Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES JENAYAH NO: WA-63-6-01/2024 ANTARA 5 PENDAKWA RAYA LAWAN 1) TEO TZI SIN 2) WONG POH WAH
WA-63-6-01/2024
Sessions Court of Malaysia14 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“sebut berlaku. Kes yang dirujuk oleh Peguam Bela adalah berbeza dan tidak wajar dirujuk atau digunapakai dalam kes ini. [39] Mahkamah merujuk kes yang sama dirujuk oleh Peguam Bela iaitu PP lwn Ronie [2023] SMCU 71 [202] 5 LNS 71 di held berikut: [24] Pihak pembelaan telah merujuk seksyen 198 Akta Syarikat 445 2016 (Ak”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES JENAYAH NO: WA-63-6-01/2024 ANTARA 5 PENDAKWA RAYA LAWAN 1) TEO TZI SIN 2) WONG POH WAH
1
Ini merupakan rayuan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (selepas ini 15 dirujuk sebagai TPR) pada 2 Januari 2025, kerana tidak berpuashati dengan hukuman yang diberikan oleh Mahkamah ini pada 20 Disember 2024 yang telah menjatuhkan hukuman berbentuk denda sejumlah RM 100,000 jika gagal bayar 6 bulan penjara atas pengakuan salah 2 Orang Kena Saman (selepas ini dirujuk sebagai kedua-dua OKS atau OKS 1 dan OKS 2) bagi kesalahan di bawah seksyen 20 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 (selepas ini dirujuk sebagai Akta 777). [2] Pertuduhan ke atas OKS menurut seksyen 218(1)(c) Akta 777 (selepas ini dirujuk sebagai pertuduhan seperti berikut: u, dengan niat bersama pada 30 Januari 2018 sebagai pengarah syarikat Sea Tackle Sdn Bhd (No. Syarikat: 160808-U) yang 25 2 mempunyai alamat pejabat berdaftar di 28, Jalan 2/27C, Seksyen 5, 53300, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, telah menggunakan kedudukan sebagai pengarah syarikat, dengan memberikan harta syarikat bagi setiap kamu iaitu wang berjumlah RM 200,000.00 sebagai bonus untuk diri kamu tanpa kelulusan mesyuarat agung syarikat, untuk 30 mendapatkan manfaat secara langsung kepada diri kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 218(2) Akta yang sama. 35 Hukuman Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lima (5) tahun atau tiga juta ringgit atau kedua-duanya 40
3
Kedua-dua OKS telah hadir ke Mahkamah ini dan diwakili oleh Peguam Bela. Pertuduhan telah dibaca, diterang dan difahamkan kepada kedua-dua OKS dalam 45 Bahasa Cina loghat Mandarin. Kedua-dua OKS faham akan pertuduhan dan seterusnya mengaku salah ke atas pertuduhan dalam Bahasa Cina loghat Mandarin. [4] Mahkamah ini seterusnya telah menerangkan sifat dan akibat pengakuan salah kedua-dua OKS bagi kesalahan menurut 218(1)(c) Akta 777 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 218(2) Akta 777 50 Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, boleh dihukum dengan pemenjaraan 3 selama lima (5) tahun atau tiga (3) juta ringgit atau kedua-duanya dan kedua-dua OKS masih mengaku salah ke atas pertuduhan. [5] Pihak Pendakwaan telah mengemukakan fakta kes yang ditandakan sebagai ekshibit P5 iaitu seperti berikut: 55 Sea Tackle Sdn Bhd (No. Syarikat: 160808-U) (selepas daripada ini dirujuk sebgai STSB) adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang didaftarkan pada 14.4.1987. Aduan telah diterima oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia - 60 - mereka sebagai pengarah pada ketika itu dengan memberikan harta syarikat STSB bagi pembayaran bonus sebanyak RM200,000.00 setiap seorang tanpa notis dan kelulusan mesyuarat syarikat, dan 65 mendapatkan manfaat secara langsung kepada diri mereka pada 30 Januari 2018. Jumlah bonus sebanyak RM200,000.00 yang diberikan kepada setiap seorang OKS itu adalah dinyatakan dalam Penyata Gaji bulan Januari 2018 masing-masing untuk setiap OKS. 70 Dalam Penyata Gaji bulan Januari 2018 bagi Wong Poh Wah, jumlah bayaran bersih yang diterima olehnya termasuklah