Belanja dandanan SP2/isteri RM260.00 JUMLAH RM6978.67 [22] Saya bersetuju dengan HMS bahawa kesemua perbelanjaan tersebut hanyalah berdasarkan keterangan lisan SP2 sahaja dan tiada apa-apa bukti dokumentari dikemukakan untuk membuktikan perbelanjaan tersebut dikeluarkan oleh SP2 pada setiap bulan. Saya juga bersetuju dengan dapatan HMS bahawa adalah mustahil si mati memberikan tunai RM7,000.00 sebulan kepada ibubapanya dan hanya meninggalkan baki lebih kurang RM1,300.00 untuk diri sendirinya. Ini adalah kerana si mati perlu menyewa bilik di Singapura dan memerlukan perbelanjaan harian semasa tinggal di Singapura. Si mati hanya balik ke rumah ibubapanya pada hari minggu sahaja. [23] Selanjutnya, sebahagian perbelanjaan adalah bertindih, sebagai contoh barang basah sebanyak RM2,000.00 sebulan untuk Plaintif-Plaintif yang berusia 60 tahun dan pada masa yang sama kedua-dua Plaintif memerlukan perbelanjaan makan pagi dan makan tengah hari di luar sebanyak RM1,200.00 sebulan. Maka tuntutan tersebut adalah tidak logik dan munasabah. [24] Saya berpendapat bahawa Perayu-Perayu telah gagal untuk membuktikan tuntutan sebanyak RM7,000.00 sebulan menurut seksyen 103 Akta Keterangan 1950 [Act 56]. [25] Saya merujuk kepada keputusan di Mahkamah Rayuan dalam kes Child N (claiming through her father) & Ors v Kerajaan Malaysia [2022] 1 MLJ 666 yang telah memutuskan bahawa— “The learned HCJ had disallowed certain items under special damages. The learned HCJ had considered the evidence and gave reasons for her findings in relation to those claims. The court found nothing in the judgment to suggest that the learned HCJ had adopted a different approach regarding the standard of proof to be applied in the claim for special damages or had come to a wholly erroneous award on those damages. There was a plethora of authorities on the need to plead special damages in the pleading and to prove them. The general principle was that the plaintiff must be prepared to prove the special damages unless it had been agreed. It was not enough for the plaintiff to write down the particulars and leave them for the court to decide. The learned HCJ in the present case had also considered the plaintiffs’ claim under the principle of strict proof. On totality, the court affirmed the findings of the learned HCJ in relation to special damages (see paras 27–44).”. [Emphasis added] [26] HMS telah mempertimbangkan keterangan dan memberikan alasan untuk dapatan-dapatannya berhubung dengan tuntutan tersebut. Saya tidak menemui apa-apa dalam Penghakiman yang mencadangkan bahawa HMS telah menggunakan pendekatan yang salah mengenai standard pembuktian yang digunakan dalam tuntutan atau telah membuat award yang salah sepenuhnya. [27] Terdapat banyak autoriti mengenai keperluan untuk memplid gantirugi khas dalam pliding dan membuktikannya. Prinsip amnya ialah Plaintif-Plaintif mesti bersedia untuk membuktikan tuntutan melainkan ia telah dipersetujui. Adalah tidak mencukupi untuk Plaintif-Planitif menulis butiran dan menyerahkannya kepada Mahkamah untuk membuat keputusan. [28] HMS dalam kes ini juga telah mempertimbangkan tuntutan Plaintif di bawah prinsip pembuktian yang ketat. Secara keseluruhannya, saya mengesahkan dapatan-dapatan HMS berhubung dengan cara pengiraan kehilangan tanggungan. [29] Namun demikian, HMS tidak menyatakan bagaimana beliau memutuskan kehilangan tangunggan si mati adalah RM2,000.00 sebulan dalam Alasan Penghakimannya. HMS juga telah gagal untuk mengambil kira kesusutan nilai wang, kadar inflasi, serta kos perbelanjaan harian yang semakin meningkat dalam mengawadkan kehilangan tanggungan itu. [30] Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di United Plywood And Sawmill Ltd v Lock Ngan Loi [1970] 2 MLJ 237 dimana telah diputuskan seperti yang berikut: “...As has been said again and again, the assessment of damages in cases of personal injury is one of the most difficult things for either a judge in the first instance or a Court of Appeal. When a man has lost his arm there is no sum in the world that can be in the true sense compensate for it. Yet compensation in the form of money is the only way in which he can be granted redress for injury he has suffered. It is neither possible nor desirable for damages for the loss of an arm to be standardised or rigidly classified, as no two cases are ever alike. But in order to maintain some semblance of uniformity, the amount awarded in past cases, which bear reasonable comparison with the case under review, should serve as useful guide. The general principle is that an appellate court can only interfere with an assessment if it is considered so inordinately low or inordinately high as to make the court exclaim, ‘Good gracious, is that the sum which has been awarded that sum must be altered’, or if it is so much out of line with the discernible trend or pattern of awards in reasonably comparable cases that it must be regarded as a wholly erroneous estimate.”. [Emphasis added] [31] Saya berpendapat bahawa jumlah yang diawadkan oleh HMS adalah rendah secara nyata. Maka, saya mengubah jumlah kehilangan tanggungan daripada RM2,000.00 sebulan ke RM3,000.00 sebulan dan jumlah kehilangan tanggungan adalah untuk dikira seperti yang berikut: RM3,000.00 x 12 bulan x 12 tahun = RM432,000.00. [32] Saya telah mengambil kira kesusutan nilai wang, kadar inflasi, serta kos perbelanjaan harian yang semakin meningkat dalam membuat keputusan ini dan saya berpendapat bahawa RM3,000.00 sebulan merupakan satu angka gantirugi yang munasabah dan berpatutan dalam perkara ini. KESIMPULAN [33] Dalam kes ini, saya berpendapat bahawa Peguam Perayu-Perayu telah gagal untuk mengemukakan apa-apa bukti tentang kadar pertukaran matawang pada tarikh penghakiman adalah sebanyak RM3.30 = 1SGD dalam pengiraaan pendapatan bulanan si mati. [34] Saya juga mendapati bahawa SP2 tidak mengemukakan apa-apa bukti dan/atau dokumen untuk membuktikan perbelanjaan bulanan keluarga sebanyak RM7,000.00. [35] Oleh itu, saya mendapati HMS telah menggunapakai prinsip yang betul dalam menentukan kehilangan tanggungan. Namun demikian, HMS telah gagal mengambil kira kesusutan nilai wang, kadar inflasi, serta kos perbelanjaan harian yang semakin meningkat dalam membuat keputusan ini. [36] Kehilangan tanggungan yang diawadkan oleh HMS sebanyak RM288,000.00 diketepikan dan digantikan dengan kehilangan tanggungan sebanyak RM432,000.00. Lain-lain award HMS dikekalkan. [37] Adalah juga diperintahkan bahawa Responden-Responden membayar kepada Perayu-Perayu kos sebanyak RM2,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh 5 Disember 2024 Ditandatangani: ………………….. Wong Mee Ling Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Johor Darul Ta’zim. Peguam Bagi Plaintif-Plaintif Encik Teo Han Ley Tetuan Teo & Associates Wisma S K Teo No. 84 & 86, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru Peguam Bagi Defendan-Defendan Cik Subashini Ganesan Tetuan Othman Hashim & Co LP Floor, Unit No. LP08-09, Menara TJB, No. 9, Jalan Syed Mohd Mufti, 80000 Johor Bahru