Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: BA-12BNCvC-18-04/2024
BA-12BNCvC-18-04/2024
High Court of Malaysia24 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“memenuhi “aduan”, “teguran” dan pemakluman oleh Plaintif. [31] Tiada kekhilafan dari segi undang-undang oleh Pn HMS yang bijaksana mengenai principle of adverse inference under section 114(g) of the Evidence Act 1950. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 [”
“pati terdapat kesilapan oleh hakim mahkamah sesyen yang bijaksana adalah tugas mahkamah ini yang bersidang sebagai Mahkamah Rayuan untuk membetulkan kesilapan tersebut. Dalam kes Chia Han Kiat v. Rex [1937] MLJ 261 (Terrell, Pemangku Hakim Besar) berkata − This is admittedly an appeal against findings of fact and I ful”
“ct is upon him.”. Defendan-Defendan gagal menangkis bukti yang dikemukakan oleh Plaintif. Dalam kes Tong Siew Eng (menyaman sebagai sahabat wakil Tong Yun Yi) & Anor v Raja Malina bt R Othman & Anor [2021] MLJU 985, diputuskan bahawa − **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via e”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: BA-12BNCvC-18-04/2024
1
TETUAN ASPIRASI MAJUMAS SDN BHD
2
TETUAN H. ALI & ASSOCIATES (Didakwa sebagai firma guaman)
3
HUSSIN BIN ALI (Praktis dan Beramal di Bawah Firma dengan Nama dan Gaya Tetuan H. Ali & Associates) − PERAYU-PERAYU DAN MASTURA BINTI MOHAMED ARIF (NO.K/P: 800317-14-5546) − RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BD-A52NCvC-27-09/2022 ANTARA MASTURA BINTI MOHAMED ARIF (NO.K/P: 800317-14-5546) − PLAINTIF
1
TETUAN ASPIRASI MAJUMAS SDN BHD (NO. SYARIKAT: 1003958-M) 30/07/2025 09:21:34
2
TETUAN H. ALI & ASSOCIATES (Didakwa sebagai firma guaman)
3
HUSSIN BIN ALI (Praktis dan Beramal di Bawah Firma dengan Nama dan Gaya Tetuan H. Ali & Associates) − DEFENDAN-DEFENDAN) [yang diputuskan oleh Puan Nor Rajiah binti Mat Zain, Hakim Mahkamah Sesyen, Mahkamah Sesyen Selayang yang diberi pada 27-3-2024] ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Rayuan yang dikemukakan ke Mahkamah Tinggi ini ialah mengenai keputusan (selepas bicara penuh) Hakim Mahkamah Sesyen, Mahkamah Sesyen Selayang yang memutuskan untuk membenarkan sebahagian daripada tuntutan Plaintif dan menolak keseluruhan tuntutan balas oleh Tetuan Aspirasi Majumas Sdn Bhd (Defendan Pertama/D1). [2] Pada peringkat rayuan ini, Mahkamah Tinggi merujuk pihak-pihak sebagaimana mereka di Mahkamah Sesyen Selayang. Tuntutan terhadap D1: [3] Plaintif dan D1 menandatangani Perjanjian Pembinaan bertarikh 18-2-2021 (selepas ini disebut “Perjanjian”), i.e. untuk membina dan menyiapkan sebuah rumah jenis banglo di tanah Plaintif di Gombak, Selangor. D1 dilantik sebagai kontraktor bagi pembinaan ini. Defendan Kedua/D2 (firma guaman) dan Defendan Ketiga/D3 (pengarah di D1 dan peguam di D2) yang dilantik oleh Plaintif sebagai pemegang taruh (stakeholders). D2 dan D3 menyediakan Perjanjian serta menandatangani Perjanjian sebagai saksi. [4] Terdapat isu struktur bangunan i.e. dalam keadaan menyerong dan Plaintif telah memaklumkan D1 agar dibetulkan/direktifikasi kecacatan tersebut. Plaintif menyatakan kekhuatirannya jika isu ini tidak diselesaikan maka akan menjejaskan permohonan kelulusan “Certificate of Completion and Compliance” (selepas ini disebut “Sijil CCC”) dan mengakibatkan penambahan kos yang tinggi. Laporan Arkitek bertarikh 8-2-2022 mengenalpasti mengenai isu ini dan mengarahkan agar kerja pembinaan di tapak diberhentikan serta-merta. Pembetulan perlu dilakukan untuk mematuhi pelan bangunan yang diluluskan. [5] D1 menafikan kebertanggungannya terhadap kecacatan dan meletakkan beban kebertanggungan ke atas Plaintif untuk melantik Juru Ukur bertauliah. D1 bergantung kepada klausa dalam Sebut Harga bertarikh 19-12-2020. [6] Plaintif menamatkan Perjanjian dengan D1. Plaintif terpaksa menanggung kos tambahan sebanyak RM100,000.00 bagi tujuan memecah, merombak dan membina semula binaan asas rumah banglo tersebut. Tuntutan terhadap D2 & D3: [7] Bagi fi guaman, Plaintif membayar wang pendahuluan fi guaman sebanyak RM1,500.00 kepada D2 & D3. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah membayar fi guaman kepada D2 sebanyak RM6,350.00. Plaintif menuntut semula wang pendahuluan fi guaman sebanyak RM1,500.00 yang dibayar kepada D2 & D3. Relief yang dimohon oleh Plaintif: [8] Perenggan 45 pernyataan tuntutan memohon yang berikut:
a
RM80,000.00 terhadap D1 iaitu jumlah bayaran pertama dan bayaran kedua masing-masing pada kadar 10% pembiayaan LPPSA.
