Content
1 [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PENGGULUNGAN SYARIKAT NO: BA-28NCC-413-07/2024 Dalam perkara mengenai Seksyen 464
BA-28NCC-413-07/2024
High Court of Malaysia5 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PENGGULUNGAN SYARIKAT NO: BA-28NCC-413-07/2024 Dalam perkara mengenai Seksyen 464
1
(1)(b) dan 465 (1)(e) Akta Syarikat,
2016
DAN Dalam perkara mengenai QUANTUM METRO DEVELOPMENT SDN. BHD. (No. Syarikat:200901027388/870490-A)
1
VICTOR LAW HOW WEN
2
LEE CHIU YEN (NO. K/P:800205-04-5188) ... PEMPETISYEN-PEMPETISYEN DAN QUANTUM METRO DEVELOPMENT SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 200901027388/870490-A) ... RESPONDEN] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Rayuan ini telah dikemukakan oleh pihak Responden iaitu Quantum Metro Development Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 200901027388 (870490-A) yang tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah ini pada 5.3.2026 yang memutuskan bahawa satu perintah Penggulungan Syarikat dimasukkan ke atas Syarikat tersebut.
2
Petisyen ini dikemukakan oleh Pempetisyen-Pemptisyen ke atas Responden berikutan satu notis tuntutan untuk “Liquidated Ascertained Damages” berjumlah RM152,196.99 berdasarkan satu perjanjian jual beli yang dimasuki diantara pihak-pihak bertarikh 20.5.2015. Pempetisyen-pempetisyen, melalui peguamcaranya telah menyerahkan Notis Tuntutan dibawah Seksyen 466(1) (a) Akta Syarikat 2016 kepada Responden pada 12.6.2024 ke alamat berdaftar Responden.
3
Berdasarkan peruntukan tersebut, responden diberikan tempoh 21 hari daripada tarikh penyerahan notis tuntutan tersebut untuk menyelesaikan jumlah tuntutan berkenaan.
Preamble
Mengikut Peruntukan yang sama, “inability to pay debt” adalah apabila Syarikat Responden gagal membayar hutang yang melebihi RM50,000 dalam tempoh 21 hari yang ditetapkan. Responden gagal membuat pembayaran dalam tempoh berkenaan.
4
Atas kegagalan tersebut, Pempetisyen telah mengemukakan petisyen penggulungan Syarikat terhadap responden. Dalam tindakan ini, terdapat juga dua (2) pihak yang telah mengemukakan notis untuk hadir menyokong petisyen tersebut sebagaimana dibawah Kaedah 28 Kaedah-Kaedah (Penggulungan) Syarikat 1972.
5
Petisyen ini telah ditetapkan untuk perbicaraan dihadapan Mahkamah pada 26.2026. Pada tarikh tersebut, pihak-pihak yang hadir adalah Peguam pihak Responden yang juga menyebut bagi pihak Pempetisyen dan dua (2) peguamcara yang mewakili kedua-dua pihak yang menyokong petisyen tersebut.
6
Pada tarikh tersebut, Peguam Responden tampil dan memaklumkan Mahkamah bahawa terdapat satu perjanjian penyelesaian antara anak guamnya dan pihak Pempetisyen dimana Responden bersetuju untuk menyelesaikan jumlah yang terhutang dengan petisyen. Sebagai balasannya, Mahkamah juga dimaklumkan melalui peguam Responden tersebut bahawa pihak Pempetisyen telah mengarahkan peguam Pesponden supaya menarik balik tindakan dan memohon supaya petisyen penggulungan Syarikat terhadap Responden dibatalkan.
