Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: NA-12BNCVC-3-02/2024
NA-12BNCvC-3-02/2024
High Court of Malaysia14 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“two conflicting storie she should believe but rather on the basis of considering which version is inherently probable or improbable - see for instance Koay Teik Choo & Ors. V. Reg. [1955) 1 MLRH 588; [1956] MLJ 52." [43] Di dalam kes ini, adalah merupakan satu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa sememangnya berlaku p”
“the Court may draw adverse inferences from a Defendant's decision not to give or call evidence as to matters within the knowledge of himself or his employees. In Herrington v. British Railways Board [1972] AC 877, 930, Lord Diplock said of such a decision, This is a legitimate tactical move under our adversarial system”
“laysian Pools Sdn Bhd v. Kwan Tat Thai & Anor and other appeals [2018] 4 CLJ 323; [2017] MLJU 1882, Mahkamah Rayuan telah mengaplikasi prinsip kes Donavan Crawford v. Financial Institute Services Ltd [2005] UKPC 40 yang mengatakan seperti berikut:- "It is well settled that in civil proceedings the Court may draw advers”
“number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33 [86] Merujuk kepada kes Pan Malaysian Pools Sdn Bhd v. Kwan Tat Thai & Anor and other appeals [2018] 4 CLJ 323; [2017] MLJU 1882, Mahkamah Rayuan telah mengaplikasi prinsip kes Donavan Crawford v. Financial Institute Services Ltd [2005”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: NA-12BNCVC-3-02/2024
1
VIJAYAN A/L KUMARAN
2
PENGANGKUTAN PKS (TRIANG) SDN. BHD. (No. Syarikat: 584213-W) …PERAYU-PERAYU
1
ELIZABETH A/P GUANDAS (NO. K/P: 831109-07-5776) [Plaintif Pertama adalah ISTERI yang sah dan Wakil Diri kepada anak-anak dibawah umur ARJUN JAIRUS ARUMUGAM dan ARYAN ISAAC ARUMUGAM dan kesemuanya adalah tanggungan ARUMUGAM A/L
2
PAVALAIE A/P KOLENDEDELOO (NO. K/P: 470208-05-5024) [Plaintif Kedua adalah IBU yang sah kepada ARUMUGAM A/L NADARAJAH dan adalah tanggungan kepada ARUMUGAM A/L ...RESPONDEN-RESPONDEN 10/01/2025 09:39:41 NA-12BNCvC-3-02/2024 Kand. 25 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: NA-B53KJ-55-12/2022 ANTARA 1. ELIZABETH A/P GUANDAS (NO. K/P: 831109-07-5776) [Plaintif Pertama adalah ISTERI yang sah dan Wakil Diri kepada anak-anak dibawah umur ARJUN JAIRUS ARUMUGAM dan ARYAN ISAAC ARUMUGAM dan kesemuanya adalah tanggungan ARUMUGAM A/L
2
PAVALAIE A/P KOLENDEDELOO (NO. K/P: 470208-05-5024) [Plaintif Kedua adalah IBU yang sah kepada ARUMUGAM A/L NADARAJAH dan adalah tanggungan kepada ARUMUGAM A/L ...PLAINTIF-PLAINTIF DAN 1. VIJAYAN A/L KUMARAN
2
PENGANGKUTAN PKS (TRIANG) SDN. BHD. (No. Syarikat: 584213-W) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di dalam kes ini Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 8.2.2024 (Lampiran - 1) terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Seremban (“HMS”) bertarikh pada pada 31.1.2024 berkenaan dengan isu liabiliti selepas satu perbicaraan penuh yang telah dijalankan di Mahkamah Sesyen Seremban di mana Hakim Mahkamah Sesyen Seremban (“HMS”) telah mendapati dan memutuskan bahawa Defendan Pertama adalah bertanggungan cuai sebanyak 75% di dalam kes kemalangan ini. [2] Selanjutnya, Responden-Responden (Plaintif-Plaintif) juga telah memfailkan Notis Rayuan Silang (Lampiran - 5) bertarikh 22.3.2024 terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Seremban tersebut (“HMS”) yang bertarikh pada 31.1.2024 tersebut di atas isu liabiliti dan kuantum di mana Responden-Responden (Plaintif-Plaintif) telah menghujahkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) telah terkhilaf apabila memutuskan Si Mati cuai sumbangan (“contributory negligence”) terhadap kemalangan tersebut sebanyak 25%, sedangkan terdapat bukti Defendan Pertama telah memakir motolorinya di tepi jalan di mana tempat tersebut tidak dikhaskan untuk meletak kenderaan. [3] Oleh itu, Plaintif-Plaintif menghujahkan Defendan-Defendan harus didapati bertanggungan 100% atas kemalangan tersebut. [4] Manakala, untuk isu kuantum pula, Responden-Responden (Plaintif-Plaintif) menghujahkan bahawa ‘HMS’ telah terkhilaf apabila menolak tuntutan oleh Responden Kedua (Plaintif Kedua) untuk kehilangan tanggungan sebanyak RM3,000.00 sebulan. [5] Setelah Mahkamah ini membaca, meneliti dan menilai rekod rayuan, alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) tersebut berserta dengan penghujahan-penghujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak kepada Mahkamah, maka pada 14.10.2024, Mahkamah ini telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen tersebut (“HMS”) dan menolak Notis Rayuan Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) di bawah
Lampiran