b
RM100,000.00 terhadap D1 sebagai ganti rugi khas.
c
RM20,000.00 terhadap D1 sebagai ganti rugi am.
d
RM1,500.00 terhadap D2 dan D3 iaitu jumlah wang pendahuluan fi guaman.
e
dan (f) faedah.
g
kos guaman mengikut skala peguam cara dan klien. Tuntutan balas oleh D1: [9] Perenggan 58 tuntutan balas memohon relief yang berikut:
a
ganti rugi kehilangan keuntungan sebanyak RM70,900.00.
b
kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh D1 sebanyak RM133,600.00.
c
ganti rugi terhadap kerugian dan kerosakan yang dialami oleh D1 akibat penamatan Perjanjian secara salah oleh Plaintif untuk ditaksirkan Mahkamah.
d
ganti rugi terhadap kerugian yang dialami oleh D1 ke atas kehilangan keuntungan daripada kontrak bersama subkontraktor atau ganti rugi ke atas semua kos dan perbelanjaan yang dilakukan oleh D1 untuk pembinaan tersebut.
e
faedah.
f
kos tindakan. Penghakiman Pn HMS pada 27-3-2024: [10] Mahkamah Sesyen Selayang membenarkan tuntutan yang berikut sahaja (Perintah bersih bertarikh 27-3-2024 yang difailkan oleh peguam cara Defendan-Defendan adalah dirujuk):
a
RM80,000.00 terhadap D1 iaitu jumlah bayaran pertama dan bayaran kedua masing-masing pada kadar 10% pembiayaan LPPSA.
b
RM20,000.00 terhadap D1 sebagai ganti rugi am.
c
RM1,500.00 terhadap D2 dan D3 iaitu jumlah wang pendahuluan fi guaman.
d
faedah sebanyak 5% setahun bagi (a), (b) dan (c) yang dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
e
kos mengikut skala menurut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 i.e. RM8,462.00. Mahkamah Sesyen Selayang menolak tuntutan balas D1 terhadap Plaintif dengan kos mengikut skala menurut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 berdasarkan amaun tuntutan balas. [11] D1 dan 2 lagi Defendan iaitu Defendan Kedua/D2 dan Defendan Ketiga/D3 adalah diwakili oleh peguam cara yang sama di peringkat Mahkamah Rendah. Alasan Keputusan Pn HMS yang bijaksana: [12] Dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana ialah berdasarkan keterangan lisan 3 saksi Plaintif iaitu Plaintif sendiri, suami Plaintif dan Arkitek; 1 saksi D1 dan D3 sendiri (pengarah D1). Keterangan dokumentar dikemukakan dalam perbicaraan. [13] Pn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa D1 itu sebagai kontraktor mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif. Pn HMS memetik prinsip undang-undang bagi kewajipan berjaga-jaga dalam keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pushpaleela A/P R Selvarajah & Anor v. Rajamani D/O Meyappa Chettiar And Other Appeals [2019] 2 MLJ 553. [14] Dapatan Pn HMS yang bijaksana ialah D1 telah melanggar kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif sebagaimana termaktub dalam klausa/recital F Perjanjian. D3 mengakui mengenai kehendak terma dalam F. [15] Keengganan D1 untuk memulihkan, merektifikasikan dan meremedikan kecacatan tersebut telah mengakibatkan Plaintif terpaksa menanggung kos rombakan dan pembinaan semula kecacatan pada struktur bangunan. Terdapat terma dalam perjanjian subkontraktor i.e. subkontraktor yang dilantik oleh D1 perlu bertanggungjawab dan membayar D1 atas apa-apa saman dan ganti rugi yang dikenakan terhadap D1. D3 mengakui mengenai terma menanggung rugi tersebut. [16] Dapatan Pn HMS yang bijaksana ialah D2 dan D3 selaku peguam dan pemegang taruh serta pihak yang menguruskan bagi Plaintif untuk pembiayaan LPPSA juga mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif. Pn HMS memetik prinsip undang-undang bagi kewajipan berjaga-jaga dalam keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Toh Fong Cheng & Ors v. Pang Choon Kiat & Ors And Another Appeal [2020] 1 LNS
