Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - A53KJ-156-06 TAHUN 2020
BI-A53KJ-156-06/2020
Sessions Court of Malaysia28 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - A53KJ-156-06 TAHUN 2020
2
2.THINESHAN A/L VELOO
2
2.AM GENERAL INSURAN BERHAD PENGHAKIMAN Mahkamah dalam tindakan telah memberi keputusan selepas selesai perbicaraan penuh . Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan terhadap Defendan dengan imbangan keberangkalian. Mahkamah memutuskan bahawa Defendan Pertama bertanggungan 100% liabiliti atas kemalangan tersebut dan kuantum ganti rugi telah diberi kepada Plaintif. Mahkamah juga memutuskan bahawa Defendan Kedua telah gagal untuk membuktikan bahawa terdapatnya penipuan/fraud dalam tuntutan Plaintif. Defendan-Defendan kemudian tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diberi oleh Mahkamah pada 28 Februari 2025 dan telah merayu terhadap keputusan berkaitan liabiliti sahaja.
1
Pada 25.11.2018 , pada jam lebih kurang 1.00 pagi, Plaintif Pertama sedang menunggang motosikal no NDK 2589 bersama Plaintif Kedua sebagai pembonceng dalam perjalanan dari tempat kerja di Puchong menghala balik ke rumah di Nilai. Apa bila motosikal Plaintif sampai di Leburaya Lekas, tiba-tiba Defendan Pertama yang memandu motokar no WEJ 3977 yang bergerak dalam arah perjalanan yang sama dengan motosikal Plaintif yang berada di hadapannya telah gagal menetapkan jarak yang selamat antara kedua kenderaan telah melanggar bahagian belakang motosikal Plaintif. Plaintif satu dan kedua telah mengalami kecederaan akibat daripada perlanggaran tersebut.
2
SP4 telah menyatakan bahawa beliau pada 25.11.2018 jam lebih kurang 1.00 pagi telah menunggang motosikal no NDK 2589 bersama SP5 sebagai pembonceng di Lebuhraya Lekas dan terlibat kemalangan dengan motokar no WEJ 3977 yang dipandu oleh Defendan Pertama.
3
SP4 semasa itu dalam perjalanan balik ke rumah di nilai dan SP4 menyatakan beliau semasa menunggang berada di lorong kiri iaitu di lorong A1-A2 dalam rajah kasar .
4
Semasa dilaluan beliau, tiba-tiba motokar Defendan satu tanpa sebarang isyarat atau amaran telah melanggar belakang kanan motosikal SP4 dan mengakibatkan SP4 dan SP5 telah jatuh ke kiri jalan. SP4 menyatakan bahawa beliau tiada mendengar apa-apa bunyi hon sebelum perlanggaran berlaku. SP4 kemudian telah membuat laporan polis berkaitan kemalangan tersebut. Rujuk P5.
5
Mahkamah perlu meneliti berkaitan isu iaitu sama ada benar Plaintif dan Defendan terlibat dalam kemalangan tersebut dan apakah terdapatnya unsur penipuan / fraud berkaitan kemalangan tersebut oleh Plaintif. a) Adakah Plaintif dan Defendan memang terlibat dalam kemalangan tersebut atau motosikal Plaintif yang terbabas .
6
Dalam membincangkan isu ini, Mahkamah perlu meneliti kepada keterangan oleh SP1, SP4 dan SP5.
7
SP1 adalah pegawai penyiasat yang telah menyiasat kemalangan tersebut. SP1 sendiri dalam keterangan telah mengesahkan bahawa beliau ada berjumpa dengan Defendan di Balai Polis dan SP1 sendiri mengesahkan ID 3 dan ID 4 adalah dua report yang telah dibuat oleh Defendan berkaitan dengan kemalangan tersebut.
