hakmilik bagi Plot B sebagaimana yang ditandakan dalam pelan cadangan. [2] Pada dasarnya Plaintif-Plaintif di dalam kes ini memohon kepada Mahkamah ini untuk menamatkan ketuanpunyaan 5 bersama Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan ke atas hartanah-hartanah tersebut menurut seksyen 145(1) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). [3] Defendan-Defendan juga adalah individu-individu bernama Tong Faung On,Tong Foon Teup dan Tong Foong Hup. [4] Paintif-Plaintif dan Defendan-Defendan adalah tuanpunya bersama berdaftar hartanah-hartanah berikut; i. Geran Mukim No Hakmilik 186, Lot 1220, (dahulunya dikenali sebagai EMR 2813 Mukim Sepang, Tempat Kuala Sepang Kechil, Mukim Sepang, Daerah Sepang, Negeri Selangor. ii. Geran Mukim No Hakmilik 672, Lot 321, (dahulunya dikenali sebagai EMR 2604 Mukim Sepang, Tempat Kuala Sepang Kechil, Mukim Sepang, Negeri Selangor; iii. Geran Mukim No Hakmilik 749, Lot 1219, (dahulunya dikenali sebagai EMR 2811 Mukim Sepang, Tempat Kuala Sepang Kechil, Mukim Sepang, Daerah Sepang, Negeri Selangor (selepas ini dirujuk sebagai “hartanah-hartanah tersebut”). 6 [5] Keluasan hartanah-hartanah tersebut adalah 5.8932 hektar dan merupakan tanah pertanian. [6] Saman Pemula Plaintif-Plaintif adalah disokong Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Plaintif-Plaintif pada 15.12.2014 dan Afidavit Balasan mereka yang diikrarkan pada 17.2.2015. [7] Melalui satu Perintah Pembahagian bertarikh 11.10.2006 yang diberikan oleh YA Dato’ Alizatul Khair bte Osman Khairuddin atas permohonan Plaintif Pertama yang memerintahkan bahawa harta pesaka Tong Ah Kin (si mati) yang merangkumi hartanah-hartanah tersebut dan beberapa hartanah lain dipindahmilik kepada benefisiari-benefisiari sebagaimana yang dihasratkan di dalam Deed of Family Arrangement bertarikh 3.8.2004. Dengan pindahmilik-pindahmilik yang telah dilaksanakan, Plaintif-Plaintif kini memegang 24/45 bahagian bagi setiap hartanah, manakala Defendan-Defendan memegang bahagian selebihnya bagi setiap hartanah iaitu 21/45 bahagian. 7 [8] Plaintif-Plaintif berkeinginan untuk mempunyai geran hakmilik berasingan ke atas hartanah-hartanah tersebut, namun kehendak Plaintif-Plaintif tidak dipersetujui oleh Defendan-Defendan. Atas keengganan Defendan-Defendan tersebut, Plaintif-Plaintif telah memohon Mahkamah ini menurut seksyen-seksyen 140,141,141(A),145(1) dan 417 Kanun Tanah Negara 1965 bagi menamatkan ketuanpunyaan bersama ke atas hartanah-hartanah tersebut dan hakmilik-hakmilik berasingan dikeluarkan sepertimana pelan cadangan yang disediakan oleh Juruukur Berlesen di Eksibit “TAK-3”, Afidavit Sokongan (Kandungan 2). [9] Defendan-Defendan telah menentang permohonan Plaintif-Plaintif dan di dalam Afidavit Balasan Defendan Ketiga (Kandungan 4) yang diikrarkan oleh Tong Foong Hup pada 5.2.2015, Defendan-Defendan telah menimbulkan alasan-alasan berikut: i. Saman Pemula ini akan mengecewakan beberapa permohonan-permohonan yang difailkan berkaitan pesaka Tong Su Kin (si mati). Defendan Ketiga di dalam Saman Pemula 24-2491-2010 Mahkamah Tinggi Shah 8 Alam telah memohon untuk melantik dua pemegang amanah bagi mentadbir segala pendapatan dan perbelanjaan pesaka Tong Su Kin (si mati). Manakala di dalam Saman Pemula 24-2769-2010, Plaintif Pertama (Tong Ah Kau @ Tong Fong Yam) yang merupakan Pentadbir Pesaka Tong Su Kin (si mati) telah memohon untuk menjual dan mengagihkan segala harta pesaka si mati termasuklah hartanah-hartanah tersebut. Di dalam Saman Pemula 24-3010-2010 pula Tong Foon Teup membawa tindakan terhadap Tong Fong Keng & Tong Feung Lok di mana, Plaintif Kedua dan Ketiga sebagai wasi dan pemegang amanah harta pesaka Chin Son Nyuk, Si Mati hendaklah mengemukakan penyata akaun bagi segala perbelanjaan pengkebumian Chin Sou Nyuk, Si Mati dan hutang harta pesaka Chin Sou Nyuk. Manakala Saman Pemula No. 24-1735-2011 di antara Tong Foon Teup terhadap Tong Fong Keng & Tong Feung Lok (Plaintif Kedua dan Ketiga) sebagai wasi dan pemegang amanah harta pesaka Chin Son Nyuk, Si Mati dalam tindakan ini untuk milikan kosong sebuah hartanah. 