Content
April 22, 2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO.: JB-22NCVC-24-07/2020
JB-22NCvC-24-07/2020
High Court of Malaysia22 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
April 22, 2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO.: JB-22NCVC-24-07/2020
1
TAY ENG TIAN
2
CHONG LING YOON (NO. K/P: 670402-01-6500) ... PLAINTIF-PLAINTIF DAN KOH KOH KIAN (NO. K/P : 590805-01-5115) … DEFENDAN KORAM: SURIA KUMAR A/L DURAIRAJ JOHNSON PAUL PESURUHJAYA KEHAKIMAN ALASAN PENGHAKIMAN 28/05/2024 16:22:04 JB-22NCvC-24-07/2020 Kand. 57 April 22, 2024 2 PENDAHULUAN [1] Pertikaian dalam kes ini melibatkan sebuah rumah berkembar 3 tingkat dikenali No. 2, Jalan Perdana 9, Taman Junid Perdana, Jalan Junid, 84000 Muar, Johor (“Hartanah”). [2] Kedua-dua pihak telah memasuki suatu perjanjian jual beli untuk Hartanah tersebut. [3] Plaintif-Plaintif menuduh bahawa perjanjian tersebut sebenarnya adalah samaran kepada suatu transaksi pinjaman wang tanpa lesen. [4] Defendan pula menafikan tuduhan Plaintif-Plaintif ini dan sebaliknya mengatakan ianya adalah satu Perjanjian Jual Beli Hartanah tersebut yang tulen. [5] Kes ini lebih menjurus kepada penemuan fakta-fakta. LATAR BELAKANG KES [6] Sekitar penghujung bulan Mei atau Jun 2015, Plaintiff Pertama menghadapi masalah kewangan dan berhutang bersama Ah Long wang sebanyak RM64,000.00. [7] Plaintif Kedua adalah isteri kepada Plaintif Pertama dan mereka adalah pemilik bersama Hartanah tersebut dan menghuni Hartanah tersebut pada satu ketika. April 22, 2024 3 [8] Defendan pula adalah seorang jiran yang menghuni di kawasan perumahan Hartanah Plaintif-Plaintif tersebut. [9] Pada suatu hari, Defendan terserempak dengan satu poster yang dilekatkan oleh Ah Long di pintu pagar Hartanah Plaintif-Plaintif yang menyatakan Plaintif Pertama berhutang kepada Ah Long. [10] Lanjutan daripada itu, Defendan sebagai jiran telah menawarkan bantuan kepada Plaintif Pertama untuk melangsaikan hutang kepada Ah Long tersebut yang menurut Plaintif adalah RM64,000.00. [11] Menurut Plaintif-Plaintif, Defendan telah memberikan pinjaman sebanyak RM65,000.00 dan mengenakan faedah sebanyak 6% sebulan serta telah meminta hartanah tersebut sebagai cagaran. [12] Manakala menurut Defendan, Plaintif-Plaintif telah bersetuju untuk menjual hartanah tersebut kepada beliau pada harga RM650,000.00 dan jumlah pinjaman RM65,000.00 untuk melangsaikan hutang Ah Long adalah dianggap sebagai deposit 10% untuk pembelian tersebut. [13] Pada ketika itu, Hartanah tersebut telah digadaikan oleh Plaintif-Plaintif kepada Public Bank Berhad untuk pinjaman perumahan bagi pembelian Hartanah tersebut. [14] Selanjutnya keterangan dokumen juga menunjukkan bahawa sebelum Hartanah tersebut dijual kepada Defendan, Plaintif-Plaintif telah memasuki satu Perjanjian Jual Beli bersama seorang pembeli lain dikenali Tan Chong Siang. Pembelian Jual Beli ini telah April 22, 2024 4 dibatalkan dan sejumlah RM63,800.00 telah dipulangkan kepada Tan Chong Siang melalui peguamnya Tetuan Woon Wee Yuen & Partners. Keterangan juga menunjukkan bahawa jumlah ini dibayar oleh Defendan melalui ceknya yang dimajukan kepada Tetuan Woon Wee Yuen & Partners oleh Tetuan CT Chew & Co mewakili Plaintif-Plaintif. [15] Kedua-dua pihak telah hadir di pejabat peguam Defendan iaitu Tetuan C.T. Chew & Co sekitar 12.06.2015 untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli, Memorandum Pindahmilik (Borang 14A) dan lain-lain dokumen berkaitan penjualan Hartanah tersebut. [16] Plaintif-Plaintif tidak