Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: PA-12B-2-01/2025 ANTARA PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD … PERAYU
PA-12B-3-01/2025
High Court of Malaysia11 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: PA-12B-2-01/2025 ANTARA PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD … PERAYU
2
VIKNASH KUMAR A/L SELVARAJU (No. K.P.: 910827-07-5557)
3
MUGUNTHAN A/L PONNAMBALAM (No. K.P.: 901004-07-5279) …RESPONDEN-RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA KES DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: PA-12B-3-01/2025
1
VIKNASH KUMAR A/L SELVARAJU (No. K.P.: 910827-07-5557)
2
MUGUNTHAN A/L PONNAMBALAM (No. K.P.: 901004-07-5279) …PERAYU-PERAYU
2
PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD …RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Sesyen Di Butterworth Dalam Negeri Pulau Pinang Malaysia Guaman No.: PB-A53KJ-529-12/2021 Antara Mohamed Daud Bin A.M.M. Sariff Din ... Plaintif
1
Viknash Kumar a/l Selvaraju (No. K.P.: 910827-07-5557) ... Defendan Pertama
2
Mugunthan a/l Ponnambalam (K/P No: 910004-07-5279) ... Defendan Kedua
3
Pacific & Orient Insurance Co. Berhad …Defendan Ketiga ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan di bawah kes no. PA-12B-2-01/2025 oleh Perayu/Defendan Ketiga terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen ("HMS") yang telah diberikan pada 13 Januari 2025 selepas perbicaraan penuh. Perayu/Defendan Ketiga merayu ke atas isu liabiliti sahaja di mana HMS telah memutuskan bahawa Defendan-Defendan bertanggungan 100% cuai dalam menyebabkan kemalangan yang menjadi perkara dalam tindakan ini, tanpa sebarang sumbang cuai daripada Plaintif. [2] Rayuan ini didengar bersama rayuan PA-12B-3-01/2025 oleh Perayu-Perayu/Defendan Pertama dan Defendan Kedua terhadap keputusan yang sama. Rayuan ini juga hanya terhadap isu liabiliti sahaja. [3] Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan-Defendan sebagaimana pihak-pihak disebut di Mahkamah sesyen. B. LATAR BELAKANG [4] Kes ini melibatkan suatu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 13.06.2018 di Jalan Kulim yang melibatkan motosikal Plaintif bernombor pendaftaran PLH 4626 dan sebuah motosikal bernombor pendaftaran PNJ 4432 milik Defendan Kedua yang pada masa material ditunggang oleh Defendan Pertama. [5] Plaintif telah memfailkan suatu tuntutan kemalangan jalan raya terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua di Mahkamah Sesyen Butterworth bagi menuntut gantirugi am dan gantirugi khas berhubung satu kemalangan jalan raya yang berlaku antara jam lebih kurang 8.15 malam hingga 9.40 malam. [6] Pada tarikh dan masa berlakunya kemalangan tersebut, Plaintif sedang menunggang motosikalnya dari arah Kulim menuju pulang ke rumahnya di Bandar Perda. Apabila Plaintif tiba di Jalan Kulim, motosikal yang ditunggang oleh Defendan Pertama, yang datang dari arah yang sama, telah bergesel dengan motosikal Plaintif sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan. [7] Susulan kemalangan tersebut, Plaintif tidak membuat laporan polis kerana berada dalam keadaan cedera dan menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU). Walau bagaimanapun, isteri Plaintif, iaitu SP7, telah membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut bagi pihak Plaintif. [8] Defendan Ketiga selaku penanggung insurans motosikal No. PNJ 4432 memfailkan permohonan untuk mencelah kerana mengesyaki bahawa kemalangan ini merupakan tuntutan fraud/Pakatan. Melalui Perintah Mahkamah Sesyen bertarikh 6 Mei 2022, Defendan Ketiga telah dibenarkan mencelah dan dijadikan satu pihak dalam prosiding tersebut. Dalam prosiding di Mahkamah Sesyen, pemilik motosikal No. PNJ 4432 iaitu Defendan Kedua tidak hadir untuk memberi keterangan di mahkamah. [9] Versi Plaintif adalah bahawa motosikal Defendan Pertama telah datang dari arah belakang dan bergesel dengan motosikal beliau, menyebabkan kemalangan tersebut. Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam pembelaan asal telah mengakui berlakunya kemalangan tetapi mengatakan bahawa motosikal Plaintif telah bergesel di bahagian handle motosikal Defendan Pertama, menyebabkan motosikal Defendan Pertama melanggar batu penghadang jalan. [10] Versi Defendan Ketiga pula adalah motosikal No. PNJ 4432 yang ditunggang oleh Defendan Pertama tidak terlibat dalam sebarang kemalangan dengan motosikal Plaintif pada tarikh, masa dan tempat yang diplidkan oleh Plaintif. Sebaliknya, Defendan Ketiga menyatakan bahawa motosikal Plaintif sendiri telah terbabas (motorbike skidded) di Jalan Kulim berhadapan St. Anne. Dakwaan Plaintif adalah satu tuntutan palsu (fraudulent claim) berasaskan pakatan jahat antara Plaintif dan Defendan Pertama. [11] Setelah mendengar keseluruhan keterangan dan hujahan pihak-pihak, HMS telah pada 13 Januari 2025 memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian dan Defendan-Defendan adalah 100% cuai dalam menyebabkan kemalangan tersebut dan tiada sumbang cuai daripada Plaintif. Defendan-Defendan yang tidak berpuas hati telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi ini terhad kepada isu liabiliti sahaja. C. KEPUTUSAN HMS TERHADAP LIABILITI [12]
61
Berikut adalah alasan Penghakiman HMS keatas isu liabiliti Dalam mencapai keputusan di dalam kes ini, mahkamah ini telah berpandukan kepada kes Mahkamah Rayuan dalam The Carbon Company Sdn Bhd v Ng Lee Hoon [2017] 6 CLJ 189 yang mana pihak plaintif di dalam kes ini adalah dibebani dengan tanggungjawab untuk membuktikan tuntutannya terhadap defendandefendan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 101 dan Seksyen 102 Akta Keterangan 1950.