9 ii. Tidak ada perbincangan yang telah diadakan oleh pihak-pihak sebelum permohonan ini dibuat dan cadangan pelan yang dikemukan oleh Plaintif-Plaintif. [10] Sebelum Mahkamah ini menimbangkan alasan-alasan yang telah ditimbulkan oleh Defendan-Defendan bagi menentang permohonan Plaintif-Plaintif, Mahkamah ini terlebih dahulu akan menimbangkan isu undang-undang yang telah dibangkitkan oleh Defendan-Defendan yang mana menurut Defendan-Defendan Mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan Plaintif-Plaintif. [11] Bersandarkan kepada keputusan YA Dato’ Hishammudin bin Mohd Yunus (YA pada ketika itu) di dalam kes S Subramaniam & Ors v. Inderjit Kaur Karnail Singh & Anor [1997] 3 MLRH 70, peguam Defendan-Defendan telah menghujahkan bahawa Mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan Plaintif-Plaintif kerana sebelum Plaintif-Plaintif memfailkan permohonan ini, Plaintif-Plaintif sepatutnya memohon kepada Pentadbir Tanah untuk pecah bahagian menurut seksyen 142 KTN. 10 [12] Di dalam kes S Subramaniam & Ors, YA Dato’ Hishammudin bin Mohd Yunus telah mengambil pendekatan berbeza daripada YA K.C Vohrah di dalam kes Ku Yan Ku Abdullah v. Ku Idris Ku Ahmad & Ors [1991] 2 MLRH 310 dengan berkata berikut:- “With the greatest respect I disagree with the above view. Whilst it is true that s. 145(1) confers on the Court the power to make an order for partition, at the same time, however, it is also important to observe that it is a limited power, that is to say, the power is confined only to the circumstances as specified in paras. (a) and (b) of sub-s. (1). In the present case, I shall confine only to para. (a) as the instant application is purportedly made under this paragraph. It is pertinent to note that under para. (a), the power of the Court to make an order for partition only arises in a situation where "any of the co-proprietors will not join in, nor consent to the making of, an application for partition". This means that the co-proprietor who comes to the Court invoking para. (a) of s. 145(1) must satisfy the Court that the circumstances of his case satisfy the requirement of that paragraph. This means he has to satisfy the Court that initially he intended to apply to the Land Administrator for partition under s. 142 but was faced with the situation where he could not get the co-operation of the other co-proprietors. 11 However, in a case where the co-proprietor who is desirous of having the land partitioned is the holder of the majority share, such a situation can never arise. This is because, as I have held, he cannot apply to the Land Administrator for partition under s. 142 as if he is the holder of the minority share and thus takes steps to bring in as co-applicants, or to obtain the consent of, all the other co-proprietors; and thereafter in the event one of the co-proprietors refused to join in or to consent, to apply to the Court under s. 145(1)(a). As the holder of the majority share, he can only apply to the Land Administrator under s. 141A read with s. 142. When he applies under these provisions, he is not required to obtain the consent of the other co-proprietor(s), and I wish to reiterate that this exemption is made very clear by s. 142(1)(e) . If he is so exempted, then the question of the consent of the other co-proprietor(s) does not arise. Now, if the question of consent of the other co-proprietor(s) does not arise in respect of the application of a co-proprietor who is the holder of the majority share, it follows therefore that para. (a) of s. 145(1) has no relevance to such co-proprietor. If I may add further, it is also my respectful view that in Ku Yan the plaintiff, after the rejection, should not have made an application to the High Court under s. 145(1)(a) . Instead, he should have appealed to the High Court against the decision of the State Director under s. 418 of the NLC.” 12 [13] Untuk itu molek kiranya seksyen 140 dan seksyen 141(A) Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dirujuk. Seksyen 140 KTN memperuntukkan berikut: 140 Powers of co-proprietors to partition with approval f State Director, Land Administrator or State Authority