Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45A-18-04/2021 & KA-45-46-11/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
/akn/my/judgment/high-court/2026/04c714d1-79bc-4ec1-8332-3f6e86ed2c54
High Court of Malaysia16 Mar 2026KA-45A-18-04/2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence (Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar Sinappan & Ors v Public Prosecutor [2015] MLJU 1956; [2016] 2 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires pro”
“68. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its ca”
“LJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation b”
“J 401, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention”
“taken in **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation i”
“n or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“P2's evidence is credible and ought **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah]”
“at would be the correct approach **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah]”
“84. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that s”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45A-18-04/2021 & KA-45-46-11/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
1
UDI BIN ALEK … ORANG KENA TUDUH (NO. KP: 860228-52-6237)
2
NOR HIDAYAH BINTI ABD RANI … ORANG KENA TUDUH (NO. KP: 910506-02-5428) (OKT2) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT1 dan OKT2 dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, dan dibaca bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574] bagi kes KA-45A-18-04/2021, dan turut dituduh melakukan satu kesalahan memiliki dadah berbahaya di bawah subseksyen 12(2) Akta 234 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 12(3) Akta yang sama, dan dibaca bersama di bawah seksyen 34 Akta 574 bagi kes KA-45-46-11/2022.
2
Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah seperti yang berikut: KA-45A-18-04/2021: “Bahawa kamu bersama-sama pada 30/07/2020, jam lebih kurang 2.30 petang, di rumah beralamat No. 25, Jalan Kelasi 2/1, Taman Kelasi, Kuala Kedah, dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 657.4 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”. KA-45-46-11/2022: “Bahawa kamu bersama-sama pada 30/07/2020, jam lebih kurang 2.30 petang, di rumah beralamat No. 25, Jalan Kelasi 2/1, Taman Kelasi, Kuala Kedah, dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, telah didapati ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Nimetazepam seberat 0.08 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
3
Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas kedua-dua pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2, dan telah memerintahkan OKT1 dan OKT2 membela diri.
4
OKT1 dan OKT2 telah memilih memberi keterangan secara bersumpah, sebagai SD1 dan SD2, dan turut memanggil seorang saksi pembelaan yang lain iaitu adik kepada OKT2 (SD3). Pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT1 dan OKT2 telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 atas pertuduhan terhadap mereka.
5
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes bagi kedua-dua pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT1 dan atas pertuduhan-pertuduhan terhadap mereka. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan terhadap OKT1, dan bagi OKT2 pula telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap. Tiada sebatan diperintahkan terhadap OKT2 kerana OKT2 merupakan seorang wanita, selaras dengan peruntukan subseksyen 289(a) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
6
OKT1 dan OKT2 tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi kedua-dua pertuduhan yang telah disabitkan ke atas mereka.
7
Bertindak atas maklumat, pada 30.7.2020, lebih kurang pukul 1.45 petang, Pengadu (SP3) telah memberikan taklimat kepada sepasukan anggota polis berkenaan aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah beralamat No. 25, Jalan Kelasi 2/1, Taman Kelasi, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah (lokasi kejadian).
8
Selepas taklimat, SP3 dan anggota serbuan telah pergi ke lokasi kejadian dan sampai di sana pada lebih kurang pukul 2.20 petang. SP3 telah memberhentikan kenderaan yang dinaikinya dalam jarak 10 meter dari rumah tersebut, dan beliau telah membuat pemerhatian selama lebih kurang 10 minit. SP3 turut mendapati pintu pagar dan pintu besi rumah tersebut dalam keadaan berkunci. Hasil pemerhatian selama lebih kurang 10 minit turut mendapati tiada sebarang pergerakan orang dan kenderaan di sekitar rumah tersebut. SP3 kemudiannya telah mengarahkan anggota untuk mengawal pintu belakang rumah tersebut bagi mengelakkan mana-mana suspek melarikan diri.
9
Seterusnya, SP3 telah mengarahkan salah seorang anggota serbuan untuk memotong besi pagar rumah untuk masuk ke dalam kawasan rumah tersebut. Selanjutnya, SP3 telah mengarahkan anggota serbuan untk membuka pintu besi rumah secara paksa dengan membuka skru di sekeliling pintu besi tersebut. Mereka kemudiannya telah berjaya memasuki rumah tersebut melalui pintu sliding yang berada dalam keadaan tidak berkunci.
10
Setelah berjaya memasuki rumah tersebut, SP3 mendapati tiada orang berada di bahagian ruang tamu rumah. SP3 kemudiannya telah mendengar pergerakan orang dari bilik ketiga dan SP3 bersama anggota serbuan telah terus pergi ke bilik ketiga tersebut dan menemui OKT1 dan OKT2 yang sedang dalam keadaan duduk di atas lantai di dalam bilik tersebut. SP3 telah memperkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan menahan kedua-dua OKT. SP3 seterusnya telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap OKT1 tetapi tidak menemui apa-apa barang salah.
11
SP3 kemudiannya telah membuat pemeriksaan lanjut ke atas bilik ketiga tersebut, dan dengan disaksikan oleh OKT1 dan OKT2, SP3 telah menemui satu beg berzip berwarna hijau gelap/biru/merah/putih (eksibit P6), satu bekas snek makanan berwarna biru bertulisan Mister Potato Crisps (eksibit P8), dan satu botol air berwarna hitam bertulisan Attar (eksibit P11), yang kesemuanya ditemui dalam keadaan terdedah di atas meja di dalam bilik ketiga tersebut.
12
Pemeriksaan lanjut SP3 ke atas satu beg berzip berwarna hijau gelap/biru/merah/putih (eksibit P6) tersebut mendapati di dalamnya mengandungi 12 paket plastik lutsinar pelbagai saiz (eksibit P7(1)-(12)) disyaki dadah jenis syabu. Dari dalam satu bekas snek makanan berwarna biru bertulisan Mister Potato Crisps (eksibit P8) pula SP3 menemui enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz (eksibit P9(1)-(6)) disyaki dadah jenis syabu. Seterusnya SP3 turut menemui sembilan keping bungkusan timah berwarna merah/perak (eksibit P12(1)-(9)) yang masing-masing mengandungi 10 biji pil disyaki dadah jenis Erimin 5 dari dalam satu botol air berwarna hitam bertulisan Attar (eksibit P11). SP3 kemudiannya telah merampas kesemua barang kes yang dijumpai dan menangkap kedua-dua OKT. Semasa pemeriksaan dijalankan juga, SP3 mendapati OKT1 berada dalam keadaan terkejut dan takut.
