Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA–12B–93–12/2022 ANTARA Wakil diri kepada Harta Pusaka .… PERAYU
JA-12B-93-12/2022
High Court of Malaysia30 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(a) It is well established that the legal burden is on the plaintiff to prove its case. [See s. 101 of Evidence Act 1950 ]. It is clear from the facts of the case that the plaintiff has not proved his case according to law. It was misdirection on the part of the court to say that it is obliged to make a finding based o”
“respect it is the plaintiff who must establish their case. If they fail to do so, it will not do for the plaintiff to say that the defendant have not established their defence (Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] MLJ 253 CA; s. 102 Evidence Act, 1950 ).' [11] Dalam Juahir Sadikon v. Perbada”
“t establish their case. If they fail to do so, it will not do for the plaintiff to say that the defendant have not established their defence (Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] MLJ 253 CA; s. 102 Evidence Act, 1950 ).' [11] Dalam Juahir Sadikon v. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor [”
“g itu gagal melaksanakan tindakan berjaga-jaga secara munasabah sehingga menyumbang kepada kecederaannya sendiri sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Foong Nan v. Sagadevan [1971] CLJU 33; [1971] 1 LNS 33 di mana Ong Hock Thye HBM menghuraikan secara ringkas mengenai kecuaian sumbangan sepert”
“u implant yang longgar. Apabila pembedahan mengeluarkan implan ini dijalankan, kesakitan pasti akan dirasai oleh Plaintif Pertama kelak. Dalam kes Shanmugam a/l Gopal v. Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] CLJU 118; [2003] 1 LNS 118; [2003] 3 MLJ 76, mahkamah memutuskan – The next issue raised by the appellant's couns”
“compromised the integrity of the decision making process and is contrary to established jurisprudence relating to burden of proof. [10] Begitu juga dalam kes Ambank (M) Bhd v. Masri bin Abdul Rahman [2010] CLJU 1115; [2010] 1 LNS 1115, di mana Vernon Ong HMT (pada masa itu) menyatakan - "It is trite that the party who”
“of this document via eFILING portal 5 [9] Sebagai permulaan, adalah menjadi prinsip asas undang-undang bahawa plaintif mestilah membuktikan kesnya. Dalam kes Kogilamah Malayan v. Aieyappan Tulukanam [2015] CLJU 962; [2015] 1 LNS 962; [2016] 3 MLRA 290; [2016] 6 MLJ 663, Mahkamah Rayuan menyatakan- [6] We have read the”
“vidence, apart from being bound by such election, all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true (Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Kelantan [2015] 2 CLJ 1037; [2015] MLJU 70; [2015] 2 AMR 142). However, the fact that the defendant led no evidence or call any witness does not abs”
“hkamah Persekutuan dalam kes Ortus Expert White Sdn Bhd v. Nor Yani Adom & Anor [2021] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 CLJU 2350; [2021] CLJU 2350; [2021] 1 LNS 2350, di mana mahkamah tertinggi tersebut menyatakan – "The Court of Appeal accepted the po”
“rt would be slow to interfere with the award. In Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 1 CLJ 429; [1985] 2 MLJ 22 SC, applying Greenfield v. London and North Eastern Railway Company [1945] KB 89, which held that the principle is not whether the appellate Court might have given rather more or rather le”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA–12B–93–12/2022 ANTARA Wakil diri kepada Harta Pusaka .… PERAYU
1
1.
2
2.
3
RESPONDEN-RESPONDEN (Digabungkan dengan Mahkamah Tinggi Malaya di Johor Bahru Rayuan Sivil No: JA–12B–96–12/2022
2
PERAYU-PERAYU DAN Wakil diri kepada Harta Pusaka …RESPONDEN) (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO: JA–B53KJ–147–9/2019) ANTARA 1.
2
2.
3
…PLAINTIF-PLAINTIF DAN Wakil diri kepada Harta Pusaka …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Bagi tujuan rayuan ini, pihak-pihak dirujuk sebagaimana status mereka semasa prosiding di Mahkamah Sesyen sebelum ini. [2] Terdapat dua rayuan telah difailkan oleh pihak-pihak iaitu dalam Rayuan No. JA–12B–93–12/2022, Defendan merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) bertarikh 6.12.2022 yang membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan dengan kos manakala dalam Rayuan No. JA–12B–96–12/2022 pula, Plaintif Kedua dan Ketiga merayu terhadap keputusan HMS berkaitan dengan –
a
kuantum gantirugi bagi perkara kehilangan sebahagian pendapatan pada masa hadapan Plaintif Kedua; dan
b
kuantum gantirugi am Plaintif Ketiga. [3] Pada 14.3.2023, atas permohonan Plaintif Kedua dan Ketiga, saya telah membenarkan kedua-dua rayuan No. JA–12B–93–12/2022 dan JA–12B–96–12/2022 digabungkan dan didengar serentak. [4] Bagaimanapun, bagi tujuan penghakiman ini, saya hanya menulis alasan penghakiman yang melibatkan Rayuan No. JA–12B–93–12/2022 sahaja yang difailkan oleh Defendan iaitu berkaitan dengan isu liabiliti dan kuantum gantirugi. Latar belakang ringkas [5] Pada 17.12.2018 lebih kurang jam 3.30 pagi, Plaintif Pertama (“SP4”) yang memandu kereta No. pendaftaran JSY 9063 dengan membawa Plaintif Kedua dan Ketiga serta Thirunaavukkarasu a/l Subramaniam di dalam kereta tersebut telah terlibat dalam suatu kemalangan dengan kereta No. pendaftaran JQE 6238 yang dipandu oleh Mahadi bin Ali (“Mahadi”) di KM 45.6 Lebuhraya Senai-Desaru. Akibat kemalangan itu, Plaintif-plaintif telah mengalami kecederaan parah manakala Mahadi telah meninggal dunia. Ekoran itu, Plaintif-plaintif telah memfailkan saman terhadap wakil diri kepada harta pusaka Mahadi bagi menuntut gantirugi. [6] Pada 6.12.2022, setelah perbicaraan penuh dijalankan, HMS memutuskan bahawa Mahadi adalah bertanggungan 100% terhadap kemalangan ini dan telah mengawardkan gantirugi am dan khas kepada Plaintif-plaintif. Prinsip Mahkamah dalam mendengar rayuan [7] Dalam hal rayuan, saya menyedari bahawa prinsip asas adalah sebagai mahkamah yang mendengar rayuan, mahkamah ini hendaklah perlahan dalam mengganggu dapatan HMS melainkan beliau jelas salah (plainly wrong), tidak cukup menilai keterangan yang dikemukakan (insufficient judicial appreciation of evidence), bertindak atas prinsip undang-undang yang salah atau tersalah arah (misdirected) mengenai fakta atau undang-undang (lihat kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 2 MLJ 22, Topaiwah v. Salleh [1968] 1 LNS 161; [1968] 1 MLJ 284, Mokhtaruddin Abdullah & Anor v Norizan Rosdi & Ors [1998] 1 LNS 248 dan Rasidin Bin Partorjo v. Frederick Kiai [1976] 1 LNS 123). Merit rayuan Defendan mengenai liabiliti [8] Dalam Memorandum Rayuan, Defendan telah mengemukakan dua alasan berikut bagi merayu terhadap keputusan HMS yang memutuskan Mahadi bertanggungan 100% terhadap kemalangan tersebut:
a
kedudukan terakhir kereta Mahadi adalah dalam laluannya yang sah; dan
b
berdasarkan kepada rajah kasar dan gambar, kereta Plaintif Pertama telah secara cuai memasuki laluan sah Mahadi.
