Kegagalan SP7 menyiasat penama Yap Tiong Joo yang merupakan real trafficker menjejaskan kes pendakwaan. [34] Undang-undang adalah mantap bahawa dengan hanya mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah tersebut tidak mencukupi untuk membuktikan pemilikan (lihat Ibrahim Mohamad v. PP [2011] 4 CLJ 1). [35] Adalah juga berdasarkan nas kes-kes duluan bahawa dua elemen yang diperlukan untuk membuktikan pemilikan ialah kawalan fizikal dan pengetahuan. Untuk memenuhi unsur fizikal, ia mesti ditunjukkan bahawa tertuduh-tertuduh berada berhampiran dengan dadah dan mereka boleh mengendalikannya seolah-olah ia adalah milik mereka. Bagi unsur mental atau mens rea pula, perlu dibuktikan bahawa tertuduh-tertuduh berniat atau berhasrat untuk berurusan dengan dadah tersebut (intended to deal with the drugs) (rujuk kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 5 MLJ 237 S/N caDKvpYRF0mp3iaCk2Heqg (FC), Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 (HC)). Dalam erti kata lain, keperluan unsur fizikal dan mental tersebut perlu wujud dan dibuktikan sebelum pemilikan dapat dibuktikan. [36] Di akhir kes pendakwaan, saya mendapati bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai maka ianya adalah dalam milikan mereka semasa ditangkap. [37] Pada peringkat ini saya menerima keterangan SP3 bahawa kedua-dua tertuduh telah diperhatikan keluar dari rumah tersebut dan ada dalam milikan mereka kunci pagar yang mana membuktikan mereka mempunyai akses kepada rumah tersebut. [38] Fakta bahawa pintu utama dibuka oleh tertuduh pertama dan juga pintu bilik dengan menggunakan kombinasi PIN yang ada dalam pengetahuan tertuduh pertama, maka akses kepada bilik tersebut juga telah dibuktikan. [39] Dadah yang dirampas oleh pasukan serbuan adalah dari dalam bilik tersebut. Fakta ini cukup untuk membuktikan, pada tahap prima facie, dadah tersebut berada di dalam bilik yang mana tertuduh pertama mempunyai akses. Beban beralih kepada tertuduh-tertuduh untuk menjelaskan atau menyangkal keterangan ini. [40] Pada peringkat ini, saya berpandangan tiada sebab untuk meragui keterangan saksi-saksi pendakwaan (rujuk PP v. Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257 dan Shah Irwan Ton v. PP [2013] 1 LNS 377). [41] Mengikut kes Saad bin Ibrahim v PP (1968) 1 MLJ 158, telah diputuskan bahawa: S/N caDKvpYRF0mp3iaCk2Heqg “Possession which incriminates must have certain characteristics, the possessor must be aware of his possession, must know the nature of those thing possessed and must have the power of disposal over it.” [42] Saya merujuk kepada kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 yang mana Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada keputusan kes Ramis a/l Muniady v PP (2001) 3 SLR 534, saya petik: “In Ramis a/l Muniandy v PP (2001) 3 SLR 534, the Singapore Court of Appeal again propounded on the question of knowledge necessary to establish possession and at page 541 states: Knowledge of drugs The starting point in the consideration of this issue was that we had already concluded that the drugs was already on Ramis’s motorcycle when he entered the vaccinity and that he had physical control of the drugs. In the absence of any reasonable explanation by Ramis, these facts were sufficient to lead strong inference that Ramis knew that the bag found on his motorcycle contained drugs.” -Penekanan ditambah [43] Mahkamah Persekutuan juga dalam kes yang sama telah merujuk satu kes daripada Singapura iaitu Tan Ah Tee & Anor v PP [1980] 1 MLJ 49 yang mana Ketua Hakim Wee Chong Jin di muka surat 9 menyatakan seperti berikut: “In Tan Ah Tee, Wee Chong Jin CJ, delivering the judgment of the court, said ([1978-1979]) SLR 211 at pp 217 – 218; [1980] 1 