1
Kes ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan penghinaan Mahkamah. Kes ini telah ditangguhkan beberapa kali sehingga ke hari ini. Pada tarikh yang lalu pihak-pihak telah dimaklumkan bahawa tarikh hari ini adalah tarikh akhir perbicaraan.
CB-33JP-81-11/2017
High Court of Malaysia28 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an officer of the court his obligation to the court prevails over his duty to the client. Lee Hun Hoe, CJ (Borneo) speaking for the Federal Court in the case of Cheah Cheng Hoc v. PP[1986] 1 CLJ 169; [1986] CLJ 84 (Rep)at p. 174 said: It is very important for a counsel to remember that whatever may be his duty to his c”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Kes ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan penghinaan Mahkamah. Kes ini telah ditangguhkan beberapa kali sehingga ke hari ini. Pada tarikh yang lalu pihak-pihak telah dimaklumkan bahawa tarikh hari ini adalah tarikh akhir perbicaraan.
2
Peguam Pempetisyen Suami telah membuat permohonan di KM 81 untuk menarik diri daripada menjadi peguam cara yang bertindak bagi pihak Pempetisyen Suami. Permohonan tersebut dibuat pada 23.08.2024 dan telah disahkan diserah kepada peguam Pempetisyen Isteri.
3
Peguam Pempetisyen Isteri membantah permohonan ini dan memohon supaya Mahkamah tidak membenarkan permohonan penarikan diri peguam Pempetisyen Suami sehinggalah tarikh lain ditetapkan di mana peguam baharu dilantik oleh Pempetisyen Suami.
4
Di dalam affidavit sokongan menyokong permohonan peguam Pempetisyen suami dinyatakan bahawa dia telah menerima sepucuk surat bertarikh 21.08.2024 yang dikemukakan sebagai eksibit “SS-1” berkenaan hasrat Pempetisyen Suami untuk melantik peguam yang lain. Dalam surat tersebut Pempetisyen Suami menyatakan seperti berikut: “I would like for your good firm to discharge yourselves from the above matter because we cannot seem to find a common ground for us to work together anymore. Kindly assist me on the hearing on the 28.08.2024 to inform & request from the Honourable Court for a new date pending the appointment of new solicitors.”
5
Berdasarkan kepada affidavit tersebut dapat difahami bahawa Pempetisyen Suami tidak lagi ingin meneruskan khidmat peguam caranya untuk mewakilinya. Dalam keadaan sedemikian adakah peguam Pempetisyen Suami boleh diminta untuk meneruskan mewakili Pempetisyen Suami sedangkan hasratnya jelas untuk tidak lagi diwakili oleh peguam tersebut.
6
Peguam Pempetisyen Isteri menyatakan bahawa tindakan peguam Pempetisyen Suami adalah tidak mewajarkan permohonan ini dibenarkan. Keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan hal ini 4 dalam kes Dato' Sri Mohd Najib Hj Abd Razak v. PP & Other Appeals (No 4) [2022] 8 CLJ 393 telah dirujuk oleh peguam Pempetisyen isteri seperti berikut: “[11] On the morning of 18 August 2022, counsel for the appellant moved to adjourn the appeals on the same ground namely that he and his team were not prepared. We rejected this ground. With the adjournment refused, Tuan Hj Hisyam Teh then moved to discharge himself as counsel for the appellant. We keep in mind that the court possesses inherent jurisdiction to ensure that it can fulfil its mandate to administer justice, to prevent any abuse of process, and to ensure the machinery of the court's function in an orderly and effective manner. As counsel are key actors in the administration of justice, the court has supervisory jurisdiction and authority to exercise inherent and supervisory control over counsel when necessary to protect its process. Hence, the court, in invoking its inherent jurisdiction, refused counsel's application to discharge himself as that would have left the appellant unrepresented. Tuan Hj Hisyam Teh thus remained on record as counsel for the appellant.”
7
Dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan telah tidak membenarkan permohonan peguam untuk menarik diri dan terus diminta untuk mewakili anak guam dalam kes tersebut. Ia berdasarkan keadaan dalam kes tersebut dan waktu permohonan penarikan diri peguam dibuat dalam kes tersebut.
