Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: RA-45A-18-12/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
RA-45A-18-12/2022
High Court of Malaysia23 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“] As far back as 1976, His Lordship Hashim Yeop A. Sani, J (as he then was) in PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, in a landmark judgment, after tracing the series of legislative amendments to the Dangerous Drugs Ordinance, 1952 enhancing the penalties prescribed therein, remarked that: "It is common sense to say th”
“33. Dalam kes Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJ 77; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 di mana Mahkamah Rayuan telah mengulas berkenaan keseriusan kes-kes melibatkan jenayah dadah seperti berikut: "... The Government and the legislature have taken v”
“offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the Courts must be realistic and rational." [See also Union of India v. Kuldeep Singh AIR [2004] SC 827]””
“19. Mahkamah ini juga telah dalam kes Khokin Miah v. Pendakwa Raya [2025] CLJU 233 memutuskan prinsip yang sama. Fakta kes tersebut adalah mirip dengan kes ini di mana perayu telah mengaku salah semasa kes pendakwaan dijalankan. Perayu tersebut juga telah membuat rayuan terhadap sa”
“26. Dalam dalam kes Teoh Geok Chin dan Pendakwa Raya [2025] CLJU 3585, Mahkamah Rayuan telah memberikan garis panduan kepada mahkamah perbicaraan kaedah untuk merekodkan sabitan kesalahan selepas pengakuan salah seperti berikut:”
“42. Selain itu, dalam kes Aphidach Yapha v Pendakwa Raya [2025] MLJU 3092, tertuduh telah mengaku salah bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 dan mahkamah telah mensabitkan tertuduh serta mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 15 sebatan bagi berat dadah”
“di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta 234 690.7 gram Cocaine Penjara seumur hidup dari tarikh tangkap **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 [2026] MLJU 624 dan 15 sebatan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: RA-45A-18-12/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
TUAN AMIRULDIN BIN TUAN ALI
2
ANAS BIN SHAKIR (NO. K/P: 890722-09-5089)
1
Kes ini melibatkan satu pertuduhan ke atas tertuduh-tertuduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574].
2
Pertuduhan ke atas tertuduh-tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 24/01/2022 jam lebih kurang 8.40 pagi di hadapan sebuah rumah tidak bernombor, Jalan Simpang Empat, di dalam Daerah Kangar, di dalam Negeri Perlis, telah mengedar dadah berbahaya iaitu seberat 245,341.2 gram cannabis dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”
3
Pertuduhan tersebut telah dibacakan kepada tertuduh-tertuduh. Tertuduh-tertuduh tidak mengaku salah atas pertuduhan. Perbicaraan bagi kes ini bermula di mana pihak Pendakwa Raya (PR) telah memanggil 3 orang saksi iaitu pemilik rumah yang telah dilanggari oleh kenderaan tertuduh-tertuduh sewaktu melarikan diri (SP1), pemilik perniagaan kereta sewa (SP2) dan pemilik asal kenderaan yang dinaiki oleh tertuduh-tertuduh (SP3).
4
Namun pada tarikh bicara pada 31/10/2025, peguam tertuduh 1 telah memohon agar pertuduhan dibacakan semula kepada tertuduh 1. Mahkamah kemudiannya telah membaca dan menerangkan kepada tertuduh 1 pertuduhan yang dikenakan dan tertuduh 1 telah membuat pengakuan salah terhadap pertuduhan tersebut. Kes kemudiannya ditangguhkan ke 23/1/2025 untuk prosiding jatuhan hukum.
5
Pada 23/1/2026, mahkamah sekali lagi membacakan pertuduhan kepada tertuduh 1 dan tertuduh 1 masih mengekalkan pengakuan salah. Selanjutnya pihak PR mengemukakan fakta kes (P8) dan ekshibit-ekshibit yang kesemuanya diakui oleh tertuduh 1. Setelah mahkamah ini berpuashati bahawa pengakuan salah tertuduh 1 dibuat tanpa bersyarat dan tertuduh 1 telah mengaku memahami pertuduhan tersebut serta telah faham sifat serta akibat ke atas pengakuan salahnya. Mahkamah ini selanjutnya telah mensabitkan tertuduh 1 bagi suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta 234 sepertimana pertuduhan di P1. Hujahan mitigasi peguam tertuduh 1
6
Peguam tertuduh 1 dalam hujahan mitigasinya telah menyatakan bahawa tertuduh 1 ketika ditangkap berumur 28 tahun 5 bulan dan kini berumur 32 tahun 5 bulan. Tempoh selama 4 tahun di dalam tahanan reman telah membuat tertuduh 1 sangat menyesal akan perbuatannya dan menginsafkan tertuduh 1.
