Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
DA-B52-4-08/2023
Sessions Court of Malaysia23 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ung kepada kenyataan saksi Plaintif berbanding kenyataan Saksi Defendan yang didapati tidak mempunyai kredibiliti. As ‘evidence’ was not conained to documents and the court was enjoined by s 3 of the Evidence Act 1950 to consider oral statements by witnesses, the evaluation and assessment of the credibility (or otherwi”
“a eFILING portal one who wrongfully enters on land in the possession of another and has neither right nor permission to be on the land. Lord Dunedin in Robert Addie & Sons (Collieries) Ltd v Dumbreck [1929] AC 358 at p 371 aptly described a trespasser as one who goes on the land without invitation of any sort and whose”
“ty of this document via eFILING portal land, or sends ailth or any injurious substance which has been collected by him on his own onto another’s land. [22] In Punca Klasik Sdn Bhd v Liza James & Anor [1996] MLJU 88; ; [1996] 3 CLJ 937, Abdul Malik Ishak J (as he then was) explained the cause of action grounded on tresp”
“e used to verify the originality of this document via eFILING portal SD4 Tak ada bukti. [ 19 ] Pencerobohan ke atas tanah / trespass to land mengikut kes My Cove Sdn Bhd v El Nutrition Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 259 adalah seperti yang berikut;- What constituted trespass to land? [46] Any entry without lawful justificat”
“ion is good against all except those who can show a better right of possession in themselves.” (Emphasis added) [ 20 ] Selanjutnya, berdasarkan kes Zeus Enterprise Sdn Bhd & Anor v Gan Heow Kit & Ors [2024] MLJU 2195 [66] In Halsbury’s (Vol. 38 para. 1194) ‘trespass’ connotes a wrongful act of interfering with another”
“Mahkamah bersetuju bahawa Plaintif – Plaintif mempunyai “possessory right” keatas rumah tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam kes Wong Fook Thian & Ors v Raub Energy Venture (Re) Sdn Bhd & Anor [2024] MLJU 3002 (TAB D IOP) Law on trespass [18] In Halsbury’s Laws of Malaysia - Tort (Volume 13(2)) at paragraphs 380.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
1
ANTARA TUAN NURAIN HAFIFI BINTI TUAN MOHD FAUZI
2
RAKIAH BINTI CHE SEMAN (NO. K/P: 690128-03-5642) … PLAINTIF-PLAINTIF
1
DAN TUAN ANUAR BIN TUAN ABDUL KADIR
2
TUAN MOHAMED SIHAR BIN TUAN ABDUL KADIR (NO. K/P: 481028-03-5417) … DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [ 1 ] Perbicaraan penuh telah dijalankan melibatkan 3 saksi di pihak Plaintif dan 3 saksi di pihak Defendan . Pertikaian melibatkan sebuah rumah yang dikenali sebagai 61A, Jalan Nara 16800 Pasir Putih, Kelantan. Plaintif-plaintif membuat tuntutan bahwa Defendan-defendan telah menceroboh/ merobohkan rumah tersebut. Plaintif-Plaintif dan Defendan-defendan adalah satu keluarga. Defendan-defendan merupakan abang ipar kepada Plaintif ke 2. Bapa Plaintif Pertama telah meninggal dunia pada 26/8/2019. [ 2 ] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi kedua pihak dan juga setelah membaca hujahan bertulis maka atas imbangan kebarangkalian Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan Plaintif-plaintif dengan kos. B. FAKTA KES [ 3 ] Rumah kediaman Defendan 2 dan Rumah Kediaman Plaintif-Plaintif yang dirobohkan tersebut berkongsi satu alamat yang sama. Plaintif 1 merupakan anak kepada Plaintif 2 dan merupakan waris dan/atau benefisiari yang sah bagi harta pusaka peninggalan dirujuk sebagai Si Mati. Plaintif 2 bersama-sama Plaintif 1 telah menetap di kediaman yang beralamat di 61A Jalan Nara 16800 Pasir Puteh Kelantan semenjak dari tahun 1989 yang mana rumah tersebut dibina diatas tanah pusaka keluarga Si Mati. [ 4 ] Plaintif-Plaintif mempunyai kepentingan ke atas rumah tersebut dan adalah dalam pengetahuan Defendan-Defendan bahawa keluarga Si Mati termasuk Plaintif-Plaintif sememangnya menetap di rumah tersebut. Pada 26.10.2022, Plaintif 1 telah diberikan hak untuk memegang Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka dan barang kepunyaan Si Mati berdasarkan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian), 1955 yang mana hal ini telah dimaklumkan kepada Defendan-Defendan. [ 5 ] Defendan 1 dan Defendan 2 mempunyai pengetahuan penuh bahawa rumah tersebut telah dihadiahkan kepada keluarga Plaintif 1 dan Plaintif 2 ketika pemilik asal tanah pusaka tersebut