Lampiran - 1 dan juga menolak Notis Rayuan Silang oleh Responden-Responden (Plaintif-Plaintif) di bawah Lampiran - 5. [6] Mahkamah juga memutuskan bahawa kos rayuan (Lampiran - 1) dan rayuan balas (Lampiran - 5) ini ditanggung oleh pihak Perayu-Perayu dan juga pihak Responden-Responden masing-masing. [7] Pihak Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) merasa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh pada 14.10.2024 tersebut di atas, telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 28.10.2024 (Lampiran - 17) untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini yang telah menolak Notis Rayuan Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) berkenaan isu liabiliti sahaja. [8] Manakala, Responden-Responden (Plaintif-Plaintif) pula telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 13.11.2024 (Lampiran - 18) terhadap keputusan Mahkamah ini bertarikh 14.10.2024 tersebut yang telah menolak keseluruhan Notis Rayuan Silang Responden-Responden (Plaintif-Plaintif) (Lampiran - 5) tersebut. [9] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan alasan penghakiman ini dan untuk kemudahan kesemua pihak, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti mereka yang asal iaitu Perayu-Perayu akan dirujuk sebagai Defendan-Defendan. Manakala, Responden-Responden akan dirujuk sebagai Defendan-Defendan di peringkat rayuan ini. Latar Belakang Kes [10] Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah untuk “dependency claim” di bawah Seksyen 7(3A) dan (3B) dan 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 untuk ganti rugi am berupa kehilangan tanggungan / saraan dan ‘bereavement’, ganti rugi khas serta faedah dan juga kos. [11] Plaintif Pertama adalah seorang balu serta orang tanggungan kepada Arumugam a/l Nadarajah (Si Mati). [12] Plaintif Kedua adalah ibu kepada Si Mati yang juga merupakan orang tanggungan kepada Si Mati. [13] Kemalangan ini berlaku pada 7.12.2021 pada jam lebih kurang 2.30 pagi di KM 22.5 Jalan Tampin / Gemas, Negeri Sembilan di hadapan kuari Gemencheh Syarikat Sin Hua Transport Sdn Bhd. [14] Pada semua masa material, Si Mati adalah seorang pemandu motorkar No. WVH 1226 [kemudian dirujuk sebagai "motorkar tersebut"] dan Vijayan a/l Kumaran (Defendan Pertama) adalah seorang pengendali motolori No. WTJ 6699 yang diletakkan di hadapan kuari Gemencheh Syarikat Sin Hua Triang Transport Sdn Bhd [kemudian akan dirujuk sebagai "motolori tersebut"]. [15] Adalah tidak dipertikaikan Defendan Kedua sebagai pemunya berdaftar motolori No. WTJ 6699, Defendan Kedua dan / atau syarikat insuransnya hendaklah bertanggungjawab memampas Plaintif-Plaintif apabila liabiliti diputuskan ditanggung oleh Defendan Pertama yang menyebabkan kemalangan itu berlaku. [16] Di dalam kes ini, Plaintif-Plaintif telah memanggil seramai tiga (3) orang saksi, iaitu:- (a) Siti Habshah binti Yahya (SP-1) – saksi majikan (b) Elizabeth a/p Guandas (SP-2) – balu si mati / Plaintif Pertama (c) Inspektor Nurul Afiqah Afwa binti Haslan (SP-3) - pegawai penyiasat [17] Manakala, pihak Defendan-Defendan telah memanggil seorang saksi sahaja, iaitu Defendan Pertama, Vijayan a/l Kumaran (SD1). Versi Plaintif [18] Pada 07.12.2021, jam lebih kurang pukul 2.30 pagi, Arumugam a/l Nadarajah (selepas ini dkenali sebagai "Si Mati") telah memandu motorkar No. WVH 1226 dari arah Tampin menuju ke Gemas. Apabila sampai di KM 22.5 Jalan Tampin - Gemas dan berjalan terus, motolori No. WTJ 6699 yang telah diletakkan di atas jalan telah menyebabkan motorkar No. WVH 1226 yang dipandu oleh Si Mati melanggar motolori No. WTJ 6699 tersebut sehingga menyebabkan Si Mati meninggal dunia di tempat kejadian. Ini mengakibatkan Plaintif-Plaintif di dalam tindakan ini telah mengalami kesedihan dan kedukacitaan yang amat teruk. [19] Pihak Plaintif-Plaintif menghujahkan sepertimana diplidkan bahawa kemalangan tersebut adalah berpunca dari kecuaian sepenuhnya dan / atau sebahagian besarnya oleh tindakan Defendan Pertama yang telah meletakkan motolori No. WTJ 6699 dengan keizinan dan / atau sebagai pengkhidmat kepada Defendan Kedua pada masa kemalangan di atas jalan tersebut. [20] Plaintif-Plaintif menghujahkan berdasarkan daripada keterangan yang telah dikemukakan di Mahkamah semasa perbicaraan ini, Defendan Pertama (SD-1) telah meletakkan motolori tersebut di tempat yang bukan dikhaskan untuk memarkir. Malahan, tempat tersebut adalah merupakan sebahagian daripada jalanraya. [21] Fakta tidak dipertikaikan akibat nahas tersebut, Si Mati telah meninggal dunia di tempat kejadian. Laporan toksikologi menunjukkan tiada unsur dadah atau alkohol dalam darah si mati. [22] Tiada saksi mata yang melihat kemalangan ini. Tiada juga liputan CCTV atau ‘dashcam’ yang telah diperolehi sepanjang siasatan. [23] Dengan itu, Plaintif-Plaintif adalah bersandarkan kepada Doktrin prinsip “Res Ipso Loquitor” dan menjadi beban pembuktian kepada pihak Defendan-Defendan untuk membuktikan bahawa Defendan-Defendan tidak melakukan apa-apa ataupun sebarang kecuaian dan yang menyebabkan kemalangan tersebut berlaku. Versi Defendan [24] Versi Defendan Pertama (SD-1) adalah di mana, pada 6.12.2021 jam lebih kurang 5.30 petang, beliau telah meletakkan motolori No. WTJ 6699 di hadapan kawasan kuari Gemencheh Syarikat Sin Hua Triang Transport Sdn Bhd selepas sahaja habis bekerja. [25] Pada 7.12.2021 jam lebih kurang 2.30 pagi, semasa beliau berada di rumah, beliau