7
Adalah menjadi hujahan peguam tertuduh 1 bahawa pengakuan salah tertuduh 1 telah menjimatkan kos dan masa mahkamah serta semua pihak yang terlibat dengan kes ini tanpa perlu melalui satu proses perbicaraan yang panjang.
8
Peguam tertuduh 1 turut memohon mahkamah mengambil kira fakta yang menunjukkan peranan tertuduh 1 hanyalah sebagai seorang pembawa. Tertuduh 1 turut dihujahkan telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dan yang lebih penting tertuduh 1 mengaku salah di awal proses perbicaraan. Tertuduh 1 mengakui fakta kes pihak PR dan mengambil tanggungjawab penuh mengaku salah terhadap perbuatan tersebut.
9
Peguam tertuduh 1 juga turut memohon budi bicara mahkamah agar mengenakan hukuman berbentuk pemenjaraan dan sebatan sahaja serta tidak mengenakan hukuman yang lebih berat daripada itu selaras dengan hasrat Parlimen Malaysia dalam Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846]. Hujahan pemberatan hukuman Timbalan Pendakwa Raya (TPR)
10
Tuan TPR sebaliknya menegaskan bahawa kesalahan dadah yang dilakukan oleh tertuduh 1 adalah kesalahan yang serius dan berat. Ini kerana dadah adalah ibu kepada kesalahan yang lain. Kesalahan dadah boleh menyebabkan kehilangan nyawa, merosakkan struktur keluarga serta masyarakat secara umum.
11
Tuan TPR juga memohon mahkamah mengambil kira faktor berat dadah yang sangat banyak di dalam kes ini iaitu sebanyak 245,341.2 gram serta peranan besar tertuduh 1 yang memandu kenderaan serta melarikan diri bagi mengelak ditahan polis sehingga telah melanggar tembok rumah orang awam sewaktu usaha melarikan diri tersebut.
12
Fakta-fakta ini menunjukkan tertuduh 1 tidak langsung menghiraukan faktor ketenteraman dan nyawa orang awam dan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja. Bahkan apa yang dilakukan oleh tertuduh 1 ini bersifat terancang di mana dadah-dadah tersebut disembunyikan di belakang kanvas kenderaan tersebut.
13
Tuan TPR juga memohon mahkamah mengenakan satu hukuman berat berbentuk pencegahan dan menjadi pengajaran kepada masyarakat awam yang lain. Tuan TPR menghujahkan agar mahkamah mengenakan hukuman yang dapat menginsafkan tertuduh 1 dan mencegah orang lain daripada terlibat dengan jenayah dadah ini.
14
Setelah mahkamah meneliti hujahan daripada peguam tertuduh 1 dan Tuan TPR, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap dan mengenakan sebanyak 15 sebatan terhadap tertuduh 1. Tertuduh 1 tidak berpuas hati atas sabitan dan hukuman tersebut dan kini merayu ke atas keputusan tersebut.
15
Berdasarkan kepada Fakta Kes (P8) yang diakui oleh tertuduh, pada 24/01/2022 jam lebih kurang 8.30 pagi, bertindak atas satu maklumat aktiviti pengedaran dadah, ASP G/17724 Mohd Helmy Bin Suhaimi (pengadu) bersama-sama pegawai dan anggota Pasukan Tindakan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah membuat pemantauan di sekitar kawasan Simpang Empat, Kangar, Perlis di mana pengadu secara kebetulan telah nampak sebuah kenderaan jenis Ford Ranger No. Pendaftaran VGT3753 sedang keluar dari lorong tepi Masjid Al Hidayah Kg Titi Beratap, Simpang Empat Perlis dan masuk ke Jalan Tuanku Syed Putra lalu menghala ke arah Alor Setar.
16
Berdasarkan maklumat kenderaan Ford Ranger yang diperolehi, Pengadu dan pasukannya telah mengekori kenderaan Ford Ranger berkenaan. Apabila menyedari kehadiran pihak pasukan serbuan, pemandu Ford Ranger tersebut iaitu tertuduh 1 telah mula memecut laju.
