Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: CB-22NCVC-5-05/2023
CB-22NCvC-5-05/2023
High Court of Malaysia7 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(2) of the Rules of High Court 1980 read with r 4 of the Rules of the Court of Appeal 1994 and s 372 of the Companies Act 1965 where it declares: Except as expressly provided by or under any written law, a body corporate may not begin or carry on any such proceedings otherwise than by a solicitor.” [26] Walau bagaimana”
“to lodge a report with the Legal Profession Disciplinary Board established under s 99(2) of **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 the Legal Profession Act 1976, which will investigate the complaint and where both the accuser and the accused will be given a”
“confidence in the administration of justice...” [32] Mahkamah rayuan dalam kes Dato' Sri Mohd Najib Hj Abdul Razak (supra) juga telah memetik keputusan Mahkamah New Zealand dalam kes Black v Taylor [1993] NZLR 403 seperti yang berikut: “[60] The jurisdiction of the High Court to debar counsel was described by the Court”
“amah melangkaui lebih daripada ketidakpatuhan prosedur atau perlanggaran mana-mana peraturan. Ini dapat dilihat dalam kes di Mahkamah Agong di Victoria Australia dalam kes Grimwade v Meagher & Others [1995] VR 446 di mana Hakim Mandie menyatakan seperti yang berikut: “I would hold that in principle where it is satisfie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: CB-22NCVC-5-05/2023
1
UNITED HIGHLANDS SDN BHD
2
SELESA HILLHOMES SERVICES SDN BHD (NO. SYARIKAT: 119726-V) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA SELESA HILLHOMES (PENDAFTARAN NO.: PMPB SIRI 2/2008) … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Latar Belakang [1] Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua adalah merupakan syarikat yang terlibat dalam perniagaan pembangunan harta tanah dan pemegang pelaburan. 29/04/2025 15:28:42 CB-22NCvC-5-05/2023 Kand. 155 [2] Defendan adalah sebuah badan pengurusan bersama yang ditubuhkan sekitar tahun 2008 di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaran dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]. [3] Plaintif-Plaintif telah menuntut bahawa amaun yang dikatakan telah diterima oleh Defendan sebagai suatu pegangan. Ini dinyatakan dalam Kertas Mahkamah 1 (KM 1) bersama-sama dengan Penyata Tuntutan. Kertas Mahkamah 125 [4] Kes ini melibatkan notis permohonan KM 125 di mana Plaintif-Plaintif memohon seperti berikut:
i
Peguam bela dan peguam cara Lai Chee Meng yang beramal di bawah nama dan gaya Tetuan CM Lai & Partners dan atau firma guaman Tetuan CM Lai & Partners dihalang daripada bertindak sebagai peguam cara bagi pihak Defendan dalam tindakan ini; dan
II
(ii) Kos permohonan ini dibayar oleh Defendan. [5] Alasan permohonan Plaintif-Plaintif adalah seperti yang berikut:
a
Pada atau sekitar 30.09.2024, Tuan Zainal Azlan Bin Abdul Kadir, iaitu Presiden Tribunal Pengurusan Strata dalam Tuntutan Pengurusan Strata Putrajaya No.: TPS/W-3876- 6/2024, TPS/W-3949-6/2024, dan TPS/W-3950-6/2024 (“Prosiding-prosiding Tribunal tersebut”) telah memutuskan bahawa Defendan tersebut telah ditubuhkan secara tidak sah.
b
Lanjutan daripada keputusan Tribunal Pengurusan Strata di atas, terdapatnya perkembangan baru-baru ini dalam Guaman No.: CA-23NCvC-4-07/2024 yang menyokong keputusan tersebut.
c
Terdapat juga keadaan-keadaan yang menunjukkan bahawa Peguamcara Disangkal tersebut tidak mempunyai autoriti daripada Defendan untuk menindak baginya dalam Guaman ini.
d
Peguamcara Disangkal tersebut telah bertindak dalam Guaman ini walaupun dia tahu dan/atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kelakuan profesionalnya akan dipertikaikan.