MLJ 49 at p 52): Even if there were no statutory presumptions available to the prosecution, once the prosecution had proved the fact of physical control or possession of the plastic bag and the circumstances in which this was acquired by and remained with the second appellant, the trial judges would be justified in finding that she had possession of the contents of the plastic bag within the meaning of the Act unless she gave an explanation of the physical fact which the trial judges S/N caDKvpYRF0mp3iaCk2Heqg accepted or which raised a doubt in the minds that she had possession of the contents within the meaning of the Act.” [44] Dari keputusan kes-kes di atas, saya berpendapat, melainkan tertuduh-tertuduh mengemukakan penjelasan munasabah, dengan terbuktinya fakta fizikal keberadaan dadah berhampiran mereka, pemilikan telah dibuktikan. [45] Berkait hujahan pembelaan mengenai kegagalan Pendakwaan membuktikan keterangan forensic dan CCTV, saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam PP v. Ebrahim Mirzaie Hj Ebrahim Deh Mokhtar [2017] 1 CLJ 575, telah diputuskan bahawa: "[38] The evidential value of CCTV evidence. DNA profiles and fingerprint impressions as decided by high authority is only corroborative. The learned trial judge correctly appreciated the position. In PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233, the Federal Court stated that: Where the identity of a culprit is in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, however, the charge alleged trafficking in the form of sale and there is evidence indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastic and the loytape, therefore, assumes little value or significance. [39] Now, having scrutinised the evidence, we were with the learned DPP that even without the CCTV evidence, DNA profiles and fingerprint impressions, there are sufficient evidence to prove the prosecution's case". [46] Oleh yang demikian, saya merumuskan bahawa berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan, elemen pemilikan dadah tersebut telah dibuktikan secara afirmatif. S/N caDKvpYRF0mp3iaCk2Heqg Tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah [47] Bagi elemen pengedaran, memandangkan elemen pemilikan telah berjaya dibuktikan maka saya membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran dibuktikan bawah seksyen 180(4) KTJ dengan pemakaian anggapan bawah seksyen 37(da) ADB (rujuk kes Abdullah Atan) berdasarkan berat dadah-dadah yang dirampas. [48] Oleh yang demikian, kedua-dua tertuduh telah dipanggil untuk membela diri dan mereka memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Tertuduh-tertuduh juga telah memanggil lima (5) saksi lain untuk kes pembelaan. Kes Pembelaan [49] Tertuduh pertama memberikan keterangan secara bersumpah dan mengatakan bahawa pada tarikh kejadian, dia tinggal dan menetap di rumah keluarganya di Taman Rinting, Masai, Johor. Tertuduh pertama sudah menetap disitu bersama keluarga sejak 10 tahun yang lalu dan tidak pernah tinggal di rumah di Taman Abad (rumah tersebut). Fakta ini disahkan oleh adiknya, Teng Weng Leong (SD3). [50] Begitu juga dengan tertuduh kedua, dia mengatakan bahawa dia tinggal bersama ibu dan keluarganya di Senai dan tidak pernah menyewa atau menghuni dirumah lain. Ibunya, SD4 mengesahkan fakta ini. [51] Menurut tertuduh pertama, pada hari kejadian adalah kali pertama dia pergi ke rumah tersebut dan mengatakan tidak bermalam atau menghuni dalam bilik tempat dadah dijumpai. [52] Pada tarikh kejadian, tertuduh pertama pergi ke rumah tersebut untuk melepak dengan rakannya bernama Yap Tiang Joo yang menyewa bilik yang mana dadah dirampas bersama teman wanitanya bernama S/N caDKvpYRF0mp3iaCk2Heqg YuJing Qiu. Yap Tiang Joo