Content
Page 1 of 28 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG PERBICARAAN JENAYAH NO: PB-45A-31-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
PB-45A-31-06/2023
High Court of Malaysia17 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
Page 1 of 28 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG PERBICARAAN JENAYAH NO: PB-45A-31-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
2
GUNALAN A/L RAMAPILAI ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Kedua-dua Tertuduh (OKT 1 dan OKT2) telah dituduh dengan dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). [2] Pertuduhan-pertuduhan adalah seperti berikut:- PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu bersama-sama pada 3 September 2021, jam lebih kurang 12.40 pagi, bertempat di Ban Seng Plastic Industries & Assembly Sdn Bhd, PMT 1176, Lorong Perindustrian Bukit Minyak, 14100 Simpang Ampat, di dalam daerah Seberang Perai Tengah, dalam negeri Pulau Pinang, telah mengedar dadah berbahaya jenis Heroin seberat 235,962.5 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Page 2 of 28 PERTUDUHAN KEDUA Bahawa kamu bersama-sama pada 3 September 2021, jam lebih kurang 12.40 pagi, bertempat di Ban Seng Plastic Industries & Assembly Sdn Bhd, PMT 1176, Lorong Perindustrian Bukit Minyak, 14100 Simpang Ampat, di dalam daerah Seberang Perai Tengah, dalam Negeri Pulau Pinang, telah mengedar dadah berbahaya jenis Monoacetylmorpines seberat 7,061.6 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [3] Kedua-kedua pertuduhan ini telah dibacakan kepada kedua-dua OKT dan mereka mengaku tidak bersalah. Perbicaraan telah dijalankan dengan seramai sebelas (11) orang saksi pendakwaan memberi keterangan. [4] Di akhir kes pendakwaan, setelah Mahkamah ini membuat penilaian yang maksima atas keterangan saksi-saksi, maka pada 17.3.2026 Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan yang dihadapi oleh kedua-dua OKT, maka kedua-dua OKT telah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. [5] Pihak pendakwaan yang terkilan terhadap keputusan tersebut telah memfailkan Notis Rayuan pada 30.3.2026. Ini adalah alasan Mahkamah terhadap keputusan melepas dan membebaskan kedua-dua OKT terhadap kedua-dua pertuduhan di akhir kes pendakwaan. KES PENDAKWAAN [6] Kes ini bermula apabila pihak polis menerima maklumat risikan berhubung satu aktiviti pengedaran dadah berbahaya yang dipercayai melibatkan penggunaan sebuah lori bagi tujuan mengangkut dan mengedarkan dadah tersebut. Berdasarkan maklumat tersebut, satu operasi telah dirancang dan dijalankan oleh pihak polis bagi mengesan dan menahan individu yang terlibat. Page 3 of 28 [7] Pada 3 September 2021, pihak polis telah menjalankan pemantauan terhadap sebuah lori yang disyaki terlibat dalam aktiviti tersebut. Hasil pemantauan tersebut, lori berkenaan telah dikesan berada di Kawasan kilang Ban Seng di Perai, Pulau Pinang. [8] Pada waktu malam sekitar jam 12 hingga 1 pagi, pihak polis telah menyerbu lori tersebut di kawasan kilang berkenaan. Ketika serbuan dijalankan, pihak polis telah menahan dua orang lelaki yang berada bersama lori tersebut iaitu Thinagaran a/l N. Mageswaran (OKT1) dan Gunalan a/l Ramapillai (OKT2). [9] SP11, seorang pekerja di kilang Ban Seng, memberi keterangan bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pekerjanya mengenai kehadiran polis di kawasan kilang tersebut pada waktu malam. Apabila beliau tiba di lokasi kejadian, beliau mendapati ramai anggota polis di kawasan kilang serta dua orang lelaki yang telah ditahan oleh pihak polis. [10] SP11 turut melihat sejumlah kotak-kotak besar berwarna coklat yang telah disusun oleh pihak polis di kawasan kilang tersebut. Menurut beliau, kotak-kotak tersebut bukan milik syarikat Ban Seng kerana kotak milik syarikat lazimnya mempunyai cop syarikat Ban Seng pada kotak tersebut. [11] Hasil pemeriksaan lanjut oleh pihak polis terhadap kotak-kotak tersebut mendapati bahawa kotak-kotak berkenaan mengandungi seluar jeans yang disusun di bahagian atas dan di dalamnya terdapat ketulan bahan berwarna kuning yang disyaki sebagai dadah yang telah disembunyikan di dalam kotak-kotak tersebut. [12] Lori yang membawa kotak-kotak tersebut telah dikenal pasti sebagai sebuah lori dengan nombor pendaftaran VAS 4334. SP9, pemilik lori berkenaan, mengesahkan bahawa lori tersebut adalah milik syarikatnya dan telah diserahkan kepada Gunalan (OKT2) untuk digunakan sebagai pemandu lori bagi menjalankan tugas penghantaran barang bagi pihak syarikat. [13] SP9 turut menjelaskan bahawa pada masa tersebut Gunalan telah ditugaskan untuk memandu lori tersebut bagi tujuan penghantaran barang dari Subang ke Bukit Minyak, setelah mengambil barangan dari beberapa lokasi lain bagi tujuan penghantaran kepada pelanggan syarikat. Page 4 of 28 [14] Siasatan di tempat kejadian telah dijalankan oleh SP8 iaitu pegawai forensik tempat kejadian. Beliau telah mengutip beberapa sampel DNA yang terdapat pada lori tersebut termasuk swab, pakaian dan beberapa barangan lain yang ditemui di dalam lori bagi tujuan siasatan lanjut. [15] SP8 juga menjalankan proses dusting cap jari ke atas beberapa barang kes yang ditemui di dalam lori tersebut. SP8 menyatakan bahawa proses dusting tidak berjaya menimbulkan kesan cap jari kerana permukaan kotak yang bergerutu. Kesemua kotak tersebut telah dirampas dan kemudiannya telah diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tujuan siasatan lanjut. [16] Barang kes tersebut kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Pulau Pinang untuk tujuan analisis kimia. SP6, seorang ahli kimia yang telah menjalankan analisis kimia keatas bahan-bahan tersebut mengesahkan bahawa beliau telah menerima barang kes tersebut bersama borang penyerahan rasmi daripada pihak polis. Beliau telah mengeluarkan resit penerimaan barang kes sebagai bukti penerimaan bahan tersebut untuk tujuan analisis. [17]
Preamble