masih hidup dan Plaintif 1 dan Plaintif 2 telah membaikpulih serta menaik taraf rumah tersebut sehingga menjadi sebuah kediaman yang selesa untuk diduduki. Setelah Plaintif 1 berkahwin semula dengan suami yang baru, Plaintif 1 telah keluar dari rumah tersebut namun masih menyumbang wang ringgit untuk kegunaan dan menjaga rumah tersebut yang masih didiami oleh Plaintif 2 bersama anak bongsu beliau yang merupakan seorang orang kelainan upaya. [ 6 ] Pada 06.07.2022 jam lebih kurang 2.00 pm, Plaintif 1 telah dimaklumkan melalui aplikasi mesej pesanan ringkas WhatsApp oleh Tengku Rohaini (salah seorang ahli keluarga Defendan 1 dan Defendan 2) bahawa rumah tersebut bakal dirobohkan pada 08.07.2022. Alasan untuk merobohkan rumah tersebut kerana Defendan-Defendan berhasrat untuk menjual tanah pusaka yang mana rumah tersebut dibina. Defendan 1 juga telah memaklumkan kepada Plaintif 1 bahawa Defendan1 dan Defendan dua telah bersepakat bahawa tujuan rumah tersebut dirobohkan adalah bagi memudahkan urusan penjualan hartanah tersebut namun begitu sehinga ke tarikh pemfailan saman ini, hartanah tersebut masih lagi tidak terjual dan / atau dijual. [ 7 ] Plaintif 1 telah berusaha untuk berunding dengan DefendanDefendan agar pihak Plaintif diberikan masa yang mencukupi bagi mengosongkan rumah tersebut dan juga mendapatkan tempat kediaman yang sesuai bagi adik Plaintif 1 yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) memandangkan adik Plaintif 1 tersebut masih secara berkala menetap di rumah tersebut. Namun, Defendan 1 dan Defendan 2 tetap meneruskan tindakan merobohkan rumah tersebut tanpa kebenaran dan tanpa persetujuan Plaintif 1 dan Plaintif 2 pada 08.07.2022. [ 8 ] Defendan 1 dan Defendan 2 juga telah bertindak meletakkan harta benda Plaintif 1 dan Plaintif 2 ke sebuah pondok buatan sendiri yang tertutup. Sehingga ke Tarikh pemfailan saman ini, Plaintif-Plaintif masih tidak diberikan pampasan keatas kerugian harta benda yang ditanggung mereka akibat daripada pencerobohan dan gangguan tanah dan rumah tersebut meskipun Surat Tuntutan daripada Peguamcara bertarikh 18.02.2023 dan 28.03.2023 telah diserahkan kepada Defendan 1 dan Defendan 2. [ 9 ] Berpunca daripada pencerobohan dan gangguan ke atas rumah tersebut, Plaintif 1 telah dipanggil oleh Pegawai Penyiasat Polis bagi mengambil keterangan dan telah dimaklumkan bahawa meter eletrik bagi rumah tersebut telah dipotong sebelum pencerobohan, gangguan dan perobohan rumah tersebut. Plaintif 1 telah ke cawangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan telah dimaklumkan bahawa permohonan telah dibuat oleh Defendan 2 tanpa persetujuan Plaintif-Plaintif untuk pemotongan meter eletrik pada bulan Jun 2022 dan meter eletrik telah dipotong pada 03.07.2022 berdasarkan permohonan tersebut. [ 10 ] Namun begitu, berdasarkan catatan pada borang Permohonan Penutupan Akaun Eletrik TNB, pihak TNB dimaklumkan bahawa rumah tersebut akan dirobohkan pada hari Selasa iaitu pada 05.07.2022 iaitu lebih awal daripada tarikh yang dimaklumkan oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif-Plaintif. Plaintif-plaintif menegaskan bahawa permohonan pemotongan meter eletrik ini telah dibuat secara salah dan dengan niat jahat untuk menyusahkan Plaintif-Plaintif, dan pemotongan dibuat tanpa memaklumkan kepada Plaintif-plaintif terlebih dahulu. Ini merupakan salah satu pencerobohan dan gangguan yang dilakukan oleh Defendan 1 & Defendan 2 keatas tanah dan atau/rumah tersebut. [ 11 ] Defendan 1 dan Defendan 2 dengan niat jahat telah abai serta gagal untuk membuat rundingan serta berbincang dengan Plaintif-Plaintif mengenai penjualan tanah pusaka yang mana rumah tersebut dibina sedangkan Plaintif-Plaintif merupakan antara waris yang layak keatas tanah pusaka tersebut serta mempunyai hak eksklusif keatas rumah tersebut. Tindakan pencerobohan dan gangguan yang dilakukan oleh Defendan 1 dan Defendan 2 menyebabkan Plaintif-Plaintif terutamanya Plaintif 2 tidak lagi dapat menikmati faedah daripada rumah tersebut bahkan terpaksa menanggung kerugian wang ringgit yang banyak. C. ISU – ISU UNTUK DIBICARAKAN [ 12 ] Isu – isu seperti yang berikut;
12
12.1. Samaada rumah bercat hijau didiami oleh Plaintif – Plaintif sebelum dirobohkan dan Plaintif – Plaintif mempunyai hak keatas rumah tersebut 12.2. Samaada terdapat pencerobohan dan perobohan rumah dilakukan oleh Defendan – Defendan.