adalah orang yang membuat bayaran sewa kepada tuan rumah. [53] Semasa tertuduh pertama sampai, lebih kurang jam 6.00 petang, Yap Tiang Joo menjemput dia masuk dan dia (Yap Tiang Joo) kemudian, lebih kurang jam 7.00 malam, keluar bersama teman wanitanya untuk urusan lain. Yap Tiang Joo telah meninggalkan sebatang anak kunci manga pintu luar kepada tertuduh pertama. [54] Sebelum itu, pada jam 6.30, tertuduh pertama telah menghubungi teman wanitanya, tertuduh kedua untuk keluar makan pada jam 9.00 malam. Tertuduh kedua pada masa itu berada bersama rakannya Alice (SD6) di bilik nombor 7. Sebelum itu, tertuduh kedua mengatakan yang dia telah dihantar oleh mendiang bapanya untuk berjumpa SD6 di rumah tersebut pada jam lebih kurang 6.00 petang. Tertuduh kedua berada dalam bilik SD6 hingga dihubungi oleh tertuduh pertama. [55] Pada jam 8.30 malam, tertuduh kedua pergi ke bilik tersebut untuk berjumpa tertuduh pertama. Selesai bersiap, mereka keluar untuk makan malam. Semasa diluar mereka telah ditahan dan diperiksa oleh sepasukan anggota polis diluar rumah tersebut. [56] Saksi SD6, Alice Yeo Ai Lit (penghuni bilik no 7) yang merupakan rakan tertuduh kedua juga mengesahkan yang tertuduh pertama dan kedua tidak menyewa di bilik tersebut tetapi dihuni oleh sepasang kekasih lain yang bukan kedua-dua tertuduh. Analisa dan Dapatan Di Akhir Kes Pembelaan [57] Berdasarkan kepada seksyen 182A KTJ, jika pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan yang munasabah, tertuduh-tertuduh hendaklah didapati bersalah dan disabitkan. Namun S/N caDKvpYRF0mp3iaCk2Heqg jika sebaliknya, Mahkamah hendaklah melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh. (Rujuk kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311). [58] Mengenai anggapan pengedaran dibawah s.37(da), beban akan berpindah kepada tertuduh-tertuduh untuk menyangkal anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian yang mana bebannya adalah lebih berat dari menimbulkan keraguan yang munasabah (rujuk kes PP v. Yuvaraj [1968] 1 LNS 116). [59] Mengikut kes Liam Heng Boon v. PP [2012] 1 LNS 1455, Mahkamah Rayuan memutuskan: “So the appellant had to rebut the operative presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA on the balance of probabilities. That level of rebuttal places a higher evidentiary burden on the appellant.” [60] Dengan pemakaian anggapan di bawah s.37(da) ini juga, elemen pengedaran telah dianggap maka tertuduh-tertuduh dikatakan mengedar dadah tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya (until the contrary is proved). Mereka dengan ini perlu mengemukakan keterangan yang mencukupi untuk mengakas anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian (rujuk Ng Chai Kem v PP (1994) 2 CLJ 593 dan Mohamad Radhi v PP (1992) 2 SCR 145). [61] Asas pembelaan tertuduh-tertuduh adalah mereka tidak menginap, menghuni atau menyewa bilik yang mana dadah-dadah dijumpai. Mereka kesana untuk berjumpa dan mengikut tertuduh pertama, bilik tersebut adalah milik rakannya, Yap Tiang Joo. Oleh itu, mereka menafikan pengetahuan mengenai dadah-dadah tersebut dan seterusnya menafikan mempunyai jagaan atau kawalan terhadapnya. S/N caDKvpYRF0mp3iaCk2Heqg [62] Kes pembelaan di atas telah di letakkan dan dicadangkan pada peringkat kes pendakwaan lagi. Namun pada peringkat ini, kedua-dua tertuduh kini berpeluang untuk memberikan keterangan dan mengemukakan fakta untuk menyangkal kes pendakwaan. [63] Tugas mahkamah di peringkat akhir perbicaraan ini adalah untuk mempertimbangkan semula keterangan bukti yang dikemukakan untuk melihat samada pembelaan berjaya menyangkal anggapan dan menimbulkan keraguan terhadap kes pihak Pendakwaan dan seterusnya membuat keputusan