Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (2) DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH: BA-45A-62-04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
BA-45A-62-04/2021
High Court of Malaysia29 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nce to bring Clitin and Charles to testify in support of her story. The burden is not on the prosecution to bring Charles or Clitin to court as "he who asserts must prove" (section 101 and 103 of the Evidence Act 1950 ). Although SD 2 said that Clitin was introduced by her to **Note : Serial number will be used to veri”
“payaan untuk berurusan dengan dadah tersebut iaitu “power of disposal to the exclusion of others.” [52] Elemen-elemen tersebut telah dibincangkan dengan terperinci di dalam kes Leow Nghee Lim v. Red [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 1 MLJ, seperti berikut: "Custody means having care or guardianship; goods in cust”
“rti berikut: “[17] The idea of exclusivity features in the meaning of ‘possession’ in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: ... It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclus”
“after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; (v) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263" [48] Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah”
“accused elects to remain silent, then convict; (v) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263" [48] Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke ata”
“t this we are by law permitted to do (see the Federal Court's decision in Teng Howe Sing v. PP [2009] 3 CLJ 733; [2009] 3 MLJ 46 at pp. 48 and 61 para. 30). In Public Prosecutor v. Badrulsham Baharom [1987] CLJU 72; [1987] 1 LNS 72; [1988] 2 MLJ 585, such late disclosure goes some way to support the case for the prosec”
“Mahkamah. [139] Mahkamah juga mendapati bahawa pihak pembelaan juga tidak membantah apabila dokumen P66 dikemukakan di Mahkamah sebagai eksibit pendakwaan. Rujuk kes Mahkamah Rayuan Sohail Khan v PP [2018] CLJU 764. [140] Berdasarkan kepada analisa di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa pembelaan OKT1 dan OKT2 hanya”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (2) DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH: BA-45A-62-04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
2
DONNY TEO KEE CHUAN PENGHAKIMAN [1] Pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 (dirujuk OKT-OKT) adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 1.7.2020 jam lebih kurang 12.20 tengah hari bertempat di alamat B-08-20, I-Soho @ I-City, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu Nimetazipam seberat 59.05 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” 21/05/2025 15:06:40 Kand. 204 [2] OKT-OKT tidak mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan. [3] OKT-OKT mohon dibicarakan. [4] Pada 5.11.2024, atas penilaian maksima keterangan saksi pendakwaan dan bukti dokumen yang dikemukakan, Mahkamah ini telah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT-OKT dan OKT-OKT diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan terhadap mereka. [5] Pada 29.4.2025, Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua OKT bersalah dan mensabitkan OKT-OKT atas pertuduhan tersebut. Mahkamah ini menjatuhkan hukuman pemenjaraan seumur hidup (30 tahun) dari tarikh ditangkap dan 12 kali sebatan kepada setiap OKT. [6] Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah, kedua-dua OKT telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan. [7] Berikut adalah keputusan muktamad Mahkamah. FAKTA KES [8] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 16 orang saksi iaitu: Saksi Nama Peranan SP1 Sjn Detektif Zaidan bin Othman Jurufoto SP2 Hon Wee Mien Pemilik Rumah SP3 Lai Han Wei Ejen Rumah SP4 L/Kpl Hafizi Jurustor SP5 Mohd Shahrinas bin Afrizal Safety and Security Officer I-Soho I-City SP6 Muhammad Yusof bin Nordin Safety and Security Officer I-Soho I-City SP7 Mohd Ali bin Hamdon Pengurus JMB I-Soho I-City SP8 Mohd Hazim bin Zahari Juruanalisa Unit Forensik Digital Suruhanjaya Sekuriti Malaysia SP9 Azhan bin Abdul Aziz Pemilik kereta SP10 Nur Nabila binti Rasnol Aided Pekerja I-City Properties Sdn Bhd SP11 ASP Syamsul Khairi bin Mustafa Pegawai Tangkapan SP12 Insp Amirul Salihin bin Suhaimi Pegawai Penyiasat Warisan SP13 Dr Nur Nazihah binti Md Shahari Ahli Kimia SP14 L/Kpl Mohammad Nor Aizat bin Abdul Rahman Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik PDRM SP15 Insp Nur Farah Syuhada binti Hamdan Juruanalisa Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik PDRM SP16 Insp Siti Aminah binti Ahmad Pegawai Penyiasat [9] Pada 1.7.2020 jam lebih kurang 9.00 pagi, SP11 dan pasukannya telah bertolak ke Hotel Tibeca, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan menggunakan dua kenderaan pasukan tanpa lambang iaitu kereta Honda CRV no. plet WNN 6517 dan kereta Proton Pesona no. plet VDJ 1046. [10] Pada jam lebih kurang 9.45 pagi, SP11 telah melihat satu kereta Nissan Almera no. plet W3961Q sedang bergerak dengan perlahan melintasi Jalan Changkat Tambi Dollah off Jalan Pudu Kuala Lumpur. SP11 dan pasukannya telah bertindak mengekori kereta tersebut sehinggalah kereta tersebut dilihat masuk ke kawasan tempat letak kereta di Blok B, Pangsapuri I-Soho @ I-City, Seksyen 7, Shah Alam. [11] Memandangkan SP11 dan pasukannya tidak mempunyai akses untuk ke kawasan tempat letak kereta tersebut, SP11 telah arahkan anggotanya untuk menjejaki kereta tersebut dan kemudiannya dimaklumkan kereta tersebut diletakkan di lot tidak bernombor bersebelahan dengan tiang bertanda ‘D23 P1’. [12] SP11 kemudian telah berjumpa dengan SP6 dan hasil penelitian rakaman CCTV, SP11 melihat terdapat 2 lelaki berbangsa Cina (telah dicamkan sebagai OKT-OKT) telah keluar dari kereta tersebut dan kemudian menaiki lif Blok BB dan menuju ke Tingkat 8. [13] SP6 melihat salah seorang daripada lelaki tersebut telah touch kad akses di lobi P1 Blok BB dan SP6 kemudian membuat semakan dengan pihak pengurusan untuk mengetahui unit bagi kad yang di touch tersebut. Hasil semakan, SP7 memaklumkan kepada SP6 ianya adalah untuk unit B-08-20 dan SP6 kemudian maklumkan perkara tersebut kepada SP11. [14] Dengan bantuan SP6, SP11 dan pasukannya telah pergi ke unit B08- 20 dan hasil pemerhatian di hadapan unit tersebut, SP11 mendapati terdapat 2 pasang selipar berada di ruangan hadapan pintu unit dan pintu grill serta pintu utama berada dalam keadaan berkunci. [15] SP11 kemudian telah menekan loceng rumah dan pintu telah dibuka oleh OKT1. SP11 telah perkenalkan diri sebagai Pegawai Polis dan arahkan pintu grill dibuka. Setelah pintu grill dibuka, SP11 nampak OKT2 sedang duduk di atas sofa di ruang tamu sambil bercakap telefon. SP11 kemudian telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap kedua-dua OKT namun tidak menjumpai sebarang barang salah. [16] Hasil pemeriksaan di dalam bilik bacaan dengan disaksikan OKT-OKT, SP11 telah menjumpai: a.
1
kotak kertas bertulis ‘E EXTRA SPACE SELF STORAGE’ dalam keadaan tidak bersil di mana di dalamnya mengandungi (24) bungkusan plastik lutsinar besar dimana setiap satu bungkusan mengandungi (20) ikat gelang getah dan setiap ikatan mengandungi (25) kepingan aluminium foil merah/silver yang bertanda Erimin 5 (Jumlah 24 bungkusan X 500 keping aluminium foil X 10 Biji Pil Erimin 5 = 120,000 biji pil Erimin 5, anggaran berat kasar 30 kilogram) – P32(AX); b.
1
kotak plastik berpenutup tanda ‘TACTIX’ di mana di dalamnya mengandungi (4) bungkusan plastik lutsinar besar di mana setiap satu bungkusan mengandungi (20) ikat gelang getah dan setiap ikatan mengandungi (25) kepingan aluminium foil merah/silver bertanda Erimin 5 (jumlah 4 bungkusan x 500 kepingan aluminium foil x 10 biji pil erimin 5 = 20,000 biji pil Erimin 5, anggaran berat kasar 5 kilogram) – P33(A-D) ; c. turut dijumpai dari dalam kotak plastik yang sama di para
b
di atas iaitu (21) ikatan gelang getah di mana setiap ikatan mengandungi (25) kepingan aluminium foil merah/silver bertanda Erimin 5 (jumlah 21 ikatan getah x 25 kepingan aluminium foil x 10 biji pil Erimin 5 = 5,250 biji pil Erimin 5, anggaran berat kasar 1.4 kilogram) – P33E(1-21); d.