13
Pemeriksaan lanjut SP3 ke atas rumah tersebut tidak menemui apa-apa barang salah atau mencurigakan. OKT1 dan OKT2 juga merayu supaya dilepaskan tetapi rayuan mereka tidak dipedulikan oleh SP3. SP3 telah turut mengeluarkan Senarai Bongkar (eksibit P16) di lokasi kejadian dan telah ditandatangani oleh SP3 dan kedua-dua OKT. Kedua-dua OKT kemudiannya telah dibawa ke IPD Kota Setar bersama barang kes yang dirampas. Barang-barang kes yang dirampas berada di dalam jagaan dan kawalan SP3 sepanjang masa.
14
Semasa di pejabat IPD Kota Setar, SP3 telah menimbang barang kes dadah yang dirampas di hadapan OKT1 dan OKT2 dan mendapati anggaran jumlah berat barang kes tersebut adalah seperti yang berikut: a) 12 paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang ditemui dari dalam satu beg berzip berwarna hijau gelap/biru/merah/putih, anggaran berat 611.53 gram; b) Enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz dari dalam satu bekas snek makanan berwarna biru bertulisan Mister Potato Crisps, anggaran berat 306.91 gram; dan c) Sembilan keping bungkusan timah berwarna merah/perak masing-masing mengandungi 10 biji pil, anggaran berat 25.53 gram.
15
SP3 kemudiannya telah membuat tandaan ke atas semua barang kes tersebut dengan tandaan-tanda seperti yang berikut: a) Satu beg berzip berwarna hijau gelap/biru/merah/putih - ditanda dengan tandaan FD1, tandatangan SP3 dan tarikh 30/7/20 (eksibit P6); b) 12 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah syabu - ditanda dengan tandaan FD1(a) hingga FD1(l), tandatangan SP3 dan tarikh 30/7/20 (eksibit P7(1)-
Subsection
(12)); c) Satu bekas snek makanan berwarna biru bertulisan Mister Potato Crisps - ditanda dengan tandaan FD2, tandatangan SP3 dan tarikh 30/7/20 (eksibit P8); d) Enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah jenis syabu - ditanda dengan tandaan FD2(a) hingga FD2(f), tandatangan SP3 dan tarikh 30/7/20 (eksibit P9(1)-(6)); e) Satu botol air berwarna hitam bertulisan Attar – ditanda dengan tandaan FD3, tandatangan SP3 dan tarikh 30/7/20 (eksibit P11); dan f) Sembilan keping bungkusan timah berwarna merah/perak yang masing-masing mengandungi 10 bili pil disyaki dadah jenis Erimin 5 – ditanda dengan tandaan FD3(a) hingga FD3(i), tandatangan SP3 dan tarikh 30/7/20 (eksibit P12(1)-
Subsection
(9)).
16
SP3 telah membuat laporan polis ke atas tangkapan dan rampasan yang dibuat sebagaimana dalam laporan polis Kuala Kedah/001993/20 (eksibit P15).
17
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 6 petang, SP3 telah menyerahkan kesemua barang kes yang dirampas, laporan polis (eksibit P15), senarai bongkar (eksibit P16) termasuk kedua-dua OKT kepada pegawai penyiasat (SP4). SP3 dan SP4 telah sama-sama menandatangani Borang Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P17) sebagai bukti penyerahan.
18
SP4 telah mengesahkan menerima tangkapan dan juga barang-barang kes daripada SP3. SP4 juga telah membuat tandaan-tandaan beliau seperti yang berikut ke atas semua barang kes yang telah dirampas oleh SP3: a) Satu beg berzip berwarna hijau gelap/biru/merah/putih - ditanda dengan tandaan ‘P’, tandatangan SP4 dan tarikh 30/7/2020 (eksibit P6); b) 12 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah syabu - ditanda dengan tandaan ‘P1’ hingga ‘P12’, tandatangan SP4 dan tarikh 30/7/2020 (eksibit P7(1)-(12)); c) Satu bekas snek makanan berwarna biru bertulisan Mister Potato Crisps - ditanda dengan tandaan PP, tandatangan SP4 dan tarikh 30/7/2020 (eksibit P8); d) Enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah jenis syabu - ditanda dengan tandaan ‘PP1’ hingga ‘PP6’, tandatangan SP4 dan tarikh 30/7/2020 (eksibit P9(1)-(6)); e) Satu botol air berwarna hitam bertulisan Attar – ditanda dengan tandaan ‘PPP’, tandatangan SP4 dan tarikh 30/7/2020 (eksibit P11); dan f) Sembilan keping bungkusan timah berwarna merah/perak yang masing-masing mengandungi 10 bili pil disyaki dadah jenis Erimin 5 – ditanda dengan tandaan ‘PPP1’ hingga ‘PPP9’, tandatangan SP4 dan tarikh 30/7/2020 (eksibit
19
SP4 juga kemudiannya telah membuat timbangan ke atas barang kes dadah yang dirampas dan mendapati anggaran berat adalah sepertimana dinyatakan dalam laporan polis SP3 (eksibit P15).
20
Pada hari yang sama juga, lebih kurang pukul 6.30 petang, SP4 telah merakam sebanyak 12 keping gambar barang kes (eksibit P18A-L) dan membuat dusting ke atas barang-barang kes tersebut. Selepas itu, SP4 telah memasukkan kesemua barang-barang kes dadah iaitu eksibit-eksibit P6, P7(1)-(12), P8, P9(1)-(6), P11 dan P12(1)-(9) ke dalam satu beg barang kes PDRM bertanda ‘E’ (eksibit P5) dan disimpan di dalam almari besi berkunci di biliknya.
21
Pada 31.7.2020, lebih kurang pukul 10 pagi, SP4 telah pergi ke lokasi kejadian bersama SP3. Sampai di lokasi kejadian, SP4 telah merakam 12 keping gambar lokasi kejadian (eksibit P1A-L). SP4 juga telah melakar rajah kasar tempat kejadian (eksibit P19 dan P19(k)).
22
Pada 3.8.2020, lebih kurang pukul 10.39 pagi, SP4 telah menghantar satu beg barang kes bertanda ‘E’ (eksibit P5) bersama borang Pol 31 kepada ahli kimia (SP2) di Jabatan Kimia Malaysia (“JKM”), Alor Setar. SP4 telah turut menerima satu resit rasmi JKM dengan nombor makmal 20-FR-K-04203 (eksibit P3).
23
Pada 21.12.2020, lebih kurang pukul 9.30 pagi, SP4 telah menerima semula barang kes iaitu satu beg barang kes bertanda ‘E’ (eksibit P5) yang bermeterai JKM dengan nombor makmal yang sama berserta Laporan Kimia (eksibit P4) daripada SP2.