62
Mahkamah ini bersetuju dengan pihak plaintif dari keterangan yang ada di hadapan mahkamah ini bahawa pihak plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap defendan dan kemalangan telah berlaku akibat oleh defendan pertama yang datang dari arah belakang Plaintif dan telah bergesel dengan motosikal Plaintif dan menyebabkan kemalangan.
63
Mahkamah juga bersetuju dengan pihak plaintif bahawa mahkamah boleh menggunapakai inferens bertentangan (Adverse inference) di bawah Seksyen 114(g) Akata Keterangan 1957 atas kegagalan defendan pertama untuk hadir memberi keterangan di mahkamah mengenai kemalangan ini.
64
Mahkamah ini tidak bersetuju dengan pihak defendan ketiga bahawa tuntutan Plaintif ini adalah satu tuntutan palsu (fraudulent claim) di mana Plaintif telah bersubahat dan/atau berpakat (collided) dengan Defendan Pertama untuk menyatakan bahawa motosikal No. PNJ 4432 terlibat dalam kemalangan tersebut untuk membolehkan Plaintif menuntut gantirugi dari Defendan Ketiga selaku syarikat insurans yang melindungi motosikal No. PNJ 4432 dan motosikal plaintif memandangkan tiada keterangan yang dikemukakan di mahkamah untuk membuktikan bahawa plaintif dan Defendan Pertama sebenarnya telah berpakat.
65
Mahkamah juga tidak bersetuju dengan pihak Defendan Ketiga bahawa motosikal plaintif sebenarnya telah terbabas sendiri “motorbike skidded on scene” di Jalan Kulim berhadapan St Anne.
66
Juga setelah penelitian dibuat kepada keterangan SP1, mahkamah ini mendapati bahawa versi pihak defendan-defendan seperti di dalam pembelaan terpinda adalah tidak diletakkan kepada saksi SP1 (the defendant’s version was not put to the plaintiff’s witness) yang merupakan saksi penting di dalam kes ini.
67
Di peringkat keterangan Pegawai Penyiasat (SP1), pihak defendandefendan, tidak mencabar pegawai penyiasat pada mana-mana peringkat keterangan bahawa motosikal plaintif telah sebenarnya jatuh sendiri “motorbike skidded” dan tidak melibatkan motosikal PNJ 4432 di dalam kes ini.