8
SP1 juga mengesahkan bahawa beliau ada mengambil pernyataan Defendan berkaitan kemalangan tersebut dan mengambil gambar motokar yang dipandu oleh Defendan masa kemalangan (rujuk P2) dan SP1 juga ada melihat laporan polis oleh SP4 dan juga mengambil percakapan SP4 secara lisan tentang kemalangan tersebut. SP1 juga telah pergi ke tempat kejadian bersama jurugambar berdasar kepada petunjuk yang diberi oleh Defendan.
9
SP4 dalam keterangan telah mengesahkan beliau datang membuat laporan polis (rujuk P5) berkaitan kemalangan yang beliau alami dan telah berjumpa SP1 untuk dirakam percakapan oleh SP 1.
10
SP4 dalam pemeriksaan balas tetap mengesahkan bahawa motosikal beliau telah dilanggar dari belakang oleh motokar yang dipandu oleh Defendan. SP4 menyatakan bahawa selepas dilanggar beliau dan SP5 telah terjatuh. SP4 selepas jatuh masih sedar dan beliau dapat hafal no motokar Defendan kerana selepas perlanggaran tersebut, motokar Defendan telah berhenti dalam 2-3minit sebelum bergerak pergi.
11
SP4 telah tidak bersetuju bahawa pada hari kejadian motosikal beliau telah hilang kawalan dan terbabas kerana handle motosikal telah terkunci.
12
SP5 iaitu pembonceng kepada SP4 juga dalam keterangan telah menyatakan bahawa pada malam kejadian beliau telah membonceng motosikal SP4 untuk balik kerumah. Dalam perjalanan balik motosikal yang beliau bonceng telah dilanggar daripada belakang. SP5 tahu dilanggar oleh motokar kerana diberitahu oleh emak beliau.
13
SP5 menyatakan bahawa selepas kemalangan beliau tidak sedar diri, SP5 juga mengesahkan bahawa kemalangan berlaku selepas keluar dari Tol .
14
Pandangan Mahkamah Berdasar kepada keterangan oleh saksi dan juga merujuk kepada P2, P5, ID 3 dan ID 4, maka Mahkamah telah berpandangan bahawa memang telah berlaku perlanggaran di antara motokar yang dipandu oleh Defendan dengan motosikal yang ditunggang oleh SP4 bersama SP5 sebagai pembonceng.
15
Alasan Mahkamah ialah jelas daripada keterangan SP1 bahawa beliau yang menyiasat kemalangan tersebut dan beliau sendiri telah bertemu dengan SP4 dan Defendan. SP4 sendiri dalam keterangan beliau telah mengesahkan bahawa motosikal yang ditunggang oleh beliau telah dilanggar dari belakang oleh motokar yang dipandu oleh Defendan. SP4 sendiri semasa disoal balas tetap berpegang bahawa motosikal beliau dilanggar oleh motokar Defendan dan menafikan bahawa motosikal yang ditunggang terbabas kerana handle motosikal telah terkunci.
16
Mahkamah juga berpandangan bahawa di dalam isu ini, pihak yang paling penting ialah pemandu motokar iaitu Defendan. Jika memang tiada perlanggaran antara motokar Defendan dengan motosikal ditunggang oleh SP 4, mengapa beliau tidak membuat laporan polis untuk menafikan bahawa motokar beliau telah terlibat dalam perlanggaran tersebut. Sebaliknya Defendan telah membuat laporan polis sejurus selepas kemalangan yang menyatakan bahawa motokar beliau telah terlibat kemalangan dengan motosikal SP4.
17
Mahkamah juga mendapati tiada apa-apa keterangan oleh peguam Defendan dan pencelah untuk menunjukkan SP 4 dan Defendan ada apa-apa kaitan hubungan. Mahkamah berpandangan peguam sepatutnya mengemukakan Defendan yang telah memandu motokar tersebut untuk mengesahkan sama ada motokar beliau terlibat dengan kemalangan tersebut. Kegagalan peguam untuk memanggil pemandu motokar memberi keterangan telah menyebabkan s.114(g) Akta Keterangan terpakai dalam hal ini. b) Sama ada terdapat unsur fraud/penipuan di dalam tuntutan Plaintif terhadap Defendan.