17
Pengadu dan pasukannya telah bertindak mengejar kenderaan Ford Ranger tersebut dalam tempoh masa lebih kurang 20 minit sehinggalah kenderaan Ford Ranger tersebut kemudiannya memasuki ke satu jalan kecil di kawasan Kampung Lat Seribu, Simpang Empat, Kangar, Perlis dan terus melarikan diri sehingga akhimya telah melanggar dinding sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Simpang Empat, Kampung Lal Seribu 02700 Simpang Empat, Kangar, Perlis.
18
Kemudiannya, pengadu dan salah seorang anggota pasukan serbuan iaitu D/Sjn 138540 Iskandar telah nampak tertuduh 1 keluar dari bahagian pemandu kenderaan Ford Ranger tersebut dan lari ke arah sawah padi di bahagian belakang rumah. Pada masa yang sama pengadu juga nampak tertuduh 2 telah keluar dari bahagian penumpang hadapan kenderaan dan lari memasuki ke dalam rumah yang dilanggar tersebut.
19
Pengadu telah mengarahkan Insp Badrol, D/Sjn 138540 Iskandar, D/Kpl 169708 Adli Hafiz, D/Kpi 176871 Amiruddin, D/Kpl 184093 Abdul Afiq dan L/Kpl 202177 Emaludin untuk mengejar tertuduh 1 dan tertuduh 1 berjaya ditangkap di kawasan bendang belakang rumah. Manakala pengadu, D/Kpl 169095 Ridzuan, D/Kpl 169135 Akmal, L/Kpl 202003 Nickson, L/Kpl 204115 Michael dan L/Kpl 208747 Jamali berjaya menahan tertuduh 2 yang bersembunyi dalam bilik air rumah yang dilanggar tersebut. Kedua-dua tangkapan kemudiannya dibawa ke kenderaan Ford Ranger tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
20
Dengan disaksikan tertuduh-tertuduh, pengadu membuat pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Ford Ranger No. Pendaftaran VGT3753 dan menjumpai kunci/alat kawalan bertulisan FORD di bahagian tempat meletakkan barang berdekatan tombol gear kenderaan berkenaan. Pemeriksaan lanjut di bahagian belakang kenderaan tersebut pula mendapati ianya ditutupi oleh kanvas. Dengan disaksikan oleh tertuduh-tertuduh, pengadu telah membuka kanvas penutup tersebut di mana di dalam muatan bahagian belakang kenderaan Ford Ranger tersebut pengadu melihat terdapat empat guni berwarna putih, tiga guni berwarna hijau dan dua kotak berwarna putih.
21
Pemeriksaan pengadu ke atas kandungan guni-guni dan dua kotak berkenaan pengadu telah menemukan: a) satu guni plastik berwarna putih bertulis SPECIAL BROILER FINISHER PELLETS di dalamnya masing-masing berisi slab-slab berbalut plastik lutsinar dan kertas wama kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja; b) satu guni plastik berwarna putih bertulis POULTRY BROILER FINISHER PELLETS 405 di dalamnya masing-masing berisi slab-slab berbalut plastik lutsinar dan kertas warna kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja; c) satu guni plastik berwarna putih bertulis YENG LEE FEED SDN BHD di dalamnya masing-masing berisi slab-slab berbalut plastik lutsinar dan kertas wama kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis Ganja; d) satu guni berwarna putih bertulis PK AGRO-INDUSRIAL PRODUCTS (M) SDN.BHD di dalamnya masing-masing berisi slab-slab berbalut plastik lutsinar dan kertas warna kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja; e) satu guni berwarna hijau di dalamnya masing-masing berisi slab-slab berbalut plastik lutsinar dan kertas warna kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja; f) satu guni berwama hijau di dalamnya masing-masing berisi slab-slab berbalut plastik lutsinar dan kertas warna kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja; g) satu guni berwarna hijau di dalamnya masing-masing berisi slab-slab berbalut plastik lutsinar dan kertas warna kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja; h) satu kotak berwarna putih bertulis KERRY EXPRESS di dalamnya masing-masing berisi slab-slab berbalut plastik lutsinar dan kertas warna kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja; dan i) satu kotak berwarna putih bertulis KERRY EXPRESS di dalamnya masing-masing berisi slab-slab berbalut plastik lutsinar berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja.
22
Seterusnya pengadu menangkap tertuduh-tertuduh dan merampas kesemua barang kes untuk tindakan lanjut. Pengadu turut merampas kenderaan jenis Ford Ranger No Pendaftaran VGT3753 beserta satu kunci/ alat penggera berlogo Ford.
