Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (2) DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH : BA-45A-48-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
BA-45A-48-03/2022
High Court of Malaysia6 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“di atas telah diterimapakai oleh Mahkamah sepertimana di dalam kes Mahkamah Persekutuan Md Zainudin Raujan v PP [2013] 4 CLJ 21 yang memutuskan: “[59] At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whe”
“D4 ada membuat rakaman percakapan beramaran tersebut, yang mana ia diakui oleh SD4. Dengan itu, “trial within trial” yang dihujahkan oleh peguambela OKT1 tidak perlu dibuat – rujuk kes Muthusamy v PP [1948] MLJ 57 dan Krishnan & Anor v PP [1981] 2 MLJ 121. [116] Susulan itu, Mahkamah ini telah mendengar hujahan kedua-d”
“pakan abang ipar SD2 dan mengambil pendekatan berhati-hati dalam mempertimbangkan keterangan SD3. Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang mantap yang diputuskan di dalam kes Balasingam v PP [1959] MLJ 193 di muka surat 194, yang mana Mahkamah memutuskan: "After all there is no legal presumption that an intere”
“amah Rayuan menyatakan: “[40] Adalah tidak dipertikaikan bahawa keterangan saksi-saksi polis hendaklah diterima jika keterangan tersebut didapati munasabah (lihat PP v. Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257; PP lwn. Aedy Osman [2009] 1 LNS 13; PP v. Abdul Latif Sakimin [2005] 6 MLJ 351). Pada pandangan kami, pro”
“an yang sama untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. OKT1 dan OKT2 tidak dianggap bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Rujuk keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Ho Nee Fat [1995] MLJU 200. [128] Mahkamah ini juga ingin merujuk kepada satu lagi keputusan Mahkamah Agong di dalam kes Mohd Radi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (2) DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH : BA-45A-48-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
2
2.CHITRADEVI A/P KANAVADI PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] OKT 1 dan OKT 2 telah dipertuduhkan bersama dengan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] Pertuduhan ke atas kedua-dua Tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 08/07/2021 jam lebih kurang 6.30 pagi, bertempat di alamat B-3-1, Blok B, Sri Manja Court, Jalan Sri Manja, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, di dalam Daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu Methamphetamine 30/12/2024 08:25:15 Kand. 162 seberat 99.3 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [3] Setelah memanggil 5 orang saksi pendakwaan, pihak pendakwaan telah menutup kesnya. Pada 31.5.2024 setelah menilai secara maksima keterangan saksi pendakwaan dan bukti dokumentar di dalam kes ini, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2. Kedua-dua OKT telah diperintahkan untuk membela diri. [4] Kedua-dua OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi. Pihak pembelaan memanggil dua lagi saksi dan menutup kes mereka pada 16.8.2024. [5] Kedua-dua pihak peguam telah memfailkan hujahan bertulis dan hujahan tambahan selepas tarikh “clarification” oleh Mahkamah ini pada 27.9.2024 seperti berikut: i Hujahan TPR bertarikh 10.9.2024 ii Hujahan OKT1 bertarikh 19.9.20204 iii Hujahan balas OKT 1 bertarikh 25.9.2024 iv Hujahan balas OKT2 bertarikh 23.9.2024 v Hujahan Tambahan OKT2 bertarikh 1.11.2024 vi Hujahan Tambahan OKT 1 bertarikh 22.11.2024 vii Hujahan balas TPR bertarikh 27.11.2024 [6] Susulan itu, Mahkamah ini telah menangguhkan keputusan kes sebanyak dua kali kerana peguambela-peguambela dan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) memfailkan hujahan tambahan masing-masing di saat-saat akhir tarikh keputusan diberikan. [7] Pada 6.12.2024, bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Agong di dalam kes Mohd Radi bin Yaacob v PP (2001) 3 MLJ 169, menimbangkan keseluruhan kes ini, Mahkamah memutuskan adalah tidak selamat memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes ini di luar keraguan munasabah. Oleh itu, kedua2 OKT dilepas dan dibebaskan. Tidak berpuas hati atas keputusan tersebut, pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan ke mahkamah rayuan bertarikh 20.12.2024. Berikut adalah keputusan lengkap Mahkamah ini. KES PENDAKWAAN [8] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 saksi iaitu: SP1 Raqueno Pablico Precie (Penyewa rumah) SP2 Sjn Hamad (Jurustor - ganti) SP3 Puan Harlisa binti Haidhir Harminder (Ahli Kimia) Insp Darwish bin Aripin (Pegawai Tangkapan) SP5 Insp Aisyatul Izzah binti Ab Hamid (Pegawai Penyiasat) [9] Fakta kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP4 iaitu Pegawai Tangkapan. [10] SP4 di dalam keterangannya menyatakan bahawa pada 7.7.2021 jam lebih kurang 9.00 malam, SP4 telah menerima maklumat awam berkaitan aktiviti pengedaran dadah jenis Syabu di alamat B-3-1, Blok B, Sri Manja Court, Jalan Sri Manja, Taman Sri Manja, Petaling Jaya, Selangor (tempat kejadian). [11] SP4 kemudian mengadakan satu taklimat ringkas kepada kesemua anggota serbuan pada 8.7.2021 jam lebih kurang 5.30 pagi di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya. Selepas selesai taklimat, SP4 dan kesemua anggota serbuan telah ke tempat kejadian bagi tujuan melakukan serbuan. Anggota serbuan yang terlibat adalah seramai dua belas orang termasuk SP4. [12] Setibanya SP4 di tempat kejadian, SP4 mendapati pintu grill besi berada dalam keadaan bertutup dan berkunci dengan mangga manakala pintu kayu bertutup dan tidak berkunci. [13] SP4 kemudian mengarahkan D/Sjn 159690 untuk memotong kunci mangga jenis Assure Top Security yang terdapat pada pintu grill tersebut dan setelah mangga tersebut berjaya dipotong, SP4 dan anggota serbuan telah masuk ke tempat kejadian. [14] SP4 di dalam keterangannya menyatakan bahawa pintu di bilik pertama di sebelah kiri tempat kejadian terbuka sedikit dan lampu bilik adalah terang. SP4 masuk ke dalam bilik tersebut dan mendapati OKT1 dan OKT2 sedang duduk bersembang di atas kerusi yang mana terdapat sebuah meja di hadapan mereka. Tertuduh-tertuduh kemudian terkejut dan cemas apabila SP4 memperkenalkan diri sebagai polis. [15] Selanjutnya, SP4 telah membuat pemeriksaan di dalam bilik tersebut dan di atas meja di hadapan tertuduh-tertuduh, SP4 telah menjumpai:
i
(i)
1
peket plastik lutsinar yang mana di dalamnya terdapat
73
peket plastik lutsinar yang berisi bahan disyaki dadah syabu (ab: 170 gram);
II
(ii)
1
sealer;
III
(iii)
1
penimbang digital;
IV
(iv)
1
mesin kira-kira;
v
(v)
2
balutan pita pelekat yang mengandungi plastik-plastik lutsinar;
VI
(vi)
1
botol plastik yang telah diubah suai;
VII
(vii)
1
pemetik api; dan
VIII
(viii) (1) straw berwarna hijau [16] SP4 kemudian bertindak membuat tangkapan terhadap OKT-OKT serta membuat rampasan barang kes disyaki dadah dan bukan dadah. SP4 turut menerangkan sebab-sebab tangkapan dan telah diakui faham oleh OKT-OKT. [17] SP4 juga turut merampas (1) rangkai anak kunci yang mengandungi
5