12
12.3. Samaada rumah yang diceroboh dan dirobohkan merupakan rumah yang bercat hijau.
12
12.4. Samaada terdapat kacau ganggu daripada Defendan – Defendan sehingga menyebabkan Plaintif – Plaintif tidak dapat menikmati faedah D.DAPATAN i. Samaada rumah bercat hijau didiami oleh Plaintif – Plaintif sebelum dirobohkan dan Plaintif-Plaintif mempunyai hak keatas rumah tersebut? [ 13 ] Berdasarkan keterangan Defendan – Defendan, telah merujuk kepada rumah bercat hijau tersebut sebagai “pondok” seolah – olah ia tidak layak didiami oleh sesiapa pun. Namun Plaintif dalam hujahannya telah merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, di mana “rumah” adalah didefinisikan sebagai “binaan untuk tempat tinggal”. Meski pihak Defendan – Defendan menggelarkan rumah bercat hijau tersebut sebagai pondok, namun bagi pihak Plaintif – Plaintif, ia merupakan mahligai mereka dan tidak pernah dinafikan oleh Defendan – Defendan bahawa Plaintif – Plaintif menetap di rumah bercat hijau tersebut. [ 14 ] Mahkamah ini mendapati sebelum rumah bercat hijau tersebut dirobohkan, ianya adalah fakta yang tidak dinafikan bahawa Plaintif – Plaintif sememangnya menetap di rumah bercat hijau tersebut yang dibina atas tanah GRN 15602 Lot 242, Seksyen 2 Bandar Pasir Puteh, Pasir Puteh Kelantan yang mempunyai alamat surat menyurat di 61A Jalan Nara 16800 Pasir Puteh Kelantan. [ 15 ] Perkara ini juga telah diakui oleh Defendan Pertama ketika sesi soal balas seperti yang berikut; PP :Tuan Anuar, saya mohon Tuan Anuar rujuk Ikatan E muka surat 30. Gambar pertama tu, ada rumah berwarna pink tu, boleh bagitahu Mahkamah rumah ni rumah siapa? SD3 : Rumah warna pink dekat belakang tu, itu rumah kakak saya Tuan Maznah binti TuanAbdul Kadir. PP : Yang didiami oleh Defendan Kedua? Setuju? SD3 : Didiami maksudnya? PP : Defendan Kedua duduk. SD3 : Anak saudara Defendan Kedua. PP : Rumah hijau depan ni dalam gambar yang sama? SD3 : Rumah hijau di depan ni berbentuk pondok tapi dai tu bekas … PP : Siapa duduk? SD3 : Ini dulunya diberi kebenaran untuk duduki kepada arwah adik saya. PP : Plaintif-Plaintif duduk setuju? SD3 : Akhir-akhirnya tak duduk. PP : Okay, setuju ke tidak Plaintif-Plaintif duduk rumah ni. SD3 : Pernah duduk rumah tu. PP : Setuju lah. Okay Tuan Anuar setuju jika saya katakan kalau kita ketepikanlah isu alamat ini kan dia tetap tidak dapat menidakkan fakta bahawa rumah bercat hijau ataupun pondok bercat hijau ini telah dirobohkan dan diceroboh oleh DefendanDefendan. SD3 : Saya tak setuju. PP : Tak setuju tapi setuju isu hari ini adalah pencerobohan dan perobohan betul? SD3 : Betul tapi saya tak setuju dengan yang kenyataan itu. [ 16 ] Ianya juga diakui oleh Defendan Kedua seperti yang berikut; PP Okay baik. Lepas tu setuju jika saya katakan Plaintif-Plaintif sebenarnya tinggal di rumah bercat hijau tersebut. SD4 Sebelum dia kahwin memang duduk situ. PP Kira duduk lah. Bare-bare dia pun ada situ lagi. Setuju? Sebelum dirobohkan. SD4 Meme bare yang lama saja urusan sahaja yang ada disitu. PP Barang milik mereka lah keluarga Plaintif-Plaintif. Setuju? SD4 Ya memang betul lah setuju. PP Rujuk kepada Ikatan E muka surat 30. Rumah bercat pink ni siapa duduk? SD4 Dulu saya duduk lah lepas tu anak saya duduk. PP Hat depe warna hijau ni siapa duduk sebelum dirobohkan? SD4 Sebelum Tuan Fauzi meninggal dunia dia duduk situ. PP Plaintif-Plaintif lah. SD4 Ya, Plaintif lah. PP Setuju jika saya katakan rumah ni yang dirobohkan, rumah bercat hijau ni yang dirobohkan. SD4 Ya memang betul [ 17 ] Oleh yang demikian, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa berdasarkan keterangan yang telah diberikan oleh Plaintif – Plaintif dan diakui oleh Defendan – Defendan, sebelum dirobohkan, Plaintif – Plaintif sememangnya mendiami rumah bercat hijau tersebut dan mempunyai hak keatas rumah tersebut. ii. Samaada terdapat pencerobohan dan perobohan rumah dilakukan oleh Defendan – Defendan dan Samaada rumah yang diceroboh dan dirobohkan merupakan rumah yang bercat hijau. [ 18 ] Mahkamah mendapati berdasarkan keterangan semasa sesi soal balas yang dijalankan, pihak Defendan – Defendan sememangnya mengakui bahawa mereka merobohkan rumah bercat hijau yang didiami oleh Plaintif – Plaintif . KENYATAAN DEFENDAN PERTAMA PP Tapi kalau kita rujuk kepada soalan dan jawapan 6, dale PSD3 penyata saksi Tuan Anuar muka surat 3, ada rujuk geran 15602, ada rujuk pondokpondok ni semua ni adalah rumah hijau tu lah? Setuju? Yang dirobohkan. Hok keno rombok tu? Setuju? SD3 Saya setuju. PP Lepas tu masih lagi pada soalan dan jawapan