e
Peguamcara Disangkal tersebut telah bertindak dalam Guaman ini walaupun ia telah menyebabkan atau akan menyukarkan dia untuk mengekalkan kebebasan profesionalnya atau tidak selaras dalam kepentingan terbaik pentadbiran keadilan. Affidavit Sokongan Plaintif [6] Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah memulakan prosiding-prosiding di hadapan Tribunal Pengurusan Srata. Pada 06.07.2023 Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Bentong telah mengeluarkan surat mengisytiharkan bahawa jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Selesa Hillhomes tidak ditubuhkan dengan betul dan mengarahkan satu Mesyuarat Agong Luar Biasa ("EGM”) dimulakan. Seorang Ng Meng Yong telah dilantik mengelolakan EGM tersebut. Ng Meng Yong telah mengeluarkan Notis EGM pada 13.07.2023. Mahkamah Tinggi Malaya telah memerintahkan Ng Meng Yong menarik kembali Notis EGM tersebut dan mengarahkan mengeluarkan notis baharu untuk EGM. (Eksibit 4 Affidavit Aljafri bin Abdul Majid). Affidavit Jawapan Defendan-Defendan [7] Defendan melalui affidavit Kong Kin Khai menyatakan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan (“AGM”) telah dijalankan pada 30.12.2023 dan telah berjaya membentuk jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Selesa Hillhomes (Badan Pengurusan Bersama (JMB)) yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Bangunan Bentong. Ini bermakna perintah Mahkamah pada 18.12.2023 telah menjadi akademik. Ini ditambah pula perintah bertarikh 18.12.2023 dikekalkan sehingga tamat tempoh jawatankuasa JMC pada 27.11.2023. [8] Pelantikan Tetuan CM Lai & Partners sebagai peguam cara bertindak bagi pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) dibuat pada 30.12.2023. Ini dapat dilihat melalui eksibit “JMB-5” terutama di Agenda 5 seperti yang berikut: “ AGENDA 5: APPOINTMENT OF LEGAL COUNSEL
5
5.3 Mr. Ho Thong Mee then proceeded to a vote to appoint Messrs. CM Lai & Partners as the legal counsel, with the following results: - No. Appoint, Reaffirm and Ratify Messrs. CM Lai & Partners as legal counsel Votes 1 In favour 152 2 Not in favour 5
5
5.4 By virtue of the votes, it is hereby declared and resolved that JMB appoints, reaffirms, and ratifies the appointment of CM Lai & Partners as legal counsel for JMB for cases referred to in Agenda 4 as approved in the JMC meeting held on 4 October, 2023.” Analisa [9] Dalam kes ini Mahkamah perlu berhati-hati dengan menumpukan kepada KM 125 dan affidavit-affidavit sokongan serta affidavit-affidavit jawapan dan tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan tindakan undang-undang lain yang melibatkan Plaintif-Plaintif dan Defendan. Ini adalah disebabkan terdapat tindakan-tindakan lain di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan yang melibatkan isu-isu yang berbeza. [10] Dalam kes ini isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah adakah Tetuan CM Lai & Partners perlu dihalang daripada terus bertindak bagi mewakili Defendan di dalam prosiding ini. [11] Bagi menjawab persoalan tersebut Mahkamah juga perlu meneliti adakah Defendan pada masa yang matan mempunyai kuasa untuk melantik peguam. Di samping itu adakah isu kewujudan jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) tersebut mempunyai kaitan dengan pelantikan peguam dalam kes ini. [12] Adalah menjadi tanggungjawab pihak Plaintif dalam kes ini untuk menunjukkan bahawa Tetuan CM Lai & Partners perlu digugurkan sebagai peguam Defendan dengan mengemukakan butiran yang mencukupi untuk membolehkan Mahkamah ini memutuskannya. Ini dalam dilihat dalam Dato’ Azizan bin Abdul Rahman & Ors v Pinerains Sdn Bhd [2022] 1 MLJ 56 seperti yang berikut: “[49] The burden lies on the respondent who seeks to disqualify the counsel to place before this court full particulars of the relevant confidential information that was disclosed. Although the table showed many exchange of emails, what was ultimately placed before us was that one paragraph of the email dated 26 June 2019 which we found to be not confidential information. The respondent has not discharged its burden.” [13] Mahkamah ini meneliti surat daripada Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Bentong bertarikh 07.07.2023 di eksibit “A-1” pada affidavit sokongan di halaman 114 hingga 115 KM 126 yang mengarahkan untuk mengadakan