68
Merujuk kepada pembelaan defendan-defendan di
Lampiran
Lampiran 116 dan Lampiran 117, versi terkini pihak defendan-defendan di dalam kes ini adalah; “Kemalangan yang dikatakan berlaku pada 13.06.2018 jam lebih kurang 8.15 malam ke 9.40 malam dan melibatkan motosikal Plaintif bukan berlaku dengan motosikal No. PNJ 4432 tetapi sebaliknya “motrorbike skidded on scene” dan/atau penunggang m/sikal No. PLH 4626 terbabas sendiri di Jalan Kulim berhadapan St Anne.” 69. Walaubagaimanapun semasa SP1 memberi keterangan dimahkamah pada 28.3.23, SP1 telah hanya dicabar mengenai “waktu kemalangan” yang mana pada peringkat pemeriksaan semulanya, telah dijelaskan oleh SP1 bahawa apabila pihak polis menerima panggilan berkaitan kemalangan, waktu kemalangan yang direkodkan adalah " lebih kurang " dan tidak direkodkan waktu secara spesifik. 70. Sebagai seorang pegawai penyiasat, SP1 memainkan peranan penting dalam menjalankan siasatan mengenai kes kemalangan jalanraya ini dan keterangan SP1 di mahkamah adalah diperolehi semata-mata daripada hasil penyiasatan beliau. 71. Namun apabila SP1 tidak dicabar mengenai versi defendandefendan bahawa motosikal plaintif telah terbabas sendiri, selain hanya disoal mengenai waktu berlakunya kemalangan, maka peguam defendan-defendan adalah dihalang untuk membangkitkan dalam hujahan pihak defendan-defendan mengenai penunggang motosikal No. PLH 4626 telah sebenarnya terbabas sendiri dan ini merupakan satu pengabaiaan kepada versi terkini yang telah diplidkan sendiri oleh defendan-defendan dalam pliding/ pembelaan di dalam kes ini. 72. Merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan dalam Iftikar Ahmed Khan v Perwira Affin Bank Bhd [2018] 1 CLJ 415, adalah jelas bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding dan tidak boleh mengemukakan fakta penting di peringkat perbicaraan tanpa memplidkan dalam pliding; “Held (1) … parties are bound by their pleadings and not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded”. 73. Semasa (SP1) memberi keterangan di hadapan mahkamah, isu “samada siasatan pegawai penyiasat ada menjerumus kepada motosikal plaintif jatuh sendiri” tidak timbul dan isu ini hanya dibangkitkan di peringkat kes defendan. 74. Begitu juga maklumat-maklumat yang diperolehi dalam boring PreHospital Care Form (Eksibit P7) tidak disoal kepada pegawai penyiasat (SP1) semasa beliau hadir memberi keterangan di dalam kes ini. 75. Maka dalam keadaan pengabaian versi terkini yang telah diplidkan sendiri oleh defendan-defendan di peringkat keterangan saksi penting iaitu Pegawai Penyiasat (SP1) di dalam kes ini, mahkamah ini berpendapat bahawa pihak defendan-defendan adalah terhalang untuk membangkitkan dalam hujahan pihak defendan-defendan mengenai penunggang motosikal No. PLH 4626 telah sebenarnya terbabas sendiri di dalam kes ini. 76. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam Aik Ik Ming (M) Sdn Bhd & Ors v Chang Ching Chuen & Ors and Another Appeal [1995] 2 MLJ 770 yang telah memutuskan bahawa, “It is essential that a party’s case be expressly put to his opponent’s material witnesses when they are under cross-examination. A failure in this respect may be treated as an abandonment of the pleaded case and if a party, in the absence of valid reasons, refrains from doing so, then he may be barred from raising it in argument. It is quite wrong to think that this rule is confined to the trial of criminal causes. It 77. G. Kesimpulan Mahkamah ini telah berpuas hati bahawa pihak plaintif di dalam kes ini telah berjaya membuktikan kes plaintif atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan-defendan adalah cuai dalam kemalangan ini dan tiada sumbang cuai plaintif di dalam kes ini. 78. Mahkamah ini berpendapat bahawa keputusan di atas adalah keputusan yang adil dan munasabah. D. HUJAHAN PIHAK-PIHAK Hujahan Plaintif [13] Plaintif membangkitkan bantahan awal bahawa Notis Rayuan di bawah Kes No. PA-12B-3-01/2025 yang difailkan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah tidak sah memandangkan kedua-dua Defendan tidak dapat dikesan sepanjang prosiding di Mahkamah Sesyen. Dalam keadaan tersebut, Plaintif mempersoalkan bagaimana Peguam Defendan-Defendan memperoleh arahan yang sah untuk memfailkan rayuan ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Plaintif menghujahkan bahawa tanpa arahan yang sah daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua, peguam tersebut tidak mempunyai autoriti undang-undang untuk memfailkan rayuan bagi pihak mereka. [14] Tanpa prejudis kepada bantahan awal tersebut, Plaintif menghujahkan bahawa penglibatan motosikal Defendan Pertama No. PNJ 4432 dalam kemalangan pada 13.06.2018 di Jalan Kulim berhadapan Gereja St. Anne telah