Menurut SP6, bahan-bahan yang diterima telah dihomogenkan dan sampel perwakilan diambil daripada bahan tersebut bagi tujuan analisis makmal. Selanjutnya analisis telah dijalankan dengan menggunakan kaedah Gas Chromatography Flame Ionization Detector (GC-FID). Hasil analisis kimia tersebut kemudiannya direkodkan dalam Laporan Kimia yang disediakan oleh SP6 di mana SP6 mengesahkan bahawa bahan yang diterima daripada pihak Polis, telah dianalisis dan hasilnya bahawa bahan-bahan tersebut adalah dadah berbahaya seperti yang dinyatakan di dalam jadual pertama ADB 1952. Elemen-elemen kesalahan [18] Elemen-elemen kesalahan yang perlu dibuktikan di bawah seksyen 39B ADB 1952 adalah seperti berikut:- a. Dadah tersebut adalah sejenis dadah yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta tersebut; b. Tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut (milikan mens rea); dan Page 5 of 28 c. Tertuduh telah mengedar dadah tersebut; d. Kedua-dua OKT mempunyai niat Bersama. Beban Pembuktian Diakhir Kes Pendakwaan [19] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah mempunyai tugas untuk melihat dan menimbang keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara penilaian maksima untuk memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya atau gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh. [20] Di peringkat kes pendakwaan, jika Mahkamah mendapati pihak pendakwaan Berjaya membuktikan kes prima facie, maka tertuduh akan dipanggil untuk membela diri atau jika sebaliknya, tertuduh akan dilepaskan dan dibebaskan. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan yang seringkali dirujuk iaitu Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734 yang diputuskan oleh Gopal Sri Ram dan kes Mahkamah Persekutuan Malaysia iaitu kes Balachandran a/l Selvaratnam v. PP [2005] 1 CLJ 85). Hujahan pihak Pendakwaan [21] Pihak Pendakwaan tidak memasukkan Hujahan Bertulis seperti yang diarahkan. Arahan Mahkamah berkaitan pemfailan Hujahan di akhir kes pendakwaan [22] Pada 12.12.2025 pihak pendakwaan telah menutup kes pendakwaan dan Mahkamah ini telah memberi arahan untuk kedua-dua pihak memfailkan Hujahan Bertulis secara serentak. Hujahan tersebut hendaklah difailkan pada atau sebelum 26.1.2026. Selanjutnya Hujahan Balas (jika ada) hendaklah difailkan pada atau sebelum 9.2.2026. Mahkamah telah menetapkan Tarikh keputusan pada 26.2.2026. Page 6 of 28 [23] Pada 16.1.2026 jam 12:01:30 pihak pembelaan telah memfailkan Hujahan Bertulis (Kand. 168). Sehingga 26.1.2026, pihak pendakwaan tidak memfailkan Hujahan mereka dan Puan TPR memohon tarikh yang singkat untuk memfailkan Hujahan. Permohonan TPR yang tersebut telah dibantah oleh pihak peguambela atas alasan pihak TPR tidak mematuhi arahan Mahkamah berkaitan pemfailan Hujahan. [24] Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memfailkan Hujahan dan keputusan ditangguhkan ke 17.3.2026. Mahkamah ini juga telah menegaskan kepada pihak-pihak bahawa pada tarikh tersebut keputusan akan disampaikan walaupun tanpa Hujahan Pendakwaan. [25] Pada 17.3.2026 jam 8:03:15 am, pihak pendakwaan memfailkan Hujahan Bertulis (Kand. 173) dalam system. Di dalam membuat keputusan ini, Mahkamah tidak meneliti hujahan pendakwaan yang tersebut, atas alasan ianya terlalu lewat difailkan dan pihak pendakwaan nampaknya tidak bersungguh-sungguh untuk mematuhi arahan Mahkamah. Hujahan Pembelaan Isu-Isu Yang Dibangkitkan Oleh Pihak Pembelaan [26] Setelah meneliti dan menghalusi Hujahan Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pembelaan telah membangkitkan lima (5) isu utama dan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap kedua-dua OKT. Isu-isu tersebut boleh dirumuskan seperti berikut: i. sama ada rantaian keterangan dan pengendalian barang kes dadah telah dibuktikan secara selamat dan tidak terputus; ii. sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan elemen milikan, kawalan dan pengetahuan OKT-OKT terhadap dadah yang menjadi hal perkara pertuduhan; iii. sama ada elemen pengedaran dadah berbahaya dan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan telah dibuktikan; Page 7 of 28 iv. sama ada keterangan DNA membantu kes pendakwaan dalam membuktikan penglibatan OKT-OKT; dan v. sama ada catatan P15 dan P16 serta laporan polis yang berkaitan boleh diterima sebagai keterangan. Isu Pertama: Sama Ada Rantaian Keterangan Barang Kes Dadah Telah Dibuktikan Secara Selamat [27] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa terdapat kelompangan dalam rantaian keterangan barang kes dadah sejak barang kes mula-mula dirampas di tempat kejadian sehingga barang kes tersebut diserahkan kepada ahli kimia untuk dianalisis. Pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan dengan jelas setiap pergerakan, jagaan dan kawalan barang kes. [28] Semasa serbuan dijalankan, terdapat individu lain di kawasan tempat kejadian, iaitu pekerja-pekerja di Gudang Ban Seng, anggota polis lain dan individu-individu yang berada di kawasan kilang. Tiada keterangan yang jelas bahawa kawasan serbuan dikawal sepenuhnya atau di-cordon oleh SP5 dan pasukannya bagi memastikan tiada pihak lain boleh menghampiri atau mengusik barang kes. [29] Tempoh masa dari barang kes dirampas hingga diserahkan kepada pegawai Penyiasat adalah selama 8 jam. Dalam tempoh ini tiada keterangan yang jelas khususnya berkenaan siapa yang mempunyai jagaan dan kawalan sebenar ke atas barang kes tersebut. Kegagalan menjelaskan berkenaan tempoh ini telah menimbulkan keraguan terhadap integriti barang kes. [30] Pembelaan membangkitkan isu berhubung torehan pada ketulan mampat dadah. Menurut SP7 bahawa torehan dibuat oleh SP5 untuk memeriksa dan memastikan kandungan ketulan mampat tersebut. Kemudiannya ketulan mampat itu disellotape semula. Namun, SP5 sendiri tidak memberi keterangan yang terperinci tentang bila, di mana dan bagaimana torehan tersebut dibuat. Perkara ini penting untuk diperjelaskan oleh SP5 kerana ia menyentuh keadaan fizikal barang kes dan kemungkinan berlaku gangguan terhadap barang kes. Page 8 of 28 [31] Pihak pembelaan turut mempertikaikan proses dusting terhadap kotak-kotak dan ketulan mampat. Tiada keterangan yang lengkap bilakah proses dusting dilakukan, siapa yang menjalankan proses tersebut, siapa yang menyusun barang kes untuk tujuan dusting, dan di mana barang kes disimpan selepas proses itu selesai. Pembelaan menghujahkan bahawa kelompangan ini menjejaskan rantaian keterangan. [32] Selanjutnya isu pendaftaran barang kes di stor Barang Kes Berpusat. SP7 menyatakan bahawa beliau telah membawa dan mendaftarkan barang kes di Stor Barang Kes Berpusat, tetapi dokumen pendaftaran barang kes menunjukkan nama pegawai lain, iaitu Insp Mohd Shawal. Penjaga stor dan Insp Mohd Shawal tidak dipanggil untuk menjelaskan percanggahan tersebut. Pembelaan menghujahkan bahawa perkara ini menimbulkan keraguan berhubung pergerakan sebenar barang kes. [33] SP6 dalam keterangannya mengesahkan telah menerima 12 kotak yang bermeterai “POLIS DI-RAJA MALAYSIA 595”, tetapi tiada keterangan jelas tentang siapa