telah menerima panggilan telefon memberitahu bahawa motolori beliau No. WTJ 6699 telah dilanggar oleh sebuah motorkar No. WVH 1226 dan beliau telah pergi ke tempat kejadian tersebut dan mendapati bahawa motolori beliau No. WTJ 6699 telah mengalami kerosakan pada bahagian hadapan iaitu kepala depan motolori tersebut remuk. [26] SD-1 memberitahu Mahkamah bahawa pada masa tersebut, beliau telah meletakkan motolori beliau di satu kawasan luas di hadapan kuari Gemencheh Syarikat Sin Hua Triang Transport Sdn Bhd seperti mana rutin beliau selama 10 tahun bekerja dan rutin pemandu-pemandu motolori yang lain yang meletakkan motolori di kawasan tersebut. [27] SD-1 juga memberitahu Mahkamah bahawa sememangnya tiada motolori yang dibenarkan untuk diparkir di tepi jalan dan menghalang lalu lintas. Jika terdapat motolori yang diparkir di tepi jalan dan menghalang lalu lintas, pengawal keselamatan dari syarikat kuari akan menghalau motolori tersebut. [28] SD-1 juga memberitahu Mahkamah bahawa terdapat lampu sorot (“spotlight”) dari kawasan kuari Gemencheh Syarikat Sin Hua Triang Transport Sdn Bhd sepertimana dalam gambar polis P6(B) di mukasurat 23 Ikatan B yang memancar ke arah jalan raya. [29] Seterusnya, SD-1 juga memberitahu Mahkamah bahawa terdapat lampu jalan di sekitar kawasan kemalangan sepertimana dalam gambar polis P6(M) dan P6(N) di mukasurat 29 Ikatan B. [30] SD-1 turut mengakui terdapat satu lagi kawasan luas di mana motolori boleh diletakkan di kawasan tersebut namun, kawasan tersebut bukanlah dikhaskan untuk meletak motolori sebaliknya adalah juga satu kawasan untuk membuang barang. Di samping itu, SD-1 mengakui pemandu-pemandu tidak berani untuk meletakkan dan meninggalkan motolori di kawasan yang dikatakan kerana keadaan kawasan tersebut yang gelap pada waktu malam serta selalu berlaku kes kecurian komponen motolori ketika motolori ditinggalkan di kawasan tersebut pada waktu malam. [31] SD-1 memberitahu Mahkamah bahawa beliau telah meletakkan motolorinya di kawasan luas di sebelah pagar kuari Gemencheh Syarikat Sin Hua Triang Transport Sdn Bhd (“kuari Gemencheh”) sepertimana di dalam rajah kasar Ekshibit P-5 dan Ekshibit P-5K. Keterangan SD-1 ini adalah konsisten dengan keterangan bisu iaitu gambar polis P6-A dan P6-B yang di mukasurat 23 Ikatan B. [32] Selanjutnya, SD-1 telah memberitahu Mahkamah bahawa beliau membuat laporan polis pada hari yang sama dan keterangan yang telah diberikan oleh beliau di Mahkamah adalah konsisten dengan laporan polis yang dibuat pada hari kemalangan tersebut. Analisis dan Dapatan Mahkamah Isu Liabiliti Sama ada motolori dibenarkan untuk diparkir di kawasan hadapan kuari Gemencheh [33] Isu yang harus diputuskan oleh Mahkamah ini, adakah motolori dibenarkan di pakir di kawasan hadapan kuari Gemencheh itu. [34] Di dalam kes ini kedua-dua belah pihak memberi versi yang bertentangan. Plaintif-Plaintif mengatakan Defendan Pertama (SD-1) memakir motolori di kawasan yang tidak dibenarkan dan kawasan itu adalah sebahagian daripada jalan raya. Kawasan tersebut juga merupakan kawasan mulut simpang dan merupakan kawasan dilarang untuk memakir kenderaan. [35] Berdekatan di kawasan itu juga terdapat satu kawasan yang dikhususkan untuk memakir motolori (ditandakan X1 dalam Gambar Ekshibit P6-L) dan (ditandakan X dalam rajah kasar Ekshibit P-5) (selepas ini disebut sebagai “X1”). Defendan telah gagal memakir di kawasan tersebut. Sebaliknya, Defendan telah memakir motolori beliau di depan Syarikat Sin Hua Triang Transport Sdn Bhd (“kuari Gemencheh”) dan tindakan Defendan Pertama ini membahayakan pada pengguna jalanraya yang lain. [36] Manakala, SD-1 pula mengatakan beliau meletakkan motolori di situ kerana ia adalah satu kawasan yang luas dan itulah rutin beliau dan pemandu-pemandu lain yang bertugas selama 10 tahun di situ. SD-1 menandakan ‘Y’ di kawasan motolori dipakir. Menurutnya lagi, sekiranya terdapat motolori dipakir di tepi jalan di kawasan bertanda ‘V’ dan menghalang lalu lintas, pengawal keselamatan syarikat kuari akan menghalau motolori tersebut. [37] Oleh itu, memandangkan tiada mana-mana pengawal keselamatan yang mengarahkan motolori tersebut untuk dialihkan, maka SD-1 mengatakan kawasan yang dipakir itu adalah kawasan yang boleh diletakkan kenderaan. Di samping itu, kawasan itu diterangi dengan limpahan cahaya dari lampu sorot (“spot light”) dari kawasan kuari Gemencheh dan lampu jalan di sekitar kawasan kemalangan. Jadi, kenderaan Si Mati yang memandu dari arah bawah ke atas rajah kasar sepatutnya nampak motolori tersebut dan tiada halangan pandangan. [38] SD-1 juga mengatakan memang benar ada satu kawasan X1 tetapi itu bukan kawasan pakir sebaliknya kawasan untuk membuang barang. SD-1 mengakui beliau dan pemandu-pemandu motolori lain tidak meletakkan motolori mereka di kawasan X1 tersebut oleh kerana kawasan tersebut gelap pada waktu malam dan sering berlaku kecurian komponen motolori. [39] Walaubagaimanapun, di dalam kemalangan maut ini, tiada saksi mata yang tampil memberi keterangan kepada Mahkamah. Oleh itu, Mahkamah harus membuat