Mesyuarat Agong Luar Biasa dan melantik Ng Meng Yong untuk mengelola Mesyuarat Agong Luar Biasa tersebut. [14] Pada 28.07.2023 Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan telah mengeluarkan perintah injunksi untuk Notis Mesyuarat Agong Luar Biasa Ke-4 itu ditarik balik (eksibit “A-1” di halaman 118 hinga 119 KM 126). [15] Pada 18.12.2023 Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan telah membatalkan Notis Mesyuarat Agong Luar Biasa bertarikh 13.07.2023 dan memerintahkan hendaklah dikeluarkan Notis Mesyuarat Agong Luar Biasa yang baharu dan mematuhi surat daripada Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Bentong bertarikh 06.07.2023. [16] Mahkamah ini juga dirujuk dengan penyata tuntutan di antara Badan Pengurusan Bersama (JMB) dengan United Highlands Sdn Bhd di hadapan Tribunal Pengurusan Strata di Putrajaya bagi No. Tuntutan TPS No. 3876-6/2024. Namun demikian award penuh keputusan Tribunal tidak dapat dilihat dalam affidavit-affidavit yang difailkan. [17] Mahkamah ini juga meneliti Notis Mesyuarat Agong Kali Ke-15 Badan Pengurusan Bersama (JMB) bertarikh 05.12.2023 di Eksibit “A- 1” di halaman 126 hingga 127 KM 126 di mana di Agenda 5 dinyatakan seperti yang berikut: “AGENDA 5 – Appointment of Legal Counsel To appoint, reaffirm, and ratify the appointment of CM Lai & Partners as the legal counsel for JMB for the above legal cases in Agenda 4, as approved in the JMC meeting held on 4 Oct 2023.” [18] Penelitian kepada undang-undang Strata adalah menarik disebabkan tatacara pengurusan harta strata telah diperincikan dengan mendalam dalam Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 575]. Malahan peruntukan berkenaan dengan Perbadanan Pengurusan juga diperincikan dalam Jadual 2 Akta 757 tersebut. Adalah didapati di dalam Butiran 11 Jadual Kedua telah diperuntukkan berkenaan dengan mesyuarat agong luar biasa yang mana mesyuarat agong luar biasa itu boleh diadakan dalam dua keadaan iaitu apabila terdapat rekuisisi bertulis tidak kurang daripada ¼ daripada pemilik unit-unit atau arahan bertulis daripada Pesuruhjaya Bangunan Strata. Mesyuarat agong luar biasa tersebut hendaklah dilakukan secepat mungkin dan tidak melebihi daripada tempoh 6 minggu. Butiran 11 juga memperuntukkan bahawa sekiranya mesyuarat agong luar biasa itu tidak dilaksanakan, ia boleh menyebabkan Pesuruhjaya Bangungan Strata memberi kuasa secara bertulis untuk sesiapa mengadakan dan mengendalikan mesyuarat agong luar biasa tersebut. Perkara ini dinyatakan seperti yang berikut: “11. Mesyuarat agung luar biasa
1
Suatu mesyuarat agung perbadanan pengurusan selain mesyuarat agung tahunan hendaklah dikenali sebagai mesyuarat agung luar biasa.
2
Jawatankuasa pengurusan-
a
hendaklah mengadakan suatu mesyuarat agung luar biasa atas permintaan secara bertulis yang dibuat oleh pemilik-pemilik yang bersama-sama berhak ke atas sekurang-kurangnya satu perempat daripada unit syer agregat;
b
hendaklah mengadakan suatu mesyuarat agung luar biasa apabila menerima suatu arahan secara bertulis daripada Pesuruhjaya bagi transaksi apa-apa urusan sebagaimana yang diarahkan oleh Pesuruhanjaya; dan
c
boleh mengadakan suatu mesyuarat agung luar biasa pada bila-bila masa yang lain sebagaimana yang difikirkannya patut.
3
Permintaan itu hendaklah menyatakan tujuan mesyuarat dan hendaklah ditandatangani oleh peminta dan disimpan di alamat berdaftar perbadanan pengurusan, dan boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk yang sama yang setiapnya ditandatangani oleh seorang atau lebih peminta.
4
Mesyuarat agung luar biasa hendaklah diadakan secepat yang boleh dilaksanakan tetapi dalam mana-mana hal tidak lewat daripada enam minggu selepas-
a
permintaan telah disimpan di alamat berdaftar perbadanan pengurusan; atau
b
menerima suatu arahan secara bertulis daripada Pesuruhjaya di bawah subsubperenggan (2)(b).
5
Jika-
a
Pesuruhjaya berpuas hati bahawa jawatankuasa pengurusan tidak dibentuk dengan sepatutnya; atau
b
jawatankuasa pengurusan tidak mengadakan mesyuarat agung luar biasa dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam subperenggan (4), Pesuruhjaya boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana orang untuk mengadakan suatu mesyuarat agung luar biasa bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Pesuruhjaya.