c
[9] Sebagai permulaan, adalah menjadi prinsip asas undang-undang bahawa plaintif mestilah membuktikan kesnya. Dalam kes Kogilamah Malayan v. Aieyappan Tulukanam [2015] CLJU 962; [2015] 1 LNS 962; [2016] 3 MLRA 290; [2016] 6 MLJ 663, Mahkamah Rayuan menyatakan- [6] We have read the Memorandum of Appeal and the submission of the parties. We take the view that the appeal must be allowed. Our reasons inter alia are as follows:
a
It is well established that the legal burden is on the plaintiff to prove its case. [See s. 101 of Evidence Act 1950 ]. It is clear from the facts of the case that the plaintiff has not proved his case according to law. It was misdirection on the part of the court to say that it is obliged to make a finding based on whatever evidence is available. The approach taken by the court has in actual fact compromised the integrity of the decision making process and is contrary to established jurisprudence relating to burden of proof. [10] Begitu juga dalam kes Ambank (M) Bhd v. Masri bin Abdul Rahman [2010] CLJU 1115; [2010] 1 LNS 1115, di mana Vernon Ong HMT (pada masa itu) menyatakan - "It is trite that the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (s. 101(1) Evidence Act 1950). The burden of proof on that party is twofold:
i
the burden of establishing a case; and
II
(ii) the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The evidential burden of proof is only shifted to the other party once that party has discharged its burden of proof. If that party fails to discharge the original burden of proof, then the other party need not adduce any evidence, in this respect it is the plaintiff who must establish their case. If they fail to do so, it will not do for the plaintiff to say that the defendant have not established their defence (Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] MLJ 253 CA; s. 102 Evidence Act, 1950 ).' [11] Dalam Juahir Sadikon v. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor [1996] 4 CLJ 1; [1996] 3 MLJ 627 Siti Norma Yaakob HMP (pada masa itu) semasa menyampaikan penghakiman Mahkamah Rayuan menyebut – He who alleges must prove such allegation and the onus is on the appellant to do so. See section 103 of the Act. Thus, it is incumbent upon the appellant to produce Tan Sri Basir as his witness to prove the allegation. The fact that the appellant was unable to secure the attendance of Tan Sri Basir as a witness does not shift the burden to the respondent to produce the witness and testify as to what he had uttered, as firstly, the respondent never raised such an allegation and, secondly, has denied even making one. For this very reason, the adverse inference under section 114(g) of the Act relied upon by the appellant cannot be accepted as establishing that if the witness had been produced, his evidence would work against the respondent. There is no obligation in law for the respondent to produce the witness as that obligation rests with the appellant, the party who alleges, and the fact that the appellant was unable to do so is fatal to his case. For this very reason too, the adverse inference under section 114(g) is invoked against the appellant. [12] Mahkamah Rayuan dalam kes The Carbon Co Sdn Bhd & Anor v. Ng Lee Hoon [2017] 6 CLJ 189; [2017] 4 MLJ 791 seterusnya menyatakan- "[2] The respondent (the plaintiff in the trial court) had to discharge her burden of proof to prove her case as well as to introduce evidence in support of her pleaded case. It was not the appellant's (the defendant in the trial court) duty to fill up the gaps in the respondent's case or be accused of not establishing their defence. [13] Berbalik kepada rayuan di hadapan saya ini, adalah menjadi tanggungjawab Plaintif-plaintif untuk membuktikan bahawa liabiliti adalah 100% di pihak Mahadi. [14] Dalam hal ini saya mendapati, semasa perbicaraan penuh dijalankan hanya pihak Plaintif-plaintif sahaja mengemukakan saksi bagi membuktikan kes mereka. Oleh itu, keterangan mengenai kemalangan hanyalah melalui SP4 iaitu pemandu kereta No. pendaftaran JSY 9063 yang juga Plaintif Pertama, Plaintif Kedua (“SP5”), Plaintif Ketiga (“SP2”) dan Inspektor Syahruzaman bin Abd Hadi (“SP1”) yang merupakan pegawai penyiasat kemalangan ini. [15] Berdasarkan kepada nota keterangan, saya mendapati SP4 dalam keterangannya di mahkamah menyatakan bahawa semasa beliau memandu kereta No. pendaftaran JSY 9063, tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Mahadi yang datang dari arah bertentangan telah memasuki laluan SP4 yang sah. SP4 cuba membrek dan mengelak namun tidak berjaya disebabkan kereta yang dipandu Mahadi datang dengan laju dan melanggar kereta SP4. Keterangan SP4 ini disokong oleh SP5 dan SP2. Saya mendapati fakta yang dinyatakan oleh SP4 di mahkamah adalah sama seperti yang terdapat dalam laporan polis yang dibuatnya selepas kemalangan. [16] SP1 yang menyiasat kemalangan ini mengesahkan bahawa kawasan kemalangan adalah di laluan sah SP4 berdasarkan kepada kesan minyak, kesan kerosakan dan kedudukan kedua-dua kereta selepas kemalangan. Selain itu, SP1 juga mengesahkan bahawa kerosakan yang terdapat pada kereta yang dipandu oleh SP4 adalah di bahagian depan sebelah kanan kereta tersebut. Ini pada pandangan saya menyokong dakwaan SP4 bahawa kereta yang dipandu Mahadi telah memasuki laluan sah SP4. [17] Adalah menjadi suatu prinsip bahawa dalam keadaan di mana defendan tidak mengemukakan sebarang saksi, maka semua keterangan plaintif dianggap benar. Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Nor Afandi Mohamed Junus v. Rahman Shah Alang Ibrahim & Anor [2008] 2 CLJ 369; [2008] 3 MLJ 81 menyebut: [10]... It must be understood that once a defendant elects not to call for evidence, apart from him being bound by that election, the effect is also that all the evidence led by plaintiff must be assumed to be true. This proposition of law was succinctly said in Jaafar bin Shaari & Anor (suing as Administrators of the Estate of Shofiah bte Ahmad, deceased) v. Tan Lip Eng & Anor [1992] 2 CLJ Rep 597; [1997] 3 MLJ 693 at p 712: For one a defendant in civil proceedings elects not to call evidence, the all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true. [18] Walaupun secara prinsipnya mahkamah boleh terus menyifatkan semua keterangan Plaintif-plaintif diterima, namun mahkamah tetap memberi perhatian yang teliti terhadap keseluruhan keterangan yang ada bagi memastikan sama ada Plaintif-plaintif berjaya membuktikan kesnya sebagaimana yang disarankan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ortus Expert White Sdn Bhd v. Nor Yani Adom & Anor [2021] CLJU 2350; [2021] CLJU 2350; [2021] 1 LNS 2350, di mana mahkamah tertinggi tersebut menyatakan – "The Court of Appeal accepted the position of the law that once a defendant elects not to call for evidence, apart from being bound by such election, all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true (Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Kelantan [2015] 2 CLJ 1037; [2015] MLJU 70; [2015] 2 AMR 142). However, the fact that the defendant led no evidence or call any witness does not absolve the plaintiff from discharging its burden to prove its claim in law. The evidence adduced by the plaintiff must be sufficient to prove the claim (Mohamed Junus v. Rahman Shah Alang Ibrahim & Anor [2008] 2 CLJ 369; [2008] 3 MLJ 81)." [19] Berdasarkan kepada semua keterangan yang terdapat dalam kes ini khususnya daripada SP4, SP2 dan SP5 yang berada di dalam kereta semasa kemalangan berlaku dan keterangan SP1 yang menyiasat kemalangan berkenaan serta tempat berlakunya kemalangan dan kesan kerosakan pada kereta, saya bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Mahadi adalah bertanggungan 100% terhadap kemalangan ini. [20] Mengenai hujahan Defendan bahawa wujud kecuaian sumbangan di pihak SP4, adalah