melantik peguam dan menurut kontensi Plaintif-Plaintif, Perjanjian Jual Beli tersebut sebenarnya bertujuan sebagai cagaran sahaja untuk pinjaman yang diberikan oleh Defendan kepada Plaintif Pertama untuk melangsaikan hutang kepada Ah Long. [17] Menurut Plaintif-Plaintif juga, mereka telah membayar faedah sebanyak RM3,400.00 sebulan kepada Defendan untuk pinjaman tersebut selama 2 bulan dan selepas itu tidak mampu untuk meneruskan bayaran faedah tersebut memandangkan jumlahnya adalah tinggi. [18] Oleh yang demikian, Plaintif-Plaintif telah memutuskan untuk menjual hartanah tersebut pada harga jualan RM850,000.00 dan telah meminta rakan-rakan mereka termasuk Defendan untuk mencari pembeli yang berpotensi pada harga jualan tersebut. April 22, 2024 5 [19] Defendan berjaya mencari seorang individu yang berminat untuk membeli Hartanah tersebut pada harga RM850,000.00 iaitu seorang doktor dari Hospital KPJ, Muar. [20] Plaintif Pertama pada masa yang sama telah meminjam kunci Hartanah tersebut kepada Defendan supaya Defendan boleh membawa individu tersebut untuk melihat Hartanah tersebut memandangkan Plaintif Pertama bekerja di Kuala Lumpur. [21] Doktor tersebut telah bersetuju dengan harga RM850,000.00 dan apabila Plaintif Pertama beritahu Defendan bahawa beliau bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh doktor tersebut, Defendan pula memaklumkan kepada Plaintif Pertama bahawa beliau ingin membeli Hartanah tersebut pada harga yang sama (RM850,000.00) tetapi memerlukan masa untuk mencari wang bagi menjelaskan harga belian. [22] Lanjutan daripada itu, Plaintif-Plaintif telah bersetuju untuk menjual hartanah tersebut kepada Defendan pada harga RM850,000.00 dengan syarat Defendan akan menjelaskan bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan Hartanah tersebut kepada pihak bank sepanjang tempoh transaksi jual beli serta Plaintif-Plaintif tidak boleh membatalkan Perjanjian sebagaimana yang diperuntukkan dalam syarat khas Perjanjian Jual Beli. [23] Kemudian, kedua-dua pihak telah menandatangani suatu surat persetujuan yang menyatakan atas balasan Defendan membayar amaun tambahan sebanyak RM200,000.00 terhadap harga jualan RM650,000.00, Plaintif-Plaintif bersetuju mengenepikan hak mereka untuk membatalkan perjanjian berkenaan. April 22, 2024 6 [24] Menurut Defendan, selepas itu beliau ada membuat bayaran-bayaran ansuran kepada Public Bank Berhad berjumlah kepada RM91,336.00. [25] Pada atau lebih kurang 25.9.2017, Defendan telah melalui Peguamcaranya Tetuan C.T. Chew & Co membuat penebusan Hartanah tersebut daripada Public Bank Berhad dengan membuat bayaran RM534,470.10 terhadap baki jumlah pinjaman Plaintif-Plaintif. [26] Selepas itu, peguamcara Defendan telah meneruskan dengan urusan penyempurnaan pindahmilik Hartanah tersebut untuk mendaftarnya di atas nama Defendan tetapi pindahmilik tidak dapat didaftarkan kerana dihalang oleh kaveat-kaveat yang dimasukkan oleh Plaintif-Plaintif dan seorang yang dikenali sebagai Moy Teik Hoe. [27] Pada ketika semua ini berlaku, Defendan pula telah mula menghuni Hartanah tersebut dan apabila Plaintif Pertama mengetahuinya, beliau telah membuat laporan polis menyatakan bahawa Defendan telah menceroboh ke dalam Hartanah tersebut tanpa kebenaran beliau sebagai pemilik. [28] Lanjutan daripada itu, Plaintif-Plaintif telah memfailkan tuntutan ini untuk Perintah-Perintah deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli dan Pindahmilik Hartanah tersebut adalah tidak sah dan harus diketepikan, deposit dan wang