6
Dalam hal suatu mesyuarat yang diadakan menurut subsubperenggan (5)(b), semua kos yang ditanggung oleh orang itu dalam mengadakan mesyuarat itu hendaklah dibayar terlebih dahulu oleh perbadanan pengurusan kepada orang itu dan kos itu boleh didapatkan sebagai suatu hutang yang kena dibayar oleh semua anggota jawatankuasa pengurusan dengan sendiri kepada perbadanan pengurusan itu.” [19] Penelitian kepada affidavit yang dikemukakan dalam kes ini menunjukkan bahawa Pesuruhjaya Strata telah meminta supaya mesyuarat agong luar biasa diadakan dan melantik seseorang untuk mengendalikan mesyuarat tersebut. Walau bagaimanapun perintah Mahkamah telah diperolehi untuk notis mesyuarat agong luar biasa itu dikeluarkan semula oleh pihak yang dilantik untuk mengendalikan mesyuarat agong luar biasa tersebut. Malahan dalam perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan menyatakan bahawa tujuan di dalam notis mesyuarat agong luar biasa tersebut hendaklah menyatakan seperti yang berikut: “Notis itu antara lain hendaklah menyatakan tujuan mesyuarat adalah bagi membuat pemilihan Jawatankuasa yang baru bagi menggantikan Jawatankuasa sedia ada, dan kesemua lima (5) orang ahli Jawatankuasa yang sedia ada yang dipilih melalui AGM pada 27.11.2022 perlu diganti dengan ahli-ahli Jawatankuasa yang baru melalui kaedah undian di dalam EGM. Ahli-ahli Jawatankuasa yang baru dipilih melalui EGM dengan kaedah undian kelak hendaklah bukan ahli atau individu yang sama yang dilantik dan dipilih mellaui AGM bertarikh 27.11.2022.” [20] Walau bagaimanapun Mahkamah ini setelah menelusuri affidavit dan eksibit yang dikemukakan tidak dapat menemui Notis Mesyuarat Agong Luar Biasa dikeluarkan selepas daripada perintah Mahkamah Tinggi Malaya pada 18.12.2023. Apa yang ada ialah Notis Mesyuarat Agong Kali Ke-15 telah dikeluarkan. Mesyuarat Agong Kali Ke-15 tersebut telah diadakan pada 30.12.2023 melalui notis bertarikh 05.12.2023 di mana dalam Mesyuarat Agong Kali Ke-15 tersebut Tetuan CM Lai & Partners telah dilantik menjadi peguam untuk mewakili Defendan. [21] Namun apa yang menarik dalam Mesyuarat Agong Kali Ke-15 tersebut ialah pelantikan Tetuan CM Lai & Partners tersebut dibuat dikaitkan dengan mesyuarat jawatankuasa pada 04.10.2023 seperti yang terdapat di muka surat 189 KM 129. Pihak Plaintif menyatakan bahawa disebabkan keanggotaan dalam jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) tersebut telah menjadi pertikaian yang dapat dilihat melalui surat daripada Pesuruhjaya Bangunan Bentong dan perintah Mahkamah ini menyebabkan keputusan yang dibuat pada 04.10.2023 yang disahkan dalam Mesyuarat Agong Kali Ke-15 pada 30.12.2023 itu tidak boleh menjadi sandaran kepada jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk melantik Tetuan CM Lai & Partners sebagai peguam untuk mewakili mereka. [22] Dalam hal ini Mahkamah perlu berhati-hati dan tidak tersasar daripada permohonan pihak Plaintif dalam kes ini yang berkaitan dengan pelantikan Tetuan CM Lai & Partners sebagai peguam pihak Defendan. Eksibit-eksibit yang dikemukakan dalam affidavit sokongan dan affidavit jawapan dapat memberi gambaran kepada Mahkamah bagaimanakah Tetuan CM Lai & Partners dilantik menjadi peguam kepada Defendan. Ia tidak sewajarnya dijadikan asas untuk menyatakan sama ada Tetuan CM Lai & Partners wajar digugurkan sebagai peguam Defendan. Mahkamah perlu membezakan di antara isu keesahan pelantikan Tetuan CM Lai & Partners oleh Defendan dengan pengguguran Tetuan CM Lai & Partners daripada mewakili Defendan. [23] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa seseorang individu atau syarikat adalah bebas untuk melantik mana-mana peguam untuk mewakili mereka dalam satu prosiding. Apabila seseorang peguam dilantik menjadi mana-mana pihak maka terikat kepada Kaedah-kaedah Profesion Undang-undang (Amalan dan Etika) 1978. [24] Bagi Aturan 5 kaedah 6 KKM 2012 telah menyatakan bahawa suatu syarikat atau perbadanan hendaklah diwakili atau memerlukan diwakili peguam. Ini dinyatakan seperti yang berikut: “6. Hak mendakwa secara sendiri (A. 5 k. 6)
1
Tertakluk kepada perenggan (2) dan Aturan 76, kaedah 2, mana-mana orang, sama ada atau tidak dia membawa guaman sebagai pemegang amanah atau wakil diri atau dalam apa-apa kapasiti wakilan lain, boleh memulakan dan meneruskan prosiding di Mahkamah melalui seorang peguam atau secara sendiri.