terbukti melalui laporan polis Defendan Pertama sendiri serta pengakuan dalam penyataan pembelaan asal Defendan Pertama dan Kedua bertarikh 21.01.2022. Plaintif menegaskan bahawa pertikaian antara pihak-pihak hanyalah berkaitan cara kemalangan berlaku dan bukannya mengenai penglibatan motosikal tersebut dalam kemalangan. [15] Plaintif selanjutnya berhujah bahawa keterangannya berhubung sebuah motosikal yang datang dari arah belakang lalu bergesel dengan motosikal Plaintif telah disokong oleh keterangan SP1, iaitu Pegawai Penyiasat yang menjalankan siasatan rasmi terhadap kemalangan tersebut. Walaupun SP1 bukan saksi mata, keterangannya tetap relevan dan mempunyai nilai probatif setelah dinilai bersama keseluruhan keterangan lain di Mahkamah. Hasil siasatan SP1 juga mengesahkan bahawa kemalangan tersebut melibatkan motosikal Plaintif dan motosikal No. PNJ 4432. [16] Plaintif turut menghujahkan bahawa kegagalan Defendan Pertama dan Defendan Kedua untuk tampil memberi keterangan di Mahkamah telah menjejaskan pembelaan mereka secara serius. Defendan Pertama sebagai individu yang dikatakan terlibat secara langsung dalam kemalangan sepatutnya hadir untuk menjelaskan versi kejadian sekiranya benar tiada pelanggaran berlaku. Ketiadaan Defendan Pertama untuk memberi keterangan, serta kegagalan mengemukakan apa-apa afidavit atau statutory declaration bagi menafikan penglibatannya, membolehkan Mahkamah membuat inferens buruk di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 bahawa keterangan mereka tidak akan menyokong kes Defendan. [17] Berkenaan dakwaan Defendan Ketiga bahawa kemalangan tersebut merupakan kemalangan tunggal, Plaintif menolak sepenuhnya versi tersebut. Plaintif berhujah bahawa catatan seperti “motorbike skidded” dalam rekod hospital, call card atau maklumat awal daripada orang awam bukanlah bukti konklusif mengenai punca sebenar kemalangan dan tidak menolak kemungkinan berlaku pelanggaran dengan motosikal lain. Plaintif menegaskan bahawa motosikalnya juga boleh terbabas akibat pelanggaran dengan motosikal Defendan Pertama. Plaintif turut berhujah bahawa percanggahan kecil atau kelemahan teknikal dalam siasatan polis, termasuk isu pembetulan nombor motosikal, ketiadaan gambar tempat kejadian atau ketiadaan pendakwaan jenayah, tidak mencukupi untuk menafikan liabiliti Defendan dalam tuntutan sivil yang hanya memerlukan pembuktian atas imbangan kebarangkalian. [18] Plaintif juga menolak dakwaan fraud sepenuhnya dan menegaskan bahawa Plaintif sendiri tidak mengenali Defendan Pertama. Menurut Plaintif, sekiranya benar wujud pakatan antara mereka, sudah tentu isteri Plaintif akan memasukkan nombor motosikal Defendan Pertama dalam laporan polis yang dibuat. Kegagalan berbuat demikian menunjukkan tiada pakatan atau penipuan seperti yang didakwa. Plaintif turut bergantung kepada kes Suriyati Bte Takril v Mohan A/L Govindasamy & Anor [2001] 2 MLJ 275 yang mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pemandu dari belakang menanggung kecuaian sepenuhnya kerana gagal menjaga jarak selamat dan bertindak balas dengan wajar terhadap keadaan jalan raya di hadapan. [19] Plaintif menghujahkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah menilai secara menyeluruh keseluruhan keterangan lisan dan dokumentari sebelum membuat dapatan bahawa kemalangan tersebut melibatkan motosikal Plaintif dan motosikal No. PNJ 4432 yang ditunggang oleh Defendan Pertama. Sebagai Mahkamah bicara, HMS berada dalam kedudukan terbaik untuk menilai kredibiliti saksi serta kebolehpercayaan keterangan yang dikemukakan. Oleh itu, tiada alasan untuk Mahkamah Rayuan campur tangan terhadap dapatan fakta tersebut kerana tiada kesilapan nyata telah ditunjukkan oleh pihak Perayu. [20] Berdasarkan keseluruhan hujahan tersebut, Plaintif memohon agar rayuan Defendan-Defendan ditolak dengan kos dan keputusan HMS yang mendapati Defendan-Defendan bertanggungan sepenuhnya terhadap kemalangan tersebut dikekalkan. Hujahan Defendan Pertama dan Kedua [21] Defendan Pertama dan Defendan Kedua menghujahkan bahawa HMS telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menerima versi Plaintif walaupun terdapat percanggahan material antara pliding, penyata saksi dan keterangan lisan Plaintif di Mahkamah. Dalam pliding, Plaintif menyatakan bahawa motosikal No. PNJ 4432 telah “bergesel” dengan motosikal Plaintif, manakala semasa pemeriksaan balas Plaintif pula menyatakan bahawa beliau telah “dilanggar dari arah belakang”. Plaintif juga mengakui bahawa keterangannya di Mahkamah tidak sama seperti yang dinyatakan dalam penyata saksinya. Menurut Defendan-Defendan, percanggahan tersebut adalah material dan menjejaskan kredibiliti keseluruhan kes Plaintif. [22] Defendan Pertama