1
kotak kayu di dalamnya mengandungi 30 batang besi acuan berlogo 5, 30 batang besi acuan berlogo 028, 30 acuan besi bulat kecil dan 3 acuan besi bulat besar – P17(A-D). [17] SP11 kemudian bertindak membuat tangkapan terhadap OKT-OKT dan merampas barang-barang kes tersebut serta 1 rangkai kunci rumah yang mengandungi 3 anak kunci (P18) beserta 1 kad akses lift no siri 0725927321 (P13) daripada OKT 1. Selain daripada itu, SP11 turut membuat rampasan barang-barang peribadi OKT-OKT. [18] SP11 kemudian telah membawa OKT-OKT dan barang-barang rampasan ke kawasan tempat letak kereta di mana kereta Nissan Almera no plet W3961Q tadi diletakkan dan hasil pemeriksaan terhadap kereta tersebut, SP11 tidak menjumpai sebarang barang salah. [19] SP11 kemudian arahkan barang-barang kes yang dirampas dimasukkan ke dalam kereta tersebut dan kereta tersebut dipandu ke IPD Shah Alam oleh anggota SP11 bernama D/Kpl Fathul Rahman dan dinaiki oleh anggota SP11 bernama Insp Zamri bersama OKT1. SP11 menyatakan pergerakan ke IPD Shah Alam adalah secara berkonvoi di mana di belakang kereta Nissan Almera tersebut, terdapat kereta Honda CRV yang dinaiki oleh SP11 bersama OKT2 dan di belakang sekali adalah kereta Proton Pesona. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk SP11 membuat pemantauan terhadap barang kes yang berada di bonet belakang kereta Nissan Almera tersebut. [20] Setelah tandaan terhadap kesemua barang kes selesai, SP11 telah serahkan kesemua barang rampasan dan OKT-OKT kepada SP16 yang merupakan Pegawai Penyiasat yang bertugas pada hari tersebut. SP11 turut serahkan Laporan polis P46 dan Borang Bongkar (P47, P49 dan P50) kepada SP16 dan terdapat borang menyerah (P49 dan P51) bagi tujuan serahan ini. [21] Barang rampasan dadah kemudian telah dihantar oleh SP16 ke Jabatan Kimia Malaysia pada 9.7.2020 bagi tujuan di analisa dan SP13 mengesahkan bahawa ianya adalah dadah jenis Nimetazipam seberat 59.05-gram dan Nimetazepam telah disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. KES PENDAKWAAN [22] Bagi membuktikan OKT-OKT melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama, pihak pendakwaan perlu membuktikan intipati berikut: i. Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya ii. OKT mempunyai pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut iii. OKT mengedar dadah tersebut iv. OKT-OKT mempunyai niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. [23] Bagi elemen pertama, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa SP13 mengesahkan dadah jenis Nimetazipam seberat 59.05gram adalah dadah berbahaya sepertimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. [24] Akses kepada barang kes dadah hanya oleh SP13 dan tidak mungkin barang kes dikacau ganggu oleh mana-mana pihak. [25] Berkenaan dengan sampel perwakilan, SP13 akan mengambil 3 foil daripada setiap ikatan secara random dan 1 bungkusan diambil sebanyak 600 biji pil sebagai sampel perwakilan untuk dianalisa. Kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 5 CLJ 551 dirujuk. [26] Bagi elemen kedua, pihak pendakwaan menghujahkan OKT-OKT mempunyai pemilikan terhadap barang kes dadah yang dirampas di Unit B-08-20. [27] Dalam membuktikan pemilikan, pihak pendakwaan menghujahkan OKT-OKT mempunyai kawalan/jagaan dan pengetahuan ke atas barang kes dadah. [28] Kawalan/jagaan oleh OKT-OKT terhadap dadah barang kes adalah bersandarkan kepada keterangan saksi pendakwaan bahawa hanya OKT-OKT yang tinggal dalam unit berkenaan. SP11 memberi keterangan bahawa sebelum beliau mengetuk pintu unit rumah berkenaan, beliau melihat dua pasang selipar di hadapan pintu rumah. [29] Menurut keterangan SP11 lagi, melalui rakaman CCTV, beliau melihat OKT-OKT sahaja yang turun daripada kereta Nissan Almera dan naik lift ke Tingkat 8. Ini disahkan melalui waktu kad akses (eksibit P13) yang digunakan adalah konsisten dengan waktu OKT-OKT di dalam lift berkenaan. Kad akses tersebut telah dirampas oleh SP11. [30] Keterangan SP7 yang sering melihat OKT-OKT di kawasan perumahan berkenaan. SP9 pula selalu bertemu OKT-OKT di blok B untuk menghantar kereta sewa kepada OKT-OKT sejak 2019. Keterangan-keterangan tersebut menguatkan hujahan pihak pendakwaan bahawa OKT-OKT tinggal di situ. [31] Resident Complaint Form (eksibit P42) yang diterima oleh pihak pengurusan pada 5.2.2020 daripada penama Tie Sie Heng untuk unit B-08-20 mengenai kecurian kasut juga menyokong kes pendakwaan bahawa OKT-OKT menetap di unit tersebut. [32] Di borang P42 itu juga, nombor telefon yang tertera di borang tersebut adalah 01110836618 di mana SP11 menyatakan butiran no telefon dan nama adalah ditulis sendiri oleh pengadu (Tie Sing Heng) di eksibit P42. SP16 mengesahkan nombor telefon tersebut adalah sama dengan nombor telefon yang sama yang dinyatakan oleh SP11 di eksibit bilangan 6 P49 yang mana ia telefon bimbit yang dirampas daripada OKT1 yang mana menunjukkan tiada keraguan bahawa OKT1 adalah penghuni di unit B-08-20. [33] OKT2 yang sering dilihat bersama dengan OKT1 juga menunjukkan bahawa OKT2 juga tinggal di unit B-08-20. [34] Sebagai penghuni di unit tersebut, adalah mustahil untuk OKT-OKT tidak mengetahui apa yang berada di dalam rumah tersebut. Tambahan lagi, bilik bacaan di mana dadah dijumpai adalah tidak berkunci dan bilik tersebut juga boleh diakses melalui pintu tandas yang bersambung dengan bilik utama. [35] Kotak-kotak tersebut juga adalah dalam keadaan terbuka dan tidak berseal yang mana membolehkan OKT-OKT untuk melihat apakah isi kandungan di dalam kotak-kotak tersebut. Adalah mustahil untuk OKT-OKT tidak mempunyai kawalan/jagaan terhadap kotak-kotak yang berada di dalam bilik bacaan tersebut memandangkan hanya OKT-OKT yang menghuni di unit B-08-20. [36] Bagi elemen pengetahuan pula, SP11 di dalam keterangannya menyatakan bahawa reaksi OKT-OKT adalah biasa sahaja ketika serbuan dilakukan dan terdapat kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua OKT. [37] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa reaksi biasa ini adalah merupakan satu ‘docile conduct’ di mana ia juga boleh menunjukkan pengetahuan OKT-OKT terhadap dadah-dadah tersebut. ‘Docile conduct’ ini adalah releven apabila OKT-OKT tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan hanya terdapat satu jalan keluar sahaja untuk unit tersebut iaitu melalui pintu utama sahaja dan tiada pintu lain yang membolehkan OKT-OKT keluar dari unit tersebut. Tambahan lagi, pada ketika itu, SP11 dan pasukannya telah mengepung unit berkenaan yang menjadikan peluang OKT-OKT melarikan diri menjadi sangat tipis. Kes Mahkamah Persekutuan Teh Hock Leong v PP [2010] 1 MLJ 741 dirujuk. [38] Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa adalah mustahil untuk kedua-dua OKT tidak mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah yang berada dalam kuantiti yang sangat banyak di bilik bacaan tersebut. [39] Bagi elemen ketiga, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada definisi pengedaran di bawah Seksyen 2 ADB 1952 yang mana dihujahkan bahawa perbuatan OKT ini adalah merupakan satu ‘direct trafficking, dadah-dadah yang dirampas di bilik OKT-OKT adalah termasuk dibawah definisi pengedaran iaitu ‘keeping’, storing’ dan ‘administering’. [40] Selain itu, SP11 telah merampas sebanyak 14,525 kepingan aluminium foil merah/silver di mana setiap kepingan mengandungi 10 biji pil dadah (keseluruhan pil adalah 145,250) membolehkan inferen dibuat bahawa dadah-dadah tersebut telah tersedia untuk diedarkan dan merupakan satu ‘over act’. [41] Untuk elemen keempat, OKT-OKT mempunyai niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Tatacara Jenayah untuk mengedar dadah-dadah tersebut merujuk kepada