2
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara nyata oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, suatu pertubuhan perbadanan tidak boleh memulakan atau meneruskan apa-apa prosiding melainkan melalui seorang peguam.” [25] Dalam kes Kotabato Corp (M) Sdn Bhd & Anor v Wisma Central Management Corp [2003] 4 MLJ 473 Mahkamah menyatakan seperti yang berikut: “Above all, the appellant being a company isnot represented in this proceedings by solicitors. This is in contravention of O 5 r 6
2
of the Rules of High Court 1980 read with r 4 of the Rules of the Court of Appeal 1994 and s 372 of the Companies Act 1965 where it declares: Except as expressly provided by or under any written law, a body corporate may not begin or carry on any such proceedings otherwise than by a solicitor.” [26] Walau bagaimanapun Mahkamah perlu mengambi perhatian bahawa dalam kes Kotabato Corp (M) Sdn Bhd & Anor (supra) tersebut ia melibatkan prosiding penggulungan syarikat. Sebaliknya dalam kes ini ia adalah melibatkan jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB). [27] Profesion guaman adalah satu profesion yang mulia bagi menegakkan keadilan. Oleh itu kemuliaan tersebut telah dipertahankan dan dizahirkan dengan penggubalan tatacara amalan dan etika seperti yang terdapat dalam Kaedah-kaedah Profesion Undang-undang (Amalan dan Etika) 1978. Ia juga dalah sejajar dengan peruntukan di bawah seksyen 77 Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166] undang-undang yang meletakkan tanggungjawab untuk mengawasi tingkah laku para peguam bagi mempertahankan ketertinggian dan kemurniaan amalan guaman. Seksyen 77 Akta 166 menyatakan seperti berikut: “77 Kuasa membuat kaedah-kaedah mengawal selia amalan, dsb.
1
Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa lain untuk membuat kaedah-kaedah yang diperuntukkan di bawah Akta ini, Majlis Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah bagi mengawal selia amalan, kesopanan, kelakuan dan tatatertib profesional peguam bela dan peguam cara.
2
Mana-mana kaedah yang dibuat menurut seksyen ini tidak boleh mula berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.
3
Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang tidak mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan prosiding tatatertib.
4
Peguam Negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, boleh membuat apa-apa ubah suaian sebagaimana difikirkannya perlu kepada mana-mana kaedah yang dibuat dan disiarkan di bawah seksyen ini sebelum mula berkuat kuasa subseksyen ini.” [28] Dalam Bahasa Inggeris dinyatakan seperti yang berikut: “77 Power to make rules regulating practice, etc
1
Without prejudice to any other power to make rules provided under this Act, the Bar Council may, with the approval of the Attorney General make rules for regulating the professional practice, etiquette, conduct and discipline of advocates and solicitors.
2
Any rules made pursuant to this section shall not come into operation until they have been published in the Gazette.
3
Any advocate and solicitor who fails to comply with any rules made under this section may be liable to disciplinary proceedings.
