Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PORT DICKSON DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KES TANGKAP NO.: ND-83D-1-01/2024 PENDAKWA RAYA v
ND-83D-822-11/2023
Magistrates Court of Malaysia3 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n drug trafficking cases the sentence should be proportionate to the gravity of the offence, which is the quantity of the drugs that was being trafficked. This is also manifested by the fact that the Dangerous Drugs Act 1952 (the Act) itself prescribes different penalties for drug offences depending on the weight of dr”
“ity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v. PP [1979] CLJU 36; [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236). The rule, however, is not absolute. As Yong Pung How CJ said in Kanagasuntharam v. PP [1992] 1 SLR 81 a”
“iate sentence for each drug offence depends on its own peculiar circumstances. In particular the weight of the drugs found on a person plays a significant role in assessing sentence. In Oloofen v. PP [1964] MLJ 305 Wee Chong Jin CJ emphasised the consideration to be given to the quantity of drugs involved in drug offen”
“manifested by the fact that the Dangerous Drugs Act 1952 (the Act) itself prescribes different penalties for drug offences depending on the weight of drugs involved. In Mohamed bin Abdul Rahman v. PP [1978] CLJU 123; [1978] 1 LNS 123 [1979] 1 MLJ 252 Syed Othman J (as he then was) substituted a sentence of six months'”
“is document via eFILING portal 12 elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v. PP [1979] CLJU 36; [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] 1 LNS 17”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PORT DICKSON DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KES TANGKAP NO.: ND-83D-1-01/2024 PENDAKWA RAYA v
2
WONG TA CHAI (NO. K/P: 570319055025) DAN DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PORT DICKSON DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KES TANGKAP NO.: ND-83D-822-11/2023 PENDAKWA RAYA v
2
WONG TA CHAI (NO. K/P: 570319055025) ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Ini merupakan alasan penghakiman bagi dua kes yang didaftarkan di bawah nombor kes yang berbeza iaitu ND-83D-822-11/2023 (selepas ini dirujuk “Kes No. 822/2023”) dan ND-83D-1-01/2024 (selepas ini dirujuk “Kes No. 1/2024”). Pihak Pendakwaan telah memohon untuk kedua-dua kes ini didengar secara bersekali atas alasan bahawa kedua-dua kes melibatkan satu transaksi kesalahan yang dilakukan oleh dua Orang Kena Tuduh yang sama (selepas ini dirujuk “OKT-OKT”). Namun, Mahkamah ini telah memilih untuk mendengar kedua-dua kes satu persatu dan bukannya didengar secara bersekali bagi memudahkan Mahkamah merekodkan dan melupuskan dua kes yang didaftarkan dengan nombor kes yang berbeza. [2] Walaubagaimanapun, bagi tujuan penyediaan alasan penghakiman ini, saya dapati asas keputusan bagi kedua-dua kes ini adalah sama dan oleh itu wajar untuk diterangkan bersekali dalam satu alasan penghakiman. [3] Bagi Kes No. 1/2024, OKT-OKT telah membuat pengakuan salah ke atas dua pertuduhan berasingan iaitu satu pertuduhan memiliki 0.14 gram dadah jenis heroin dan satu lagi pertuduhan memiliki 0.25 gram dadah jenis monoacetylmorphine. Kedua-dua pertuduhan merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) dan dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Mahkamah ini telah menerima pengakuan salah OKT-OKT dan telah disabitkan kesalahan sepertimana kedua-dua pertuduhan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 7 bulan dari tarikh tangkap untuk setiap pertuduhan bagi setiap OKT. Mahkamah selanjutnya memerintahkan supaya hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan tersebut berjalan secara serentak. [4] Bagi Kes No. 822/2023, OKT-OKT telah membuat pengakuan salah ke atas dua pertuduhan berasingan iaitu satu pertuduhan memiliki 0.28 gram dadah jenis methamphetamine yang merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB dan dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Pertuduhan kedua ialah pertuduhan memiliki 3.84 gram dadah jenis cannabis yang mana merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 6 ADB. Mahkamah ini telah menerima pengakuan salah OKT-OKT dan telah disabitkan kesalahan sepertimana kedua-dua pertuduhan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 8 bulan dari tarikh tangkap untuk setiap pertuduhan dan untuk setiap OKT. Mahkamah selanjutnya memerintahkan supaya hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan tersebut berjalan secara serentak. [5] Pihak pendakwaan tidak berpuas hati dengan hukuman-hukuman dalam kedua-dua nombor kes tersebut dan telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi. LATAR BELAKANG [6] Untuk rujukan mudah, berikut merupakan pertuduhan-pertuduhan ke atas OKT-OKT: Kes 1/2024 Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu bersama-sama pada 30.10.2023 jam lebih kurang 10.00 malam, bertempat di dalam bilik stor sebelah kanan rumah beralamat 3972 Jalan Haiwan Bukit Pelandok, dalam daerah Port Dickson, di dalam Negeri Sembilan, telah didapati dalam milikan kamu bersama-sama dadah berbahaya dadah jenis “Heroin” seberat 0.14 gram, dan oleh itu kamu bersama-sama telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah didenda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau keduanya sekali. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu bersama-sama pada 30.10.2023 jam lebih kurang 10.00 malam, bertempat di dalam bilik stor sebelah kanan rumah beralamat 3972 Jalan Haiwan Bukit Pelandok, di dalam daerah Port Dickson di dalam Negeri Sembilan, telah didapati dalam milikan kamu bersama-sama dadah berbahaya dadah jenis “Monoacetylmorphine” seberat 0.25 gram dan oleh itu kamu bersama-sama telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun keseksaan. Hukuman: Jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah didenda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau keduanya sekali. Kes 822/2023 Pertuduhan Pertama (Pindaan): Bahawa kamu bersama-sama pada 30.10.2023 jam lebih kurang 10.00 malam, bertempat di dalam bilik stor sebelah kanan rumah beralamat 3972 Jalan Haiwan Bukit Pelandok, dalam daerah Port Dickson, di dalam Negeri Sembilan, telah didapati dalam milikan kamu bersama-sama dadah berbahaya dadah jenis “Methamphetamine” seberat 0.28 gram, dan oleh itu kamu bersama-sama telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah didenda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau keduanya sekali. Pertuduhan Kedua (Pindaan): Bahawa kamu bersama-sama pada 30.10.2023 jam lebih kurang 10.00 malam, bertempat di dalam bilik stor sebelah kanan rumah beralamat 3972 Jalan Haiwan Bukit Pelandok, di dalam daerah Port Dickson di dalam Negeri Sembilan, telah didapati dalam milikan kamu bersama-sama dadah berbahaya dadah jenis “Cannabis” seberat 3.84 gram dan oleh itu kamu bersama-sama telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Jika disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah didenda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali. [7] OKT-OKT telah membuat pengakuan salah setelah pertuduhan-pertuduhan tersebut dibacakan. Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT-OKT faham pertuduhan-pertuduhan dan faham akan sifat dan akibat pengakuan tersebut. Pihak pendakwaan kemudiannya mengemukakan fakta kes dan kesemua dokumen untuk menyokong fakta kes untuk ditandakan sebagai ekshibit oleh Mahkamah. OKT-OKT telah mengakui fakta kes yang telah dibacakan dan semua ekshibit yang telah ditunjukkan kepadanya. Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima pengakuan salah OKT-OKT dan kemudian mendengar hujahan mitigasi dan pemberatan bagi tujuan hukuman. [8] Dalam kedua-dua nombor kes, OKT-OKT telah diwakili oleh peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman (“YBGK”) yang menggunapakai hujahan mitigasi yang sama bagi kedua-dua kes. OKT-OKT memohon untuk menjalani hukuman penjara yang dikira dari tarikh tangkap dan berjalan serentak bagi kesemua pertuduhan. Peguam YBGK menghujahkan bahawa hukuman penjara yang singkat boleh diberikan mengambil kira pengakuan salah OKT-OKT yang banyak menjimatkan masa dan kos Mahkamah dan semua pihak yang terlibat. [9] Timbalan Pendakwaraya terpelajar pula memohon supaya hukuman yang setimpal dapat diberikan dan juga memohon Mahkamah ini mengambilkira berat dadah yang dijumpai dalam kes ini. [10] Mahkamah ini juga mengambilkira fakta yang tertera di hadapan Mahkamah berkenaan umur OKT-OKT. OKT 1 berumur 52 tahun manakala OKT 2 berumur 67 tahun. Dalam kedua-dua nombor kes ini juga, pihak pendakwaan dalam kes ini juga tidak menunjukkan sebarang rekod lampau kesalahan OKT-OKT. Oleh itu, Mahkamah ini menganggap bahawa OKT-OKT merupakan pesalah kali pertama. [11] Dengan mengambil kira hujahan pihak-pihak yang merangkumi fakta dan keadaan kes ini, Mahkamah ini kemudiannya membuat pertimbangan untuk menjatuhkan hukuman menurut undang-undang. HUKUMAN DAN ALASAN [12] Dalam menentukan hukuman yang bersesuaian, titik permulaannya ialah Mahkamah ini mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman menurut undang-undang. Adalah suatu prinsip undang-undang yang matan bahawa Mahkamah ini adalah terikat dengan ruang lingkup statutori dan prinsip-prinsip kehakiman yang mantap dalam menjatuhkan hukuman menurut undang-undang (lihat: PP v. Jafa Daud [1981] 1 LNS 28; Tan Lay Chen v. Public Prosecutor [2000] 4 CLJ 492, [2001] 1 MLJ 135). Salah satu prinsip kehakiman mantap ialah tugas utama mahkamah adalah untuk menimbang faktor-faktor mitigasi dan pemberatan bagi mencapai keseimbangan antara menjaga kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh (lihat: Raja Izzuddin Shah v. PP [1979] 1 MLJ 270). [13] Faktor pemberatan dalam kes ini ialah kepentingan awam perlu dititikberatkan oleh Mahkamah ini terutamanya bagi kes melibatkan penyalahgunaan dadah. Kesalahan jenayah dadah tidak boleh dipandang remeh berkenaan kesan dan akibatnya kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Gopal Sri Ram HMR (kemudiannya HMP) dalam Adam Atan v PP [2009] 1 CLJ 33 menyatakan perkara berikut berkaitan keseriusan jenayah dadah: “[7] There is no gainsay that drug offenders are a menace to society. They are nothing less than serpents on the front lawn of justice and should be dealt with accordingly. Everyday we read in the newspapers about the efforts of the law enforcement agencies in seizing large quantities of dangerous drugs and of the deleterious nature of these drugs which is visited upon members of our society, in particular our youth. The courts will be failing in their duty if they do not take a serious view towards the offences of this nature. The sentence imposed must not only be commensurate with the offence in this case but must also stop would be offenders dead in their tracks from committing it.” [14] Oleh itu, dalam kes ini mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman yang setimpal dan bersifat mencegah untuk mencerminkan keseriusan mahkamah terhadap pelakuan jenayah sebegini dalam kalangan masyarakat. Tambahan lagi, pelbagai jenis dadah berbahaya telah dijumpai dalam milikan OKT-OKT semasa hari kejadian iaitu melibatkan dadah jenis heroin, methamphetamine, monoacetylmorphine dan cannabis. Hal ini menunjukkan OKT-OKT sememangnya melakukan satu kesalahan yang serius. [15] Berkenaan dengan faktor mitigasi, Mahkamah ini telah mengambilkira pengakuan salah OKT-OKT yang mana telah menjimatkan masa Mahkamah dan pihak-pihak yang terlibat dan mengelakkan perbicaraan yang memakan masa (lihat: Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572 pada mukasurat 583). Pengakuan salah OKT-OKT ini layak untuk diberikan pengurangan hukuman ke atas mereka lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang rekod kesalahan lampau yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan untuk menunjukkan bahawa OKT-OKT merupakan pesalah berulang kali dan patut diberi hukuman