24
Pada 22.12.2020, lebih kurang pukul 10.40 pagi, SP4 telah menghantar satu beg barang kes bertanda ‘E’ (eksibit P5) ke stor barang kes IPD Kota Setar dan didaftarkan di bawah nombor eksibit JSJN 1712/20.
25
Keterangan SP2 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 3.8.2020, lebih kurang pukul 10.39 pagi, beliau telah menerima satu permohonan melalui borang Pol 31 berserta satu beg barang kes PDRM bertanda ‘E’ (eksibit P5) daripada SP4. SP2 telah menyerahkan Resit Rasmi JKM (eksibit P3) dengan nombor makmal 20-FR-K-04203 kepada SP4 sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan barang-barang kes tersebut.
26
SP2 turut mengesahkan bahawa satu beg barang kes PDRM bertanda ‘E’ (eksibit P5) tersebut mengandungi barang-barang kes seperti yang berikut: a) Satu beg bertanda ‘P’ (eksibit P6) yang berisi 12 paket plastik bertanda ‘P1’ hingga ‘P12’ (eksibit P7(1) – (12), dan satu bekas makanan bertanda ‘PP’ (eksibit P8) berisi enam paket plastik bertanda ‘PP1’ hingga ‘PP6’ (eksibit P9(1)-(6)) yang kesemuanya mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, SP2 mendapati bahawa bahan kristal jernih tersebut mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 657.4 gram; dan b) Satu botol air bertanda ‘PPP’ (eksibit P11) berisi sembilan keping foil bertanda ‘PPP1’ hingga ‘PPP9’, masing-masing berisi 10 biji tablet berwarna oren (eksibit P12(1)-
Subsection
(9)). Setelah dianalisis, SP2 mendapati kesemua 90 biji tablet tersebut mengandungi dadah berbahaya jenis Nitrazepam dan 0.08 gram Nimetazepam.
27
27.
Preamble
Menurut SP2, kesemua bahan kristal jernih dari eksibit P7(1) –
Subsection
(12) dan eksibit P9(1) – (6) telah dihomogenkan bagi tujuan menjalankan analisis. Bahan yang telah dihomogenkan tersebut kemudiannya telah SP2 masukkan ke dalam paket plastik berasingan yang beliau bekalkan dan SP2 tandakan dengan tandaan ‘E(a)’ serta nombor makmal 20-FR-K-04203 (eksibit P10).
28
Selanjutnya, kesemua 90 biji tablet daripada eksibit P12(1) –
Subsection
(9) juga telah dihomogenkan bagi tujuan menjalankan analisis. Bahan yang telah dihomogenkan tersebut kemudiannya telah SP2 masukkan ke dalam paket plastik berasingan yang beliau bekalkan dan SP2 tandakan dengan tandaan ‘E(b)’ serta nombor makmal 20-FR-K-04203 (eksibit P13).
29
Setelah selesai menjalankan analisis ke atas bahan dari dalam paket plastik ‘E(a)’ (eksibit P10) dan ‘E(b)’ (eksibit P13), baki bahan daripada kedua-dua plastik tersebut bersama dengan satu beg bertanda ‘P’ (eksibit P6), satu bekas makanan bertanda ‘PP’ (eksibit P8), 18 paket plastik asal yang kosong bertanda ‘P1’ hingga ‘P12’ (eksibit P7(1) – (12)) dan ‘PP1’ hingga ‘PP6’ (eksibit P9(1) – (6)), satu botol air bertanda ‘PPP’ (eksibit P11) dan sembilan keping foil asal yang kosong bertanda ‘PPP1’ hingga ‘PPP9’ (eksibit P12(1) – (9)), kesemuanya telah dimasukkan semula ke dalam satu beg barang kes PDRM asal bertanda ‘E’ (eksibit P5) dan dimeterai dengan label keselamatan JKM. SP2 turut mengesahkan bahawa semasa barang kes di dalam simpanan beliau, barang kes disimpan di dalam peti besi berkunci miliknya di dalam bilik kebal Seksyen Narkotik, JKM Negeri Kedah.
30
Pada 21.12.2020, lebih kurang pukul 9.30 pagi, SP2 telah menyerahkan semula kesemua barang-barang kes tersebut berserta Laporan Kimia (eksibit P4) kepada SP4. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN
31
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT1 dan OKT2 selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ.
32
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah] Intipati Kesalahan
33
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan bagi pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah seperti yang berikut: a) bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan Nimetazepam adalah dadah-dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan serta pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut; dan c) bahawa OKT1 dan OKT2 telah dengan niat bersama memiliki (bagi kes KA-45-46-11/2022) dan mengedarkan (bagi kes KA-45A-18-04/2021) dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan Nimetazepam adalah dadah-dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952
34
SP2 telah mengesahkan bahawa satu beg barang kes PDRM bertanda ‘E’ (eksibit P5) yang beliau terima mengandungi barang-barang kes seperti yang berikut: a) satu beg bertanda ‘P’ (eksibit P6) yang berisi 12 paket plastik bertanda ‘P1’ hingga ‘P12’ (eksibit P7(1) – (12), dan satu bekas makanan bertanda ‘PP’ (eksibit P8) berisi enam paket plastik bertanda ‘PP1’ hingga ‘PP6’ (eksibit P9(1)-(6)) yang kesemuanya mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, SP2 mendapati bahawa bahan kristal jernih tersebut mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 657.4 gram; dan b) Satu botol air bertanda ‘PPP’ (eksibit P11) berisi sembilan keping foil bertanda ‘PPP1’ hingga ‘PPP9’, masing-masing berisi 10 biji tablet berwarna oren (eksibit P12(1)-(9)). Setelah dianalisis, SP2 mendapati jumlah bersih kesemua 90 biji tablet tersebut mengandungi dadah berbahaya jenis Nitrazepam dan 0.08 gram Nimetazepam.
35
Pihak Pembelaan OKT1 dan OKT2 tidak mengemukakan sebarang hujahan bagi mempertikaikan jenis dan berat dadah yang telah dianalisis oleh SP2 ini. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa berdasarkan keterangan SP2 dan laporan kimia (eksibit P4), pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan Nimetazepam adalah dadah-dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. Elemen (b): OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap dadah-dadah berbahaya tersebut
36
Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak Pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas.
37
Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah]
38
Dadah yang terlibat telah ditemui di atas meja di dalam bilik di mana OKT1 dan OKT2 berada. Semasa serbuan, OKT1 dan OKT2 sedang duduk di atas lantai di dalam bilik tersebut. Berdasarkan keterangan SP3, sebelum serbuan, SP3 telah membuat pemantauan ke atas rumah tersebut selama lebih kurang 10 minit dan mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk ke rumah tersebut. Semasa serbuan juga, SP3 dan anggota serbuan terpaksa memotong besi pagar untuk masuk ke dalam kawasan rumah. Selanjutnya, mereka terpaksa membuka skru pada pintu besi di bahagian pintu sliding untuk memasuki rumah tersebut. Berdasarkan keadaan pintu pagar dan pintu rumah yang berkunci dan perlu dibuka secara paksa, menunjukkan bahawa penghuni di dalam rumah tersebut telah berada di dalam rumah sebelum kedatangan anggota polis.