samada Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes sehingga melampaui keraguan munasabah atau sebaliknya (rujuk seksyen 182A KTJ). [64] Kedua-dua tertuduh menafikan ada pengetahuan, kawalan dan jagaan terhadap dadah yang dirampas. Keterangan sokongan fakta ini adalah dari ahli keluarga mereka. Saya sedia maklum akan kemungkinan mereka saksi yang berkepentingan, namun, tanpa dibuktikan mereka ada kemungkinan untuk tidak bercakap benar, saya berpendapat keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh tinggal bersama keluarga pada masa kejadian, boleh dipercayai. Saya merujuk kepada kes Suthakar Sivakumar v PP (2024) CLJU 2114 yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keterangan saksi berkepentingan masih boleh dipercayai melainkan ada alasan undang-undang untuk menolak keterangan mereka (evidence to the contrary). [65] Tambahan lagi, SD6 mengesahkan kedua-dua tertuduh tidak menyewa di bilik tersebut tetapi ada pasangan lain yang menghuni disitu dan keterangan SD6 ini tidak dicabar oleh Pendakwaan. S/N caDKvpYRF0mp3iaCk2Heqg [66] Malah, fakta bahawa SP4 tidak dapat mengecam dengan pasti siapa yang membayar sewa kepadanya (melalui akaun adiknya) setiap bulan juga memungkinkan keterangan SD6 adalah benar. [67] Mengenai akses kepada rumah tersebut, pembelaan menyebut kewujudan penama Yap Tiong Joo sebagai orang yang menyewa bilik tersebut. Pembelaan telah memanggil SD7, iaitu ASP Mohd Nazry bin Midun untuk mengesahkan bahawa Yap Tiong Joo adalah seorang yang wujud, telah ditangkap pada malam yang sama dengan tangkapan kedua-dua tertuduh dan telah ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 berkait dadah yang dirampas dirumah tersebut. [68] Pihak Pendakwaan memilih untuk tidak memanggil Yap Tiang Joo untuk menyangkal keterangan di atas. Saya setuju dengan rujukan kes Teo Kian Chun v PP (2020) 10 CLJ 398, CA oleh pembelaan bahawa tanggung jawab adalah atas pendakwaan untuk menyanggah notis “Alcantora” di atas yang mana siasatan harus dijalankan mengenai keterangan pembelaan mengenai penglibatan Yap Tiang Joo. Tambahan pula, adalah dalam pengetahuan pendakwaan bahawa Yap Tiang Joo telah mengakui bahawa semua barang kes yang dijumpai dalam bilik tersebut adalah miliknya (Laporan Polis Scientex 2999/20). [69] Kegagalan pihak Pendakwaan menyangkal keterangan pengakuan Yap Tiang Joo adalah fatal kepada kes pendakwaan – rujuk kes Kobra Taba Seidali v PP (2014) 2 MLJ 554. [70] Kewujudan fakta kemungkinan Yap Tiang Joo merupakan penyewa bilik tersebut juga disokong dengan kegagalan penemuan apa-apa barang peribadi kedua-dua tertuduh dalam bilik tersebut. Mengenai DNA S/N caDKvpYRF0mp3iaCk2Heqg pada pakaian yang dirampas tidak membantu kes Pendakwaan kerana ianya dianalisa setelah proses acu pakai dijalankan. [71] Seterusnya, berkaitan dengan siri percanggahan keterangan mengenai rampasan paspot kedua-dua tertuduh dan keterangan SD5, saksi yang ditawarkan (Lpl Noor Shawariah binti Muhamed) telah memberi kesan terhadap naratif kes pendakwaan yang mana faedah keraguan perlu diberikan kepada tertuduh-tertuduh (rujuk kes Tai Chai Keh v PP (1948) CLJU 122). Untuk ini, pihak pembelaan telah membawa kepada perhatian Mahkamah secara lebih terperinci untuk memerhati semula rakaman CCTV yang dikemukakan. [72] Mengikut tertuduh pertama, dia membawa masuk anggota serbuan melalui pintu utama rumah tanpa memasukkan apa-apa nombor PIN atau cap jari kerana pintu, walaupun dalam keadaan tertutup, sebenarnya tidak terkunci. Dari penelitian rakaman CCTV, saya setuju dengan hujahan pembelaan bahawa tidak dapat dilihat dengan jelas perbuatan tertuduh pertama meletakkan jarinya untuk masuk ke dalam rumah tersebut. [73] Keterangan mengenai rampasan paspot juga menjadi tanda