Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B51CY-1-01/2021
TA-B51CY-1-01/2021
Sessions Court of Malaysia14 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ed if the words not proved to be true do not materially injure the Plaintiff’s reputation having regard to the truth of the remaining charges” Kes Sejati Maju Construction Sdn Bhd Lwn Thong Siau Mei [2017] MLRH 400-401 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut; “[19] Bagi pembelaan justifikasi, undang-undang a”
“document via eFILING portal 17 Di peringkat ini, Mahkamah menggunapakai prinsip undang-undang bagi pembuktian ganti rugi yang dituntut iaitu NCR Century (M) Sdn Bhd dan Satu Lagi Lwn Lai Yan Chee [2020] MLJU 1396; “[60]Untuk tuntutan ganti rugi, maka perlu dibuktikan bahwa pernyataan tersebut menyebabkan seseorang meng”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B51CY-1-01/2021
1
TUAN MUHAMMAD SHAHRUL AZLAN BIN TUAN ABDUL RAHMAN
2
SITI NUR AMIRA BINTI IBRAHIM (NO.K/P:930531-11-5562) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN DR SARAH SAKINAH BINTI ABD RAHMAN …DEFENDAN
1
Ini adalah rayuan oleh pihak perayu Plaintif-plaintif yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah pada 14 Julai 2025 yang memutuskan di atas imbangan kebarangkalian, pihak perayu Plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap pihak responden Defendan dan oleh itu Mahkamah telah menolak tuntutan pihak perayu Plaintif-plaintif terhadap pihak responden Defendan dengan kos sebanyak RM5000.00.
2
Tuntutan perayu Plaintif-plaintif Perayu Plaintif-plaintif telah membawa tindakan ini terhadap pihak responden Defendan atas kausa tort fitnah berdasarkan kenyataan komen yang telah dimuatnaik di media sosial iaitu di Group Facebook Anak-anak Jerteh Besut oleh pihak responden Defendan seperti berikut: “Pohon bapa kepada anak jagan teruskan penipuan untuk dapatkan duit dengan cara yang tak halal ini… anak takde pun perlu pemindahan hati dalam masa terdekat Baru lepas pembedahan dan ianya berjaya. Akan keluar wad esok pagi kalua takde apa masalah dan berjumpa semula di klinik pakar dalam sebulan untuk tengok review keadaan bayi Harap semua tak tertipu. Bapa kpd bayi ini mmg well known dengan menipu. Dicari oleh pihak TUDM sebab hilang dari menjalankan tugas.”
3
Akibat daripada komen pihak responden Defendan ini, pihak perayu Plaintif-plaintif menyatakan bahawa mereka mengalami kerugian dan kesusahan iaitu antaranya adalah mereka telah dipandang hina oleh keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekitar serta telah menanggung rasa malu, depresi dan gangguan perasaan yang teruk.
4
Oleh itu, pihak perayu Plaintif-plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap pihak responden Defendan bagi menuntut ganti rugi am dan teladan sebanyak ringgit Malaysia satu juta sahaja
5
Ganti rugi Teruk dan Teladan Faedah penghakiman sebanyak 5% setahun ke atas semua jumlah di perenggan i dan ii bermula dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh Perintah/Penghakiman Mahkamah, responden Defendan dikehendaki menyiarkan satu permohonan maaf kepada Plaintif-plaintif seperti berikut; i. untuk membuat kenyataan permohonan maaf yang mana kandungan kenyataan permohonan maaf tersebut mestilah disemak dan disahkan oleh perayu Plaintif-plaintif. ii. kenyataaan maaf tersebut mestilah disiarkan dalam/di laman media sosial Facebook terutamanya di ruangan ‘GROUP FACEBOOK ANAK-ANAK JERTEH, BESUT’. iii. kos tindakan dan; iv. lain-lain relif yang Mahkamah fikirkan wajar.