yang memeterai kotak-kotak tersebut dan bila kotak-kotak tersebut dimeterai. Perkara ini perlu dijelaskan kerana ia merupakan sebahagian daripada rantaian keterangan. [34] Selanjutnya barang kes telah dibawa ke sidang media pada 9.9.2021. Menurut pembelaan, tiada catatan dalam Penyata Saksi SP7 berhubung pengeluaran barang kes pada tarikh tersebut. Tiada juga keterangan lisan oleh SP7 yang menjelaskan siapa yang mengeluarkan barang kes, siapa yang menyusun barang kes, siapa yang mengawal barang kes sepanjang sidang media, dan siapa yang membawa semula barang kes selepas itu. Pembelaan menghujahkan bahawa perkara ini menimbulkan keraguan serius terhadap integriti barang kes. [35] Oleh itu, pihak pembelaan berhujah bahawa rantaian keterangan barang kes tidak dibuktikan secara lengkap dan selamat. Kelompangan-kelompangan yang dihujahkan seperti di atas adalah material kerana ia menyentuh identiti serta integriti dadah yang akhirnya dianalisis oleh ahli kimia. Page 9 of 28 Isu Kedua: Sama Ada Milikan, Kawalan Dan Pengetahuan OKT-OKT Telah Dibuktikan [36] Pembelaan menghujahkan bahawa adalah tidak memadai dan tidak mencukupi untuk membuktikan elemen milikan semata-mata kerana OKT-OKT berada di tempat kejadian semasa serbuan atau melalui dakwaan bahawa mereka dilihat mengangkat kotak. [37] Adalah merupakan prinsip dan undang-undang yang mantap bahawa untuk membuktikan seseorang tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah tersebut, pihak pendakwaan perlu membuktikan bukan sahaja aspek fizikal milikan, tetapi juga elemen mental, iaitu pengetahuan terhadap kewujudan dan sifat dadah tersebut. [38] Pembelaan menghujahkan keterangan bahawa kedua-dua OKT dikatakan masing-masing mengangkat satu kotak semasa serbuan adalah tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai milikan terhadap keseluruhan 12 kotak yang mengandungi dadah, lebih-lebih lagi apabila tiada keterangan bahawa mereka mempunyai kuasa eksklusif untuk mengawal, menyimpan, mengangkut atau melupuskan kotak-kotak tersebut. [39] Selanjutnya tiada bukti forensik yang dapat mengaitkan OKT-OKT dengan kotak-kotak dan ketulan mampat dadah. Sekiranya benar OKT-OKT mengangkat kotak tersebut, maka kesan cap jari atau DNA mereka sepatutnya dapat dikesan pada kotak-kotak tersebut. Namun, hasil dusting ke atas kotak dan ketulan mampat adalah negatif. SP7 juga tidak mengambil swab peluh daripada kotak-kotak tersebut untuk tujuan perbandingan DNA. Maka tiada bukti forensik yang dapat dikemukakan untuk menyokong dakwaan bahawa OKT-OKT ada mengangkat atau mengendalikan kotak yang mengandungi dadah tersebut. [40] Selain itu, keterangan pendakwaan menunjukkan bahawa kotak-kotak tersebut berada dalam keadaan tertutup dan bersellotape. SP5 dikatakan perlu menggunakan scraper untuk membuka kotak-kotak tersebut. Selepas kotak dibuka, terdapat seluar jeans di bahagian atas, manakala ketulan mampat berada di bahagian bawah dan terlindung daripada pandangan. Ketulan mampat tersebut pula berbalut dan kandungannya tidak dapat dilihat dengan Page 10 of 28 mata kasar. Berdasarkan keadaan kotak-kotak tersebut pada masa serbuan dibuat, maka tidak ada asas yang kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa OKT-OKT mempunyai pengetahuan mengenai kandungan kotak-kotak tersebut. [41] Dalam kes ini, OKT2 ialah pemandu lori. SP10 dalam keterangannya menjelaskan bahawa tugas seorang pemandu lori ialah membawa dan menurunkan barang yang dibawa, dan pemandu lazimnya tidak membuka atau memeriksa kandungan kotak atau barang yang dibawa. Tindakan OKT2 membawa atau menurunkan barang adalah berkaitan dengan skop tugasnya sebagai pemandu lori. Maka pihak pembelaan berhujah bahawa semata-mata OKT2 dilihat membawa atau mengangkat kotak tidak membuktikan OKT2 mempunyai pengetahuan tentang kandungan sebenar kotak dan adalah tidak mencukupi untuk membuktikan milikan jenayah. [42] Keterangan saksi pendakwaan bahawa semasa serbuan OKT-OKT terkejut dan meletakkan kotak di atas lantai. Reaksi ini tidak boleh secara automatik dianggap sebagai tanda pengetahuan atau guilty mind. Pada masa serbuan dijalankan, pasukan serbuan berpakaian preman, bersenjata, menggunakan kenderaan tanpa lambang polis dan serbuan berlaku pada awal pagi dalam keadaan pencahayaan yang tidak begitu terang. Dalam keadaan sedemikian, reaksi terkejut adalah reaksi yang neutral dan boleh berlaku kepada mana-mana orang yang tidak bersalah. [43] Pembelaan juga berhujah bahawa kedua-dua OKT adalah innocent carrier, di mana OKT-OKT telah memberi penjelasan awal bahawa kotak-kotak tersebut dipercayai mengandungi pakaian atau seluar jeans. Keterangan saksi-saksi pendakwaan juga menunjukkan dengan jelas bahawa terdapat seluar jeans di bahagian atas kotak. Tiada keadaan yang mencurigakan untuk OKT-OKT membuka dan memeriksa kandungan kotak-kotak tersebut. [44] Kesimpulannya bagi isu milikan, pembelaan berhujah bahawa keterangan pendakwaan hanya menunjukkan kehadiran OKT-OKT ditempat serbuan dan kawalan sementara terhadap kotak semasa serbuan. Pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai pengetahuan terhadap kandungan dadah di dalamnya. Page 11 of 28 Isu Ketiga: Sama Ada Elemen Pengedaran Dan Niat Bersama Telah Dibuktikan [45] Bagi membuktikan elemen pengedaran, maka elemen milikan hendaklah terlebih dahulu dibuktikan kerana milikan merupakan asas kepada kebanyakan bentuk pengedaran di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952, seperti menyimpan, membawa, mengangkut atau menyembunyikan dadah. Jika elemen milikan dan pengetahuan tidak dibuktikan, maka elemen pengedaran juga tidak boleh dibuktikan. [46] Dalam kes ini pihak pendakwaan tidak mengemukakan keterangan langsung atau keterangan ikut keadaan yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa OKT-OKT telah “keeping”, “carrying” atau “transporting” dadah tersebut dalam maksud seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Walaupun dadah dijumpai dalam kotak-kotak di kawasan motolori, tiada keterangan bahawa OKT-OKT mengetahui kandungan kotak-kotak tersebut atau bahawa merekalah yang memasukkan, menyimpan atau mengangkut dadah tersebut. [47] Selanjutnya Pembelaan berhujah bahawa anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak dapat diaktifkan kerana pihak pendakwaan perlulah terlebih dahulu membuktikan milikan. Oleh kerana pendakwaan gagal membuktikan milikan, kawalan dan pengetahuan, maka tiada asas untuk menggunakan anggapan pengedaran terhadap OKT-OKT. [48] Kedua-dua