4
The Attorney General may, by order published in the Gazette, make such modifications as he deems necessary to any rules made and published under this section before the coming into operation of this subsection.” [29] Penelitian kepada intitulmen dalam KM 125 menunjukkan bahawa permohonan ini dibuat dengan mengambil kira Kaedah 4 dan Kaedah 5
a
Kaedah-kaedah Profesion Undang-undang (Amalan dan Etika) 1978 sebagai asas kepada permohonan Plaintif-Plaintif. Kaedah 4 Kaedah-kaedah Profesion Undang-undang (Amalan dan Etika) 1978 memperuntukkan seperti yang berikut: “4 No advocate and solicitor to accept brief if professional conduct likely to be impugned No advocate and solicitor shall accept a brief in a case where he knows or has reason to believe that his own professional conduct is likely to be impugned.” Sementara Kaedah 5 (a) Kaedah-kaedah Profesion Undang-undang (Amalan dan Etika) 1978 pula memperuntukkan seperti yang berikut: “5 No advocate and solicitor to accept brief in difficult to maintain professional independence
a
No advocate and solicitor shall accept a brief if such acceptance renders or would render it difficult for him to maintain his professional independence or is incompatible with the best interest of the administration of justice.” [30] Adalah wajar Mahkamah ini sentiasa memastikan bahawa permohonan seperti ini dibuat dengan berhati-hati. Ini adalah disebabkan Mahkamah perlu tidak wajar mengganggu perhubungan di antara seorang peguam dengan anak guamnya. Ini bermakna Mahkamah perlu menghormati perhubungan anak guam dan peguam serta hak individu atau syarikat untuk melantik mana-mana peguam yang dipilihnya. Hal ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP [2014] 5 CLJ 679. Dalam kes tersebut permohonan dikemukakan untuk menggugurkan peguam daripada bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan pendekatan yang perlu digunakan dalam menimbangkan permohonan tersebut dengan menyatakan seperti yang berikut: “[8] In dealing with an application of this nature, we wish to reiterate what this court had stated in an earlier application filed by the applicant herein on the approach to be adopted in an application to disqualify counsel. Therein, this court has stated that an application to disqualify a counsel ought not to be considered in light of the principle that courts should not lightly interrupt the relationship between a lawyer and a client. The court should hesitate to order disqualification except where necessary and for good reason. A disqualification may be ordered only if the court determines that a lawyer's continued participation as counsel taints the judicial system.” [31] Ia juga turut ditegaskan di dalam kes Dato' Sri Mohd Najib Hj Abdul Razak v. PP [2019] 1 LNS 1837. Malahan budi bicara untuk menggugurkan peguam dalam satu prosiding oleh Mahkamah melangkaui lebih daripada ketidakpatuhan prosedur atau perlanggaran mana-mana peraturan. Ini dapat dilihat dalam kes di Mahkamah Agong di Victoria Australia dalam kes Grimwade v Meagher & Others [1995] VR 446 di mana Hakim Mandie menyatakan seperti yang berikut: “I would hold that in principle where it is satisfied that the interests of justice so require the High Court has an inherent jurisdiction to restrain a barrister from continuing to act as counsel for a particular party in proceedings before the Court. Richardson J went on to consider a number of Australian cases including D and J Constructions Pty Ltd v Head (1987) 9 NSWLR 118 and Mallesons Stephen Jaques v KPMG Peat Marwick (1990) 4 WAR 357 and then said at 411: To sum up at this point, it is I think fair to say that in so far as the Australian cases rely on the appearance of impropriety as a justification for restraining practitioners from acting in relation to litigation the Judges could have invoked the inherent jurisdiction of the Court to control its own processes to ensure the due administration of justice in the particular case. Richardson J then referred to the position in Canada and set out the following passage from a decision of the Full Court of the Ontario Divisional Court in Everingham v Ontario (1992) 88 DLR (4th) 755 at 761-762: It is within the inherent jurisdiction of a superior court to deny the right of audience to counsel when the interests of justice so require by reason of conflict or otherwise. This power does not depend on the rules of professional conduct made by the legal profession and is not limited to cases where the rules are breached. The issue here is not whether or not the rule was breached, or whether the solicitor worked for the government. Nor is it solely whether the patient lost confidence in the process. The issue is whether a fair-minded reasonably informed member of the