keterangan-keterangan berikut: (i) SP7 sering melihat OKT-OKT bersama-sama di kawasan tersebut; (ii) SP9 mengesahkan OKT1 adalah penyewa kereta Nissan Almera no plet W3961Q mulai 7.10.2019 dan kereta itu juga beberapa kali disambung sewaan oleh OKT1; (iii) SP9 menyatakan ada ketika SP9 bertemu dengan OKT2 bagi tujuan sambungan sewaan kereta yang disewa atas nama OKT1; (iv) SP9 menyatakan kesemua serahan dan pengambilan kereta berlaku di Blok B, I-soho I-City; (v) SP9 juga nyatakan bahawa OKT1 akan menghantar gambar slip bayaran kepada SP9 untuk sewaan kereta tersebut; (vi) Borang perjanjian sewa kereta ada yang ditandatangan oleh OKT1 dan ada yang ditandatangan oleh OKT2; (vii) SP11 juga mengesahkan OKT-OKT adalah orang yang keluar dari kereta Nissan Almera tersebut pada hari kejadian; (viii) Hasil siasatan SP16 terhadap rakaman CCTV mendapati OKT-OKT sentiasa dilihat bersama-sama dan tiada orang lain bersama dengan OKT-OKT; (ix) Terdapat barang peribadi OKT-OKT yang dirampas di unit tersebut; (x) Bilik bacaan yang mengandungi dadah adalah tidak berkunci dan boleh diakses oleh OKT-OKT serta terdapat persediaan untuk dadah-dadah tersebut diedarkan. [42] Secara kesimpulannya, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa kesemua elemen sepertimana pertuduhan telahpun berjaya dibuktikan terhadap OKT. HUJAHAN PEMBELAAN [43] Persoalan pokok yang diketengahkan oleh pihak pembelaan ialah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting pemilikan bagi dadah-dadah berbahaya tersebut atas fakta-fakta sepertimana berikut: i. Tidak ada apa-apa bukti bahawa OKT-OKT merupakan penghuni yang menghuni di Unit B-08-20 I-City I-Soho tersebut. Keterangan SP2 dan SP3 menyokong hujahan pembelaan bahawa unit tersebut disewakan kepada Pang Long An. Tidak ada bukti bahawa sewaan unit berkenaan dibayar oleh OKT-OKT. SP2 dan SP3 juga tidak diminta untuk mengecam OKT-OKT. ii. Tidak ada bukti kukuh Pang Long An berada di luar negara pada 1.7.2020 (hari kejadian). Rekod keluar masuk Pang Long An berdasarkan eksibit P66 dan ID68 juga dipertikaikan oleh pihak pembelaan. iii. Dadah barang kes dijumpai di dalam sebuah bilik bacaan di unit tersebut. Pintu bilik bacaan tersebut pada setiap masa dalam keadaan tertutup. iv. OKT-OKT tidak ditemui berhampiran atau bersama dengan dadah-dadah berbahaya tersebut. Tindakan OKT-OKT memberi kerjasama kepada pihak polis menunjukkan OKT-OKT tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah berbahaya berkenaan. v. Keberadaan OKT-OKT di unit tersebut tidak boleh dijadikan inferen bahawa barang kes dimiliki oleh OKT-OKT. vi. Rampasan barang-barang peribadi milik (eksibit P38(A1), P38(B1), P38(C1), P38(D1), P38(E1) dan P38(F1)) OKT-OKT yang ditemui di dalam rumah di Unit B-08-20 tidak membuktikan bahawa ia dimiliki oleh OKT-OKT dan tidak ada laporan DNA yang boleh mengaitkan eksibit-eksibit berkenaan dengan OKT-OKT. vii. Kunci yang dirampas oleh pihak polis menunjukkan OKT-OKT berkemungkinan menghuni di Unit yang lain. Hanya 2 kunci sahaja yang berpadanan dengan unit tersebut. viii. Borang Aduan (‘Complaint Form’) tidak menyatakan OKT1 merupakan penghuni Unit B-08-20 tersebut. ix. Tiada apa-apa semakan dengan Telco pada no. telefon OKT-OKT yang boleh membuktikan bahawa ianya adalah milik OKT-OKT. [44] Pihak pembelaan juga berhujah bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan tidak ada orang lain yang mempunyai akses ke unit tersebut. [45] Secara kesimpulannya, pihak pembelaan menghujahkan pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie dan melampaui keraguan. TUGAS MAHKAMAH [46] Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. [47] Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 telah meringkaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa mempertimbangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan di dalam sesuatu kes seperti yang berikut: "(i) the close of the prosecution's case, subject the evidence, led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from the evidence. If the evidence admits of two of more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused. (ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No", then, (iii) prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted; (iv) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; (v) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263" [48] Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH ELEMEN PERTAMA – IDENTITI DADAH TIDAK DIPERTIKAIKAN [49] Mengenai elemen pertama identiti dadah, Mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan tidak mempertikaikan mengenai elemen pertama dan Mahkamah ini berpuas hati bahawa tidak ada keraguan yang berbangkit bahawa barang kes sepertimana eksibit P32 dan P33 adalah dadah berbahaya sepertimana di bawah Jadual Pertama kepada ADB 1952. ELEMEN KEDUA – OKT-OKT MEMPUNYAI KAWALAN/JAGAAN DAN PENGETAHUAN [50] Bagi elemen kedua, elemen milikan merupakan intipati penting yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan mestilah membuktikan elemen “custody” or “control” bagi membuktikan elemen pemilikan/ “possession”. [51] Pihak pendakwaan hendaklah membuktikan elemen fizikal dan mental di pihak tertuduh terlebih dahulu sebelum tertuduh dikatakan memiliki dadah di bawah ADB 1952. Mahkamah ini perlu berpuas hati bahawa tertuduh berkeupayaan untuk berurusan dengan dadah tersebut iaitu “power of disposal to the exclusion of others.” [52] Elemen-elemen tersebut telah dibincangkan dengan terperinci di dalam kes Leow Nghee Lim v. Red [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 1 MLJ, seperti berikut: "Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession. Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband. Probably the most helpful definition of possession is:- "The relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons." This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge. A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge." [53] Oleh itu, milikan boleh dibuktikan melalui keterangan secara langsung ataupun melalui anggapan statutori di bawah seksyen 37(d) ADB 1952. Elemen mental dibuktikan melalui inferens bersandarkan kepada keterangan ikut keadaan untuk membuktikan elemen pengetahuan yang bergantung kepada fakta sesuatu kes. [54] Mengenai pembuktian pengetahuan, keputusan Mahkamah Persekutuan yang sering dirujuk ialah kes Parlan bin Dadeh v. Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 yang memutuskan bahawa elemen pengetahuan boleh dinilai melalui inferen dari keterangan ikut keadaan yang bergantung kepada fakta sesuatu kes. Petikan yang dirujuk adalah seperti berikut: "Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge." [55] Manakala Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ; [2009] 2 MLJ 194 memutuskan pemilikan tidak semestinya bersifat ekslusif. Ia bermaksud bahawa the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property sepertimana yang diputuskan seperti berikut: “[17] The idea of exclusivity features in the meaning of ‘possession’ in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: ... It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession.” [56] Menggunapakai prinsip undang-undang di atas sebagai asas panduan, Mahkamah ini membuat dapatan seperti berikut: OKT-OKT mempunyai kawalan dan jagaan pada eksibit P32 dan P33 [57] Persoalan pokok yang diketengahkan oleh pihak pembelaan ialah OKT-OKT tidak tinggal di unit B-08-20 (unit tersebut) yang mana barang kes dadah dijumpai di bilik bacaan di tempat kejadian. Bilik bacaan berkenaan bersambung dengan bilik air di bilik utama dalam unit tersebut. Pintu bilik tersebut tertutup dan tidak berkunci. Walaupun