“Knowing that the LUK trade mark belonged to the applicants, the respondents applied for and obtained registration of the trade mark as theirs in respect of their products. In making the application, they must have claimed that the trade mark belonged to them because, by s 25 of the Act, they had to claim that they were the proprietors of the trade mark in order to qualify to apply. Since they were not, it was a false claim made for a dishonest purpose, which was to become the registered proprietors of a trade mark that belonged to somebody else. It was a falsehood practiced on the registrar to achieve a result that was adverse to the interest and rights of the applicants as the lawful proprietors of the trade mark. Therefore the respondent had obtained registration of the trade mark by fraud. ... “ [48] Mahkamah ini juga mengisytiharkan bahawa pendaftaran Cap Dagang adalah tidak sah dan memerintahkan ianya dipadamkan atau dikeluarkan dari daftar Cap Dagang Malaysia menurut Seksyen 47 Akta tersebut atas alasan-alasan berikut: i) Ianya tidak mempunyai ciri distingtif menurut Seksyen 23 (1)(b) Akta tersebut; ii) ianya serupa dengan cap dagang terdahulu dan barang-barang yang baginya cap dagang tersebut digunakan adalah barang-barang yang serupa bagi cap dagang terdahulu menurut Seksyen 24(1) dan (2) Akta tersebut. [49] Jika diperhatikan antara dan perbezaan hanyalah pada frasa “Skin Care 5 in 1”. Menurut sijil pendaftaran M (ekshibit “TRAH-32” dalam Affidavit Sokongan Plaintif – Lampiran 7), syarat yang ditetapkan pada sijil pendaftaran ini ialah “REGISTRATION OF THIS TRADE MARK SHALL GIVE NO RIGHT TO THE EXCLUSIVE USE OF THE WORDS “SKIN CARE” AND THE NUMERALS AND WORD “5 IN 1”. [50] Tanpa penggunaan ekslusif perkataan “Skin Care 5 in 1” maka yang eksklusif hanyalah perkataan “Tati”. Kedua-dua logo cap dagang mempunyai perkataan “Tati” yang dieja dalam bentuk (design) yang sama. Maka tiadalah apa-apa perbezaan atau ciri-ciri distingtif di antara kedua-dua cap dagangan tersebut. [51] Bagi prayer 6, Mahkamah ini membenarkan prayer ini bagi mengembalikan hakmilik cap dagangan kepada pemilik asalnya iaitu Plaintif-Plaintif. [52] Tiada sebarang hujahan berkenaan gantirugi am dan teladan telah dikemukakan. Oleh itu prayer 7 tidak dibenarkan. Kesimpulan [53] Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan bagi prayer 1 hingga 6 dengan kos. Tarikh: 26 Jun 2024. (MOHD ROSLI BIN YUSOFF) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (3), Kota Bharu. PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Plaintif-Plaintif: Iffah Jalilah Binti Ithnin @ Jasmin, Tetuan Zahari Effendi & Partners, Suite D-20-4, Jalan Atmosphere 7, Pusat Perniagaan Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan. Bagi pihak Defendan-Defendan: Che Faizal Amir Bin Che Ma, Tetuan Faizal Amir & Co, PT 1491, Taman Desa Raya Kg Semat Jal, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.