/akn/my/judgment/high-court/2027/3cc7a598-87c4-4370-aa4b-3c558ef4c0d4
High Court of Malaysia7 Apr 2027DA-21NCvC-10-07/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“. 16. Mahkamah ini bersependapat dengan pandangan Mahkamah Tinggi dalam kes Joseph a/l Anthony (estate administrator Sebastian a/l Joseph, deceased) & Anor v. Dr Muhamad Arif bin Mohamad Rasat & Ors [2023] MLJU 1346 yang dirujuk oleh peguam plaintif yang bijaksana yang mengatakan seperti berikut: S/N lQjv2zT1uE2DdOFQ9a”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCvC-10-07/2025 ANTARA
section
1. WAN ABDUL RAHMAN BIN WAN YAACOB (NO. K/P: 461213-03-5051)
section
2. ROHANI BINTI HUSSAIN (NO K/P: 550423-03-5608) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN
section
1. MAT YAMAN BIN HASSAN
section
2. AWIS KIRANI BIN ABDULLAH
section
3. RAJA ROZMI BIN RAJA RASHID
section
4. ABDUL ROZAK BIN MUHAMMAD
section
5. MOHD NOR YHAZID BIN IDRIS
section
6. MOHD FAZLEY BIN AB RAHMAN
section
7. KETUA POLIS NEGARA
section
8. POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
section
9. MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA
section
10. KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA ... DEFENDAN-DEFENDAN 13/07/2026 16:46:34 DA-21NCvC-10-07/2025 Kand. 47 S/N lQjv2zT1uE2DdOFQ9ac1mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 14) Pendahuluan.
section
1.
lampiran
Lampiran 14 (Lamp.14) ini adalah notis permohonan defendan-defendan untuk membatalkan writ dan pernyataan tuntutan plaintif-plaintif menurut Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Alasan utama permohonan defendan-defendan adalah kerana tindakan yang dibawa oleh plaintif-plaintif dikatakan telah melampaui had masa menurut seksyen 2(b) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948. 2. Mahkamah ini setelah meneliti afidavit-afidavit serta hujahan-hujahan kedua-dua belah pihak, menolak permohonan defendan-defendan dengan kos dalam kausa. Defendan-defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Latar belakang kes. 3. Plaintif-plaintif dalam tindakan ini merupakan ibubapa kepada Allahyarham Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman (si mati), seorang pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas Kelantan yang berumur 16 tahun yang telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung dalam tandas sekolah tersebut pada 12.12.2013. S/N lQjv2zT1uE2DdOFQ9ac1mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 4. Tindakan ini dibawa oleh plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan atas ketinggalan dan kecuaian defendan-defendan dalam menjalankan siasatan terperinci berkenaan punca atau sebab kematian si mati. 5. Defendan-defendan memohon untuk membatalkan tuntutan plaintif-plaintif atas dasar bahawa tuntutan plaintif-plaintif telah dibatasi had masa selama 36 bulan menurut seksyen 2(b) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 yang mana menurut defendan-defendan tempoh 36 bulan tersebut telah bermula dari tarikh kematian si mati iaitu pada 12.12.2013 dan telah tamat pada 11.12.2016. Analisis dan dapatan Mahkamah ini. Undang-undang berkenaan rayuan tehadap penolakan permohonan pembatalan pliding. 6. Rayuan perayu ini adalah terhadap perintah penolakan permohonan perayu untuk membatalkan writ dan penyataan tuntutan plaintif-plaintif menurut Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Rayuan ini adalah pada pandangan Mahkamah ini bertentangan dengan peruntukan nyata seksyen 68(1)(f) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan seperti berikut: “68. (1) No appeal shall be brought to the Court of Appeal in any of the following cases: S/N lQjv2zT1uE2DdOFQ9ac1mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 ...................... (f) where a High Court dismissed any application to strike out any writ or pleading; ..................” 