8
Secara umumnya pelantikan peguam oleh seseorang anak guam akan berterusan sehingga selesainya suatu prosiding. Hakikat ini dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di United Kingdom dalam kes Underwood, Son & Piper v Lewis [1894] 2 Q.B 306 melalui penghakiman Lord Esher M.R seperti berikut: “When one considers the nature of a common law action, it seems obvious that the law must imply that the contract of the solicitor upon a retainer in the action is an entire contract to conduct the action to the end. When a man goes to a solicitor and instructs him for the purpose of bringing or defending such an action, he does not mean to employ the solicitor to take one step, and then give him fresh instructions to take another step, and so on; he instructs the solicitor as a skilled person to act for him in the action, to take all the necessary steps in it, and to carry it on to the end. If the meaning of the retainer is that the solicitor is to carry on the action to the end, it necessarily follows that the contract of the solicitor is an entire contract - that is, a contract to take all the steps which are necessary to bring the action to a conclusion.”
9
Ia turut dinyatakan dalam kes Court v Berlin and Others [1897] 2 Q.B 396 seperti berikut: “It is the recognised course of business that the retainer of a solicitor in such a case is to conduct the action until its termination, and that the contract of the solicitor who accepts the retainer is 6 one entire contract by which he undertakes, unless his retainer is withdrawn, to conduct the action until it is finished.”
10
Ia juga dinyatakan dalam kes Stephen Chang Holding Sdn Bhd v Goh & Associates [1989] 3 MLJ 497 seperti berikut: “This is a convenient point to refer to O 64 r 5(1) of the Rules of the High Court 1980. Under that rule, when Goh unilaterally ceased to act for the company, it was open to her to apply to the court for an order declaring that she had ceased to be the solicitor for the company. Order 64 r 5(2) provides that the application must be in the prescribed form and supported by an affidavit stating the grounds of the application. Miss Goh, in her evidence, said that she did not comply with this rule because this was a special case. I regret that I am unable to appreciate this. Her omission must, in my view, militate against her credibility.”
11
Penelitian kepada KKM 2012 terdapat peruntukan khusus berkenaan dengan penarikan diri sebagai peguam yang memperuntukkan khususnya kepada A. 64 k 5 seperti berikut: “5. Permohonan oleh peguam bahawa dia telah terhenti bertindak (A. 64 k. 5)
1
Jika seorang peguam yang bertindak bagi suatu pihak kepada kausa atau perkara telah terhenti bertindak sedemikian dan pihak itu belum memberikan suatu notis penukaran mengikut kaedah 1, atau suatu notis niat untuk bertindak secara sendiri mengikut kaedah 3, peguam itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk suatu perintah mengisytiharkan bahawa peguam itu telah terhenti daripada menjadi peguam yang bertindak bagi pihak itu dalam kausa atau perkara itu, dan Mahkamah atau Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuat suatu perintah dengan sewajarnya, tetapi melainkan jika dan sehingga peguam itu menyampaikan kepada tiap-tiap pihak kepada kausa atau perkara itu (yang tidak menjadi suatu pihak yang ingkar tentang kemasukan kehadiran) suatu salinan perintah itu, dia hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan tersebut di atas dalam Aturan ini, dianggap sebagai peguam pihak itu sehingga pengakhiran muktamad kausa atau perkara itu, sama ada dalam Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.
2
Suatu permohonan untuk minta suatu perintah di bawah kaedah ini hendaklah dibuat melalui suatu notis permohonan dalam Borang 140 atau, dalam hal suatu permohonan kepada Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, melalui usul, dan notis permohonan atau notis usul itu hendaklah, melainkan jika Mahkamah atau Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengarahkan selainnya, disampaikan kepada pihak yang baginya peguam itu bertindak. Permohonan itu hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang menyatakan alasan permohonan itu.
3
Suatu perintah dalam Borang 141 yang dibuat di bawah kaedah ini tidak boleh menjejaskan hak peguam dan pihak yang baginya dia bertindak antara sesama mereka sendiri.