23
Tertuduh-tertuduh dan barang rampasan di bawa balik ke Pejabat Bahagian/Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Perlis Daerah Kangar, Perlis. Pengadu kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut kali ke-2 ke atas kandungan guni-guni dan dua kotak berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati: a) satu guni plastik berwarna putih bertulis SPECIAL BROILER FINISHER PELLETS di dalamnya masing-masing berisi 32 slab berbalut plastik lutsinar dan kertas warna kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 31,649 gram; b) satu guni plastik berwarna putih bertulis POULTRY BROILER FINISHER PELLETS 405 di dalamnya masing-masing berisi 35 slab berbalut plastik lutsinar dan kertas warna kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 34,717 gram; c) satu guni plastik berwarna putih bertulis YENG LEE FEED SDN BHD di dalamnya masing-masing berisi 35 slab berbalut plastik lutsinar dan kertas wana kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 34,470 gram; d) satu guni berwarna putih bertulis PK AGRO-INDUSRIAL PRODUCTS (M) SDN BHD di dalamnya masing-masing berisi 35 slab berbalut plastik lutsinar dan kertas wama kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 34,568 gram; e) satu guni berwarna hijau di dalamnya masing-masing berisi 34 slab berbalut plastik lutsinar dan kertas warna kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 33,627 gram; f) satu guni berwarna hijau di dalamnya masing-masing berisi 35 slab berbalut plastik lutsinar dan kertas warna kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 34,520 gram; g) satu guni berwarna hijau di dalamnya masing-masing berisi 32 slab berbalut plastik lutsinar dan kertas wama kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 31,955 gram; h) satu kotak berwarna putih bertulis KERRY EXPRESS di dalamnya masing-masing berisi 19 slab berbalut plastik lutsinar dan kertas warna kekuningan berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 18,905 gram; dan i) satu kotak berwarna putih bertulis KERRY EXPRESS di dalamnya masing-masing berisi 12 slab berbalut plastik lutsinar berisi mampatan dedaun kehijauan disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 11,880 gram.
24
Barang-barang kes dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan telah dianalisis oleh ahli kimia, Puan Faesmaziana binti Napiah. Hasil ujian dan analisis dadah, ahli kimia telah mengesahkan bahawa kesemua barang kes tersebut adalah dadah jenis cannabis dengan berat keseluruhan sebanyak 245,341.2 gram. Analisis dan Dapatan Mahkamah. Pengakuan salah tertuduh adalah sah dan memenuhi keperluan syarat Seksyen 178(2) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
25
Seksyen 178(2) Akta 593 memperuntukkan seperti berikut:
2
If the accused pleads guilty the plea shall be recorded and he may be convicted on it: Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him.”
26
Dalam dalam kes Teoh Geok Chin dan Pendakwa Raya [2025] CLJU 3585, Mahkamah Rayuan telah memberikan garis panduan kepada mahkamah perbicaraan kaedah untuk merekodkan sabitan kesalahan selepas pengakuan salah seperti berikut:
32
Dalam penghakiman ini, kami berhasrat untuk menggariskan garis panduan yang wajar dipatuhi oleh mahkamah perbicaraan sebelum mensabitkan seseorang tertuduh yang berhasrat mengaku bersalah. Garis panduan berikut adalah berdasarkan kaedah-kaedah yang terkandung dalam Kanun Tatacara Jenayah serta kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini:
i
Sebelum sesuatu pertuduhan dibacakan kepada tertuduh, mahkamah hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa pertuduhan tersebut adalah teratur dan betul, dengan mengambil kira tatacara penggubalan pertuduhan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Bab XVIII Kanun
II
(ii) Mahkamah hendaklah seterusnya memastikan bahawa kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan tersebut bersesuaian dengan kesalahan yang diperuntukkan dalam undang-undang di bawah mana kesalahan itu didakwa. Suatu pengakuan bersalah terhadap kesalahan yang tidak diperuntukkan di sisi undang-undang bukan merupakan satu pengakuan yang sah;