39
Pembelaan secara umumnya mempertikaikan versi serbuan dan tangkapan sebagaimana keterangan SP3. Antara fakta-fakta yang dipertikaikan oleh Pembelaan OKT1 adalah fakta bahawa OKT1 bukan penyewa rumah terbabit, semasa ditahan OKT1 sedang tidur di dalam bilik ketiga di mana dadah ditemui, Senarai Bongkar (eksibit P16) tidak pernah ditandatangani oleh OKT1, dan terdapat seorang lagi lelaki dikenali dengan nama ‘Mandom’ yang menduduki bilik kedua di rumah tersebut. Kedua-dua OKT1 dan OKT2 turut menafikan pengetahuan ke atas barang kes dadah yang ditemui di dalam bilik ketiga tersebut.
40
Fakta-fakta yang dipertikaikan oleh OKT2 pula melibatkan tangkapan yang mana dicadangkan OKT2 tidak berada di dalam bilik ketiga tersebut semasa serbuan, sebaliknya OKT2 sedang tidur di dalam bilik pertama. OKT2 turut mempertikaikan kegagalan SP4 merampas barangan peribadi OKT2 dari dalam rumah tersebut, di samping menegaskan bahawa OKT2 sebenarnya tidak tinggal di rumah tersebut, rumah tersebut turut diduduki oleh seorang rakan OKT1 dan juga fakta bahawa tiada rampasan kunci rumah yang dibuat.
41
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan oleh pihak Pendakwaan berserta hujahan-hujahan yang telah dikemukakan pada peringkat ini. Berkenanaan isu siapa sebenarnya menyewa atau menduduki rumah tempat kejadian, Mahkamah ini mendapati bahawa fakta OKT1 dan OKT2 telah ditangkap di dalam rumah lokasi kejadian adalah tidak dinafikan. Selanjutnya, berdasarkan keterangan SP1 (pemilik rumah), beliau telah menyewakan rumah lokasi kejadian kepada seorang wanita bernama ‘Hidayah’. SP2 juga dengan jelas telah mengecamkan OKT2 sebagai penyewa rumah lokasi kejadian, dengan memberikan deskripsi bahawa semasa ‘Hidayah’ menyewa rumah tersebut, dia tidak memakai tudung, tetapi di dalam Mahkamah semasa pengecaman, OKT2 telah dicamkan sebagai ‘Hidayah’ tetapi memakai tudung. Malahan SP2 pernah membuat pengecaman ‘Hidayah’ di balai polis semasa siasatan dijalankan dan beliau telah mengecamkan OKT2 sebagai ‘Hidayah’ yang menyewa rumahnya. Di samping itu juga, fakta bahawa nama penuh OKT2 adalah Nor Hidayah binti Abdul Rani, adalah sangat munasabah bahawa penyewa ‘Hidayah’ yang dimaksudkan oleh SP2 sememangnya adalah OKT2. Berdasarkan fakta-fakta di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa rumah lokasi kejadian sememangnya telah disewakan oleh OKT2.
42
OKT1 pula mempertikaikan bahawa pemilikan telah gagal dibuktikan terhadapnya kerana OKT1 bukan penyewa rumah tersebut. Setelah meneliti keseluruhan keterangan-keterangan dikemukakan, Mahkamah ini mendapati bahawa walaupun OKT1 tidak dibuktikan sebagai penyewa rumah tersebut, tetapi Mahkamah ini turut mendapati bahawa tiada sebarang cadangan bagi penjelasan mengapa OKT1 boleh berada di rumah tersebut. Ditambah dengan fakta bahawa dadah berbahaya yang dirampas ditemui di dalam bilik di mana OKT1 dan OKT2 dilihat sedang duduk di atas lantai di dalam bilik terbabit, maka dakwaan bahawa OKT1 bukan penyewa ataupun penghuni rumah lokasi kejadian adalah tidak material. Apa yang penting adalah sama ada OKT1 atau OKT2 mempunyai kawalan atau jagaan ke atas dadah yang ditemui di dalam bilik ketiga tersebut.
43
Pihak Pembelaan OKT2 terutamanya menghujahkan bahawa kunci rumah tidak dirampas dan akibatnya menunjukkan bahawa rumah tersebut telah dan boleh diakses oleh orang lain. Mahkamah tidak menafikan bahawa berdasarkan keterangan SP3 dan SP4, kunci rumah tersebut memang tidak pernah dirampas. SP3 telah menjelaskan yang beliau tidak merampas kunci rumah kerana barang kes dadah ditemui di dalam bilik di mana kedua-dua OKT1 dan OKT2 berada. Pada pendapat Mahkamah ini, walaupun secara kebiasaannya, bagi pembuktian jagaan atau kawalan ke atas rumah, kunci rumah merupakan satu keterangan yang penting, akan tetapi di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, fakta bahawa dadah ditemui di dalam bilik yang sama di mana OKT1 dan OKT2 ditahan, dan OKT2 adalah penyewa rumah tersebut, ditambah dengan fakta-fakta lain yang telah diperjelaskan sebelum ini, adalah pada pendapat Mahkamah ini telah memadai untuk membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah yang ditemui di dalam rumah tersebut. Hanya kerana tiada kunci rumah dirampas, tidak menjejaskan pembuktian elemen ini.
44
Selanjutnya, berdasarkan fakta-fakta bahawa merupakan penyewa rumah tersebut, OKT1 dan OKT2 telah ditangkap di dalam bilik ketiga di mana dadah ditemui, fakta bahawa adalah tidak munasabah OKT2 tidak menduduki rumah tersebut dan hanya kebetulan pada hari kejadian OKT2 boleh berada di rumah tersebut, tiada cadangan mengapa OKT1 boleh berada di rumah tersebut, barang kes dadah ditemui di atas meja dalam bilik ketiga di mana OKT1 dan OKT2 sedang duduk di atas lantai bilik dalam jarak yang dekat dengan barang kes dadah ditemui, pada pendapat Mahkamah ini keseluruhan fakta-fakta dinyatakan di atas menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai jagaan atau kawalan ke atas rumah terbabit dan juga ke atas dadah berbahaya yang ditemui di dalamnya.