keputusan dan penelitian fakta secara berhati-hati bersandarkan keterangan senyap seperti kerosakan kenderaan, rajah kasar dan kunci, laporan polis dan gambar-gambar kemalangan serta keterangan saksi pegawai penyiasat (SP-3) dan juga Defendan Pertama (SD-1) yang secara langsung adalah terbabit di dalam kemalangan tersebut. [40] Merujuk kepada kes Dharam Singh Dhillon v Ibrahim Shaaban & Anor [1995] 4 CLJ 207 di mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- “When the oral evidence adduced from the witnesses opposed each other, it is necessary to seek assistance from the sketch plan of the scene of accident to ascertain the positions of the vehicles involved in the accident in relation to the road, photographs of the portions of the vehicle damaged and all the mute evidence to determine which version of the manner in which the accident occurred is inherently probable or improbable.” [41] Memandangkan terdapat dua versi yang bertentangan maka tanggungjawab Mahkamah adalah untuk memutuskan versi mana yang ‘inherently probable’ atau ‘probable’ (Peraganathan a/l Karpaya v Chong Yuk Sang & Anor [1996] 1 CLJ 622, Chong Keow v. Shaari Yaacob [1988] 1 CLJ 325; [1988] 1 CLJ (Rep) 463, Yeow Wuen Hau v. Tan Her Chia [2008] 1 P1R [72]). [42] Merujuk kepada kes Lee Seng Kee V. Sukatno; Ong Thean Soo (Third Party) [2008] 5 MLRH 220, Mahkamah telah memutuskan bahawa:- “[28] In Noorianti be Zainal Abidin & ors v. Tang Lei Nge [1989] 2 MLRH 666; [1990] 2 MLJ 242; [1990] 2 CLJ (Rep) 545; [1990] 1 CLJ 943 Lim Beng Choon J at p 243 said: "It is useful to pause here for a moment to say a few words regarding the approach which a trial Judge should adopt in evaluating the evidence adduced at a trial. It has been stated in numerous cases that the fact that the evidence given by the witnesses of one party was unshaken or unbroken is not per se an all sufficient acid test of credibility and that the inherent probability or improbability of the fact in issue must be the prime consideration - see for instance Muniandy & Ors. V. PP [1966] 1 MLRA 495; [1966] 1 MLJ 57, Dato Mokhtar bin Hashim v. PP [1983] 1 MLRA 7; [1983] 2 MLJ 232; [1983] CLJ (Rep) 101 and PP v. Neoh Wan Kee [1984] 2 MLRH 109; [1985] 1 MLJ 368 at p 372. It has also been said that a trial Judge should not approach the case upon the basis of deciding which of the two conflicting storie she should believe but rather on the basis of considering which version is inherently probable or improbable - see for instance Koay Teik Choo & Ors. V. Reg. [1955) 1 MLRH 588; [1956] MLJ 52." [43] Di dalam kes ini, adalah merupakan satu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa sememangnya berlaku perlanggaran di antara motorkar Si Mati dan motolori Defendan-Defendan. Apa yang menjadi isu atau persoalan di sini adalah, siapakah yang cuai sehingga menyebabkan kemalangan tersebut berlaku. [44] Berdasarkan keterangan di atas dan semua keterangan senyap yang lain seperti rajah kasar, gambar-gambar lokasi kemalangan, gambar kerosakan kenderaan dan setelah membuat perbandingan dengan keterangan SP-3 dan SD-1, di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini berpuashati dan bersetuju dengan dapatan fakta oleh Hakim Mahkamah Sesyen bahawa versi Plaintif-Plaintif adalah lebih berkemungkinan dan Si Mati cuai sumbangan sebanyak 25%. Manakala, Defendan adalah bertanggungan cuai 75% peratus dalam kemalangan ini. Keterangan Pegawai Penyiasat [45] Hasil siasatan pegawai penyiasat (SP-3) mendapati kawasan kemalangan adalah kawasan jalanraya dan sepatutnya tiada kenderaan dibenarkan diletakkan di situ. SP-3 juga mendapati terdapat satu kawasan yang luas di sebelah kiri kuari Gemencheh yang mana dipercayai dikhaskan untuk meletakkan lori-lori. Hasil siasatan beliau juga mendapati kawasan kemalangan tersebut adalah mulut simpang dan tidak boleh dipakir di situ. Seterusnya, SP-3 mengatakan hasil siasatan tiada sebarang tanda amaran diletakkan pada dan/atau berdekatan dengan motolori tersebut. [46] Peguamcara Defendan cuba mempertikaikan hasil penyiasatan yang telah dijalankan oleh SP-3 di dalam kes ini. Alasan peguam Defendan adalah bahawa ada beberapa pindaan yang dibuat oleh SP-3 semasa perbicaraan dan semua ini tiada dilakarkan di dalam rajah kasar iaitu Ekshibit P5 dan P5K. Pindaan yang dimaksudkan adalah (i) ada lorong kecil di bawah rajah kasar sebelah kiri yang menghala ke kolam; dan (ii) kawasan bertanda X1 adalah tempat yang dikhaskan untuk meletakkan motolori. [47] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS”) yang berpendapat apa yang dilakukan oleh SP3 bukanlah satu pindaan tetapi adalah lebih kepada satu penambahan. Fakta tentang kewujudan lorong kecil menghala ke kolam dan fakta ada kawasan luas meletakkan motolori di kawasan bertanda X1 tersebut adalah dipersetujui oleh saksi SD-1 sendiri semasa SD-1 diperiksa balas oleh peguamcara Plaintif-Plaintif. Jadi, ini tidak bermakna SP3 adalah berbohong. [48] SP-3 telah menjelaskan tidak memasukkan dua jalan tambahan dan tidak mengambil gambar jalan tersebut kerana berpendapat ianya tidak berkaitan dengan kes ini. Defendan-Defendan tidak mengemukakan apa-apa keterangan sebaliknya untuk menunjukkan SP-3 berbohong di Mahkamah ini. Mahkamah mengambilkira bahawa SP-3 telah ke tempat kejadian dan telah menyiasat semua aspek. Justeru itu, Mahkamah membuat dapatan fakta bahawa SP-3 adalah saksi yang boleh dipercayai. [49] Merujuk kepada kes Soh Kim Chee & Anor v Nazri Yahya & Anor [2021] 1LNS 1848 Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa:- “...