4
Walau apa pun apa-apa jua dalam perenggan (1), jika perakuan bantuan guaman orang yang dibantu dalam pengertian Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] dibatalkan atau dilepaskan, peguam yang bertindak untuk orang yang dibantu itu hendaklah terhenti menjadi peguam yang bertindak dalam kausa atau perkara itu, dan sekiranya orang yang dibantu itu yang perakuannya dibatalkan atau dilepaskan berhasrat hendak meneruskan kausa atau perkara itu tanpa bantuan guaman dan melantik peguam itu atau seorang peguam lain untuk bertindak bagi pihaknya, peruntukan kaedah 2 hendaklah terpakai seolah-olah pihak itu terdahulunya telah membawa guaman atau membela secara sendiri.” [12] Apa yang lebih menarik ialah terdapat borang khusus berkenaan dengan affidavit bagi menyokong permohonan penarikan diri peguam, terdapat di Borang 140 dan Perintah Mahkamah di dalam Borang 141 KKM 2012. Dalam kes ini permohonan untuk penarikan diri peguam telah dikemukakan oleh Pempetisyen Suami pada 23.08.2024. Ia bukannya dibuat pada hari perbicaraan kes ini seperti yang berlaku dalam kes Dato' Sri Mohd Najib Hj Abd Razak (supra). Hal ini perlu dipertimbangkan dalam kes ini. [13] Mahkamah ini juga perlu menimbangkan hujahan Pempetisyen Isteri yang menyatakan kes ini telah ditangguhkan beberapa kali. Malahan Pempetisyen Isteri menghadapi kesukaran untuk memastikan kehadiran Pempetisyen Suami di dalam prosiding di Mahkamah ini. Oleh yang demikian Mahkamah mendapati bahawa kehadiran Pempetisyen Suami akan hanya dapat dipastikan sekiranya peguam Pempetisyen Suami masih dikekalkan sebagai peguam Pempetisyen Suami. [14] Dalam hal ini Mahkamah perlu mengambil perhatian bahawa seseorang peguam tidak boleh dipaksa untuk mewakili mana-mana anak guam. Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu merujuk kepada Peraturan 16 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 yang menyatakan seperti berikut: “ 16 Advocate and solicitor to uphold interest of client, justice and dignity of profession An advocate and solicitor shall while acting with all due courtesy to the tribunal before which he is appearing, fearlessly uphold the interest of his client, the interest of justice and dignity of the profession without regard to any unpleasant consequences either to himself or to any other person.” [15] Oleh yang demikian jika dilihat kepada Pekeliling Pendaftar berkenaan dengan penarikan diri sebagai peguam di Mahkamah ia adalah merupakan urusan persendirian di antara peguam dan anak guamnya. Hal ini dinyatakan di dalam Pekeliling Pendaftar No. 6 Tahun 1960 seperti berikut: JUDICIAL DEPARTMNET, FEDERATION OF MALAYA REGISTRAR’S CIRCULAR NO. 6 OF 1960 Some recent cases in the Lower Courts of defence counsel applying to the Court during the course of a trial for permission to withdraw from the case have been brought to the notice of the Chief Justice. His Lordship has directed me to inform you that the correct reply in such cases is that there is no question of any leave of the Court being necessary. It is purely a private matter between counsel and his client. The Court has no power to compel a counsel to continue with a case if he does not wish to do so.