public would conclude that the proper administration of justice required the removal of the solicitor. ... The public interest in the administration of justice requires an unqualified perception of its fairness in the eyes of the general public ... The goal is not just to protect the interests of the individual litigant but even more importantly to protect public confidence in the administration of justice...” [32] Mahkamah rayuan dalam kes Dato' Sri Mohd Najib Hj Abdul Razak (supra) juga telah memetik keputusan Mahkamah New Zealand dalam kes Black v Taylor [1993] NZLR 403 seperti yang berikut: “[60] The jurisdiction of the High Court to debar counsel was described by the Court of Appeal of New Zealand in Black v. Taylor [1993] NZLR 403 which held that any application to debar counsel involves a contest between two interests, i.e.:
i
the right of a party to instruct counsel of choice, and
II
(ii) the obligations of counsel as officers of the court and as independent counsel in litigation. Counsel's obligations in this area also include the professional and statutory obligations to uphold the rule of law and to act in accordance with their fiduciary duties. It further held that the High Court has an inherent jurisdiction to control its own processes unless limited by statute. Pursuant to that inherent jurisdiction, the court has the power to determine the person that should be permitted to appear before it as an advocate and solicitor. In making this determination, the court is guided by established principles and rules and with what is required in the public interest for the efficient and effective administration of justice.” [33] Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu mengambil perhatian bahawa ujian bendul bagi permohonan pengguguran peguam oleh Mahkamah adalah tinggi. Ini telah disahkan dalam kes Dato' Sri Mohd Najib Hj Abdul Razak (supra). Mahkamah juga merujuk kepada kes Accent Management Ltd v Commissioner of Inland Revenue [2013] 3 NZLR 374 di mana Hakim O’ Regan P menyatakan seperti yang berikut berkenaan dengan bidang kuasa Mahkamah dalam mempertimbangkan permohonan pengguguran peguam: “[32] The Court has jurisdiction to debar counsel or solicitors from acting where that is necessary in order for justice to be done or to be seen to be done.15 Removal will usually be ordered where counsel will not be able to comply with his or her duties to the Court: where there is a conflict of interest, or where there is a real risk that a client will not be represented with objectivity.16 The threshold for removal is a high one, requiring something extraordinary.17 The Court should guard against allowing removal applications to be used as a tactical weapon to disadvantage the opposing party.18 ” [34] Kedudukan peguam semasa mengendalikan perbicaraan haruslah dihormati dan tidak dengan sewenang-wenangnya diperkecilkan oleh Mahkamah. Hatta sekiranya didapati semasa mengendalikan kes peguam tersebut melakukan penyalahgunaan proses Mahkamah dan berkelakuan tidak beretika, Mahkamah tidak wajar untuk menyatakannya di dalam alasan penghakiman. Sebaliknya wajar membuat laporan kepada Lembaga Tatatertib Jawatankuasa Peguam. Perkara ini diingatkan dalam Mahkamah Persekutuan dalam kes Insas Bhd & Anor v Ayer Molek Rubber Co Bhd & Ors [1995] 2 MLJ 833 seperti yang berikut: “We wish to remind judges and magistrates that where they find that an advocate handling any matter before them has grossly abused the process of court or acted in a highly unethical manner, the proper step to be taken is for them to lodge a report with the Legal Profession Disciplinary Board established under s 99(2) of the Legal Profession Act 1976, which will investigate the complaint and where both the accuser and the accused will be given a fair opportunity to state their cases.” [35] Penelitian kepada duluan-duluan kehakiman di atas menunjukkan bahawa permohonan untuk pengguguran peguam hendaklah diputuskan secara berhati-hati. Ia bukan bermaksud seseorang peguam tidak boleh digugurkan oleh Mahkamah bagi mewakili anak guamnya dalam sesuatu prosiding. Malahan adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mengawasi dan meluruskan tindakan-tindakan peguam semasa mengendalikan perbicaraan. Sekiranya terdapat alasan yang wajar maka seorang peguam itu boleh dipertimbangkan untuk digugurkan daripada mewakili anak guamnya. Namun demikian ujian bendulnya adalah tinggi. Seseorang peguam tidak boleh digugurkan daripada mewakili anak guamnya atas alasan yang remah dan asas yang tipis. Mahkamah juga mendapati bahawa hubungan suci (sancity) antara peguam dan anak guam perlu dihormati oleh Mahkamah. [36] Pada hemat Mahkamah setelah meneliti permohonan ini adalah didapati bahawa asas utama kepada