[11] I was unable to agree with the Plaintiffs' contention as I took the view that the evidence of SP4 was relevant and material as he was a neutral and independent witness, in light of the fact that the driver of the motorcar was deceased...” Sama ada SD1 memakir motolori di tempat yang bukan dikhaskan untuk memakir dan tempat itu merupakan sebahagian daripada jalanraya [50] Seterusnya, SD-1 menafikan meletakkan motolori di atas jalan raya dan sebaliknya mendakwa berada jauh dari jalan raya. SD1 membuat penandaan “Y” di atas gambar Ekshibit P6-L dan jika melihat pada waktu siang ia jauh dari kawasan laluan motorkar. [51] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) yang mendapati penandaan SD-1 di “Y” adalah bertujuan untuk mengelirukan Mahkamah atas alasan penandaan SD-1 adalah bersifat “self-serving” semata-mata kerana penandaan itu dibuat selepas SP-3 memberi keterangan dan SP-3 tidak boleh disoalbalas, adakah benar kedudukan motolori di tandaan “Y” dan bukannya di kawasan yang ditandakan kotak “X” oleh SP-3. Peguam Defendan tidak pernah meletakkan kepada SP-3 secara spesifik bahawa kedudukan motolori adalah sebenarnya di “Y” dan bukannya di kotak “X". [52] Selanjutnya, SD-1 juga mendakwa kononnya kawasan motolori dipakir adalah di kawasan sah dan selamat oleh kerana pengawal keselamatan kuari Gemencheh tidak menghalau mereka apabila mereka berbuat demikian. Jika sekiranya fakta ini benar, pihak Defendan sepatutnya memanggil pengawal keselamatan tersebut untuk mengesahkan dakwaan SD-1 ini. Perlu diingatkan, SD1 adalah pihak berkepentingan di dalam kes ini dan keterangan beliau perlulah disokong dengan bukti kukuh. Dalam lain perkataan, tindakan Defendan ini bertujuan untuk menafikan liabiliti dan penglibatannya di dalam kemalangan ini. [53] Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan fakta oleh ‘HMS’ bahawa kedudukan motolori semasa kemalangan berlaku adalah di tandaan kotak “X” seperti mana dalam gambar Ekshibit P6-L. Tandaan kotak “X” ini adalah jelas merupakan sebahagian dari jalanraya. Hujahan peguamcara Defendan bahawa tiada kenderaan melalui laluan kotak “X”, maka ia tidak boleh disebut sebagai jalanraya adalah andaian semata-mata. [54] Tambahan juga, hasil siasatan yang telah dijalankan oleh SP-3 juga mengatakan bahawa SD-1 telah memakir di kawasan mulut simpang dan ianya merupakan suatu kawasan larangan pakir. [55] Merujuk kepada Kaedah 12(4) Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 adalah jelas dilarang sama sekali untuk meletakkan kenderaan di kawasan simpang. 12. Restriction on stopping near corners, hydrants, etc. (4) in such a position or in such a condition or in such circumstances as to cause, or likely to cause danger, obstruction or undue inconvenience to other users of the road, whether or not the driver is in attendance.” [56] Begitu juga, terdapat keterangan kukuh bahawa SD-1 gagal untuk memakir di kawasan yang dikhaskan untuk memakir iaitu di kawasan bertanda X1. SD-1 menafikan ia kawasan pakir tetapi kawasan buang barang tapi pada masa yang sama mengatakan tidak sesuai pakir di situ kerana ada kecurian komponen kenderaan. Secara tidak langsung SD-1 mengakui bahawa kawasan itu memang kawasan yang disediakan khas untuk meletakkan motolori pemandu-pemandu. Alasan bahawa berlaku kecurian kerana kawasan tersebut terlalu gelap bukan merupakan satu alasan yang munasabah untuk SD-1 memakir motolori beliau di mana-mana tempat mengikut sesuka hatinya. [57] Oleh itu, apa yang dapat dirumuskan di sini adalah SD-1 telah memilih untuk memakir di kawasan yang tidak dibenarkan, walaupun suatu tempat khas telah ada disediakan kepadanya. [58] Berdasarkan alasan-alasan ini, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) bahawa SD-1 telah memakir motolorinya di tempat yang bukan dikhaskan untuk memakir dan tempat itu merupakan sebahagian daripada jalanraya. Tindakan SD-1 yang telah meletakkan motolori di tempat yang tidak boleh pakir telah menyebabkan atau telah menyumbangkan kepada berlakunya kemalangan dalam kes ini. Isu pencahayaan di tempat kemalangan [59] Selain itu, Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) juga mendapati bahawa keadaan pencahayaan di tempat kemalangan tersebut adalah gelap dan hanya ada lampu samar-samar kerana cahaya lampu sorot memancar ke arah kuari Gemencheh dan bukannya ke arah jalan raya tempat kemalangan tersebut. Fakta ini telah disiasat dan disahkan sendiri oleh saksi Pegawai Penyiasat (SP3). Oleh itu, adalah mustahil sama sekali untuk Si Mati dapat melihat dengan jelas akan kehadiran motolori Defendan yang