dan Kedua turut berhujah bahawa HMS terkhilaf apabila menerima dan mempertimbangkan keterangan SP7, iaitu isteri Plaintif, sedangkan beliau sendiri mengakui tidak berada di tempat kejadian. SP7 juga mengesahkan bahawa maklumat berhubung penglibatan motosikal No. PNJ 4432 diperoleh daripada peguam Plaintif dan bukannya berdasarkan pengetahuan peribadi beliau. Oleh itu, Defendan-Defendan menghujahkan bahawa keterangan SP7 hanyalah hearsay dan tidak mempunyai nilai probatif. [23] Defendan Pertama dan Kedua seterusnya menghujahkan bahawa HMS terlalu bergantung kepada keterangan SP1, iaitu Pegawai Penyiasat, sedangkan SP1 bukan saksi kejadian dan keterangannya hanyalah bersifat sekunder berdasarkan maklumat pihak ketiga. Menurut Defendan-Defendan, SP1 tidak menyaksikan sendiri kemalangan tersebut, tidak melihat motosikal yang didakwa terlibat di tempat kejadian, tidak mengambil kenyataan daripada Defendan Pertama, dan mengakui bahawa siasatan masih belum selesai tanpa sebarang saman atau pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana pihak. Oleh itu, dapatan HMS bahawa kemalangan tersebut melibatkan motosikal Plaintif dan motosikal No. PNJ 4432 dikatakan tidak disokong oleh bukti langsung atau objektif. [24] Defendan Pertama dan Kedua juga menghujahkan bahawa Plaintif gagal membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 101 Akta Keterangan 1950. Plaintif sendiri mengakui tidak mengetahui bagaimana kemalangan berlaku dan tidak mengetahui nombor motosikal yang didakwa melanggarnya. Selain itu, Plaintif tidak membuat laporan polis sendiri, tiada saksi bebas dipanggil, dan tiada bukti fizikal seperti gambar tempat kejadian atau laporan forensik dikemukakan bagi membuktikan berlaku pelanggaran antara motosikal Plaintif dan motosikal No. PNJ 4432. [25] Menurut Defendan-Defendan, keseluruhan keterangan dokumentari dan keterangan saksi-saksi lain sebenarnya lebih menyokong versi bahawa kemalangan tersebut merupakan kemalangan tunggal di mana motosikal Plaintif terbabas sendiri (“self-skidded accident”). Defendan-Defendan merujuk kepada laporan Hospital Bukit Mertajam, Pre-Hospital Care Form, laporan pakar perubatan, Call Card, rakaman audio panggilan kecemasan, laporan polis awal dan laporan pembetulan yang menurut mereka secara konsisten menunjukkan bahawa Plaintif terjatuh sendiri tanpa penglibatan mana-mana kenderaan lain. Keterangan SP2, SD2, SD3 dan SD4 juga dikatakan menyokong fakta bahawa maklumat awal yang diterima daripada orang awam adalah bahawa motosikal Plaintif terbabas sendiri di hadapan Gereja St. Anne, Jalan Kulim. [26] Defendan Pertama dan Kedua selanjutnya berhujah bahawa HMS gagal memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap keseluruhan keterangan pihak Defendan yang menurut mereka adalah konsisten dan disokong oleh dokumen rasmi. Sebaliknya, HMS dikatakan hanya menerima inferens yang dibuat oleh SP1 walaupun inferens tersebut tidak disokong oleh bukti fizikal atau saksi bebas. Defendan-Defendan turut berhujah bahawa Mahkamah sepatutnya mempertimbangkan kemungkinan kecuaian bersama atau menolak terus tuntutan Plaintif memandangkan punca sebenar kemalangan tidak dapat dipastikan secara jelas. [27] Berkenaan isu inferens buruk di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950, Defendan Pertama dan Kedua menghujahkan bahawa HMS telah tersilap apabila membuat inferens buruk terhadap mereka hanya kerana kegagalan Defendan Pertama hadir memberi keterangan. Menurut Defendan-Defendan, inferens buruk hanya boleh dibuat sekiranya terdapat elemen penyembunyian atau penahanan keterangan, dan bukannya semata-mata kerana kegagalan memanggil seseorang saksi. Defendan Pertama juga dikatakan bukan berada di bawah kawalan eksklusif Defendan Ketiga, malah pihak Defendan sendiri telah memplidkan bahawa Defendan Pertama bersubahat dengan Plaintif untuk membuat tuntutan palsu. Tambahan pula, Defendan Pertama telah disapina tetapi penyampaian sapina tidak berjaya disempurnakan. Oleh itu, kegagalan memanggil Defendan Pertama sebagai saksi adalah munasabah dan tidak sepatutnya menimbulkan adverse inference terhadap pihak Defendan. [28] Berdasarkan keseluruhan hujahan tersebut, Defendan Pertama dan Defendan Kedua memohon agar keputusan HMS diketepikan atas alasan bahawa dapatan liabiliti terhadap Defendan-Defendan dibuat berdasarkan keterangan yang lemah, tidak konklusif serta tidak disokong oleh bukti objektif, dan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan kesnya menurut kehendak undang-undang. Hujahan Defendan Ketiga [29] Defendan Ketiga, selaku penanggung insurans bagi motosikal No. PNJ 4432, menghujahkan bahawa HMS telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan bahawa motosikal