penebusan yang dibayar oleh Defendan kepada pihak bank dilucuthak, gantirugi dan milikan kosong. April 22, 2024 7 [29] Mahkamah berpandangan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif yang difailkan oleh bekas peguamcara mereka adalah “misleading” serta “misconceived”. [30] Ini adalah kerana Plaintif-Plaintif memplidkan fakta dan relief untuk deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli dan penebusan yang dibuat oleh Defendan daripada Public Bank Berhad bagi Hartanah tersebut adalah batal dan tidak sah. Kemudian pada masa yang sama Plaintif-Plaintif menuntut untuk Mahkamah melucuthak deposit serta wang penebusan tersebut bagi manfaat Plaintif-Plaintif dan menuntut faedah pada kadar 6% setahun atas baki harga belian bersandarkan Perjanjian Jual Beli yang mereka plidkan adalah batal dan tidak sah. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [31] Mahkamah mendapati daripada keterangan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, pada awalnya Defendan telah memberikan pinjaman sebanyak RM65,000.00 kepada Plaintif Pertama untuk menyelesaikan hutangnya bersama Ah Long. [32] Terma-terma pinjaman ini tidak diketahui kerana tiada sebarang perjanjian bertulis serta kedua-dua pihak tidak ingin mendedahkannya dalam keterangan masing-masing. Hanya Plaintif Pertama dan Defendan masing-masing mempunyai pengetahuan mengenai butir dan syarat pinjaman tersebut. [33] Perjanjian bertulis yang wujud antara pihak-pihak adalah Perjanjian Jual Beli Hartanah tersebut yang mengandungi terma-terma utama seperti berikut:- April 22, 2024 8
i
Harga Jualan RM650,000.00.
II
(ii) Deposit RM65,000.00.
III
(iii) Baki harga belian RM585,000.00 harus dibayar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian.
IV
(iv) Tempoh lanjutan masa untuk bayar baki harga belian secara automatik adalah 24 bulan dengan syarat bayaran faedah 6% setahun. [34] Manakala syarat-syarat khas Perjanjian Jual Beli tersebut adalah:-
i
Plaintif-Plaintif berhak untuk menamatkan perjanjian tersebut dengan memberikan notis secara bertulis kepada Defendan.
II
(ii) Plaintif-Plaintif perlu memulangkan jumlah keseluruhan deposit dan bayaran-bayaran lain diterima dari Defendan.
III
(iii) Defendan tidak boleh mendaftar pindahmilik sehingga mendapatkan pengesahan bertulis daripada Plaintif-Plaintif bahawa Plaintif-Plaintif tidak akan melaksanakan haknya untuk menamatkan Perjanjian tersebut. [35] Selanjutnya, kedua-dua pihak telah mevariasikan syarat khas ini dengan menandatangani suatu Surat Persetujuan di mana di atas balasan sebanyak RM200,000.00 sebagai tambahan kepada harga belian RM650,000.00, Plaintif-Plaintif bersetuju untuk mengikis (“waive”) hak mereka untuk menamatkan Perjanjian Jual Beli tersebut. April 22, 2024 9 [36] Walaupun Sekyen 6 Jadual Perjanjian Jual Beli memperuntukkan bahawa Plaintif-Plaintif boleh mengenakan faedah 6% setahun ke atas baki harga belian untuk tempoh lanjutan selama 24 bulan dengan syarat bayaran faedah 6% setahun, namun tiada keterangan menunjukkan bahawa bayaran faedah ini dibuat oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif atau pun Plaintif-Plaintif menuntut terhadapa Defendan untuk bayaran faedah ini. [37] Keterangan dokumen yang dikemukakan oleh Defendan menunjukkan bahawa beliau ada membuat 14 bayaran ansuran berjumlah kepada RM91,336.00 terhadap akaun pinjaman Plaintif-Plaintif bersama Public Bank Berhad dari tempoh 29.10.2015 sehingga 31.07.2017. [38] Manakala tiada keterangan dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif bahawa mereka membuat bantahan atau tidak setuju atau tidak puas hati sepanjang Defendan membuat membayar bayaran ansuran ini kepada Public Bank Berhad [39] Adalah satu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Defendan telah membayar wang penebusan kepada Public Bank Berhad berjumlah RM534,470.10 pada 25.9.2017. [40] Sekitar awal bulan Oktober, 2017, rasa tidak puas hati telah timbul di pihak Plaintif-Plaintif apabila mengetahui bahawa Defendan telah membuat bayaran untuk penebusan Hartanah tersebut kepada Public Bank Berhad dan memasuki Hartanah tersebut. April 22, 2024 10 [41] Tiada keterangan menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif ada membantah Defendan memasuki hartanah tersebut sebelum Defendan membuat bayaran untuk penebusan Hartanah tersebut. [42] Plaintif Pertama kemudiannya telah menghantar sepucuk surat bertarikh 6.10.2017 kepada peguamcara C.T. Chew menuntut bahawa memandangkan tempoh lanjutan penyelesaian Perjanjian tersebut pada 11.9.2017 telah tamat, maka Perjanjian tersebut diandaikan sebagai telah ditamatkan dan deposit dilucuthak. Dalam surat yang sama, Plaintif Pertama juga menyatakan bahawa Surat Persetujuan yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak adalah terbatal kerana Defendan gagal untuk memenuhi syarat-syarat dalam surat tersebut. [43] Pada masa sama, Plaintif Pertama juga telah memajukan sepucuk surat bertarikh 6.10.2017 kepada Public Bank Berhad dan mengadu atas alasan-alasan sama terkandung dalam surat kepada Tetuan C.T. Chew & Co tersebut kepada pihak bank. [44] Lanjutan daripada itu, Plaintif Pertama juga telah menghantar sepucuk surat bertarikh 20.11.2017 kepada Tetuan C.T. Chew mengadu bahawa :-
i
Surat yang memberi kebenaran kepada Public Bank Berhad bertarikh 19.9.2017 untuk memberikan jumlah penebusan yang kononnya ditandatangani oleh Plaintif-Plaintif telah dipalsukan;
II
(ii) Peguam tersebut telah meneruskan dengan penebuasan dan pelepasan gadaian walaupun Perjanjian Jual Beli dianggap April 22, 2024 11 sebagai ditamatkan pada 11.9.2017 serta pra-syarat dalam Klausa 2 Syarat-Syarat Khas Perjanjian tersebut belum dipenuhi. [45] Kemudian pada hari berikutnya iaitu 21.11.2017, Plaintif Pertama telah hantar sepucuk surat lagi kepada peguam C.T. Chew & Co mengadu bahawa Defendan telah melakukan satu kesalahan dengan memecah masuk hartanah tersebut dan mengambil milikan kosong tanpa keizinannya dan meminta peguam tersebut untuk menasihati Defendan untuk mengosongkan hartanah tersebut dengan segera. [46] Plaintif Pertama juga telah membuat beberapa laporan polis terhadap Defendan mengenai penghunian salah oleh Defendan tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak polis. [47] Peguam C.T. Chew pula telah menulis kepada pihak Public Bank Berhad untuk menjawab aduan yang dimajukan oleh Plaintif Pertama tersebut dengan memberikan segala kronologi dari tarikh Perjanjian Jual Beli pada 12.6.2015, bayaran-bayaran ansuran yang dibuat oleh Defendan, proses memperolehi penyata penebusan dan bayaran penebusan. [48] Mahkamah mendapati Plaintif Pertama hanya tidak berpuas hati apabila mengetahui Defendan telah pun memasuki hartanah tersebut serta menjelaskan wang penebusan kepada Public Bank Berhad. [49] Maka inferens yang boleh dibuat adalah bahawa niat Plaintif Pertama sepanjang masa adalah supaya Defendan tidak membuat April 22, 2024 12 penebusan hartanah tersebut tetapi hanya meneruskan bayaran-bayaran ansuran kepada pihak Public Bank Berhad kerana Plaintif Pertama tidak