Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN WRIT SAMAN NO – BB-A52-63-10/2023
BB-A52-63-10/2023
Sessions Court of Malaysia11 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“lah mengemukakan perjanjian asal untuk diperiksa. [16] Dalam kes ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY (MALAYSIA) BERHAD V. CHUBB INSURANCE MALAYSIA BERHAD (FORMERLY KNOWN AS ACE JERNEH INSURANCE BERHAD) [2018] CLJU 825; [2018] 1 LNS 825, Yang Arif Mohamed Zaini Mazlan, High Court Judge, Kuala Lumpur has quoted clearly the”
“Mahkamah memberi arahan agar Defendan-defendan dapat mengemukakan Perjanjian Penyewaan asal [TA2016] untuk diperiksa oleh pakar. [14] Mahkamah merujuk kepada kes KANAN MURUGESU v. VICHNESHARAN KANNAN [2022] CLJU 1556 yang mana diputuskan seperti berikut: [22] The main claims against the Defendant are for damages and re”
“gi menentukan isu keesahan tandatangan dalam perjanjian tersebut. [24] Mahkamah ingin merujuk sat ukes berhubung isu ini iaitu kes DATO' MUHAMMAD HAFIDZ NURUDDIN lwn. INTAN SYAFINAZ REJAB & SATU LAGI [2023] CLJU 2636 yang mana diputuskan seperti berikut: [52] Isu pemalsuan tandatangan Plaintif membawa kepada keterangan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN WRIT SAMAN NO – BB-A52-63-10/2023
1
THILAKAVATHY A/P KASINATHER dan T. THURAI RATHNAM A/L A. THAMBIPILLAI sebagai pemegang Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka Viknes A/L Thambipillai [Others: 0]
2
T. THURAI RATHNAM A/L A. THAMBIPILLAI [Identity Card No.: 510618105593] [P. PARAMJOTHY & CO.]
3
ARUL DEVAH A/L SUPERAMANIAM sebagai pemegang Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka Rajaratnam A/L Thamal Pillai [Identity Card No.: 500616065023] [TETUAN P. PARAMJOTHY & CO.] …PLAINTIF-PLAINTIF
1
SHAHEENA BINTI MOHAMED FAZLULLAH KHAN [IDENTITY CARD NO.: 631006715144]
2
SYED IQBAL HUSAIN [IDENTITY CARD NO.: 610205755019] [TETUAN SHAHUL HAMEED ABDUL WAHAB & CO.] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (RAYUAN INTERLOKUTORI) LATARBELAKANG KES Ini adalah rayuan Perayu/Defendan-Defendan SHAHEENA BINTI MOHAMED FAZLULLAH KHAN [IDENTITY CARD NO.: 631006715144] dan SYED IQBAL HUSAIN [IDENTITY CARD NO.: 610205755019], melalui Notis Rayuan di Lampiran 64 atas keseluruhan keputusan Mahkamah selain keputusan yang diputuskan selepas perbicaraan yang diberi pada 11 haribulan Jun 2024. S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg DAPATAN MAHKAMAH [1] Keputusan pada 11/6/2024 yang dirujuk oleh Defendan dalam Notis Rayuan tersebut adalah keputusan bagi Notis Permohonan di
Lampiran
Lampiran 41. [2] Pada 11/6/2024, Mahkamah ini setelah meneliti Notis permohonan Lampiran 41 (Notis Permohonan Plaintif untuk Defendan mengemukakan dokumen), Afidavit, Eksibit, hujahan dan otoriti kedua-dua pihak, Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif dengan kos dalam kausa. [3] Mahkamah telah meneliti Notis Permohonan, Afidavit-afidavit, hujahan bertulis dan otoriti kedua-dua pihak. Notis Permohonan Lampiran 41 adalah permohonan Plaintif di bawah Aturan 24 kaedah 12 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah selaras dengan peruntukan Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk satu perintah seperti berikut: i) Defendan-Defendan dikehendaki mendeposit Perjanjian Penyewaan asal [TA2016] di Mahkamah untuk pemeriksaan pakar dari Jabatan Kimia dalam masa tujuh (7) hari dari Tarikh perintah ini; atau S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg ii) Defendan-Defendan dikehendaki mendeposit Perjanjian Penyewaan asal [TA2016] secara terus kepada pakar dari Jabatan Kimia dalam masa tujuh (7) hari untuk pemeriksaan pakar; dan