bonus ialah sebanyak RM141,093.75 manakala dalam Penyata Penyata Gaji bulan Januari 2018 bagi Teo Tzi Sin, jumlah bayaran bersih yang diterima olehnya termasuklah bonus ialah sebanyak RM141,168.75 75 Jumlah bayaran bersih bagi kedua-dua OKS itu selanjutnya ada dinyatakan dalam surat syarikat STSB kepada Public Bank Berhad bertarikh 29 Januari 2018 yang ditandatangani oleh OKS-OKS sendiri. Surat bertarikh 29 Januari 2018 tersebut adalah untuk arahan direct transfer dari akaun Public Bank syarikat STSB ke akaun semua 80 pekerja, pengarah dan pemegang saham termasuklah bagi Wing Poh Wah sejumlah RM141,093.75 dan bagi Teo Tzi Sin sejumlah RM141,168.75 selari dengan jumlah bersih di Penyata Gaji mereka bagi bulan Januari 2018. Berdasarkan kepada surat bertarikh 29 Januari 2018 tersebut, jumlah 85 keseluruhan wang yang dipindahkan dari akaun Public Bank Berhad syarikat STSB kepada akaun semua semua pekerja, pengarah dan pemegang saham termasuklah OKS-OKS ialah sebanyak RM497,550.40 Selanjutnya, transaksi pembayaran gaji yang berlaku pada 30 Januari 90 2018 termasuklah bayaran bonus sebanyak RM200,000.00 bagi setiap OKS itu telah direkodkan dalam penyata akaun Public Bank Berhad syarikat STSB dengan nombor akaun 3157306916 yang bertarikh 31 Januari 2018. Tambahan itu juga, transaksi pembayaran gaji yang berlaku pada 30 95 Januari 2018 termasuklah bayaran bonus sebanyak RM200,000.00 bagi Wong Poh Wah telah direkodkan dalam penyata akaun Public Bank Berhad miliknya dengan nombor akaun 3158527802 yang bertarikh 7 Februari 2018. Transaksi pembayaran gaji yang berlaku pada 30 Januari 2018 100 termasuklah bayaran bonus sebanyak RM200,000.00 bagi Teo Tzi Sin 5 pula telah direkodkan dalam penyata akaun Public Bank Berhad miliknya dengan nombor akauun 3158525021 yang bertarikh 7 Februari 2018. Loh Siew Leng yang merupakan pemegang saham serta pengarah 105 biasa STSB dan Wong Poh Choo yang merupakan pemegang saham STSB pada masa material mengesahkan bahawa mereka tidak menerima sebarang notis mesyuarat agung berhubung pembayaran bonus bagi bulan Januari 2018 termasuklah kepada OKS-OKS. Chan Sow Fun iaitu setiausaha syarikat STSB pada ketika itu 110 mengesahkan bahawa tiada kelulusan pemegang saham mahupun pengarah yang dibuat bagi pembayaran bonus kepada kedua-dua OKS. Oleh itu, kedua-dua OKS dalam kes ini telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan boleh 115 dihukum di bawah Seksyen 218(2) Akta yang sama dibaca bersama
6
Ekhsibit P5 iaitu fakta kes telah dibacakan dan diterangkan kepada kedua-dua OKS dalam Bahasa Cina loghat Mandarin. Kedua-dua OKS faham dan mengakui 120 akan fakta kes tersebut. [7] Pihak Pendakwaan selanjutnya mengemukakan dokumen-dokumen yang ditandakan sebagai ekshibit seperti berikut: a) Aduan Pengadu P6; b) Profil Syarikat Sea Tackle Sdn Bhd P7; 125 c) Borang 49 Syarikat Sea Tackle bertarikh 14.10.2013 P8; d) Borang 49 Syarikat Sea Tackle bertarikh 18.12.2014 P9; 6 e) Penyata Tahunan Syarikat Sea Tackle bagi Tahunan 2017 P10; f) Penyata Tahunan Syarikat Sea Tackle bagi Tahunan 2018 P11; g) Penyata Kewangan Syarikat Sea Tackle bagi Tahun 2018 P12; 130 h) Penyata Gaji OKS 2 bagi bulan Januari 2018 P13; i) Penyata Gaji OKS 1 bagi bulan Januari 2018 P14; j) Penyata Akaun Bank Public Bank Sea Tackle Sdn Bhd P15; k) Penyata Akaun Public Bank OKS 2 P16; l) Penyata Akaun Public Bank OKS 1 P17; 135 m) Surat Direct Transfer bertarikh 29.01.2018 P18; n) Notis Extra Ordinary Gen Meeting Syarikat Sea Tackle bertarikh 08.02.2018 P19; dan o) MOA Sea Tackle Sdn Bhd bertarikh 06-04-1987 P20 140 [8] Kesemua ekshibit P6 hingga P20 tersebut telah dikemukakan dan diterangkan kepada kedua-dua OKS dalam Bahasa Cina loghat Mandarin dan kesemuanya diakui benar oleh kedua-dua OKS.
