Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. : WA–B52NCvC–481–11/2022
WA-B52NCvC-481-11/2022
Sessions Court of Malaysia26 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. : WA–B52NCvC–481–11/2022
1
VITAL LIVING EMPIRE SDN BHD (No. Syarikat: 1125321-T)
2
SASHITHERAN A/L KANAGASABAPATHI (No. K/P: 900103-14-6875)
3
VIGNESWARAN A/L AH WALI (No. K/P: 810701-08-6789) ... PLAINTIF-PLAINTIF
1
ELEGANT GROUP SDN BHD (No. Syarikat: 159996-U)
4
YEW DING WEI (DEFENDAN KETIGA DAN KEEMPAT DISAMAN SEBAGAI SEBUAH FIRMA YANG BERAMAL DI BAWAH NAMA DAN GAYA NGEOW & TAN PEGUAMCARA & PEGUAMBELA) ... DEFENDAN-DEFENDAN DAN TETUAN CHEONG CHAMBERS ...PENCELAH ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 144) 05/12/2025 16:01:20 WA-B52NCvC-481-11/2022 Kand. 186 PENGENALAN [1] Pada 26 November 2025 saya telah menolak permohonan Defendan pertama yang memohon suatu Perintah Pemeliharaan Harta, dengan kos sebanyak RM3,000.00. PERMOHONAN DEFENDAN PERTAMA (Lampiran 44) [2] Permohonan Defendan pertama yang di buat melalui permohonan bertarikh 13 Ogos 2025 di Lampiran 144 menurut Aturan 29 Kaedah 2(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah untuk perintah-perintah berikut: I. Bahawa jumlah RM164,758.63 yang dilepaskan oleh Tetuan Cheong Chambers kepada Defendan pertama menurut Penghakiman Terus bertarikh 12.2.2025 dipulangkan oleh Defendan pertama kepada Tetuan Cheong Chambers dan dipegang oleh Tetuan Cheong Chambers sebagai pemegang amanah (stakeholder) sehingga penentuan penuh dan muktamad Tuntutan Balas Defendan pertama terhadap plaintif-plaintif; II. Secara alternatifnya, bahawa jumlah RM164,758.63 yang dilepaskan oleh Tetuan Cheong Chambers kepada Defendan pertama menurut Penghakiman Terus bertarikh 12.2.2025 dibayar oleh Defendan pertama ke dalam Mahkamah dan dipegang oleh Mahkamah sehingga penentuan penuh dan muktamad Tuntutan Balas Defendan pertama terhadap plaintif-plaintif; III. Kos bagi permohonan ini dijadikan kos dalam kausa; dan IV. lain lain perintah yang sesuai. KEBENARAN MENCELAH DIBERIKAN BAGI PERMOHONAN PENCELAH [3] Pencelah iaitu Tetuan Cheong Chambers, telah diberi kebenaran untuk mencelah dalam tindakan ini untuk memastikan agar:
i
semua perkara berbangkit dalam Lampiran 144 dapat ditentukan dan diputuskan secara berkesan serta menyeluruh (effectually and completely determined and adjudicated upon);
II
(ii) membolehkan persoalan, isu serta remedi yang dituntut dalam Lampiran 144 diputuskan antara Plaintif-Plaintif, Defendan pertama dan Pencelah: dan
III
(iii) membolehkan Pencelah mempunyai pengetahuan, menjawab dan melindungi diri terhadap relif-relif yang dituntut dalam Lampiran 144 dengan tujuan melindungi hak/kepentingan perundangannya. [4] Adalah jelas relif yang dituntut oleh Defendan Pertama di dalam Lampiran 144 mempunyai kesan langsung kepada kepentingan undang-undang Pencelah yang akan dipaksa dan terikat untuk mematuhi dan melaksanakan perintah Mahkamah ini sekiranya Lampiran 144 dibenarkan oleh Mahkamah. LATAR BELAKANG HARTA YANG MENJADI PERKARA POKOK [5] Pencelah adalah bekas peguam cara bagi Defendan pertama. Selepas Defendan pertama membatalkan dua perjanjian penyewaan bertarikh 24.12.2020 dan 15.2.2021 di antara Defendan pertama dan plaintif pertama atas sebab Plaintif-Plaintif telah gagal membayar sewa yang tertunggak, Plaintif-Plaintif telah memulakan tindakan ini terhadap Defendan-Defendan, antara lain, untuk satu deklarasi bahawa pembatalan Perjanjian-Perjanjian Penyewaan oleh Defendan Pertama adalah tidak sah. [6] Sejurus selepas tindakan difailkan oleh Plaintif-Plaintif, peguam cara