batang anak kunci, (1) mangga jenis Assure Top Security yang telah dipotong, (1) helai baju t-shirt berwarna hitam/ emas bertulis JDT 01:23 (milik OKT1), (1) seluar pendek warna hitam bertulis DP Vintage jeans (milik OKT1), (1) helai t-shirt berwarna biru (milik OKT2) dan (1) helai seluar jeans bertulis Bbell (OKT2). [18] Pada waktu yang sama, SP1 turut berada di rumah namun tidak melihat proses serbuan tersebut kerana telah masuk ke dalam biliknya ketika polis membuat pemeriksaan terhadap bilik pertama tersebut. [19] Selepas itu, OKT-OKT dan barang-barang rampasan telah dimasukkan ke dalam kenderaan pasukan dan SP4 telah membuat 2 lagi serbuan di tempat yang lain iaitu di Taman Medan dan Desa Mentari. SP4 juga turut membuat 2 tangkapan (B3 dan B4) di Taman Medan dan kawasan Sunway Mentari, masing-masing. Tiada barang kes dadah dirampas untuk serbuan-serbuan ini. [20] Pada sepanjang masa, barang rampasan dadah berada di dalam beg berzip milik SP4 manakala barang kes bukan dadah yang dirampas adalah dikawal oleh pemandu SP4. OKT-OKT pula dikawal oleh anggota-anggota serbuan yang lain. [21] Pada jam lebih kurang 3.30 petang, SP4, OKT-OKT dan anggota serbuan sampai di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya di mana SP4 kemudiannya telah menyusun kesemua barang kes, membuat tandaan dan membuat timbangan serta membuat repot tangkapan dan rampasan sebagaimana Petaling Jaya Rpt: 8941/21 (P16) [22] SP4 telah serahkan OKT-OKT, barang rampasan dadah dan bukan dadah, report P16 serta dokumen-dokumen yang berkaitan kepada SP5 untuk siasatan lanjut. [23] Pada 11.7.2021, SP5 telah pergi ke tempat kejadian dan membuat rampasan (1) file berwarna kuning (P9C) yang mengandungi sijil lahir OKT2 (P9C(1)) dan surat pajak gadai atas nama OKT1 (P9C(2)) . [24] Pada 29.7.2021, SP5 telah menghantar kes dadah ke Jabatan Kimia Malaysia dan hasil analisa, SP3 mengesahkan bahawa 73 peket plastik lutsinar tersebut mengandungi 99.3gram dadah jenis Methamphetamine dan Methamphetamine disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. SP3 turut menyediakan Laporan Kimia (P13) bagi analisa ini. BEBAN PEMBUKTIAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [25] Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Rujuk Mohd Radhi bin Yaakop v PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 6 MLJ 169, Low Kow Chai & Anor v PP [2003] 2 MLJ 65; [2003] 1 CLJ 734, Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301; [2005] 1 CLJ 85. 7 [26] Menurut kes Looi Kow Chai v PP [2003] 1 CLJ 734; (2203) 2 MLJ 65, Mahkamah Rayuan dengan menerimapakai prinsip undang-undang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan menggariskan panduan berkaitan penentuan kes prima facie seperti berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” [27] Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan yang dikemukakan bagi menentukan kes prima facie terhadap Tertuduh. INTIPATI PERTUDUHAN [28] Bagi pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie ke atas OKT-OKT, pihak pendakwaan mestilah membuktikan setiap intipati pertuduhan ke atas OKT-OKT seperti berikut: i. Barang kes dadah adalah dadah berbahaya di bawah Jadual Pertama ADB 1952. ii. Dadah berbahaya adalah milikan OKT-OKT apabila dibuktikan OKT-OKT mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan akan dadah berbahaya tersebut. iii. OKT-OKT mengedar dadah berbahaya tersebut. iv. Niat bersama kedua-dua OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [24] Mahkamah telah meneliti semua keterangan oleh saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan dalam membuktikan elemen pertuduhan. Sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan intipati pertama pertuduhan iaitu barang kes merupakan dadah berbahaya di bawah
Schedule
Jadual Pertama ADB 1952. [25] Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya di bawah Jadual Pertama DDA 1952 adalah tidak dipertikaikan oleh peguambela OKT 1 dan OKT2. [26] Mahkamah memutuskan bahawa elemen pertama telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan intipati pertuduhan (2) dan (3). [27] Elemen pemilikan merupakan intipati yang mustahak yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan membuktikan bahawa elemen milikan tersebut seperti berikut: (a) OKT-OKT mempunyai kawalan dan jagaan dadah tersebut kerana dadah dijumpai di bilik pertama sebelah kiri rumah, B-3-1, Blok B, Sri Manja Court, Jalan Sri Manja, Taman Sri Manja, Petaling jaya yang didiami oleh OKT-OKT. (b) Bilik tersebut telah disewa oleh OKT-OKT dan sewa dibayar secara tunai oleh OKT2. (c) Tombol pintu bilik OKT-OKT telah diganti oleh SP1 apabila OKT-OKT menyewa bilik tersebut. (d) Terdapat dokumen peribadi OKT-OKT iaitu sijil lahir OKT2 dan surat pajak gadai atas nama OKT1. Pakaian yang dirampas juga berpadanan dengan OKT-OKT. (e) Tiada penghuni lain di rumah berkenaan kecuali SP1, anak kecil dan OKT-OKT. (f) Kedua-dua OKT berada di dalam bilik ketika serbuan dilakukan dan ditangkap. [28] Manakala elemen pengetahuan dibuktikan apabila pihak pendakwaan berhujah mengenai kedudukan “physical proximity” dadah berbahaya dengan OKT-OKT. Tambahan pula, kedudukan peket-peket dadah dalam keadaan terbuka di hadapan OKT-OKT membolehkan inferen dibuat bahawa OKT-OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Kes-kes berikut telah dirujuk oleh pihak pendakwaan untuk menyokong pembuktian mengenai kawalan, jagaan dan pengetahuan. Keputusan kes PP v. Foo Jua Eng [1965] 1 LNS 137, dan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Tan Yew Choy v. PP [2009] 4 CLJ 245 telah dirujuk pihak pendakwaan untuk menyokong hujahannya. [29] Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa adalah mustahil untuk kedua-dua OKT tidak mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut kerana selain dadah, terdapat barang bukan dadah seperti sealer, penimbang dan sebagainya. [30] Mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen kawalan, jagaan dan pengetahuan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Elemen Ketiga: Dadah tersebut bertujuan untuk pengedaran [31] Bagi tujuan pembuktian elemen ini, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada definisi pengedaran di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Perbuatan OKT ini adalah merupakan satu ‘direct trafficking di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu ‘keeping’, storing’ dan ‘administering’. [32] Perbuatan over act juga menunjukkan dadah berbahaya adalah sedia untuk diedarkan. TPR merujuk kepada kes PP v. Abdul Manaf bin Muhamad Hassan [2006] 2 CLJ 129 yang mana Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada kes Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ 64 dan kes Mohamad Yazri bin Minhat v PP [2008] 2 MLJ 241. [33] Pendekatan yang sama juga diambil oleh Mahkamah Persekutuan di dalam PP v Herlina Purnama Sari [2016] 1 LNS 1855. [34] Di dalam kes ini, SP4 telah merampas sebanyak 73 peket yang mengandungi dadah yang membolehkan inferen dibuat bahawa peket-peket kecil tersebut telah tersedia untuk diedarkan dan merupakan satu ‘over act’. [35] Mahkamah berpuas hati bahawa berdasarkan keterangan secara langsung ke atas elemen kawalan atau jagaan serta pengetahuan seperti dinyatakan di atas bahawa OKT-OKT melakukan pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952. Elemen Keempat: Niat bersama OKT-OKT [36] Bagi membuktikan elemen niat bersama dibawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, pihak pendakwaan bergantung kepada keputusan Mahkamah Agong di dalam kes Namasiyiam Doraisamy v Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 241 yang mana Mahkamah Agong membuat dapatan: “In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rest