diparkir di situ dan boleh atau sempat untuk mengelak motolori tersebut sebelum pertembungan atau kemalangan itu berlaku. Isu kegagalan meletakkan tanda amaran sebagai langkah pencegahan dan berjaga-jaga. [60] Di samping itu, Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa Defendan Pertama (SD-1) telah gagal untuk meletakkan sebarang tanda amaran atau apa-apa tanda isyarat sebagai langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi tujuan mengelakkan kemalangan ini daripada berlaku. [61] Dalam erti kata lain, isu ini langsung tidak dipertikaikan. Ini adalah kerana berdasarkan gambar-gambar di tempat kejadian adalah jelas tiada sebarang kon atau tanda amaran dijumpai di hadapan ataupun berdekatan dengan motolori tersebut untuk menunjukkan dan membuktikan SD-1 ada mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya bagi mengelakkan kemalangan. Si Mati tidak mabuk atau dipengaruhi dadah [62] Selanjutnya, Mahkamah juga mendapati bahawa hasil laporan toksikologi menunjukkan bahawa darah Si Mati adalah bebas daripada sebarang unsur alkohol dan / atau dadah. Laporan bedah siasat juga tidak menjumpai apa-apa masalah kesihatan yang lain yang berkemungkinan menyumbang kepada kematian Si Mati. Punca kematian Si Mati telah disahkan akibat dari kemalangan, “multiple injuries due to motor vehicle accident”. [63] Berdasarkan hasil siasatan SP-3 juga menunjukkan dan mengesahkan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa Si Mati telah memandu kenderaan di dalam keadaan mengantuk, mabuk dan / atau menyebabkan cuai di dalam kes ini. Menurut SP-3 kemalangan berlaku menyebabkan si mati menemui ajal apabila telah terbabas ke kiri laluan dan melanggar kenderaan motolori yang dipakir di kawasan yang tidak dibenarkan. Sekiranya motolori tidak dipakir di situ dan diletakkan di tempat yang dikhaskan sudah pasti kemalangan ini dapat dielakkan. Motolori dipakir dalam keadaan kepala lori menghadap arah bertentangan [64] Seterusnya, Mahkamah juga mendapati bahawa motolori diletakkan di arah yang bertentangan dari arah jalan dan ini juga boleh mendatangkan kekeliruan kepada pengguna jalan raya yang lain termasuk si mati dan seterusnya melakukan kesilapan. Sama ada Si Mati sumbang cuai (“contributory negligence”) [65] Persoalan seterusnya yang perlu diteliti, adakah Si Mati turut menyumbang cuai semasa pertembungan tersebut berlaku. [66] Di dalam kes ini, saksi Pegawai Penyiasat (SP-3) bersetuju dengan cadangan peguamcara Defendan-Defendan bahawa Si Mati telah memandu dalam keadaan yang laju kerana kerosakan teruk yang telah dialami pada motorkar No. WVH 1226 tersebut. [67] Fakta bahawa Si Mati memandu laju ini juga konsisten dengan ketiadaan kesan brek dan calar di atas jalan tempat kemalangan tersebut juga membuktikan bahawa Si Mati tidak membrek atau tidak sempat membrek sebelum kemalangan tersebut berlaku. [68] Tambahan juga, saiz jalan raya yang luas dan ada lorong kosong yang membolehkan Si Mati mengelak ke lorong B ke C tetapi jelas sekali di dalam kes ini Si Mati tidak berbuat demikian. [69] Walaupun keadaan jalan raya dan kawasan persekitaran adalah gelap dan cahaya samar-samar, namun begitu dengan lampu kenderaannya sendiri Si Mati tiada halangan pandangan dan masih boleh melihat ke arah hadapan dan mengelak ke kanan. [70] Justeru itu, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen yang telah memutuskan Si Mati juga menyumbang cuai sebanyak 25%. [71] Hakim Mahkamah Sesyen juga telah merujuk kepada kes Chop Seng Heng v Thevannasan & Ors [1975] 1 MLRA 230, di mana Majlis Privi memutuskan bahawa motolori yang dipakir di kawasan terlalu dekat dengan selekoh, pada awal 3.00 pagi, tanpa tanda amaran telah diputuskan pembahagian liabiliti adalah 75:25. Kes ini telah diikuti oleh beberapa kes yang lain di mana kenderaan yang dipakir di kawasan yang tidak dibenarkan seperti lorong kecemasan akan didapati bertanggungan cuai. [72] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah ini bersetuju dan mengesahkan keputusan dan dapatan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) di dalam kes ini yang telah memutuskan bahawa liabilti adalah di mana Defendan-Defendan adalah 75% bertanggungan cuai. Manakala Si Mati pula adalah sebanyak 25% cuai sumbangan. Kuantum [73] Di dalam tindakan ini, berdasarkan kepada Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956, Plaintif-Plaintif yang merupakan tanggungan yang sah kepada Si Mati adalah berhak untuk menuntut bagi satu pampasan bagi suatu kehilangan tanggungan akibat daripada kematian Si Mati yang disebabkan oleh kemalangan tersebut. [74] Plaintif Pertama adalah balu dan juga wakil diri kepada anak-anak Si Mati. Manakala Plaintif Kedua adalah merupakan ibu Si Mati. [75] Merujuk pada kes Muhamad Hashim (Bapa Noor Azlan Muhamad (Si Mati) Bertindak Bagi Pihak Tanggungan) V. Teow Teik Chai & Anor [1995] 3 MLRH 695, di mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- “To succeed on his claim for the loss of support, it was however incumbent upon the appellant to prove the financial loss he sustains as a dependent