barang kes dadah dijumpai di dalam kotak yang tidak berseal, pihak pembelaan berhujah bahawa OKT-OKT tidak memiliki dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut. [58] Menurut naratif kes ini, SP11 dan pasukannya telah mengekori kereta Nissan Almera no. plet W3961Q dari Jalan Changkat Tambi Dollah Off Jalan Pudu, Kuala Lumpur sehingga ke kawasan tempat letak kereta di Blok B, Pangsapuri I-Soho @ I-City, Seksyen 7, Shah Alam. SP11 tidak mempunyai akses ke kawasan tempat letak kereta premis berkenaan dan beliau telah mengarahkan Ins Zamri untuk bersama beliau ke pihak pengurusan keselamatan I-SOHO @ I-City bagi tujuan melihat pergerakan OKT-OKT. Di bilik CCTV, SP11 berjumpa SP6 untuk mendapatkan maklumat ke mana OKT-OKT tuju dan menginap di mana. [59] Hasil semakan, SP6 lihat salah seorang OKT telah touch kad akses di lobi P1 Blok BB. SP7 memaklumkan kepada SP6 ianya adalah akses ke tempat kejadian. SP6 kemudiannya memaklumkan kepada SP11. Eksibit P13 juga menyokong mengenai penggunaan kad akses ke unit tersebut. [60] Dengan kerjasama SP6, SP11 serta pasukannya terus ke unit tersebut dan hasil pemerhatian SP11, beliau mengesahkan bahawa hanya dua pasang selipar yang berada di hadapan pintu utama unit tersebut. Pintu utama dan pintu grill berada dalam keadaan berkunci. [61] Keterangan SP11 bahawa hanya OKT-OKT sahaja yang berada di unit tersebut disokong oleh rakaman CCTV. Hanya kedua-dua OKT sahaja yang turun daripada kereta dan menuju ke lift untuk ke Tingkat 8. [62] OKT-OKT menafikan bahawa mereka berada di tempat kejadian kerana kedua-dua OKT bukan penyewa tempat kejadian. Sewa tempat kejadian dibayar oleh seorang individu bernama Pang Long An yang juga merupakan penyewa asal tempat kejadian sepertimana eksibit P10. [63] Pihak pendakwaan telah memanggil tuanpunya unit tersebut iaitu SP3 yang juga menyatakan bahawa semasa Perintah Kawlaan Pergerakan, Pang Long An telah melalui telefon memaklumkan ingin meneruskan dengan sewaan untuk satu tahun lagi dan juga akan memaklumkan nama kawan beliau yang akan meneruskan sewaan unit tersebut. Namun, sehingga kini, tidak ada nama kawan Pang Long An diberikan kepada SP3. Pang Long An gagal dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan. [64] Melalui keterangan SP16, Pang Long An telah keluar Malaysia pada 4.2.2020 berdasarkan semakan Jabatan Imigresen eksibit P66. Semakan kedua (eksibit ID68) juga menunjukkan status yang sama. [65] Pang Long An juga gagal dipanggil oleh pihak pendakwaan di Mahkamah kerana sudah tidak berada di Malaysia sejak 8.1.2024 berdasarkan eksibit P53 yang dikemukakan melalui SP12. [66] Hasil semakan Mahkamah ini ke atas eksibit P53, Pang Long An pemegang no. passport K57682813 telah keluar Malaysia pada 8.2.2024. Oleh itu, adalah jelas bahawa Pang Long An tidak berada di Malaysia semasa perbicaraan di Mahkamah ini. [67] Mahkamah ini berpuas hati pihak pendakwaan telah berusaha untuk menjejaki Pang Long An dan kegagalan Pang Long An berada di Mahkamah tidak mencacatkan kes pendakwaan. Oleh itu, seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai terhadap pihak pendakwaan. [68] Eksibit P66 pula mengesahkan bahawa Pang Long An tidak berada di Malaysia pada hari kejadian (1.7.2020). Disokong dengan keterangan SP11 yang melihat hanya kedua-dua OKT yang turun daripada kereta Nissan Almera pada hari kejadian dan kedua-dua OKT yang sama juga berada di Unit tersebut. [69] Mahkamah ini mendapati cubaan OKT-OKT menunjukkan unit tersebut juga diakses oleh Pang Long An dan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan Pang Long An tidak dapat mematahkan keterangan saksi pendakwaan dan menimbulkan kelompangan dalam kes pendakwaan. [70] Keterangan saksi-saksi pendakwaan dan eksibit P13 menyangkal isu yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan bahawa terdapat akses oleh pihak ketiga. Ini juga disokong oleh keterangan SP16 yang tidak menjumpai sebarang duplicate kad akses atau tiada permohonan untuk kegunaan kad akses selain kad akses yang dipegang oleh OKT-OKT. Selain itu, pintu utama dan gril unit tersebut berkunci dan agak mustahil untuk sesiapa memasuki unit tersebut tanpa kunci yang dipegang oleh OKT-OKT. Ini disokong oleh keterangan SP11 bahawa terdapat 2 kunci yang dirampas daripada OKT-OKT yang boleh membuka pintu utama dan grill unit tersebut. [71] P43 juga menyangkal cubaan OKT-OKT untuk menunjukkan bahawa bukan mereka yang berada di dalam lift melalui rakaman CCTV. Rakaman CCTV juga tidak menunjukkan wujudnya individu lain selain OKT-OKT. [72] Terdapat juga keterangan-keterangan lain yang Mahkamah telah mempertimbangkan untuk menyokong bahawa OKT-OKT yang menghuni unit dan mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah. Keterangan-keterangan tersebut adalah seperti berikut: a. Complaint Form (eksibit P42) yang mana pengadu (Tie Seng Heng/OKT1) telah membuat aduan kehilangan 2 pasang kasut jenama Nike warna hitam yang telah hilang daripada premis unit B-08-20 (unit tersebut). b. No telefon yang tercatat pada P42 adalah sama dengan no. telefon yang dirampas oleh SP11 (eksibit P49). c. Keterangan SP9 (pemilik kereta sewa) bahawa penyerahan kereta sewa dibuat di Blok B, I-SOHO City. d. Bilik bacaan tidak berkunci dan kotak-kotak (eksibit P32 dan P33) tidak berseal mencukupi untuk mahkamah membuat inferen bahawa OKT-OKT mengetahui mengenai dadah di bilik bacaan di unit tersebut. [73] Adalah tidak dipertikaikan bahawa OKT-OKT menghuni unit tersebut semasa kejadian. [74] Mahkamah juga tidak bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan mengenai kegagalan pegawai penyiasat menyiasat jiran yang tinggal berhampiran OKT-OKT kerana adalah terang lagi bersuluh bahawa terdapat keterangan yang kuat membuktikan OKT-OKT menghuni atau berada di unit tersebut semasa kejadian. [75] Berdasarkan kepada keterangan saksi pendakwaan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen kawalan/jagaan barang kes dadah. OKT-OKT MEMPUNYAI PENGETAHUAN [76] Mahkamah ini berpuas hati bahawa reaksi biasa OKT-OKT adalah suatu “docile conduct” berdasarkan kepada fakta kes ini. Hanya terdapat satu pintu utama untuk keluar masuk daripada unit tersebut. SP11 dan pasukannnya telah mengepung tempat kejadian pada hari kejadian. Oleh itu, tidak ada kebarangkalian untuk OKT-OKT berjaya keluar daripada unit tersebut dan reaksi OKT-OKT adalah inferen untuk menunjukkan pengetahuan sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Teh Hock Leong v PP [2010] 1 MLJ 741, seperti berikut- “[5] It is our view that in order to draw a favourable inference from the appellant's contemporaneous conduct, his action or inaction must be examined in the light of the situation at the material time. The area where the appellant was confronted by PW5 was the arrival gate of an incoming flight in the KLIA. This was the only exit point where passengers disembarking the plane can enter the KLIA terminal. It is common knowledge that the area was tight and restricted with hardly any room for the appellant to make a successful escape even if he had tried. From here the appellant was then taken by PW5 and his men to PW5's office in the KLIA. The approximate walking distance was 600–800 metres. Here again the appellant's chances of a quick getaway were minimal since he was escorted and was within the restricted vicinity of the KLIA building. And, if the appellant were to attempt to throw away or disassociate himself with the backpack during this entire duration described it would evidently be noticeable. Of course, since the drugs were so cunningly concealed, there could be no necessity to take such drastic actions which may attract instant suspicion. So against these circumstances, the appellant's docile conduct throughout the period described could not have inferred an absence of knowledge of the said drugs. For this reason there is no misdirection by the courts below.” [77] Atas dasar penilaian maksima ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan pada peringkat ini, mahkamah ini mendapati penafian OKT-OKT tidak dapat menimbulkan keraguan munasabah. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan secara prima facie kedua elemen pertuduhan. OKT-OKT MENGEDAR DADAH BERBAHAYA [78] Bagi elemen ketiga, perbuatan OKT ini adalah merupakan satu ‘direct trafficking, dadah-dadah yang dirampas di bilik OKT-OKT adalah termasuk dibawah definisi pengedaran iaitu ‘keeping’, storing’ dan ‘administering’. [79] Ini dikuatkan lagi dengan keterangan SP11 yang telah merampas sebanyak 14,525 kepingan aluminium foil merah/silver di mana setiap kepingan mengandungi 10 biji pil dadah (keseluruhan pil adalah 145,250) membolehkan inferen dibuat bahawa dadah-dadah tersebut telah tersedia untuk diedarkan dan merupakan satu ‘over act’. [80] Bagi membuktikan elemen niat bersama dibawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, pihak pendakwaan bergantung kepada kes Namasiyiam Doraisamy v Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 241 di mana Mahkamah Agong membuat dapatan: “In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rest on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law (1950-1960) by J.K. Soonavala p. 188 to 193).” [81] Keterangan saksi-saksi pendakwaan berjaya menunjukkan niat bersama OKT-OKT. (i) SP7 sering melihat OKT-OKT bersama-sama di kawasan tersebut; (ii) SP9 mengesahkan OKT1 adalah penyewa kereta Nissan Almera no plet W3961Q mulai 7.10.2019 dan kereta itu juga beberapa kali disambung sewaan oleh OKT1; (iii) SP9 menyatakan ada ketika SP9 bertemu dengan OKT2 bagi tujuan sambungan sewaan kereta yang disewa atas nama OKT1; (iv) SP9 menyatakan kesemua serahan dan pengambilan kereta berlaku di Blok B, I-soho I-City; (v) SP9 juga nyatakan bahawa OKT1 akan menghantar gambar slip bayaran kepada SP9 untuk sewaan kereta tersebut; (vi) Borang perjanjian sewa kereta ada yang ditandatangan oleh OKT1 dan ada yang ditandatangan oleh OKT2; (vii) SP11 juga mengesahkan OKT-OKT adalah orang yang keluar dari kereta Nissan Almera tersebut pada hari kejadian; (viii) Hasil siasatan SP16 terhadap rakaman CCTV mendapati OKT-OKT sentiasa dilihat bersama-sama dan tiada orang lain bersama dengan OKT-OKT; (ix) Terdapat barang peribadi OKT-OKT yang dirampas di unit tersebut; (x) Bilik bacaan yang mengandungi dadah adalah tidak berkunci dan boleh diakses oleh OKT-OKT serta terdapat persediaan untuk dadah-dadah tersebut diedarkan. [82] Mahkamah berpuas hati dan memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. [83] Mahkamah ini telah meneliti isu-isu lain yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan. Isu-isu ini adalah berkenaan tiada analisa DNA pada barang-barang di unit tersebut, tiada cap jari ditimbulkan pada kotak barang kes dan semakan nombor telefon OKT1 dengan Telco. Mahkamah ini berpendapat ianya tidak material dalam membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berkaitan milikan dadah oleh OKT-OKT. Tanpa bukti-bukti tersebut tidak bermakna bahawa ia menjejaskan kes pendakwaan. [84] Berdasarkan alasan-alasan di atas dan penilaian keterangan-keterangan maksima mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT mengedar dadah berbahaya Nimetazipam seberat 59.05 gram. OKT-OKT dengan itu diperintahkan untuk membela diri. PEMBELAAN [85] Adalah mustahak untuk Mahkamah ini memberi penekanan bahawa di peringkat ini, untuk membuktikan bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 bersalah sepertimana pertuduhan ke atas mereka, beban pembuktian masih terletak di bahu pihak pendakwaan membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah. VERSI PEMBELAAN OKT1 DAN OKT2 [86] Pihak pembelaan telah memanggil 3 saksi untuk memberi keterangan iaitu : a) SD1 - Tie Sing Heng - OKT1 b) SD2 - Donny Teo Kee Chuan - OKT2 c) SD3 - Poon Cher Weay - Jururias Kuku [87] OKT1 dan OKT2 di dalam keterangan mereka menyatakan tempat kejadian adalah milik penama Pang Long An dan pada hari kejadian, Pang Long An ada di rumah tersebut. [88] OKT1 pada setiap masa yang material adalah berasal daripada Miri, Sarawak. OKT1 mengenali seorang individu bernama Pang Long An kerana telah berkawan selama 2 tahun dan Pang Long An pernah memiliki perniagaan di Miri sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. OKT1 telah diajak oleh Pang Long An datang ke Semenanjung untuk bekerja dengannya. [89] Pada sekitar Mac 2019, OKT1 telah datang ke Selangor untuk bekerja dengan Pang Long An sebagai penjual produk makanan, ubatan Cina dan pakaian. OKT1 akan mengambil stok-stok barang jualan seperti makanan dan pakaian daripada pembekal di Miri atau di kargo Lapangan Terbang KLIA. Selain itu, antara kerja yang dilakukan ialah menghantar stok-stok barang makanan dan ubat-ubatan Cina ke Miri, Sarawak untuk diberikan kepada pembekal-pembekal di Miri. [90] OKT1 berulang alik hampir setiap bulan ke Semenanjung daripada Miri atas urusan perniagaan Pang Long An. Setiap kali ke Shah Alam, Pang Long An akan menyediakan tempat tinggal dan kenderaan untuk kegunaannya. Pang Long An akan membuat tempahan tempat tinggal secara online atau melalui aplikasi AirBnB. Selalunya, tempat tinggal yang ditempah oleh Pang Long An ialah di Blok B di I-Soho I-City, Shah Alam kerana ianya berdekatan dengan rumah dimana dia tinggal. [91] OKT1 menyatakan bahawa Pang Long An tinggal bersama teman wanitanya di Blok B iaitu di Unit B-08-20 di I-Soho I-City di Shah Alam iaitu tempat di mana OKT-OKT telah ditahan oleh pihak polis. [92] Pada sekitar bulan November 2019, Pang Long An memaklumkan OKT1 bahawa dia ingin mencari seorang pekerja untuk bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di kawasan perumahan dan kilang di Rasa, Batang Kali, Selangor. OKT1 telah menghubungi rakannya di Miri iaitu Donny Teoh Kee Chuan (OKT2). OKT2 bersetuju untuk datang ke Semenanjung dan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan tersebut. [93] Pada akhir bulan November 2019, OKT2 telah datang ke Semenanjung daripada Miri untuk bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Rasa. [94] Pada setiap masa yang material, OKT1 tidak pernah tinggal di Unit B-08-20 I-Soho I-City kerana sering berulang alik antara Miri dan Semenanjung manakala OKT2 pada masa yang material apabila datang ke Semenanjung daripada Miri telah tinggal di Rasa kerana bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sana. [95] Pada sekitar akhir bulan Jun 2020, iaitu pada 28.06.2020 OKT1 telah datang ke Shah Alam dari Miri dan berjumpa dengan Pang Long An kerana Pang Long An telah memintanya untuk membantu menguruskan penghantaran dan pengambilan stok-stok barang perniagaan yang akan sampai pada hujung bulan Jun. Pang Long An menyatakan terdapat banyak stok pakaian dan stok makanan yang baru sampai dan dia memerlukan bantuan OKT1 untuk mengambil stok barang-barang perniagaannya tersebut daripada pembekal. [96] Pang Long An juga memaklumkan bahawa dia telah menempah sebuah Unit di Blok B iaitu di Unit B-09-17 untuk OKT1 tinggal selama beberapa hari. Pang Long An telah memberikan kunci untuk Unit B- 09-17 tersebut beserta dengan kad akses. Pang Long An turut memberikan kunci kereta sewa iaitu Nissan Almera dengan no. pendaftaran W3961Q untuk kegunaan OKT1. [97] Pada 28.06.2020, OKT1 telah menghubungi OKT2 dan mengajak dia sama-sama membantu untuk mengambil dan menghantar stok-stok barang perniagaan milik Pang Long An. OKT2 