tersebut terlibat dalam kemalangan dan seterusnya mendapati Defendan-Defendan bertanggungan 100% terhadap tuntutan Plaintif. Dalam Pembelaan Terpinda, Defendan Ketiga secara konsisten menafikan bahawa motosikal No. PNJ 4432 terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan motosikal Plaintif No. PLH 4626 pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan oleh Plaintif. [30] Defendan Ketiga berhujah bahawa Plaintif gagal membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 101 Akta Keterangan 1950. Menurut Defendan Ketiga, Plaintif sendiri mengakui tidak mengetahui bagaimana kemalangan berlaku dan tidak mengetahui nombor motosikal yang didakwa melanggarnya. Selain itu, tiada saksi bebas dipanggil, tiada bukti fizikal seperti gambar tempat kejadian atau laporan forensik dikemukakan, dan tiada bukti objektif mengenai kerosakan motosikal Plaintif No. PLH 4626 bagi membuktikan berlakunya pelanggaran antara dua motosikal. Dalam keadaan sedemikian, HMS sepatutnya lebih berhati-hati dalam menilai keterangan Plaintif dan sekurang-kurangnya mempertimbangkan liabiliti bersama atau menolak terus tuntutan Plaintif. [31] Defendan Ketiga seterusnya menghujahkan bahawa HMS terlalu bergantung kepada keterangan SP1, iaitu Pegawai Penyiasat, sedangkan SP1 bukan saksi kejadian dan tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai bagaimana kemalangan berlaku. Menurut Defendan Ketiga, SP1 tiba di tempat kejadian selepas kemalangan berlaku dan kedua-dua motosikal sudah tidak berada di lokasi. SP1 juga dikatakan hanya membuat andaian bahawa kesan seretan di pembahagi jalan adalah berkaitan dengan kemalangan tersebut tanpa disokong oleh bukti objektif. Tambahan pula, selain laporan polis Defendan Pertama, tiada keterangan bebas lain yang mengesahkan penglibatan motosikal No. PNJ 4432 dalam kemalangan tersebut. [32] Defendan Ketiga turut berhujah bahawa keseluruhan keterangan dokumentari dan keterangan saksi-saksi lain sebenarnya menyokong versi bahawa kemalangan tersebut merupakan kemalangan tunggal (“self-skidded accident”). Antara dokumen yang dirujuk ialah laporan awal polis, laporan perubatan Hospital Bukit Mertajam, Pre-Hospital Care Form yang mencatatkan “motorbike skidded”, Call Card MECC yang menyatakan “melibatkan satu kenderaan (kemalangan sendiri)”, serta rakaman audio panggilan kecemasan. Keterangan SP2, SD2, SD3 dan SD4 juga dikatakan secara konsisten menunjukkan bahawa motosikal Plaintif terbabas sendiri di hadapan Gereja St. Anne, Jalan Kulim tanpa penglibatan mana-mana kenderaan lain. [33] Defendan Ketiga selanjutnya menghujahkan bahawa HMS gagal memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap keseluruhan keterangan pihak Defendan yang menurut mereka adalah konsisten dan disokong oleh dokumen rasmi. Sebaliknya, HMS dikatakan hanya menerima inferens yang dibuat oleh SP1 walaupun inferens tersebut tidak disokong oleh bukti fizikal atau saksi bebas. Defendan Ketiga juga mempertikaikan dapatan HMS bahawa versi “motorbike skidded” tidak pernah dicadangkan kepada SP1. Menurut Defendan Ketiga, versi tersebut hanya timbul selepas dokumen-dokumen tertentu dan keterangan SP2 dikemukakan di Mahkamah, iaitu selepas SP1 selesai memberi keterangan. Oleh itu, adalah tidak munasabah untuk menyatakan bahawa perkara tersebut sepatutnya telah dicadangkan kepada SP1 lebih awal. [34] Defendan Ketiga juga berhujah bahawa HMS tersilap apabila membuat inferens bertentangan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap kegagalan Defendan Pertama hadir memberi keterangan. Menurut Defendan Ketiga, adverse inference hanya boleh dibuat sekiranya terdapat unsur penyembunyian keterangan. Dalam kes ini, Defendan Pertama bukan berada di bawah kawalan eksklusif Defendan Ketiga dan usaha untuk menyerahkan sapina kepadanya juga tidak berjaya. Tambahan pula, Defendan Ketiga sendiri telah memplidkan bahawa Defendan Pertama berpakat atau bersubahat dengan Plaintif untuk mengemukakan tuntutan palsu terhadap syarikat insurans. Oleh itu, adalah tidak munasabah untuk menghendaki Defendan Ketiga memanggil Defendan Pertama sebagai saksi mereka sendiri. [35] Defendan Ketiga turut menegaskan bahawa mereka telah memplidkan bahawa tuntutan Plaintif adalah suatu tuntutan palsu (“fraudulent claim”) hasil pakatan antara Plaintif dan Defendan Pertama bagi membolehkan tuntutan dibuat terhadap polisi insurans motosikal No. PNJ 4432. Menurut Defendan Ketiga, perubahan kepada pembelaan mereka dibuat selepas keterangan saksi-saksi Plaintif dan dokumen-dokumen berkaitan dikemukakan di Mahkamah, yang menurut mereka menunjukkan bahawa kemalangan tersebut sebenarnya berpunca daripada motosikal Plaintif yang terbabas sendiri. [36] Berdasarkan keseluruhan hujahan