Plaintif-Plaintif, iaitu Tetuan Bhavanash Sharma, telah pada 23.2.2023 menyampaikan sesalinan cek berjumlah RM164,750.00 kepada bekas peguam cara bagi Defendan Pertama, iaitu Pencelah untuk tujuan membayar sewa yang tertunggak serta untuk menyokong dakwaan Plaintif-Plaintif bahawa Perjanjian-Perjanjian Penyewaan tersebut masih berkuat kuasa dan adalah sah dan terpakai di antara Plaintif Pertama dan Defendan Pertama. [7] Pencelah iaitu peguam cara bagi Defendan Pertama pada masa itu, telah memegang wang tersebut sebagai pemegang amanah bagi tujuan membayar ganti rugi kepada Defendan Pertama sementara menunggu pendengaran dan keputusan Tuntutan Balasan Defendan Pertama. [8] Pada 1.8.2023, Tetuan S F Chan & Co. telah dilantik bagi menggantikan firma Pencelah sebagai peguam cara bagi Defendan Pertama. Defendan Pertama telah, melalui peguam cara barunya, Tetuan SF Chan, memohon suatu penghakiman terus dimasukkan terhadap Plaintif-Plaintif untuk tuntutan balas Defendan Pertama di dalam tindakan ini. Permohonan Penghakiman Terus telah dibenarkan oleh Mahkamah ini pada 12.2.2025. [9] Susulan pembenaran Permohonan Penghakiman Terus, Pencelah telah melepaskan RM164,750.00 bersama baki faedah sebanyak RM8.63 kepada Tetuan SF Chan untuk diserahkan kepada Defendan Pertama; [10] Tidak berpuas hati dengan Penghakiman Terus yang dibenarkan oleh Mahkamah, Plaintif-Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Tinggi. Pada 23.7.2025, Mahkamah Tinggi membenarkan Rayuan Plaintif-Plaintif [11] Berikutan Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, Defendan Pertama telah cuba memulangkan RM164,758.63 (yang merupakan Stakeholder Sum RM164,750.00 termasuk baki faedah sebanyak RM8.63) untuk dipegang oleh Pencelah sebagai pemegang amanah sehingga pelupusan muktamad Tuntutan Balasan Defendan Pertama oleh Mahkamah Sesyen. [12] Pada 30.7.2025, Defendan Pertama telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Malaya untuk perintah-perintah yang sama seperti di bawah
Lampiran
Lampiran 144, namun permohonan itu tidak diserahkan kepada Pencelah. [13] Permohonan tersebut telah pun ditarik balik oleh Defendan Pertama pada 4.8.2025 dan difailkan semula sebagai Lampiran 144 dalam tindakan ini di mana sesalinan Lampiran 144 telah pun diserahkan ke atas peguam cara Pencelah walaupun Pencelah tidak dinamakan sebagai pihak di dalam tindakan ini. PENDIRIAN DEFENDAN PERTAMA [14] Alasan-alasan yang dikemukakan Defendan pertama bagi menyokong permohonan ini adalah antara lain seperti berikut : - (a) Menurut Penghakiman Terus bertarikh 12.2.2025 yang didapati oleh Defendan Pertama terhadap Plaintif-Plaintif, Tetuan Cheong Chambers telah melepaskan jumlah sebanyak RM164,758.63 (yang merupakan Stakeholder Sum serta baki faedah terkumpul sebanyak RM8.63 selepas menolak fi pemegang amanah (stakeholder) tersebut kepada Defendan Pertama pada 26.2.2025; (b) Atas rayuan Plaintif-Plaintif terhadap Penghakiman Terus tersebut, Mahkamah Tinggi telah pada 23.7.2025 membenarkan rayuan Plaintif-Plaintif. Namun, tiada sebarang perintah dan / atau perintah lanjutan di buat oleh Mahkamah Tinggi berkenaan dengan Stakeholder Sum tersebut; (c) Kini, Defendan Pertama adalah bersedia dan telah membuat percubaan untuk memulangkan wang berjumlah RM164,758.63 kepada Tetuan Cheong Chambers. Namun, Defendan Pertama dimaklumkan bahawa Tetuan Cheong Chambers tidak ingin memegang wang tersebut. (d) Dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang diberikan pada 23.7.2025 di mana Penghakiman Terus tersebut adalah diterbalikkan (overturned / reversed) dan prosiding berhubung dengan tuntutan