setuju dan OKT1 pada hari itu telah pergi ke Rasa dan membawa OKT2 ke I-Soho I-City. Pada malam itu, OKT1 dan OKT2 menginap di Unit B-09-17. [98] Pada awal pagi 29.06.2020, OKT1 dan OKT2 telah berjumpa dengan Pang Long An di Lobi Blok B untuk mengambil barang-barang jualan tersebut daripada beliau. Selepas mengambil barang-barang jualan daripada Pang Long An, OKT1 dan OKT2 telah pergi ke Pejabat J & T di Seksyen 7 Shah Alam untuk tujuan penghantaran. [99] Pada 30.06.2020, OKT1 dan OKT2 telah pergi ke Kargo Lapangan Terbang KLIA untuk mengambil stok barang jualan yang baru sampai dan menghantar kepada Pang Long An. Setelah mengambil barang-barang tersebut, OKT1 telah bertemu Pang Long An di Lobi Blok B untuk menghantar barang-barang tersebut kepadanya. Ketika bertemu dengan Pang Long An, dia meminta untuk datang ke rumahnya pada keesokkan harinya, 1.07.2020 pada jam 11.00 pagi kerana terdapat banyak kotak dan barangan yang perlu dibawa turun daripada rumah Pang Long An. Pang Long An juga telah memberikan kad aksesnya kepada OKT1. Selepas selesai urusan dengan Pang Long An tersebut, OKT1 dan OKT2 telah pergi bertemu dengan rakan-rakan mereka di Hotel Tribeca di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan malam itu mereka telah menumpang tidur di Hotel Tribeca di Bukit Bintang. [100] Pada 1.07.2020, sekitar jam 10.00 pagi, OKT1 dan OKT2 telah keluar daripada hotel Tribeca dan pergi ke I-Soho I-City untuk berjumpa dengan Pang Long An. [101] Pada kira-kira hampir jam 11.00 pagi mereka telah sampai di I-Soho I-City. OKT1 terus naik ke rumah Pang Long An di Unit B-08-20 manakala OKT2 pada ketika itu ingin ke kedai untuk membeli barang dan makanan terlebih dahulu dan akan naik ke rumah Pang Long An selepas membeli barang. [102] Apabila sampai di rumah Pang Long An di Unit B-08-20, OKT1 mendapati hanya ada Pang Long An sahaja di rumahnya. OKT1 masuk ke dalam rumah dan telah berbincang dan berbual-bual mengenai hal perniagaan sementara menunggu OKT2 naik ke atas untuk membantu membawa turun barang-barang dan kotak-kotak ke bawah iaitu ke tempat parking kereta. OKT2 hanya sampai di rumah Pang Long An pada kira-kira jam 11.45 pagi. [103] Ketika OKT2 baru sahaja sampai ke rumah Pang Long An, Pang Long An telah menerima satu panggilan telefon dan selepas panggilan tersebut telah memaklumkan kepada OKT1 dan OKT2 bahawa dia ingin ke lobi di tingkat bawah kerana ingin berjumpa dengan seorang kawannya sebentar yang boleh menguruskan tuntutan insuran kerana kereta milik teman wanitanya yang terlibat dengan kemalangan kecil dengan kenderaan yang lain. Sebelum turun ke bawah, Pang Long An juga telah meminta OKT1 mengunci pintu grille rumah menggunakan kunci yang ada diatas meja berdekatan dengan sofa rumahnya. [104] Dalam beberapa minit setelah Pang Long An keluar, OKT1 dan OKT2 telah terdengar bunyi loceng rumah. OKT1 kemudiannya membuka pintu rumah dan mendapati terdapat ramai orang berada di hadapan rumah Pang Long An di Unit B-08-20 tersebut. Salah seorang menyatakan bahawa mereka adalah anggota polis dan mengarahkan OKT1 membuka kunci pintu grille hadapan rumah Pang Long An. Setelah membuka pintu grill hadapan rumah dan selepas itu anggota-anggota polis tersebut telah menyerbu masuk dalam rumah serta menahan OKT1 dan OKT2. Pemeriksaan badan kedua-duanya tidak menemui apa-apa barang salah. [105] OKT1 dan OKT2 telah memberitahu anggota-anggota polis yang menahan mereka bahawa mereka tidak tinggal disitu. [106] Setelah pihak polis membuat pemeriksaan di dalam bilik-bilik di rumah Pang Long An tersebut, pihak polis telah menjumpai dadah-dadah berbahaya di dalam salah sebuah bilik tersebut. [107] OKT1 dan OKT2 telah ditahan oleh pasukan polis dan telah dibawa ke IPK Shah Alam, Selangor. Mereka telah ditahan reman sejak hari tersebut sehinggalah sekarang. [108] OKT1 dan OKT2 menafikan terlibat dengan penemuan barang-barang kes dadah yang didakwa ditemui di dalam sebuah bilik bacaan di Unit B-08-20 I Soho I City tersebut. OKT1 dan OKT2 langsung tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan barang-barang kes dadah tersebut dan percaya bahawa kesemua barang-barang kes dadah yang ditemui di dalam bilik bacaan di Unit B-08-20 I Soho I City tersebut adalah merupakan barang-barang yang dimiliki oleh Pang Long An kerana dia yang mendiami rumah di Unit B-08-20 tersebut. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [109] Teras pembelaan OKT1 dan OKT2 adalah barang-barang kes dadah dimiliki oleh seorang individu bernama Pang Long An yang mana beliau adalah pengedar yang sebenar. [110] Secara ringkasnya, pembelaan OKT1 dan OKT2 adalah seperti berikut: a) OKT1 dan OKT2 berada di unit B-08-20 (tempat kejadian) yang merupakan unit yang disewa oleh individu bernama Pang Long An. OKT1 dan OKT2 berada di tempat kejadian kerana diminta oleh Pang Long An. Bukti yang dikatakan menyokong bahawa Pang Long An menghuni unit B-08-20 melalui eksibit P10 iaitu Tenancy Agreement dan keterangan SP2 dan SP3 yang mengakui Pang Long An adalah penyewa unit terebut. b) Ketika OKT1 dan OKT2 ditangkap, Pang Long An baharu sahaja keluar dari tempat kejadian. Pihak pembelaan menghujahkan semakan keluar masuk imigresen sepertimana eksibit P65, P66, P67 dan ID68 oleh pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan keberadaan Pang Long An di luar negara. Dalam erti kata lain, pihak pembelaan menghujahkan bahawa Pang Long An berada di Malaysia dan beliau mempunyai akses unit B-08-20 pada hari kejadian. c) Pegawai penyiasat telah gagal menyiasat Pang Long An dan dihujahkan bahawa semakan keluar masuk di Jabatan Imigresen Malaysia adalah tidak mencukupi. d) Keterangan SD3 menguatkan lagi pembelaan OKT1 dan OKT2 bahawa SD3 berjumpa dengan Pang Long An di lobi blok B dan kemudiannya mereka telah ke kedai mamak berhampiran untuk berbincang mengenai tuntutan insuran kemalangan kereta teman wanita Pang Long An dan SD3 mengecam Pang Long An melalui gambar eksibit IDD69. Pengecaman oleh SD3 akan gambar Pang Long An kerana Pang Long An mempunyai paras rupa kesukaan SD3. [111] Sehubungan itu, pihak pembelaan menghujahkan bahawa keraguan munasabah telah dibangkitkan terhadap kes pendakwaan. Pihak pendakwaan telah gagal membawa saksi rebuttal ke atas pembelaan OKT yang telah dibangkitkan semasa kes pendakwaan lagi. Pihak pembelaan menghujahkan bahawa seksyen 114(g) Akta Keterangan boleh digunapakai terhadap pihak pendakwaan. KETERANGAN SD3 [112] Sebelum Mahkamah meneruskan analisa pembelaan OKT1 dan OKT2, Mahkamah ini berpandangan adalah mustahak untuk Mahkamah menilai kredibiliti saksi SD3 terlebih dahulu. Ia adalah kritikal memandangkan tunjang pembelaan OKT1 dan OKT2 bergantung sepenuhnya kepada keterangan SD3 mengenai perjumpaan SD3 dengan Pang Long An sebelum OKT1 dan OKT2 ditahan di tempat kejadian. [113] Mahkamah ini telah meneliti berulang kali nota keterangan yang melibatkan keterangan SD3. Mahkamah ini mendapati bahawa SD3 tidak pernah ditimbulkan di peringkat pendakwaan. Dalam erti kata lain, OKT1 dan OKT2 tidak memberikan sebarang maklumat kepada pegawai penyiasat mengenai perjumpaan SD3 dengan Pang Long An pada pagi hari kejadian. Oleh itu, tidak ada siasatan dijalankan ke atas saksi SD3 oleh pihak polis/SP16. Dengan demikian, Mahkamah ini perlu berhati-hati untuk menerima keterangan SD3, terutamanya terdapat beberapa percanggahan keterangan SD3. [114] Pada awal keterangan SD3 melaui seorang jurubahasa Mandarin, beliau menyatakan di Mahkamah bahawa beliau adalah seorang ejen insuran sebuah syarikat insuran. Apabila disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), SD3 menukar keterangnya dan mengakui bahawa beliau bukanlah seorang ejen insuran