Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA WRIT NO: BA-21NCvC-29-07/2024 ________________________________________________________
BA-21NCvC-29-07/2024
High Court of Malaysia14 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“into Lot PT 821, such serious and bona fide disputes ought to be resolved by the process of re-survey for demarcation of the extent and boundary line of erosion by river or river encroachment. In the National Land Code, the expression "river encroachment" is not specifically defined. Section 353(2) of the National Land”
“n Ketiga diteruskan di sini. [10] Pihak Defendan Ketiga merujuk Alasan Penghakiman oleh YA Hakim Tee Geok Hock yang dilaporkan dalam Tiu Chee Tuan & Ors v Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor & Ors [2022] CLJU 107.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA WRIT NO: BA-21NCvC-29-07/2024 ________________________________________________________
1
TIU CHEE TUAN
2
TIU CHEE CAO
3
TIU CHEE HONG
4
TIU CHING LAI
5
TIU TECK CHAI
6
TIU TECK HUAT
7
NINETY THREE SOON LEE SDN BHD [NO. PENDAFTARAN : 200503134826 (SA0015677-D)]
8
ONG CHIN LI
9
AMRAN BIN OMAR
10
MUHAMMAD ZULKARNAIN BIN SUHAIMI (NO. K/P : 910517-10-5669) 17/12/2024 09:01:29
11
TEO HUA LAM
12
TEO HUA JIANG
13
TEO HUA YUAN
14
LIM HWA YU
15
KOR SAW LEE
16
CHIAM CHUAN HOCK
17
CHAN KIANG YANG
18
CHAN KIANG TAT (NO. K/P : 890511-10-5961) ….. PLAINTIFF
1
1.
2
2.
3
3.
4
4.
5
GABUNGAN MELUR SDN BHD [NO. SYARIKAT : 200601015319 (735071-V)
6
PLUSBURY DEVELOPMENT SDN BHD [NO. SYARIKAT : 200401020700 (659204-K) ….. DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 201) A. PENGENALAN [1] Kandungan 201 adalah Notis Permohonan oleh Defendan Ketiga, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor untuk membatalkan Saman Pemula dan Afidavit Sokongan Plaintif-plaintif bertarikh 28.4.2021 (yang telah ditukar kepada Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan)
Preamble
menurut Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b) dan/atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 atau secara alternatif di bawah bidang kuasa tersirat Mahkamah ini. B. LATAR BELAKANG [2] Plaintif-plaintif adalah individu dan pihak yang menduduki bahagian tanah yang terletak di tepi Sungai Selangor yang dikenali Bagan Sungai Yu sejak 10 tahun yang lalu dan tidak pernah diusir oleh pemilik terdahulu. [3] Defendan Kelima adalah pemilik terkini tanah HSD 280954 PT 821 Pekan Pasir Penambang Daerah Kuala Selangor (tanah tersebut). Defendan Kelima telah membeli tanah tersebut secara lelongan awam. Tanah tersebut asalnya adalah dimiliki oleh Federal Oil Mills Berhad sebelum dipindah milik kepada Defendan Keenam, Plusbury Development Sdn Bhd. Manakala Defendan Pertama, Defendan Kedua, Ketiga dan Defendan Keempat merupakan entiti Kerajaan yang turut disaman oleh Plaintif-plaintif. [4] Penempatan yang diduduki oleh Plaintif-plaintif ada juga menempatkan penduduk kampung nelayan di Bagan Sungai Yu yang mana penempatan tersebut telah dibekalkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur. [5] Pertikaian mengenai isu tanah yang diduduki oleh Plaintif-plaintif adalah melibatkan Defendan Kelima, pemilik berdaftar tanah tersebut. [6] Manakala tuntutan Plaintif-plaintif terhadap Defendan Ketiga (seperti dalam perenggan (b) Saman Pemula) adalah untuk mendapatkan satu perintah, supaya –
i
Defendan Ketiga melaksanakan pengukuran semula tanah kautan sungai menurut maksud seksyen 49 dan seksyen 382A Kanun Tanah Negara 1965; dan
II