suatu prinsip utama bahawa kecuaian sumbangan hanya dibenarkan sekiranya wujud keadaan di mana seseorang itu gagal melaksanakan tindakan berjaga-jaga secara munasabah sehingga menyumbang kepada kecederaannya sendiri sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Foong Nan v. Sagadevan [1971] CLJU 33; [1971] 1 LNS 33 di mana Ong Hock Thye HBM menghuraikan secara ringkas mengenai kecuaian sumbangan seperti berikut: Contributing negligence means the failure by a person to use reasonable care for the safety of himself, contributing, by his want of care, to his own injury. [21] Berbalik kepada kes di hadapan saya, saya mendapati keadaan kereta yang dipandu oleh Mahadi yang datang secara tiba-tiba dengan laju dari arah bertentangan telah memasuki laluan SP4 yang sah, secara munasabahnya menyukarkan SP4 untuk mengelak kemalangan daripada berlaku. SP4 dalam keterangannya di mahkamah menyatakan – “…Apabila sampai di KM45.6 Lebuhraya Senai/Desaru, tiba-tiba sebuah m/kar No. JQE 6238 yang datang dari arah hadapan terus masuk ke laluan saya. Saya cuba membrek dan menglak tetapi tidak berjaya kerana m/kar tersebut telah dekat kerana datang dengan laju dan terus terlanggar m/kar tersebut..” [22] Ringkasnya, ini adalah suatu kemalangan yang tidak boleh dielakkan (inevitable accident) oleh SP4. Oleh yang demikian, saya bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Plaintif Pertama tidak boleh dikaitkan dengan kecuaian sumbangan. Dalam hal ini, saya suka merujuk kepada kes Ahmad bin Haji Abdul Majid lwn. Lee Yat Cheong & Ors [1995] 4 CLJ 721, di mana Mahkamah memutuskan – On the other hand there was nothing that the plaintiff could have done to avoid the said accident with or without the bundles of cloth that he was found carrying on his motor cycle. I also find that the claim of contributing negligence fails. [23] Dalam keadaan, tiada kecuaian sumbangan di pihak SP4, maka Mahadi sebagai pemandu kereta JQE 6238 adalah bertanggungan 100%. Justeru, saya menolak rayuan Defendan mengenai isu liabiliti. Prinsip Mahkamah dalam memutuskan rayuan terhadap gantirugi [24] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan secara umumnya tidak akan campur tangan terhadap keputusan mahkamah bicara dalam hal gantirugi. Abdul Hamid Omar KHN dalam kes Tan Kuan Yau (supra) telah menggariskan prinsip utama bagi mahkamah yang mendengar rayuan dalam menguruskan rayuan terhadap jumlah gantirugi di mana beliau menyatakan – "Now, in appeal on quantum of damages, it is essential in order to come to a conclusion, to bear in mind certain principles which are well established. The appeal court is slow, indeed, disinclined to interfere with the judge's finding merely because the appeal court thinks that if the case had been before it in the first instance a lesser sum would have been awarded. Asmi CJ (Malaya) (as he then was) giving the judgment of the Federal Court in Topaiwah v. Salleh [1968] 1 LNS 161; [1968] 1 MLJ 284 said that: In order to justify reversing the trial judge on the question of the amount damages it will generally be necessary that this court should be convinced either that the judge acted on some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it entirely an erroneous estimate of the damages to which the Perayu is entitled (see Flint v. Lovell [1935] 1 KB 354). The principle that should guide this court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case in particular the amount of the award. In a particular case therefore it is for the appeal court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that, either there was an omission on the part of the judge to consider some relevant materials, or he had admitted for purpose of assessment some irrelevant considerations. If the court is satisfied or convinced that the judge had acted upon wrong principle of law then it is justified in reversing; indeed it is the duty to reverse the finding of the trial judge.". [25] Dalam kes Mokhtaruddin Abdullah & Anor (supra), Abdul Wahab Patail HMT (pada masa itu) memutuskan – “A long line of binding authority has established that an appellate Court would be slow to interfere with the award. In Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 1 CLJ 429; [1985] 2 MLJ 22 SC, applying Greenfield v. London and North Eastern Railway Company [1945] KB 89, which held that the principle is not whether the appellate Court might have given rather more or rather less, but only if the trial judge had omitted some relevant consideration or admitted some irrelevant consideration or if the amount is so excessive or insufficient as to be plainly unreasonable.”. [26] Dalam kes Rasidin Bin Partorjo v. Frederick Kiai [1976] 1 LNS 123 Wan Suleiman HMP menyatakan – “The principle upon which an appellate court will interfere with an award of damages made by a judge sitting alone has been stated by Lord Wright in Davies v. Powell Duffryn Associated Collieries Ltd (2) at pp 616-617 as follows: Where the award is that of the judge alone, the appeal is by way of rehearing on damages as on all other issues, but as there is generally so much room for individual choice so that the assessment of damages is more like an exercise of discretion than an ordinary act of decision, the appellate court is particularly slow to reverse the trial judge on a question of the amount of damages. It is difficult to lay down any precise rule which will cover all cases, but a good general guide is given by Greer LJ in Flint v. Lovell. In effect the court, before it interferes with an award of damages, should be satisfied that the judge has acted on a wrong principle of law, or has misapprehended the facts, or has for these or other reasons made a wholly erroneous estimate of the damage suffered. It is not enough that there is a balance of opinion or preference. The scale must go down heavily against the figure attacked if the appellate court to interfere, whether on the ground of excess or insufficiency. Thus the appellant here has to convince us that the learned trial judge has acted on a wrong principle of law, or has misapprehended the facts, or has for other reasons made a wholly erroneous estimate of the damage suffered.”. [27] Dalam kes Amar Singh v. Chin Kiew [1960] 1 LNS 5; [1960] 26 MLJ 77, Thompson CJ (pada masa itu) memutuskan – ".....The fixation of damages is so largely a matter of opinion or of impression that differences of calculation or assessment are to be expected. It is an exercise of judicial discretion. Merely disagree with the figure arrived at by the trial judge is no ground for interference unless it is wholly erroneous estimate.................." [28] Sehubungan itu, persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini sebagai mahkamah yang mendengar rayuan adalah sama ada Defendan sebagai perayu berjaya membuktikan HMS telah bertindak atas prinsip undang-undang yang salah, atau amaun yang diawardkan terlalu tinggi atau terlalu rendah yang menjadikan kesilapan pada anggaran gantirugi yang sepatutnya diberikan kepada perayu. Merit rayuan Defendan mengenai gantirugi kepada Plaintif Pertama [29] Dalam rayuannya, Defendan tidak berpuas hati terhadap kuantum gantirugi am dan khas yang diawardkan oleh HMS kepada Plaintif Pertama bagi perkara yang berikut: Butiran 14 1. Grade II – II right renal injury (kidney) and Grade II left renal injury RM30,000.00
2
Right adrenal haematoma
3
Fracture bilateral transverse process L1
4
Closed fracture right mid-shaft femur with 1.13 cm shortening with disabilities of swelling of the right calf muscles, reduces muscle power of the right thigh, knee and lower leg, not able to squat
5
Multiple scars as 6 cm x 3 cm hyper-pigmented, operative scar noted over the right hip,
2
2.5 cm x 2.5 cm hyper-pigmented, operative scar noted over the right upper thigh, 2 cm x 2 cm and another 2 cm x 1.5 cm hyper-pigmented, operative scar noted over the right lower thigh