on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law (1950-1960) by J.K. Soonavala p. 188 to 193).” [37] Keterangan saksi-saksi pendakwaan yang menunjukkan niat bersama OKT-OKT adalah seperti berikut: (i) OKT2 adalah orang yang membayar sewa kepada SP1 pada setiap bulan; (ii) OKT-OKT tinggal bersama di dalam bilik tersebut; (iii) Dadah berada di hadapan OKT-OKT ketika serbuan dilakukan; (iv) Terdapat barang-barang bukan dadah turut dirampas di atas meja yang mana dadah dijumpai; (v) OKT-OKT kelihatan terkejut dan cemas ketika SP4 memperkenalkan diri sebagai polis; (vi) OKT2 tidak menafikan keberadaan OKT2 di dalam bilik tersebut; (vii) Kedua-dua OKT dilihat bersembang-sembang di dalam bilik itu sebelum SP4 memasuki bilik tersebut; (viii) Dadah yang berhampiran dengan OKT-OKT membolehkan inferen dibuat bahawa OKT-OKT mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah-dadah tersebut; (ix) Persediaan untuk mengedar dadah boleh dilihat dengan dadah-dadah tersebut telah dimasukkan ke dalam 73 peket kecil dan terdapat alat-alat seperti sealer, peket plastik kosong dan sebagainya. [38] Mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi pendakwaan dan memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. [39] Manakala peguambela OKT1 cuba menimbulkan keraguan atas kes pihak pendakwaan dengan berhujah bahawa – a) dadah berbahaya yang dijumpai bukanlah milikan OKT1. Sebaliknya dadah dijumpai adalah di tempat serbuan kedua bersama tangkapan B3. b) Terdapat rundingan di underground PJCC setelah tangkapan dibuat ke atas OKT1 dan OKT2. c) Pihak pendakwaan gagal melakukan ujian cap jari/DNA ke atas barang kes dadah dan pakaian-pakaian milikan OKT1. d) Pihak pendakwaan gagal menentukan siapakah pemilik tempat kejadian dan siapa mempunyai akses ke atas rumah tersebut; dan e) penjagaan rangkaian barang kes terputus [40] Selain hujahan sepertimana pihak peguambela OKT 1, pihak peguambela OKT2 menghujahkan OKT2 tidak mempunyai kawalan dan jagaan ke atas barang kes dadah yang dijumpai atas alasan seperti berikut: (a) OKT2 tidak menetap di dalam bilik tempat kejadian. (b) Tidak ada bukti keterangan rundingan mengenai sewa antara OKT2 dan SP1. (c) Prosedur acu pakai adalah cacat kerana kata-kata amaran tidak dilakukan. (d) OKT2 adalah mangsa keadaan. [41] Kedua-dua peguambela menghujahkan seksyen 114(g) Akta Keterangan terpakai terhadap pihak pendakwaan kerana gagal memanggil B3 dan B4 untuk memberi keterangan kerana mereka juga dikatakan ditangkap atas laporan polis yang sama Petaling Jaya/8941/21 (eksibit P16) menurut keterangan SP4. [42] Berhubung dengan hujahan peguambela-peguambela, di peringkat ini, Mahkamah memutuskan bahawa hujahan yang dikemukakan tidak bermerit. Ketiadaan ujian cap jari/DNA tidak bermaksud kes pendakwaan terjejas. Apabila Mahkamah ini menilai bukti dan keterangan kes secara maksima, ia menunjukkan bahawa dadah berbahaya dimiliki oleh OKT-OKT. Rujuk Gunalan A/L Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 CLJ 551. Oleh itu, seksyen 114(g) Akta Keterangan tidak terpakai. [43] Secara keseluruhannya, OKT-OKT mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut berdasarkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 dan OKT mengedar dadah tersebut menurut seksyen 2 DDA 1952. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [44] Setelah meneliti dan menilai semua keterangan pada tahap penilaian maksima dan bukti dokumentar yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan intipati pertuduhan dan satu kes prima facie ke atas OKT1 dan OKT 2 bagi pertuduhan bersama di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama, yang dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan. [45] OKT1 dan OKT2 dipanggil untuk membela diri. PEMBELAAN [46] Adalah mustahak untuk Mahkamah ini memberi penekanan bahawa di peringkat ini, untuk membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 bersalah sepertimana pertuduhan ke atas mereka, beban pembuktian masih terletak di bahu pihak pendakwaan membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah. [47] Memandangkan anggapan milikan dan pengetahuan telah terpakai kepada OKT1 dan OKT2, terdapat beban pembuktian di pihak pembelaan untuk mengakas dan mematahkan anggapan tersebut dengan mengemukakan keterangan atas imbangan kebarangkalian sepertimana diputuskan di dalam kes PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89. [48] Dalam membuat keputusan di akhir kes pembelaan, Mahkamah ini merujuk kepada salah satu prinsip undang-undang mantap mengenai tugas Mahkamah yang sering dirujuk iaitu Mat v PP [1963] 29 MLJ 263 yang mana Hakim Suffian dengan kebijaksanaannya (wisdom) telah menggariskan panduan kepada hakim bicara dalam membuat keputusan di akhir kes pembelaan seperti berikut: “If upon the whole evidence the court is left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof lies on it.”(penekanan diberikan) [49] Prinsip undang-undang di atas telah diterimapakai oleh Mahkamah sepertimana di dalam kes Mahkamah Persekutuan Md Zainudin Raujan v PP [2013] 4 CLJ 21 yang memutuskan: “[59] At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defense of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well-established principles enunciated in Mat v. PP [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence.” NARATIF KES PEMBELAAN [50] Pihak pembelaan memanggil 4 orang saksi termasuk OKT1 dan OKT2 seperti berikut: SD1 Vignesh a/l Murugan (OKT1) SD2 Chitradevi a/p Kanavadi (OKT2) SD3 Thiban a/l Parasaraman (Saksi OKT2/abang ipar OKT2) Prabakaran a/l Vadivelu (B4/Saksi OKT1) [51] Teras pembelaan OKT1 dan OKT2 dapatlah dirumuskan seperti berikut: i. Kegagalan pihak pendakwaan memanggil B3 dan SD4 di peringkat pendakwaan dan kegagalan menawarkan B3 dan SD4 apabila pendakwaan menutup kesnya memberi justifikasi kepada Mahkmah ini untuk menggunapakai seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap pihak pendakwaan. SD4 telah dipanggil sendiri oleh pihak pembelaan. ii. Dadah barang kes yang dikatakan dijumpai oleh SP4 di tempat kejadian adalah dimiliki oleh B3; iii. B3 dan SD4 bukanlah watak yang direka oleh SD1 dan SD2. iv. Dadah yang dikatakan dijumpai di tempat kejadian adalah didalangi oleh SP4 kerana tidak ada dadah yang dijumpai di tempat kejadian; v. SP4 bukanlah seorang saksi kredible. Keterangan SP4 tidak disokong oleh mana-mana saksi pendakwaan. Sedangkan terdapat 12 orang anggota pasukan serbuan terlibat termasuk SP4. Namun, tidak ada seorang pun anggota serbuan lain dipanggil untuk menyokong keterangan SP4; vi. SP4 membawa semua tangkapan ke underground parking PJCC (rundingan PJCC). vii. SD4 adalah saksi kredible dan Mahkamah ini wajar menolak permohonan mencabar kebolehpercayaan keterangan SD4/impeachment proceeding dibuat oleh TPR ke atas SD4. [52] Secara ringkasnya naratif kes pendakwaan adalah seperti berikut-a. SD2 tidak menetap di tempat kejadian i. SD2 tidak menetap bersama SD1 kerana masih belum berkahwin dan dilarang oleh keluarga berdasarkan keterangan saksi SD2 (abang ipar SD2); ii. SD2 sebelum ditangkap bertanggungjawab menjaga ibunya yang sakit; iii. SD2 tidak bekerja. Oleh itu, SD2 tidak mampu untuk membayar sewa. Sekiranya SD2 ada membuat bayaran, duit sewa adalah dari SD1 dan SD2 membuat bayaran bagi pihak SD1. iv. Katil di bilik SD1 adalah bersaiz “single bed” yang menggambarkan hanya SD1 yang