(ii) Mengukur semula keluasan sebenar hartanah HSD 280954 PT 821 milik Defendan Kelima - supaya ukuran terkini, baharu dan tepat yang boleh menggambarkan keadaan sebenar dan terkini bentuk muka bumi kawasan perkampungan nelayan di Bagan Sungai Yu tersebut. Hal ini supaya dapat dibezakan tanah kautan sungai di sepanjang tepi Sungai Bagan Yu tersebut yang menjadi tanah Kerajaan Negeri Selangor menurut seksyen 49 dan 382A Kanun Tanah Negara dan tanah HSD 280954 PT 821 tersebut yang dimiliki oleh Defendan Kelima. [7] Berhubung dengan pengukuran semula, satu perintah mengenainya telah dikeluarkan oleh Mahkamah ini melalui Perintah oleh YA Hakim Tee Geok Hock pada 13.12.2021 (Kandungan 105). C. HUJAHAN DEFENDAN KETIGA [8] Menjadi penghujahan utama Defendan Ketiga bahawa Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 untuk pengukuran semula tanah telah disempurnakan oleh Defendan Ketiga. Menurut Defendan Ketiga, tiada lagi kausa tindakan oleh Plaintif-plaintif terhadap Defendan Ketiga yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini. Tugas Defendan Ketiga adalah untuk membantu Mahkamah dan ia telah disempurnakan dengan pengeluaran Pelan Multi Purpose dan PA 264172. [9] Defendan Ketiga turut merujuk kepada peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN) khususnya berkaitan bidang kuasa yang diberikan kepada Defendan Ketiga. Hujahan Peguam Kanan Persekutuan bagi Defendan Ketiga adalah, sebarang pertikaian terhadap Pelan Multi Purpose dan PA 264172 boleh dirayu di bawah seksyen 354 KTN. Maka, tiada lagi keperluan untuk tuntutan terhadap Defendan Ketiga diteruskan di sini. [10] Pihak Defendan Ketiga merujuk Alasan Penghakiman oleh YA Hakim Tee Geok Hock yang dilaporkan dalam Tiu Chee Tuan & Ors v Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor & Ors [2022] CLJU 107.
Preamble
Menurut Defendan Ketiga, kedudukan Defendan Ketiga sebagai pihak yang dinamakan dalam prosiding ini adalah neutral yang dapat dilihat dalam perenggan [32] iaitu – [32] The 3rd Defendant (Director of Survey and Mapping) in his submission-in-reply (Enclosure 87) takes a neutral stand by stating that he is prepared to carry out a re-survey if ordered by this Court or if requested by the Land Administrator and that his costs of re-survey should be borne by the other parties. In his submission in Enclosure 70, the 3rd Defendant confirmed that he has done the final survey of the title boundary for Lot 821 for purpose of issuance a final title. However, it is also evident that the 3rd Defendant has still not done a re-survey to ascertain or demarcate the extent and boundary of river encroachment and the high-water mark during the spring tide for PT 821 because there was no request by the Land Administrator to that effect. [11] Oleh itu menurut Defendan Ketiga, tugas Defendan Ketiga dalam membantu Mahkamah membuat pengukuran telah dilaksanakan dengan pengeluaran Pelan Multi Purpose dan PA 264172. Perenggan 43 dalam Tiu Chee Tuan & Ors v Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor & Ors (supra) turut dirujuk oleh Defendan Ketiga, iaitu – [43] This Court also finds that there are serious and bona fide disputes between the registered proprietor and the occupiers of Lot PT 821 that extent and line of river encroachment into Lot PT 821, such serious and bona fide disputes ought to be resolved by the process of re-survey for demarcation of the extent and boundary line of erosion by river or river encroachment. In the National Land Code, the expression "river encroachment" is not specifically defined. Section 353(2) of the National Land Code uses the expression "Where the natural feature... consists of the foreshore, the coastline or the sea, a river or riverbank, or