6
Pain and suffering for future surgery-removal implant over right femur [1 surgery)
7
Kos penjagaan
8
Kehilangan pendapatan sebenar sebagai
i
di Syarikat Focal Investigation &
II
(ii) Unit Manager di Hong Leong Assurance Malaysia RM28,000.00 RM20,000.00 Analisis Mahkamah [30] Bagi jumlah gantirugi yang melibatkan Grade II – II right renal injury (kidney) and Grade II left renal injury, Defendan berhujah bahawa award RM7,000.00 adalah sepatutnya dan bukannya RM30,000.00 atas alasan kecederaan tersebut telah sembuh. Bagaimanapun saya mendapati julat award bagi kecederaan begini adalah antara RM10,000.00 (lihat Ahmad Basit bin Suri v. Muhammad Hamizul b. Abdul Safari [2018] 2 PIR (13)) hingga RM50,000.00. Dalam kes Param Anand Murugesu v. Radhakrishnen Sathisivan [2020] 1 PIR [38], award diberikan bagi kecederaan sebelah buah pinggang adalah RM20,000.00. Oleh yang demikian, disebabkan kecederaan yang dialami oleh Pliantif Pertama melibatkan kedua-dua belah buah pinggang, award RM30,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah berpatutan. [31] Bagi award yang melibatkan right adrenal haematoma pula, Defendan berhujah bahawa jumlah award RM5,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah terlalu tinggi. Sebaliknya Defendan menegasnya award sepatutnya sebanyak RM2,000.00 disebabkan kecederaan berkenaan telah pun sembuh. Dalam kes Noraini binti Sukur lwn. Liau Sin Yong & Anor [2020] 1 PIR (58), mahkamah telah memberi award sebanyak RM6,000.00 bagi kecederaan yang serupa. Oleh yang demikian, saya mendapati jumlah RM5,000.00 yang diawardkan oleh HMS adalah munasabah. [32] Bagi award yang melibatkan Fracture bilateral transverse process L1, Defendan berhujah bahawa award sewajarnya adalah RM4,000.00 disebabkan kecederaan telah pun sembuh. Namun saya mendapati dalam kes Dararlala David Awai v. Andy Christopher Enjat & Anor [2014] 2 PIR [124], award sebanyak RM30,000.00 telah diberikan bagi kecederaan yang serupa. Justeru, jumlah sama yang diberikan oleh HMS adalah memadai. [33] Bagi award untuk kecederaan closed fracture right mid-shaft femur with 1.13 cm shortening with disabilities of swelling of the right calf muscles, reduces muscle power of the right thigh, knee and lower leg, not able to squat, Defendan berhujah bahawa jumlah sebanyak RM25,000.00 adalah berpatutan. Bagaimanapun, saya mendapati dalam Revised Compendium of Personal Awards bertarikh 16.10.2018, julat award bagi kecederaan yang serupa adalah antara RM36,000.00 hingga RM60,000.00. Tambahan pula dalam kes Saiful Nizam bin Hassan v. Thananarajan a/l Velu [2017] 1 PIR (20), mahkamah telah memberi award sebanyak RM60,000.00 bagi kecederaan yang hampir sama namun melibatkan 1 cm shortening. Oleh yang demikian, award sebanyak RM50,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah munasabah tambahan pula Plaintif Pertama mengalami 1.13 cm shortening. [34] Mengenai award bagi multiple scars as 6 cm x 3 cm hyper-pigmented, operative scar noted over the right hip, 2.5 cm x 2.5 cm hyper-pigmented, operative scar noted over the right upper thigh, 2 cm x 2 cm and another 2 cm x 1.5 cm hyper-pigmented, operative scar noted over the right lower thigh, Defendan berhujah bahawa jumlah yang sewajarnya adalah RM3,000.00 disebabkan parut berkenaan tidak serius. Dalam hal ini, saya mendapati Revised Compendium of Personal Awards bertarikh 16.10.2018 menyatakan julat bagi extensive scarring to leg adalah antara RM9,500.00 hingga RM18,000.00 manakala extensive scarring to arm adalah antara RM12,000.00 hingga RM24,000.00. Oleh yang demikian jumlah award sebanyak RM15,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah munasabah dengan mengambil kira beberapa parut yang dialami oleh Plaintif Pertama terutama di bahagian pinggangnya dan parut ini bersifat kekal. [35] Bagi award yang melibatkan pain and suffering for future surgery-removal implant over right femur [1 surgery), Defendan menyatakan bahawa Plaintif Pertama tidak layak mendapat gantirugi bagi butiran ini kerana pembedahan mengeluarkan implan berkenaan hanyalah dijalankan sekiranya berlaku komplikasi terhadap Plaintif Pertama. Bagaimanapun, saya mendapati bahawa pembedahan mengeluarkan implan ini berkemungkinan besar boleh berlaku disebabkan isu jangkitan kuman, kerosakan pada implant atau implant yang longgar. Apabila pembedahan mengeluarkan implan ini dijalankan, kesakitan pasti akan dirasai oleh Plaintif Pertama kelak. Dalam kes Shanmugam a/l Gopal v. Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] CLJU 118; [2003] 1 LNS 118; [2003] 3 MLJ 76, mahkamah memutuskan – The next issue raised by the appellant's counsel was with regard to the failure of the sessions court judge to make an award for pain and suffering for the future operation which the plaintiff had to undergo for the removal of the plate and screws. Undoubtedly, no person likes to undergo an operation. The anxiety caused is terrible. The plaintiff will have to travel back and forth from the hospital for dressing of the surgical wound and the removal of stitches. General damages which are awarded for a tortuous act committed against a person or his property is a civil remedy which has as its aim to put the injured party back as it were, as far as possible to his original position maintained by him prior to the tortuous act which resulted in injury or damage. There can be no better definition of general damages than that by Syed Agil Barakbah FJ when he said in Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] CLJ Rep 300; [1983] 2 CLJ 198; [1983] 2 MLJ 324 at p 334: It must be borne in mind that damages for personal injuries are not punitive and still less a reward. They are simply compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act and for all the natural and direct consequences of the wrongful act, so far as money can compensate.... The award under general damages should be a global sum commensurate with the injury sustained and not a full compensation which might result in ruinous consequences to the defendant. Although this is a future operation, the award for pain and suffering has to be made at the date of the decision so as to bring about the finality of the claim. I therefore make an award in the sum of RM5,000 for pain and suffering for the future operation. [36] Oleh yang demikian jumlah sebanyak RM5,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah berpatutan. [37] Mengenai award gantirugi khas untuk kos penjagaan Plaintif Pertama, Defendan berhujah bahawa kos ini tidak wajar diberikan kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa ibu Plaintif Pertama menjaga beliau. Dalam hal ini saya mendapati bahawa Plaintif Pertama dalam keterangannya mengakui bahawa ibunya telah menjaga dan menguruskannya di hospital dan di rumah selama 3½ bulan khususnya ketika beliau hendak pergi ke tandas dan bilik air di mana ibu beliau membantunya untuk mengelap tubuh badan, mengalihkan tempat beliau berbaring, memakai pakaian, mengangkat ke kerusi roda dan sebagainya. Saya mendapati keterangan ini munasabah dengan mengambil kira kecederaan serius yang dialami oleh Plaintif Pertama. Dalam hal ini saya suka merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Cheong Poh & Anor v. Teoh Ah Keow [1996] 3 CLJ 665; [1995] 3 MLJ 89 yang memutuskan – [6] On nursing care, the courts have always compensated plaintiffs for the true value of the services that they need even though the services are provided by a parent or relative. The award for care and nursing should not be less even if the plaintiff is looked after at home, and compensation can be given in money for services rendered by parents. In the instant case, the evidence on the respondent's condition, as supported by objective medical opinion, suggested that she would not