yang sama. Pada baris ke-5 terakhir. Ada bahagian yang kata, saya telah difahamkan dan dimaklumkan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh bahawa ianya dikategorikan sebagai sebuah pondok. SD3 Ya betul. PP Tapi ada bukti daripada Majlis Daerah Pasir Puteh yang mengklasiaikasikan rumah itu sebagai pondok di Mahkamah pada hari ini? SD3 Tak ada lah. PP Lepas tu saya rujuk kepada soalan tambahan tadi. Encik Anuar kata pemilik-pemilik dalam geran ni bersetuju untuk rumah tersebut dirobohkan. SD3 Ya betul. PP Tuan Mohd Fauzi adalah salah seorang pemilik. Setuju dale geran ni? Setuju? SD3 Meninggal ya arwah. PP Tapi ya betul deh ke? SD3 Takkan arwah … PP Lepas tu dalam geran ni juga Plaintif Pertama adalah pentadbir. SD3 Pentadbir ya. PP Betul. Jadi Plaintif Pertama ni anak kepada arwah. Setuju? Betul la ake dia anak kepada arwoh dok? SD3 Tak semestinya sebab dia macam ni. Pasal asal setelah jadi arwah dia tak ada anak laki-laki. PP Tok leh lagu tu. Buke maksud saya dio anak tino arwoh betul ke dok? Dia bintikan nama arwah dok? Jadi dia anok lah ni? SD3 Anak arwah. PP Merupakan ahli keluarga Tuan Anuar juga. Betul? SD3 Betul. PP Tapi ada dapat persetujuan dio ke dok untuk roboh ni? Sebab dia pun berhak ni atas tanoh ni. Ada dapat dok persetujuan dia? Buko kata semua setuju ke ada dapat ke dok? SD3 Saya tak pasti. PP Kira tak pasti lah deh. Tak pasti dapat persetujuan ataupun tidak tapi pencerobohan itu diteruskan lah? Dah roboh da rumah tu ke. SD3 Tidak ceroboh juga sebenarnya. PP Tapi dah dirobohkan lah? SD3 Dah dirobohkan tapi bukan ceroboh. PP Okay, setuju ayat dale ni ni merupakan arahan untuk pindah barang dale rumoh. SD3 Betul. PP Setuju dak arahan tu diberikan kepada Plaintif Pertama sebabnya Defendan-Defendan nok peroboh rumoh tu. Kalau ikut ni perbuale ni. Setuju? SD3 Setuju saya memaklumkannya. PP Lepas tu, setuju jika saya katakan alasan rumah tersebut dirobohkan sebab nak meningkatkan nilai hartanah lah. Setuju jika saya katakan itu alasan yang digunakan oleh Defendan-Defendan. SD3 Untuk menarik ore untuk membelinya. PP Untuk meningkatkan nilai hartanah? Setuju? SD3 Tidak juga tapi untuk menarik minat orang. PP Tapi setuju tak sehingga ke tarikh perbicaraan ini sampa ke hari ni, masih belum dijual tanoh tu. SD3 Sebab tidak mendapat harga yang kita mahu. PP Jadi setuju lah dok nok peroboh sebab nak meningkatkan tanah tu ke? SD3 Kalau ditawarkan harga murah macam mana kita nak jual. PP Ikatan C pada muka surat 18 dan 19 ni deh, setuju jika saya katakan rumoh ni dibina di atas hartanah geran lot 242. Hok tanah sama dengan pondok hijau. SD3 Setuju. PP Tapi bakpo hok ni buleh bina tak dirobohkan? Hok pondok hijau kenapa roboh? SD3 Hok ni bangunan kedai. PD Dia tanya berkenaan rumah hijau, dia kata rumah hijau diceroboh oleh Defendan, Tuan Anuar tak setuju. Boleh jelaskan sebab apa tak setuju kata rumah hijau diceroboh oleh Defendan. SD3 Rumah hijau tu saya tak setuju sebab rumah itu walaupun pernah diduduk oleh Plaintif-Plaintif tetapi rumah itu telah ditinggalkan lebih daripada 1 tahun tak duduk. Selepas pada kahwin je dah tak duduk rumah tu. Jadi kita roboh tu kerana ada sebab lah. Sebab menghalang semak samun, rumah pun sudah buruk, bocor disitu sini sudah makan anai-anai. Jadi bagi kita, kita tak ada lah hati-hati nak halau tapi yang sebenarnya niat kita tu nak lain tapi dianggap seperti kita bermusuh. Itu yang kita tak sedapnya kita ni bapak sedaranya. Kita tak ada niat pun nak berkelahi dan pernah dia semasa dia tinggal di luar, dia pernah pergi dekat rumah baikbaik tapi cang-cang keluar surat notis. Seperti nak tipu kita lah. Itu je. KENYATAAN DEFENDAN KEDUA PP Setuju jika saya katakan Plaintif-Plaintif yang menjaga rumah bercat hijau ni sebelum dirobohkan. SD4 Plaintif. PP Lepas tu, setuju jika saya katakan Defendan-Defendan ni memaklumkan perobohan rumah hijau tu pada 6.7.2022. Kalau kita rujuk kepada Ikatan E, pada muka surat 44. Tarikh perbualan tu bila? 6.7.2022 setuju? Tarikh bila? SD4 6 Julai. PP Maklum untuk kononnya rancangan untuk dirobohkan pada, berdasarkan perbualan ini? 8 Julai setuju? SD4 Ya. PP Jadi setuju jika saya katakan Plaintif sebenarnya diberikan masa yang singkat untuk mengemas, untuk mengeluarkan untuk bersedia rumah tersebut dirobohkan. SD4 Saya rasa tak setuju. PP Lepas tu dalam penyata saksi juga ada dinyatakan bahawa rumah sebenarnya dirobohkan pada hujung Julai 2022. Ada bukti rumah roboh pada hujung Julai 2022? Tak ada? Kalau kita rujuk kepada soalan dan jawapan 13 tu lah. Pada sekitar akhir bulan Julai
2022