permohonan ini ialah jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) tidak mempunyai bidang kuasa untuk melantik Tetuan CM Lai & Partners sebagai peguam bagi mewakili jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) tersebut. Ini adalah disebabkan pada masa itu telah terdapat arahan daripada Pesuruhjaya Bangunan dan perintah Mahkamah bahawa Mesyuarat EGM hendaklah diadakan dan menggantikan lima orang jawatankuasa yang telah berada di dalam jawatankuasa sebelum Mesyuarat EGM tersebut diadakan. Walau bagaimanapun Defendan telah melantik Tetuan CM Lai & Partners di dalam Mesyuarat Agong Kali Ke-15 setelah menerimapakai perakuan dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan pada 04.10.2023. [37] Persoalannya ialah adakah isu berkenaan dengan ketiadaan locus standi jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) melantik Tetuan CM Lai & Partners dapat menunjukkan bahawa ia adalah salah satu perlanggaran kepada Kaedah 4 dan Kaedah 5 (a) Kaedah-kaedah Profesion Undang-undang (Amalan dan Etika) 1978 yang boleh menyebabkan permohonan ini dibenarkan. Pada masa yang sama adakah keterangan-keterangan tersebut telah menunjukkan bahawa Tetuan CM Lai & Partners telah melakukan tindakan yang tidak professional sehingga memerlukan Mahkamah menggugurkan Tetuan CM Lai & Partners daripada mewakili pihak Defendan. [38] Pada hemat Mahkamah ini Mahkamah perlu membezakan di antara kuasa pelantikan Tetuan CM Lai & Partners dengan salah laku yang terdapat dalam Kaedah-kaedah Profesion Undang-undang (Amalan dan Etika) 1978 yang boleh menyebabkan Tetuan CM Lai & Partners digugurkan. Penelitian kepada affidavit-affidavit sokongan yang dikemukakan hanya mendapati berkenaan dengan pertikaian di antara jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB), kegagalan mengadakan Mesyuarat EGM dan pertelingkahan di antara ahli-ahli jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang pada hemat Mahkamah ia tidak menunjukkan langsung sebarang keadaan yang membolehkan Tetuan CM Lai & Partners digugurkan daripada mewakili pihak Defendan. [39] Pertikaian sama ada Tetuan CM Lai & Partners sewajar dilantik ataupun tidak ialah isu dalaman di antara jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan tidak menjejaskan kedudukan Tetuan CM Lai & Partners sebagai peguam yang dilantik oleh Defendan. Apa yang Mahkamah perlu juga memberi perhatian ialah pelantikan Tetuan CM Lai & Partners ini ditimbulkan sebagai tidak sah kerana sekiranya Tetuan CM Lai & Partners terus disahkan sebagai peguam yang mewakili pihak Defendan pada akhirnya sekiranya berlaku pertukaran ahli jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang tidak ingin Tetuan CM Lai & Partners mewakili mereka atau mempunyai peguam yang lain untuk menggantikan Tetuan CM Lai & Partners maka berkemungkinan akan timbul isu pembayaran fi yang kena dibayar oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) kepada Tetuan CM Lai & Partners di atas perkhidmatan yang telah diberikan. Ia juga mungkin menyebabkan arahan-arahan yang diberikan oleh jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang dianggotai oleh jawatankuasa semasa pelantikan Tetuan CM Lai & Partners itu adalah menyalahi arahan-arahan yang akan diberikan oleh jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang baharu dilantik. [40] Pada hemat Mahkamah ini isu-isu tersebut tidak boleh dipertimbangkan sebagai asas untuk membenarkan permohonan pengguguran Tetuan CM Lai & Partners sebagai peguam yang mewakili Defendan. Malahan jika dilihat kepada ujian yang perlu digunakan oleh Mahkamah juga jelas menunjukkan bahawa alasan-alasan tersebut tidak memadai untuk melepasi ujian bendul bagi permohonan untuk pengguguran Tetuan CM Lai & Partners sebagai peguam pihak Defendan. [41] Mahkamah ini mendapati tiada keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif untuk menunjukkan bahawa ketidakadilan akan berlaku kepada pihak-pihak sekiranya Tetuan CM Lai & Partners masih terus mewakili Defendan. Pada masa yang sama juga Mahkamah mendapati sekiranya Tetuan CM Lai & Partners terus mewakili Defendan juga ia tidak menjejaskan prosiding yang melibatkan Plaintif-Plaintif dan Defendan dalam kes ini. [42] Akhirnya, Mahkamah ini memutuskan bahawa permohonan pihak Plaintif di KM 125 adalah ditolak dengan kos. Bertarikh: 18 hb. April 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Plaintif-Plaintif Alliff Benjamin bin Suhaimi, Rachel Ng Li Hui dan Eunice Wong Kai Xin Tetuan Thomas Philips No. 5-1, Jalan 22A/70A, Wisma CKL Desa Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur Bagi Pihak Defendan Lai Chee Meng dan Mou Kar Wye Tetuan CM Lai & Partners B2-3A-5, Solaris Dutamas Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.