III
(iii) Mahkamah juga hendaklah menentukan sama ada ia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan yang dipertuduhkan terhadap tertuduh tersebut;
IV
(iv) Pertuduhan hendaklah dibacakan dan diterangkan dengan jelas kepada tertuduh dalam bahasa yang difahaminya, termasuk intipati kesalahan yang dipertuduhkan. Pertuduhan hendaklah dibacakan kepada tertuduh oleh seorang jurubahasa mahkamah yang bertauliah atau seorang jurubahasa yang telah mengangkat sumpah di hadapan mahkamah bagi bahasa selain daripada bahasa-bahasa lazim negara ini;
v
Sekiranya terdapat lebih daripada satu pertuduhan terhadap tertuduh, setiap pertuduhan hendaklah dibacakan dan diterangkan secara berasingan serta direkodkan secara berasingan;
VI
(vi) Sekiranya terdapat lebih daripada seorang tertuduh yang didakwa, pertuduhan hendaklah dibacakan dan diterangkan kepada setiap tertuduh dan direkodkan secara berasingan;
VII
(vii) Mahkamah mesti merekodkan bahawa pertuduhan telah dibacakan dan dijelaskan kepada tertuduh, dan juga menyatakan bahasa yang digunakan dalam membaca dan menerangkan pertuduhan tersebut;
VIII
(viii) Mahkamah hendaklah memastikan tertuduh memahami sepenuhnya pertuduhan tersebut, termasuk elemen-elemen kesalahan. Akibat pengakuan bersalah hendaklah dijelaskan, khususnya jenis dan julat hukuman yang boleh dikenakan, termasuk jika pertuduhan tersebut membawa hukuman mandatori atau hukuman mati;
IX
(ix) Setelah pertuduhan dibacakan dan diterangkan kepada tertuduh, beliau hendaklah ditanya sama ada beliau mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut atau memilih untuk dibicarakan. Pengakuan ini hendaklah diperoleh daripada tertuduh itu sendiri dan bukannya daripada mana-mana pihak lain, walaupun beliau diwakili oleh peguam bela, bagi memastikan bahawa pengakuan tersebut dibuat secara sukarela oleh tertuduh sendiri;
x
Tertuduh juga hendaklah dibenarkan membuat pengakuan dalam bahasa yang dikuasainya, dan pengakuan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada mahkamah oleh jurubahasa mahkamah yang bertauliah atau seorang jurubahasa yang telah mengangkat sumpah di hadapan mahkamah bagi bahasa selain daripada bahasa-bahasa lazim negara ini;
XI
(xi) Prosedur yang sama hendaklah dipatuhi bagi setiap pertuduhan sekiranya tertuduh menghadapi lebih daripada satu pertuduhan. Selanjutnya, sekiranya tertuduh menghadapi lebih daripada satu pertuduhan, hendaklah diterangkan kepadanya bahawa hukuman akan dijatuhkan secara berasingan bagi setiap pertuduhan tersebut dan sekiranya hukuman penjara dikenakan, hukuman tersebut boleh diperintahkan berjalan secara berturutturut atau serentak bergantung kepada fakta;
XII
(xii) Apabila tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut, mahkamah hendaklah merekodkan pengakuan itu sepenuhnya. Sekiranya terdapat lebih daripada satu pertuduhan terhadap tertuduh, pengakuan bagi setiap pertuduhan hendaklah direkodkan secara berasingan. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang tertuduh yang didakwa, pengakuan bersalah setiap tertuduh hendaklah direkodkan secara berasingan;
XIII
(xiii) Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada pengakuan tersebut, dan pengakuan bersalah dibuat secara sukarela, tanpa sebarang paksaan, ugutan, janji atau salah faham. Tertuduh harus dimaklumkan mengenai tiga perkara berikut:
a
Pertama, tertuduh hendaklah dimaklumkan bahawa sekiranya beliau mengaku bersalah, perbicaraan tidak akan dijalankan. Dengan kata lain, tiada saksi akan dipanggil dan hukuman boleh dijatuhkan semata-mata berdasarkan pengakuan bersalah tersebut;
b
Kedua, tertuduh hendaklah dimaklumkan bahawa beliau boleh dijatuhi hukuman maksimum bagi kesalahan yang dilakukan, termasuk hukuman mati, penjara, denda dan juga sebatan, sekiranya hukuman tersebut diperuntukkan bagi kesalahan berkenaan; dan
c
Ketiga, tertuduh hendaklah dimaklumkan bahawa sekiranya beliau mengaku bersalah, beliau hanya boleh merayu terhadap hukuman dan bukan terhadap sabitan.