9
Mahkamah seterusnya telah menerima pengakuan salah OKS 1 dan juga OKS 2 setelah Mahkamah berpuashati OKS 1 dan OKS 2 faham akan sifat dan akibat pengakuan salah bagi pertuduhan tersebut serta kes pendakwaan yang dikemukakan. Berikutnya, Mahkamah mendapati OKS 1 dan OKS 2 bersalah dan 150 disabitkan dengan kesalahan atas pertuduhan tersebut. RAYUAN OKS 1 DAN RAYUAN OKS 2 155 [10] Kedua-dua OKS telah diberi peluang untuk membuat rayuan melalui peguambelanya secara bertulis dan dihujahkan di Mahkamah terbuka. Antara intipati rayuan kedua-dua OKS adalah seperti berikut: a) Kesalahan kali pertama OKS; b) OKS tidak pernah disabitkan di mana-mana Mahkamah di Malaysia atau 160 Singapura; c) OKS beri kerjasama baik semasa kes dan semasa siasatan oleh Pihak Pendakwaan; d) OKS insaf perbuatan dan tidak lagi menjadi Pengarah dalam Syarikat Sea Tackle Sdn Bhd; 165 e) Mohon dikecualikan penggunaan Seksyen 198 Akta 777. Sekiranya dijatuhkan hukuman tanpa pengecualian Mahkamah di bawah Seksyen 198, OKS akan dihentikan menjadi pengarah syarikat-syarikat yang dikatakan di mana-mana kedua-dua OKS memegang jawatan sebagai Pengarah. Keadaan ini akan menghentikan operasi kedua-dua syarikat yang mana kedua-dua OKS 170 merupakan Pengarah tunggal syarikat. Maka syarikat akan tutup dan banyak pekerja akan hilang pekerjaan. Merayu bahawa semenjak PKP iaitu Mac 2020 perniagaan menjadi susah malah dan juga faktor ekonomi dan kewangan dan juga negara perlu diambilkira dan diseimbangkan. Harap Mahkamah boleh beri belas kasihan kepada kedua-dua OKS dan juga ahli keluarga OKS; 175 f) Peluang kedua kepada OKS untuk jalankan perniagaan teratur dan bertepatan dengan undang-undang dan hanya hukuman denda sahaja dikenakan dan mohon OKS layak semula untuk memegang jawatan yang sama kepada syarikat-syarikat sedia ada sekarang; 8 g) Harap hukuman penjara tidak dikenakan agar OKS-OKS dapat sara keluarga 180 dan masa depan anak yang masih belajar di pusat pengajian tinggi dan bersekolah; h) Memohon belas kasihan untuk OKS membina semula nama di perniagaan dan agar pekerja-pekerja masih kekal mendapat pekerjaan. Rujuk kes P. Raya v Ronnie. Sehingga sekarang kes ini sahaja direkod berkenaan s.198; dan 185 i) Mohon agar hukuman yang ringan dapat dikenakan terhadap OKS-OKS.