Kalau lah betul rumah dirobohkan pada akhir Julai 2022, ada dimaklumkan kembali kepada Plaintif-Plaintif berkenaan pertukaran perancangan ini. SD4 Tidak. PP Setuju jika saya katakan kalau lah kita ketepikan isu alamat rumah yang dirobohkan tu tetap rumah yang berwarna hijau. Betul tak? Rumah yang dirobohkan tu. SD4 Betul lah warna hijau. Betul lah. PP Lepas tu ada dimaklumkan dalam penyata saksi lah penamapenama lain bersetuju untuk hartanah tersebut dijual. Ada bukti tak persetujuan daripada kesemua penama-penama dalam geran untuk hartanah ini dijual. SD4 Bukti bertulis tidak ada. PP Tak ada bukti lah saya anggap tak ada bukti lah. Boleh buktikan kepada Mahkamah Plaintif-Plaintif setuju untuk rumah mereka dirobohkan. Rumah bercat hijau itu dirobohkan. Ada bukti dok dia setuju. SD4 Tak ada bukti. [ 19 ] Pencerobohan ke atas tanah / trespass to land mengikut kes My Cove Sdn Bhd v El Nutrition Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 259 adalah seperti yang berikut;- What constituted trespass to land? [46] Any entry without lawful justification by one person on the land in possession of another gives the later a cause of action against the former for trespass. The cause of action for trespass is actionable per se and not dependent on proof of damage. See: Halsbury’s Laws of Malaysia, 2007 Reissue, Volume 13 - Paragraph 380.418. [47] To support an action for trespass against a defendant, possession of the land by the plaintiff must be clear and exclusive. In Senik v Hassan & Anor [1963] 29 MLJ 368 at 370, Suffian J held: “The law of trespass is in my view also quite clear. Trespass is an injury to a possessory right. The plaintiff must have been in possession at the time of the trespass. Any form of possession, so long as it is clear and exclusive and exercised with the intention to possess, is sufficient to support the action. It is not necessary that the plaintiffs possession should be lawful and actual possession is good against all except those who can show a better right of possession in themselves.” (Emphasis added) [ 20 ] Selanjutnya, berdasarkan kes Zeus Enterprise Sdn Bhd & Anor v Gan Heow Kit & Ors [2024] MLJU 2195 [66] In Halsbury’s (Vol. 38 para. 1194) ‘trespass’ connotes a wrongful act of interfering with another person’s property without his consent. This definition had been adopted by the Federal Court in
396
Government of Malaysia & Anor V. Akasah Bin Ahad [1986] 1 MLJ (TAB C IOP) [67] The High Court in Terra Damansara Sdn Bhd v. Nandex Development Sdn Bhd[2006] 8 CLJ 657; ; [2006] 6 [68] Firstly, it is the act of entering upon land in the possession of another. In the present case this would be the plaintiffs as against the defendants who are the trespassers. Secondly, having entered upon such land the trespasser continues to remain on the land. In the present case the hoardings were erected sometime in September 2016 and was removed in February 2017, a period of about 5 months. There was also evidence of continuing trespass thereafter. Thirdly, the trespassers placing or projecting any object upon such land. [ 21 ] Mahkamah bersetuju bahawa Plaintif – Plaintif mempunyai “possessory right” keatas rumah tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam kes Wong Fook Thian & Ors v Raub Energy Venture (Re) Sdn Bhd & Anor [2024] MLJU 3002 (TAB D IOP) Law on trespass [18] In Halsbury’s Laws of Malaysia - Tort (Volume 13(2)) at paragraphs 380.423, 380.424, 380.429, and 380.432, the following passages set out what provides for a cause of action for trespass: “Every entry without lawful justification by one person on land in the possession of another person provides a cause of action for trespass by the latter against the former; and being actionable per se, trespass to land is not dependent on proof of damage to the plaintiff. ...trespass lies in favour of a person with exclusive possession of real and corporeal property.” [19] Of critical importance to note is that the tort of trespass is a civil wrong inflicted upon a party with possessory rights, and this party need not be the registered proprietor of the land for e.g. the party could be a lessee, a tenant, a sub-tenant or a licensee. [ 22 ] Mahkamah mendapati Plaintif – Plaintif sememangnya menetap dirumah bercat hijau tersebut sebelum dirobohkan. Plaintif Kedua terutamanya telah menjaga dan merawat rumah bercat hijau tersebut dan telah menetap dirumah tersebut dari tahun 1989 lagi. Hal ini telah diakui berkali – kali oleh Defendan pada sesi soal balas yang lepas. Perkara ini telah memberikan “possessory right” kepada Plaintif – Plaintif sekaligus .Pencerobohan dan perobohan rumah bercat hijau tersebut telah dibuat tanpa kebenaran dan persetujuan daripada Plaintif – Plaintif menjadikan pencerobohan dan perobohan rumah tersebut dilakukan secara salah sepertimana yang dinyatakan dalam kes Mahkamah Persekutuan Tenaga Nasional Bhd v. Bukit Lenang Development Sdn Bhd [21] Before we dwell on the issue raised by learned counsel for the appellant, it would be useful to brieily state the law on trespass. Halsbury’s Laws of England (4th Ed) Vol 45 gives a deiinition of trespass under the head of Wrongs to Property’ at para 1384 at p 63: Unlawful Entry. Every unlawful entry by one person on land in the possession of another is a trespass for which an action lies, even though no actual damage is done. A person trespasses upon land if he wrongfully sets foot on it, rides or drives over it or takes possession of it, or expels the person in possession, or pulls down or destroys anything permanently iixed to it, or wrongfully takes minerals from it, or places or aixes anything on it or in it, or if he erects or suffers to continue on his own land anything which invades the airspace of another, or if he discharges water upon another’s land, or sends ailth or any injurious substance which has been collected by him on his own onto another’s land. [22] In Punca Klasik Sdn Bhd v Liza James & Anor [1996] MLJU 88; ; [1996] 3 CLJ 937, Abdul Malik Ishak J (as he then was) explained the cause of action grounded on trespass at p 939 (CLJ): On these authorities, it was argued that Ungku Aziz was not a trespasser but had purchased the disputed portion and had stayed there. But alas there was nothing to show by afaidavit evidence emanating from Ungku Aziz that he had stayed on that disputed portion in question. As to the meaning of trespass, it is appropriate to refer to some authorities. In Liew Yu Fatt v Teck Guan & Co Ltd [1966] 1 MLJ 87 at p 90, McGilligan J said: ‘Trespass is, basically, an unlawful entry by one person on, or an unlawful interference by one person with, land in the possession of another’. In Wong See Kui v Hong Hin Tin Mining Co [1969] 2 MLJ 234, Raja Azlan Shah J (as His Majesty then was) said: ‘Trespass consists in the intentional intrusion of another’s land. It is committed not only by intrusion in person but also by propelling objects on to another’s land’. In Segar Restu (M) Sdn Bhd v Wong Kai Chuan [1994] 3 MLJ 530, I have said something about the meaning of trespass which was [1996] MLJU 88 at 14 subsequently quoted with approval in Punca Klasik Sdn Bhd v All Persons In Occupation Of The Wooden House Erected On A Portion Of Land Held Under Grant No: 26977 For Lot 4271 In The Township Of Johor Bahru, Johor and Another Case [1995] 4 BLJ 337 and this was to this effect: ‘Reading the pleadings, one would be able to detect the element of trespass. Who is a trespasser? In law, a trespasser is one who wrongfully enters on land in the possession of another and has neither right nor permission to be on the land. Lord Dunedin in Robert Addie & Sons (Collieries) Ltd v Dumbreck [1929] AC 358 at p 371 aptly described a trespasser as one who goes on the land without invitation of any sort and whose presence is either unknown to the proprietor or, if known, is practically objected to. That would be a aitting description of the defendants. [23] Put simply, trespass onto land is the unlawful direct and immediate interference with the possession of land which is in the possession of another person, or which another person is entitled to possession of. A Latin maxim is frequently employed to deaine the extent of land: ‘cui us est solum, eius est usque ad coelum et ad inferos’ — he who owns the land, owns it all the way to the heavens and to hell. This principle is often referred to in its abbreviated form as ad coelum principle. In modern law, this principle is still accepted in limited form, and rights are divided into space rights and subsurface rights below [ 24 ] Setiap pencerobohan tanpa kebenaran ke atas rumah yang diduduki oleh orang lain adalah satu kesalahan, walaupun tiada kerosakan sebenar berlaku. Prinsip ini disokong dalam kes-kes yang dinyatakan diatas yang menegaskan bahawa sebarang pencerobohan ke atas harta individu, walau sekecil mana pun, adalah satu kesalahan yang memberi hak kepada tindakan undang-undang. Tindakan Defendan – Defendan memasuki rumah bercat hijau tersebut tanpa kebenaran untuk mengalihkan harta benda Plaintif – Plaintif dan selanjutnya