any other feature the line of which is liable to alter from time to time". The definitions of "river" and "shoreline" in the Code state that "river" means any river, stream, creek or other natural watercourse, and any tributary, distributary or artificial deviation thereof; and "shoreline" means the high-water mark of ordinary spring tides". The word "shoreline" is not defined to be limited the shoreline fronting the sea; as such, "shoreline" can include the shoreline of land at ot very near the estuary of a river which are also inundated by ordinary spring tides. This Court does not accept the 1st and 4th Defendants' argument that the Plaintiffs' proprietary rights must first be established by court decision in the other 11 related cases before a re-survey can be carried out. In the considered view of this Court, the extent and boundary of the river encroachment, river shoreline and the high-water mark during the spring tide at Lot PT 821, the land fronting the Sungai Selangor very near the estuary with the sea, must be ascertained and demarcated first by re-survey by the Director of Survey and Mapping pursuant to the National Land Code as this Court is satisfied that river encroachment and erosion have occurred at Lot PT 821. It is after the re-survey and ascertainment of the river encroachment, river shoreline and high-water mark during spring tide have been completed by the Director of Survey and Mapping Selangor that the extent of ownership and reversion to the State can be identified. [12] Berpaksikan alasan-alasan tersebut, Defendan Ketiga berhujah tuntutan Plaintif-plaintif terhadap Defendan Ketiga wajar dibatalkan. D. HUJAHAN PLAINTIF-PLAINTIF [13] Pendirian utama Plaintif-plaintif dalam tindakan di sini adalah tanah tersebut yang diduduki oleh Plaintif-plaintif bukan sebahagian dari tanah Defendan Kelima, tetapi tanah kautan sungai (disebabkan hakisan) dan merupakan sebahagian tanah Kerajaan di bawah seksyen 49 dan 382A KTN. Plaintif-plaintif bagaimanapun tidak mempertikaikan bahawa Defendan Kelima tidak pernah memberikan kebenaran kepada Plaintif-plaintif menduduki tanah tersebut setelah Defendan Kelima membeli tanah tersebut. [14] Plaintif-plaintif telah memfailkan Afidavit Jawapan (Kandungan 207) dalam membantah permohonan Defendan Ketiga yang diikrarkan oleh Plaintif Keenam, Tiu Teck Huat dengan antara lain alasan-alasan seperti berikut -
i
Defendan Ketiga tidak pernah memfailkan permohonan menurut Aturan 18 kaedah 19(1) KM 2012 sejak Saman Pemula difailkan terhadap kesemua defendan dan sehingga keputusan Saman Pemula diberikan pada 13.12.2021 serta Saman Pemula ditukar kepada Writ Saman bagi penentuan 10 isu.
II
(ii) Perintah Mahkamah bertarikh 13.12.2021 mengikat Defendan Ketiga apatah lagi isu (i) sehingga (v) melibatkan penentuan tanah kautan sungai bagi maksud seksyen 49 dan 382A Kanun Tanah Negara. Tambah Plaintif-plaintif lagi, Mahkamah Persekutuan telah meremitkan semula kes ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh melalui Perintah bertarikh 24.11.2022.
III
(iii) Defendan Ketiga telah memfailkan Notis Permohonan Kandungan 201 secara melanggar unless order yang diberikan oleh Mahkamah ini pada 14.5.2024 iaitu apa-apa permohonan interlokutori hendaklah difailkan dalam masa 20 hari dari tarikh pengurusan kes iaitu sebelum 2.6.2024. Kandungan 201 difailkan pada 23.7.2024 dengan tanpa penjelasan dan izin Mahkamah.
IV
(iv) Defendan Ketiga telah memfailkan ikatan dokumen pada 11.4.2023 (Kandungan 157) bagi tujuan bicara penuh selain menghadiri sesi pengurusan kes selepas 13.12.2021 bagi persediaan bicara penuh.