11
Antara intipati hujahan lisan Pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: 190 Tentang kegagalan Pihak Pendakwaan kemukakan penyata akaun untuk buktikan losses of company, rujuk para 16 hujahan pemberatan Pihak Pendakwaan, bagi penyata kewangan 2017 Syarikat Sea Tackle RM185,016.00 dan pada 30.01.2018 kedua-dua OKS memberikan RM200,000.00 setiap seorang bermakna RM400,000.00 in total yang 195 selalunya bonus diberikan hasil daripada profit syarikat yang mana bonus awal Januari 2018 berdasarkan profit tahun 2017. Kita perlu tengok balik profit 2017 RM186,016.00 dan dengan jumlah ini bagaimana mungkin kedua-dua OKS boleh memberikan jumlah bonus RM400,000.00 kepada diri mereka, di sini dinyatakan kerugian kepada 200 syarikat kerana profit itu tidak memadai untuk membayar bonus mereka. Yang selanjutnya ada ditunjukkan dalam penyata kewangan syarikat tahun 2018 pada muka surat 1 penyata kewangan 2018 jumlah RM896,551.00 iaitu ekshibit P12. Bermakna dengan perbuatan kedua-dua OKS memberikan RM400,000.00 telah menambahkan kerugian 205 Syarikat Sea Tackle yang dizahirkan dalam penyata kewangan P12. Untuk sentimen PKP, kesalahan berlaku pada 30.01.2018, kes daftar pada 2014 dan sebutan kali pertama pada 07.02.2024, kesalahan memberikan bonus bermakna pengarah telah terima RM200,000.00 setiap seorang. Jadi, adakah wajar OKS-OKS untuk bergantung kepada 210 sentimen PKP sedangkan mereka menerima duit sebeum PKP. Itu sahaja. HUKUMAN 215 [12] Mahkamah seterusnya telah memerintahkan setiap OKS dikenakan hukuman berbentuk denda sejumlah RM 100,000 jika gagal bayar 6 bulan penjara bagi pertuduhan tersebut. [13] Mahkamah turut memerintahkan salinan asal ekshibit dokumen dikembalikan kepada Pihak Pendakwaan. 220 [14] Selain itu, Mahkamah tidak mengeluarkan sebarang perintah pengecualian menurut peruntukan seksyen 198 Akta 777 dan permohonan Pihak Pendakwaan untuk jumlah pampasan kepada syarikat terkesan juga tidak dibenarkan mankala kos kepada Pihak Pendakwaan sejumlah RM 500 seperti yang dicadangkan oleh Pihak Pendakwaan dan dipersetujui oleh Peguam Bela adalah dibenarkan. 225
15
Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ke atas kedua-dua OKS telah dengan secara menyeluruhnya mempertimbangkan faktor-faktor berikut: 230
16
Mahkamah harus mengimbangkan antara kepentingan awam dan kepentingan kedua-dua OKS. Kepentingan awam berkehendakkan agar satu 235 hukuman bersifat deteren dikenakan ke atas kedua-dua OKS. Prinsip hukuman bersifat deteren, bukan sahaja mencegah kedua-dua OKS daripada melakukan kesalahan berulang, malah ianya bertujuan untuk mencegah orang awam daripada melakukan kesalahan sebegini pada masa akan datang. [17] Sepertimana yang dinyatakan dan diputuskan dalam R v Ball (1951) 35 Cr 240 App R 164 di ms 165 bahawa: In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper 245 sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, 250 or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the 255 appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each 11 criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe. " [18] Mahkamah juga merujuk kes Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor v. PP [2001] 260 4 CLJ 9, di mana Y.A Hakim Mahkamah Rayuan telah menyatakan: "It cannot be gainsaid that the most onerous function of any court is to decide the appropriate sentence in any criminal case. In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. In that 265 context the interest of justice should no doubt take into account the interest of the offender. But it is often forgotten that the interest of justice must also include the interest of the community. In assessing sentence, the court should balance the interest of the offender with the interest of the victim and strike a balance, not, of course forgetting that 270 the interest of the public should be of the uppermost consideration."
19
Selain itu, faktor pengakuan salah juga turut diambilkira oleh Mahkamah dalam 275 mempertimbangkan hukuman. Pengakuan salah kedua-dua OKS menjimatkan masa dan kos pihak-pihak terlibat dan ianya wajar diambilkira dan diberikan kredit adalam pengurangan hukuman atas pengakuan bersalah tersebut. Pada masa yang sama, Mahkamah perlu sentiasa ingat bahawa faktor pengakuan salah ini harus diseimbangkan dengan faktor lain. 280 [20] Dalam kes ini, Mahkamah harus mengambilkira keseluruhan keadaan kes, dalam hal ini, fakta kes secara teliti dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh Pendakwaan serta hujahan oleh pihak TPR termasuk hujahan kedua-dua OKS.