2123
[17] Dapatan Pn HMS yang bijaksana ialah D2 & D3 itu telah cuai dalam menjalankan kewajipan berjaga-jaga selaku peguam cara dan pemegang taruh terhadap Plaintif. Bayaran fi guaman sebanyak RM1,500.00 perlu dikembalikan kepada Plaintif kerana LPPSA menanggung segala kos guaman. [18] Pn HMS yang bijaksana juga telah menangani isu mengenai Sebut Harga dan mendapati bahawa Perjanjian bertarikh 18-2-2021 merupakan kontrak utama yang menjadi tunjang dan asas kepada kontrak antara Plaintif dan D1. Dokumen Sebut Harga tidak dapat dibuktikan oleh Defendan-Defendan untuk menjadikan terma dalam Sebut Harga sebagai sebahagian daripada Perjanjian. Perjanjian bertarikh 18-2-2021 mampu berdiri sendiri (to stand alone). Cubaan D1 untuk menafikan kebertanggungannya dengan membangkitkan dokumen Sebut Harga dilihat membelakangi Perjanjian yang menjadi teras utama kepada persetujuan pihak-pihak dalam projek membina rumah banglo Plaintif. Alasan mengapa Pn HMS menolak tuntutan balas D1: [19] Menurut Pn HMS yang bijaksana, tuntutan balas oleh D1 itu bersandarkan kepada “dakwaan” bahawa penamatan Perjanjian adalah secara salah oleh Plaintif. [20] Pn HMS yang bijaksana bersetuju dengan peguam cara terpelajar Plaintif bahawa peruntukan subseksyen 57(2) Akta Kontrak 1950 ialah undang-undang jelas mengenai suatu keadaan yang membolehkan pihak-pihak menamatkan dan/atau kontrak menjadi terbatal dengan sendirinya akibat kontrak yang menjadi mustahil untuk diteruskan atau menjadi menyalahi undang-undang. Dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana mengenai bagaimana subseksyen 57(2) Akta Kontrak 1950 dihuraikan dalam perenggan [115]
a
hingga (e) alasan penghakiman. [21] Doktrin kekecewaan kontrak di bawah subseksyen 57(2) Akta Kontrak 1950 adalah terpakai dalam tuntutan ini. Penamatan perjanjian oleh Plaintif adalah wajar dan teratur. Tindakan penamatan Perjanjian oleh Plaintif adalah akibat daripada kecuaian D1 dalam melaksanakan kerja mengikut Perjanjian. Pn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa tuntutan balas D1 adalah tidak berasas dan ditolak. Rayuan di Mahkamah Tinggi [22] Dalam memorandum rayuan bertarikh 24-7-2024, Defendan-Defendan) menyenaraikan alasan di mana terdapat kekhilafan Pn HMS yang bijaksana. [23] Defendan-Defendan terkilan dan tidak berpuas hati dengan dapatan Pn HMS dari segi fakta dan undang-undang dan menyatakan mengenai kekhilafan Pn HMS iaitu −
a
D1 cuai apabila meneruskan pembinaan “foundation” tanpa laporan juruukur bertauliah. D1 menyatakan tugas melantik juruukur terletak kepada Plaintif.
b
D1 cuai dan/atau gagal memenuhi standard dan spesifikasi pembinaan “foundation” telah disahkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang telah melawat tapak dan mengesyorkan kepada LPPSA untuk membayar secara berperingkat.
c
D1 gagal untuk menyiapkan kerja pembinaan dalam tempoh dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam Perjanjian.