6
Pembelaan Responden Defendan Pihak responden Defendan dalam pernyataan pembelaannya telah menafikan komen tersebut adalah bersifat fitnah dan dibuat dengan tidak mempunyai niat jahat terhadap pihak perayu Plaintif-plaintif. Pihak responden Defendan juga telah memplidkan pembelaan justifikasi menurut Seksyen 8 Akta Fitnah 1957, ulasan saksama dan perlindungan bersyarat menurut Seksyen 9 Akta yang sama. Oleh yang demikian, pihak responden Defendan memohon agar keseluruhan tuntutan perayu Plaintif-plaintif ditolak dengan kos.
7
Ringkasan Fakta Kes Plaintif-plaintif merupakan ibubapa kepada seorang bayi bernama Tuan Nur Raisha Mikayla yang telah disahkan oleh pakar perubatan sebagai pesakit Biliary Atresia di mana prosedur-prosedur pembedahan iaitu ODC + Liver Biopsy + Kasai Procedure telah dijalankan ke atasnya pada 22 Ogos 2019 dan pembedahan tersebut telah berjaya.
8
Selanjutnya, selepas 14 hari pembedahan tersebut, bayi tersebut telah dibenarkan pulang setelah pihak pakar perubatan mendapati kesihatan bayi tersebut selepas pembedahan adalah memuaskan. Pada 8 Disember 2019, setelah pemeriksaan dibuat ke atas bayi tersebut, hasil pemeriksaan mendapati bahawa kesihatannya kurang memuaskan dan pihak perayu Plaintif-plaintif telah memohon rujukan untuk pemindahan hati dilakukan ke atas bayi tersebut. Selanjutnya, perayu Plaintif-plaintif telah merujuk bayi tersebut ke Gastroenterologist University Malaya Medical Centre (UMMC) dimana bayi tersebut telah dimasukkan ke wad untuk evaluasi pembedahan hati.
9
Pada 24 Ogos 2019, SP4 melalui akaun media sosial Facebook dengan nama akaun ‘Bob Azha King’ telah memuatnaik satu posting seperti berikut; “Allahurabbi..Bantulah Raisha Warga AAJB juga hambamu ini..tinggal di kg limbongan. Amat2 memerlukan bantuan kewangan bagi kos pembedahan pemindahan hati di shanghai china. Tuan Rafa Azlan +6014-3999306”
10
Pihak responden Defendan sebagai memberi respon kepada hantaran yang dibuat oleh SP4 ini telah memuatnaikkan satu komen seperti yang dinyatakan di bahagian ‘Tuntutan perayu Plaintif-plaintif’ di atas yang didakwa oleh pihak perayu Plaintif-plaintif sebagai satu fitnah terhadap pihak perayu Plaintif-plaintif khasnya Plaintif Pertama. Justeru, pihak perayu Plaintif-plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap pihak responden Defendan. Saksi-saksi Saksi perayu Plaintif-plaintif SP1 – Tuan Muhammad Sharul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman SP2 – Siti Nur Amira binti Ibrahim SP3 – Mohd Kamal bin Ibrahim SP4 - Mohd Azha bin Zahari Saksi responden Defendan SD1 – Dr Sarah Sakinah Mohammad SD2 - Dr Adham Dan bin Adnan SD3 - Dr Amyny Aisha binti Che Musa SD4 - Hasniza binti Ghazali SD5 - Dr Mohd Tarmizi bin Md Nor SD6 - Dr Mohd Faizal bin Abdullah SD7 - Dr Nur Syiadah binti Daud dan SD8 - Dr Nuur Hayati Sawfiah binti Mohd Radzi
11
Setelah mendengar keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak perayu Plaintif-plaintif dan responden Defendan, serta meneliti hujahan bertulis pihak-pihak di akhir kes, Mahkamah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian, pihak perayu Plaintif-plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap pihak responden. Alasan-alasan bagi keputusan ini adalah seperti berikut:
1
Pihak perayu Plaintif-plaintif gagal membuktikan elemen-elemen bagi tuntutan fitnahnya terhadap pihak responden Defendan dalam tindakan ini. Mahkamah telah merujuk kes Lim Guan Eng V. Datuk Tan Teik Cheing & Anor [2025] 3 MLRA 720 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan tiga elemen yang mesti dipenuhi terlebih dahulu oleh pihak yang menuntut bagi kes tuntuan fitnah sepertimana berikut:- [3] To succeed in his claim for defamation, the appellant has to prove three elements as follows:
i
The words are defamatory;
II
(ii) It referred to him; and
III
(iii) It was published, that is, communicated to a third party. Berdasarkan kes yang dirujuk di atas, adalah jelas bahawa elemen-elemen di atas mestilah dibuktikan terlebih dahulu oleh Plaintif secara bersama (conjunctive) dan bukannya secara berasingan. Dalam tindakan ini, Mahkamah mendapati bahawa pihak perayu Plaintif-plaintif telah gagal membuktikan elemen-elemen tersebut secara bersama (conjunctive) dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap responden Defendan apabila perayu Plaintif- plaintif telah gagal membuktikan bahawa kenyataan komen responden Defendan tersebut adalah bersifat fitnah.