merobohkan rumah bercat hijau tersebut merupakan satu bentuk pencerobohan. [ 25 ] Plaintif – Plaintif tidak perlu menjadi pemilik sah tanah dan cukup jika seseorang itu berada dalam penguasaan atau kawalan ke atas tanah tersebut seperti dalam kes Wong Fook Thian & Ors v Raub Energy Venture (Re) Sdn Bhd & Anor [2024] MLJU 3002. Undang-undang Malaysia turut menerima prinsip ini, menjadikan setiap pelanggaran hak terhadap tanah sebagai satu tindakan yang boleh dituntut remedi, tanpa perlu membuktikan kerugian sebenar. [ 26 ] Selaras dengan undang – undang yang mantap di Malaysia, Plaintif – Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa sememangnya berlaku pencerobohan keatas hak mereka yang mana turut diakui oleh Defendan – Defendan. iii. Samaada terdapat kacauganggu daripada Defendan – Defendan sehingga menyebabkan Plaintif – Plaintif tidak dapat menikmati faedah rumah bercat hijau tersebut [ 27 ] Selanjutnya, di dalam hujahan Plaintif menyatakan bahawa tindakan Defendan-Defendan yang telah merobohkan rumah bercat hijau iaitu kediaman yang didiami oleh Plaintif-Plaintif merupakan satu bentuk kacau ganggu (nuisance) yang nyata dan serius, kerana ia secara langsung menghalang Plaintif-Plaintif daripada menikmati hak mereka ke atas hartanah tersebut. Dalam konteks undang-undang tort, kacau ganggu boleh berlaku dalam bentuk fizikal terhadap tanah atau bangunan yang mengganggu penggunaan dan kenikmatan hartanah oleh pihak yang berhak. Perobohan kediaman bukan sahaja menyebabkan kehilangan tempat tinggal, malah menjejaskan keselamatan, privasi, dan hak Plaintif untuk menggunakan hartanah tersebut dengan aman. [ 28 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan UDA Holdings Bhd v. Koperasi Pasaraya Malaysia Bhd & Other Appeals [2009] 1 CLJ 329 (FC): “(1) nuisance by encroachment on a neighbour’s land; (2) nuisance by direct physical injury to a neighbour’s land; and (3) nuisance by interference with a neighbour’s quiet enjoyment of his land, ...It has been said that an actionable nuisance is incapable of exact deiinition. But the essence of private nuisance is easy enough to identify, and it is the same in all three classes of private nuisance, namely interference with land or the enjoyment of land”. [23] At paragraph 380.432 (supra) the following is relevant to the plaintiffs’ claim: “If the defendant intends to enter the land on to which he trespassed it is no defence that he mistakenly thought that it was his own land; mistake is no defence in trespass. On the other hand, if he encroaches into the land involuntarily, no cause of action in trespass can be sustained. It seems that when an act is not intended, the plaintiff’s only cause of action is negligence [ 29 ] Sepertimana yang diakui oleh Defendan – Defendan, pencerobohan dan perobohan keatas rumah bercat hijau yang didiami oleh Plaintif – Plaintif sememangnya berlaku dan berdasarkan undang – undang yang mantap, ia merupakan satu bentuk kacau ganggu (nuisance) yang nyata yang terpakasa dideritai oleh Plaintif – Plaintif disebabkan oleh tindakan tidak berhati perut Defendan – Defendan. [ 30 ] Kesimpulannya, undang-undang kacau ganggu memainkan peranan penting dalam melindungi hak pemilik atau penghuni tanah daripada gangguan yang menjejaskan kehidupan harian dan penggunaan sah harta mereka. Trespass to land adalah satu tort yang "actionable per se", iaitu boleh dibawa ke Mahkamah Yang Mulia ini walaupun tiada kerosakan sebenar (actual damage) berlaku. Ini bermakna Plaintif-Plaintif tidak perlu membuktikan bahawa Plaintif-Plaintif telah mengalami sebarang kerugian kewangan atau kerosakan fizikal untuk berjaya dalam tuntutan sepertimana kes Mahkamah Persekutuan Tenaga Nasional Bhd v. Bukit Lenang Development Sdn Bhd. Apa yang perlu dibuktikan hanyalah bahawa pencerobohan itu berlaku secara salah di sisi undangundang dan tanpa kebenaran yang mana kami percaya telahpun berjaya dibuktikan oleh Plaintif – Plaintif. [ 31 ] Mahkamah berpendapat setiap pencerobohan ke atas harta persendirian, walaupun kecil, adalah satu salah laku yang boleh dituntut. Hak pemilik atau penghuni tanah terhadap kawalan eksklusif ke atas tanahnya adalah mutlak, dan sebarang gangguan tanpa kebenaran dianggap sebagai satu pencabulan hak tersebut. Oleh itu, tindakan Defendan – Defendan yang menceroboh dan merobohkan rumah bercat hijau yang didiami Plaintif-Plaintif merupakan gangguan secara langsung ke atas tanah orang lain tanpa kebenaran dan membolehkan tindakan undang-undang diambil walaupun tidak ada bukti kerugian. [ 32 ] Oleh