balas Defendan Pertama di Mahkamah ini adalah dikembalikan semula (reinstated), jumlah RM164,758.63 tersebut sepatutnya dipulangkan kepada Tetuan Cheong Chambers dan terus dipegang oleh Tetuan Cheong Chambers sebagai pemegang amanah (stakeholder) sehingga penentuan tuntutan balas Defendan Pertama, menurut akujanji asal (original undertaking) yang diberikan; (e) Mahkamah ini juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya harta / wang yang merupakan sebahagian daripada subjek perkara yang dipertikaikan dibayar ke dalam Mahkamah sementara menunggu penentuan dalam sesuatu prosiding guaman; (f) Pada masa yang sama, Plaintif-Plaintif dan / atau Peguam cara Plaintif-Plaintif juga menuntut bayaran RM164,750.00 daripada Defendan Pertama dan peguam cara Defendan Pertama serta membuat ancaman yang tidak berasas untuk memulakan tuntutan guaman terhadap Defendan Pertama dan juga peguam cara Defendan Pertama Tetuan SF Chan & Co.; (g) Demi keadilan dan kesaksamaan, ia adalah wajar dan suai manfaat bagi Stakeholder Sum yang merupakan sebahagian daripada subjek perkara yang dipertikaikan dalam prosiding guaman, dipelihara melalui suatu Perintah Pemeliharaan untuk memastikan wang tersebut tidak dikeluarkan dan tidak terjejas dalam apa-apa cara sementara menunggu penentuan tuntutan balas Defendan Pertama; (h) Sekiranya suatu Perintah Pemeliharaan tidak diberikan, terdapat risiko nyata bahawa Defendan Pertama tidak dapat memulih wang tersebut jika Responden berjaya dalam tuntutannya dan Defendan Pertama akan mengalami kejayaan yang mandul (barren success) pada akhir tindakan ini; (i) Tiada sebarang prejudis akan timbul kepada Plaintif-Plaintif kerana Perintah Pemeliharaan yang dipohon di sini adalah untuk memelihara Stakeholder Sum tersebut sehingga penentuan penuh dan muktamad tuntutan balas Defendan Pertama; TUNTUTAN BALAS DEFENDAN PERTAMA [15] Defendan pertama di dalam tuntutan balas memohon perintah-perintah berikut: (a) Suatu deklarasi bahawa Perjanjian Sewa bertarikh 24.12.2020 di antara Defendan Pertama sebagai Tuan Rumah dan Plaintif Pertama sebagai Penyewa untuk premis di No. 1 & 3 (4th Floor), Lorong 4/137C, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur telah ditamatkan pada 5.10.2022; (b) Suatu deklarasi bahawa Perjanjian Sewa bertarikh 15.2.2021 di antara Defendan Pertama sebagai Tuan Rumah dan Plaintif Pertama sebagai Penyewa untuk premis di No. 5 (4th Floor), Lorong 4/137C, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur telah ditamatkan 5.10.2022; (c) Plaintif-Plaintif menyerahkan milikan kosong premis di No. 1 & 3 (4th Floor), Lorong 4/137C, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur kepada Defendan Pertama dalam keadaan asal dan keadaan yang boleh menyewa semula (“in their original and tenantable condition”) dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh penghakiman ini; (d) Plaintif-Plaintif menyerahkan milikan kosong premis di No. 5 (4th Floor), Lorong 4/137C, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur dalam keadaan asal dan keadaan yang boleh menyewa semula (“in their original and tenantable condition”) dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh penghakiman ini; (e) Plaintif-Plaintif secara bersamaan dan berasingan (“jointly and severally”), membayar kepada Defendan Pertama dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh penghakiman ini, semua tunggakan sewa, utiliti, perbelanjaan penyelenggaraan lif sehingga tarikh penyerahan milikan kosong dan faedah pada kadar dua belas peratus (12%) setahun ke atas semua jumlah yang perlu dibayar oleh Plaintif Pertama