21
Mahkamah merujuk kes PP v Low Kok Wai [1998] 2 CLJ 105, di mana diputuskan bahawa: 285 "It is a principle of sentencing that whenever possible the court should take into account as a mitigating factor the fact that the accused has pleaded guilty. The extent to which a plea of guilty is a mitigating factor must depend on the facts of each case, and it cannot be a powerful mitigating factor when effectively no defence to the charge was 290 available to the accused." [22] Kes lain yang dirujuk adalah PP v. Govindnan A/L Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370; [1988] 2 MLJ 181, yang membuat pemerhatian berikut: a guilty plea ought to be considered in favour of the accused only when all other factors and circumstances surrounding 295 the commission of the offence justify such a consideration. Its application in favour of the accused depends on the circumstances of each case (see WONG KAI CHUEN PHILIP v. PUBLIC PROSECUTOR [1990] 1 LNS 146; [1991] 1 MLJ 321). In PUBLIC PROSECUTOR v. LOW KOK WAI [1988] 2 CLJ Rep 268; [1988] 2 CLJ 300 105; [1988] 3 MLJ 123, Mohamed Dzaiddin (as he then was) said at p plea of guilty. It is a principle of sentencing that whenever possible the court should take into account as a mitigating factor the fact that the accused had pleaded guilty 305
23
Dalam kes ini, menurut Peguam Bela (dan tidak disangkal oleh Pihak Pendakwaan), kedua-dua OKS merupakan pesalah pertama dan tidak mempunyai 310 rekod kesalahan lampau. [24] Maka, Mahkamah harus mengambilkira faktor ini sebagai salah satu faktor peringan dalam menjatuhkan hukuman ke atas kedua-dua OKS. [25] Mahkamah merujuk kes Wong Keng Liang v. PP [2013] 1 CLJ 96 di mana diputuskan oleh YA Hakim Mahkamah Rayuan bahawa: 315 faktor mitigasi yang harus diambil kira dan diberi kepentingan It is trite law that the : See PP v. SAU SOO KIM [1975] 1 LNS 158 per Lee Hun Hoe J (B); and MELVANI v. PP [1971] 1 LNS 78 per Wee Chong Jin CJ (Singapore) (as then was) 320 as has been done by Mohamed Azmi J (later FCJ) in PP v. JAFA DAUD Dalam SAU SOO KIM v. PUBLIC PROSECUTOR [1975] 1 LNS 158 telah diputuskan: Whether a person is a hardened criminal or not, I feel 325 that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses
26
Mahkamah ini turut mengamblkira hujahan yang dibuat oleh Peguam kedua-dua OKS dan juga rayuan yang dibuat oleh kedua-dua OKS dalam kes ini. Perlu diberikan penekanan bahawa faktor rayuan kedua-dua OKS turut diambilkira sebagai antara faktor peringanan hukuman 335
27
Dalam menentukan hukuman sewajarnya yang perlu dikenakan ke atas kedua-dua OKS, Mahkamah merujuk kes PP v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 yang memutuskan bahawa: 340 In respect of sentencing there can be only general guidelines. No two cases can have exactly the same facts to the minutest detail. Facts do differ from each case to case and ultimately each case has to be decided on its own merits. In practice sentences do differ not only from case to case but also from court to court. All things being equal these 345 variations are inevitable if only because of the human element involved. But, of course, there must be limits to permissible variations [28] Mahkamah juga sekali lagi merujuk kes R v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App R 164 di mana Mahkamah telah menyatakan bahawa: Our law does not therefore fix the sentence for a particular offence 350 but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe [29] Mahkamah juga merujuk kes kes Letitia Bosman v. PP & other appeals (No 355 1) [2020] 8 CLJ 147; [2020] 5 MLJ 277 yang menyatakan: "[124] Generally, the law does not fix a mandatory sentence for a certain offence. A maximum sentence is prescribed for the offence and the court is left to decide the appropriate sentence within the ambit of the punishment provision. In such a case, the accused will then, makes 360 a plea of mitigation, which is a submission to move the court to pass a 15 lenient sentence. It bears noting that under the scheme of Chapter XX of the CPC that governs the procedure of criminal trials in the High Court, there is no statutory requirement for mitigating factors to be considered by the court before it passes sentence according to law. 365 Although there is no provision in the CPC for a plea in mitigation in High Court trials, nevertheless as a matter of fact, in practice it is quite common to allow a plea in mitigation before the court imposes sentence. After the accused has submitted the mitigation plea, the prosecution will submit the aggravating factors for the purpose of 370 pressing for a heavy sentence. [125] In passing sentence, the court takes into consideration the mitigating and aggravating factors in order to ensure that the sentence is in accordance