Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif gagal membuktikan kerugian yang nyata, kausaliti yang mencukupi, serta asas undang-undang yang memadai bagi tuntutan ganti rugi am, teruk dan/atau teladan (termasuk kos RM35,000.00 sebagai ganti rugi khas) dalam prosiding ini. Isu 4: Kesesuaian prosedur Saman Pemula 35. Setelah menilai keseluruhan isu, Mahkamah mendapati tuntutan Plaintif-Plaintif melibatkan dakwaan berat (kecuaian profesional, salah nyata, penipuan, fidusiari), dan memerlukan penentuan fakta yang mendalam berhubung pengetahuan, representasi, pergantungan, persetujuan bermaklumat, komunikasi keluarga, serta kredibiliti pihak-pihak. Percanggahan afidavit menunjukkan wujud pertikaian fakta material yang signifikan.