d
Pn HMS memberikan pertimbangan kepada keterangan tidak relevan dan hanya berdasarkan kepada dakwaan kosong semata-mata apabila memutuskan bahawa Plaintif mengalami kerugian kewangan, masa, emosi dan juga mental.
e
Pn HMS gagal menentukan ruang lingkup D2 dan D3 sebagai peguam pemegang taruh, termasuk merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan.
f
Pn HMS memberikan pertimbangan kepada keterangan lisan yang bercanggah dengan bukti dokumentar.
g
dapatan Pn HMS bahawa dokumen Sebut Harga tidak mengikat pihak-pihak adalah khilaf.
h
Pn HMS gagal untuk mempertimbangkan mengenai Surat Akuan oleh Zaini bin Ismail (meninggal dunia) semasa perbicaraan berlangsung mengenai isu sempadan tanah.
i
dapatan Pn HMS mengenai doktrin kekecewaan kontrak di bawah subseksyen 57(2) Akta Kontrak 1950 adalah tidak terpakai dan keputusan untuk menolak tuntutan balas D1 berdasarkan doktrin kekecewaan kontrak adalah khilaf.
j
ganti rugi am yang dibenarkan tidak wajar diberikan kerana tiada apa-apa keterangan. Penilaian, Analisis dan Dapatan Mahkamah ini dalam memutuskan rayuan terhadap keputusan Pn HMS yang bijaksana [24] Hubungan pihak-pihak dalam tindakan ini adalah mudah difahami i.e. D1 sebagai Kontraktor untuk projek pembinaan banglo Plaintif dan D2 dan D3 selaku peguam Pemegang Taruh yang mewakili Plaintif dalam projek pembinaan tersebut. [25] Ketiga-tiga Defendan dan Plaintif telah mengadakan rundingan, perbincangan yang berakhir dengan pemeteraian perjanjian. Perjanjian adalah mengikat pihak-pihak. [26] Alasan Penghakiman (AP) Pn HMS yang bijaksana telah menulis dengan jelas mengenai isu yang perlu dibicarakan dan alasan dapatan fakta beliau adalah berdasarkan kepada keterangan lisan saksi dan keterangan dokumentar. Berdasarkan kejayaan Plaintif menunaikan beban pembuktiannya, maka tuntutan Plaintif hanya dibenarkan sebahagian. Manakala, perenggan [113] hingga 116 AP menjelaskan mengenai sebab tuntutan balas D1 ditolak. [27] Pn HMS yang bijaksana telah meneliti fakta bagi tuntutan Plaintif dan fakta bagi tuntutan balas D1 dan Mahkamah ini pada peringkat rayuan mendapati tiada apa-apa kekhilafan pemahaman fakta dan dapatan/analisa fakta oleh Pn HMS yang bijaksana. Tiada kekhilafan dari segi fakta dan pemakaian prinsip undang-undang dilakukan oleh Pn HMS yang bijaksana. [28] Mahkamah ini mengekalkan keputusan Pn HMS yang bijaksana yang menolak tuntutan balas oleh D1 terhadap Plaintif − • bagi kerugian/kehilangan keuntungan (loss of profit) daripada kontrak yang telah dimasuki bersama subkontraktor; dan • bagi Plaintif membayar kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh D1 sebanyak RM133,600.00 kepada D1. [29] Ganti rugi Am yang diawardkan oleh Pn HMS yang bijaksana kepada Plaintif adalah amaun yang munasabah dan tidak melampau. [30] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa “The doctrine of frustration under section 57(3) of the Contract Acts 1950 was misapplied by the Learned Session Court Judge when it was not part of the pleading case of the Respondent; and The Respondent has raised a self-induced frustration as the defect of the slanted foundation is resulted from the Respondent’s own wrongdoings and the said Agreement does not fall under the category of impossible to be performed.”. Tiada kekhilafan dilakukan oleh Pn HMS yang bijaksana dari segi fakta dan undang-undang dalam mengaplikasikan doktrin kekecewaan kontrak. Ketidaksiapan banglo itu adalah bukti kekecewaan kontrak. D1 sendiri tidak mengendahkan “aduan”, “teguran” dan pemakluman oleh Plaintif mengenai struktur bangunan yang serong yang boleh membawa kepada ketidaklulusan pelan. Arkitek yang memeriksa projek pembinaan adalah sumber yang dipegang oleh Plaintif. Tiada apa-apa alasan kukuh diberikan oleh D1 untuk menepati dan memenuhi “aduan”, “teguran” dan pemakluman oleh Plaintif. [31] Tiada kekhilafan dari segi undang-undang oleh Pn HMS yang bijaksana mengenai principle of adverse inference under section 114(g) of the Evidence Act 1950. [32] Tiada apa-apa bukti untuk Mahkamah ini mengakas keputusan Pn HMS yang bijaksana kerana Pn HMS yang bijaksana did not derailed and misguided herself from the true issues needed to be tried that overwhelms the present case and failed to make clear and meaningful determination