XIV
(xiv) Fakta kes dan barang-barang kes hendaklah dibentangkan oleh pihak pendakwaan, dan tertuduh hendaklah diberi peluang untuk menyatakan sama ada beliau menerima fakta dan barangbarang kes tersebut tanpa sebarang pertikaian;
XV
(xv) Adalah lebih wajar bagi mahkamah untuk hanya merekodkan sabitan setelah mendengar rayuan mitigasi tertuduh, memandangkan terdapat keadaan di mana semasa mitigasi tertuduh mungkin menyatakan perkara-perkara yang menunjukkan bahawa pengakuan bersalah tersebut tidak dibuat secara sepenuhnya, tanpa syarat, tanpa kelayakan dan tidak bersifat jelas serta tegas;
XVII
(xvii) Sekiranya terdapat sebarang keraguan, sama ada mengenai kefahaman tertuduh, keadaan fizikal atau mentalnya, atau penerimaan terhadap fakta dan barang kes, mahkamah hendaklah menolak pengakuan bersalah tersebut dan mengarahkan perbicaraan dijalankan;
XVI
(xvi) Tertuduh boleh menarik balik pengakuan salahnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman oleh kerana mahkamah tidak [2025] CLJU 3585 Legal Network Series 28 akan mempunyai bidang kuasa (functus officio) untuk mengubah keputusan selepas hukuman dijatuhkan.””
27
Berdasarkan kepada panduan Mahkamah Rayuan tersebut, mahkamah dalam mensabitkan tertuduh 1 telah memastikan kesemua prosedur dalam garis panduan dipatuhi sebelum merekodkan sabitan kesalahan seperti yang telah dinyatakan seperti di atas.
28
Dalam kes ini, tertuduh 1 telah dua kali membuat pengakuan salah iaitu pada 31/10/2025 dan 23/1/2026.
29
Pengakuan salah tertuduh 1 adalah jelas, dibuat oleh tertuduh sendiri, tidak bersyarat, dan direkodkan hanya selepas mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh 1 benar-benar memahami sifat pertuduhan serta akibat pengakuan salah. Oleh itu, mahkamah telah merekodkan pengakuan salah tertuduh 1 dan mensabitkan tertuduh 1 di atas pertuduhan di P1. Tiada rayuan terhadap sabitan boleh dibuat apabila tertuduh telah memilih mengaku salah.
30
Seksyen 305 Akta 593 memperuntukkan seperti berikut: “When plea of guilty limited right of appeal
305
When an accused person has pleaded guilty and been convicted by a Magistrate on that plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence.”
31
Mahkamah Rayuan dalam kes Teoh Geok Chin (supra) telah secara jelas menghuraikan berkenaan kesan seksyen 305 Akta 593 ini seperti berikut: “16. Maksud dan efek Seksyen 305 KTJ adalah jelas. Seorang perayu yang telah memilih untuk mengaku salah tidak boleh merayu terhadap sabitan tersebut dan hanya terbatas untuk merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan sahaja.
17
Prinsip ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Munawar Ahmad Anees v. PP [2009] 2 CLJ 42 seperti berikut: "[25] Finally, it is noted that in dismissing the appeal the learned judge of the High Court had given due consideration to the fact that the appeal by the applicant was in relation to the applicant's conviction and sentence upon his own plea of guilt under s. 305 of CPC. Under the said provision of s. 305 of CPC the applicant cannot appeal against the conviction except as to the extent or legality of the sentence. Having referred to the procedure and principles of law as laid down in the Supreme Court's case of Lee Weng Tuck & Anor. v. PP [1989] 2 CLJ 120: [1989] 1 CLJ (Rep) 75 the learned judge found that the recording of the plea of guilt made by the applicant was in order and according to law. From the records of appeal available before him there was nothing to show that the proceedings before the Sessions Court where the applicant had pleaded guilty was conducted not in accordance with the procedure and principles laid down in Lee Weng Tuck's case."
18
Mahkamah Persekutuan telah bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa perayu dalam kes tersebut terhalang dibawah Seksyen 305 KTJ dan tidak boleh merayu terhadap sabitan selepas membuat pengakuan salah.