7
Bagaimanapun, cadangan ini telah dibantah keras oleh kedua-dua pihak pemiutang yang hadir untuk menyokong petisyen tersebut atas alasan-alasan berikut: i. Kedua-dua Pemiutang tersebut menyatakan bahawa mereka mempunyai tuntutan terhadap Respoden yang masih belum dijelaskan. Tuntutan Pemiutang pertama adalah berjumlah RM165,000 berdasarkan satu penghakiman pasca bicara manakala tuntutan pemiutang kedua adalah merupakan satu tuntutan untuk “Liquidated Ascertained Damages” berjumlah RM293,101.20. ii. Kedua-dua pihak yang menyokong petisyen menyatakan bahawa sehingga kini, tiada sebarang pembayaran dibuat dan ini jelas menunjukkan bahawa Responden tidak mampu membayar hutang. iii. Pemiutang-Pemiutang berkenaan juga mendakwa bahawa perjanjian penyelesaian tersebut hanya dibuat diantara Pempetisyen dan Responden tanpa pengetahuan mereka. Penyelesaian ini jika diteruskan, akan mengenepikan hak pemiutang-pemiuntang yang menyokong petisyen ini untuk mendapatkan bahagian mereka daripada aset-aset Responden. Oleh itu, penyelesaian tersebut memprejudiskan hak mereka sebagai pemiutang-pemiutang kepada Responden, iv. Pemiutang-pemiuntang yang menyokong petisyen juga menyatakan bahawa berrdasarkan seksyen 472 Akta Syarikat 2016, sebarang pelupusan aset oleh Responden selepas pengemukaan petisyen penggulungan ke atas mereka adalah tidak sah dan terbatal melainkan dengan kebenaran Mahkamah.
8
Seksyen 465(1) (e) menyatakan bahawa sebuah syarikat boleh digulungkan jika gagal bayar membayar hutang. Sekyen 466(1) (a) Akta Syarikat mendefinisikan kegagalan membayar hutang sebagai: A company shall be deemed to be unable to pay its debts if- --
a
The company is indebted in the sum exceeding the amount as may be prescribed by the Minister and a creditor by assignment or otherwise has served a notice of demand, by himself or his agent, requiring the company to pay the sum due by leaving the notice at the registered office of the company, and the company has for 21 days after the service of the demand neglected to pay the sum or to secure or compound for it to the satisfaction of the creditor..”
9
Oleh itu, berdasarkan peruntukan di atas, pempetisyen mempunyai hak statutori untuk memfailkan petisyen penggulungan syarikat ke atas responden jika responden gagal membayar jumlah yang dituntut dalam termpoh 21 hari tersebut. (Rujuk kes MKRS Management Sdn Bhd v Klass Corporation (M) Sdn Bhd [2018] 9 MLJ). Pada masa ini, undang-undang menetapkan bahawa jumlah yang dituntut perlu melepasi ambang RM50,000. Dalam tindakan, jumlah tuntutan pempetisyen terhadap responden adalah RM RM152,196.99, jauh melepasi ambang tersebut.
10
Bagaimanapun, Pempetisyen dan Responden telah memasuki satu perjanjian persetujuan dimana Responden bersetuju untuk membayar jumlah tuntutan tersebut kepada Pempetisyen dengan syarat Pempetisyen menarik balik tindakan terhadapnya.
11
Persoalan yang berbangkit dalam tindakan ini adalah sama Pempetisyen dibenarkan untuk menarik balik petisyen yang telah dikemukakan terhadap Responden kerana terdapat bantahan daripada dua (2) pemiutang yang telah tampil untuk menyokong petisyen tersebut atas alasan Responden juga berhutang dengan mereka dan hutang tersebut masih gagal dijelaskan.