v
Defendan Ketiga terikat dengan Perintah bertarikh 13.12.2021 yang mengarahkan pengukuran tanah kautan sungai mengambilkira faktor air pasang semasa ombak musim bunga dan pemasangan pancang bagi tujuan menyemak ketepatan pengukuran semula. [15] Selain itu, Plaintif-plaintif turut merujuk arahan oleh YA Hakim Tee Geok Hock semasa sesi pengurusan kes pada 26.7.2023 yang telah memperincikan dengan khusus arahan Mahkamah kepada Defendan Ketiga yang termaktub dalam Perintah bertarikh 13.12.2021. Plaintif-plaintif selanjutnya menekankan pengukuran semula oleh Defendan Ketiga telah gagal mematuhi arahan Mahkamah tersebut. Maka, Plaintif-plaintif membantah permohonan Defendan Ketiga kandungan 201 tersebut. E. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PEMBATALAN PLIDING [16] Prinsip undang-undang yang mengikat Mahkamah ini berhubung pembatalan pliding telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 4 CLJ 100, [2016] 2 MLRA 263 yang mengesahkan keputusan Bandar Builder Sdn Bhd v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36, bahawa – “[25] The principles for striking out pleading pursuant to O18 r19 of the ROC are well settled. It is only in a plain and obvious case that recourse should be had to the summary process under this rule; and this summary process can only be adopted when it can clearly be seen that a claim on the face of it is obviously unsustainable.” [17] Aturan 18 Kaedah 19(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 memberi kuasa budi bicara kehakiman kepada Mahkamah untuk membatalkan pliding yang menzahirkan kausa tuntutan atau pembelaan yang tidak munasabah. [18] Untuk melaksanakan kuasa budi bicara ini, standard yang perlu dipenuhi telah digariskan dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36 dan Raja Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik & Ors v British-American Life & General Insurance Bhd [1993] 3 MLJ 16. Nas-nas ini antara lain memutuskan kuasa budi bicara hendaklah digunakan ketika mana tuntutan atau pembelaan jelas untenable dan tidak berkemungkinan berjaya atau secara jelasnya tidak berasas (groundless). [19] Mahkamah Rayuan dalam kes Solai Realty Sdn Bhd v United Overseas Bank (M) Bhd [2013] 4 MLJ 545 memberi panduan bahawa kuasa budi bicara untuk membatalkan suatu tindakan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) KM 2012 tanpa melalui perbicaraaan hendaklah tidak kerap digunakan dan hanya dalam kes yang jelas dan ketara sahaja. F. ISU UNTUK DIPUTUSKAN [20] Dalam memutuskan sama ada tuntutan Plaintif-plaintif terhadap Defendan Ketiga wajar dibatalkan menurut Aturan 18 Kaedah 19 (1)(a),
b
atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 atau kuasa sedia ada Mahkamah, Mahkamah ini mendapati terdapat isu-isu awalan yang harus diputuskan terlebih dahulu. Isu-isu awalan tersebut adalah –
i
Sama ada perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 masih berkuatkuasa; dan
II
(ii) Sama ada perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022 mengikat Defendan Ketiga. [21] Pada hemat Mahkamah ini, penentuan isu-isu awalan ini akan memberi panduan kepada Mahkamah ini dan pihak-pihak tentang hala tuju dan bagaimana pengendalian prosiding kes ini dijalankan seterusnya. Hal ini kerana, saya mendapati terdapat pendirian yang berbeza antara Plaintif-plaintif dan Defendan Ketiga selain adanya Perintah Mahkamah Rayuan dan Perintah Mahkamah Persekutuan berikutan rayuan yang difailkan oleh Defendan Kelima dan Plaintif-plaintif dalam tindakan ini. G. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Sama ada perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 masih berkuatkuasa. [22] Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 diputuskan berdasarkan Saman Pemula oleh Plaintif-plaintif (Kandungan 1). Intipati perintah tersebut mengenai isu undang-undang berkaitan pengukuran semula dan isu fakta yang diputuskan untuk dibicarakan adalah ditunjukkan dalam tangkapan skrin di bawah ini- [23] Dapat diperhatikan bahawa Perintah Mahkamah Tinggi tersebut mengandungi dua segmen iaitu perintah berkaitan isu undang-undang dan perintah berhubung dengan isu fakta. [24] Perintah berkaitan isu undang-undang yang dinyatakan dalam perenggan 1, 2 (a), (b), (c) dan (d), 3 dan 4 Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 tersebut merujuk kepada pelaksanaan pengukuran semula tanah kautan sungai menurut seksyen 49 dan 382A KTN oleh Defendan Ketiga, pengeluaran permintaan bertulis kepada Defendan Ketiga untuk menjalankan pengukuran semula, kaedah pengukuran semula mengambil kira paras air pasang, penyediaan pelan ukur oleh Defendan Ketiga, pemasangan pancang dan kos-kos pengukuran. Isu-isu fakta dalam perintah Mahkamah Tinggi