OKT telah dituduh mempunyai niat bersama di bawah s.34 Kanun Keseksaan. Dalam kes pendakwaan tiada keterangan yang menunjukkan wujudnya pre-arranged plan, meeting of minds atau perbuatan bersama antara OKT1 dan OKT2 untuk mengedar dadah. Seksyen 34 Kanun Keseksaan tidak mewujudkan anggapan niat bersama. Sebaliknya, niat bersama mesti dibuktikan melalui keterangan langsung atau melalui inferens yang kuat berdasarkan fakta dan keadaan kes. [49] Pembelaan berhujah bahawa kehadiran OKT2 di tempat kejadian adalah konsisten dengan tugasnya sebagai pemandu lori yang menghantar barang-barang ke Gudang Ban Seng. Manakala kehadiran OKT1 pula tidak dibuktikan sebagai sebahagian daripada rancangan mengedar dadah. Page 12 of 28 [50] Tiada keterangan bahawa OKT-OKT memasukkan kotak ke dalam motolori, mengetahui kandungan kotak, mempunyai peranan tertentu dalam transaksi dadah, atau melakukan sebarang overt act yang menunjukkan persetujuan bersama untuk mengedar dadah. Semata-mata kedua-dua OKT berada di tempat kejadian dan dilihat mengangkat satu kotak masing-masing semasa serbuan dijalankan tidak mencukupi untuk membuktikan niat bersama. Kehadiran bersama atau akses kepada barang kes tidak boleh disamakan dengan niat bersama untuk mengedar dadah. Tiada bukti bebas yang menunjukkan wujudnya rancangan atau persetujuan bersama antara OKT-OKT dalam kes ini. Isu Keempat: Sama Ada Keterangan DNA Membantu Kes Pendakwaan [51] Pihak Pembelaan mempertikaikan kebolehterimaan dan nilai probatif keterangan DNA yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, ini kerana rantaian pengambilan sampel darah OKT-OKT tidak dibuktikan dengan sempurna. [52] Pihak pendakwaan tidak mengemukakan borang keizinan atau persetujuan pengambilan sampel darah daripada OKT-OKT. Selanjutnya pegawai perubatan tidak yang dipanggil untuk menerangkan bagaimana sampel darah diambil, dilabelkan, disimpan dan diserahkan. Sjn Fadli, yang dikatakan membawa OKT-OKT untuk pengambilan sampel dan menyerahkan sampel kepada SP7, juga tidak dipanggil sebagai saksi. [53] Oleh itu kegagalan memanggil saks-saksi tersebut telah menyebabkan kelompangan dalam rantaian keterangan DNA, maka laporan DNA tidak selamat digunakan untuk mengaitkan OKT-OKT dengan barang-barang kes. [54] Sekiranya laporan DNA tersebut diterima oleh Mahkamah, keterangan DNA tersebut masih tidak membuktikan milikan terhadap dadah. DNA OKT1 dikatakan ditemui pada berus gigi, DNA OKT2 ditemui pada kasut dan pelitup muka. Barang-barang tersebut adalah barang peribadi dalam motolori. Sudah pastilah pada barang peribadi terdapat DNA mereka tetapi ia tidak membuktikan bahawa OKT-OKT menyentuh, mengendalikan atau mengetahui Page 13 of 28 kandungan 12 kotak yang mengandungi dadah. Tambahan pula tiada DNA OKT-OKT ditemui pada 12 kotak tersebut atau pada 1000 ketulan mampat yang menjadi hal perkara pertuduhan. Maka, keterangan DNA hanya menunjukkan kehadiran atau penggunaan motolori, bukan pengetahuan atau kawalan terhadap dadah. Ketiadaan DNA pada kotak dan ketulan mampat dadah melemahkan dakwaan bahawa OKT-OKT telah mengendalikan barang kes tersebut. Isu Kelima: Sama Ada Catatan P15, P16 Dan Laporan Polis Berkaitan Boleh Diterima [55] Atas isu ini Pembelaan berhujah bahawa walaupun SP5 ialah pembuat catatan P15 dan P16, tiada keterangan lisan yang mencukupi diberikan oleh SP5 mengenai kandungan sebenar soalan dan jawapan yang direkodkan dalam catatan tersebut. Oleh itu, P15 dan P16 tidak boleh berdiri dengan sendirinya sebagai keterangan substantif tentang kandungannya. [56] Pembelaan juga membangkitkan isu kata-kata amaran di bawah seksyen 37B(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952. Menurut pembelaan, SP5 hanya menyatakan bahawa beliau telah membacakan kata-kata amaran kepada kedua-dua OKT dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami. Namun, SP5 tidak menyatakan perkataan sebenar kata-kata amaran yang dibacakan. Tiada juga keterangan sama ada kata-kata amaran tersebut dibacakan secara berasingan kepada setiap OKT, sama ada kesan kata-kata amaran itu dijelaskan, dan sama ada OKT-OKT memahami bahawa mereka mempunyai hak untuk berdiam diri. [57] Selanjutnya Pembelaan berhujah bahawa pematuhan kepada seksyen 37B(1)(b) adalah prasyarat penting kepada kebolehterimaan apa-apa pernyataan selepas tangkapan. Sekadar menyatakan bahawa kata-kata amaran telah dibacakan adalah tidak mencukupi. Perlu ada keterangan tentang perkataan sebenar yang digunakan atau sekurang-kurangnya perkataan yang mempunyai kesan yang sama dengan peruntukan tersebut. P15 dan P16 tidak mencatatkan perkataan sebenar kata-kata amaran yang dibacakan, dan tidak Page 14 of 28 menunjukkan bahawa kata-kata amaran tersebut telah diterangkan kepada OKT-OKT. [58] Pembelaan selanjutnya berhujah bahawa kandungan laporan polis P3 dan P4 adalah pari materia dengan P15 dan P16. Oleh itu, jika P15 dan P16 tidak boleh diterima, maka kandungan laporan polis tersebut juga tidak wajar digunakan terhadap OKT-OKT. Pembelaan memohon agar P15 dan P16 tidak diterima sebagai keterangan. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH INI DI AKHIR KES PENDAKWAAN [59] Di akhir kes pendakwaan, mahkamah mestilah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya atau gagal membuktikan kes prima facie atas pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi oleh kedua-dua tertuduh. Dalam membuat keputusan ini, mahkamah hendaklah membuat penilaian maksima keatas semua keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Mahkamah ini merujuk dan berpandukan keputusan dari kes-kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 2 MLJ 65; Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85. [60] Bagi pertuduhan pengedaran dadah, pihak pendakwaan wajib membuktikan setiap elemen seperti yang digariskan dalam perenggan di atas. Elemen pertama – dadah tersebut adalah sejenis dadah yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 [61] Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP6, Noor Fadzlina binti Mohd Fauzi, Ahli Kimia di Jabatan Kimia Malaysia Pulau Pinang. Keterangan beliau adalah jelas, konsisten dan memuaskan berkenaan identiti bahan yang dihantar kepadanya untuk analisis. [62] SP6 mengesahkan bahawa beliau telah menerima barang kes bersama borang berkaitan, mengeluarkan resit rasmi penerimaan kimia, dan beliau telah camkan Laporan Kimia yang disediakan olehnya berdasarkan nombor makmal serta tandatangannya. Page 15 of 28 [63] SP6 juga dapat camkan