berat walaupun mereka telah mengaku salah. [16] Tambahan lagi, walaupun kedua-dua kes ini melibatkan pelbagai jenis dadah berbahaya yang dijumpai, namun Mahkamah ini harus mengambil kira bahawa berat dadah yang dijumpai – sama ada secara individu mahupun secara kolektif – adalah dalam jumlah yang kecil. Dadah berbahaya jenis heroin, monoacetylmorphine dan methamphetamine hanya masing-masing seberat 0.14 gram, 0.24 gram dan 0.28 gram yang mana keseluruhannya seberat 0.66 gram. Manakala, bagi dadah jenis cannabis ialah 3.84 gram. Untuk perbandingan, tahap berat minimum pemilikan dadah yang membolehkan hukuman yang lebih berat (“increased penalty”) dijatuhkan dibawah seksyen 39A(1) ADB ialah 2 gram bagi dadah jenis heroin dan monoacetylmorphine, 5 gram bagi dadah jenis methamphetamine dan 20 gram bagi dadah jenis cannabis. [17] Jumlah berat dadah yang kecil ini juga merupakan satu faktor mitigasi yang wajar diambilkira oleh mahkamah berpandukan kepada kes Zaidon Shariff v. Public Prosecutor [1996] 4 CLJ 441 seperti berikut: “In my opinion the learned Magistrate's view that drug offences require a deterrent sentence is too wide and broad a statement. The appropriate sentence for each drug offence depends on its own peculiar circumstances. In particular the weight of the drugs found on a person plays a significant role in assessing sentence. In Oloofen v. PP [1964] MLJ 305 Wee Chong Jin CJ emphasised the consideration to be given to the quantity of drugs involved in drug offences in assessing sentence. The same guideline applies even to more serious drug offences. In PP v. Ang Soon Huat (Mallal's Digest 4th. Ed. 1994 Reissue Vol. No. 2378) it was held that in drug trafficking cases the sentence should be proportionate to the gravity of the offence, which is the quantity of the drugs that was being trafficked. This is also manifested by the fact that the Dangerous Drugs Act 1952 (the Act) itself prescribes different penalties for drug offences depending on the weight of drugs involved. In Mohamed bin Abdul Rahman v. PP [1978] CLJU 123; [1978] 1 LNS 123 [1979] 1 MLJ 252 Syed Othman J (as he then was) substituted a sentence of six months' imprisonment for possession of 0.10 grams of heroin with a fine of RM400 in default four months' imprisonment.” (Penekanan ditambah) [18] Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara 7 bulan dari tarikh tangkap bagi kedua-dua pertuduhan dalam Kes No. 1/2024 dan hukuman penjara 8 bulan dari tarikh tangkap bagi kedua-dua pertuduhan dalam Kes No. 822/2023. Mahkamah ini berpendapat hukuman-hukuman ini adalah hukuman yang setimpal setelah mengambilkira dan menimbang elemen pemberatan dan faktor-faktor mitigasi ke atas OKT-OKT seperti yang dibincangkan di atas. [19] Mahkamah ini seterusnya memerintahkan supaya hukuman penjara bagi kesemua pertuduhan untuk dijalankan secara serentak. Berkenaan hal ini Mahkamah ini berpandukan kepada prinsip kehakiman yang mantap iaitu prinsip ‘one transaction rule’ yang secara ringkasnya menyatakan bahawa bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam satu transaksi, secara amnya hukuman penjara bagi kesalahan-kesalahan tersebut hendaklah berjalan secara serentak. Namun, prinsip am ini juga adalah tertakluk kepada beberapa pengecualian yang bergantung kepada keadaan dan fakta setiap kes. Mahkamah Rayuan dalam Bachik Abdul Rahman (supra) menyatakan seperti berikut: “The exercise of the discretion to determine the date of commencement of the sentence of imprisonment is dependent on the facts and circumstances of each case. In deciding whether the terms of imprisonment should be consecutive or commence at another date the court will be guided by the one transaction rule and the totality principle. Pursuant to the one transaction rule where two or more offences are committed in the course of a single transaction all sentences in respect of these offences should be concurrent rather than consecutive (see R v. Saleem [1964] Crim LR 482; R v. Walsh [1965] Crim