19
Mahkamah ini juga telah dalam kes Khokin Miah v. Pendakwa Raya [2025] CLJU 233 memutuskan prinsip yang sama. Fakta kes tersebut adalah mirip dengan kes ini di mana perayu telah mengaku salah semasa kes pendakwaan dijalankan. Perayu tersebut juga telah membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman. Azmi Ariffin HMR yang menulis penghakiman bagi Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: "[13] Peruntukan seksyen 305 Kanun Tatacara Jenayah ini jelas menyatakan bahawa seseorang tertuduh yang mengaku salah dan disabitkan di atas sesuatu pertuduhan hendaklah dihalang daripada merayu terhadap sabitan kecuali berkenaan dengan berat atau sahnya hukuman itu sahaja (there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence). [14] Rasional di sebalik peruntukan ini adalah seseorang yang mengetahui dan menyedari sifat serta akibat pengakuan salahnya yang dibuat tanpa syarat tidak sepatutnya merasa terkilan di atas sabitan yang direkodkan. Ini adalah kerana beliau sendiri yang memilih untuk berbuat demikian dengan sukarela tanpa apa-apa paksaan, pujukan atau janji daripada mana-mana pihak"
31
Keputusan Mahkamah Rayuan ini menjelaskan bahawa tiada rayuan boleh dibenarkan terhadap sabitan apabila tertuduh 1 yang telah mengaku salah kecuali mengenai takat atau keesahan hukuman sahaja.
32
Faktor terpenting dalam menjatuhkan hukuman adalah pastinya faktor kepentingan awam. Akta 234 adalah digubal dengan menetapkan hukuman yang tinggi bagi kesalahan seperti mana yang dipertuduhkan ke atas tertuduh yang bertujuan untuk menangani masalah dadah di negara kita.
33
Dalam kes Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJ 77; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 di mana Mahkamah Rayuan telah mengulas berkenaan keseriusan kes-kes melibatkan jenayah dadah seperti berikut: "... The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. Drug addictions are rampant and the Government as well as the legislature have tried to curb these addictions especially amongst youths but met with little success. Death sentences and heavy penalties have been introduced but we find drug addicts everywhere. The addiction to drugs have led to other offences such as thefts, burglary and snatch thefts. Some of these offences lead to serious consequences….The seriousness of the offences on drugs have been made known since the seventies. Eminent judges have expressed this in so many cases."
34
Manakala Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwaraya lwn Saifulzainizam Mat Nasir [2021] 5 MLJ 265 turut menegaskan bahawa kesalahan berkait dadah ini adalah satu kesalahan yang serius dan wajar dikenakan hukuman yang berat: “[16] We note that over the past decades the superior Courts have time and again emphasised the importance of passing deterrent sentences for drug offenders in view of the public interest element and the need to protect society from these offenders. We take judicial notice of the prevalence of this category of offences until today without any signs of abatement. [17] As far back as 1976, His Lordship Hashim Yeop A. Sani, J (as he then was) in PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, in a landmark judgment, after tracing the series of legislative amendments to the Dangerous Drugs Ordinance, 1952 enhancing the penalties prescribed therein, remarked that: "It is common sense to say that behind these legislative exercises was the government's realisation albeit gradual, of the problem of drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse of dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society itself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the public policy. It must be presumed that behind the public policy is the consideration of public interest. The change in the attitude of the legislature itself during the last three years reflects the seriousness of the problem. In my view the Courts will not be performing their functions honestly if the seriousness of the situation is not reflected in the sentence imposed or if the sentence appears to defeat the object of the statute. This is not saying that the Courts in the treatment of drug offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the Courts must be realistic and rational." [See also Union of India v. Kuldeep Singh AIR [2004] SC 827]”
35
Dalam kes yang melibatkan kesalahan dadah, sungguhpun tertuduh telah membuat pengakuan salah, hukuman yang diberikan oleh mahkamah hendaklah bersifat tegas dan mencerminkan pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh bahkan kepada masyarakat awam yang saban hari mendengar berita-berita berkenaan kesalahan-kesalahan melibatkan kesalahan dadah di media massa serta di media sosial.
36
Berdasarkan fakta kes yang telah dikemukakan (P8), mahkamah mendapati tertuduh 1 telah membawa (carrying) dadah-dadah tersebut. Ia menunjukkan penglibatan tertuduh 1 sebagai pembawa semata-mata memandangkan tiada apa-apa keterangan bagi menunjukkan penglibatan tertuduh 1 menyerahkan dadah-dadah tersebut kepada mana-mana inidividu atau pihak ketiga. Perbuatan ini dalam apa jua keadaan adalah termasuk sebagai satu perbuatan pengedaran dadah.
37
Namun dalam menentukan sama ada tertuduh 1 wajar dikenakan hukuman mati, mahkamah perlu mengambil kira hasrat Parlimen Malaysia melalui penggubalan Akta 846. Parlimen telah telah mewujudkan suatu undang-undang yang memansuhkan hukuman mati mandatori dan membenarkan mahkamah mengenakan hukuman alternatif iaitu penjara seumur hidup kecuali dalam kes-kes tertentu.