2
I am to add that where any correspondence has been wrongly or inadvisably sent to the Court in relation to any pending case, the Court should refrain from expressing any opinion on such correspondence until the hearing of the case is concluded. t.t. (S.S. GILL) REGISTRAR [16] Walau bagaimanapun bagi maksud penarikan diri di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah ia adalah di bawah budi bicara Mahkamah untuk membenarkan penarikan diri tersebut. Ini telah dinyatakan di dalam kes Shankar a/l Ram Pohumall @ Shankar RP Asnani & Anor v Jeffery Law Siew Su & Ors [2011] 7 MLJ 643 seperti berikut: “[10] I agree with Mr Lim Heng Choo for the defendants that there is a specific provision in the Rules of the High Courtie O 64 r 5(1) for an application for a discharge of a solicitor. It must be made in the action itself and served on his client and the other party in the action. The plaintiffs cannot, in my view, apply for their discharge in this action for if I were to grant it, I would be taking away the discretionary power vested on the judge hearing the case to consider whether the discharge should be granted or otherwise and if granted, whether any conditions need to be imposed in allowing the discharge. Only the judge having conduct of the matter would be in the best position to appraise the needs of the parties before him, having regard to the stage of the proceedings at the time the application is made. Furthermore, there is another party who has a right to be heard in an application for discharge — the defendant in that suit action. The rule says they must also be served with the application for discharge but they are not before me in this action. It would be unfair to make the declaration sought by the plaintiffs without first hearing them out. I would therefore decline to make this particular declaration sought for by the plaintiffs.” [17] Ini bermakna bagi permohonan penarikan diri sebagai peguam di bawah KKM 2012 ia haruslah mematuhi kehendak A. 64 k 5 KKM 2012. Jika ditinjau kepada aturan tersebut ia memperuntukkan bahawa notis-notis yang sewajarnya perlu diberikan kepada pihak-pihak yang berkepentingan sebelum menimbangkan permohonan penarikan diri peguam. Ini adalah disebabkan ia adalah sejajar tanggungjawab peguam di dalam mengendalikan sesuatu kes bagi pihak anak guamnya tidak dilalaikan atau anak guamnya tidak ditinggal tanpa pembelaan semata-mata disebabkan peguam telah menarik diri di dalam sesuatu prosiding. Notis yang berkaitan akan memberi peluang kepada anak guam untuk mendapatkan perkhidmatan peguam yang lain bagi mewakili dia di Mahkamah. Ia juga sejajar dengan kemurnian profesion guaman yang sentiasa meletakkan keadilan di atas segala-galanya di dalam sesuatu prosiding di Mahkamah. Tanggungjawab peguam itu dapat dilihat dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Zainur Zakaria v. PP [2001] 3 CLJ 673. Walaupun kes tersebut adalah berkaitan dengan penghinaan Mahkamah, namun pandangan Mahkamah berkenaan tanggungjawab peguam bela dan peguam cara terhadap anak guamnya wajar diberikan suluh panduan seperti berikut: “Let me first consider the legislation pertaining to the duties of an advocate and solicitor towards his client. Rules 9 and 16 of the Rules clearly set out the responsibilities of an advocate and solicitor towards his client, inter alia, to present every defence that the law permits and to uphold the interest of his client, justice and the dignity of the profession without regard to any unpleasantness to himself or to any other person. He is supposed to act fearlessly. That is well and good but what happens when there is a conflict between his obligation to the court and his duty to his client? As an officer of the court his obligation to the court prevails over his duty to the client. Lee Hun Hoe, CJ (Borneo) speaking for the Federal Court in the case of Cheah Cheng Hoc v. PP[1986] 1 CLJ 169; [1986] CLJ 84 (Rep)at p. 174 said: It is very important for a counsel to remember that whatever may be his duty to his client his duty to the court remains paramount in the administration of justice. There are a number of authorities affirming the role and duties of an advocate and solicitor vis-a-vis his client. Rule 36 of the Rules, however, requires him to terminate the relationship if the instruction of his client borders on contempt. Rule 36 states: An advocate and solicitor shall use his best efforts to prevent his client from doing things which the advocate and solicitor himself ought not to do, particularly with reference to his conduct towards Courts and judicial officers, jurors, witnesses and parties. Where a client persists in such wrongdoing the advocate and solicitor shall terminate the