barang-barang kes yang diterima dan dianalisis, termasuk kotak serta plastik Jabatan Kimia Malaysia yang berkaitan, dan barang-barang kes tersebut telah dicamkan di Mahkamah. [64] Walaupun terdapat rujukan kepada kesilapan taip pada tanda tertentu, SP6 menjelaskan bahawa barang yang diterimanya adalah barang yang sama sebagaimana dihantar kepadanya. Kesilapan sedemikian, jika dilihat bersama keterangan SP6 yang dapat camkan resit rasmi, nombor makmal, Laporan Kimia dan barang-barang kes, tidak menjejaskan identiti barang kes atau hasil analisis kimia. [65] Mahkamah merujuk dan berpandukan kepada prinsip dalam kes Munusamy Vengadasalam v Public Prosecutor (1987) CLJ (Rep) 221, iaitu kesilapan perkeranian atau kesilapan taip pada dokumen kimia tidak semestinya memutuskan rantaian keterangan sekiranya butiran rasmi dan keterangan saksi menunjukkan bahawa barang kes tersebut adalah barang yang sama. [66] SP6 juga telah disoal balas mengenai kaedah analisis yang dijalankan. Beliau mengesahkan bahawa beliau menerima 12 kotak daripada pegawai penyiasat dan kandungan kotak-kotak tersebut telah disemak. SP6 menerangkan bahawa semua bahan tersebut telah dihomogenkan dan beliau menggunakan sampel perwakilan sebanyak 48.7 mg atau 0.0487 gram. Beliau turut mengesahkan bahawa ujian GCFID telah dijalankan pada 2.9.2023 dengan menggunakan mesin Agilent dan analisis tersebut dijalankan oleh beliau secara sendirian tanpa bantuan pegawai atau kakitangan makmal yang lain. [67] Penjelasan ini menunjukkan bahawa analisis yang dijalankan telah dibuat atas asas saintifik yang munasabah, iaitu melalui proses homogenisasi bahan sebelum sampel perwakilan dianalisis. SP6 juga menjelaskan bahawa analisis yang dijalankan adalah memadai untuk mendapatkan keputusan yang tepat kerana sampel perwakilan tersebut diambil daripada bahan yang telah dihomogenkan. [68] Dalam kes Munusamy Vengadasalam v Public Prosecutor (supra), Mahkamah Agung memutuskan bahawa keterangan pakar kimia dalam kes dadah boleh diterima pada nilai mukanya melainkan keterangan tersebut secara zahirnya Page 16 of 28 tidak munasabah atau telah dicabar melalui keterangan pakar lain oleh pihak pembelaan. Mahkamah juga menegaskan bahawa dalam kes dadah, tugas ahli kimia adalah terhad kepada menentukan identiti bahan yang dihantar untuk analisis, dan tidak perlu bagi ahli kimia menerangkan setiap langkah teknikal di makmal secara terperinci selagi terdapat keterangan yang boleh dipercayai bagi menyokong pendapatnya. [69] Berdasarkan prinsip tersebut, Mahkamah ini berpuas hati bahawa keterangan SP6 telah berjaya membuktikan bahawa bahan yang dianalisis adalah dadah berbahaya sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual pertama ADB 1952. Keterangan SP6 semasa disoal balas adalah jelas dan tidak menunjukkan bahawa analisis beliau adalah tidak boleh dipercayai, tidak tepat, atau secara zahirnya tidak munasabah. [70] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa hasil analisis kimia yang dijalankan oleh SP6 adalah memuaskan dan boleh diterima. Laporan Kimia yang disediakan oleh SP6, apabila dibaca bersama keterangannya di Mahkamah, mengesahkan bahawa bahan yang dihantar untuk analisis adalah dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Maka, elemen berhubung identiti dan sifat bahan dadah berbahaya tersebut telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan melalui keterangan SP6. Elemen Kedua – Milikan, kawalan dan pengetahuan [71] Maksud “milikan” telah dibincang dengan mendalam di dalam kes yang sering kali dirujuk, iaitu Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, di mana Thomson J telah menjelaskan bahawa seseorang itu dikatakan memiliki sesuatu benda apabila kedudukannya dengan benda tersebut adalah dekat dan / atau dia mempunyai kuasa untuk berurusan dengannya sebagai pemilik apabila keadaan memerlukan. [72] Selanjutnya adalah ditegaskan dalam kes tersebut, bahawa tidak boleh wujud milikan tanpa pengetahuan dan tidak boleh wujud milikan tanpa sesuatu kuasa untuk melupuskan. Berdasarkan keputusan dalam kes Chan Pean Leon (supra) dapatlah difahami bahawa elemen penting bagi semua bentuk milikan Page 17 of 28 ialah mesti wujud niat sebagai pemilik, dan mempunyai kuasa melupuskan barang tersebut dengan mengecualikan orang lain. [73] Adalah undang-undang yang mantap bahawa milikan sebenar (mens rea possession) boleh dibuktikan dengan membuktikan kawalan atau jagaan serta pengetahuan. Selain itu milikan juga boleh dibuktikan dengan bantuan anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta tersebut. [74] Selanjutnya isu milikan ini turut dibincangkan dalam kes Public Prosecutor v Abdul Manaf bin Muhamad Hassan [2006] 3 MLJ 193 dan juga Ibrahim Mohammad v PP [2011] 4 CLJ 113 yang menyatakan seperti berikut: ,. The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish ''possession". The physical act of control or custody must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumptions, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute, possession let alone trafficking." [75] Oleh itu, untuk membuat dapatan berhubung milikan dalam konteks jenayah ianya mempunyai dua elemen, iaitu elemen fizikal dan elemen mental. Elemen fizikal merujuk kepada kawalan atau jagaan terhadap barang tersebut. Elemen mental pula merujuk kepada pengetahuan terhadap kewujudan dan sifat barang tersebut. Tanpa pengetahuan, milikan dalam konteks jenayah tidak dapat dibuktikan. [76] Dalam kes ini, keterangan utama pihak pendakwaan bahawa SP5 melihat kedua-dua tertuduh masing-masing sedang mengangkat satu kotak menuju ke arah pintu motolori. Apabila SP5 menjerit “polis”, kedua-dua tertuduh dikatakan terkejut dan meletakkan kotak tersebut di atas lantai. SP5 kemudian memeriksa kotak dan mendapati di dalamnya terdapat seluar jeans di bahagian atas dan ketulan mampat yang disyaki dadah di bahagian bawah. [77] Mahkamah mendapati bahawa keterangan tersebut, walaupun relevan, tidak mencukupi dengan sendirinya untuk membuktikan milikan dan pengetahuan kedua-dua tertuduh terhadap keseluruhan dadah dalam 12 kotak tersebut. Page 18 of 28 [78] Keterangan bahawa kedua-dua tertuduh masing-masing mengangkat satu kotak hanyalah menunjukkan suatu bentuk kawalan sementara atau momentary control terhadap kotak tersebut. Ia tidak semestinya membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh mengetahui kandungan sebenar kotak-kotak tersebut atau mempunyai kuasa eksklusif terhadap dadah di dalamnya. [79] Mahkamah