Sivil oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan untuk menuntut balik wang yang telah dilaburkan untuk membeli saham utama Defendan Pertama berdasarkan Subscription Agreement di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan Pertama. Kes jenayah oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah Sekyen 364(2) Akta Syarikat 1965 terhadap Defendan Keempat adalah berbeza dengan tindakan sivil ini yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan dan tidak boleh dikaitkan. [d] Alasan-alasan berkenaan pembelaan bermerit yang dibangkitkan oleh Defendan Keempat dalam permohonan ini merupakan pemikiran terkemudian Defendan Keempat untuk menghalang proses kebankrapan dimasukkan oleh Plaintif-Plaintif kepadanya. Sekiranya Defendan Keempat mempunyai suatu pembelaan yang bermerit, Defendan Keempat seharusnya memasukkan pembelaannya seawal-awalnya apabila Writ dan Pernyataan Tuntutan diserahkan kepadanya dan bukan tunggu sehingga proses kebankrapan telah dimulakan oleh Plaintif-Plaintif. Tambahan pula, permohonan Defendan Keempat untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar ini telah difailkan di luar aturan masa iaitu lebih daripada 1 tahun 9 bulan selepas Penghakiman Ingkar bertarikh 15.2.2022 diserahkan kepadanya. Hanya setelah Defendan Keempat menerima Notis Kebangkrapan dan Proses Kebangkrapan di kebankrapan difailkan terhadapnya, barulah Defendan Keempat memfailkan permohonan ini sebagai langkah membela diri. [22] Berpandukan kepada alasan-alasan diatas, saya dengan ini menolak permohonan Defendan Keempat di
Lampiran
Lampiran 53 untuk mengenapikan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 15.2.2022 dan Penghakiman Taksiran Gantirugi bertarikh 11.5.2023 dengan kos sebanyak RM3,000.00 SGD (ROZANA BINTI ALI YUSOFF) Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tarikh: 4 November 2024 Peguamcara Pihak-Pihak Ch'ng Gin Yee (Tetuan C P Ang & Co.) bagi pihak Plaintif-Plaintif. Pravin Mahentharan (Tetuan Karpal Singh & Co.) bagi pihak Defendan Keempat.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.