with the law. Passing a sentence according to law means the sentence imposed must not only be within the ambit of the 375 sentence period stipulated but also assessed and passed according to established judicial principles (see Jafa bin Daud at p 316 of the judgment of Mohamed Azmi J)." [30] Oleh itu, Mahkamah mengambilkira dan menitikberatkan kepada aspek kepentingan awam, kesalahan yang dilakukan, fakta dan keadaan kes, rayuan kedua- 380 dua OKS dan hujahan pendakwaan, kesemuanya secara menyeluruh. [31] Kesimpulannya, Mahkamah percaya hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini ke atas kedua-dua OKS merupakan hukuman yang berpadanan, sesuai dan wajar menurut peruntukan undang-undang. Rujuk kes PP v. Jafa Daud [1981] 1 1 LNS 28; 1 MLJ 315 bahawa: 385 "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed 16 and passed in accordance with established judicial principles
32
Mahkamah juga merujuk kes PP v. Jafa Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315, YA Hakim menerangkan konsep penghukuman iaitu: 390 be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for 395 this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the
33
Dalam kes ini, Peguam kedua-dua OKS memohon agar Mahkamah mengeluarkan perintah mengecualikan pemakaian seksyen 198 Akta 777. Ini kerana sekiranya Mahkamah tidak mengeluarkan perintah pengecualian di bawah seksyen tersebut, kedua-dua OKS yang merupakan pemilik tunggal syarikat tersebut akan 405 hilang kelayakan menjadi pengarah syarikat yang berkaitan dan ini akan sekaligus akan menyebabkan terhentinya operasi kedua-dua syarikat dan pekerja-pekerja syarikat akan kehilangan pekerjaan. [34] Mahkamah merujuk seksyen 198 Akta 777 yang menyebut bahawa: Persons disqualified from being a director:
1
A person shall not hold office as a director of a company or whether directly or indirectly be concerned with or takes part in the management of a company, if the person-
a
is an undischarged bankrupt;
b
has been convicted of an offence relating to the promotion, formation 415 or management of a corporation;
c
has been convicted of an offence involving bribery, fraud or dishonesty;
d
has been convicted of an offence under sections 213, 217, 218, 228 and 539; or 420
e
has been disqualified by the Court under section 199. [35] Dalam mempertimbangkan permohonan Peguam Bela ini, Mahkamah tidak membenarkan permohonan tersebut. [36] Ini kerana pertuduhan ke atas kedua-dua OKS menurut peruntukan seksyen 218(1)(c) Akta 777 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum 425 di bawah seksyen 218(2) Akta 777. Hukuman di bawah seksyen 218(2) Akta 777 hanya memperuntukan bahawa sekiranya disabitkan dengan kesalahan, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lima (5) tahun atau tiga (3) juta ringgit atau kedua- . Tiada peruntukan menurut seksyen 218(2) Akta 777 untuk Mahkamah Jenayah mengeluarkan perintah bahawa seseorang itu hilang kelayakan daripada 430 menjadi Pengarah syarikat apabila disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 218(2) Akta 777 atau mengeluarkan perintah pengecualian. [37] Seksyen 218(1)(c) Akta 777 yang boleh dihukum di bawah seksyen 218(2) Akta 777 tidak dibaca bersama seksyen 198 Akta 777 bagi membolehkan Mahkamah Jenayah mengeluarkan perintah pengecualian. Tiada nas atau otoriti undang-undang 435 yang menyatakan sedemikian. [38] Sebaliknya, pada pandangan Mahkamah, seksyen 198 Akta 777 merupakan peruntukan spesifik yang terpakai bagi pengurusan dan penguatkuasaan sesebuah syarikat di mana peruntukan seksyen 198 Akta 777 merupakan statutory prohibition yang terpakai dengan sendirinya apabila keadaan-keadaan yang disenaraikan di 440 dalam seksyen tersebut berlaku. Kes yang dirujuk oleh Peguam Bela adalah berbeza dan tidak wajar dirujuk atau digunapakai dalam kes ini. [39] Mahkamah merujuk kes yang sama dirujuk oleh Peguam Bela iaitu PP lwn Ronie [2023] SMCU 71 [202] 5 LNS 71 di held berikut: [24] Pihak pembelaan telah merujuk seksyen 198 Akta Syarikat 445 2016 (Akta 777) mengenai pengarah syarikat yang hilang kelayakan untuk menjadi pengarah apabila didapati bersalah di mahkamah. Seksyen 198(1)(b) Akta 777 memperuntukkan seperti berikut, "198. Persons disqualified from being a director 450
1
A person shall not hold office as a director of a company or whether directly or indirectly be concerned with or takes part in the management of a company, if the person-
a
is an undischarged bankrupt;
b
has been convicted of an offence relating to the promotion, 455 formation or management of a corporation;
c
has been convicted of an offence involving bribery, fraud or dishonesty;
d
has been convicted of an offence under sections 213, 217, 218, 228 and 539; or 460
e
has been disqualified by the Court under section 199.