38
Ini dapat dilihat melalui Mukadimah Akta 846 yang menyatakan seperti berikut: “ Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, untuk mengubah hukuman yang berhubungan dengan pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya.”
39
Berdasarkan peruntukann terbaru ini, bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta 234, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan hendaklah mengenakan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.
40
Dalam masa yang sama, mahkamah turut mengambil perhatian bahawa jumlah dadah yang terlibat dalam kes ini adalah terlalu banyak. Namun mahkamah berpandangan mahkamah turut perlu mempertimbangkan bahawa tertuduh 1 telah mengambil tanggungjawab dengan mengaku salah ke atas pertuduhan yang dikenakan. Ini bagi mahkamah adalah faktor utama yang perlu diberi perhatian oleh mahkamah dalam menentukan kewajaran mahkamah ini untuk mengenakan hukuman alternatif.
41
Selanjutnya mahkamah turut mengambil kira trend hukuman yang pernah diputuskan melibatkan pengakuan salah tertuduh terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta 234 seperti berikut: No Nama Kes Tertuduh mengaku salah Berat Dadah Hukuman 1. Pendakwa Raya v Yap Yee Huat [2019] 1 LNS 1249 Pendakwaan telah memanggil 4 orang saksi, namun kemudian tertuduh mengaku salah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB Akta 234 1,581,5 gram Ketamin Penjara seumur hidup dari tarikh tangkap dan 15 sebatan 2. Pendakwa Raya v Alfredo Mollo Mendoza Tertuduh mengaku salah bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta 234 690.7 gram Cocaine Penjara seumur hidup dari tarikh tangkap [2026] MLJU 624 dan 15 sebatan
42
Selain itu, dalam kes Aphidach Yapha v Pendakwa Raya [2025] MLJU 3092, tertuduh telah mengaku salah bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 dan mahkamah telah mensabitkan tertuduh serta mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 15 sebatan bagi berat dadah cannabis sebanyak 49,429.8 gram. Mahkamah Rayuan dalam keputusannya menolak rayuan tertuduh dan mengekalkan hukuman yang telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi.
43
Akhir seklai, mahkamah berpandangan bahawa Akta 846 tidak menyatakan jenis kes yang mewajarkan hukuman mati dikenakan, namun ia meletakkannya ke atas budi bicara seseorang hakim. Semestinyalah penilaian seseorang hakim adalah tertakluk kepada fakta sesuatu kes.
44
Dalam kes ini selepas mahkamah menilai fakta kes dan mengambil kira pengakuan salah tertuduh 1, maka mahkamah bersetuju bahawa ia mewajarkan mahkamah mengenakan hukuman alternatif.
45
Setelah mengambil kira kesemua faktor-faktor dan prinsip undang-undang yang sedia ada, mahkamah ini berpandangan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap dan 15 sebatan yang dijatuhkan ke atas tertuduh 1 adalah wajar dan adil. Bertarikh: 1hb. April 2026 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kangar, PERLIS Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : TPR Mohd Hadi Hakimi Bin Harun Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis Aras 3, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan 01000 Kangar, Perlis Bagi Pihak Tertuduh Pertama : Encik Burhanudeen Bin Abdul Wahid Tetuan Burhan & Co Peguam Bela dan Peguam Cara 1564-Ll, Wisma Burhan, Jalan Kota 05000 Alor Setar, Kedah Bagi Pihak Tertuduh Kedua : Encik Rafidi Bin Mohamad Tetuan Shamsudin Bahari & Rafidi Peguam Bela dan Peguam Cara No. K-5 Tingkat Atas Jalan Syed Sheikh, Pekan Baru 09100 Baling Kedah Tarikh Keputusan : 23hb Januari, 2026 Undang-Undang Yang Dirujuk : Akta Dadah Berbahaya 1952 Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 Kanun Keseksaan Kanun Tatacara Jenayah Kes-Kes Yang Dirujuk : Teoh Geok Chin dan Pendakwa Raya [2025] CLJU 3585 Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJ 77; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 Pendakwaraya lwn Saifulzainizam Mat Nasir [2021] 5 MLJ 265 Pendakwa Raya v Yap Yee Huat [2019] 1 LNS 1249 Pendakwa Raya v Alfredo Mollo Mendoza [2026] MLJU 624 Aphidach Yapha v Pendakwa Raya [2025] MLJU 3092
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.