tinggal di tempat kejadian. b. Kejadian awal pagi pada 8.7.2021 (sebelum serbuan pada pukul 615 pagi oleh SP4 dan pasukannya) v. SD1 dan SD4 kenal antara satu sama lain, yang mana SD4 ada membantu SD1 pindah masuk rumah (tempat kejadian) dan SD4 juga mempunyai 1 anak kunci mangga rumah SD1; vi. SD4 dan rakan-rakan lain termasuk B3 kerap melepak di bilik SD1 untuk minum arak dan bersembang; vii. Pada awal pagi 08.07.2021, B3 dan SD4 ada datang melepak untuk meminum arak di bilik SD1; viii. Dalam masa melepak B3 ada mengeluarkan 1 paket lutsinar yang mengandungi 73 paket kecil berisi dadah Methamphetamine; ix. B3 ada mengajak SD1 dan SD4 untuk menjual dadah tersebut untuk mendapatkan duit yang lebih; x. SD1 tidak bersetuju kerana khuatir sekiranya teman wanitanya, SD2, mendapat tahu akan marah dan akan timbul masalah yang besar; xi. Lebih kurang jam 5 pagi, SD2 telah memanggil SD1 dan katakan hendak datang ke rumah SD1 untuk berjumpa; xii. Lebih kurang jam 6 pagi, SD2 tiba di kawasan pangsapuri SD1, dan SD1 meminta SD4 dan B3 untuk pulang; xiii. SD4 dan B3 semasa keluar dari kawasan pangsapuri tersebut, ada berselisih dengan SD2, kakak dan abang ipar (SD3) kepada SD2 dan mengatakan “bye” sepintas lalu; xiv. SD4 apabila tiba ditempat beliau meletakkan motorsikalnya telah meminta B3 untuk memberikan 20 paket dadah tersebut untuk beliau jual; xv. B3 memberikan 20 peket dadah kepada SD4, dan kemudiannya mereka beredar; xvi. SD4 ditangkap bersama dadah sebanyak 20 peket itu. c. Tangkapan B1 (SD1) dan B2 (SD2) serta B3 dan B4(SD4) xvii. Tidak ada gambar diambil semasa serbuan dibuat oleh SP4. Ini diakui oleh SP4 sendiri. xviii. Dadah barang kes tidak dijumpai di dalam bilik SD1; xix. Sekiranya dadah sebanyak 73 peket dijumpai di bilik SD1, tidak ada sebab untuk SP4 meneruskan dengan tangkapan susulan terhadap B3 dan SD4; xx. SD1 setelah ditangkap telah memberikan maklumat tempat tinggal B3 kepada SP4; xxi. SD4 akui terdapat dadah sebanyak 20 paket yang dirampas daripada bawah tempat duduk motorsikal beliau; d. Underground parking di PJCC xxii. Selepas 4 tangkapan ini, pihak Polis telah membawa SD1, B3 dan SD4, ke underground parking PJCC dan telah membuat rundingan untuk menyelesaikan kes; xxiii. SD4 memberi keterangan bahawa kawan beliau telah datang dan membuat bayaran sebanyak RM20,000.00 kepada SP4; xxiv. SD4 menyatakan perkara yang sama dilakukan oleh B3; xxv. SD1 telah gagal untuk mendapatkan kawan beliau untuk datang membuat bayaran di underground parking PJCC; xxvi. SP4 menyatakan balik ke balai dan bincang; xxvii. Kesemua tangkapan telah dibawa untuk permohonan reman pada 09.07.2021, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya; xxviii. Setelah tamat tempoh reman, hanya SD1 dan SD2 telah dihadapkan dengan pertuduhan ini, manakala dihadapkan dengan kesalahan LLPK; xxix. B3 dan SD4 telah diberikan Bon Jaminan Polis (eksibit P36) dan tidak didakwa atas alasan akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan terhadap SD1 dan SD2. e. Rakaman percakapan SD4 xxx. SD4 adalah buta huruf tidak boleh membaca, dan tidak boleh bertutur apatah lagi fasih dalam penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; xxxi. SD4 tidak akui keterangan di dalam Rakaman Percakapan beliau; xxxii. SD4 menurunkan tandatangan ke atas Rakaman Percakapan beliau kerana SP4 menyatakan akan ‘settlekan’; xxxiii. SD4 bukanlah seorang saksi yang mempunyai kepentingan di dalam kes ini dan tiada sebab untuk beliau mereka cerita mahupun memberikan keterangan yang palsu. SAMA ADA PEMBELAAN SD1 DAN SD2 ADALAH BERFIKIRAN KEMUDIAN DAN PENAFIAN SEMATA-MATA [54] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa pembelaan SD1 dan SD2 adalah penafian semata-mata dan bersifat berfikiran kemudian kerana terdapat beberapa fakta penting yang tidak diajukan kepada saksi pendakwaan sepertimana 15 fakta penting yang disenaraikan di perenggan 27 dan 28 hujahan bertulis TPR bertarikh 10.9.2024. [55] Oleh itu, persoalan kepada Mahkamah ini adalah sama ada 15 fakta penting yang dihujahkan oleh TPR tidak pernah ditimbulkan seawalnya ketika kes pendakwaan sepertimana dihujahkan oleh pihak pendakwaan. Sekiranya betul sepertimana dihujahkan, Mahkamah ini hendaklah menolak pembelaan SD1 dan SD2. Rujuk Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154; Puganeswaran a/l Ganesh & Ors v PP and other appeals [2020] 12 MLJ 165. [56] Sebagai pendahuluan, terdapat dua watak penting yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan yang bukannya rekaan pihak pembelaan, iaitu B3 (Puvaasan a/l Maniam) dan B4/SD4 (Prabakaran a/l Vadivelu) yang telah ditangkap selepas tangkapan dibuat oleh (Ins Darwis/Pegawai penyiasat) ke atas SD1 dan SD2 pada hari yang sama. [57] Dua watak utama ini telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa kes pendakwaan lagi sebagai asas pembelaan SD1 dan SD2. Fakta material ini tidak terkandung di dalam 15 fakta penting sepertimana di dalam hujahan bertulis TPR sedangkan apa yang dibangkitkan merupakan pembelaan SD1 dan SD2 dan merupakan fakta material yang telah dibangkitkan di peringkat pendakwaan lagi. [58] Ini dapat dilihat semasa peringkat pendakwaan yang mana peguambela SD1 telah menyoal balas SP4 (Inspektor Darwis bin Aripin – pegawai serbuan) seperti berikut: S : Setuju dengan saya, tangkapan susulan kes ini bersabit nombor report yang dibicarakan ini? J : Benar. S : Dan tangkapan menyatakan adalah B3 dan B4 di dalam kes ini. Betul? J : Benar. [59] Manakala peguambela OKT2 pula telah menyoal balas SP4 mengenai B3 seperti berikut: S : Kemudian pagi ni Insp. ditanyakan jika Puvasan kalau dipanggil untuk beri keterangan dan keterangan Puvasan ini akan berbeza dengan keterangan Insp. dan Insp. tidak setuju. Mengapa? J : Saya katakan tidak setuju kerana saya akan konsisten dengan jawapan saya. Jadi saya tidak akan tahu dengan apa yang akan Puvasan cakap. Oleh itu saya nyatakan pada mahkamah bahawa apa yang saya beritahu sama dengan apa yang saya berikan sepanjang dalam perbicaraan. [60] SP4 memberi keterangan bahawa B3 dan B4/SD4 telah ditangkap atas laporan polis Petaling Jaya Report 8941/21 (eksibit P16). Walau bagaimanapun, tangkapan B3 dan SD4 tidak dinyatakan di dalam laporan polis eksibit P16 dan ini tidak disangkal oleh SP4. S :Setuju juga dengan saya bahawa dalam laporan tangkapan kamu iaitu P16 juga tidak tertera perkara tersebut. J :Benar. [61] Berbalik kepada 15 fakta yang dikatakan penting oleh TPR, Mahkamah ini mendapati bahawa fakta-fakta yang disenaraikan itu bukanlah tunjang kepada pembelaan SD1 dan SD2. [62] Selain teras utama mengenai dua watak penting yang dinyatakan sebelum ini, teras utama pembelaan SD1 dan SD2 adalah dadah barang kes yang dijumpai bukanlah milik SD1. Sebaliknya milik B3 yang telah ditangkap setelah SP4 membuat tangkapan ke atas SD1 dan SD2. Pembelaan SD1 ialah B3/Puvaasan adalah merupakan pengedar dadah sebenar atau “the real trafficker.” [63] Isu ini telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan seawal peringkat pendakwaan lagi semasa peguambela menyoal balas SP4. Fakta ini tidak dihujahkan oleh pihak pendakwaan sebagai termasuk fakta-fakta yang dikatakan penting yang tidak dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa kes pendakwaan. [64] Oleh itu, fakta-fakta yang dikatakan penting oleh TPR bukanlah tunjang pembelaan SD1 dan SD2. Mahkamah ini berpandangan