45
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah]
46
Pembelaan turut menghujahkan bahawa dadah-dadah yang ditemui terletak di dalam satu beg hitam, bekas snek makanan dan botol air berwarna hitam yang menjadikan OKT1 dan OKT2 tiada pengetahuan atas kandungan bekas-bekas tersebut. Berkenaan isu ini, Mahkamah mendapati bahawa walaupun tidak dinafikan yang dadah memang ditemui dalam beg atau bekas-bekas yang bukan lutsinar, ia tidak secara automatik menjadikan OKT1 dan OKT2 tiada pengetahuan mengenai dadah berbahaya tersebut. Reaksi OKT1 yang takut dan terkejut apabila SP3 membuat pemeriksaan, di samping fakta OKT1 dan OKT2 telah merayu untuk dilepaskan, juga fakta hanya OKT1 dan OKT2 yang berada di rumah lokasi kejadian, dadah juga ditemui di dalam bilik di mana OKT1 dan OKT2 berada, pada pendapat Mahkamah ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa OKT1 dan mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah yang ditemui di dalam bilik tersebut.
47
Fakta bahawa OKT1 kelihatan takut dan terkejut, serta fakta bahawa OKT1 dan OKT2 telah merayu supaya dilepaskan adalah relevan sebagai keterangan berbentuk kelakuan (conduct) yang mana inferens yang boleh dibuat atas kelakuan mereka adalah mereka mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah yang ditemui.
48
Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah]
49
Selain itu juga, Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP3 yang merupakan pegawai serbuan, dan juga SP4 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP3 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. SP3 dan SP4 juga bukanlah saksi yang berkepentingan. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah]
50
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah berbahaya tersebut (iaitu jagaan atau kawalan serta pengetahuan) melalui keterangan langsung. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telahpun berjaya membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai pemilikan sebenar (actual possession) ke atas barang kes dadah yang ditemui di dalam bilik tersebut. Elemen (c): bahawa OKT1 dan OKT2 telah dengan niat bersama memiliki dan mengedarkan dadah berbahaya tersebut
51
Bagi elemen pengedaran (kes KA-45A-18-04/2021), memandangkan Mahkamah ini telah membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan sebenar OKT1 dan OKT2 terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(vi) Akta 234 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minimum 50 gram iaitu anggapan pengedaran dadah berbahaya juga telah berjaya dibangkitkan. Sehubungan itu, elemen pengedaran ini telahpun berjaya dibuktikan melalui pemakaian anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah perenggan 37(da)(xvi) Akta 234.
52
Berkenaan isu niat bersama, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa tidak wujud elemen niat bersama OKT1 dan OKT2 untuk memiliki dan mengedarkan dadah yang ditemui di mana bagi membuktikan niat bersama, perlu dibuktikan wujudnya prearranged plan.
53
Dalam kes PP v Mohd Farid Bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. This section lays down a rule of evidence to infer joint responsibility for a criminal act committed by several persons (see Too Yin Sheong v PP [1999] 2 SLR 682). In order for the section to apply, it is not necessary for all the participants to perform all the elements of the crime committed. As Mallal's Penal Law, edited by Andrew Christopher Simon, Senior Editor, Malayan Law Journal, says at p 51: ... The acts committed by different confederates in the criminal action may be different but all must in one way or the other participate and engage in the criminal enterprise. For instance, one may only stand guard to prevent any person coming to the relief of the victim or otherwise to facilitate the execution of the common design. Such a person also commits an 'act' as much as his co-participants actually committing the planned crime. Thus, the section operates to impute liability to a participant whose act contributed to the crime committed though he could not be proved to have committed the actus reus himself (see Shaiful Edham bin Adam & Anor v PP [1999] 2 SLR 57). It is essential that the participants have some knowledge that an act may be committed which is consistent with or would be in furtherance of the common intention. The prosecution must establish that there was a prearranged plan to commit a criminal act and the crime forming the subject matter of the charge was done in concert pursuant to that prearranged plan (see Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v PP [1983] 2 MLJ 232; Ong Chee Hoe & Anor v PP [1999] 4 SLR 688). It is difficult to prove common intention by direct evidence. It is usually inferred from the facts of a particular case. As observed by the Privy Council in Mahbub Shah v King Emperor 1945 AIR PC 118 : It is clear to their Lordships that common intention within the meaning of the section implies a prearranged plan, and to convict the accused of an offence applying the section it should be proved that the criminal act was done in concert pursuant to the prearranged plan. As has been observed, it is difficult, if not impossible, to procure direct evidence to prove the intention of an individual; in most cases it has to be inferred from his act or conduct or other relevant circumstances of the case.”. [penekanan ditambah]
54
Dalam kes Farose bin Tamure Mohamad Khan v Public Prosecutor and other appeals [2016] 6 MLJ 277 pula, Mahkamah Persekutuan telah memperjelaskan prinsip berkenaan niat bersama di bawah seksyen 34 KK seperti yang berikut: “Common intention [46] The central issues in this appeal revolve around s 34 of the Penal Code which provides as follows: Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. [47] It is helpful to analyse s 34 in terms of these elements:
a
(a) a criminal act;
b
(b) participation in doing of the act;
c
(c) a common intention between the parties; and
d
(d) the act must be done in furtherance of the common intention. [48] At this juncture, it is convenient first to address the generally accepted principles on the operation of s 34. The position in respect of these elements is fairly uncontroversial, and the relevant principles gleaned from the authorities in Malaysia, Singapore and India can be briefly dealt with. [49] It is widely acknowledged that s 34 is a rule of evidence which embodies the common sense principle that if two or more persons intentionally do a thing jointly, it is just the same as if each of them had done it individually (Krishna Rao a/l Gurumurthi v Public Prosecutor and another appeal [2009] 3 MLJ 643). [50] If it is shown that the criminal act complained against was done by one of the accused persons in furtherance of the common intention of all, liability for the crime may be imposed on any one of the persons in the same manner as if the act were done by him alone (Mahbub Shah v Emperor AIR 1945 PC 118). [51] The provision is intended to meet a case in which it may be difficult to distinguish between acts of individual members of a party who act in furtherance of the common intention of all or to prove exactly what part was taken by each of them (Hari Ram v State of Uttar Pradesh [2004] 8 SCC 146). In those circumstances, the law makes no distinction between them or between the parts played by them in doing the criminal act (Bashir v State AIR 1953 All 668). [52] Presence is not necessary to constitute participation in every case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence (Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar Sinappan & Ors v Public Prosecutor [2015] MLJU 1956; [2016] 2 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires proof that the criminal act was done in pursuance of a pre-arranged plan (Mahbub Shah). Such pre-planning may develop on the spot or in the course of commission of an offence, the crucial test being the plan must precede the commission of the offence ((1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng, And (4) Ng Ah Kiat v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336). [54] A common intention may be often be difficult to prove by way of direct evidence in practice, but it can be inferred from the circumstances of the case and the conduct of the accused (Dato’ Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232).”. [penekanan ditambah]
55
Bagi pembuktian niat bersama OKT1 dan OKT2, keterangan-keterangan yang telah dikemukakan perlu dinilai secara keseluruhan. Fakta menunjukkan bahawa apabila pasukan serbuan sampai di rumah tersebut, pemantauan telah dilakukan selama lebih kurang 10 minit dan didapati tiada pergerakan keluar masuk ke rumah tersebut. Semasa serbuan pula, pintu pagar dan pintu besi rumah tersebut dalam keadaan berkunci, di mana anggota serbuan terpaksa membuka skru pintu besi bagi mendapatkan akses ke dalam rumah tersebut. Seterusnya setelah serbuan dibuat, barang kes dadah ditemui di atas meja di dalam bilik ketiga tersebut berdekatan dengan tempat OKT1 dan OKT2 didapati sedang duduk di atas lantai bilik. Selain itu juga, berdasarkan keterangan SP1, Mahkamah ini mendapati bahawa bilik ketiga tersebut merupakan sebuah bilik yang agak kecil dan dalam keadaan bilik yang kecil, adalah tidak munasabah untuk barang kes dadah yang ditemui, tidak diketahui oleh OKT1 dan OKT2. Ditambah pula dengan fakta bahawa OKT1 dan OKT2 juga telah bertindak merayu dilepaskan dan OKT1 pula kelihatan cemas dan terkejut semasa pemeriksaan dilakukan. Di samping itu juga, rumah tersebut disewakan kepada OKT2, dan tiada sebarang cadangan akan penjelasan mengapa OKT1 boleh berada di rumah tersebut. Keseluruhan keadaan dan keterangan tersebut membawa kepada inferens bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai niat bersama untuk mengedarkan dadah berbahaya yang dirampas.