and not in any other way (see Chan Chin Min & Anor v. Lim Yok Eng [1994) 1 MLRA;[1994] 3 MLJ 2…” [76] Plaintif Pertama [SP-2] mengatakan bahawa beliau menerima sebanyak RM6,000.00 sebulan sebagai wang tanggungan untuk perbelanjaan diri dan anak-anaknya daripada Si Mati. Manakala ibu mertuanya (emak Si Mati) mendapat sebanyak RM3,000 sebulan. [77] Pendapatan bulanan Si Mati sebagai Pengurus “Client Management” di Standard Chartered Bank adalah RM17,085.08. [78] SP-1 wakil majikan kepada Si Mati mengatakan RM17,085.08 tersebut bukanlah gaji bersih Si Mati kerana terdapat beberapa potongan iaitu potongan EIS, KWSP, SOCSO, cukai pendapatan dan “No Union Subcription” ke atas gaji Si Mati pada setiap bulan. [79] Menurut slip gaji Si Mati (Ekshibit P-3), gaji bersih Si Mati adalah seperti berikut:- Jun 2021 RM14,225.89 Julai 2021 RM13,219.70 Ogos 2021 RM13,201.92 September 2021 RM13,442.38 Oktober 2021 RM13,457.68 November 2021 RM13,442.40 Jumlah RM80,989.97 [80] Seterusnya, jumlah RM80,989.97 dibahagikan 6 bulan bersamaan RM13,498.33 sebagai gaji bersih Si Mati yang dibawa pulang. [81] Menurut seksyen 7(3)(iv)(c) Akta Undang-Undang Sivil 1956, penolakan untuk perbelanjaan semasa hayat Si Mati harus dibuat sebelum menentukan jumlah gaji bersih Si Mati yang tinggal. [82] Berdasarkan kepada keterangan Plaintif Pertama (SP-2), anggaran perbelanjaan Si Mati adalah menurut pecahan berikut (sebulan):- (a) Bayaran ansuran rumah : RM4,000.00 (b) Yuran persekolahan anak di Qdees : RM480.00 (c) Perbelanjaan barang dapur (anggaran untuk 4 orang isi rumah) : RM1,000 (d) Kos perjalanan ke tempat kerja (Kajang-KL) (anggaran RM40.00 sehari x 20 hari) : RM800.00 (e) Kos makan tengah hari pada hari bekerja (anggaran RM30.00 sehari x 20 hari) : RM600.00 Jumlah : RM6,880.00 [83] Menurut keterangan SP-2, untuk perbelanjaan Si Mati memberikannya jumlah secara “lump-sum” sebanyak RM6,000.00 sebulan melalui pindahan wang ke dalam akaunnya. Wang ini akan digunakan untuk belanja barangan dapur, perbelanjaan rumah, perbelanjaan sekolah anak-anak dan juga untuk diri beliau sendiri. Namun, setelah meneliti Penyata Bank Plaintif Pertama (ID-4), Hakim Mahkamah Sesyen mendapati bahawa pindahan wang oleh Si Mati kepada Plaintif Pertama dari bulan Januari 2021 hingga Disember 2021 secara puratanya sebanyak RM5,800.00 sebulan. [84] Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS”) yang menolak tuntutan ibu Si Mati untuk tuntutan kehilangan tanggungan ini. Ini adalah kerana ibu Si Mati tidak pernah memberi keterangan di Mahkamah dan tiada penjelasan yang munasabah atas kegagalan beliau untuk hadir ke Mahkamah. [85] Perlu ditegaskan, pihak yang menuntut perlu memberi keterangan kepada Mahkamah. Adalah mencurigakan Plaintif Kedua selaku penuntut untuk jumlah yang tinggi tidak hadir sendiri untuk memberi keterangannya kepada Mahkamah. Tiada keterangan berbentuk dokumentari dikemukakan seperti bil-bil utiliti atau resit perbelanjaan sebagaimana dakwaan Plaintif Kedua. Pihak Defendan-Defendan tidak dapat menyoal balas akan kesahihan tuntutan Plaintif Kedua dan ini adalah amat memprejudiskan Defendan-Defendan. Kegagalan kehadiran beliau telah mengaktifkan anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 kerana membangkitkan anggapan adanya “withholding and suppression of evidence” [Kes Juahir bin Sadikon v. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor [1996] 3MLJ 627]. [86] Merujuk kepada kes Pan Malaysian Pools Sdn Bhd v. Kwan Tat Thai & Anor and other appeals [2018] 4 CLJ 323; [2017] MLJU 1882, Mahkamah Rayuan telah mengaplikasi prinsip kes Donavan Crawford v. Financial Institute Services Ltd [2005] UKPC 40 yang mengatakan seperti berikut:- "It is well settled that in civil proceedings the Court may draw adverse inferences from a Defendant's decision not to give or call evidence as to matters within the knowledge of himself or his employees. In Herrington v. British Railways Board [1972] AC 877, 930, Lord Diplock said of such a decision, This is a legitimate tactical move under our adversarial system of litigation. But a Defendant who adopts it cannot complain if the Court draws from the facts which have been disclosed all reasonable inferences as to what are the facts which the defendant has chosen to withhold" (emphasis added) [87] Di samping itu, SP-2 mengatakan bahawa semua maklumat berkenaan wang yang dikatakan diberikan oleh Si Mati kepada Plaintif Kedua sebanyak RM3,000.00 tersebut adalah melalui suaminya (Si Mati) dan ini adalah tanpa keterangan sokongan. [88] Begitu juga, Si Mati mempunyai adik beradik seramai 6 orang. Si Mati bukanlah satu-satunya anak kepada Plaintif Kedua dan ada beberapa anak yang lain yang turut menyumbang saraan Plaintif Kedua seperti abang yang tinggal di Singapura dan Port Klang. [89] Selain itu, dakwaan bahawa Plaintif Kedua menerima RM3,000.00 sebulan adalah mustahil dan tidak munasabah sama sekali dengan mengambil kira pendapatan bersih si mati adalah RM13,498.33 sebulan dan setelah menolak perbelanjaan (“living expenses”) sebanyak RM6880.00 dan jumlah