kemampuan untuk meneruskan bayaran ansuran. [50] Ini juga adalah jelas kerana tiada keterangan yang menunjukkan sepanjang tempoh 24 bulan tempoh Perjanjian Jual Beli yang Plaintif-Plaintif ada menanyakan kepada Defendan bilakah beliau boleh menjelaskan baki harga belian Hartanah tersebut. [51] Fakta ini juga menunjukkan bahawa kemungkinan Plaintif Pertama keberatan untuk menjual Hartanah tersebut dan berharap untuk mengumpulkan duit secukupnya bagi membayar segala hutang dan bayaran ansuran yang dibuat oleh Defendan kepada bank bagi pihak Plaintif-Plaintif. [52] Kemungkinan atas alasan ini juga, Plaintif Pertama telah sebenarnya memberi kebenaran kepada Defendan untuk memasuki Hartanah tersebut walaupun Plaintif Pertama menafikannya. [53] Berkenaan beban pembuktian, Mahkamah Persekutuan dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan (as executor to Sl Alameloo Achi (deceased)) & Anor v. Secure Plantation Sdn Bhd 2017 5 CLJ telah meneliti dan menganalisa Seksyen-seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 dan menyimpulkan seperti berikut:- “Thus, a plaintiff has both the burden of proof as well as the initial onus of proof.” April 22, 2024 13 [54] Apabila keseluruhan keterangan dipertimbangkan, Mahkamah mendapati kedua-dua pihak tidak mendedahkan apakah persefahaman sebenarnya antara mereka berkenaan jual beli Hartanah tersebut. [55] Namun apa yang dapat dipestikan oleh Mahkamah adalah bahawa keterangan di hadapan Mahkamah menunjukkan bahawa Defendan telah pun membayar sejumlah RM690,806.10 iaitu melebihi harga belian asal yang terdiri dari :-
i
Deposit - RM65,000.00
II
(ii) Bayaran ansuran - RM91,336.00
III
(iii) Bayaran penebusan - RM534,470.10 Jumlah RM690,806.10 [56] Selanjutnya, Defendan juga telah mengemukakan keterangan dokumen iaiatu enam (6) keping “Acknowledgement” daripada Plaintif Pertama kepada beliau yang menunjukkan bahawa pada tarikh-tarikh tertentu, Plaintif Pertama telah menerima pinjaman daripada Defendan. Butir-butirnya adalah seperti berikut :- Tarikh Jumlah
i
(i)
20
20.7.2015
II
(ii)
19
19.8.2015
III
(iii)
1
1.9.2015
IV
(iv)
17
17.9.2015
v
(v)
30
30.9.2015
VI
(vi)
2
2.10.2015 RM20,000.00 Jumlah RM201,000.00 April 22, 2024 14 [57] Menurut Plaintif Pertama, kesemua “Acknowledgement” ini telah dipalsukan oleh Defendan dan beliau menafikan kandungannya. [58] Saya telah meneliti kesemua enam (6) keping “Acknowledgement” ini dan mendapati ianya bertarikh selepas 12.6.2015 yang adalah tarikh Perjanjian Jual Beli. [59] Defendan juga ada mengemukakan satu (1) “Acknowledgement” bertarikh dua (2) hari sebelum Perjanjian Jual Beli ditandatangani iaitu 10.6.2015 untuk jumlah RM65,000.00 yang saya percaya merujuk kepada pinjaman dan deposit 10% untuk perjanjian Jual beli. [60] Selain daripada itu, Defendan juga ada mengemukakan satu lagi Acknowledgement” bertarikh 1.5.2015 untuk jumlah RM85,000.00 namun tiada keterangan dikemukakan mengenai samada jumlah ini adalah jumlah pinjaman sebanyak RM65,000.00 pada awalnya diberikan kepada Plaintif termasuk faedah yang dikenakan oleh Defendan atau untuk tujuan lain. [61] Selain daripada penafian lisan oleh Plaintif Pertama terhadap “Acknowledgement” ini, tiada keterangan lain yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif untuk membuktikan bahawa ianya adalah palsu. Malah, tiada laporan polis juga dibuat oleh Plaintif Pertama terhadap dokumen-dokumen ini sekiranya ianya telah dipalsukan atau tandatangan Plaintif Pertama telah dipalsukan. [62] Oleh yang demikian, imbangan