kepada Defendan Pertama dengan pengiraan dari tarikh yang kena dibayar sehingga wang tersebut dibayar sepenuhnya kepada Defendan Pertama menurut Perjanjian-perjanjian Sewa seperti yang dinyatakan dalam perenggan 19 (a) dan (b) di atas; (f) Plaintif-Plaintif secara besamaan dan berasingan, membayar kepada Defendan Pertama dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh penghakiman ini, semua ganti rugi menurut Seksyen 28 Akta Sivil 1956 untuk tempoh “holding over” (“holding over period”) bermula dari 13.10.2022 sehingga tarikh penyerahan milikan kosong untuk premis di No. 1 & 3 (4th Floor), Lorong 4/137C, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur dan premis di No. 5 (4th Floor), Lorong 4/137C, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur yang dikira secara pro-rata berdasarkan bayaran sewa bagi premis di No. 1 & 3 (4th Floor), Lorong 4/137C, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur dan premis di No. 5 (4th Floor), Lorong 4/137C, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur menurut Perjanjian-perjanjian Sewa seperti yang dinyatakan dalam perenggan 19 (a) dan (b) di atas; (g) Plaintif-Plaintif secara bersamaan dan berasingan membayar kepada Defendan Pertama faedah 5% setahun ke atas ganti rugi untuk tempoh “holding over” (“holding over period”) bermula dari 13.10.2022 sehingga tarikh penyerahan milikan kosong premis di No. 1 & 3 (4th Floor), Lorong 4/137C, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur dan premis di No. 5 (4th Floor), Lorong 4/137C, Batu 5, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur kepada Defendan Pertama; (h) Ganti rugi khas berjumlah RM6,571.54 sebagai kos guaman dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Defendan Pertama dalam pembayaran fi kepada Tetuan Ngeow & Tan bagi menuntut jumlah tertunggak yang kena dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif Pertama menurut Perjanjian-perjanjian Sewa yang dinyatakan dalam Perenggan 19 (a) dan (b) di atas; (i) Ganti rugi am dibayar oleh Plaintif-Plaintif secara besamaan dan berasingan kepada Defendan Pertama; (j) Ganti rugi teladan dibayar oleh Plaintif-Plaintif secara besamaan dan berasingan kepada Defendan Pertama; (k) Ganti rugi teruk dibayar oleh Plaintif-Plaintif secara besamaan dan berasingan kepada Defendan Pertama; (l) Kos atas dasar peguam cara dan anak guam dibayar oleh Plaintif-Plaintif secara besamaan dan berasingan kepada Defendan Pertama; dan (m) Lain-lain relif yang dianggap adil dan suai manfaat oleh Mahkamah. PENDIRIAN PLAINTIF PERTAMA [16] Plaintif pertama menyatakan bahawa Surat bertarikh 22.02.2023 jelas menyatakan cek itu adalah untuk "penyelesaian penuh dan muktamad" sewaan bagi bulan September 2022 hingga Januari 2023 sahaja. [17] Peguam Defendan pertama tidak bersetuju dengan syarat ini tetapi tetap memegang wang itu sebagai pemegang amanah, yang mana tidak dipersetujui oleh Plaintif pertama. Kini, Defendan pertama enggan memulangkan wang itu. [18] Wang tersebut adalah milik Plaintif pertama sejak awal lagi, dan Plaintif pertama tidak pernah bersetuju agar Defendan pertama memegang wang itu sebagai pemegang amanah untuk tuntutan balas Defendan pertama. Oleh itu, Tetuan Cheong Chambers sebenarnya memegang wang itu bagi pihak Plaintif pertama , pemilik sah wang tersebut, dan bukan bagi pihak Defendan pertama. [19] Tetuan Cheong Chambers memegang wang tersebut sebagai pemegang amanah sehingga Defendan Pertama memperoleh Perintah Penghakiman Ringkas terhadap Plaintif-Plaintif pada 12.02.2025 ( Perintah Mahkamah bertarikh 12.02.2025 yang difailkan dalam Lampiran 