2
Kenyataan komen responden Defendan bukanlah bersifat fitnah 2.1 Penelitian secara keseluruhan terhadap kenyataan komen oleh pihak respondan Defendan ini dan dibandingkan dengan kronologi kes, Mahkamah berpendapat bahawa kenyataan pihak responden Defendan tersebut adalah dibuat berdasarkan pengetahuan pihak responden Defendan sendiri berkenaan keadaan dan tahap kesihatan bayi perayu Plaintif-plaintif pada tarikh hantaran tersebut dibuat. Pihak responden Defendan juga mempunyai pengetahuan tentang tahap kesihatan bayi itu sejak menjalani prosedur-prosedur pembedahan dengan selamat pada 22 Ogos 2019 dan telah dibenarkan pulang setelah keadaan kesihatannya adalah memuaskan pada ketika itu. Dalam kata lain, kenyataan komen pihak responden Defendan ini adalah lebih kepada ingin menceritakan perkara yang sebenarnya tentang keadaan bayi perayu Plaintif-plaintif pada ketika itu kepada ahli kumpulan dalam laman sosial Facebook Anak-anak Jerteh Besut yang bukanlah seperti apa yang dinyatakan dalam hantaran yang dibuat oleh SP4. Selanjutnya, pihak perayu Plaintif-plaintif juga gagal membuktikan bahawa pada tarikh hantaran tersebut dimuatnaik, keadaan kesihatan bayi mereka adalah tidak memuaskan kerana kegagalan prosedur pembedahan pada 22 Ogos 2019 yang mana memerlukan bayi tersebut segera dibedah di Shanghai, China. Tiada saksi atau sebarang dokumen dikemukakan bagi membuktikan perkara ini oleh pihak perayu Plaintif-plaintif. Sebaliknya, pihak responden Defendan melalui keterangan saksi mereka iaitu SD5 yang merupakan ketua perawat dan ketua pembedahan yang secara langsung terlibat dalam pembedahan bertarikh 22 Ogos 2019 tersebut ke atas bayi perayu Plaintif-plaintif, telah mengesahkan bahawa pembedahan tersebut adalah berjaya.
2
2.2 Begitu juga dengan kenyataan komen pihak responden Defendan yang menyatakan iaitu; “...Bapa kpd bayi ini mmg well known dengan menipu. Dicari oleh pihak TUDM sebab hilang dari menjalankan tugas...” Mahkamah berpendapat bahawa kenyataan komen responden Defendan ini bukan dibuat secara membuta-tuli tetapi sebaliknya adalah berdasarkan pengetahuan beliau dan juga disokong oleh keterangan saksi-saksi lain terutamanya SD6 yang merupakan pegawai yang dilantik bagi menyiasat berkaitan kes pemalsuan cuti sakit yang melibatkan perayu Plaintif Pertama di dalam tindakan ini. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa kenyataan komen yang dimuatnaik oleh responden Defendan jelas menunjukkan bahawa ianya bukan suatu fitnah terhadap pihak perayu Plaintif-plaintif tetapi merupakan komen yang benar dan tidak direka-reka oleh pihak responden Defendan bagi memberi maklumat bahawa hantaran berkenaan keadaan bayi perayu Plaintif-plaintif yang dimuatnaik oleh SP5 adalah sesuatu yang tidak kena dan perlu diambil maklum secara berhati-hati oleh semua ahli kumpulan Facebook Anak-anak Jerteh Besut.