itu, prinsip "actionable per se" dalam tort trespass memberi kuasa kepada Plaintif-Plaintif sebagai penghuni rumah tersebut untuk menegakkan hak mereka terhadap sebarang pencerobohan yang berlaku, tanpa perlu bergantung kepada bukti kerosakan, dan ini memperkukuhkan perlindungan terhadap harta dan kebebasan individu. E. KREDIBILITI SAKSI DEFENDAN (SD1) TIDAK BOLEH DIGUNAPAKAI. [ 33 ] Seterusnya berkenaan isu kredibiliti saksi sepina Defendan iaitu Pn. Su Aini binti Abdullah (selepas ini dirujuk sebagai SD – 1). kenyataan – kenyataan yang diberikan oleh SD – 1 tidak boleh digunapakai dan diterima oleh Mahkamah ini kerana beliau sendiri mengakui bahawa beliau adalah tidak relevan untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan. PP Puan, boleh Puan ceritakan secara ringkas tak kes hari ini sebenarnya pasal apa? SD1 Cukai pintu, untuk mengesahkan akaun A61 atas Lot 293 Seksyen 2. PP Itu Puan tahulah. Tapi setuju jika saya katakan kes pada hari ini adalah berkenaan pencerobohan dan gangguan penggunaan tanah, setuju ataupun tidak? SD1 Saya tak setuju sebab … Mah Awak tahu ke tak? PP Puan tahu ke tak kes ini? SD1 Kurang jelaslah. PP Puan kurang jelaslah? SD1 Saya tahu tapi tak secara detaillah. PP Jadi, setuju jika saya katakan Puan sebenarnya bukanlah orang yang tepatlah untuk disoal balas pada hari ini berkenaan isu kes ini, pencerobohan ini, setuju ataupun tidak? SD1 Setuju. PP Itu sahaja. Mah Pemeriksaan semula? PD Tak ada Tuan. [ 34 ] Mahkamah ini juga meneliti keterangan saksi sepina SD1 di mana saksi ini tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan relevan mengenai isu pokok dalam kes ini, iaitu pencerobohan, perobohan dan gangguan penggunaan tanah. SD1 mengakui bahawa beliau tidak tahu secara terperinci tentang fakta kes ini, malah apabila ditanya tentang intipati kes ini, saksi menjawab bahawa beliau hanya tahu secara umum berkenaan cukai pintu dan pengesahan akaun, dan bukan berkenaan isu utama kes ini. [ 35 ] Kenyataan SD1 bahawa beliau hanya mengetahui tentang aspek teknikal berkaitan penyata cukai, tanpa mengetahui konteks sebenar kes ini, menunjukkan bahawa keterangan beliau tidak membantu mahkamah dalam menilai isu pencerobohan dan gangguan tanah yang menjadi teras pertikaian. Kehadiran beliau untuk mengesahkan dokumen yang dibuat oleh saksi hanya terhad kepada pengeluaran rekod sistem dan surat pengesahan, tanpa sebarang pengesahan tentang keadaan fiizikal hartanah, pemilikan, atau fakta-fakta substantif yang berkait dengan dakwaan Plaintif. [ 36 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Looh Keo @ Looh Lim Teng & Anor v Looh Chee Peng & Ors [2024] 11 MLJ 628 di mana Mahkamah telah memutuskan untuk bergantung kepada kenyataan saksi Plaintif berbanding kenyataan Saksi Defendan yang didapati tidak mempunyai kredibiliti. As ‘evidence’ was not conained to documents and the court was enjoined by s 3 of the Evidence Act 1950 to consider oral statements by witnesses, the evaluation and assessment of the credibility (or otherwise), of the witnesses were crucial to the present case. In assessing credibility of the witnesses, the court noted that credibility of a witness embraced not only the concept of his truthfulness but also the objective reliability of the witness. In the present case, the court had preferred the evidence of the plaintiff’s witnesses which were ‘more credible’ as compared to the defendants’ witnesses whom the court found ‘evasive’ when troubling questions were put to them and were not credible. The defendants’ witnesses’ evidence simply did not add up. Even if there were discrepancies in the plaintiff’s witnesses’ evidence, if at all, were minor and not relevant, and on the whole, the plaintiff’s witnesses were forthright, their evidence was comprehensive, compelling, convincing and consistent with the documents and the overall probabilities. Some latitude was accorded to the plaintiff due to his advanced years, testifying from hospital, medical conditions and owing to having to cope with a translator. In the context of the entirety of the evidence before the court, the court would resolve any lingering doubt that the court had in favour of the plaintiff (see paras 116 & 119). F. KESIMPULAN [ 37 ] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan hujahan-hujahan yang diberikan , maka atas imbangan kebarangkalian , Mahkamah telah memutuskan tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan dengan kos . Bertarikh 20 Ogos 2025 …………………t.t……………………… HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.