relationship.” [18] Pendekatan yang boleh dibuat oleh Mahkamah dalam mempertimbangkan permohonan penarikan diri peguam telah dinyatakan dengan menarik oleh Mahkamah Tinggi di Australia dalam kes Plenty v Gladwin [1986] 67 ALR 26 seperti berikut: “As we have noted the court has a discretion whether or not to make the order, but unless there are special circumstances which render it expedient to retain the solicitor on the record the order will generally be made as a matter of course upon proof that the solicitor has in fact ceased to act for the party and that no steps have been taken to take the solicitor's name off the record. Order 7, r 7(4) makes it plain that an order made under the rule does not affect the rights or liabilities of a solicitor and a party as between themselves.” Ia juga dinyatakan dalam kes Lai Cheng Chong v Public Prosecutor [1993] 3 MLJ 147. [19] Penelitian kepada autoriti-autoriti berkaitan dengan penarikan diri sebagai peguam menunjukkan bahawa pada asasnya permohonan penarikan diri peguam adalah dibenarkan oleh Mahkamah. Namun, Mahkamah mempunyai budi bicara dalam mempertimbangkan permohonan tersebut serta menolak permohonan penarikan diri peguam. Secara umumnya dapatlah diperturunkan perkara-perkara yang boleh diambil kira dalam menentukan permohonan penarikan diri peguam. Ia adalah seperti berikut:
a
bilakah permohonan penarikan diri sebagai peguam dibuat, sama ada semasa perbicaraan sedang berjalan atau di peringkat awal prosiding Mahkamah;
b
adakah dengan membenarkan permohonan penarikan diri peguam ia akan meninggalkan anak guam tidak diwakili di
c
adakah segala notis yang dikehendaki disampaikan kepada pihak-pihak di bawah A. 64 k 5 KKM 2012 telah dipatuhi;
d
adakah anak guam telah menyatakan hasrat dengan jelas ketidakinginannya untuk meneruskan perkhidmatan peguamnya; dan
e
jenis prosiding Mahkamah. [20] Senarai di atas bukannya satu yang tuntas tetapi Mahkamah perlu meneliti keadaan dan fakta dalam satu kes bagi mempertimbangkan permohonan untuk penarikan diri sebagai peguam cara dan peguam bela dalam sesuatu prosiding di Mahkamah. Apa yang penting ialah kepentingan keadilan dan kelancaran prosiding adalah menjadi pertimbangan utama oleh Mahkamah. [21] Dalam kes ini Mahkamah mendapati bahawa Pempetisyen Suami telah menyatakan hasratnya untuk tidak diwakili oleh peguamnya. Permohonan pihak peguam kepada Mahkamah juga telah dilakukan seperti kehendak A. 64 k 5 KKM 2012. Ia juga telah diserahkan kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Pada hemat Mahkamah sekiranya permohonan ini ditolak oleh Mahkamah ia akan menyebabkan peguam Pempetisyen Suami tidak dapat mengendalikan kes Pempetisyen Suami disebabkan sudah tiada lagi kepercayaan Pempetisyen Suami untuk meneruskan perkhidmatan peguamnya. Ini akan menyukarkan Pempetisyen Suami mengendalikan kes ini secara profesional. [22] Selain daripada itu Mahkamah juga mendapati bantahan yang dikemukakan oleh Pempetisyen Isteri tidak dapat menunjukkan bahawa ia boleh dijadikan alasan untuk menolak permohonan peguam Pempetisyen Suami. [23] Oleh itu Mahkamah berpendapat permohonan peguam Pempetisyen Suami di dalam KM 81 adalah dibenarkan. [24] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa khidmat bakti peguam bela dalam sesuatu prosiding di Mahkamah adalah amat penting. Ia sewajarnya dihargai oleh pihak-pihak dan Mahkamah. Sementara itu para peguam pula tertakluk kepada amalan profesional dan etika yang telah diperuntukkan di bawah Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 dan diharapkan dapat menjalankan amalan guaman pada tahap profesional yang tinggi serta sentiasa membantu Mahkamah menegakkan keadilan semasa menjalankan prosiding di Mahkamah. [25] Kepatuhan kepada Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 akan menyebabkan kedudukan profession guaman dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat dalam usaha untuk memastikan keadilan dapat dilaksanakan mengikut prinsip undang-undang tanpa mengorbankan kepentingan keadilan kepada pihak-pihak yang ingin mendapatkan keadilan di Mahkamah. Ia juga akan memaknai peranan, tanggungjawab, amanah dan kemahiran para peguam yang didambakan oleh masyarakat. [26] Kesungguhan dan iltizam yang tinggi para peguam, Mahkamah dan pemegang taruh yang lain akan membantu memperkasakan sistem kehakiman yang gemilang. Ia juga akan membantu profesion guaman selayaknya dianggap sebagai profesion yang mulia. Bertarikh: 03 hb. September 2024 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pempetisyen Suami Sathyananthan Sinnappan Tetuan Sathya, Lee & Co. Sri Hartamas, Kuala Lumpur Bagi Pihak Pempetisyen Isteri R. Renuga Tetuan R. Renuga Ram & Co Subang Jaya, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.