3
Pihak perayu Plaintif-plaintif gagal memplidkan butiran-butiran dan fakta berkenaan dengan unsur niat jahat secara terperinci oleh pihak responden Defendan dalam kenyataan komennya terhadap pihak perayu Plaintif-plaintif secara umumnya dan Plaintif Pertama khasnya. Apabila wujud kegagalan pembuktian fakta-fakta berkenaan unsur niat jahat dalam prosiding fitnah, maka tuntutan pihak perayu Plaintif-plaintif sewajarnya ditolak. Mahkamah merujuk kepada kes berikut; Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh bin Ismail & Anor v Nurul Izzah bt Anwar & Anor [2018] 3 MLJ 726; [2018] 1 LNS 171; “…The burden lies with the plaintiff to establish by evidence that there was malice that had actuated the defendant’s defamatory statement…” Dengan menggunapakai prinsip undang-undang dalam kes ini dan kegagalan pihak perayu Plaintif-plaintif untuk membuktikan niat jahat tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa kenyataan komen pihak responden Defendan bukanlah berniat jahat serta bersifat fitnah terhadap pihak perayu Plaintif-plaintif.
4
Kenyataan pihak responden Defendan adalah dilindungi oleh pembelaan justifikasi dan ulasan/komen yang saksama. Berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, adalah jelas pihak responden Defendan telah berjaya membuktikan bahawa terdapat justikasi dalam kenyataan komen yang dibuat oleh beliau terhadap pihak perayu Plaintif-plaintif. Seksyen 8 Akta Fitnah 1957 menyatakan seperti berikut:- “Justification “In action for libel or slander in respect of words containing two or more distinct charges against the Plaintiff, a defence of justification shall not be fail by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the Plaintiff’s reputation having regard to the truth of the remaining charges” Kes Sejati Maju Construction Sdn Bhd Lwn Thong Siau Mei [2017] MLRH 400-401 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut; “[19] Bagi pembelaan justifikasi, undang-undang akan melindungi defendan sepenuhnya dari sebarang tanggungan atau liabiliti bagi tort fitnah sekiranya dapat membuktikannya. [20] Berbalik kepada pembelaan defendan, untuk berjaya dalam pembelaan justifikasi, defendan perlu menunjukkan bahawa ada kebenaran pada kenyataan yang diterbitkan melalui Facebook tersebut, termasuklah komen berbentuk fitnah yang dibuat. Bagi mewajarkan kenyataan tersebut, defendan perlu membuktikan bahawa kata-kata yang diterbitkan walaupun bersifat fitnah adalah betul atau dibuat berdasarkan kepada kesimpulan yang boleh diambil daripada fakta-fakta yang dapat dibuktikan. Berdasarkan kes di atas, Mahkamah berpendapat bahawa pihak responden Defendan telah berjaya membuktikan bahawa terdapat kebenarannya dalam kenyataan komen perayu Defendan dan bukannya kenyataan yang palsu dan direka-reka. Justeru, pembelaan justifikasi telah berjaya dibuktikan di peringkat ini. Selanjutnya, Mahkamah juga berpendapat bahawa kenyataan komen pihak responden Defendan tersebut adalah merupakan satu komen/alasan yang berpatutan. Hal ini adalah kerana berdasarkan keterangan yang ada, adalah jelas apa yang dinyatakan oleh pihak responden Defendan dalam kenyataan komennya adalah benar-benar terjadi ketika hantaran tersebut dibuat. Rujuk Seksyen 9 Akta Fitnah 1957 yang memperuntukkan bahawa:- Fair comment “9. In an action for libel or slander in respect of words consisting partly of allegations of fact and partly expression of opinion, a defence of fair comment shall not fail by reason only that the truth of every allegation of fact is not proved if the expression of opinion is fair comment having regard to such of the facts alleged or referred to in the words complained as are proved.”