iii) Kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa; iv) Apa-apa relif lain yang dianggap adil dan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini. [4] Alasan permohonan Plaintif adalah dinyatakan dalam affidavit sokongan yang mana antara lain menyatakan bahawa: 1) Plaintif menyatakan bahawa berdasarkan pliding tindakan, Defendan mendakwa wujud Perjanjian Penyewaan [TA2016] yang mana Plaintif-Plaintif menafikannya dan ia adalah dokumen frod. 2) Kewujudan Perjanjian Penyewaan [TA2016] hanya diketahui oleh Plaintif-Plaintif apabila peguamcara Plaintif menerima Salinan daripada peguamcara Defendan pada 22/11/2023. 3) Terdapat beberapa elemen meragukan dalam Perjanjian Penyewaan [TA2016] serta berunsur frod. 4) Perjanjian Penyewaan [TA2016] hanya disetemkan pada 6/11/2023 iaitu selepas saman ini difailkan di Mahkamah dan S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg tandatangan mendiang Viknes a/l Thambipilai (si mati) adalah seperti dicetak secara elektronik atau dipalsukan dan/atau frod. 5) Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Plaintif sebagaimana eksibit “TT-2”. 6) Plaintif telah ke Jabatan Kimia Malaysia dan dimaklumkan bahawa perjanjian asal adalah diperlukan untuk membuat pengesahan tandatangan tersebut. 7) Plaintif telah menghantar surat kepada peguamcara Defendan bagi tujuan tersebut tetapi peguamcara Defendan melalui surat bertarikh 31/1/2024 enggan berbuat demikian. [5] Defendan telah memfailkan affidavit balasan yang mana antaranya menyatakan seperti berikut: 1) Defendan menafikan mempunyai Salinan asal Perjanjian Penyewaan [TA2016] dan ia sepatutnya ada dalam milikan Plaintif. 2) Aturan 24 kaedah 12(1) adalah untuk mengemukakan dokumen kepada Mahkamah sahaja dan bukan pihak lain. 3) Perjanjian asal telah diambil balik oleh mendiang Viknes dan dalam keadaan ini, Perjanjian Penyewaan [TA2016] boleh S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg diterima sebagai “Secondary Evidence” dan saksi-saksi yang berkaitan akan dipanggil memberi keterangan. 4) Jabatan Kimia bukanlah pegawai Mahkamah dan tiada surat daripada Mahkamah melantik pakar kimia. 5) Untuk kes forgery, Mahkamah adalah kompeten untuk mengadili kes-kes forgery dan pakar kimia tidak wajib dilantik. 6) Pihak Kimia tiada kepakaran INK DATING dan yang paling dekat adalah di Singapura. 7) Sijil Setem asal boleh diperiksa dan saksi dari LHDN akan dipanggil memberi keterangan di Mahkamah. [6] Mahkamah secara asasnya meneliti Notis Permohonan Plaintif yang dibuat di bawah peruntukan undang-undang seperti berikut: 12. Aturan 24 kaedah 12 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Perintah bagi pengemukaan dokumen kepada Mahkamah (A. k. 12) (1) Pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara Mahkamah boleh, tertakluk kepada kaedah 13(1), memerintahkan mana-mana pihak untuk mengemukakan kepada Mahkamah apa-apa dokumen dalam milikannya, jagaannya atau kuasanya yang berhubungan dengan mana-mana perkara dalam S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg persoalan dalam kausa atau perkara itu yang termasuk di dalam satu daripada perihalan berikut- (a) dokumen yang pihak itu bersandar atau yang akan bersandarkan padanya; [(a) Pembetulan. PU(A) 226/2012] (b) dokumen yang akan- (i) menjejaskan kes suatu pihak; atau (ii) menyokong kes suatu pihak; dan (c) dokumen yang boleh membawa kepada suatu siri siasatan yang mengakibatkannya memperoleh maklumat yang boleh- (i) menjejaskan kes suatu pihak; atau (ii) menyokong kes suatu pihak. (2) Mahkamah boleh berurusan dengan dokumen apabila dikemukakan menurut suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) dalam apa-apa cara yang difikirkannya patut. Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidangkuasa sedia ada. 4. Kuasa sedia ada Mahkamah (A. 92 k. 4) S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg Bagi menghapuskan keraguan dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam Kaedah-Kaedah ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau menjejaskan kuasa sedia ada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketidakadilan atau untuk mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [7] Mahkamah membuat dapatan bahawa berdasarkan fakta kes ini, tindakan difailkan oleh Plaintif-Plaintif sebagai pemegang Surat Kuasa Mentadbir Harta bagi Pusaka Viknes A/L Thambipillai. Penyataan Tuntutan asal adalah bagi satu deklarasi bahawa Defendan-Defendan tidak berhak menduduki premis beralamat di No. 9 Jalan PJS 7/22, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor D.E dan perlu mengosongkan serta memberi milikan kosong premis tersebut serta membayar kerugian dan gantirugi kepada Plaintif-Plaintif dan beberapa tuntutan lain. [8] Pada tahap ini, Plaintif-Plaintif tidak kenal dan tidak dapat pastikan siapakah sebenarnya pihak yang telah menduduki premis tersebut. Oleh itu, defendan-defendan pada asalnya dinamakan sebagai DR. RAVIBALAN A/L R. SOMASUNDARAM [No. K.P. 601103-10-5379] dan ORANG-ORANG YANG TIDAK DI KENALI YANG BERADA S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg ATAU BERKERJA DI KLINIK SRI SUBANG di No. 9 Jalan PJS 7/22, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor D.E. [9] Apabila WS dan SOC ini diserahkan, pihak yang sebenar dan ada menduduki premis tersebut adalah Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam tindakan ini (selepas pindaan). Dalam pembelaan Defendan Pertama dan Defendan Kedua, mereka memplidkan wujudnya Perjanjian Penyewaan [TA2016]. [10] Plaintif-Plaintif dalam jawapan kepada pembelaan Defendan-Defendan telah menafikan pembelaan Defendan-Defendan atau wujudnya Perjanjian Penyewaan [TA2016] tersebut dan memplidkan frod berhubung tandatangan si mati (Mendiang Vikness). [11] Oleh itu, untuk membantu Mahkamah, perjanjian asal bagi Perjanjian Penyewaan [TA2016] perlu disahkan kesahihannya dan pada peringkat ini, bukan untuk membantu mana-mana pihak tetapi untuk menjelaskan apa sebenarnya kedudukan Perjanjian Penyewaan [TA2016] tersebut. [12] Plaintif-Plaintif bukan pihak yang memasuki Perjanjian Penyewaan [TA2016] tersebut dan hanya bertindak sebagai Pentadbir Harta Pusaka Si mati. Sebaliknya, Defendan-Defendan adalah pihak kepada Perjanjian Penyewaan [TA2016] dan juga telah memplidkan satu perjanjian penyewaan dan Salinan perjanjian. S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg [13] Oleh demikian, Mahkamah membuat dapatan bahawa adalah munasabah dan wajar bagi Mahkamah memberi arahan agar Defendan-defendan dapat mengemukakan Perjanjian Penyewaan asal [TA2016] untuk diperiksa oleh pakar. [14] Mahkamah merujuk kepada kes KANAN MURUGESU v. VICHNESHARAN KANNAN [2022] CLJU 1556 yang mana diputuskan seperti berikut: [22] The main claims against the Defendant are for damages and return of the cars that were registered under the Defendant's name to the Plaintiff. Both parties pleaded that the cars (luxury/antique/classic) are theirs, so before the trial starts, the related documents must be produced. [23] This interlocutory application by the Defendant allows the Defendant to discover and inspect those documents on the reasons that the Particular Documents are relevant documents and need to be used in this Court. The Particular Documents ought to be produced by Plaintiff. [24] Since the Plaintiff had pleaded that all the cars are belong to the