bahawa pembelaan SD1 dan SD2 tidak berfikiran kemudian. Sebaliknya merupakan penjelasan dan keterangan saksi-saksi pembelaan sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Aishah bt Sheikh Abd Kadir v PP [2013] 6 MLJ 86 - “[33] The criticisms of the appellant’s defence by the sessions court judge centred on two main points: (a) that the defence was nothing more than a bare denial; and (b) that there was no criteria why SJI was selected. [34] Taking the first point, it is crystal clear that the sessions court judge failed to appreciate the difference between a bare denial and an explanation coupled with a challenge. Both SD2 and SD3 supported the appellant’s explanation and their pertinent evidence, taken cumulatively, succeeded in raising a reasonable doubt. The evidence of both SD2 and SD3 were tested and they stood firm and were not discredited in any way. Yet, the sessions court judge has not given any reasonable reason as to why their evidence could not believed.” Pembelaan Tidak Bersifat Penafian Semata-Mata Dan Seksyen 114(g) Akta Keterangan [65] Selain itu, pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa pembelaan SD1 dan SD2 berbentuk penafian semata-mata kerana dadah-dadah yang dirampas oleh SP4 masih kekal utuh dan tidak berubah. TPR menghujahkan bahawa laporan polis Rpt Sg Way 5732/21 (IDD33) dan keterangan SP4 menunjukkan tiada sebarang dadah dirampas daripada SD4. [66] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini tidak mempertimbangkan hujahan TPR mengenai isu ini kerana dokumen dirujuk masih ditandakan sebagai IDD33 di akhir kes pembelaan tidak dapat dipertimbangkan oleh Mahkamah. [67] Pihak pembelaan juga telah memanggil SD4 sendiri untuk memberikan keterangan di pihak pembelaan bahawa B3 telah membawa 73 peket dadah ke tempat kejadian yang mana bilangan 73 peket dadah adalah sama dengan barang kes dadah yang dikatakan dijumpai di tempat kejadian. [68] Ketika kejadian, SD4 juga ada bersama dengan B3 dan SD1 di dalam bilik tempat kejadian dan B3 telah mencadangkan supaya SD1 menjual dadah untuk mendapatkan wang lebih. SD1 enggan menjual dadah tersebut. KEGAGALAN MEMANGGIL B3 DAN B4 DI PERINGKAT PENDAKWAAN [69] Dalam hal ini, Mahkamah berpandangan bahawa sewajarnya B3 dan B4/SD4 hendaklah dipanggil sebagai saksi pendakwaan untuk memberi keterangan yang menyokong SP4 bahawa dadah yang dijumpai di bilik SD1 bukannya milik B3. Malangnya B3 dan B4 tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan dan tidak juga ditawarkan kepada pihak pembelaan. Sebaliknya B4 telah dipanggil sendiri oleh pihak pembelaan. [70] Pemilihan saksi oleh pihak pendakwaan dilihat tidak membantu kes pendakwaan. Tambahan pula, eksibit P36 telah dimasukkan oleh pihak pendakwaan semasa kes pembelaan. Semasa TPR menyoal balas SD4, eksibit P36 telah dikemukakan. Dokumen tersebut menunjukkan bahawa B3 dan B4 telah ditawarkan bon jaminan di bawah seksyen 118 KPJ untuk B3 dan SD4 dipanggil sebagai saksi pendakwaan. [71] Mahkamah ini berpandangan bahawa dokumen P36 adalah material kerana berdasarkan eksibit P36, Dokumen Permohonan Bon di bawah seksyen 118 KPJ dengan jelas menyebut bahawa suspek B3 dan B4 dijadikan saksi pendakwaan dan tidak didakwa bersama SD1 dan SD2 atas alasan tidak ada keterangan yang kuat untuk dituduh bersama suspek B1 dan B2. Mahkamah berpandangan bahawa P36 memberi peluang kepada pihak pendakwaan memanggil B3 dan B4 untuk menyangkal pembelaan SD1 yang telah dibangkitkan dari awal lagi semasa kes pendakwaan. [72] Malangnya B3 dan B4 tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan dan tindakan pihak pendakwaan memilih untuk tidak memanggil B3 dan B4 telah menyebabkan kelompangan kepada kes pendakwaan dan telah memberi impak kepada naratif kes pendakwaan. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ti Chuee Hiang v PP [1995] 3 CLJ 1 yang mana Edgar Joseph Jr (HMP) memutuskan: “[3] Having regard to the circumstances of the present case, it was the obligation of the prosecution to call and examine these individuals as their witnesses or, at least, to have offered them for cross-examination by the defence or in default to have explained why they were unable or unwilling to call them. This is because without their testimony there was a gap in the narrative of the prosecution.” [73] Dengan demikian, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa seksyen 114(g) Akta Keterangan terpakai terhadap pendakwaan. [74] SD1 di dalam keterangan bersumpahnya yang ditandakan sebagai eksibit “WSD1” menyatakan bahawa apabila SP4 menyerbu tempat kejadian, SP4 telah menjerit ‘polis’ dan bertanyakan beberapa kali “mana dadah?”. Polis juga telah menggeledah bilik SD1 termasuk almari baju di dalam bilik SD1. [75] Pada peringkat ini, TPR semasa menyoal balas SD1 mencadangkan kepada SD1 bahawa polis sebenarnya tidak tanya “mana dadah” kerana memang dadah ada di atas meja. Namun, SD1 tidak bersetuju dengan cadangan TPR. Apabila pemeriksaan semula oleh peguambela, SD1 menyatakan bahawa WSD1 bukanlah rekaan beliau semasa beliau berada di penjara menjalani reman. [76] SD1 di dalam keterangan bersumpahnya juga menyatakan bahawa apabila dadah tidak dijumpai di tempat kejadian, SD1 menyatakan kepada SP4 bahawa B3 memiliki dadah berkenaan. SD1 telah memandu arah SP4 dan pasukannya ke rumah ibu B3 yang terletak di kawasan perumahan taman Medan yang mana SP4 pada akhirnya menangkap B3 di Desa Mentari kerana B3 tidak berada di rumah ibunya. Keterangan SD1 memandu arah SP4 tidak dicabar oleh pihak pendakwaan. [77] Sekiranya dadah telah dijumpai di tempat kejadian, Mahkamah ini berpandangan adalah meragukan keperluan SP4 membuat tangkapan susulan terhadap B3 dan SD4. [78] Keadaan bilik SD1 melalui gambar-gambar eksibit P4(7) dan P4(8) di gambar yang diambil oleh juru foto yang bersama SP5 menunjukkan bahawa bilik tersebut dan almari baju berdasarkan gambar eksibit P5(8) bersepah digeledah dan ini menyokong keterangan SD1 bahawa bilik dan almari SD1 telah digeledah oleh SP4 dan pasukannya. [79] Oleh itu, keadaan bilik dan almari di bilik SD1 ini telah menimbulkan keraguan kepada Mahkamah mengenai keterangan SP4 bahawa barang kes dadah berada di atas meja di tempat kejadian semasa serbuan dibuat. Adalah mustahil SP4 dan pasukan serbuannya tidak dapat melihat dadah di atas meja apabila SP4 dan pasukannya memasuki bilik SD1. Ini juga mengambilkira bilik SD1 yang kecik dan sempit sepertimana keterangan SP4. [80] Oleh itu, berdasarkan di atas, Mahkamah ini merumuskan bahawa pembelaan SD1 dan SD2 bukan berfikiran kemudian atau penafian semata-mata. KREDIBILITI SP4 DICABAR – RUNDINGAN DI PJCC dan KERAGUAN KE ATAS KAWALAN DAN JAGAAN BARANG KES [81] Pihak pembelaan telah membangkitkan pembelaan yang serius mengenai rundingan di PJCC yang melibatkan SP4, SD1, B3 dan SD4. Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP4 dan mendapati bahawa beliau memberikan jawapan tidak pasti dan tidak ingat apabila ditanya oleh pihak pembelaan mengenai rundingan di PJCC. Jawapan yang diberikan adalah jawapan “defensive” dan tidak meleraikan isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan. Keterangan SP4 semasa di soal balas oleh peguambela OKT1 menunjukkan seperti berikut: S : Sejurus serbuan kedua. Saya cadangkan Insp. ada menghala ke underground parking PJCC. Setuju atau tidak? J : Saya tidak pasti. S : Saya cadangkan, tertuduh dibawa menaiki kenderaan yang sama Insp. naik. Setuju atau tidak? J : Benar. S : Tetapi Insp. masih tidak pasti sama ada, ada atau tidak pergi ke underground parking PJCC. J : Ya, saya tidak pasti dan tidak ingat. [82] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Sri Ganesh Balan v PP & Another appeals [2022] 2 CLJ 546 yang mana di dalam kes tersebut, terdapat tuduhan oleh pihak pembelaan bahawa terdapat “frame-up theory” yang melibatkan saksi pendakwaan seorang pegawai polis. Ravinthran Paramaguru HMR yang menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “Whilst we acknowledge that frame-up of innocent citizens by the police cannot be discounted in some cases, the court must give weight to that defence only on credible evidence that suggests it and not on mere speculation; otherwise prosecution of criminal cases in this country would be frustrated at every turn (see PP v. Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129; [1962] 1 MLJ 257). The defence of frame up by the police in the instant case is obviously not on firm ground. It is speculative and hinged solely on the omission of the investigating officer to record two articles in the search list and the “borang akuan serah menyerah”. [83] Berdasarkan prinsip undang-undang di atas, Mahkamah ini hendaklah mempertimbangkan pembelaan SD1 dan SD2 sama ada ia adalah spekulatif dan tidak berasas. Sekiranya diteliti keterangan saksi-saksi pembelaan, rundingan di PJCC bukanlah suatu spekulasi. SD1 menyatakan bahawa setelah SD1 dan SD2 ditangkap, mereka telah dibawa ke PJCC di dalam kereta yang berasingan. Manakala SD4 menyatakan setelah SD1, SD2, B3 dan SD4 ditangkap, semua telah dibawa ke PJCC. Hanya SD2 berada di dalam kereta di luar PJCC. [84] Walaupun terdapat sedikit percanggahan kenyataan antara SD1 dan SD4 mengenai perjumpaan di PJCC sama ada sebelum atau selepas semua tangkapan dibuat, percanggahan tersebut tidak menjejaskan pembelaan SD1 dan SD2 kepada Mahkamah dan fakta yang jelas adalah kesemua suspek di bawa ke “underground PJCC”. [85] Pihak pembelaan telah dapat menimbulkan keraguan mengenai insiden di PJCC yang menyebabkan timbul tanda tanya mengapa SP4 membawa SD1, SD2 (tunggu di luar PJCC dalam kenderaan lain), B3 dan SD4 ke underground parking di PJCC? [86] Pihak pendakwaan di dalam hujahan balasnya berhujah bahawa insiden di PJCC adalah selepas tangkapan SD1 dan SD2 dibuat dan mengikut SP4 dadah barang kes telah dijumpai di bilik SD1 dan dadah barang kes yang dirampas disimpan di dalam bag sandang SP4 sepanjang tangkapan kedua dan ketiga dibuat. Oleh itu, insiden PJCC menurut TPR adalah tidak material untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah. [87] Walau bagaimanapun, insiden di PJCC atau rundingan di PJCC sepertimana dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa di peringkat pendakwaan dan seterusnya disokong oleh keterangan SD1 dan SD4 adalah material dan relevan kepada kes ini kerana melibatkan tangkapan yang sama, hari yang sama dan terkait dengan rundingan antara SP4 bersama SD1, B3 dan SD4 yang mana akhirnya B3 dan SD4 tidak dituduh bersama SD1 dan SD2. Rujuk seksyen 6 Akta Keterangan 1950. [88] Oleh itu, rundingan di PJCC adalah fakta yang relevan kerana menyokong naratif pihak pembelaan dan keterangan SD4 bahawa beliau tidak didakwa bersama SD1 dan SD2 kerana bayaran telah dibuat kepada SP4 hasil rundingan PJCC. [89] Jawapan yang diberikan oleh SP4 mengenai rundingan di PJCC juga telah menimbulkan keraguan kepada Mahkamah dan memberi kesan kepada kredibiti SP4. Ini adalah kerana SP4 hanya menjawab “tidak pasti” atau “tidak ingat.” Sekiranya ia benar-benar tidak berlaku, adalah tidak syak lagi SP4 akan membantah sekeras-kerasnya rundingan tersebut kerana ia melibatkan integriti SP4 sebagai seorang pegawai kanan polis. Oleh itu, inferen yang boleh dibuat oleh Mahkamah ialah SP4 memberi jawapan terpilih atas soal balas pihak pembelaan. Ini secara tidak langsung menggugat kredibiliti SP4. [90] Keterangan SD1 dan SD4 bahawa SP4 telah membuat rundingan di PJCC dapat disangkal oleh pihak pendakwaan sekiranya pihak pendakwaan memanggil B3 dan SD4 sebagai saksi pendakwaan. Tanpa keterangan B3 dan SD4 sebagai saksi pendakwaan telah menyebabkan keraguan dan persoalan yang timbul tidak terjawab. [91] Keterangan B3 dan SD4 sebagai saksi pendakwaan semestinya akan dapat mematahkan versi pembelaan di peringkat pendakwaan lagi. Pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan rakaman daripada siasatan ke atas suspek-suspek B3 dan SD4 menurut seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 untuk menyangkal pembelaan SD1 dan SD2 dan kegagalan tersebut telah menyebabkan pihak pembelaan gagal membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah. [92] Pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP4 sahaja sedangkan terdapat sebelas anggota lain yang terlibat sebagai pasukan serbuan, dan Mahkamah berpandangan adalah wajar anggota lain dipanggil sebagai saksi pendakwaan, terutamanya untuk menyangkal isu rundingan PJCC yang telah ditimbulkan oleh pihak pembelaan semasa kes pendakwaan lagi dan juga kelompangan yang ada mengenai barang kes. [93] TPR di dalam hujahan tambahannya menyatakan bahawa tidak ada nas undang-undang yang memerlukan sokongan terhadap keterangan SP4. TPR telah bersandarkan hujahannya kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Selvam a/l Arjunan v PP [2012] 4 MLJ 455. [94] Mahkamah ini sememangnya terikat dengan prinsip undang-undang mantap yang diputuskan di dalam kes Selvam a/l Arjunan (supra) berasaskan doktin stare decisis. Walau bagaimanapun, prinsip undang-undang mantap yang diputuskan di dalam kes tersebut bahawa keterangan pegawai serbuan diterima Mahkamah dan tidak memerlukan keterangan sokongan diterima sekiranya keterangan pegawai serbuan itu dipercayai oleh Mahkamah. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, “kepercayaan” keterangan SP4 adalah faktor penting yang membezakan kes di hadapan Mahkamah ini dengan kes Selvam a/l Arjunan (supra). [95] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, terdapat banyak keraguan yang berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan atas keterangan SP4 sehingga menyebabkan keterangan SP4 gagal dipercayai oleh Mahkamah ini. [96] Mahkamah ini juga mengambil perhatian akan satu lagi keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Kesavan Krishnan v PP dan satu lagi rayuan [2015] 6 CLJ 163 selepas kes Selvam a/l Arjunan (supra) diputuskan oleh Mahkamah di peringkat yang sama. Ia juga berkaitan penerimaan keterangan saksi pendakwaan (saksi polis) yang mana diputuskan bahawa keterangan saksi polis tidak semestinya diterima secara automatik. Sebaliknya penerimaan keterangan saksi polis oleh Mahkamah adalah bergantung kepada fakta dan keadaan sesuatu kes. Dalam erti kata lain, keterangan saksi polis hendaklah dinilai dan dipertimbangkan sepertimana saksi-saksi bukan daripada agensi penguatkuasaan. Mohd Zawawi Salleh HMR yang menyampaikan penghakiman Mahkamah Rayuan menyatakan: “[40] Adalah tidak dipertikaikan bahawa keterangan saksi-saksi polis hendaklah diterima jika keterangan tersebut didapati munasabah (lihat PP v. Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257; PP lwn. Aedy Osman [2009] 1 LNS 13; PP v. Abdul Latif Sakimin [2005] 6 MLJ 351). Pada pandangan kami, proposisi undang-undang bahawa keterangan saksi-saksi polis hendaklah secara prima facie diterima oleh mahkamah tidak boleh dipakai secara universal tanpa pengecualian. Ia banyak bergantung kepada fakta dan keadaan yang wujud dalam sesuatu kes.” Kawalan dan jagaan barang kes diragui [97] Selepas tangkapan dibuat ke atas SD1 dan SD2 atau semua tangkapan melibatkan juga B3 dan SD4, semua suspek dan barang kes dadah sewajarnya hendaklah dibawa ke IPD Petaling Jaya dengan segera bagi tujuan tindakan susulan dan memastikan rantaian barang kes tidak terputus. Menurut keterangan SP4, tandaan barang kes tidak dibuat di tempat kejadian kerana SP4 bergegas untuk melakukan dua lagi serbuan dan bagi memastikan suspek-suspek lain tidak lari. [98] Oleh itu, SP4 telah memegang barang kes dadah di dalam bag sandangnya selama 9 jam sebelum tandaan dibuat di IPD Petaling Jaya. Ini juga memberi kemusykilan kepada Mahkamah bagaimana barang kes dikawal dan dijaga oleh SP4 sepanjang barang kes berada dalam bag sandang SP4. [99] Alasan yang diberikan oleh SP4 sebab tidak membuat tandaan di tempat kejadian atau sejurus sampai di IPD kerana hendak melakukan ujian air kencing merupakan satu alasan SP4 dan ini telah menambahkan lagi keraguan kepada Mahkamah kerana tempoh masa 9 jam diambil kerana sepanjang tempoh tersbut telah berlakunya rundingan di PJCC sedangkan tangkapan B4/SD4 telah dibuat oleh SP4 lebih kurang 1230 tgh pada hari yang sama. [100] Seperkara lagi yang juga mustahak untuk Mahkamah ini ambil perhatian adalah mengenai satu lagi kes lain yang melibatkan pegawai serbuan yang sama, Inspektor Darwis. Pihak pembelaan merujuk Mahkamah ini kepada kes Mahkamah Tinggi PP v Thavakumaran Palaniandy [2023] 1 LNS 2020. Keputusan kes tersebut tidak mengikat Mahkamah ini kerana keputusan tersebut adalah daripada Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang sama dengan Mahkamah ini dan keputusan kes tersebut telah dirayu ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah ini hanya mengambil maklum mengenai isu kredibiliti pegawai yang sama yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan dan isu kredibiliti pegawai polis yang sama tidak mempengaruhi persepsi Mahkamah atas SP4. [101] Di dalam kes tersebut, ia melibatkan satu pertuduhan yang sama di bawah seksyen 39B Akta yang sama dengan kes ini. Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie kerana terdapat kelemahan kepada keutuhan naratif kes pendakwaan dan rantaian barang kes dadah. Menurut naratif kes tersebut, selepas tangkapan dibuat ke atas tertuduh, ada satu lagi tangkapan dibuat ke atas seorang bernama Arunjeyasilan a/l Rajan. Selepas sampai di IPD Petaling Jaya, tertuduh dan barang kes diserahkan kepada pegawai penyiasat jam 1.50 pagi walaupun Inspektor Darwis telah sampai di IPD Petaling Jaya pada pukul 6.00 petang kerana terdapat tindakan susulan tangkapan. [102] Mahkamah di dalam kes tersebut mendapati Inspektor Darwis adalah seorang saksi kurang kredibel disebabkan sering menukar keterangannya dan tidak memberikan penjelasan munasabah ke atas kawalan barang kes dadah yang dirampas di sepanjang serbuan kedua yang dilakukannya. [103] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, TPR telah mempertahankan krebiliti SP4 dengan menghujahkan bahawa keterangan tidak pernah dicabar kebolehpercayaan SP4/impeached sepertimana diputuskan di dalam kes Chia Meng Leng v PP [2013] 2 CLJ 926. Di dalam kes tersebut, isunya melibatkan kredibiliti pegawai polis ASP Leong Ah Kow yang mana diputuskan sebagai saksi tidak kredible di dalam satu kes lain PP v Ng Sing Ting & Anor [2008] 7 CLJ 247. Nota prosiding di dalam kes Chia Meng Leng (supra) telah ditandakan sebagai eksibit D36 di dalam kes Ng Sing Ting (supra). Setelah meneliti nota prosiding berkenaan, Mahkamah telah memutuskan bahawa ASP Leong Ah Kow adalah seorang saksi tidak kredible kerana kedua-dua kes adalah berkaitan. [104] Oleh itu, berdasarkan kes-kes dirujuk, TPR menghujahkan keterangan SP4 adalah konsisten dan tidak ada percanggahan material. Baik mengenai rampasan dadah, begitu juga kawalan pada barang kes dadah. [105] Mahkamah ini berpandangan walaupun pihak pembelaan tidak memulakan prosiding mencabar kebolehpercayaan keterangan SP4/prosiding impeachment, terdapat beberapa faktor yang menggugat krebiliti SP4 sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Pembelaan SD2 [106] Pembelaan SD2 bahawa beliau tidak tinggal bersama dengan SD1. SD2 memberi keterangan bahawa beliau tidak tinggal di rumah tempat kejadian kerana dilarang oleh keluarganya kerana mereka belum berkahwin dan mengelakkan daripada dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. [107] Keterangan SD2 disokong oleh SD3 iaitu abang ipar SD2 yang menurut keterangannya telah menghantar SD2 ke tempat kejadian pada pagi kejadian sebelum beliau ke tempat kerja. Mahkamah ini mengambil maklum mengenai keterangan SD3 yang merupakan abang ipar SD2 dan mengambil pendekatan berhati-hati dalam mempertimbangkan keterangan SD3. Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang mantap yang diputuskan di dalam kes Balasingam v PP [1959] MLJ 193 di muka surat 194, yang mana Mahkamah memutuskan: "After all there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of the evidence to the contrary and the surrounding circumstances." [108] Secara dasarnya keterangan saksi berkepentingan adalah diterima melainkan terdapat alasan kukuh untuk tidak mempercayai keterangan saksi berkepentingan tersebut disebabkan wujudnya bukti sebaliknya dan keadaan persekitaran kes tersebut. Sepertimana diputuskan di dalam kes Magendran Mohan v PP [2011] 1 CLJ, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “It is clear to us that from the testimony she was an interested witness with a grudge against the appellant and had a purpose of her own to serve.” [109] Mahkamah ini mempercayai keterangan SD3 bahawa SD2 tidak tinggal di rumah di tempat kejadian. Keterangan SD3 disokong oleh saksi pendakwaan (SP1) yang mengatakan bahawa beliau hanya nampak SD2 ketika kejadian. Apabila disoal balas oleh peguambela, keterangan SP1 (seorang warganegara Filipina) adalah seperti berikut: “I saw her when the police took her out from the room.” [110] Selain itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa satu pasang baju yang dirampas oleh SP4 di bilik SD1 adalah tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa SD2 tinggal bersama SD1 di rumah tempat kejadian. Tambahan pula, hanya katil “single bed” yang ada di dalam bilik tersebut. Tidak ada dokumen perjanjian sewa yang dimasuki oleh SD1 dan SD2 bagi meyokong siasatan SP5 bahawa SD2 tinggal bersama SD1. Keterangan SP4 bahawa SD2 menyewa bilik di tempat kejadian tidak disokong oleh apa-apa dokumen. [111] Oleh itu, keterangan SD2 bahawa beliau tidak tinggal bersama SD1 adalah dipercayai oleh Mahkamah. [112] Keterangan SD3 yang disokong oleh SP1 telah menguatkan pembelaan SD2 bahawa beliau tidak tinggal bersama SD1. Oleh itu, pertuduhan di dalam kes ini tidak dapat dikaitkan dengan SD2. Dalam erti kata lain, tidak ada nexus SD2 dengan barang kes dadah di dalam kes ini. [113] Apabila diteliti kesluruhan keterangan, seksyen 34 KTJ gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. PROSIDING MENCABAR KEBOLEHPERCAYAAN SAKSI SD4/ IMPEACHMENT PROSIDING OLEH PIHAK PENDAKWAAN [114] Semasa TPR menyoal balas SD4, pihak pendakwaan mendapati bahawa