tersebut, Defendan Ketiga memohon supaya rayuan dibenarkan, keputusan HMS diketepikan, dan tuntutan Plaintif di Mahkamah Sesyen ditolak dengan kos E. ANALISA DAN DAPATAN [37] Dalam mempertimbangkan rayuan-rayuan ini, Mahkamah terlebih dahulu mengambil kira prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah Rayuan tidak seharusnya campur tangan terhadap dapatan fakta dan keputusan Mahkamah Bicara melainkan dapat ditunjukkan bahawa keputusan tersebut adalah nyata salah atau dibuat tanpa penilaian kehakiman yang sewajarnya terhadap keterangan. Prinsip ini telah diperjelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes S Quarry Sdn Bhd v Desary Development Corporation Sdn Bhd [2019] 1 LNS 93 bahawa campur tangan Mahkamah yang mendengar rayuan hanya dibenarkan sekiranya keputusan Mahkamah Bicara adalah suatu keputusan yang tidak mungkin dicapai oleh seorang hakim yang munasabah berdasarkan keterangan yang ada. [38] Isu utama dalam rayuan ini ialah sama ada kemalangan jalan raya pada 13.06.2018 di Jalan Kulim melibatkan motosikal Plaintif No. PLH 4626 dan motosikal No. PNJ 4432 yang ditunggang oleh Defendan Pertama, ataupun sama ada kemalangan tersebut merupakan kemalangan tunggal di mana Plaintif terbabas sendiri. Setelah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen yang dikemukakan serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS telah menilai keseluruhan keterangan secara menyeluruh dan berhati-hati sebelum membuat dapatan bahawa kemalangan tersebut melibatkan kedua-dua motosikal berkenaan. [39] Mahkamah ini mendapati bahawa dapatan tersebut disokong oleh beberapa keterangan material yang tidak dapat diketepikan. Pertamanya, laporan polis Defendan Pertama sendiri mengandungi pengakuan bahawa beliau terlibat dalam kemalangan dengan motosikal Plaintif No. PLH 4626 di Jalan Kulim pada tarikh kejadian. Pengakuan tersebut merupakan suatu keterangan langsung yang amat material terhadap isu penglibatan motosikal No. PNJ 4432 dalam kemalangan tersebut. Selain itu, pembelaan asal Defendan Pertama dan Defendan Kedua juga mengakui berlakunya kemalangan antara kedua-dua motosikal tersebut, dan pertikaian mereka hanyalah berhubung mekanisme kejadian. [40] Mahkamah ini juga mendapati bahawa HMS berhak menerima dan mempertimbangkan keterangan SP1, iaitu Pegawai Penyiasat, sebagai sebahagian daripada keseluruhan keterangan dalam kes ini. Walaupun SP1 bukan saksi mata kejadian, keterangannya tetap relevan bagi menjelaskan hasil siasatan yang dijalankan termasuk maklumat yang diterima daripada orang awam, pemerhatian di lokasi kejadian, rajah kasar kemalangan serta kesan seretan yang ditemui di pembahagi jalan. SP1 turut mengesahkan bahawa Defendan Pertama sendiri telah hadir ke balai polis pada malam kejadian dan memaklumkan bahawa beliau terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Jalan Kulim. Keterangan ini tidak dicabar secara material oleh pihak Defendan. [41] Setelah meneliti rekod rayuan serta keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan di hadapan HMS, Mahkamah ini berpendapat bahawa HMS tidak terkhilaf apabila mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang sivil. Dapatan tersebut disokong oleh laporan polis Defendan Pertama, keterangan SP1, maklumat yang diperoleh daripada orang awam berhubung kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal, serta rajah kasar tempat kejadian yang menunjukkan kewujudan dua kesan seretan di lokasi kemalangan. Sebaliknya, pihak Defendan gagal mengemukakan keterangan daripada Defendan Pertama untuk menafikan penglibatannya dalam kemalangan tersebut. Justeru, Mahkamah ini mendapati bahawa dapatan HMS adalah berasaskan keterangan yang mencukupi dan tidak wujud sebarang alasan untuk campur tangan terhadap dapatan fakta tersebut. [42] Berkenaan hujahan bahawa kemalangan tersebut hanyalah “self-skidded accident”, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS tidak terkhilaf apabila menolak versi tersebut. Rujukan kepada istilah seperti “motorbike skidded” dalam rekod perubatan, Call Card dan rekod kecemasan hanyalah catatan awal berdasarkan maklumat yang diterima semasa situasi kecemasan dan tidak boleh dianggap sebagai bukti muktamad bahawa tiada pelanggaran dengan motosikal lain berlaku. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa catatan-catatan tersebut tidak menolak kemungkinan motosikal Plaintif terbabas akibat perlanggaran dengan motosikal lain. Tambahan pula, tiada keterangan kukuh dikemukakan untuk membuktikan dakwaan bahawa tuntutan Plaintif adalah suatu tuntutan palsu hasil pakatan dengan Defendan Pertama. Dakwaan fraud sedemikian memerlukan pembuktian yang jelas dan meyakinkan, namun pihak Defendan gagal mengemukakan keterangan yang mencukupi untuk menyokong dakwaan tersebut. [43] Mahkamah ini turut bersetuju dengan keputusan HMS untuk membuat inferens bertentangan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap kegagalan Defendan Pertama hadir memberi keterangan. Defendan Pertama merupakan saksi yang paling material memandangkan beliau adalah individu yang didakwa menunggang motosikal No. PNJ 4432 semasa kejadian. Dalam keadaan beliau gagal tampil ke Mahkamah untuk menafikan atau menjelaskan penglibatannya, HMS berhak membuat inferens bahawa keterangannya tidak akan menyokong kes pihak Defendan. Hujahan Defendan Ketiga bahawa Defendan Pertama tidak dipanggil kerana didakwa bersubahat dengan Plaintif juga tidak membantu kes mereka. Sekiranya Defendan Ketiga benar-benar mendakwa wujud penipuan atau pakatan, beban untuk membuktikan dakwaan tersebut tetap terletak pada pihak Defendan Ketiga sendiri. [44] Mahkamah ini selanjutnya mendapati bahawa keputusan HMS yang meletakkan liabiliti 100% terhadap Defendan-Defendan adalah munasabah berdasarkan fakta kes. Keterangan menunjukkan bahawa motosikal Defendan Pertama datang dari arah belakang dan bergesel atau melanggar motosikal Plaintif sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa Plaintif telah menyumbang kepada kemalangan tersebut melalui apa-apa tindakan cuai seperti menukar lorong secara tiba-tiba, memotong secara berbahaya atau menunggang secara melulu. Dalam keadaan sedemikian, HMS adalah betul apabila mendapati bahawa Defendan-Defendan bertanggungan sepenuhnya terhadap kemalangan tersebut. [45] Berpandukan keseluruhan alasan dan analisa di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada sebarang asas yang kukuh dari segi fakta mahupun undang-undang untuk membolehkan Mahkamah ini campur tangan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh HMS. Mahkamah ini berpuas hati bahawa HMS telah menilai keseluruhan keterangan lisan dan dokumentari secara menyeluruh, mengambil kira hujahan kedua-dua pihak, serta membuat dapatan fakta berdasarkan prinsip imbangan kebarangkalian yang betul di sisi undang-undang. Dapatan tersebut bukanlah suatu dapatan yang bersifat spekulatif atau dibuat tanpa asas keterangan, sebaliknya disokong oleh keterangan material yang mencukupi di dalam Rekod Rayuan. Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati tiada kekhilafan sedemikian telah dibuktikan oleh pihak Perayu. Sebaliknya, keputusan HMS adalah selaras dengan keterangan yang dikemukakan serta prinsip undang-undang yang terpakai. [46] Berkenaan rayuan Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam Rayuan No. PA-12B-3-01/2025, Mahkamah ini mendapati bahawa bantahan awal Plaintif adalah berasas. Terdapat ketidakpastian yang serius sama ada Defendan Pertama dan Defendan Kedua benar-benar memberikan arahan kepada peguam mereka untuk memfailkan rayuan tersebut memandangkan kedua-dua Defendan tidak dapat dikesan sepanjang prosiding di Mahkamah Sesyen. Tiada bukti yang memuaskan dikemukakan bagi menunjukkan kewujudan arahan yang sah untuk memfailkan rayuan, dan tiada rekod komunikasi atau keterangan lain dikemukakan bagi menyokong kewujudan arahan tersebut. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah ini tidak dapat membuat andaian bahawa rayuan tersebut difailkan dengan autoriti yang sah daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [47] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa bantahan awal Plaintif terhadap Notis Rayuan Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah wajar dibenarkan. Memandangkan bantahan awal tersebut dibenarkan, adalah tidak perlu bagi Mahkamah ini untuk meneliti secara terperinci merit rayuan tersebut, walaupun Mahkamah ini mengambil maklum bahawa isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan berkenaan telah pun dipertimbangkan secara menyeluruh dalam Rayuan No. PA-12B-2-01/2025. [48] Berdasarkan keseluruhan alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa rayuan Defendan Ketiga dalam Rayuan No. PA-12B-2-01/2025 adalah ditolak dengan kos sebanyak RM10,000.00 dan keputusan HMS berhubung liabiliti dikekalkan. Mahkamah ini juga membenarkan bantahan awal Plaintif dalam Rayuan No. PA-12B-3-01/2025 dan seterusnya membatalkan Notis Rayuan Defendan Pertama dan Defendan Kedua tanpa perintah kos. Bertarikh 26 Mei 2026 SGD (Rozana binti Ali Yusoff) Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Kompleks Mahkamah Pulau Pinang Pulau Pinang Peguam bagi pihak Perayu : Indra Ramiah Tetuan Ravendran & Associates Peguam bagi pihak Responden Pertama : Guha Thakurta Tetuan Manjit & Co. Peguam bagi pihak Responden Kedua : Joshua Narendran Tetuan Sandhu & Ong
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.