tersebut dinyatakan dalam perenggan 5(I) sehingga (X) yang diperintahkan untuk dibicara penuh secara viva. [25] Defendan Kelima dalam tindakan ini telah merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap seluruh keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 tersebut. Defendan Kelima turut merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 1.9.2021 yang menolak permohonan Defendan Kelima untuk membatalkan Saman Pemula (Kandungan 9). Kedua-dua rayuan Defendan Kelima telah didengar bersama di Mahkamah Rayuan. Perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 11.5.2022 [26] Perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 11.5.2022 adalah terhadap dua rayuan Defendan Kelima yang telah didengar bersama iaitu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 dan Perintah Mahkamah Tinggi menolak permohonan Defendan Kelima membatalkan Saman Pemula bertarikh 1.9.2021. [27] Melalui Perintah bertarikh 11.5.2022, Mahkamah Rayuan secara sebulat suara telah memerintahkan – a) Rayuan perayu (Defendan Kelima) dibenarkan dan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 13.12.2021 diketepikan ke atas kesemua pihak-pihak dalam tindakan ini; b) Saman Pemula di Mahkamah Tinggi adalah dibatalkan secara keseluruhan termasuklah tindakan-tindakan lain yang berkaitan; dan c) Kos untuk rayuan di sini dan di Mahkamah Tinggi ditetapkan sebanyak RM10,000.00 dan dibayar kepada perayu oleh responden-responden tertakluk kepada fi alokator. [28] Ini menjadikan mulai dari 11.5.2022, Perintah Mahkamah Rayuan tersebut sehingga ia diakas atau diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan, memberi implikasi yang berikut -
i
Perintah Mahkamah Rayuan terpakai kepada semua defendan termasuk Defendan Ketiga;
II
(ii) Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 bagi pengukuran semula, penyediaan permohonan bertulis kepada Defendan Ketiga untuk pengukuran semula, pengukuran semula mengambilkira paras air pasang, menyediakan pelan-pelan ukuran, memasang pancang, membekalkan pelan dan lukisan termasuk kos pengukuran semula dan perintah bagi 10 isu yang perlu dibicarakan telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan.
III
(iii) Saman Pemula dibatalkan terhadap kesemua defendan. [29] Mahkamah ini mendapati apabila Mahkamah Rayuan menyatakan rayuan perayu (Defendan Kelima) dibenarkan dan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 13.12.2021 diketepikan ke atas kesemua pihak dalam tindakan ini; ini bermaksud Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 sudah tidak lagi berkuatkuasa mulai 11.5.2022. [30] Selanjutnya untuk menentukan sama ada Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 kembali berkuatkuasa, persoalan ini akan dijawab bersama dengan isu kedua. Isu 2: Sama ada perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022 mengikat Defendan Ketiga. [31] Untuk memutuskan isu ini, saya perlu meneliti implikasi Perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 11.5.2022 dan Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 23.11.2022. Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 23.11.2022 [32] Plaintif-plaintif telah memfailkan dua Notis Usul untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 11.5.2022 tersebut. [33] Mahkamah ini merujuk inti pati relif yang dimohon melalui Notis Usul Kebenaran Untuk Merayu oleh Plaintif-plaintif di Mahkamah Persekutuan yang dikemukakan dalam Afidavit Jawapan Plaintif-plaintif di sini, iaitu –
a
Kebenaran diberi untuk plaintif merayu ke Mahkamah
b
Kebenaran diberi untuk plaintif memfailkan Notis Rayuan 14 hari selepas kebenaran dan 8 minggu untuk memfailkan Rekod Rayuan dari tarikh Notis
c
Kos Usul menjadi kos dalam kausa rayuan; dan
d
Sebarang arahan atau perintah lanjut yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah. [34] Notis Usul oleh Plaintif-plaintif telah melampirkan Lampiran A yang mengandungi lapan isu undang-undang, antara lain – “1. Adakah Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa menurut seksyen 60 dan 69 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk membatalkan keseluruhan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam BA-24NCVC-570-04-2021 terhadap kesemua defendan di MTSA walaupun Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor (defendan 1 dan 4) dan JUPEM (defendan 3) langsung tidak merayu terhadap perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam 13.12.2021 yang menjadi sabjek kepada rayuan responden sahaja dalam rayuan sivil No. B-01(IM)(NCVC)-771- 12-2021 dan sebaliknya defendan pertama dan Defendan Keempat memilih untuk melalui perbicaraan penuh setelah saman pemula ditukarkan kepada writ dan memilih mematuhi perintah MTSA
13
13.12.2021?”