be adequately compensated unless a reasonable sum to engage a full-time domestic maid was provided. [38] Mengenai jumlah award yang diberikan oleh HMS, beliau telah membuat pengiraan berikut: RM500.00 x 3½ bulan = RM1,750.00. [39] Dalam kes Tan Cheong Poh & Anor (supra), Mahkamah Rayuan menyatakan yang berikut dalam memberikan award bagi penjagaan oleh ahli keluarga – The suggestion appeared to be that an amount somewhat less than what a full time maid has to be paid should be adequate compensation. In our judgment a person who cannot cook for herself, needs assistance to go to the toilet, to bathe and to even go in and around the kitchen during meal times not to speak of going up and down the stairs (which is the opinion of Dato' Dr. Loh) is not adequately compensated under the head of nursing care unless a reasonable amount to engage at least a domestic maid on full time basis is provided. The RM350 per month awarded by the trial Judge is, in the context of the evidence, about right. [40] Berdasarkan kepada otoriti di atas, saya berpandangan, jumlah yang diberikan oleh HMS adalah munasabah. [41] Mengenai gantirugi kehilangan pendapatan sebenar sebagai pengawal keselamatan di Syarikat Focal Investigation & Security Agency Pte Ltd Singapura dan sebagai Unit Manager di Hong Leong Assurance Malaysia, Defendan berhujah bahawa gantirugi ini tidak wajar dibenarkan atas alasan yang berikut:
a
tidak munasabah Plaintif Pertama bekerja di Syarikat Focal Investigation & Security Agency Pte Ltd Singapura dan di
b
tiada keterangan dokumentar bagi membuktikan Plaintif Pertama bekerja di Hong Leong Assurance Malaysia; dan
c
Plaintif Pertama tidak memanggil bekas majikan bagi membuktikan pekerjaan di tempat-tempat yang didakwa. [42] Dalam hal ini saya telah meneliti nota keterangan dan mendapati fakta yang berikut:
a
dokumen berkaitan dengan pekerjaan Plaintif Pertama telah diterima dan dieksibitkan sebagai P15 (slip gaji di Syarikat Focal Investigation & Security Agency Pte Ltd Singapura), P16 (surat pengesahan dari Syarikat Focal Investigation & Security Agency Pte Ltd Singapura) dan P17 (surat pengesahan dari Hong Leong Assurance Malaysia); dan
b
Plaintif Pertama telah tidak dibayar gaji sepanjang dalam cuti sakit iaitu selama 4 bulan. [43] Berdasarkan kepada fakta dan keterangan yang diberikan, saya bersetuju dengan pandangan HMS bahawa bahawa Plaintif Pertama telah bekerja di tempat-tempat berkenaan. [44] Mengenai award bagi kehilangan pendapatan sebagai pengawal keselamatan di Syarikat Focal Investigation & Security Agency Pte Ltd, HMS memberikan gantirugi mengikut pengiraan berikut: SGD2,361.00 x RM3.00 x 4 bulan (kerana Plaintif Pertama cuti sakit selama 4 bulan dan tidak dibayar gaji) = RM28,000.00 [45] Bagi kehilangan pendapatan sebagai pengurus di Hong Leong Assurance Malaysia pula, HMS membuat pengiraan yang berikut: RM5,000.00 x 4 bulan (kerana Plaintif Pertama cuti sakit selama 4 bulan dan tidak dibayar gaji) = RM20,000.00 [46] Berdasarkan kepada pengiraan di atas, saya berpendapat bahawa award yang diberikan oleh HMS tersebut adalah munasabah dan wajar. Merit rayuan Defendan mengenai gantirugi kepada Plaintif Kedua [47] Bagi Plaintif Kedua, HMS telah memberikan award yang berikut bagi kecederaan yang dialaminya: perkara 22 1. Swelling over the right thigh and abrasion wound over the knuckles of right hand RM5,000.00 2. Closed right displaced fracture of mid-shaft radius and ulna with disabilities – reduced muscle power of right elbow, forearm and wrist – treatment: plating of the right radius and ulna RM35,000.00 3. Closed right displaced communited fracture of mid-shaft femur with 2.3 cm shortening with disabilities – reduced muscle power of the right hip, thigh and knee right lower leg is held in a 20- degree internal rotation treatment: interlocking nail inserted into the right femur done RM50,000.00 4. Multiple operative scars; 9 cm x 1 cm operative scar on right forearm 8 cm x 1.5 cm operative scar on right forearm 2.5 cm x 1 cm operative scar on the right hip 5 cm x 1 cm operative scar on the right hip 15 cm x 2 cm operative scar on the right thigh 1.5 cm x 1 cm operative scar on the right thigh 2 cm x 1 cm operative scar on the right thigh RM15,000.00 5. Pain and suffering for future 3 surgeries RM15,000.00 6. Kehilangan pendapatan sebenar RM358,000.00 7. Kehilangan keupayaan pendapatan RM200,000.00 Analisis Mahkamah [48] Bagi jumlah gantirugi yang melibatkan swelling over the right thigh and abrasion wound over the knuckles of right hand, Defendan berhujah bahawa jumlah RM600.00 adalah sepatutnya dan bukannya RM5,000.00 kerana Plaintif Kedua telah sembuh sepenuhnya. Dalam hal ini, saya mendapati bahawa bagi kecederaan begini award biasanya diberikan antara RM1,300.00 hingga RM5,000.00 (lihat Revised Compendium of Personal Injury Awards bertarikh 16.10.2018). Namun dalam kes Yaacob bin Taompang v. Rahmat bin Samsuri & Anor [2017] 1 PIR (34) mahkamah telah memberikan award yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM10,000.00 bagi kecederaan yang melibatkan soft tissue injury over the right pelvis and right lower limb. Oleh yang demikian, jumlah RM5,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah munasabah. [49] Mengenai kecederaan yang melibatkan closed right displaced fracture of mid-shaft radius and ulna with disabilities – reduced muscle power of right elbow, forearm and wrist – treatment: plating of the right radius and ulna, Defendan menyatakan bahawa jumlah sewajarnya adalah RM18,000.00 dan bukannya RM35,000.00 sebagaimana yang diawardkan oleh HMS. Dalam hal ini, saya mendapati dalam kes Muhammad Shafiq b. Jamali lwn. Muhammad Sobri b. Hamzah [2020] 1 PIR
14
(14), mahkamah telah mengawardkan RM32,000.00 bagi kecederaan yang hampir sama. Oleh yang demikian, award RM35,000.00 yang diberikan HMS adalah munasabah dengan mengambil kira keseriusan kecederaan dialami oleh Plaintif Kedua yang terpaksa menjalani pembedahan bagi memasukkan plate dan skrew pada tangan beliau. [50] Bagi kecederaan berkaitan dengan closed right displaced comminuted fracture of mid-shaft femur with 2.3 cm shortening with disabilities which reduced muscle power of the right hip, thigh and knee and right lower leg is held in a 20-degree internal rotation, Defendan menyatakan bahawa award sebanyak RM50,000.00 adalah tinggi. Sebaliknya Defendan berhujah bahawa RM25,000.00 adalah lebih berpatutan disebabkan Plaintif Kedua telah sembuh dan kembali bekerja. [51] Dalam hal ini, saya mendapati HMS memberikan award sebanyak RM50,000.00 berdasarkan kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards bertarikh 16.10.2018 di mana award bagi kecederaan begini biasanya diberikan antara RM36,000.00 hingga RM60,000.00. Tambahan pula, dalam kes Saiful Nizam bin Hassan (supra), mahkamah memberikan award sebanyak RM50,000.00 bagi kecederaan yang serupa dengan 1 cm shortening. Pada pandangan saya, jumlah yang diberikan oleh HMS adalah berpatutan dengan mengambil kira keadaan Plaintif Kedua yang mengalami 2.3 cm shortening pada tulang pehanya dan terpaksa menjalani pembedahan bagi memasukkan interlocking nail. [52] Bagi award untuk multiple operative scars, Defendan berhujah bahawa award sepatutnya hanyalah RM3,000.00 berbanding RM15,000.00 yang diberikan oleh HMS. Ini kerana, menurut Defendan, parut yang dialami oleh Plaintif Kedua tidak menyebabkan berlakunya kehodohan atau keloid. [53] Dalam hal ini, saya mendapati, award sebanyak RM15,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah berdasarkan kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards bertarikh 16.10.2018 yang menunjukkan gantirugi berkaitan parut adalah antara RM9,500.00 hingga RM18,000.00. Justeru award sebanyak RM15,000.00 yang diberikan adalah munasabah dengan mengambil kira Plaintif Kedua adalah seorang wanita yang masih muda