of the relevant documents at hand; did not misguided herself in overlooking all the relevant law, pleadings, evidence and documents tendered; and did not arrived at a decision without taking into account the root and fundamental issues at hand. [33] Pada peringkat rayuan, Mahkamah Tinggi tidak perlu mengusik/mengganggu dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana. [34] Undang-undang berkait dengan beban pembuktian adalah mantap. Dalam kes tuntutan kerugian, pihak yang menuntut perlulah terlebih dahulu membuktikan tuntutannya berdasarkan peruntukan seksyen 101 Akta Keterangan 1950. [35] Hashim Yeop A Sani H (pada ketika itu) dalam kes Ng Chul Sia v Maimon Bt Ali [1983] 1 MLJ 110, memutuskan – “In an action for negligence the onus of proving the allegation of negligence rests on the person who makes it unless there are disclosed facts which raise a presumption in favour of the plaintiff. The plaintiff must show affirmatively that there has been a breach of a specific or general duty by the defendant and this resulted in the damage to the plaintiff. If he fails to prove this the action must fail. ...When an accidental harm is done it is not for the doer to excuse himself by proving that the accident was inevitable and that there was no negligence on his part. It is for the person who suffers the harm to prove affirmatively that the accidental harm was due to the negligence of the other person.”. [36] Jelasnya, pada setiap masa beban pembuktian adalah di bahu Plaintif membuktikan dengan tegas kecuaian, kegagalan dan perlanggaran di pihak Defendan-Defendan yang termaktub dalam Perjanjian kecuali dapat dibuktikan ada anggapan yang memihak kepada Plaintif bagi Defendan-Defendan membuktikan sebaliknya. Persoalan yang perlu diputuskan mahkamah bicara adalah sama ada pihak Plaintif telah membuktikan dengan tegas di atas imbangan kebarangkalian Defendan-Defendan telah cuai semasa menyiapkan projek pembinaan banglo Plaintif. [37] Keterangan Plaintif perlulah diteliti dan diuji. Berdasarkan keterangan pihak Plaintif adalah jelas bahawa projek pembinaan banglo itu perlu dirombak dan ini melibatkan kos tambahan oleh Plaintif. Fakta bahawa rombakan dll ke atas pembinaan banglo tersebut tidak disangkal oleh Defendan-Defendan. [38] Pn HMS yang bijaksana yang mempercayai keterangan Plaintif berdasarkan bukti yang dikemukakan dan bukan sekadar dakwaan kosong mahupun andaian semata-mata. [39] Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175 memutuskan – “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence. “Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.” see 15 Halsbury (3rd Ed.) p. 260.”. [40] Dalam kes Krishna Murthey & Anor v. Law Lye Chua [1992] 1 CLJ 684, KC Vohrah H (pada ketika itu) setelah merujuk kepada kes Ng Chul Sia v. Maimon Bt Ali telah memutuskan – “The onus is not on the defendant to prove that he was not negligent.”. [41] Peruntukan seksyen 106 Evidence Act 1950 adalah “When any fact is especially within the knowledge of any person, the burden of proving that fact is upon him.”. Defendan-Defendan gagal menangkis bukti yang dikemukakan oleh Plaintif. Dalam kes Tong Siew Eng (menyaman sebagai sahabat wakil Tong Yun Yi) & Anor v Raja Malina bt R Othman & Anor [2021] MLJU 985, diputuskan bahawa − “[17] The rationale for section 106 of the Evidence Act was detailed by Augustine Paul J (as he then was) in PP v Hoo Chee Keong [1997] 4 MLJ 451, in the following passage: ... is an exception to section 101 of the Evidence Act which lays down the general rule that in a criminal case, the burden of proof is on the prosecution and is not intended to relieve it of that duty. It is designed to meet certain exceptional cases in which it would be impossible, or at any rate disproportionately difficult for the prosecution to establish facts which are ‘especially’ within the knowledge of the accused and which he could prove without difficulty or inconvenience. ... The two Illustrations to the section make its application clear. Where a person is found travelling without a ticket and is charged with so travelling, the prosecution need not and indeed cannot prove that the man never had a ticket. Once it is proved that he was travelling without a ticket, a case against him is