18
Mahkamah dalam isu ini perlu meneliti adakah SP4 semasa menunggang motosikal beliau telah sendiri terbabas akibat daripada handle motosikal beliau telah terkunci dengan sendiri.
19
Defendan Pertama dan Kedua telah menghujahkan bahawa motosikal SP4 tidak ada terlibat dalam perlanggaran dengan motokar Defendan tetapi sebaliknya motosikal SP4 telah terbabas sendiri disebabkan handle motosikal telah terkunci. Mereka berpegang kepada laporan perubatan yang disediakan SD1 di bahagian kecemasan dan juga kepada keterangan SD 3.
20
Mahkamah dalam membincngkan isu ini perlu meneliti beberapa laporan perubatan yang melibatkan SP4 iaitu P9 dan SP5 iaitu P8. Mahkamah juga perlu melihat kepada keterangan SP2 ,SD 1 dan SD 3.
21
Mahkamah telah meneliti keterangan SP2 iaitu Doktor yang menyediakan laporan perubatan untuk SP5. SP 2 mengesahkan bahawa tahap kesedaran SP5 masa di wad kecemasan berdasarkan glaslow coma scale adalah 8/15 dan telah di intubate kerana tidak sedar. SP2 juga menyatakan bahawa SD 1 yang telah merawat SP5 semasa di wad kecemasan.
22
SP 2 menyatakan bahawa SD1 yang mencatat di bahagian sejarah patient was pillion rider and motorbike skidded.. SP2 juga menyatakan bahawa dalam nota SD1 ada mencatit maklumat motosikal skidded itu diperolehi daripada rider.
23
SP 3 ialah Doktor yang telah menyediakan laporan perubatan untuk SP4. SP 3 menyatakan bahawa di dalam rekod perubatan SP 4 iaitu P9 tiada dicatatkan bahawa SD1 ada merawat SP4, sebaliknya yang merawat SP 4 adalah Doktor Hemathevi. Doktor Hemathevi di dalam bahagian history telah mencatatkan motor vehicle accident (MVA) sahaja.
24
SP3 juga menyatakan semasa SP4 dimasukan ke ward, beliau telah dirawat oleh Doktor Natasha Syakina iaitu pegawai dental telah mencatatkan mechanism of injury patient was riding motocycle suddenly a car hit his motorcycle from left side, patient lost control and fall down. Tarikh catatan itu dibuat ialah pada 25.11.2018, jam 11.00 pagi iaitu hari sama dengan kemalangan berlaku.
25
SD1 ialah yang merawat SP5 semasa di Jabatan Kecemasan. SD1 menyatakan telah mencatatkan berkaitan kemalangan iaitu patient was pillion rider and then rider claim handle sunddenly locked by itself and turned over. SD1 menyatakan bahawa maklumat ini didapati daripada rider sendiri iaitu SP4 yang berada di zon kuning .
26
SD3 ialah saksi bebas yang berada di tempat kejadian selepas kemalangan berlaku dan beliau telah membuat akuan bersumpah (rujuk D 13) . SD 3 menyatakan pada malam itu beliau dalam perjalanan dari Kajang hendak balik ke rumah di Taman Pancur Jaya. Beliau ke Kajang kerana pergi ke rumah kawan dan beliau tidak ingat nama tempat tersebut. SD 3 menyatakan bahawa dalam perjalanan di Lebuhraya Lekas nampak 2 lelaki India di tepi jalan.
27
SD 3 telah berhenti dan telah nampak 1 lelaki sedang berdiri dan 1 lagi terbaring. SD 3 kemudian telah membuat panggilan ke 999 dan beritahu ada orang accident terbabas. SD 3 masa dalam soal balas bahawa tidak maklum masa buat panggilan 999 bahawa 2 lelaki terbabas, motosikal hilang kawalan dan hanya menyatakan perkara tersebut dalam pernyataan saksi ( rujuk PSD 3).