dan parut pembedahan berkenaan akan kekal di beberapa bahagian tubuh beliau merangkumi lengan, pinggul dan pinggang. [54] Bagi award yang melibatkan pain and suffering for future 3 surgeries, Defendan berhujah bahawa gantirugi ini wajar ditolak kerana pembedahan pada masa hadapan bukanlah suatu kewajipan. Sebaliknya ia adalah suatu cadangan semata-mata sekiranya berlaku komplikasi. [55] Dalam hal ini, saya mendapati bahawa award yang diberikan oleh HMS sebanyak RM15,000.00 bagi gantirugi yang melibatkan kesakitan dan penderitaan untuk 3 pembedahan di masa hadapan, pada pandangan saya adalah wajar walaupun pembedahan tersebut hanya berlaku sekiranya wujud komplikasi (lihat kes Shanmugam a/l Gopal (supra)). Ini kerana kecederaan yang dialami oleh Plaintif Kedua sangat serius dan melibatkan pelbagai anggota. Implan yang terdapat pada tubuh Plaintif Kedua mempunyai risiko tinggi untuk berlakunya jangkitan kuman, patah dan longgar apabila Plaintif Kedua mula menggunakan anggota yang terdapat implant padanya. Oleh itu, award sebanyak RM15,000.00 bagi kesengsaraan yang dialami oleh Plaintif Kedua semasa ketiga-tiga pembedahan masa hadapan pada pandangan saya adalah amat munasabah. [56] Mengenai award bagi kehilangan pendapatan sebenar, Defendan berhujah bahawa Plaintif Kedua tidak layak mendapat gantirugi ini disebabkan beliau gagal untuk memanggil majikannya ke mahkamah untuk mengesahkan fakta berkaitan dengan pekerjaan Plaintif Kedua. [57] Dalam hal ini, berdasarkan kepada nota keterangan, saya mendapati fakta yang berikut:
a
semasa kemalangan berlaku, Plaintif Kedua bekerja sebagai guest relation ambassador di Syarikat SATS Ltd, Singapura dengan gaji sebanyak SGD2,300.00 sebulan. surat pelantikannya ditandakan sebagai P21 manakala slip gaji ditandakan sebagai P20;
b
selepas kemalangan, Plaintif Kedua telah diberikan cuti sakit selama 4½ bulan dan tidak dibayar gaji sepanjang tempoh tersebut;
c
sebaik kemalangan berlaku, pada 30.3.2019 Plaintif Kedua telah diberhentikan kerja akibat keadaan fizikalnya yang lemah. Tambahan pula, keadaan kaki Plaintif Kedua yang menjadi bengkok dan tidak tegak menjadikan beliau tidak sesuai untuk jawatan tersebut yang memerlukan beliau memakai pakaian seragam berbentuk “legging”. Surat penamatan kerja Plaintif Kedua ditandakan sebagai P22, manakala permit kerja serta pas pekerja Plaintif Kedua telah dipersetujui oleh pihak-pihak;
d
Plaintif Kedua tidak bekerja dari tarikh kemalangan hingga hari perbicaraan disebabkan kecederaan yang beliau alami akibat kemalangan tersebut; dan
e
semasa kemalangan Plaintif Kedua berumur 28 tahun. [58] Bagi pengiraan kehilangan pendapatan sebenar, HMS telah membuat pengiraan seperti yang berikut: SGD2,300.00 x RM3.00 x 52 bulan (dari tarikh kemalangan 17.12.2018 hingga tarikh perbicaraan 4.7.2022) = RM358,800.00 [59] Berdasarkan kepada fakta serta pengiraan di atas, saya berpandangan award tersebut adalah berpatutan. [60] Mengenai kehilangan keupayaan pendapatan, HMS telah memberikan award secara global sebanyak RM200,000.00 berdasarkan alasan bahawa keadaan Plaintif Kedua yang mengalami beberapa kelemahan dan kurang upaya (“weaknesses and disabilities) menyukarkannya untuk mendapatkan pekerjaan di masa hadapan khususnya di Singapura. Bagaimanapun, Defendan berhujah bahawa Plaintif Kedua tidak layak diberikan gantirugi berkenaan disebabkan tiada bukti yang menunjukkan bahawa kemalangan tersebut telah menyebabkan beliau tidak mampu bekerja di masa hadapan. [61] Dalam hal ini saya mendapati bahawa Plaintif Kedua mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kaki dan tangan kanannya. Dengan keadaan beliau yang mengalami 2.3 cm shortening pada kaki kanannya, adalah sukar untuk beliau mendapat pekerjaan yang sesuai apatah lagi yang memberikan gaji yang sama banyak seperti sebelum ini. Oleh yang demikian saya bersetuju dengan pandangan HMS bahawa Plaintif Kedua layak untuk mendapat gantirugi bagi kehilangan keupayaan pendapatan. [62] Mengenai jumlah award, dengan kecederaan yang dialami oleh Plaintif Kedua, saya berpandangan beliau masih boleh mendapat pekerjaan yang membenarkan beliau duduk setiap masa (sedentary works) di Malaysia. Oleh yang demikian berdasarkan gaji minimum di Malaysia pada masa kini adalah RM1,500.00 manakala Plaintif Kedua baru berusia 28 tahun semasa kemalangan berlaku, maka saya berpandangan award kehilangan keupayaan pendapatan secara global sebanyak RM200,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah wajar. Merit rayuan Defendan mengenai gantirugi kepada Plaintif Ketiga [63] Bagi Plaintif Ketiga, HMS telah memberikan award yang berikut bagi kecederaan yang dialaminya: perkara
1
Deformity over right hip region, swelling over right ankle, bleeding per node, swelling over right cheek, swelling over right angle of mandible with blood clot seen over soft and hard palate RM5,000.00 2. Loss of consciousness RM5,000.00 3. Right hip anterior dislocation with disabilities – relocated right hip joint seen with small inferomedial free fragment Treatment – closed manual reduction of the right hip done RM25,000.00 4. Close left inferior ramus fracture RM25,000.00 5. Close left acetabulum fracture with disabilities –
0
0.5 cm shortening of right lower limb limitation of movements of the left hip reduced muscle power of the right lower leg, ankle and foot RM45,000.00 29 6. Close right bimalleolar fractures with disabilities – limitation of movements of the right ankle walks with a limp reduced muscle power of the right lower leg, ankle and foot treatment – lateral malleolus and medial malleolus screw fixation done RM25,000.00 7. Close right talus fracture undisplaced, hawkin 1 with disabilities – reduced muscle power of the right lower leg, ankle and foot Treatment – right talus 2 screws fixation done RM25,000.00 8. Close right navicular fracture – undisplace with disabilities – limitation of movements of the right foot walks with a limp reduced muscle power of the right lower leg, ankle and foot
9
Avulsion fracture of left navicular bone with disabilities – non-united avulsion fracture of left navicular bone seen with free fragment
10
Partial left deep peroneal nerve injury
11
Multiple face bone fractures with disabilities – communited fracture of the anterior, posterior, lateral and medial walls of both maxillary sinuses (upper jaw) – some extension to left nasal bone noted. blood in both maxillary sinuses fracture of the bony aspect of RM60,000.00 nasal septum with some degree of deviation towards the left side, indenting the middle and inferior left nasal turbines and narrowed the nasal passage right zygomatic arch fracture (cheek bone) lateral wall of left orbit fracture (bony structure surrounding the eye) communited fracture of bilateral pterygold plates le fort II fracture impacted foot 23 and 48 the titanium plates and screws present on the midface region (right zygomatic complex and bilateral maxilla) treatment – open reduction and internal fixation (ORIF) of Le Fort II fracture done under general anaesthesia treatment – placement of upper and lower arch bars done and sutures were removed under local anaesthesia Disabilities – the right midface region is depressed compared to the left side due to fracture of right zygomatic complex and right maxilla has caused deformity of the facial contour and a chance in facial anaesthetics compared to her midface prominence on the left side paraesthesia present at the right cheek and extending to the right alar of nose and the right side of the upper lip due to injury to the right infra-orbital nerve mild numbness over the upper lip region affected aesthetically due to an obvious scar at the right corner of eye region
12