56
Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua intipati pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 bagi kedua-dua pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap mereka.
57
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT1 dan OKT2 untuk membela diri atas kedua-dua pertuduhan tersebut.
58
Pada peringkat Pembelaan, OKT1 dan OKT2 telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan SD2. OKT2 juga telah mengemukakan seorang saksi Pembelaan yang lain iaitu adik OKT2 (SD3).
59
Keterangan OKT1 secara umumnya menyatakan bahawa pada hari kejadian, lebih kurang pukul 12 tengahari, OKT1 telah pergi berjumpa kawannya bernama Mandom di rumah Mandom (rumah lokasi kejadian). Tidak lama selepas itu, OKT2 yang merupakan teman wanita OKT1 juga sampai di rumah tersebut kerana mereka telah berjanji untuk bertemu Mandom di situ.
60
Setelah mereka masuk ke dalam rumah tersebut sambil berbual-bual di ruang tamu, Mandom telah menerima satu panggilan telefon dan Mandom telah memaklumkan yang dia hendak keluar sekejap atas urusan yang tidak diketahui oleh OKT1. Mandom kemudiannya telah keluar dari rumah dengan mengunci pintu rumah tersebut dari luar dan turut membawa kunci rumah tersebut kerana urusan beliau tidak lama. OKT1 dan OKT2 menunggu Mandom di rumah tersebut kerana cuaca di luar rumah pada ketika itu hujah renyai-renyai.
61
Tidak lama selepas Mandom keluar, tiba-tiba muncul lebih kurang 10 orang lelaki berpakaian preman dan memperkenalkan diri polis, sambil mengarahkan OKT1 dan OKT2 supaya membuka pintu rumah. OKT1 dan OKT2 memaklumkan yang mereka tiada kunci untuk membuka pintu grill rumah tersebut. Namun begitu, pihak polis tidak mempercayai mereka lalu telah membuka pintu grill secara paksa.
62
Setelah anggota polis berjaya memasuki rumah tersebut, mereka telah membuat pemeriksaan fizikal ke atas OKT1 tetapi tidak menemui apa-apa barang salah. Pemeriksaan lanjut ke atas rumah tersebut juga tidak menemui apa-apa barang salah. OKT1 menegaskan bahawa dia dan OKT2 telah menerangkan kepada anggota polis bahawa rumah tersebut adalah rumah sewa Mandom. OKT1 menafikan bahawa barang kes dadah ditemui di dalam rumah tersebut dan menafikan yang mereka telah ditunjukkan dengan barang kes dadah yang ditemui.
63
Keterangan OKT2 (SD2) sebagaimana di dalam eksibit D23 pula secara ringkasnya mengakui bahawa pada tarikh kejadian OKT2 telah pergi ke rumah sewa kawan OKT1 dengan menunggang motosikal. Apabila sampai di rumah tersebut, OKT2 melihat OKT1 sudah berada di ruang tamu rumah. Mereka kemudiannya bersembang seketika di ruang tamu, sehinggalah apabila OKT2 berasa mengantuk, OKT2 telah meminta tidur di bilik hadapan rumah sewa terbabit. Ketika sedang tidur, tiba-tiba sekumpulan lelaki telah menyerbu masuk ke dalam bilik tersebut dan menahannya. OKT2 kemudiannya telah dibawa ke bilik ketiga di bahagian belakang rumah di mana OKT1 telahpun berada di situ. Ketika di bilik ketiga tersebut, OKT2 melihat beberapa orang lelaki yang mengakui mereka adalah polis telah menggeledah bilik tersebut.
64
Seterusnya OKT2 menyatakan bahawa mereka telah diberitahu bahawa barang kes dadah telah ditemui di bawah rak televisyen iaitu satu beg berzip berwarna hijau gelap/biru/merah/putih, satu bekas makanan Mister Potato Crisps, dan satu botol air berwarna hitam. OKT2 menegaskan bahawa barang kes dadah bukan miliknya dan dia tiada pengetahuan tentang barang kes dadah yang ditemui. OKT2 turut menyatakan bahawa itulah kali pertama OKT2 melihat barang kes dadah apabila ditunjukkan kepadanya oleh pihak polis.
65
OKT2 turut bertegas menyatakan bahawa dia ‘tidak tinggal di rumah sewa Udi itu’, sebaliknya OKT2 tinggal di rumah emaknya di Blok B, No. 9, Tingkat 4, Taman Sri Gemilang, Jalan Belakang Sime Tyre, Alor Setar Kedah. Keterangan OKT2 tentang tempat tinggalnya ini disokong oleh keterangan adiknya (SD3) yang mengatakan bahawa OKT2 tinggal di rumah emak mereka di alamat terbabit.
66
SD3 di dalam keterangannya turut menyatakan bahawa pada hari kejadian, SD3 ada melihat OKT2 keluar dari rumah menaiki motosikal abang mereka.
67
Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah.
68
Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah]
69
Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian pada pihak Pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1).