sebuah syarikat insurans. Akan tetapi, pekerja Syarikat WM Car Workshop yang memproses tuntutan kemalangan pemilik kenderaan yang membaiki kerosakan di syarikat tersebut. SD3 bekerja dengan syarikat berkenaan selama tiga tahun bermula tahun 2020 sehingga bulan Julai 2021. Namun, apabila ditanya mengenai dokumen untuk mengesahkan pekerjaan beliau bagi tempoh berkenaan dengan Syarikat WM Car Workshop, SD3 tidak membawa sebarang bukti di Mahkamah. [115] Berdasarkan WSD3, SD3 menyatakan bahawa beliau diarahkan oleh majikannya untuk berjumpa Pang Long An. Arahan diterima dua hari sebelum kejadian untuk berjumpa dengan Ah An. SD3 telah bertemu dengan seorang yang bernama Ah An. [116] Apabila SD3 disoal balas oleh TPR dan ditunjukkan dengan dokumen keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia, SD3 bersetuju bahawa berdasarkan kepada dokumen tersebut, lelaki yang bernama Pang Long An sudah keluar dari Malaysia pada 4.2.2020. Susulan itu, SD3 telah menukar jawapannya dengan menyatakan beliau tidak pasti individu yang bernama Ah An sepertimana dimaklumkan bekas majikannya adalah Pang Long An. [117] Mahkamah berpandangan bahawa pihak pembelaan gagal memberikan sebarang bukti untuk menguatkan pembelaan OKT1 dan OKT2. Dalam hal ini, beban terletak di bahu pembelaan membuktikan mengenai keberadaan Pang Long An di unit tersebut pada hari kejadian sepertimana peruntukan seksyen 101, 102, 103 dan 104 Akta Keterangan. [118] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan yang merujuk kepada prinsip undang-undang bahawa “he who asserts must prove” menurut peruntukan seksyen 101, 102, 103 dan 104 Akta Keterangan sepertimana diputuskan di dalam kes Xiao Qing (warganegara China) v PP [2019] CLJU yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan – “[81] From the aforesaid, there is nothing to show the existence of Clitin and Charles as alleged by the appellant. In any event since it was the appellant who claimed that her trip to Kuala Lumpur was on the behest of Clitin and Charles, it is incumbent for the defence to bring Clitin and Charles to testify in support of her story. The burden is not on the prosecution to bring Charles or Clitin to court as "he who asserts must prove" (section 101 and 103 of the Evidence Act 1950 ). Although SD 2 said that Clitin was introduced by her to the appellant, her testimony had to be treated with caution as there is no supporting evidence to corroborate her testimony. [82] There is thus no cogent evidence to show that Clitin and Charles exist, especially as to their involvement in the presence of the drugs in the baggage, P7 which was carried by the appellant to Kuala Lumpur from Hong Kong.” [119] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mengambil pendekatan yang sama sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan kredibiliti SD3 sebagai saksi pembelaan juga tidak boleh dipercayai terutamanya bahawa beliau ada berjumpa dengan seorang lelaki bernama Pang Long An apabila terdapat bukti P66 bahawa Pang Long An telah keluar dari Malaysia. Yang paling kritikal kepada Mahkamah untuk tidak menerima keterangan SD3 ialah nama SD3 tidak pernah diberikan kepada pihak polis bagi pihak polis menjalankan siasatan ke atas SD3 untuk mengesahakan dakwaan dibuat SD3. PANG LONG AN [120] Isu berkenaan penama Pang Long An ini telahpun dibangkitkan di peringkat kes pendakwaan. Berdasarkan kepada Perjanjian Sewa P10 yang dibuat pada 29.1.2019 untuk tempoh 1.2.2019 hingga 31.1.2020, adalah tidak dinafikan bahawa nama Pang Long An tertera di bahagian butiran penyewa di dalam perjanjian tersebut. Perjanjian ini adalah disediakan oleh SP3. [121] Ketika serahan unit kepada Pang Long An, SP3 telah serahkan 1 set kunci rumah dan 1 kad akses lift. Manakala 1 lagi kad akses lift P12 adalah dalam simpanan SP2 selaku pemilik rumah. [122] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa unit B-08-20 adalah dihuni oleh Pang Long An. Manakala OKT1 menghuni unit B-09-3A. namun begitu, hasil siasatan SP12 akan pemilik rumah, iaitu Kaulsayya a/p Veerasingam, unit tersebut dihuni oleh seorang perempuan cina sejak Ogos 2018 sehingga kini. Oleh yang demikian, ini menyangkal hujahan pihak pembelaan mengenai OKT1 tinggal di unit lain. [123] Pada sekitar Mac 2020, iaitu sebelum Peintah Kawalan Pergerakan, SP3 menyatakan ada menerima mesej dari Pang Long An yang menyatakan dia ingin meneruskan perjanjian sewaan ini untuk tempoh 1 tahun lagi dan dia juga ingin tukar perjanjian sewaan ini kepada kawan dia. Namun, SP3 tidak menerima apa-apa butiran berkenaan dengan kawan seperti dikatakan Pang Long An tersebut. [124] Walaubagaimanapun, SP16 menyatakan penama Pang Long An telah keluar dari Malaysia pada 4.2.2020 berdasarkan kepada semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia yang telah dikemukakan sebagai P66. Semakan kedua yang dibuat pada bulan Oktober 2021 oleh SP16 juga menunjukkan hasil yang sama (ID68). Penama Pang Long An ini juga tidak dapat dikemukakan di Mahkamah kerana telah keluar dari Malaysia sejak 8.1.2024 dan tiada rekod kemasukan ke Malaysia. Ini adalah berdasarkan hasil semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia oleh SP12 dan telah dikemukakan sebagai P53. [125] Berdasarkan kepada hasil semakan tersebut, tidak terdapat sebarang kemungkinan untuk penama Pang Long An tinggal di unit B-08-20 pada hari kejadian 1.7.2020 kerana Pang Long An telah keluar dari Malaysia sejak 4.2.2020 dan tiada rekod masuk ke Malaysia sehingga Oktober 2021. Mahkamah juga membuat dapatan bahawa tidak ada bukti bahawa Pang Long An mempunyai akses ke atas unit tersebut. [126] Tiada kemungkinan untuk unit tersebut di akses oleh pihak ketiga memandangkan SP11 hanya merampas 1 kad akses sahaja iaitu P13 di dalam unit tersebut iaitu kad akses asal yang diserahkan oleh SP3 kepada Pang Long An. [127] SP16 juga tidak menjumpai sebarang kad akses yang telah di duplicate di dalam unit tersebut dan SP7 mengesahkan untuk unit tersebut juga tiada permohonan dibuat untuk mendapatkan kad tambahan selain daripada P12 dan P13 yang dibekalkan oleh pihak pengurusan. [128] Hasil siasatan SP16 juga menunjukkan bahawa rekod kad akses P43 adalah selari dengan pergerakan OKT-OKT melalui rakaman CCTV yang dilihat oleh SP16 dan kemudiannya dizahirkan dalam gambar ID41(1-13). SP16 juga tidak melihat sebarang kewujudan pihak ketiga ketika melihat rakaman CCTV tersebut. [129] Oleh itu, tidak wujud sebarang kemungkinan bahawa OKT-OKT hanya penghuni sementara unit tersebut kerana tiada sebarang keterangan menunjukkan unit tersebut disewa untuk tujuan lain selain didiami oleh OKT-OKT. [130] Tambahan lagi, SP9 mengesahkan bahawa SP9 sering menghantar kereta Nissan Almera yang disewa oleh OKT1 ke blok B tempat kejadian sejak 2019 dan juga ada bertemu dengan OKT2 bagi tujuan tersebut. P45 menunjukkan bahawa nama penyewa kereta adalah OKT1. SP9 juga ada memberi keterangan bahawa kereta berkenaan pernah diserahkan kepada OKT2 yang mana OKT2 menandatangani dokumen sewaan. Selain itu, dokumen sewaan kereta P40 atas nama OKT1 juga ada dirampas di tempat kejadian. OKT1 juga mengesahkan bahawa terdapat pembayaran kereta dibuat oleh adik OKT1. OKT1 juga bersetuju bahawa kali pertama sewa kereta dengan SP9 adalah pada 7.10.2019. [131] Pang Long An juga tidak dapat dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah oleh pihak pendakwaan kerana berdasarkan P53 yang bertarikh 19.7.2024, Pang Long An telah keluar dari Malaysia sejak 8.1.2024 dan tiada rekod masuk ke Malaysia selepas itu. [132] Sepanjang tempoh perbicaraan kes ini di Mahkamah yang bermula pada 1.7.2024 sehingga pihak pendakwaan menutup kes pada 2.9.2024, penama Pang Long