Communited right angle of mandible fracture (lower jaw) extending to the mandibular notch as well as coronoid process and mandibular condyle base with disabilities – paraesthesia present on the right side of lower lip extending to the chin titanium plates and screws present on the right angle mandible region treatment – open reduction and internal fixation (ORIF) of right angle of mandible done under general anaesthesia
13
Multiple operative and wound scars over lower limb and face – 4 cm x 0.5 cm hyper-pigmented, operative scar noted over the medial aspect of the right ankle
3
3.5 cm x 2 cm hyper-pigmented, operative scar noted over the medial aspect of the right ankle/foot 3 cm x 0.5 cm hyper-pigmented, operative scar noted over the dorsum of the right foot 2 cm hyper-pigmented, operative wound scar noted at the right lateral corner of eye region 1 cm hyper-pigmented, operative scar noted at the right cheek region healed operative wound scar inside the mouth (bilateral maxillary buccal sulcus and right mandibular buccal sulcus area)
14
Pain and suffering for 5 future surgeries RM25,000.00 Analisis Mahkamah [64] Bagi jumlah gantirugi yang melibatkan deformity over right hip region, swelling over right ankle, bleeding per node, swelling over right cheek, swelling over right angle of mandible with blood clot seen over soft and hard palate dan loss of consciousness, saya mendapati Defendan tidak mengemukakan sebarang hujah bagi mempertikaikan award yang diberikan oleh HMS bagi gantirugi berkenaan. Bagaimanapun saya mendapati dalam kes Segar a/l Athigesan & Ors v Amirhamzah b. Azman [2020] 1 PIR (9), mahkamah dalam kes tersebut telah memberikan jumlah sebanyak RM5,000.00 bagi kecederaan yang melibatkan pembengkakan anggota tubuh manakala dalam kes Azmadarmawi b. Saupi v. Mohd Zamri b. Abu Bakar & Anor [2021] 1 PIR
65
(65), mahkamah telah memberikan award sebanyak RM20,000.00 bagi loss of consciousness. Sehubungan itu, Award sebanyak RM5,000.00 bagi setiap butiran kecederaan yang diberikan oleh HMS adalah tidak terlalu tinggi. [66] Bagi award yang melibatkan kecederaan yang melibatkan right hip anterior dislocation with disabilities – relocated right hip joint seen with small inferomedial free fragment, close left inferior ramus fracture dan close left acetabulum fracture, Defendan berhujah bahawa award berasingan tidak sepatutnya diberikan bagi setiap butiran kecederaan berkenaan kerana ia merupakan kecederaan yang berkaitan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, Defendan berhujah Plaintif Ketiga sepatutnya diberikan satu award secara global iaitu sebanyak RM26,550.00 selepas ditolak 10% untuk overlapping. [67] Dalam hal ini saya mendapati HMS telah memberikan award yang berasingan bagi setiap kecederaan atas alasan ia melibatkan tulang pinggul yang berbeza walaupun ia berdekatan. Bagi right hip anterior dislocation with disabilities – relocated right hip joint seen with small inferomedial free fragment, HMS memberikan award sebanyak RM25,000.00. Dalam hal ini, saya mendapati mahkamah dalam kes Nor Shuhaida binti Mohd Ali v. Ahmad bin Yeop Ahmad [2018] 1 PIR (8) mahkamah telah memberikan jumlah yang sama bagi kecederaan sedemikian walaupun dalam kes tersebut ia tidak melibatkan disabilities. Bagi kecederaan close left inferior ramus fracture with disabilities pula, HMS memberikan award sebanyak RM25,000.00 berdasarkan kes Mohd Sazwan Faiz bin Roslan (minor) (suing by his mother and legal representative Nooraishah bt Ahmad) v. Januri b. Salim [2020] 1 PIR (57) yang memberikan award yang sama bagi kecederaan yang serupa. Bagi close left acetabulum fracture, HMS memberikan award sebanyak RM30,000.00. Dalam hal ini, saya mendapati mahkamah dalam kes Nursyahirah bt Fauzi v. Mohamad Firdaus b. Ismail & Anor [2021] 2 PIR
17
telah memberikan award yang sama bagi kecederaan seumpama itu walaupun dalam kes tersebut ia tidak melibatkan disabilities. Berdasarkan kepada pemerhatian di atas, saya berpendapat award yang diberikan oleh HMS adalah berpatutan. Selain itu, saya juga bersetuju bahawa award yang berasingan wajar diberikan memandangkan ia melibatkan tulang dan bahagian yang berlainan walaupun berdekatan. [68] Bagi kecederaan yang melibatkan close right bimalleolar fractures with disabilities, close right talus fracture undisplaced Hawkin 1 with disabilities dan close right navicular fracture undisplaced with disabilities, HMS telah memberikan award masing-masing sebanyak RM25,000.00, RM25,000.00 dan RM10,000.00. Bagaimanapun, Defendan berhujah bahawa bagi ketiga-tiga kecederaan tersebut, award sewajarnya adalah satu sahaja iaitu dalam bentuk global sebanyak RM24,300.00 selepas ditolak 10% untuk overlapping. Ini kerana, menurut Defendan, ketiga-tiga kecederaan tersebut adalah bertindan. [69] Dalam hal ini, saya berpandangan hujah Defendan tersebut tidak berasas. Sebaliknya saya bersetuju dengan HMS bahawa award berasingan diberikan disebabkan kecederaan itu melibatkan tulang yang berbeza walaupun berdekatan. [70] Mengenai jumlah award sebanyak RM25,000.00 yang diberikan oleh HMS bagi kecederaan yang melibatkan close right bimalleolar fractures with disabilities, saya mendapati dalam kes Mohd Zuhairi b. Dahlan & Ors v. Razali b. Abdul Rashid [2013] 1 PIR (32), mahkamah dalam kes tersebut telah memberikan award sebanyak RM25,000.00 bagi kecederaan yang sama walaupun tidak melibatkan disabilities. Oleh yang demikian jumlah yang diberikan oleh HMS adalah berpatutan. [71] Bagi kecederaan yang melibatkan close right talus fracture undisplaced Hawkin 1 with disabilities, HMS memberikan award sebanyak RM25,000.00 bagi kecederaan ini. Dalam hal ini saya mendapati dalam kes Maha a/l Ramachandren v. Harun b. Mat Satif [2019] 1 PIR (3), mahkamah memberikan award sebanyak RM20,000.00 bagi kecederaan yang serupa dengan disabilities. Justeru, award yang diberikan oleh HMS adalah berasas kerana kecederaan yang dialami Plaintif Ketiga ini dengan disabilities dan telah menyebabkan beliau menjalani pembedahan untuk meletakkan skrew dan implant pada tapak kakinya. Bagi kecederaan yang melibatkan close right navicular fracture undisplaced with disabilities, HMS memberikan award sebanyak RM10,000.00. Saya telah meneliti dalam kes Salem b. Abd Khalid v. Seow Ah Kim & Anor [2016] 2 PIR (32), mahkamah telah memberikan award sebanyak RM10,000.00 bagi kecederaan yang serupa walaupun tiada disabilities. Oleh yang demikian dengan disabilities seperti pergerakan kaki yang terhad, kekurangan kekuatan otot kaki serta telah menyembabkan ketempangan, saya berpandangan award yang diberikan oleh HMS adalah berpatutan. [72] Bagi kecederaan yang melibatkan avulsion fracture of left navicular bone with disabilities – non-united avulsion fracture of left navicular bone seen with free fragment dan Partial left deep peroneal nerve injury, HMS telah memberikan award masing-masing sebanyak RM12,000.00, dan RM15,000.00. Bagaimanapun, Defendan berhujah bahawa bagi kedua-dua kecederaan tersebut, award sewajarnya adalah satu sahaja iaitu dalam bentuk global sebanyak RM7,200.00 selepas ditolak 10% untuk overlapping. Ini kerana, menurut Defendan, kedua-dua kecederaan tersebut adalah bertindan. [73] Dalam hal ini, saya berpandangan hujah Defendan tersebut tidak tepat. Sebaliknya saya bersetuju dengan HMS bahawa award berasingan diberikan disebabkan kecederaan itu melibatkan tulang yang berbeza walaupun berdekatan. [74] Mengenai jumlah award sebanyak RM12,000.00 yang diberikan oleh HMS bagi kecederaan yang melibatkan avulsion fracture of left navicular bone with disabilities – non-united avulsion fracture of left navicular bone seen with free fragment, saya mendapati mahkamah dalam kes Raja Gobal a/l Muniandy v. Selvarajoo a/l Iyavoo & Anor [2019] 1 PIR (51) memberikan jumlah award yang serupa bagi kecederaan yang serupa. Oleh yang demikian jumlah award yang diberikan oleh HMS adalah berpatutan tambahan pula Plaintif Ketiga mengalami disabilities berupa non-united avulsion fracture of