28
SD 3 juga menyatakan bahawa D 13 disediakan oleh Param iaitu orang insuran tetapi kandungan D 13 adalah datang daripada SD3 sendiri.
29
Pandangan Mahkamah Dalam mengulas berkaitan isu ini , Mahkamah perlu teliti kepada laporan perubatan iaitu P8 dan P9 dan juga kepada keterangan saksi dengan teliti dan berhati-hati.
30
Apa bila isu berkaitan penipuan/fraud berkaitan kemalangan, beban bukti lebih berat kepada Defendan kedua/pencelah bahawa SP 4 telah melakukan penipuan berkaitan kemalangan tersebut bagi tujuan untuk membuat tuntutan insuran. Merujuk kepada s.101(2) Akta Keterangan ,
31
Defendan kedua dalam membuktikan bahawa terdapat unsur penipuan dalam tuntutan SP 4 telah membawa SD 1 hingga SD 3 untuk memberi keterangan di Mahkamah.
32
SD 1 adalah Doktor yang dikatakan telah berjumpa dengan SP 4 semasa di Bahagian Kecemasan dan beliau menyatakan bahawa SP 4 sendiri telah memberitahu kepada SD 1 dan beliau telah mencatat di P8 patient was pillion rider and then rider claim handle sunddenly locked by itself and turned over . Perlu di ingat P8 adalah laporan perubatan kepada SP 5.
33
Doktor yang merawat SP 4 semasa di Bahagian Kecemasan adalah Doktor Hemathevi dan beliau yang menyediakan laporan perubatan SP 4 iaitu P9. Mahkamah telah meneliti kandungan P8 dan P9 iaitu di bahagian berkaitan sejarah. Di dalam P8,di bahagian sejarah terdapat cacatan Alleged motor vehicle accident on 25.11.2018. Patient was pillion rider and motorbike skidded . Mana kala di dalam P9, bahagian sejarah terdapat cacatan the patient had a history of alleged motor vehicle accident on 25.11.2018.
34
Terdapat dua laporan perubatan mencatat berkaitan punca kemalangan yang berlainan. Mahkamah juga merujuk kepada keterangan SP 3 yang menyatakan bahawa semasa SP4 dimasukan ke ward, beliau telah dirawat oleh Doktor Natasha Syakina iaitu pegawai dental yang telah mencatatkan mechanism of injury patient was riding motocycle suddenly a car hit his motorcycle from left side, patient lost control and fall down. Secara seluruhannya, maka ada tiga catatan yang menerangkan bagaimana kemalangan telah terjadi.
35
Mahkamah harus berhati-hati dalam menerima keterangan berkaitan bagaimana kemalangan tersebut berlaku. SD 1 bukan yang merawat SP 4 semasa SP 4 berada di bahagian kecemasan, sebaliknya beliau yang merawat SP5. SP 4 dirawat oleh Dr Hemathevi. Persoalan kepada Mahkamah ialah bagaimana SD1 boleh berkomunikasi dengan SP 5 kerana SP 5 dalam keadaan tak sedarkan diri semasa sampai di bahagian kecemasan.
36
SD1 mencatat di bahagian sejarah perkataan patient was pillion rider… jika diamati ini bermakna SD1 telah bercakap dengan SP 5 . SD1 menyatakan telah berjumpa rider iaitu SP4 dan SP4 yang menyatakan bagaimana kemalangan berlaku. Persoalan ialah SD1 tidak mencatat nama rider tersebut , maka adakah rider tersebut ialah SP 4 kerana SP4 sendiri menafikan bahawa ada bercakap dengan SD1 tentang kemalangan tersebut, beliau hanya memberitahu bagaimana kemalangan itu kepada Doktor dental semasa di dalam wad.