3
Adakah Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa menurut Seksyen 60 dan 69 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 setelah membenarkan Rayuan Sivil No. B-01(IM)(NCVC)-526-09/2021 tersebut kemudian Mahkamah Rayuan pula bertindak membenarkan Rayuan Sivil No. B-01(IM)(NCVC)-771-12-2021 dalam keadaan responden bukan lagi pihak dalam prosiding Saman Pemula Lampiran 1 kerana sebaik sahaja Rayuan Sivil No. B-01(IM)(NCVC)-526-09/2021 dibenarkan, ia bermaksud Saman Pemula Lampiran 1 terhadap responden adalah telah dibatalkan manakala Perintah MTSA bertarikh 13.12.2021 secara khususnya untuk kerja-kerja pengukuran semula tanah kautan sungai menurut seksyen 49 dan 382A Kanun Tanah Negara adalah hanya terhadap defendan pertama sehingga Defendan Keempat sahaja yang mana mereka adalah secara langsung tidak pernah membuat rayuan?
4
Sama ada Mahkamah Rayuan boleh membatalkan keseluruhan Saman Pemula di Mahkamah Tinggi terhadap defendan-defendan lain yang tidak merayu dan Perintah kepada Lampiran 1 bertarikh 13.12.2021 untuk pengukuran semula tanah kautan sungai bagi maksud seksyen 5, 49, 353(1) dan 382A Kanun Tanah Negara 1965 walau pun isi kandungan perintah tersebut hanya melibatkan Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor (defendan pertama dan ke-4) dan JUPEM (Defendan Ke-3) sahaja dimana mereka memilih tidak merayu terhadap Perintah tersbeut yang bermaksud mereka bersetuju mematuhi Perintah MTSA bertarikh 13.12.2021 tersebut bagi tujuan persiapan perbicaraan kelak?
5
Adakah Saman Pemula Lampiran 1 dan Perintah MTSA bertarikh 13.12.2021 melanggar seksyen 49 dan 382A Kanun Tanah Negara 1965 dari sudut tafsiran dan pemakaian?” [35] Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022 yang diputuskan semasa pendengaran Notis Usul Kebenaran Merayu oleh Plaintif-plaintif mengandungi perintah-perintah berikut -
i
Notis Usul Kebenaran Merayu bertarikh 9.6.2022 di kandungan 1 adalah dibenarkan;
II
(ii) Keseluruhan tindakan diremitkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh;
III
(iii) Tiada keperluan memutuskan berkenaan persoalan undang-undang yang dikemukakan di peringkat ini; dan
IV
(iv) Kos dalam kausa. [36] Pada hemat saya, keputusan dalam Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022 adalah jelas, mudah difahami dan mengikat Mahkamah ini serta kesemua pihak dalam tindakan ini. [37] Sekiranya Perintah Mahkamah Persekutuan tersebut dibaca secara berhati-hati, ia memberi implikasi yang signifikan dilaksanakan oleh pihak-pihak dalam konteks penerusan prosiding di Mahkamah ini. [38] Pertama, perkataan ‘keseluruhan tindakan diremitkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh’ yang tertera dalam perenggan (ii) Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022 tidak mengecualikan tuntutan Plaintif-plaintif terhadap Defendan Ketiga untuk dibicarakan. Sekali gus, perenggan (ii) Perintah tersebut dengan tuntas mengakas keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan Saman Pemula Plaintif-plaintif. [39] Kedua, pada pandangan saya, keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 tidak langsung diganggu oleh Mahkamah Persekutuan. Sebagaimana yang telah disentuh sebelum ini, Perintah Mahkamah Tinggi mengandungi isu undang-undang dan isu fakta yang akan dibicarakan. [40] Pihak Plaintif ada menimbulkan tentang Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 berkenaan pengukuran semula sebagai masih mengikat Defendan Ketiga dan perintah tersebut masih gagal disempurnakan oleh Defendan Ketiga. Penghujahan pihak plaintif tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini. Sekiranya perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 berkaitan isu undang-undang tentang pengukuran semula masih berkuatkuasa, semestinya ia akan direkodkan sedemikian dalam Perintah Mahkamah Persekutuan tersebut. Namun, ini tidak berlaku. [41] Selanjutnya dalam perenggan 141 Hujahan Bertulis Plaintif-plaintif, Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022 telah dibentangkan kepada Mahkamah ini. Namun dalam perenggan 143 Hujahan tersebut, Plaintif-plaintif hanya menekankan perintah peremitan semula kes ini oleh Mahkamah Persekutuan ke Mahkamah ini dan hujahan Plaintif-plaintif tidak memberi perhatian kepada perenggan (iii) Perintah Mahkamah Persekutuan tersebut. [42] Manakala, Defendan Ketiga pula berhujah bahawa Defendan Ketiga telah menyempurnakan pengukuran semula yang diperintahkan melalui Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 dan tidak ada lagi kausa tindakan yang terakru terhadap Defendan Ketiga. Dalam hal ini, saya juga tidak dapat menerima hujahan yang dikemukakan oleh Defendan Ketiga berhubung dengan penyempurnaan tugas Defendan Ketiga dalam membuat pengukuran semula dan untuk Defendan Ketiga dikecualikan dengan cara tuntutan terhadapnya dibatalkan. [43] Selaras dengan Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022 tersebut, amat ketara persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Plaintif-plaintif dalam Lampiran A Notis Usul telah tidak dijawab oleh Mahkamah Persekutuan. Perenggan (iii) Perintah Mahkamah Persekutuan tersebut jelas menzahirkan yang Mahkamah Persekutuan membuat keputusan untuk tidak menjawab persoalan undang-undang yang diformulasikan oleh Plaintif-plaintif dan telah memerintahkan peremitan keseluruhan kes ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh. [44] Selanjutnya Mahkamah ini merujuk minit Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022 yang menyatakan “there is no need to admit the leave question as formulated at this point”. [45] Lalu, apabila Perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 11.5.2022 dibaca bersama dengan Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022, saya berpandangan bahawa apa yang perlu diambil tindakan pada peringkat ini adalah meneruskan dengan bicara penuh terhadap kesemua pihak dalam tindakan ini. [46] Apa yang juga ketara, Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 yang diakas oleh Mahkamah Rayuan telah tidak diganggu oleh Mahkamah Persekutuan. Maka, persoalan sama ada sama ada Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021 kembali berkuatkuasa dijawab secara negatif. [47] Saya juga merujuk hujahan pihak Defendan Ketiga berkaitan dengan otoriti dalam kes Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor v Nusa Kota Sdn Bhd [2022] 10 CLJ 231 dan kes Associated Pan Malaysia Cements Sdn Bhd v Westwood Development Sdn Bhd [2012] 2 CLJ 81. Pada hemat saya, kedua-dua kes tersebut wajar dibezakan dengan kes dihadapan Mahkamah ini. Dalam kes Associated Pan Malaysia Cements Sdn Bhd v Westwood Development Sdn Bhd (supra), tuntutan plaintif telah didengar melalui bicara penuh dan Pengarah Ukur dan Pemetaan bukanlah pihak yang disaman dalam tindakan sebagaimana dalam kes di sini. Bahkan, tiada perintah oleh mahkamah atasan yang secara tuntas mengarahkan keseluruhan kes untuk dibicarakan sepenuhnya. [48] Berdasarkan Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022 yang menyatakan “(ii) Keseluruhan tindakan diremitkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh” dan “(iii) Tiada keperluan memutuskan berkenaan persoalan undang-undang yang dikemukakan di peringkat ini”, saya berpandangan kesemua isu yang berbangkit dalam kes ini termasuklah