ini berpandangan fakta bahawa kotak-kotak tersebut dalam keadaan bertutup dan bersellotape adalah signifikan. SP5 sendiri perlu menggunakan scraper untuk membuka kotak tersebut. Selepas kotak dibuka, terdapat seluar jeans di bahagian atas, manakala ketulan mampat berada di bahagian bawah dan terlindung daripada pandangan. Ketulan mampat tersebut pula berbalut dan kandungannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dalam keadaan ini, Mahkamah tidak dapat membuat inferens yang selamat bahawa kedua-dua tertuduh mengetahui bahawa kotak tersebut mengandungi dadah. [80] Mahkamah juga mengambil kira bahawa tiada keterangan forensik yang mengaitkan kedua-dua tertuduh dengan kotak-kotak atau ketulan mampat dadah. Hasil dusting yang dibuat keatas kotak-kotak dan ketulan mampat adalah negatif. Tiada kesan cap jari kedua-dua OKT ditemui pada kotak atau ketulan mampat dan tiada juga DNA kedua-dua OKT ditemui pada kotak atau ketulan dadah. Oleh kerana pihak pendakwaan bergantung kepada dakwaan bahawa kedua-dua OKT telah mengangkat kotak, ketiadaan sokongan forensik ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja. [81] Mahkamah sedar bahawa ketiadaan cap jari atau DNA bukanlah secara automatik memusnahkan kes pendakwaan. Namun, dalam kes ini, apabila wujud persoalan sama ada benar tertuduh mengangkat kotak, sama ada mereka mengetahui kandungan kotak, dan sama ada mereka mempunyai kawalan sebenar terhadap dadah, ketiadaan bukti forensik menjadi faktor yang menambah keraguan. [82] Mahkamah juga mengambil kira kedudukan OKT2 sebagai pemandu lori. Keterangan SP10 menunjukkan bahawa tugas pemandu lori lazimnya adalah membawa dan menurunkan barang, dan adalah SOP bagi pemandu untuk tidak membuka atau memeriksa kandungan kotak atau barangan yang dibawa. Keterangan ini memberi konteks kepada versi bahawa seseorang pemandu lori Page 19 of 28 boleh membawa atau menurunkan kotak tanpa mengetahui kandungan sebenar kotak tersebut. [83] Selain itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa reaksi kedua-dua OKT yang dikatakan terkejut dan meletakkan kotak di atas lantai tidak boleh dianggap sebagai mereka mempunyai pengetahuan mengenai kandungan kotak-kotak tersebut. Tambahan pula pasukan serbuan berpakaian preman, bersenjata, menggunakan kenderaan tanpa lambang polis, dan serbuan dilakukan pada awal pagi dalam keadaan pencahayaan yang tidak begitu terang. Reaksi terkejut dalam keadaan sedemikian adalah neutral dan tidak semestinya menunjukkan guilty mind. [84] Mahkamah juga mengambil kira bahawa kedua-dua tertuduh tidak cuba melarikan diri, tidak bergelut dan memberi kerjasama kepada pihak polis. Tiada keterangan tentang sebarang perbuatan nyata atau overt act yang menunjukkan mereka mengetahui kewujudan dadah atau terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. [85] Selanjutnya, fakta bahawa dadah disembunyikan di bawah seluar jeans menjadikan isu pengetahuan lebih sukar untuk disimpulkan terhadap kedua-dua OKT tanpa keterangan tambahan. Keterangan SP5, SP7 dan SP11 sendiri menunjukkan bahawa terdapat seluar jeans di bahagian atas kotak-kotak tersebut. [86] Berdasarkan keseluruhan keadaan ini, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan secara prima facie bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai. [87] Keterangan pendakwaan, hanya menunjukkan kehadiran kedua-dua OKT di tempat kejadian dan mereka dikatakan sedang mengangkat satu kotak masing-masing. Keterangan tersebut tidak cukup untuk membuktikan pengetahuan terhadap kandungan dadah dalam kotak-kotak yang tertutup, bersellotape dan dilindungi oleh seluar jeans. Page 20 of 28 Kegagalan Memanggil Saksi Material Dan Kegagalan Siasatan Menyeluruh [88] Dalam kes ini, keterangan SP7 dan SP11 menunjukkan bahawa terdapat beberapa individu yang boleh memberi penjelasan terhadap fakta material. Antaranya ialah dua pekerja asing Ban Seng yang berada di tempat kejadian semasa serbuan. [89] Mereka dikatakan berada di kawasan tempat serbuan dan boleh menjelaskan keadaan sebenar di Gudang tersebut, termasuk sama ada kedua-dua tertuduh benar-benar mengangkat kotak, bagaimana kotak-kotak tersebut berada di tempat kejadian, sama ada kotak-kotak tersebut diturunkan daripada motolori, dan sama ada terdapat pihak lain yang turut mengendalikan kotak-kotak tersebut. [90] Namun, kedua-dua pekerja asing tersebut tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan. Mereka hanya ditawarkan kepada pihak pembelaan. Mahkamah menerima bahawa pendakwaan mempunyai budi bicara untuk menentukan saksi yang hendak dipanggil. Namun, apabila saksi tersebut adalah saksi yang boleh menutup lompang material dalam kes pendakwaan, maka tindakan menawarkan saksi kepada pembelaan adalah tidak mencukupi. Beban untuk membuktikan kes prima facie kekal terletak pada pihak pendakwaan. [91] Mahkamah juga mengambil kira bahawa saksi dari Ban Seng HQ yang dikatakan mengisi barang ke dalam motolori tidak dipanggil. Mahkamah berpendapat bahawa saksi ini penting kerana pihak pendakwaan perlu menjelaskan sama ada kotak-kotak yang mengandungi dadah telah berada dalam motolori sebelum atau selepas motolori tiba di Ban Seng HQ. Tanpa keterangan saksi tersebut, wujud persoalan tentang asal usul kotak-kotak yang mengandungi dadah. [92] Selain itu, terdapat empat individu lain, iaitu A. Mageswaran, Thangaraja, Ramachandran dan Sauntharapandian, yang dikatakan turut ditangkap dan direman berkaitan kes ini. Namun, mereka tidak dituduh dan tidak dipanggil sebagai saksi dan tidak ditawarkan kepada pihak pembelaan. SP7 tidak memberi penjelasan yang memuaskan tentang peranan individu-individu tersebut atau mengapa mereka ditangkap dan direman bersama-sama dalam konteks siasatan kes ini. Page 21 of 28 [93] Mahkamah juga mengambil kira isu Theeban Cheettiar a/l N. Mageswaran. Berdasarkan keterangan yang dirujuk, Theeban bukanlah identiti rekaan. Terdapat laporan berkaitan tangkapan dan rampasan dadah di Padang Serai, dan Theeban dikatakan dikenakan Perintah Tahanan. Versi OKT1 yang mengaitkan Theeban dengan permintaan mengambil kotak sepatutnya disiasat dengan lebih mendalam. Namun, keterangan menunjukkan bahawa siasatan lanjut tidak dibuat bagi menentukan sama ada terdapat kaitan antara Theeban dengan dadah yang dijumpai dan dirampas dalam kes ini. [94] Mahkamah juga mendapati bahawa kegagalan untuk mendapatkan rakaman CCTV di lokasi yang material, termasuk kawasan Restoran Hj Seafood Treasure di Kuchai Lama dan gudang Ban