An sememangnya tiada di Malaysia. Oleh itu, seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah tidak terpakai untuk kegagalan pihak pendakwaan memanggil Pang Long An sebagai saksi kerana saksi ini sememangnya tidak berada di Malaysia pada hari kejadian dan juga sepanjang perbicaraan kes ini. IDD69 – Gambar Pang Long An [133] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa eksibit IDD69 yang dikemukakan di peringkat pembelaan adalah merupakan satu dokumen yang berfikiran kemudian. [134] Dokumen ini tidak pernah dikemukakan di peringkat kes pendakwaan dan tidak pernah ditunjukkan kepada mana-mana saksi pendakwaan terutama SP3 dan SP16 sedangkan SP3 ada bertemu dengan penama Pang Long An sebanyak 2 kali iaitu ketika ‘viewing’ rumah dan serahan kunci rumah. Oleh itu, Mahkamah ini mempersoalkan tindakan pembelaan mengemukakan dokumen tersebut di peringkat pembelaan sedangkan dokumen tersebut adalah penting bagi pihak pembelaan. Strategi yang diambil oleh pihak pembelaan jelas tidak dapat diterima kerana menunjukkan bahawa dokumen tersebut adalah dokumen berfikiran kemudian. Mahkamah mencurigai eksibit IDD69 kerana pembuat dokumen tidak dipanggil ke Mahkamah melainkan keterangan SD3 yang mana merupakan saksi yang tidak kredible. Oleh itu, keterangan OKT-OKT dan SD3 tentang lelaki di dalam IDD69 itu adalah Pang Long An adalah diragui. [135] Di dalam kes Noordin Sadakathullah & Ors V PP [2019] 1 CLJ 748, Mahkamah Rayuan membuat dapatan bahawa eksibit D14 (Perharian Rasmi 2012) yang dikemukakan hanya di peringkat pembelaan adalah satu kelewatan dan boleh menjejaskan kredibiliti Perayu. YA Idrus Harun JCA (ketika itu) membuat dapatan: “[34] What comes into focus as the next issue in the contention of learned counsel concerns exh. D14. This is, as earlier explained, the first appellant's "Perharian Rasmi 2012" or police diary which contains his records of daily activities at the material time. We would start off, on this issue, by laying emphasis to the fact that exh. D14 was raised for the first time on 4 December 2013 during the cross-examination of the first appellant. DW1 was asked by the learned Deputy whether he recorded in his daily report diary the arrest of PW7, PW10, PW11 and Noreen. However, the said diary was only tendered as exh. D14 when the first appellant was recalled after the second appellant had completed giving his evidence on 15 January 2014. We are mindful that the production of exh. D14, although it took place after the first appellant was recalled, was intended to support the defence version that the sum of RM10,000 obtained by the first appellant from PW7 and PW11 was not a corrupt payment. However, the question relating to exh. D14 was never suggested to the prosecution's witnesses. This is plainly necessary because the first appellant had alleged that he wanted to surrender exh. D14 to the MACC but it was not accepted and he even called the MACC officer to come to his office to take the diary but was told that it was not necessary. [35] ... This is a crucial piece of evidence, the defence however did not consider it important enough to cross-examine the prosecution's witnesses on the contents of exh. D14. Neither did the defence consider it necessary to examine the first appellant on exh. D14, nor make an attempt to also produce the second and third appellants' daily report diaries to the court if indeed these so-called contemporaneous documents contained the truth. In our view, the late disclosure of exh. D14 at the defence stage and the circumstances in which it was produced merely goes to show the weight that the court should attach to the appellant's defence. And we say that this we are by law permitted to do (see the Federal Court's decision in Teng Howe Sing v. PP [2009] 3 CLJ 733; [2009] 3 MLJ 46 at pp. 48 and 61 para. 30). In Public Prosecutor v. Badrulsham Baharom [1987] CLJU 72; [1987] 1 LNS 72; [1988] 2 MLJ 585, such late disclosure goes some way to support the case for the prosecution.” P66 – DOKUMEN PERJALANAN PANG LONG AN [136] Pihak pembelaan menghujahkan dengan serius mengenai dokumen perjalanan P66 dan penekanan yang diberikan ialah dokumen tersebut dipertikaikan kerana merupakan semakan keluar masuk Pang Long An dan bukannya bukti konklusif mengenai keberadaan Pang Long An di unit berkenaan pada hari kejadian. [137] Pihak pembelaan juga mempertikaikan mengenai keterangan SP16 mengenai P66. Sebaliknya menghujahkan bahawa pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia sewajarnya dipanggil memberi keterangan. [138] Mahkamah ini telah meneliti seksyen 90A Akta Keterangan dan berpandangan bahawa tidak ada keperluan untuk memanggil pegawai yang menandatangani P66 kerana peruntukan tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa pembuat dokumen tidak perlu memberi keterangan apabila sijil P66 dikemukakan di Mahkamah. [139] Mahkamah juga mendapati bahawa pihak pembelaan juga tidak membantah apabila dokumen P66 dikemukakan di Mahkamah sebagai eksibit pendakwaan. Rujuk kes Mahkamah Rayuan Sohail Khan v PP [2018] CLJU 764. [140] Berdasarkan kepada analisa di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa pembelaan OKT1 dan OKT2 hanyalah penafian semata-mata. KESIMPULAN [141] Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan OKT1 dan OKT2 serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa mengikut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, OKT1, OKT2 gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan mengenai pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. OKT1, OKT2 disabitkan dengan kesalahan atas semua pertuduhan pengedaran di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. [142] Kedua-dua OKT adalah bernasib baik susulan pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hukuman gantung sampai mati bukanlah hukuman mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan selama 30 tahun dan tidak kurang 12 sebatan. Bagi Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT1, OKT2 telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi. [143] Peguambela OKT1 membuat mitigasi bagi pihak OKT1. Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dan tertuduh kini berusia 46 tahun sekarang. Belum berkahwin. Berasal dari Miri, Sarawak. Masih mempunyau ibubapa yang tinggal di Miri Sarawak. Sepanjang berada dalam tahanan reman, telah menilai aka napa yang berlaku dan tertuduh insaf dan sedar atas perbuatannya. Mohon maaf dan wajar diberikan peluang kedua. Mohon Mahkamah menggunakan budibicara untuk mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan minima sebatan. [144] Peguambela OKT2 membuat mitigasi bagi pihak OKT2 bahawa OKT2 berumur 44 tahun. Tidak pernah mempunyai rekod kesalahan jenayah. Berat dadah adalah 59.05 gram. Ia bukanlah satu jumlah yang begitu melampau. Mohon hukuman yang dibenarkan oleh Mahkamah dan hukuman sebatan minima sebayak 12 sebatan. [145] Manakala pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa OKT1 dan OKT2 telah disabitkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Faktor kepentingan awam mengatasi faktor peribadi kesemua OKT. Dadah 15.05 gram. Akan tetapi, volume hampir 145,000 pill dan berat kasar hampir 37 kg. Amaun tersebut jelas untuk tujuan pengedaran. Dadah musuh negara dan mustahil OKT-OKT tidak tahu akan akibat pengedaran dadah tersebut. Mohon hukuman gantung sampai mati. Hukuman yang sewajarnya hendaklah dibuat Mahkamah ini bagi menunjukkan keseriusan kesalahan. [146] Setelah menimbangkan mitigasi OKT1 dan OKT2 dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT1 dan OKT2 wajar diberikan peluang untuk kembali
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.