Plaintiff, because he is the only one who buy the cars, bears all the repair cost, registration costs etc. and the Defendant's role is only as the bare trustee, therefore in order for this Court to allow the S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg subsequent actions as claimed by the Plaintiff such as for the cars to be returned to the Plaintiff, to change the name of registered owner in the Plaintiff's name, general damages, declaration and costs, the Plaintiff must produce the documents for the inspection by the Defendant. [25] The Plaintiff had opposed and objected to the application because the documents as listed are irrelevant to the subject matter of this case and the Defendant's application is tantamount to fishing expedition. [15] Dalam hal ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa memandangkan Defendan-Defendan yang memplidkan wujudnya Perjanjian Penyewaan [TA2016], Defendan-Defendan perlulah mengemukakan perjanjian asal untuk diperiksa. [16] Dalam kes ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY (MALAYSIA) BERHAD V. CHUBB INSURANCE MALAYSIA BERHAD (FORMERLY KNOWN AS ACE JERNEH INSURANCE BERHAD) [2018] CLJU 825; [2018] 1 LNS 825, Yang Arif Mohamed Zaini Mazlan, High Court Judge, Kuala Lumpur has quoted clearly the law on discovery as follows: "The law on discovery S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg [12] The leading authority is the case of Yekambaran s/o Marimuthu v. Malayawata Steel Bhd [1994] 2 CLJ 581 (HC). Edgar Joseph J. (as his lordship then was), held that an applicant must satisfy the following three elements before being entitled to an order for discovery: (i) There must be a document, (ii) The document must be relevant, and (iii) The documents must have been in the possession, custody or power of the party that the discovery is sought from. [13] It is pertinent for an applicant to prove that the documents sought are most relevant to its case. The applicant's case must be based on its pleading; Tan Chin Seng v. Raffles Town Club [2002] 2 SLR(R) 465. [17] Walaupun kes ini hanya melibatkan “Discovery”, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa dalam tindakan ini, penyataan mengenai “(iii) The documents must have been in the possession, custody or power of the party that the discovery is sought from” adalah terpakai. Ini kerana, pihak Defendan-Defendan yang memplidkan bahawa wujudnya satu perjanjian yang sah dan mengikat pihak-pihak. S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg [18] Pada dasarnya, sesuatu perjanjian akan dibuat beberapa salinan dan dipegang oleh pihak-pihak yang memasuki perjanjian/pihak yang mendatangani perjanjian tersebut. Penyataan Defendan-Defendan dalam affidavit mereka adalah mereka hanya ditunjukkan satu Salinan perjanjian dan kemudian diambil semula oleh Si mati adalah tidak munasabah. [19] Ini kerana, pada ketika pengurusan kes bagi persediaan perbicaraan, pihak Defendan-Defendan boleh pula mengemukakan satu Salinan perjanjian yang mana sebelum ini dikatakan tiada dalam simpanan Defendan-Defendan dan hanya dipegang oleh si Mati. [20] Dalam masa yang sama, perjanjian itu juga telah dimatikan setem di LHDN setelah saman ini difailkan di Mahkamah. Oleh itu, adalah tidak munasabah hanya perjanjian salinan yang ada dalam pegangan Defendan-Defendan sahaja yang dimatikan setem. [21] Oleh itu, kehadiran pegawai LHDN tidak boleh membantu mengesahkan kesahihan perjanjian asal kecuali mengesahkan perjanjian Salinan yang dimatikan setem pada tarikh yang tertera itu selepas tindakan saman difailkan dan selepas satu pihak dalam perjanjian telah meninggal dunia (si