left navicular bone. [75] Bagi kecederaan yang melibatkan partial left deep peroneal nerve injury pula, saya mendapati dalam kes Ramlan Ismail v. Yusof b. Moin & Anor [2016] 2 PIR (63), mahkamah memberikan award yang sama banyak sebagaimana yang diberikan oleh HMS bagi kecederaan yang serupa. Oleh yang demikian award sebanyak RM15,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah berasas. [76] Bagi kecederaan yang melibatkan multiple face bone fractures with disabilities dan communited right angle of mandible fracture (lower jaw) extending to the mandibular notch as well as coronoid process and mandibular condyle base with disabilities, HMS telah memberikan award masing-masing sebanyak RM60,000.00 dan RM40,000.00. Namun, Defendan berhujah bahawa bagi kedua-dua kecederaan tersebut, award sewajarnya adalah satu sahaja iaitu dalam bentuk global sebanyak RM26,550.00 selepas ditolak 10% untuk overlapping, kerana keretakan tulang tersebut adalah bertindan dengan kecederaan yang lain. [77] Dalam hal ini, saya berpandangan hujah Defendan tersebut tidak tepat. Sebaliknya saya bersetuju dengan HMS bahawa award berasingan diberikan disebabkan kecederaan itu melibatkan tulang yang berbeza walaupun di kawasan yang berdekatan. [78] Mengenai award, saya mendapati dalam kes Raja Gobal a/l Muniandy (supra), mahkamah memberikan award secara global sebanyak RM100,000.00 bagi kecederaan yang melibatkan pelbagai keretakan di muka. Oleh yang demikian, award sebanyak RM60,000.00 yang diberikan oleh HMS adalah berpatutan dengan mengambil kira pelbagai keretakan yang dialami oleh Plaintif Ketiga adalah hampir sama dengan kes berkenaan. [79] Bagi kecederaan yang melibatkan communited right angle of mandible fracture (lower jaw) extending to the mandibular notch as well as coronoid process and mandibular condyle base with disabilities, saya mendapati dalam kes Manonmoney a/l Suppiah v. Chin Kian Ming [2019] 2 PIR (46), mahkamah sesyen pada asalnya memberikan award sebanyak RM22,000.00 bagi kecederaan yang sama. Namun Mahkamah Tinggi kemudiannya telah menaikkannya kepada RM40,000.00. Oleh yang demikian saya berpandangan award HMS tersebut adalah berpatutan. Tambahan pula dalam kes sekarang Plaintif Ketiga mengalami pelbagai disabilities dan menjalani pembedahan bagi dimasukkan skrew dan implant di rahang kanannya. [80] Bagi award yang melibatkan multiple operative and wound scars over lower limb and face, HMS telah memberikan jumlah sebanyak RM30,000.00. Dalam hal ini saya mendapati dalam kes Chen Yoke Yee v. Foo Kok Meng [2016] 2 PIR (48) dan Mohd Syahir bin Azhar v. Punniyamoorthy a/l Perumal & Anor [2016] 2 PIR (35), mahkamah memberikan jumlah award yang sama bagi pelbagai parut pembedahan yang dialami. Oleh yang demikian, award yang diberikan oleh HMS adalah berpatutan. [81] Bagi award yang melibatkan kesakitan dan penderitaan untuk 5 pembedahan akan datang, pain and suffering for 5 future surgeries, Defendan berhujah bahawa gantirugi ini wajar ditolak kerana pembedahan pada masa hadapan bukanlah suatu kewajipan. Sebaliknya ia adalah suatu cadangan sekiranya komplikasi terjadi. [82] Dalam hal ini, saya mendapati bahawa award yang diberikan oleh HMS sebanyak RM25,000.00 bagi gantirugi yang melibatkan kesakitan dan penderitaan 5 pembedahan di masa hadapan, pada pandangan saya adalah wajar walaupun pembedahan tersebut hanya berlaku di masa hadapan sekiranya wujud komplikasi (lihat kes Shanmugam a/l Gopal (supra)). Ini kerana kecederaan yang dialami oleh Plaintif Ketiga sangat serius dan melibatkan pelbagai anggota. Implan yang terdapat pada tubuh Plaintif Ketiga mempunyai risiko tinggi untuk berlakunya jangkitan kuman, patah dan longgar apabila Plaintif Ketiga mula menggunakan anggota yang terdapat implant padanya. Oleh itu, award sebanyak RM25,000.00 bagi kesengsaraan yang dialami oleh Plaintif Ketiga semasa kelima-lima pembedahan masa hadapan pada pandangan saya adalah amat munasabah. Kesimpulan [83] Sebagaimana yang diputuskan dalam kes Goh Bak Ming v Yeoh Eng Kong & Other Appeals [2019] 3 MLRA 56 dan Lee Ing Chin & Ors v Gan Yook Chin [2003] 1 MLRA 95 yang menyatakan bahawa adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mengganggu keputusan mahkamah bicara melainkan mahkamah bicara itu jelas salah dalam membuat keputusan. [84] Berdasarkan kepada pemerhatian di atas, saya mendapati Defendan/Perayu gagal membuktikan bahawa HMS telah bertindak atas prinsip undang-undang yang salah atau gagal mengambil kira perkara yang relevan atau jelas tidak munasabah bagi membolehkan saya menggunakan kuasa untuk mengganggu atau campur tangan terhadap keputusan yang diberikan oleh HMS. Oleh itu saya menolak rayuan Defendan/Perayu tanpa kos dan keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen dikekalkan. Tarikh: 14.7.2024 - t.t - (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru Peguam: Bagi pihak Perayu/Defendan – Subashini Ganesan; Tertuan Othman Hashim & Co Bagi pihak Responden-responden/Plaintif-plaintif – Kushvinder Singh; Tetuan Tara Singh Sidhu & Kushvinder Kes yang dirujuk: Ahmad bin Haji Abdul Majid lwn. Lee Yat Cheong & Ors [1995] 4 CLJ 721 Ahmad Basit bin Suri v. Muhammad Hamizul b. Abdul Safari [2018] 2 PIR (13) Amar Singh v. Chin Kiew [1960] 1 LNS 5; [1960] 26 MLJ 77 Ambank (M) Bhd v. Masri bin Abdul Rahman [2010] CLJU 1115; [2010] 1 LNS 1115 Azmadarmawi b. Saupi v. Mohd Zamri b. Abu Bakar & Anor [2021] 1 PIR (45) Chen Yoke Yee v. Foo Kok Meng [2016] 2 PIR (48) Dararlala David Awai v. Andy Christopher Enjat & Anor [2014] 2 PIR [124] Foong Nan v. Sagadevan [1971] CLJU 33; [1971] 1 LNS 33 Goh Bak Ming v Yeoh Eng Kong & Other Appeals [2019] 3 MLRA 56 Juahir Sadikon v. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor [1996] 4 CLJ 1; [1996] 3 MLJ 627 Kogilamah Malayan v. Aieyappan Tulukanam [2015] CLJU 962; [2015] 1 LNS 962; [2016] 3 MLRA 290; [2016] 6 MLJ 663 Lee Ing Chin & Ors v Gan Yook Chin [2003] 1 MLRA 95 Maha a/l Ramachandren v. Harun b. Mat Satif [2019] 1 PIR (3) Manonmoney a/l Suppiah v. Chin Kian Ming [2019] 2 PIR (46) Mohd Nor Afandi Mohamed Junus v. Rahman Shah Alang Ibrahim & Anor [2008] 2 CLJ 369; [2008] 3 MLJ 81 Mohd Sazwan Faiz bin Roslan (minor) (suing by his mother and legal representative Nooraishah bt Ahmad) v. Januri b. Salim [2020] 1 PIR (57) Mohd Syahir bin Azhar v. Punniyamoorthy a/l Perumal & Anor [2016] 2 PIR (35) Mohd Zuhairi b. Dahlan & Ors v. Razali b. Abdul Rashid [2013] 1 PIR (32 Mokhtaruddin Abdullah & Anor v Norizan Rosdi & Ors [1998] 1 LNS 248 Muhammad Shafiq b. Jamali lwn. Muhammad Sobri b. Hamzah [2020] 1 PIR (14) Noraini binti Sukur lwn. Liau Sin Yong & Anor [2020] 1 PIR (58) Nor Shuhaida binti Mohd Ali v. Ahmad bin Yeop Ahmad [2018] 1 PIR (8) Nursyahirah bt Fauzi v. Mohamad Firdaus b. Ismail & Anor [2021] 2 PIR (17) Ortus Expert White Sdn Bhd v. Nor Yani Adom & Anor [2021] CLJU 2350; [2021] CLJU 2350; [2021] 1 LNS 2350 Param Anand Murugesu v. Radhakrishnen Sathisivan [2020] 1 PIR [38] Raja Gobal a/l Muniandy v. Selvarajoo a/l Iyavoo & Anor [2019] 1 PIR (51) Ramlan Ismail v. Yusof b. Moin & Anor [2016] 2 PIR (63) Rasidin Bin Partorjo v. Frederick Kiai [1976] 1 LNS 123 Saiful Nizam bin Hassan v. Thananarajan a/l Velu [2017] 1 PIR (20) Salem b. Abd Khalid v. Seow Ah Kim & Anor [2016] 2 PIR (32) Segar a/l Athigesan & Ors v Amirhamzah b. Azman [2020] 1 PIR
9
Shanmugam a/l Gopal v. Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] CLJU 118; [2003] 1 LNS 118; [2003] 3 MLJ 76 Tan Cheong Poh & Anor v. Teoh Ah Keow [1996] 3 CLJ 665; [1995] 3 MLJ 89 Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 2 MLJ 22, The Carbon Co Sdn Bhd & Anor v. Ng Lee Hoon [2017] 6 CLJ 189; [2017] 4 MLJ 791 Topaiwah v. Salleh [1968] 1 LNS 161; [1968] 1 MLJ 284 Yaacob bin Taompang v. Rahmat bin Samsuri & Anor [2017] 1 PIR
34
(34)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.