2
The circumstances referred to in paragraphs (1)(a), (b), (c) and (d) shall be applicable to circumstances in or outside Malaysia.
4
Notwithstanding subsection (1), a person who has been disqualified under paragraph (1)(b), (c), (d) or (e) may be re-appointed 465 or hold office as a director with the leave of the Court.
5
A person intending to apply for a leave of the Court under paragraph
3
(b) or subsection (4) shall-
a
give the Registrar a notice of not less than fourteen days of the 470 person's intention to do so; and
b
make the Registrar a party to the proceedings under subsection
3
(3).
6
For the purposes of subsection (5), any person referred to in paragraph (1)(b), (c), (d) or (e) shall not be required to obtain a leave 475 from Court after the expiry of five years calculated from the date he is convicted or if he is sentenced to imprisonment, from the date of his release from prison.
7
Any person who contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding 480 five years or to a fine not exceeding one million ringgit or to both. ". [25] Merujuk kepada seksyen 198 Akta 777, sabitan yang dikenakan ke atas Tertuduh menyebabkan beliau hilang kelayakan di bawah seksyen 198(1)(c) yang terpakai di dalam dan luar Malaysia; seksyen 198(2) Akta 777. Menurut seksyen 198(6) Akta 485 yang sama, Tertuduh hilang kelayakan selama lima tahun dari tarikh sabitan dan perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah jika ingin dilantik semula atau memegang jawatan yang sama; seksyen 198(4) Akta 777. [40] Sebaliknya kes ini merupakan kes yang dirujuk oleh Mahkamah ini dalam 490 menjatuhkan hukuman denda ke atas kedua-dua OKS kerana menurut kes ini apabila terdapat sekatan yang dikenakan di bawah Akta 777 dan secara spesifiknya di bawah seksyen 198 Akta 777 ke atas OKS yang disabitkan di bawah seksyen 218(2) Akta 777, iaitu hilang kelayakan menjadi Pengarah, ianya sudah cukup untuk memberikan impak dan pengajaran yang besar ke atas seseorang untuk jangka masa yang panjang 495 dari aspek ekonomi dan kehidupan OKS itu sendiri. KESIMPULAN [41] Secara kesimpulannya, Mahkamah ini harus dan wajar mengambilkira segala 500 aspek dalam menentukan hukuman bersesuaian yang wajar dikenakan ke atas kedua-dua OKS. Berdasarkan prinsip keadilan, Mahkamah ini berpandangan bahawa prinsip hukuman yang berbentuk pencegahan, penghukuman, pengajaran dan pemulihan merupakan aspek kepentingan awam dan diseimbangkan dengan kepentingan kedua-dua OKS. 505 [42] Maka, hukuman yang dikenakan terhadap kedua-dua OKS adalah hukuman yang berpadanan, munasabah dan tidak melampau malahan berpatutan dengan kesalahan yang telah dilakukan kedua-dua OKS menurut peruntukan undang-undang sedia ada. Disediakan oleh : 510 ............ ........................... NORINA BINTI ZAINOL ABIDIN Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur 515 Bertarikh : 25 Februari 2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.