Seng. Dalam keadaan pihak pendakwaan bergantung kepada naratif pergerakan motolori dan kotak-kotak, rakaman CCTV boleh membantu menjelaskan sama ada kotak tersebut dimasukkan ke dalam motolori oleh pihak lain, siapa yang mengendalikan kotak, dan bagaimana kotak tersebut sampai ke tempat kejadian. [95] Mahkamah berpendapat bahawa kegagalan-kegagalan ini bukan sekadar kecacatan kecil dalam siasatan. Ia berkait secara langsung dengan isu milikan, pengetahuan, akses pihak ketiga dan kemungkinan tertuduh hanyalah pembawa atau pemandu tanpa pengetahuan tentang kandungan kotak. Oleh itu, kegagalan memanggil saksi material dan kegagalan siasatan menyeluruh telah menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Elemen Pengedaran [96] Untuk membuktikan bahawa OKT-OKT telah mengedar dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT-OKT telah melakukan perbuatan mengedar di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu perbuatan OKT-OKT merangkumi perbuatan membawa, mengangkut, menyimpan dan menyembunyikan dadah. Namun, bagi membuktikan pengedaran tersebut, pihak pendakwaan hendaklah terlebih dahulu membuktikan milikan dan pengetahuan. Page 22 of 28 [97] Dalam kes ini, seperti yang dibincangkan di atas bahawa Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan secara prima facie bahawa kedua-dua OKT mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah. Kegagalan ini secara langsung memberi kesan kepada elemen pengedaran. Seseorang tidak boleh dikatakan membawa, mengangkut atau menyimpan dadah dalam maksud jenayah jika tidak dibuktikan bahawa dia mengetahui kewujudan dan sifat dadah tersebut. [98] Pihak pendakwaan tidak mengemukakan keterangan langsung bahawa kedua-dua tertuduh memasukkan dadah ke dalam kotak, menyusun kotak, mengetahui kandungan kotak atau terlibat dalam sebarang transaksi dadah. Tiada keterangan tentang perbincangan, arahan, komunikasi, pembayaran, keuntungan atau apa-apa perlakuan yang menunjukkan kedua-dua OKT terlibat dalam pengedaran dadah. [99] Keterangan bahawa mereka berada di tempat kejadian dan dikatakan sedang mengangkat kotak tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa mereka mengetahui kandungan kotak-kotak tersebut dan adalah tidak selamat untuk Mahkamah ini membuat inferen bahawa perbuatan itu adalah satu perbuatan mengedar. [100] Berhubung anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952, Mahkamah berpendapat bahawa anggapan tersebut hanya boleh dipertimbangkan sekiranya milikan terlebih dahulu dibuktikan. Oleh kerana elemen milikan dan pengetahuan tidak dibuktikan dengan selamat, maka tiada asas yang kukuh untuk menggunakan anggapan pengedaran terhadap kedua-dua tertuduh. Maka di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa elemen pengedaran dadah berbahaya gagal dibuktikan pada tahap prima facie. Niat Bersama Di Bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan [101] Kedua-dua OKT dituduh mempunyai niat Bersama dalam melaksanakan perbuatan yang dipertuduhkan. Maka adalah menjadi beban kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa perbuatan jenayah tersebut dilakukan oleh kedua-dua tertuduh dalam meneruskan niat bersama mereka. Page 23 of 28 [102] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa niat bersama boleh dibuktikan melalui keterangan ikut keadaan. Namun, perlu ada keterangan yang jelas menunjukkan wujudnya perancangan awal (pre-arranged plan), kesepakatan minda (meeting of minds) atau persetujuan bersama yang terbentuk sama ada sebelum kejadian atau semasa kejadian. Di dalam undang-undang tidak terdapat anggapan bahawa apabila dua orang atau lebih berada di tempat yang sama, mereka semestinya mempunyai niat bersama. [103] Dalam kes ini, keterangan yang ada bahawa kedua-dua OKT berada di tempat kejadian dan masing-masing dikatakan mengangkat satu kotak. Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa kedua-dua OKT merancang untuk mengedar dadah, mengetahui kandungan kotak, atau mempunyai peranan khusus dalam sebarang aktiviti pengedaran dadah. [104] Kehadiran OKT2 di tempat kejadian boleh dijelaskan melalui kedudukannya sebagai pemandu lori yang menghantar barang Ban Seng. Manakala kehadiran OKT1, walaupun menimbulkan persoalan, tidak dengan sendirinya membuktikan niat bersama untuk mengedar dadah. Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 telah bersama-sama memasukkan dadah ke dalam kotak, membawa dadah dengan pengetahuan, atau bertindak secara bersama untuk mengedar dadah. [105] Selanjutnya Mahkamah ini juga memberi pertimbangan kepada isu ketiadaan cap jari dan DNA kedua-dua tertuduh pada kotak dan ketulan dadah juga melemahkan inferens bahawa mereka bertindak bersama dalam mengendalikan dadah. Tambahan pula, kewujudan pihak lain di tempat kejadian dan kegagalan memanggil saksi material menimbulkan kemungkinan lain yang tidak boleh diketepikan. [106] Mahkamah mendapati bahawa semata-mata kehadiran bersama, akses kepada tempat kejadian atau dakwaan bahawa kedua-dua tertuduh mengangkat kotak tidak mencukupi untuk membuktikan niat bersama. Tanpa keterangan yang lebih kukuh tentang perancangan awal, persetujuan fikiran atau perlakuan bersama, maka elemen seksyen 34 Kanun Keseksaan gagal dibuktikan. Page 24 of 28 Keterangan DNA [107] Mahkamah seterusnya mempertimbangkan keterangan DNA yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Adalah jelas bahawa DNA OKT1 telah dikesan pada berus gigi, manakala DNA OKT2 dikesan pada kasut dan pelitup muka. Barang-barang ini ditemui dalam motolori. [108] Mahkamah berpandangan bahawa keterangan DNA tersebut hanya dapat mengaitkan tertuduh dengan barang-barang peribadi mereka yang terdapat di dalam motorlori, namun ianya tidak membuktikan milikan atau pengetahuan kedua-dua OKT terhadap dadah. [109] Apa yang lebih penting, tiada DNA kedua-dua OKT ditemui pada kotak-kotak atau pada semua ketulan mampat tersebut. Dalam kes ini, pihak pendakwaan yang bergantung kepada keterangan bahawa kedua-dua OKT dikatakan mengendalikan kotak dan mengetahui kandungannya, maka ketiadaan DNA pada kotak dan ketulan dadah adalah satu faktor yang relevan untuk Mahkamah ini pertimbangkan. [110] Mahkamah juga mengambil kira hujahan bahawa rantaian pengambilan sampel darah tidak dibuktikan dengan sempurna. Pihak pendakwaan tidak memanggil pegawai perubatan yang mengambil sampel darah. Anggota polis yang dikatakan membawa kedua-dua OKT untuk proses pengambilan sampel dan menyerahkan sampel kepada SP7, juga tidak