terdapat percanggahan keterangan SD4 dengan rakaman percakapan beramaran yang ditandakan sebagai ID37. [115] Sebelum meneruskan dengan prosiding impeachment, TPR telah bertanyakan sama ada SD4 ada membuat rakaman percakapan beramaran tersebut, yang mana ia diakui oleh SD4. Dengan itu, “trial within trial” yang dihujahkan oleh peguambela OKT1 tidak perlu dibuat – rujuk kes Muthusamy v PP [1948] MLJ 57 dan Krishnan & Anor v PP [1981] 2 MLJ 121. [116] Susulan itu, Mahkamah ini telah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak dan memutuskan untuk membuat keputusan di akhir kes pembelaan. Rujuk PP v Datuk Haji Harun Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180. [117] Untuk mempertimbangkan posiding impeachment oleh pihak pendakwaan yang dibuat di bawah seksyen 155(c) Akta Keterangan 1950, Mahkamah ini hendaklah meneliti dan memutuskan bahagian percanggahan keterangan yang dikatakan oleh pihak pendakwaan sama ada ia adalah “minor differences not amounting to discrepencies, apparent discrepencies, serious discrepencies or material discrepencies” sepertimana diputuskan oleh Muthusamy (supra). [118] Sebelum Mahkamah mempertimbangkan sama ada terdapat percanggahan keterangan SD4 dengan ID37, adalah diperhatikan bahawa dokumen yang dirujuk masih ditandakan sebagai ID37. Ia masih belum diterima Mahkamah dan ditandakan sebagai eksibit P37. [119] Di dalam permohonan tersebut juga, pihak pendakwaan gagal memanggil Pegawai Perakam untuk memberi keterangan bagi menguatkan lagi prosiding tersebut. [120] Dengan demikian, Mahkamah memutuskan bahawa memandangkan dokumen yang dirujuk TPR masih ditandakan sebagai ID37 dan kegagalan Pegawai Perakam dipanggil, Mahkamah ini memutuskan TPR tidak boleh menggunakan pernyataan tersebut untuk mencabar kebolehpercayaan keterangan SD4. [121] Walaupun keterangan SD4 tidak tercabar, Mahkamah hendaklah menilai keseluruhan keterangan SD4 sama ada beliau adalah seorang saksi yang kredibel. [122] SD4 di dalam keterangannya mengakui sendiri bahawa beliau telah ditangkap bersama 20 peket dadah yang mana merupakan sebahagian daripada 73 peket barang kes dadah yang dirampas SP4. Keterangan SD4 merupakan keterangan bersumpah beliau dan beliau juga sedar akan implikasi ke atas beliau atas pengakuan tersebut sekiranya ia adalah palsu. Keterangan SD4 adalah seperti berikut: : Puvarasan serah kepada kamu 20 paket? : Ya. : Selepas itu apa yang kamu lakukan? : Saya menyimpan di tepi tangki minyak motor. : Dari mana Puvarasan serahkan 20 paket itu kepada kamu? : Daripada beg dia. : Dari beg dia, dadah yang dia tunjukkan dalam rumah, dengan dadah yang dia beri kamu, adakah dadah yang sama? : Sama. [123] TPR telah membangkitkan isu mengenai “demeanour” SD4 yang kelihatan marah dan tidak senang duduk apabila disoal oleh TPR. Mahkamah ini mengambil maklum SD4 yang kelihatan marah, namun perlakuan SD4 adalah reaksi normal apabila SD4 diasak dengan beberapa soalan keberadaan beliau di tempat kejadian dan dadah sebanyak 20 peket: : Kamu beritahu Puvarasan telah tunjukkan barang dadah kepada kamu dan Vignesh. Dia tunjuk dadah itu dalam apa? : Plastik besar. Warna lutsinar. : Dalam plastik lutsinar yang Puvarasan bawa itu ada apa? : Ada ice. : Dia bawa dalam beg, beg yang bagaimana? : Beg sandang. Kecil. TPR : Pohon saksi dirujuk dengan P14(1 – 2). : Ini yang kamu cakap Puvarasan bawa itu? : Ya. : Kamu kata ada 73 paket, dan kamu kira. Di mana kamu kira 73 paket ini? : Puvarasan yang memberitahu kepada saya dia mempunyai 73 paket. : Kamu sendiri kira tak 73 paket ini? : Saya tidak kira. : 20 paket yang Puvarasan beri kepada kamu, yang mana satu dalam gambar 2? : Countdown dari bawah. 2 row. 2 row panjang. : Saya cadangkan, row yang kamu tunjukkan itu bukan 20 paket, tapi 24 paket, cuba kira? : Orang yang menangkap gambar barang kes tersebut kalau tambah di belakang itu saya tidak tahu, saya hanya ambil 20 paket sahaja. : Dalam 73 paket ini, bagaimana kamu pasti 20 paket dalam 2 row ini? Semua nampak sama. Bagaimana kamu tahu kamu ambil dadah itu ada dalam row ini? : Saya tahu sebab saya yang pegang barang tersebut. : Bagaimana kamu pegang 20 paket itu? : Semasa Puvarasan beri kepada saya, saya memegang 10 paket sebelah, dan 10 paket …dan saya memang tahu itu adalah 20 paket. : Kamu kira tak 20 paket itu? : Ya, saya kira. [124] Gambaran yang diberikan oleh SD4 mengenai dadah sebanyak 73 peket adalah konsisten dengan dadah barang kes yang dibawa oleh B3 dan dikatakan dirampas oleh SP4 daripada SD1. Sekiranya SD4 tidak berada di tempat kejadian pada awal pagi hari kejadian, sudah pasti SD4 tidak boleh menjelaskan kepada Mahkamah barang kes dadah (P14) (1-2) itu. [125] Setelah meneliti keterangan SD1 yang disokong oleh SD4 mengenai dadah yang dirampas adalah kepunyaan B3 dan menilai semula keterangan-keterangan yang dikemukakan di peringkat pendakwaan, mahkamah ini mendapati ketepatan dan kesahihan keterangan di peringkat pendakwaan mengenai tempat barang dadah dijumpai di bilik SD1 dengan ini diragui. [126] Kegagalan memanggil B3 dan B4/SD4 di peringkat pendakwaan sebenarnya memberi peluang kepada pihak pendakwaan menyangkal pembelaan SD1 dan SD2 di peringkat pendakwaan lagi yang gagal digunakan oleh pihak pendakwaan. Menilai keterangan saksi SD1 dan SD4, jelas memberi justifikasi kepada Mahkamah ini menggunapakai seksyen 114(g) terhadap pihak pendakwaan kerana terdapat “suppression of evidence” di pihak pendakwaan. [127] Adalah menjadi prinsip mantap undang-undang jenayah di Malaysia bahawa beban pembuktian terletak kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan kes terhadap OKT1 dan OKT2. Pihak pembelaan tidak dibebani dengan beban yang sama untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. OKT1 dan OKT2 tidak dianggap bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Rujuk keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Ho Nee Fat [1995] MLJU 200. [128] Mahkamah ini juga ingin merujuk kepada satu lagi keputusan Mahkamah Agong di dalam kes Mohd Radi bin Yaacob v PP [2001] 3 MLJ 169 melalui penghakiman Mohd Azmi SCJ (pada ketika itu) telah menyatakan seperti berikut: “To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established “reasonable doubt’ test, rather than to delve in the “believable and convincing’ test before applying the “reasonable doubt test.” (penekanan diberikan) KESIMPULAN [129] Mahkamah ini di dalam membuat keputusannya ingin merujuk semula kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Mat v PP (supra) yang mana panduan diberikan untuk memutuskan kes di akhir pendakwaan seperti berikut: “ …the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows:– (a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt Convict. (b) If you accept or believe the accused's explanation Acquit. (c) If you do not accept or believe the accused's explanation Do not convict but consider the next steps below. (d) If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict. (e) If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt Acquit. (penekanan diberikan) KESIMPULAN [130] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, adalah tidak selamat sama sekali memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes ini di luar keraguan yang munasabah. Oleh demikian, tertuduh-tertuduh OKT1 dan OKT2 dilepas dan dibebaskan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.