kebarangkalian memihak kepada Defendan bahawa Plaintif Pertama ada meminjam jumlah-jumlah April 22, 2024 15 tersebut daripada Defendan yang juga adalah bayaran terhadap harga belian hartanah tersebut. [63] Oleh yang demikian, Defendan telah membayar sejumlah RM690,806.10 + RM201,000.00 = RM891,806.10 iaitu melebihi RM850,000.00. [64] Maka, fakta ini mengesahkan bahawa jumlah penuh harga belian RM850,000.00 yang dipersetujui antara kedua-dua pihak telah pun dibayar oleh Defendan. [65] Manakala tuntutan Plaintif-Plaintif untuk jumlah RM11,274.98 iaitu faedah yang dikenakan oleh pihak Public Bank Berhad ke atas akaun penjaman mereka disebabkan oleh Defendan lewat membayar ansuran-ansuran kepada bank tidak dibuktikan kerana Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan sebarang dokuman sokongan. [66] Seterusnya, mengenai isu peguam C.T. Chew tidak dilantik oleh Plaintif untuk menguruskan proses penebusan bersama Public Bank Berhad, Mahkamah berpendapat hujahan ini adalah tidak berasas. [67] Ini adalah kerana pada setiap masa Plaintif-Plaintif sebagai Penjual tidak melantik peguam untuk mewakili mereka dalam transaksi jual beli tersebut. [68] Menurut Klausa 6(a) Perjanjian Jual Beli, beban adalah terletak pada Plaintif-Plaintif sebagai Penjual untuk mendapatkan penyata penebusan daripada Public Bank Berhad dan dimajukan kepada peguam Pembeli Tetuan C.T. Chew & Co. April 22, 2024 16 [69] Manakala menurut Klausa 7(a) Perjanjian Jual Beli, Plainti-Plaintif sebagai Penjual bersetuju untuk mengizinkan pihak Public Bank Berhad mengeluarkan penyata penebusan dan surat akujanji kepada Defendan sebagai Pembeli atau pun kepada peguamcara Defendan. [70] Pada pendapat Mahkamah, memandangkan Plaintif-Plaintif tidak melantik peguam mereka sendiri, maka wujud suatu “implied retainer” di pihak peguam Defendani/Pembeli iaitu Tetuan C.T. Chew & Co untuk mendapatkan penyata penebusan tersebut. Lebih-lebih lagi, baki harga belian yang akan dibayar oleh Defendan akan digunakan untuk menjelaskan jumlah penebusan kepada Public Bank Berhad. [71] “Implied retainer” ini timbul secara tersirat dalam pengendalian transaksi jual beli serta untuk melindungi kepentingan anak guam Tetuan C.T. Chew & Co iaitu Defendan. [72] Mahkamah juga mengambil “judicial notice” bahawa pada hematnya dalam urusan transaksi jual beli, sekiranya Penjual tidak memohon untuk mendapatkan penyata penebusan daripada pihak Peminjam Bank, maka tiada halangan untuk peguam pembeli memohon untuk penyata penebusan tertakluk kepada keizinan secara bertulis diberikan oleh Penjual/Peminjam kepada pihak bank. [73] Dalam kes ini, Defendan telah mengemukakan surat keizinan sedemikian daripada Plaintif-Plaintif kepada Public Bank Berhad bertarikh 19.09.2017 yang telah digunakan oleh Tetuan C.T. Chew & Co untuk mendapatkan penyata penebusan. Menurut Plaintif- April 22, 2024 17 Plaintif, mereka tidak menandatangani surat keizinan tersebut atau memberi arahan kepada Tetuan C.T. Chew & Co untuk menyediakan surat tersebut atau melantik Tetuan C.T. Chew & Co. untuk mewakili Plaintif-Plaintif menguruskan proses gadaian dan memperolehi penyata penebusan daripada Public Bank Berhad. [74] Menurut Plaintif Pertama, beliau tidak menandatangani surat itu serta pada tarikh 19.9.2017, beliau berada di Lembah Klang dan membawa Grab sepanjang hari. Plaintif Pertama mengemukakan rekod memandu Grab sepanjang hari dari Pihak Grab Malaysia untuk menyokong fakta ini. [75] Saya mendapati, selain daripada penyataan-penyataan