established. If the accused person once had a ticket and lost it, then such a fact is especially within his knowledge and it is for him to prove such a fact. Similarly, when a person does an act with some intention other than that which the character and circumstances of the act suggest, it is not for the prosecution to eliminate all other possible intentions. If the accused had a different intention, that is a fact especially within his knowledge which he must prove. [Emphasis added] [18] The word ‘especially’ in section 106 of the Evidence Act was explained in the case of PP v Lim Kwai Thean [1959] 1 MLJ 179, in the following passage: It does not say ‘exclusively’ or ‘solely’ within the knowledge of any person. And, as I see it, the effect of the word ‘especially’ is this: That if it is an easy matter for the person, the proof of which by the prosecution would present the prosecution with inordinate difficulties, then ordinary common sense demands that the balance of convenience should be in favour of the prosecution. [19] Although the references above were made to criminal cases, the principle with regard to section 106 of the Evidence Act applies equally to a civil case.”. Prinsip Campur tangan dan Gangguan Mahkamah pada peringkat rayuan [42] Ciri utama bagi sesuatu “appellate intervention” adalah jelas dan mantap dalam semua peringkat rayuan. Tugas Mahkamah yang mendengar rayuan ialah untuk memastikan sama ada Mahkamah yang membicarakan itu mencapai keputusannya berdasarkan keputusan atau dapatan secara betul mengenai keterangan dan berasaskan kepada undang-undang. [43] Berdasarkan keputusan Mahkamah Tertinggi/Atasan, Mahkamah ini mendapati keputusan Pn HMS yang bijaksana sebagai hakim bicara telah melakukan penilaian kehakiman melalui keterangan yang jitu dan tiada apa-apa alasan untuk Mahkamah ini pada peringkat rayuan mengetepikan keputusan beliau. Dalam kes Balakrishnan a/l Sinnappan & Anor v. Mariammah a/p Ganapragasm dan Wakil Peribadi Anthonysamy a/l Atputham [2006] 4 MLJ 567, diputuskan bahawa − “Sekiranya mahkamah ini mendapati terdapat kesilapan oleh hakim mahkamah sesyen yang bijaksana adalah tugas mahkamah ini yang bersidang sebagai Mahkamah Rayuan untuk membetulkan kesilapan tersebut. Dalam kes Chia Han Kiat v. Rex [1937] MLJ 261 (Terrell, Pemangku Hakim Besar) berkata − This is admittedly an appeal against findings of fact and I fully indorse the principle that an appellate court should but rarely interfere with the conclusions arrived at by the judge or magistrate who has had the advantage of hearing the witnesses and obtaining an impression of their veracity from their demeanour. But it is the duty of an Appellate Court to be Judge of fact as well as of law and it would be abrogating its functions if it made a hard and fast rule never to interfere with findings of fact and felt bound to support a judgment which on a review of all the evidence, it considered to be clearly wrong. Di atas pemerhatian yang dibuat dalam kes Chia Han Kiat v Rex adalah perlu untuk mahkamah ini meneliti (examine) keterangan-keterangan untuk memastikan sama ada pendapat oleh hakim mahkamah sesyen yang bijaksana boleh dijustifikasikan dan dikekalkan (justified and be sustained).”. [44] Apabila dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana yang tepat maka rumusan bahawa Defendan-Defendan adalah cuai tidaklah perlu dibetulkan. Kesimpulan [45] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa keputusan Pn HMS yang bijaksana adalah betul dan menurut lunas undang-undang. [46] Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah ini, saya telah menjalankan appellate role. Oleh itu Mahkamah ini would not interfere with findings of facts. The findings and interpretation of the law by the learned SCj are correct. [47] Pembelaan Defendan-Defendan gagal menangkis keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif melalui keterangan lisan dan keterangan dokumentar. Bertarikh: 30 Julai 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Perayu-Perayu/Defendan-Defendan: Noor Amalina binti Mursiedy Tetuan Hashim Amran Tabian Ahmad, Shah Alam. Bagi Pihak Responden/Plaintif: Mohd Sahrilnizam bin Mohd Amin Tetuan Nizam Amin & Co., Marang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.