tanya. Kedua-dua tertuduh mengatakan paspot dirampas dari dalam beg yang disandang oleh tertuduh kedua semasa didalam bilik iaitu setelah dadah dijumpai. [74] Semasa kes pendakwaan, SP3 pada mulanya mengatakan paspot dijumpai dalam beg sandang tertuduh kedua, tetapi semasa pemeriksaan balas, menukar keterangan kepada dijumpai dari dalam bilik. Oleh kerana SP3 mengatakan pemeriksaan badan tertuduh kedua dibuat oleh SD5 maka pembelaan telah memanggil SD5 untuk mengesahkan keterangan SP3. S/N caDKvpYRF0mp3iaCk2Heqg [75] SD5 mengatakan bahawa SP3 telah menjalankan pemeriksaan dan rampasan beg yang disandang oleh tertuduh kedua di luar rumah dan beg telah dalam jagaan SP3 [76] Sekali lagi pembelaan telah membawa perhatian saya kepada rakaman CCTV yang mana diperhatikan bahawa tatkala tertuduh kedua masuk ke dalam perkarangan rumah bersama anggota serbuan, beg sandang masih kelihatan berada di badannya. [77] SD5 kemudiannya menukar keterangan dan mengesahkan bahawa beg sandang tertuduh kedua tidak pernah dirampas sebelum rampasan dadah dibuat. SD5 juga mengatakan bahawa beliau ada mengikuti anggota serbuan masuk ke dalam bilik kerana mengiringi tertuduh kedua tetapi tidak dapat memberikan keterangan yang pasti tentang di mana dadah dijumpai. [78] Akan tetapi, setelah ditayangkan rakaman CCTV, didapati tiada kelibat SD5 di sepanjang rakaman semasa anggota masuk dan keluar dari rumah tersebut. SD5 kemudiannya mengakui bahawa beliau sebenarnya tiada ditempat kejadian dan tidak pernah mengiringi tertuduh kedua masuk ke dalam bilik. [79] Dari senario diatas, jelas bukan sekadar percanggahan keterangan fakta berjaya dibuktikan terhadap naratif kes pendakwaan tetapi satu insiden yang mencalar kredibiliti, bukan sahaja SD5 tetapi juga SP3. Ini sekali gus memberi kesan kepada pembuktian kes pendakwaan kerana percanggahan yang jelas disengajakan ini harus memihak kepada pembelaan (rujuk kes See Kek Chuan v PP (2013) 6 CLJ 98). [80] Saya berpendapat, dari keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam pembelaan, ianya tidak boleh dikatakan bersifat penafian dan pemikiran terkemudian tetapi satu kemungkinan (probability) yang S/N caDKvpYRF0mp3iaCk2Heqg berkemungkinan benar. Oleh itu, fakta bahawa tertuduh pertama tidak menyewa dan menghuni bilik tersebut serta tertuduh kedua kemungkinan seorang mere visitor, boleh diterima sebagai satu kemungkinan (rujuk Radin Irwan Iskandar Isagani v PP (2017) CLJU 1508 dan Tang Teck Seng & Anor v PP (2018) 10 CLJ 315). [81] Saya merujuk kepada kes Public Prosecutor v Iskandar bin Mohamad Yusof [2006] 5 MLJ 559, telah diputuskan bahawa: “[12] In the course of the defence stage, the accused person here had alleged that the bag which contained the drugs was owned by one Hassan, a friend who had hitched a ride from him that night. This person had managed to make good his escape during the confusion, leaving the accused person eventually stranded and being held responsible for the abandoned incriminating item. With the testimony of the accused person given under oath, his evidence thus merit serious consideration let alone at no stage of the hearing was he impeached. The pertinent question required to be resolved thus was, was it possible that the mysterious Hassan did probably exist, and not a mere scapegoat of a name alluded to by him as a passport to escape the charge? At this stage of the defence there was no legal demand that he must factually prove Hassan did exist. All he needed to do was to merely persuade the presiding judge of that probability. If he succeeded, then on a balance of probability those drugs could have been Hassan's, thus inexorably exonerating him.” [82] Saya juga merujuk kepada kes Ganapathy Renggasamy v PP