ini, Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan sebarang bukti lain bahawa tandatangan mereka telah direka palsu dalam surat keizinan bertarikh 19.9.2017 tersebut. [76] Mahkamah juga mengambil “judicial notice” bahawa pada hematnya dalam amalan transaksi Perjanjian Jual Beli, sekiranya pihak Penjual tidak diwakili oleh peguam serta hartanah adalah dicagar kepada pihak Bank, maka secara lazimnya Peguam Pembeli akan menyediakan surat keizinan kepada pihak Bank untuk mendapatkan penyata penebusan untuk ditandatangani oleh Penjual/Peminjam dan tarikhnya tidak akan diletakkan sehingga bila perlu untuk dimajukan kepada pihak Bank. [77] Menurut keterangan Plaintif-Plaintif, sewaktu perjumpaan di Pejabat Tetuan C.T. Chew pada 12.6.2015 untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli, mereka juga telah diminta untuk menandatangani beberapa dokumen lain. Maka Mahkamah April 22, 2024 18 percaya Plaintif-Plaintif kebarangkalian ada menandatangani surat keizinan kepada pihak Public Bank Berhad untk mendapatkan penyata penebusan. [78] Ini boleh dilihat dalam keterangan peguam C.T. Chew (SD2) yang telah menyediakan surat keizinan tersebut sewaktu disoal balas oleh peguam Plaintif-Plaintif seperti berikut :- “S Saya cadangkan surat ini Encik Chew yang sediakan setuju? Ya betul. Saya cadangkan surat muka surat 89 ini Encik Chew minta Plaintif-Plaintif sign masa dia datang sign SPA setuju? Mungkin yang itu pada lebih kurang tarikh ini yang ditulis ni 19/9 ni. Saya cadangkan surat ini bukan ditandatangani Plaintif-Plaintif pada 19/9/2017 setuju? Yang itu saya tak berapa ingat. Saya cadangkan tarikh dekat surat ini kamu yang letak, setuju? Semasa sign tarikh itu tak ada. April 22, 2024 19 Jadi saya cadangkan tarikh surat ini kamu yang letak, setuju? Ya betul. Hakim Tak, semasa sign tarikh sudah ada? Pgm Pf Surat tidak bertarikh YA semasa sign. Surat ini saya sediakan sebelum Plaintif datang ke pejabat saya. Jadi semasa mereka datang tarikh itu belum letak. Tapi lepas sign baru letak tarikh tapi saya fikir lebih kurang masa itu jugalah. Itu masa tak ada masalah. Saya cadangkan surat ini ditandatangani pada 19/9/2017 setuju? Itu saya tidak setuju.” [79] Sebagai penggulungan, Mahkamah membuat penemuan bahawa peguam Tetuan C.T. Chew telah menguruskan proses penebusan hartanah tersebut untuk menyempurnakan urusan jual beli hartanah secara “implied retainer”. [80] Malah keterangan juga menunjukkan bahawa peguam Tetuan C.T. Chew & Co pada awalnya telah mewakili Plaintif-Plaintif dalam transaksi jual beli melibatkan pembeli Tan Choon Siang yang telah dibatalkan. April 22, 2024 20 [81] Menurut Mahkamah Persekutuan, dalam kes Messrs. Yong & Co. v. Wee Hood Teck Development Corp. Ltd. (1) [1984] 1 CLJ Rep 251:- “We agree with the learned Judge that there was therefore a retainer which put into operation the normal terms of the contractual relationship including in particular the duty of the appellants as solicitors to protect the interests of the respondents as their clients in matters to which the retainer relates by all proper means. (Groom v. Crocker [1938] 2 All ER 394, 413).” [82] Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Lai Foh & Sons Sdn Bhd v. Skrine & Co [2001] 3 CLJ 185, di mana Mohd Noor Ahmad J (pada ketika itu) telah menyentuh berkenaan tugasan sampingan seorang peguam yang dilantik dalam transaksi “conveyancing” seperti berikut:- “If solicitors are absolved of all liabilities because they cannot be said to be able to foresee that a third party will commit fraud or