124) dan menyerahkan wang tersebut berserta faedah kepada Tetuan SF Chan apabila Tetuan SF Chan menuntut wang tersebut. [20] Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen terhadap kebenaran penghakiman terus, plaintif pertama menulis surat kepada peguam Defendan Pertama (Tetuan SF Chan) pada 24.07.2025, menuntut wang tersebut dikembalikan. Namun ia tidak dikembalikan. [21] Defendan pertama dan peguamnya Tetuan SF Chan tahu mereka tiada hak lagi untuk memegang wang itu sebaik sahaja Mahkamah Tinggi mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen. [22] Plaintif menentang permohonan ini dan memohon ia ditolak. PENDIRIAN PENCELAH [23] Pencelah menentang permohonan ini antara lain, atas alasan-alasan bahawa:- (i) tugas Pencelah sebagai pemegang amanah telah pun selesai dan habis pada masa jumlah tersebut dilepaskan kepada Tetuan SF Chan pada 26.2.2025; (ii) memandangkan Pencelah telah pun dihentikan dari mewakili Defendan Pertama pada 1.8.2023, Pencelah tidak lagi terlibat dalam tindakan ini, dan (iii) tidak wujud apa-apa terma-terma pemegang amanah yang dipersetujui di antara Pencelah dengan pihak-pihak dalam tindakan ini berkenaan pengembalian Pencelah sebagai pemegang amanah Jumlah tersebut. ANALISA DAN DAPATAN [24] Wang yang sedang dipertikaikan itu pada setiap masa yang material adalah milik sah Plaintif pertama . Plaintif pertama tidak pernah memberi kebenaran, sama ada secara jelas atau tersirat, untuk wang itu dibayar kepada Defendan pertama atau disimpan untuk faedah Defendan pertama. Peguam terdahulu Defendan pertama Tetuan Cheong Chambers (Pencelah) dan Defendan pertama sendiri sedar dan tahu sepenuhnya bahawa wang itu adalah hak milik plaintif pertama. Defendan pertama tidak pernah mempunyai hak ke atas wang itu sejak awal lagi. [25] Pelepasan wang itu oleh Pencelah setelah Defendan pertama berjaya memperolehi penghakiman terus bagi tuntutan balas adalah untuk tujuan membayar sebahagian dari wang yang diarahkan untuk dibayar di bawah perintah tersebut. [26] Bila penghakiman terus itu diketepikan, maka kedudukan pihak Defendan pertama dan plaintif pertama adalah kembali kepada kedudukan asal. Suatu bicara penuh akan dijalankan dan Defendan pertama perlu membuktikan kesnya di dalam tuntutan balas. [27] Defendan pertama tidak ada hak untuk memohon perintah agar wang tersebut dipegang oleh Pencelah atau didepositkan kepada Mahkamah sebagai suatu amanah kerana tiada asas dari segi undang-undang untuk berbuat demikian. [28] Tidak dipertikaikan bahawa wang tersebut adalah milik plaintif pertama. Jadi, seharusnya wang itu dikembalikan kepada plaintif pertama sebaik sahaja Mahkamah Tinggi mengetepikan Penghakiman Terus, tanpa perlu diminta. [29] Mengenai Aturan Mahkamah untuk Memelihara Wang, Aturan 29 Kaedah 2(3) membenarkan Mahkamah mengarahkan wang dibayar ke Mahkamah hanya jika terdapat pertikaian yang jujur mengenai pemilik wang tersebut. Dalam kes ini, tiada pertikaian yang jujur tentang pemilikan wang RM164,750.00 itu. Wang itu dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan Pertama berdasarkan perjanjian lisan yang jelas bahawa ia adalah penyelesaian penuh dan muktamad untuk sewa dari September 2022 hingga Januari 2023. [30] Aturan 29 Kaedah 2(1) membenarkan Mahkamah mengarahkan penahanan, penjagaan, atau pemeliharaan mana-mana harta yang menjadi subjek pertikaian, atau harta yang mungkin timbul persoalan mengenainya. Aturan 29 Kaedah 3 pula menyatakan di mana hak ke atas dana tertentu dipertikaikan, Mahkamah boleh mengarahkan dana itu dibayar ke Mahkamah atau dijamin dengan cara lain. [31] Wang