LR 248). For there to be one transaction four elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v. PP [1979] CLJU 36; [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236). The rule, however, is not absolute. As Yong Pung How CJ said in Kanagasuntharam v. PP [1992] 1 SLR 81 at p. 83: The English courts have recognised that there are situations where consecutive sentences are necessary to discourage the type of criminal conduct being punished: see R v. Faulkner [1972] 56 Cr App R 594, R v. Wheatley [1983] 5 Cr App R (S) 417 and R v. Skinner (1986) 8 Cr App R (S) 166. The applicability of the exception is said to depend on the facts of the case and the circumstances of the offence. It is stated in broad and general terms and although it may be criticised as vague, it is necessarily in such terms in order that the sentencer may impose an appropriate sentence in each particular case upon each particular offender at the particular time the case is heard.” [20] Seperti yang dinyatakan dalam Bachik Abdul Rahman (supra), elemen-elemen ‘one transaction rule’ ialah apabila kesalahan-kesalahan yang berasingan dilakukan keadaan yang mempunyai ‘proximity of time’, ‘proximity of place’, ‘continuity of action’ dan ‘continuity of design or purpose’. Dalam kes terhadap OKT-OKT di sini, adalah tidak sukar untuk menyatakan kesemua elemen-elemen tersebut telah dipenuhi. Kesalahan dalam semua pertuduhan adalah kesalahan pemilikan dadah berbahaya sama ada dibawah seksyen 12(2) atau seksyen 6 ADB. Sepertimana pertuduhan dan fakta kes yang dibentangkan, kesemua pertuduhan melibatkan masa, tempat dan tindakan yang sama berkenaan OKT-OKT. Pendakwaan juga telah menyatakan bahawa kes-kes ini merupakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam satu transaksi. Oleh itu, Mahkamah ini memegang kepada prinsip am bahawa hukuman-hukuman penjara bagi kesemua pertuduhan hendaklah berjalan serentak kerana melibatkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam satu transaksi. [21] Mahkamah ini juga tidak mendapati apa-apa asas untuk berpisah daripada prinsip am tersebut. Seperti yang diputuskan dalam Bachik Abdul Rahman (supra), Mahkamah ini mempunyai budibicara untuk memberikan pengecualian kepada prinsip am dan memerintahkan hukuman-hukuman untuk berjalan secara berasingan. Pengecualian ini hendaklah berpandukan kepada fakta dan keadaan kes yang mana mahkamah berpendapat bahawa hukuman setimpal secara berasingan hendaklah diberikan. Mahkamah ini telah meneliti fakta dan keadaan kes termasuk elemen pemberat dan faktor mitigasi kes ini, Mahkamah berpendapat agregrat hukuman penjara 8 bulan yang berada dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan adalah setimpal. Dalam sebelah bahagian, Mahkamah ini mengambilkira kes ini melibatkan kesalahan serius pemilikan pelbagai jenis dadah manakala dalam sebelah bahagian yang lain, Mahkamah juga mengambilkira jumlah kecil dadah yang dijumpai dan faktor-faktor mitigasi yang lain yang dibincangkan di atas. Oleh itu, Mahkamah berpendapat agregrat hukuman penjara 8 bulan bukanlah satu hukuman penjara yang terlampau pendek atau terlampau panjang dan adalah sesuai dengan fakta dan keadaan kes OKT-OKT ini. KESIMPULAN [22] Oleh yang demikian, berpandukan faktor-faktor pemberat dan mitigasi di atas serta fakta dan keadaan kes-kes ini, mahkamah ini telah menjatuhkan kepada OKT-OKT hukuman penjara selama 7 bulan dari tarikh tangkap bagi setiap kedua-dua pertuduhan dalam Kes No. 1/2024 dan hukuman penjara selama 8 bulan dari tarikh tangkap bagi setiap kedua-dua pertuduhan dalam Kes No. 822/2023. Mahkamah ini juga memerintahkan kesemua hukuman penjara ini dijalankan secara serentak. Bertarikh 29 Mac 2024 sgd ……….....………….………….. UTHMAN BIN ABD GHANI Majistret Mahkamah Majistret Port Dickson Negeri Sembilan Untuk pihak pendakwaan – Timbalan Pendakwaraya Puan Nadia Ezzati binti Mohd Zainal Untuk pihak pembelaan – Rajinah Chandra (Yayasan Bantuan Guaman
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.