5
Tidak dibuktikan bahawa pihak perayu Plaintif-plaintif terkesan dengan kenyataan komen yang dikatakan sebagai fitnah oleh pihak responden Defendan. Pihak perayu Plaintif-plaintif dalam penyataan tuntutannya antara lain telah memplidkan seperti berikut; a. Akibat kenyataan fitnah responden Defendan ini, pihak perayu Plaintif-plaintif telah dipandang hina di mata keluarga, jiran-jiran, rakan-rakan dan masyarakat. b. Kenyataan fitnah responden Defendan ini menyebabkan ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat menangguhkan hasrat untuk memberi sumbangan kepada bayi perayu Plaintif-plaintif. c. Kenyataan fitnah responden Defendan ini menyebabkan usaha perayu Plaintif-plaintif untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk pemindahan hati bayi mereka telah tertangguh. d. Kenyataan fitnah responden Defendan ini menyebabkan orang ramai berasa sangsi dan prasangka terhadap perayu Plaintif-plaintif. e. Kenyataan fitnah responden Defendan ini menyebabkan reputasi perayu Plaintif sebagai seorang Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terjejas teruk. f. Kenyataan fitnah responden Defendan ini menyebabkan perniagaan perayu Plaintif Kedua mengalami kemerosotan yang teruk. g. Kenyataan fitnah responden Defendan ini menyebabkan ahli keluarga perayu Plaintif-plaintif diejek dan dihina oleh rakan dan jiran tetangga. h. Kenyataan fitnah responden Defendan ini menyebabkan perayu Plaintif mengalami tekanan perasaan yang teruk. Walau bagaimanapun, tiada sebarang keterangan dikemukakan oleh pihak perayu Plaintif-plaintif bagi menunjukkan bahawa kenyataan komen oleh pihak responden Defendan tersebut telah mengakibatkan perayu Plaintif-plaintif mengalami perkara-perkara di atas. Pihak perayu Plaintif-plaintif juga tidak dapat membuktikan bahawa mereka terkesan dengan kenyataan komen oleh pihak responden Defendan sehingga menanggung tekanan yang teruk. Tiada sebarang laporan perubatan yang dikemukakan oleh pihak perayu Plaintif-plaintif bagi mengesahkan bahawa mereka mengalami tekanan dan gangguan perasaan yang teruk akibat dari kenyataan komen yang dibuat oleh pihak responden Defendan. Justeru, atas kegagalan pihak perayu Plaintif-plaintif untuk membuktikan segala butiran yang diplidkan di dalam tuntutannya, maka Mahkamah berpendapat ianya adalah selari dengan dapatan Mahkamah sebelum ini bahawa tidak dibuktikan bahawa kenyataan komen oleh pihak responden Defendan adalah bersifat fitnah yang boleh menyebabkan pihak perayu Plaintif-plaintif terkesan dengan komen responden Defendan tersebut.
6
Tuntutan ganti rugi pihak perayu Plaintif-plaintif terhadap pihak responden Defendan tidak dibuktikan. Atas kegagalan pihak perayu Plaintif-plaintif membuktikan bahawa kenyataan komen oleh pihak responden Defendan adalah bersifat fitnah, maka tuntutan ganti rugi mereka terhadap pihak perayu Plaintif-plaintif tidak wajar dibenarkan. Selain daripada itu, pihak perayu Plaintif-plaintif juga gagal membuktikan secara terperinci segala tuntutan ganti ruginya terhadap pihak responden Defendan. Di peringkat ini, Mahkamah menggunapakai prinsip undang-undang bagi pembuktian ganti rugi yang dituntut iaitu NCR Century (M) Sdn Bhd dan Satu Lagi Lwn Lai Yan Chee [2020] MLJU 1396; “[60]Untuk tuntutan ganti rugi, maka perlu dibuktikan bahwa pernyataan tersebut menyebabkan seseorang mengalami kerugian pecuniari.”
12
Kesimpulan Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati di atas imbangan kebarangkalian, pihak perayu Plaintif-plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutan-tuntutannya terhadap pihak responden Defendan. Oleh itu, Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan pihak perayu Plaintif-plaintif terhadap pihak responden Defendan dengan kos sebanyak RM5000. Bertarikh: 1 September 2025 Norashima binti Khalid Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Kuala Terengganu Terengganu. Peguam bagi pihak Plaintif: Siti Syaerah Binti Meor Zul-Kefli 'Auni Tetuan Syaerah & Maryati Peguam bagi pihak Defendan: Nur Farhana Afiqah Binti Radzwan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.