12
Setelah meneliti penghujahan-penghujahan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan atas imbangan kebarangkalian untuk membenarkan satu perintah penggulungan dimasukkan ke atas Responden dengan kos. Berikut adalah alasan-alasan untuk keputusan berkenaan:- i. Terdapat keterangan yang jelas yang menunjukkan bahawa Responden telah gagal membayar hutang kepada pempetisyen dalam tempoh masa sebagaimana yang dinyatakan dibawah Seksyen 466 Akta Syarikat 2016. ii. Kehadiran dua pihak yang menyokong petisyen dengan dakwaan bahawa Responden masih gagal menyelesaikan tuntutan mereka menguatkan lagi fakta bahawa Responden adalah tidak berkemampuan untuk membayar hutang. iii. Mahkamah juga mendapati bahawa untuk tindakan ini, satu Sijil Pendaftar telah dikeluarkan yang menunjukkan bahawa segala suratcara adalah teratur. iv. Mahkamah mendapati perjanjian penyelesaian yang dicadangkan antara Pempetisyen dan Responden yang hanya dibuat setelah pemfailan petisyen penggulungan ini jelas melanggar peruntukan dibawah Seksyen 472 Akta Syarikat 2016. Seksyen 472 memperuntukkan bahawa sebarang pelupusan harta syarikat adalah terbatal dan tidak sah sekiranya ia dibuat selepas tarikh pengemukaan petisyen penggulungan syarikat, melainkan ia diluluskan oleh Mahkamah atau dibuat secara sah oleh pelikuidasi. v. Dalam tindakan ini, Mahkamah mendapati bahawa perjanjian penyelesaian yang ingin dimasuki oleh kedua-dua pihak tersebut gagal mematuhi keperluan yang ditetapkan dibawah seksyen 472 di atas. Mahkamah mendapati bahawa tiada kelulusan Mahkamah telah diperolehi atau Responden telah melantik pelikuidasi untuk menguruskan perjanjian penyelesaian tersebut bagi pihaknya. Kegagalan mematuhi seksyen 472 tersebut bermakna bahawa tindakan Responden untuk melupuskan asetnya bagi tujuan menjelaskan hutangnya kepada Pempetisyen jelas melanggar seksyen 472 dan adalah tidak sah. vi. Mahkamah menyedari bahawa pempetisyen tidak hadir pada tarikh perbicaraan dan tidak mengusulkan kepada Mahkamah supaya satu perintah penggulungan dimasukkan ke atas responden berdasarkan petisyennya. Malah, pihak responden berhujah bahawa satu kebenaran Mahkamah perlu diperolehi oleh pihak-pihak yang menyokong petisyen untuk menggantikan tempat petisyen sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Kaedah 33 Kaedah-Kaedah Penggulungan 1972. vii. Mahkamah merujuk kepada seksyen 475 Akta Syarikat yang memperuntukkan bahawa satu perintah penggulungan adalah beroperasi dan memihak kepada semua pemiutang-pemiutang seolah-olah ianya dibuat atas petisyen bersama. Ini menyokong idea bahawa sebaik sahaja satu petisyen dikemukakan dihadapan Mahkamah dan terdapat pemiutang-pemiutang lain menyokongnya, maka pemiutang-pemiutang tersebut secara kolektif menyokong bahawa responden adalah merupakan Syarikat yang insolven. viii. Mahkamah berpandangan tindakan pihak Responden yang hanya berniat untuk membayar tuntutan Pempetisyen dan sekaligus mengenepikan tuntutan pemiutang-pemiutang lain adalah jelas bercanggah dengan semangat dan kehendak dibawah Seksyen 475 Akta Syarikat dan adalah tidak sah dibawah Seksyen 472 Akta yang sama. v. Pada tarikh perbicaraan petisyen ini, Mahkamah mendapati bahawa segala suratcara adalah teratur. Adalah tidak dinafikan bahawa pempetisyen tidak hadir pada tarikah tersebut. Bagaimanapun, pempetisyen tetap diwakili oleh peguam Responden yang telah menerima mandat untuk menyebut bagi pihak peguam Pempetisyen. vi. Memandangkan terdapat keterangan bahawa responden telah gagal membayar hutang yang merupakan kehendak statutori sebelum satu perintah penggulungan dikeluarkan, maka berdasarkan seksyen 469 Akta Syarikat, maka Mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan petisyen penggulungan dilampiran 1 dengan kos. Bertarikh : 21 Mei 2026 (sgd) WAN FADHILAH NOR BINTI WAN IDRIS HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN Bagi pihak Perayu : Muhammad Hassanuddin Roslan Tetuan S.L Leong & Asscociates Bagi pihak Responden :
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.