forgery as a result of handing over land titles to the third party, then a solicitor's retainer to handle a conveyancing matter will serve no useful purpose as members of the public will be better off handling their conveyancing transactions by themselves.” [83] Kes ini juga telah merujuk kepada prinsip dalam kes Midland Bank Trust Co Ltd & Anor v. Hett, Stubbs & Kemp (a firm) [1978] 3 All ER 571 seperti berikut:- April 22, 2024 21 “The solicitors were however liable to the plaintiffs in tort because under the general law the relationship of solicitor and client give rise to a duty of a solicitor to exercise that care and skill on which he knew that his client would rely, and to a duty not to injure his client by failing to do that which he had undertaken to do and which, at the solicitor's invitation, the client had relied on him to do. Furthermore, there was no rule of law which confined a solicitor's duty to his client under his retainer to a contractual duty alone; nor was there any rule of law which precluded a claim in tort for breach of a duty to use reasonable care and skill if there was a parallel contractual duty of care....” [84] Maka daripada prinsip dalam kedua-dua kes ini, boleh diputuskan bahaw peguam Tetuan C.T. Chew telah menguruskan proses penebusan hartanah tersebut untuk menyempurnakan urusan jual beli hartanah secara “implied retainer”yang timbul dati transaksi jual-beli tersebut. [85] Setelah menganalisa keseluruhan keterangan lisan dan keterangan dokumen kedua-dua pihak, meneliti “demeanour” kedua-dua pihak sewaktu memberi keterangan, Mahkamah memutuskan bahawa niat kedua-dua pihak yang pada awalnya iaitu transaksi antara mereka adalah berkenaan satu pinjaman wang yang kemudiannya telah bertukar kepada Perjanjian Jual Beli Hartanah tersebut pada harga RM850,000.00 yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Selanjutnya Perjanjian Jual beli tersebut telah disempurnakan dengan bayaran yang melebihi harga RM850,000.00 ini oleh Defendan. April 22, 2024 22 [86] Lanjutan daripada itu, versi Defendan bahawa ianya adalah satu Perjanjian Jual beli Hartanah tersebut yang tulen adalah lebih berkemungkinan jika dibandingkan dengan versi Plaintif-Plaintif bahawa ianya adalah hanya samaran kepada suatu pinjaman wang tanpa lesen. [87] Oleh yang demikian Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan Plaintif tidak berasas dan Plaintif gagal membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian.
para
[88] Maka tuntutan Plaintif ditolak dengan kos. Bertarikh pada 22 April 2024 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. SURIA KUMAR DJ PAUL Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim Kaunsel : Bagi pihak Plaintif-Plaintif : Noor Nabila Binti Shamsudin bersama Muhammad Nurhakim Bin Abdul Halim April 22, 2024 23 Bagi pihak Defendan : Hamdan Bin Indah bersama Abdul Hadi Bin Omar Peguamcara : Bagi pihak Plaintif-Plaintif Tetuan Chris Lee & Partners Peguambela dan Peguamcara No. 33-4, First Floor Jalan Ali 84000 Muar Johor [No. Ruj.: L-01311-20-LCY-TKR-NNS-HY] Bagi Pihak Defendan Tetuan Hamdan Indah & Associate Peguambela dan Peguamcara No. 17, Tingkat 1 Jalan Perniagaan Bakri 1 Taman Pusat Perniagaan Bakri 84000 Muar Johor [No. Ruj.: HIA/LIT(CIV)0096/2021] Tarikh Pendengaran : 5 Januari 2023, 26 Januari 2023, 13 September 2023, 5 Oktober 2023, 10 April 22, 2024 24 Disember 2023, 11 Disember 2023, 3 Januari 2024, 31 Mac 2024 Tarikh Keputusan : 22 April 2024
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.