37
Mahkamah perlu menimbang dengan teliti keterangan SD3. Selepas 6 tahun, tiba-tiba SD3 muncul selepas di cari oleh Param. SD3 hanya tiba di tempat kejadian hanya selepas kemalangan berlaku, beliau tidak melihat bagaimana kemalangan berlaku. SD3 boleh ingat setiap ayat yang SP4 ckp selepas 6 tahun iaitu “hilang kawalan dan terbabas” tapi SD3 boleh lupa di kawasan mana rumah kawan yang beliau telah pergi masa hari kemalangan.
38
Mahkamah juga telah meneliti isi kandungan D13 yang telah dikemukakan oleh SD3. Mahkamah telah merujuk kepada perenggan 5 dan 8 dalam D13 tersebut yang mana SD3 menyatakan bahawa “sorang lelaki india memberitahu bahawa motosikal telah hilang kawalan dan terbabas”.
39
Apa bila kita membaca perkataan hilang kawalan dan terbabas , ia boleh ditafsir dan difahami daripada pelbagai sudut orang yang membaca. Ia boleh ditafsir bahawa motosikal SD 4 telah hilang kawalan dan terbabas dengan sendiri tanpa melibatkan perlanggaran dengan motokar defendan atau ia juga boleh ditafsir akibat perlanggaran motokar defendan dengan motosikal SP 4 telah akibatkan motosikal SP4 hilang kawalan dan terbabas.
40
Apa bila terdapat keterangan yang berbeza dari SD3 dan juga selepas merujuk kepada P8 dan P9 iaitu berkaitan dengan isu bagaimana kemalangan berlaku maka Mahkamah memutuskan bahawa untuk lebih menerima keterangan yang diberitahu oleh SP4 bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Ini adalah kerana SP4 sendiri yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan beliau lebih mengetahui.
41
Mahkamah juga telah meneliti kepada keterangan SD3, beliau menyatakan bahawa semasa sampai di tempat kejadian telah ada 3 orang dan kemudian telah datang seorang lagi. Tiada apa-apa keterangan daripada SD3 yang menunjukkan lelaki yang SD3 telah bercakap berkaitan kemalangan adalah merujuk kepada SP4. SD3 sendiri tidak perasaan berkaitan lelaki tersebut, SD 3 tidak perasan sama ada lelaki tersebut ada mengalami kecederaan atau tidak. Identiti dua lagi orang yang hadir di situ tidak diketahui samada lelaki atau pompuan dan berbangsa apa. Maka adakah SP 4 yang sebenar telah memberitahu pada SD 3 bahawa motosikal hilang kawalan dan terbabas.
42
Mahkamah berpandangan bahawa individu yang utama untuk menerangkan bagaimana kemalangan tersebut berlaku adalah pemandu motokar tersebut. Beliau tidak langsung dipanggil untuk memberi keterangan dan menceritakan berkaitan bagaimana kemalangan tersebut berlaku dan tiada alasan mengapa Defendan kedua tidak mahu memanggil Defendan untuk memberi keterangan. Kegagalan Defendan untuk memanggil pemandu motokar menyebabkan terpakainya s.114(g) Akta keterangan . Defendan pertama dan kedua hanya terlalu bergantung kepada keterangan SD1 yang mana laporan perubatan yang beliau sediakan semasa merawat SP4 tidak dikemukakan sebagai ekhibit dan ini menyebabkan Mahkamah tidak berpeluang untuk meneliti lebih mendalam kandungan laporan tersebut.
43
Berdasar kepada alasan seperti di atas, maka Mahkamah berpandangan bahawa Defendan kedua telah gagal untuk membuktikan bahawa terdapatnya unsur penipuan/fraud oleh SP 4 dalam membuat tuntutan insuran berkaitan kemalangan tersebut.
44
Mahkamah dengan ini telah membenarkan tuntutan oleh pihak Plaintif pertama dan kedua terhadap Defendan. Mahkamah telah memberi award sewajarnya.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.