sumbangan kepada Plaintif Pertama sebanyak RM5,800.00 untuk sebulan maka baki yang ada atau baki yang tinggal adalah cuma sebanyak RM818.00 sahaja. [90] Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) yang telah menolak tuntutan Plaintif Kedua terhadap Defendan-Defendan bagi kehilangan tanggungan (‘loss of dependency’) sebanyak RM3,000.00 sebulan tersebut. [91] Selain itu, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif dan Defendan telah gagal untuk menunjukkan mana-mana bahagian di dalam perintah atau penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) tersebut yang dikatakan telah dikatakan terkhilaf atau tersalah arah. Mahkamah mendapati bahawa tidak ada terdapat sebarang bukti bahawa Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) telah terkhilaf atau tersilap di dalam keputusan dan penghakimannya di dalam kes ini. Malahan, kesemua faktor dan alasan telah diterangkan atau dijelaskan dan diambilkira serta telah dipertimbangkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di dalam alasan penghakiman beliau. [92] Tambahan juga, perlu ditegaskan bahawa Mahkamah Tinggi seharusnya mengambil pendekatan lebih berhati-hati di dalam pendengaran rayuan oleh kerana penemuan dan dapatan fakta oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) adalah disokong dengan keterangan-keterangan dan juga bukti-bukti serta ekshibit-ekshibit terutamanya laporan perubatan dan laporan pakar yang telah dikemukakan di hadapan beliau sewaktu perbicaraan kes. [93] Di dalam kes Kanagesh Kumar Mahendran v. Sadiah Muhammad Taib (2022) MLRHU 17, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- “[5] At the outset, it was imperative to state that I am mindful of the presumption that the decision of the trial court is appealed against was correct in every respect. Therefore, to succeed in an appeal, the Plaintiff in this case must convinced this Court that the decision appealed against was wrong; and if this Court was not so convinced, the appeal should fail. This is based on the premise that the findings of the trial judge who had the advantage of seeing, hearing, assessing and evaluating the witnesses must be respected: Yahaya bin Mohamed v Chin Tuan Nam [1975] 1 MLRA 322 P. An appellate court therefore, should be cautious of upsetting the findings of the trial judge.” [94] Seterusnya, di dalam kes United Oriental Assurance Sdn Bhd v. Penang Medical Centre Sdn Bhd [1999] 2 MLJ 542 Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut:- “It is trite law and very well settled that an appellate court will not lightly interfere with the finding of the court below unless it can be shown the lower court had erred. In an application to the Court of Appeal where leave is sought, the matter is still dealt with by the principles enunciated in Pang Hon Chin v Nahar Singh [1986] 2 MLJ 145 where Edgar Joseph Jr J (as he then was) held that leave can only be given ‘where the applicant is able to demonstrate a prima facie case of error’. We find no such error.” [95] Selanjutnya, merujuk kepada kes Setapak Heights Development Sdn Bhd v. Tekno Kota Sdn Bhd [2006] 1 MLRA 423, di mana Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “[18] The Principles of the appellate intervention with a finding of fact by the trial Judges are well settled. We as an appellate Court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluating the evidence. It is only in cases where we as an appellate Court exercising an appellate jurisdiction are convinced that there was no judicial appreciation of the evidence adduced at the trial by the trier of fact or that the audio-visual advantage reserved to trial Judge had been missed or that the findings made by the trial Judge do not accord with the probabilities of the case, would we intervene and upset the findings made by the trial Judge and substituting therewith with our own findings. In this case we see no such fault in the conclusion made by the learned Judge. See the case of Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 1 AMR 607.” Kesimpulan [96] Justeru itu, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa Notis Rayuan yang telah difailkan oleh Defendan-Defendan (Lampiran - 1) dan Notis Rayuan Silang yang telah difailkan oleh Plaintif-Plaintif (Lampiran - 5) adalah jelas tidak berasas dan bermerit sama sekali. Oleh itu, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak Notis Rayuan Defendan-Defendan (Lampiran - 1) dan Notis Rayuan Silang Plaintif-Plaintif (Lampiran - 5) dengan kos ditanggung oleh pihak-pihak Defendan-Defendan dan Plaintif-Plaintif masing-masing. Disediakan oleh: t.t. (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 10 haribulan Januari 2025. PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / DEFENDAN-DEFENDAN: TETUAN VENI & ASSOCIATES B7-2, Jalan Puncak 1 Pusat Komersial Cendana Ayer Keroh Bukit Baru 75450 Melaka. PEGUAMCARA RESPONDEN-RESPONDEN / PLAINTIF-PLAINTIF: TETUAN B. MARIAMMAH & CO. No. 23, Tingkat 1 Jalan Station 86000 Kluang Johor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.