tersebut adalah milik Plaintif, dan ia diberikan kepada Defendan pertama hanya sebagai bayaran sewa bagi bulan-bulan tertentu. Memandangkan Defendan pertama tidak bersetuju dengan tujuan wang ini diberikan oleh plaintif, wang itu sepatutnya dipulangkan kepada Plaintif, bukannya dipegang oleh mana-mana pihak sebagai pemegang amanah (stakeholder). [32] Pemilik Sebenar Wang adalah plaintif pertama . Oleh itu, wang itu sepatutnya dipulangkan kepada Plaintif. Apabila Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Plaintif pada 23 Julai 2025, Plaintif menuntut kembali wang tersebut kerana kedudukan kes telah kembali ke keadaan asal. [33] Keputusan Mahkamah Tinggi Batalkan Pegangan: Keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 23 Julai 2025 telah membatalkan Penghakiman Terus yang dimenangi oleh Defendan Pertama . Oleh itu, sebarang hak untuk memegang wang yang timbul daripada keputusan yang dibatalkan itu turut terbatal. [34] Defendan pertama tidak mempunyai kedudukan (locus standi) untuk terus menahan wang yang bukan miliknya. Defendan pertama seharusnya memulangkan wang itu kepada Plaintif dengan segera. Tambahan pula, Tetuan Cheong Chambers (Peguam lama) juga tiada hak untuk memegang wang tersebut lagi. [35] Peranan Pencelah sebagai pemegang amanah telah berakhir sepenuhnya selepas wang itu diserahkan kepada Tetuan S.F. Chan atas permintaan Defendan pertama. Oleh itu, tidak wajar Pencelah dipaksa memegang wang itu sekali lagi. [36] Mengenai hujahan Defendan pertama berkaitan Persetujuan Plaintif bahawa tindakan atau sikap peguam Plaintif selepas pembayaran menunjukkan Plaintif bersetuju dengan pegangan wang itu (yakni penerimaan melalui perbuatan/ acceptance by conduct), dengan penuh hormatnya, saya tidak dapat menerima hujahan ini. Wang itu diberi hanya untuk satu sebab sahaja iaitu pembayaran sewa sebagai penyelesaian penuh dan sebagai tanda sewaan masih wujud dan sah. [37] Oleh kerana Defendan pertama tidak bersetuju dengan syarat Plaintif bahawa tujuan wang itu dibayar adalah sebagai penyelesaian penuh sewaan, Defendan pertama tidak boleh mengambil wang itu dan mendakwa Plaintif terhalang (estoppel) daripada menuntutnya kembali kerana "penerimaan melalui perbuatan". [38] Maka, sikap berdiam diri Plaintif tidak boleh ditafsirkan sebagai persetujuan terhadap tindakan Defendan pertama [39] Seksyen 66 & 73 Akta Kontrak 1950 adalah terpakai dalam kes kita di sini. Seksyen ini menyatakan bahawa apabila sesuatu perjanjian didapati batal atau tidak wujud, pihak yang telah menerima wang di bawah perjanjian itu mesti memulangkannya kepada pemilik asal, iaitu Plaintif-Plaintif. Dalam kes ini, Plaintif memberi wang untuk satu sebab tertentu, tetapi Defendan pertama tidak bersetuju dengan syarat itu. Oleh itu, tiada perjanjian muktamad wujud, dan wang itu mesti dipulangkan mengikut prinsip pemulangan (restitution), selaras dengan Akta Kontrak 1950. [40] Neraca keadilan memihak kepada pemulangan wang kepada Plaintif supaya tiada pihak mendapat manfaat sementara secara tidak adil. [41] Pencelah iaitu Peguam lama Defendan pertama (Tetuan Cheong Chambers) telah menolak secara rasmi untuk dilantik semula sebagai pemegang amanah. Oleh itu, Defendan pertama tidak boleh memaksa mereka menanggung kewajipan yang sudah berakhir. KESIMPULAN [42] Wang RM164,758.63 adalah milik sah Plaintif dan Defendan pertama tiada hak undang-undang atau ekuiti untuk menahannya. [43] Maka permohonan Defendan pertama ditolak dengan kos. Bertarikh pada hari ini 6/11/2025. Zaman Mohd Noor Hakim Mahkamah Sesyen 1 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.