70
Secara keseluruhan, Mahkamah ini telah meneliti keterangan OKT1, OKT2 dan SD3, serta telah turut menilai keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Secara ringkasnya, pembelaan utama OKT1 dan OKT2 adalah bahawa OKT1 dan OKT2 bukan penyewa mahupun menduduki rumah lokasi kejadian sebaliknya disewa oleh rakan mereka bernama Mandom. OKT1 telah pergi ke rumah tersebut untuk bertemu Mandom dan telah meminta OKT2 datang berjumpanya di rumah tersebut. Mereka juga menafikan yang dadah tersebut milik mereka dan menafikan yang mereka telah ditangkap di dalam bilik ketiga di rumah tersebut di mana dadah ditemui sebagaimana naratif pihak Pendakwaan.
71
Mahkamah telah meneliti keterangan saksi-saksi Pembelaan serta juga keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Penemuan dadah di dalam bilik ketiga rumah tersebut tidak dinafikan oleh OKT1 dan OKT2, tetapi cara penemuan dan di mana tempat sebenar dadah ditemui adalah dicabar oleh pihak Pembelaan. Mereka menafikan dadah ditemui ketika mereka sedang duduk di atas lantai di dalam bilik ketiga tersebut. Pembelaan OKT1 dan OKT2 adalah mereka tidak ditangkap di dalam bilik ketiga rumah tersebut di mana dadah ditemui, sebaliknya mereka ditangkap di ruang/bilik yang lain. Pembelaan OKT1 dan OKT2 ini telah dikemukakan sejak peringkat kes pendakwaan lagi.
72
Namun begitu, setelah Mahkamah meneliti keterangan-keterangan dikemukakan pada peringkat Pembelaan ini, serta dibandingkan dengan keterangan pada peringkat Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati terdapat perbezaan berkaitan pembelaan yang diketengahkan semasa peringkat Pembelaan dengan semasa peringkat Pendakwaan. Semasa peringkat Pendakwaan, Pembelaan OKT2 mencadangkan bahawa kejadian serbuan dan tangkapan adalah pada jam 9.30 pagi dan bukannya pada jam 2.30 ptg sebagaimana ket SP3. Namun begitu, keterangan OKT2 sendiri menyatakan bahawa OKT2 sampai di rumah tersebut pada jam lebih kurang 12 tengahari.
73
Selain itu juga, berdasarkan keterangan OKT1 pada peringkat Pembelaan, OKT1 dan OKT2 berada di ruang tamu semasa pasukan serbuan muncul di hadapan pintu dan membuka skru pintu grill rumah terbabit. Namun begitu, semasa soal balas dibuat kepada SP3, pembelaan yang dikemukakan adalah bahawa OKT1 sebenarnya sedang tidur di dalam bilik ketiga tersebut, dan anggota serbuan telah masuk ke dalam bilik tersebut lalu menyepak OKT1 menyuruhnya bangun dari tidur.
74
Selanjutnya, keterangan OKT2 pula menyatakan bahwa OKT2 sedang tidur di dalam bilik pertama rumah tersebut, dan tiba-tiba sekumpulan lelaki telah menyerbu masuk ke dalam bilik dan menahannya. Akan tetapi, keterangan OKT1 di dalam pernyataan bertulisnya (eksibit D22) menyatakan bahawa OKT1 dan OKT2 berada di ruang tamu rumah apabila Mandom dikatakan keluar dari rumah. Seterusnya, apabila muncul anggota polis, OKT1 menyatakan bahawa mereka telah ‘mengarahkan kami supaya membuka pintu rumah. Kami memberitahu bahawa kami tiada kunci pintu untuk membuka grill tersebut’. Pernyataan OKT1 ini boleh dilihat dr prgn 4 – 7 pernyataan bertulisnya (eksibit D22) yang jelas menyatakan bahawa ‘kami’ iaitu OKT1 dan OKT2 sedang berada di ruang tamu ketika serbuan dibuat. Sehubungan itu, terdapat percanggahan ketara antara keterangan OKT1 dan OKT2 sendiri. Di samping itu juga, OKT1 tidak pernah di dalam keterangannya menyatakan yang OKT2 berada di dalam bilik pertama sedang tidur.
75
OKT2 turut mengemukakan pembelaan bahawa rumah tersebut tidak disewa olehnya, dan telah mengemukakan saksi pembelaan SD3 yang menyatakan bahwa pada tarikh kejadian, OKT2 sebenarnya menetap di rumah ibu bapa mereka di Taman Sri Gemilang, Jalan Belakang Sime Tyre, Alor Setar, Kedah iaitu bukan rumah lokasi kejadian. Namun begitu, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pendakwaan bahawa pembelaan yang OKT2 tidak tinggal di rumah lokasi kejadian tidak pernah diketengahkan semasa peringkat Pendakwaan. Apa yang diketengahkan adalah terdapatnya penghuni lain di dalam rumah tersebut dan bahawa OKT2 ditangkap di dalam bilik pertama, bukannya di bilik ketiga. Tidak pernah pembelaan bahawa rumah tersebut bukan disewa atau diduduki oleh OKT2 pernah dikemukakan semasa peringkat Pendakwaan.
76
Selain itu juga, keterangana SD3 yg merupakan adik OKT2 juga pada pendapat Mahkamah ini perlu diteliti dengan berhati-hati kerana SD3 adalah saksi berkepentingan. Di samping itu juga, keterangan SP1 yang merupakan pemilik rumah telah jelas menyatakan bahawa rumah tersebut disewakan kepada penama ‘Hidayah’ dan SP1 sendiri masih boleh mengecamkan OKT2 semasa di Mahkamah dengan deskripsi bahawa semasa pengecaman OKT2 memakai tudung, sebaliknya semasa urusan penyewaan, OKT2 tidak memakai tudung. Fakta bahawa SP1 mengecam penyewa rumah tersebut sebagai ‘Hidayah’ yang merupakan seorang perempuan adalah jelas merujuk kepada OKT2. Adalah mustahil untuk OKT2 menafikan menyewa rumah tersebut sebaliknya disewa oleh kenalan OKT1 yang merupakan seorang lelaki, kerana perbezaan jantina yang jelas sebagaimana keterangan SP1. Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT2 sememangnya adalah penyewa rumah dan menduduki rumah tersebut.