pengukuran semula hendaklah dibicarakan. [49] Adalah diperhatikan bahawa isu undang-undang yang dibawa oleh Plaintif-plaintif juga termasuk pembatalan Saman Pemula terhadap kesemua defendan dalam keadaan hanya Defendan Kelima yang memfailkan rayuan. Namun isu undang-undang ini juga tidak dijawab oleh Mahkamah Persekutuan. [50] Tuntasnya, Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022 adalah mengikat Plaintif-plaintif dan kesemua defendan serta tidak mengecualikan Defendan Ketiga. [51] Prinsip undang-undang adalah matan berkaitan dengan kewajipan mematuhi perintah mahkamah. Mahkamah ini menyorot keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Hartecon JV Sdn Bhd & Anor v Hartela Contractors Ltd [1997] 2 CLJ 104 yang memutuskan – “[1] Once a judge makes a ruling, substantive or procedural, final or interlocutory, it must be adhered to and may not be reopened. Although the first decision was made on a interlocutory matter which was purely procedural in nature, it was nevertheless binding on the court and on all parties to the lis until its reversal on appeal.” [52] Arakian, berpandukan prinsip dalam kes Hartecon JV Sdn Bhd & Anor v Hartela Contractors Ltd (supra) dan dengan adanya Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022, pada hemat saya, Mahkamah ini terhalang daripada menggunakan kuasa budi bicara di bawah Aturan 18 kaedah 19(1) (a), (b) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 atau secara alternatif di bawah bidang kuasa tersirat sebagaimana yang dimohon oleh Defendan Ketiga melalui Kandungan 201. [53] Demi mengelakkan kelengahan yang tidak wajar, seyogia semua pihak dalam tindakan ini memberi perhatian kepada persediaan untuk bicara penuh. Perintah bersangkutan [54] Selaras dengan Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022, saya berpandangan pelaksanaan pengukuran semula tanah yang dilakukan oleh Defendan Ketiga tidak tertakluk kepada Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13.12.2021. [55] Ini bermaksud pada tahap ini, Plaintif-plaintif tidak wajar mempertikaikan pengukuran semula yang telah dilakukan oleh Defendan Ketiga menurut kuasa yang diperuntukkan kepada Defendan Ketiga di bawah Kanun Tanah Negara. Sebarang isu berbangkit dengan pengukuran tersebut sewajarnya dibicarakan dan/ atau diselesaikan menurut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa. [56] Mahkamah ini juga memutuskan sebarang permohonan interlokutori yang telah difailkan oleh mana-mana pihak di sini (dan belum didengar) dan yang memberi kesan bercanggah dengan maksud perenggan (ii) dan (iii) Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 24.11.2022, adalah menjadi akademik. KESIMPULAN [57] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Notis Permohonan (Kandungan 201) oleh Defendan Ketiga untuk membatalkan Writ Saman ditolak tanpa perintah terhadap kos. Bertarikh pada 21 November 2024. Ditandatangani ......................................................... HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam Bagi Pihak Plaintif : Mohaji bin Selamat dan Muhammad Hadi Nafiz bin Mohammad Din Tetuan Mohaji Hazury & Ismail (Shah Alam, Selangor) Bagi Pihak Defendan : Mohd Abdul Hakim bin Ali Pertama dan Keempat Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor (Shah Alam, Selangor) Bagi Pihak Defendan : Noerazlim binti Saidil Ketiga Jabatan Peguam Negara (Wilayah Persekutuan Putrajaya) Bagi Pihak Defendan : Pannirselvam Mannar Reddy Kelima Tetuan Nurliny, Pannir Mannar & Co. (Klang, Selangor) Bagi Pihak Defendan : K. Harikrishnan Keenam Tetuan K. Harikrishnan & Co. (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.