dipanggil. Borang keizinan atau persetujuan pengambilan sampel darah juga tidak dikemukakan. [111] Walaupun Mahkamah tidak perlu membuat dapatan muktamad bahawa laporan DNA tidak boleh diterima, Mahkamah berpendapat bahawa nilai probatif keterangan DNA adalah terhad. Ia tidak membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh menyentuh kotak dadah, mengendalikan ketulan dadah atau mengetahui kewujudan dadah dalam kotak. Mahkamah ini berpuashati untuk menyatakan bahawa keterangan DNA hanya menunjukkan bahawa barang-barang peribadi tertentu dalam motolori mempunyai kaitan dengan tertuduh dan tidak lebih dari itu. Page 25 of 28 [112] Maka atas isu DNA, Mahkamah mendapati keterangan DNA yang dikemukakan tidak membantu pihak pendakwaan untuk membuktikan elemen milikan, kawalan, pengetahuan atau pengedaran terhadap kedua-dua tertuduh. Catatan P15, P16 Dan Laporan Polis Berkaitan [113] Mahkamah ini juga telah menghalusi isu yang hujahkan oleh pihak pembelaan berkaitan kebolehterimaan catatan P15 dan P16 serta laporan polis P3 dan P4 yang dikatakan mempunyai kandungan yang berkaitan. [114] Mahkamah ini menerima hujahan pembelaan bahawa P15 dan P16 tidak boleh diterima sebagai keterangan substantif terhadap OKT-OKT kerana kandungan catatan tersebut tidak dibuktikan melalui keterangan lisan yang mencukupi daripada SP5. [115] SP5 hanya menyatakan bahawa beliau telah membacakan kata-kata amaran kepada kedua-dua OKT dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami. Walau bagaimanapun, SP5 tidak menyatakan perkataan sebenar kata-kata amaran yang dibacakan, sama ada kata-kata amaran itu dibacakan secara berasingan kepada setiap OKT, dan sama ada kesan kata-kata amaran tersebut telah diterangkan kepada mereka. Catatan di dalam P15 dan P16 tidak menyatakan perkataan sebenar kata-kata amaran tersebut atau bahawa OKT-OKT telah memahami akibat memberi jawapan selepas amaran itu dibacakan. [116] Pada hemat Mahkamah ini, pematuhan kepada seksyen 37B(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah penting kerana ia melibatkan hak OKT-OKT untuk berdiam diri. Sekadar menyatakan bahawa kata-kata amaran telah dibacakan adalah tidak mencukupi. Mahkamah perlu berpuas hati bahawa kata-kata amaran yang sebenar, atau perkataan yang mempunyai kesan yang sama, telah diberikan dengan jelas dan difahami oleh OKT-OKT. Prinsip ini selaras dengan hujahan bahawa amaran tersebut perlu dibuktikan secara efektif, termasuk melalui keterangan tentang perkataan sebenar yang digunakan. Page 26 of 28 [117] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa P15 dan P16 tidak selamat untuk diterima atau diberi nilai probatif terhadap OKT-OKT. Memandangkan kandungan laporan polis P3 dan P4 dikatakan bersifat pari materia dengan P15 dan P16, Mahkamah juga tidak memberikan nilai probatif yang material kepada kandungan laporan polis tersebut terhadap OKT-OKT. [118] Kesimpulannya, catatan P15, P16 serta kandungan berkaitan dalam P3 dan P4 tidak membantu kes pendakwaan dan tidak boleh dijadikan asas untuk mengaitkan OKT-OKT dengan pengetahuan, milikan atau pengedaran dadah dalam kes ini. Rumusan [119] Setelah membuat penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak pendakwaan, Mahkamah mendapati wujud kelompangan material dalam kes pendakwaan yang Makmah ini dapat merumuskannya seperti berikut:- [120] Pertama, rantaian keterangan barang kes tidak dibuktikan dengan memuaskan, khususnya berhubung kawalan barang kes di tempat kejadian, tempoh sebelum serahan kepada pegawai penyiasat, proses torehan dan dusting, pendaftaran barang kes di stor, pemeteraian barang kes, serta dakwaan pergerakan barang kes ke sidang media. [121] Kedua, pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah. Keterangan bahawa tertuduh berada di tempat kejadian atau dikatakan mengangkat kotak adalah tidak mencukupi, lebih-lebih lagi apabila kotak-kotak tersebut tertutup, bersellotape, mengandungi seluar jeans di bahagian atas, dan dadah berada dalam keadaan terlindung. [122] Ketiga, ketiadaan cap jari dan DNA tertuduh pada kotak dan ketulan dadah turut melemahkan kes pendakwaan, khususnya apabila dakwaan utama ialah tertuduh telah mengendalikan kotak-kotak tersebut. [123] Keempat, kegagalan memanggil saksi material seperti dua pekerja asing Ban Seng, saksi dari Ban Seng HQ, serta kegagalan menjelaskan peranan individu- Page 27 of 28 individu lain yang turut ditangkap, telah meninggalkan lompang dalam naratif pendakwaan. [124] Kelima, elemen pengedaran tidak dapat dibuktikan kerana elemen milikan dan pengetahuan tidak dibuktikan. Begitu juga, niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan kerana tiada keterangan tentang persetujuan fikiran, rancangan bersama atau perlakuan bersama untuk mengedar dadah. [125] Keenam, keterangan DNA tidak membantu membuktikan milikan atau pengetahuan terhadap dadah kerana DNA hanya ditemui pada barang peribadi tertentu dalam motolori, bukan pada kotak atau ketulan dadah. [126] Ketujuh, catatan P15 dan P16 serta laporan polis berkaitan tidak boleh diberi nilai probatif yang material terhadap tertuduh kerana isu kebolehterimaan dan pematuhan kepada kata-kata amaran tidak dibuktikan dengan memuaskan. [127] Mahkamah sedar bahawa jumlah dadah dalam kes ini adalah sangat besar dan keadaan kes boleh menimbulkan syak wasangka terhadap kedua-dua tertuduh. Namun, syak wasangka, walau sekuat mana sekalipun, tidak boleh menggantikan pembuktian menurut undang-undang. Tugas Mahkamah adalah untuk membuat keputusan berdasarkan keterangan yang dikemukakan, bukan berdasarkan andaian, spekulasi atau kemungkinan. [128] Dalam kes ini, keterangan pendakwaan masih meninggalkan terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab. Persoalan-persoalan tersebut menyentuh elemen teras pertuduhan, iaitu milikan, pengetahuan, pengedaran dan niat bersama. Oleh itu, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [129] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan. Page 28 of 28 [130] Oleh yang demikian, kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh: 23 Mei 2026 ……………………………. (FATHIYAH BINTI IDRIS) Hakim Mahkamah Tinggi Butterworth Pulau Pinang PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Pendakwa Raya: Hafizah Zahidah binti Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang Bagi pihak Tertuduh: Tan Guat Cheng Tetuan GC Tan & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara Pulau Pinang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.