77
Di samping itu juga, jika benarpun wujud penama Mandom, penama tersebut wajar dipanggil untuk memberi keterangan bagi pihak Pembelaan, dan jika tidak dapat dikesan, sebarang usaha perlu ditunjukkan bagi mengesan penama terbabit. Namun begitu, keterangan OKT1 sendiri menyatakan bahawa beliau mengenali Mandom hanya dengan nama Mandom sahaja. Di samping itu juga, OKT1 dan OKT2 juga tidak mengemukakan rakaman percakapan mereka bagi menyokong versi pembelaan ini. Sekiranya benar wujud kejadian dan penama sebagaimana diketengahkan oleh OKT1 dan OKT2, fakta tersebut wajar diberikan kepada polis semasa rakaman percakapan mereka dirakam, dan wajar dikemukakan di Mahkamah bagi menyokong versi pembelaan ini. Kegagalan mengemukakan penama dinyatakan sebagai saksi pembelaan dan kegagalan mengemukakan rakaman percakapan kedua-dua OKT mengakibatkan versi Pembelaan tidak langsung disokong oleh sebarang keterangan bebas. Dalam hal ini, Mahkamah ini mendapati bahawa kewujudan penama Mandom adalah suatu penafian dan rekaan pembelaan semata-mata.
78
Sebagaimana diputuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.” [penekanan ditambah]
79
Selanjutnya, Mahkamah ini turut bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan bahawa sekiranya mereka menegaskan mereka hanya datang menziarahi rumah tersebut adalah tidak munasabah untuk OKT2 pergi menumpang tidur di rumah tersebut yang OKT2 sendiri dakwa bukan rumah sewaannya.
80
Berdasarkan percanggahan-percanggahan antara keterangan pembelaan semasa peringkat pembelaan dan peringkat pendakwaan, juga percanggahan antara keterangan OKT1 dan OKT2 sendiri, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa percanggahan-percanggahan tersebut menunjukkan bahawa pembelaan OKT1 dan OKT2 adalah suatu penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v Public Prosecutor and another appeal [2015] 2 MLJ 293: “…A mere denial does not amount to a credible defence…”.
81
Dalam hal ini, berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak Pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap elemen pemilikan atas dadah berbahaya yang dirampas, dan juga bagi kes KA-45A-18-04/2021 pihak pembelaan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 37(da)(xvi) Akta 234 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian.
82
Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan bagi kedua-dua kes terhadap OKT1 dan OKT2 pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Mahkamah dengan itu mensabitkan OKT1 dan OKT2 bagi pertuduhan di bawah subseksyen 12(2) Akta 234 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 12(3) Akta yang sama, yang dibaca bersama seksyen 34 Akta 574 bagi kes KA-45-46-11/2022, dan juga mensabitkan OKT1 dan OKT2 bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta 234 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, yang dibaca bersama seksyen 34 Akta 574 bagi kes KA-45A-18-04/2021. Hukuman
83
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.
84
Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah]
85
Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 Akta 574, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B Akta 234.
86
Hujahan mitigasi OKT1 secara ringkasnya memohon pertimbangan Mahkamah ini untuk menilai kedudukan peribadi OKT1 yang ketika ditahan berumur 34 tahun, OKT1 pernah bertugas sebagai anggota polis, OKT1 tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau, di samping alasan-alasan peribadi yang lain. OKT1 juga telah insaf atas kesalahan dilakukan olehnya dan memohon Mahkamah memberikan peluang untuk OKT1 berubah. Pembelaan memohon supaya OKT1 hanya dijatuhkan hukuman penjara, dan bukannya dijatuhkan hukuman mati.
87
Hujahan mitigasi pula memohon pertimbangan Mahkamah ini untuk menilai kedudukan peribadi OKT2 yang ketika ditahan berumur 29 tahun, OKT2 tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau, bekerja mengambil upah secara rencam, di samping alasan-alasan peribadi yang lain. OKT2 juga telah insaf atas kesalahan dilakukan olehnya dan memohon Mahkamah memberikan peluang untuk OKT2 berubah supaya dapat menanggung keluarga terutamanya anak-anak OKT2 yang masih kecil. Pembelaan turut memohon supaya OKT2 hanya dijatuhkan hukuman penjara, dan bukannya dijatuhkan hukuman mati.
88
Pihak Pendakwaan pula dalam hujahan pemberatan hukumannya memohon supaya Mahkamah ini mempertimbangkan kepentingan awam dalam kesalahan pengedaran dadah berbahaya yang memberikan impak yang negatif kepada negara dan masyarakat. Pihak Pendakwaan turut menghujahkan bahawa faktor umur OKT1 dan OKT2 semasa kesalahan dilakukan bukanlah satu faktor yang boleh diambilkira jika dibandingkan dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan. Ditambah pula dengan fakta bahawa OKT1 juga merupakan bekas seorang anggota polis yang sepatutnya mengetahui dan menyedari tentang kesan dan akibat daripada penglibatan dengan jenayah dadah.
89
Setelah mendengar hujahan mitigasi OKT1 dan OKT2 serta hujahan pemberatan hukuman oleh Pendakwaan, juga setelah mempertimbangkan keseluruhan fakta kes ini, fakta bahawa OKT1 dan OKT2 merupakan pesalah kali pertama (rujuk kes Tukiran Bin Taib v Public Prosecutor [1955] 1 MLJ 24 dan Abdul Karim v Regina [1954] 1 MLJ 86), dan juga setelah mempertimbangkan kepentingan awam bagi kes-kes yang melibatkan jenayah pengedaran dadah berbahaya, di samping Mahkamah ini mengambil maklum bahawa OKT1 merupakan seorang bekas anggota polis, Mahkamah ini masih berpendapat bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan (bagi kes KA-45A- 18-04/2021). Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan tujuan penggubalan Akta 846 ini dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT1 dan OKT2. Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman-hukuman seperti yang berikut: a) bagi kes KA-45-46-11/2022 - hukuman penjara enam bulan bermula daripada tarikh ditangkap terhadap OKT1 dan OKT2; dan b) bagi kes KA-45A-18-04/2021 - hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan terhadap OKT1, manakala OKT2 juga dijatuhi hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap. Tiada sebatan diperintahkan terhadap OKT2 memandangkan OKT2 adalah seorang wanita selaras dengan peruntukan subseksyen 289(a) Akta 593.
90
Hukuman pemenjaraan bagi kedua-dua pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 juga adalah diperintahkan untuk berjalan secara serentak. Mahkamah ini berharap dengan hukuman pemenjaraan yang dikenakan kepada OKT1 dan OKT2 ini akan dapat memberikan pengajaran kepada mereka dan juga masyarakat keseluruhannya supaya tidak terlibat dengan jenayah pengedaran dadah. Bertarikh 2 Jun 2026. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi 2 Alor Setar, Kedah Timbalan Pendakwa Raya: Khazrin Haffiz bin Khalil Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT1: Rafidi bin Mohamad Tetuan Shamsudin Bahari & Rafidi Peguam bagi pihak OKT2: Ahmad Taufiq bin Baharum Tetuan Abdul Halim Said & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.