mati). S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg [22] Berhubung isu Jabatan Kimia tiada kepakaran untuk memeriksa tandatangan atau pihak yang paling dekat adalah pakar dari Singapura, ini adalah hujahan dari pihak peguam semata (submission from the bar). Terdapat prosedur untuk mencabar saksi jika seseorang saksi dikemukakan ke Mahkamah kelak. [23] Pada peringkat ini, adalah tidak wajar untuk Mahkamah ini putuskan siapakah yang layak atau pakar bagi menentukan isu keesahan tandatangan dalam perjanjian tersebut. [24] Mahkamah ingin merujuk sat ukes berhubung isu ini iaitu kes DATO' MUHAMMAD HAFIDZ NURUDDIN lwn. INTAN SYAFINAZ REJAB & SATU LAGI [2023] CLJU 2636 yang mana diputuskan seperti berikut: [52] Isu pemalsuan tandatangan Plaintif membawa kepada keterangan pakar tandatangan dipanggil untuk memberikan keterangan lisan dan Laporan Pakar masing-masing. Plaintif memanggil SP-3 iaitu En. Chua Chun Kee, Pemeriksa Dokumen, Jabatan Kimia Malaysia, manakala Defendan Kedua memanggil En Siow Kwen Sia, Pakar Tulisan Tangan, Forensic Consulting Services (SD2-1). [53] Dalam Laporan oleh SP-3 iaitu En. Chua Chun Kee adalah didapati bahawa beliau telah memeriksa dan menganalisa specimen S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg tandatangan yang dihantar oleh firma guaman Plaintif sendiri iaitu Messrs. Hafidz & Co. Dokumen yang diperiksa dan dianalisa ialah Borang Public Mutual-Request For Switching dan Borang Public Mutual-Request For Redemption. SP-3 iaitu En. Chua Chun Kee menyatakan Result and Conclusion seperti berikut: "On comparison, I found that the questioned signatures "Q1A" to "Q21A" showed significant differences in handwriting characteristics from the specimen signatures SA. As such and due to limited characteristic features, I am of the opinion that these questioned signatures were probably not written by the writer of the specimens. However, my finding had limitations as the examination was based on photocopied questioned signatures. Original documents need to be submitted for confirmation.". [Nota: signatures SA itu ialah specimen signatures of "Muhammad Hafidz bin Nuruddin"] [54] Suatu afidavit menurut A. 40A k. 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 telah diikrarkan oleh En. Chua Chun Kee sebagai saksi yang disepina oleh Plaintif. (rujuk Lampiran 21 bertarikh 4-7-2023). S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg [55] Defendan Kedua memanggil En Siow Kwen Sia, Pakar Tulisan Tangan, Forensic Consulting Services (SD2-1) sebagai saksi pakarnya dan afidavit sebagaimana Lampiran 35 (bertarikh 14-7- 2023) dan afidavit tambahan sebagaimana Lampiran 68 (bertarikh 25-7-2023) dikemukakan di Mahkamah ini. Dalam Laporan Pakar oleh SD2-1 sebagaimana Lampiran 35 (bertarikh 14-7-2023), SD2-1 menyatakan - "Conclusion From the numerous similarities in writing form and movement and the absence of significant differences and defects associated with copying, I conclude that the questioned signatures Q1 to Q21 of Dato' Muhammad Hafidz bin Nuruddin on the said 16 request for redemption forms and the said 5 request for switching forms are of same authorship as the specimen signatures.". [56] Dalam Laporan Pakar oleh SD2-1 sebagaimana afidavit tambahan Lampiran 68 (bertarikh 25-7-2023), SD2-1 menyatakan mengenai "Signature Verification Report" di mana kaedah perbandingan tandatangan adalah - • Writing Form Similarities • Writing Movement Similarities S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg • Differences [57] Dapatan Mahkamah mengenai keterangan-keterangan 2 saksi pakar yang dipanggil ini ialah menjuruskan kepada persetujuan Mahkamah ini dengan Laporan Pakar oleh SD2-1. Ini kerana SD2-1 telah memeriksa specimen signatures Plaintif yang terkandung dalam - • 16 original investment application forms • 1 original new investor form-individual • 2 original suitability assessment forms • 3 original request for redemption SD2-1 telah memeriksa questioned signatures Plaintif yang terkandung dalam - • 16 original request for redemption forms • 5 original request for switching forms [58] Mahkamah ini mendapati pemeriksaan yang dilakukan oleh SD2-1 adalah menepati kehendak pertikaian pihak-pihak mengenai tandatangan Plaintif iaitu "to determine whether the questioned signatures of Dato' Muhammad Hafidz bin Nuruddin on the 16 request for redemption forms (i.e., Q1 to Q16) and the 5 request for S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg switching forms (i.e., Q17 to Q21) are of the same authorship as the specimen signatures or otherwise.". Berbanding dengan SP-3 yang hanya memeriksa dan menganalisa "based on photocopied questioned signatures.", maka ketepatan dan kejituan rumusan SP-3 adalah kurang tepat. Tambahan pula, rumusan oleh SP-3 menyatakan bahawa "Original documents need to be submitted for confirmation". Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif ada meminta agar dokumen asal dikemukakan untuk diperiksa di Jabatan Kimia Malaysia. Namun, Defendan kedua mencadangkan agar syarat yang ditetapkan diikuti. Jabatan Kimia Malaysia menolak cadangan tersebut, maka hal perkara dokumen asal terhenti di peringkat cadangan sahaja.” [25] Dalam tindakan kita di sini, adalah terlalu awal untuk Mahkamah beri perintah berhubung siapakah lebih pakar dalam menetukan kesahihan perjanjian tersebut. Alegasi frod yang diplidkan Plaintif dan pembelaan Defendan-Defendan bahawa wujudnya satu perjanjian sah adalah isu untuk diputuskan selepas perbicaraan kelak. [26] Untuk itu, Perjanjian Penyewaan asal [TA2016] adalah perlu disahkan dahulu kesahihannya oleh pihak sepatutnya dan orang S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg tersebut bolehlah dipanggil ke Mahkamah untuk disoalbalas. Orang tersebut adalah lebih layak dan tepat jika dibandingkan dengan pihak LHDN yang hanya menyaksikan Perjanjian tersebut dimati setemkan. [27] Isu dokumen “secondary evidence” boleh diterima di Mahkamah dan saksi-saksi boleh dipanggil bukanlah isu dalam permohonan ini. Notis Permohonan ini cuma hanya meminta pihak Defendan-Defendan mengemukakan Perjanjian Penyewaan asal [TA2016] untuk dinilai oleh pakar yang sepatutnya. [28] Isu samada pihak Defendan-Defendan ada Perjanjian Penyewaan asal [TA2016] dalam milikan mereka atau tidak atau samada tidak ingin kemukakan dokumen terbabit atas alasan tertentu boleh ditentukan di Mahkamah kelak diakhir perbicaraan. [29] Oleh demikian, Mahkamah membuat dapatan bahawa pada peringkat ini adalah wajar untuk Perjanjian Penyewaan asal [TA2016] dikemukakan ke Mahkamah dan dihantar untuk ujian dan pengesahan kesahihannya oleh pihak Jabatan Kimia dan jika Defendan-Defendan merasakan bukan pihak Jabatan Kimia yang layak, Defendan-Defendan boleh mencadangkan pihak lain dengan syarat Perjanjian Penyewaan asal [TA2016] dikemukakan ke Mahkamah dan Mahkamah akan membuat arahan sewajarnya. S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie ……………………………. Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 1 Sivil, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor. Tarikh :19/7/2024 Peguamcara Plaintif: EN PARAMJOTHY A/L PAHAVAN PN. SARAINYA A/P SELVAM [TETUAN P. PARAMJOTHY & CO.] Peguamcara DefenDan: EN. SHAHUL HAMEED BIN ABDUL WAHAB [TETUAN SHAHUL HAMEED ABDUL WAHAB & CO.] S/N RkUaktvkkUKh34KmY9iHNg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.