7. Dalam kes ini, selepas si mati ditemui mati tergantung dalam tandas sekolah tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua sekolah tersebut pada hari yang sama iaitu 12.12.2013. Berikutan laporan polis tersebut, siasatan telah dimulakan oleh pihak Polis khususnya defendan pertama dan kedua. Kes kemudiannya telah diklasifikasikan sebagai “kematian mengejut” atas arahan defendan keempat. 8. Setelah tidak mendapat perkembangan siasatan, plaintif pertama telah membuat satu laporan polis pada 16.01.2014 bagi menuntut satu siasatan terbuka dan terperinci dijalankan. 9. Setelah masih lagi tiada perkembangan siasatan, plaintif pertama sekali lagi telah membuat laporan polis pada 26.02.2014 memohon agar siasatan lanjut dijalankan. 10. Setelah tiada maklumat siasatan diperolehi, plaintif-plaintif telah melantik peguam bagi mendapatkan maklumat berkenaan perkembangan siasatan terkini daripada pihak polis. 11. Pada 7.3.2016, prosiding inkues berkenaan kematian si mati telah dimulakan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. S/N lQjv2zT1uE2DdOFQ9ac1mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 12. Pada 27.12.2016, prosiding inkues telah berakhir dan Koroner telah memutuskan bahawa kematian si mati adalah disebabkan oleh seorang atau beberapa individu yang belum dikenalpasti. 13. Selepas keputusan Koroner tersebut, Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan surat bertarikh 7.9.2018 mengatakan bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan berdasarkan kepada dapatan Koroner. 14. Ini menunjukkan bahawa sehingga 7.9.2018, siasatan terhadap kejadian yang menimpa si mati masih diteruskan. Oleh itu adalah tidak munasabah untuk mengatakan bahawa kausa tindakan plaintif-plaintif dalam kes ini telah tamat pada 11.12.2013 sedangkan siasatan masih diteruskan sehingga 7.9.2018 dan masih berterusan. 15. Mahkamah ini berpendapat bahawa suatu siasatan polis bukanlah melibatkan satu tindakan tunggal semata-mata tetapi ia merupakan satu siri tindakan yang berangkai sehingga siasatan dapat dimuktamadkan. Siasatan yang melibatkan kematian secara “tergantung” sebagaimana yang terjadi kepada si mati dalam kes ini sudah tentu memerlukan masa yang lebih panjang. 16. Mahkamah ini bersependapat dengan pandangan Mahkamah Tinggi dalam kes Joseph a/l Anthony (estate administrator Sebastian a/l Joseph, deceased) & Anor v. Dr Muhamad Arif bin Mohamad Rasat & Ors [2023] MLJU 1346 yang dirujuk oleh peguam plaintif yang bijaksana yang mengatakan seperti berikut: S/N lQjv2zT1uE2DdOFQ9ac1mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 “[176] In respect of the claim against the 4th defendant for negligent investigation, the 1st. Plaintiff submits [Plaintiff’s submission in reply at para 108], quote, “The act, neglect or default of the Defendants in investigating the death of the Deceased only arose upon the decision of the Investigation Officer in not wanting to pursue the investigation any further.” [178] I agree with the submission of the 1st plaintiff. The act of shoddy investigation is not a single act. It is a series of acts. When you have a series of acts limitation runs from the date of the act, injury or damage ceases.” 17. Mahkamah ini tidak dapat menerima hujahan pihak Peguam Kanan Persekutuan yang bijaksana bahawa kausa tindakan telah bermula pada hari kematian si mati iaitu pada 12.12.2013 dan oleh itu had masa selama 36 bulan telah bermula pada hari yang sama dan tamat pada 11.12.2016. 18. Kes Kaliamah a/p Rajan dan lain-lain lwn Superintendan Wooi Kooi Cheang, Ketua Polis Daerah Tampin, Negeri Sembilan dan lain-lain [2020] 12 MLJ 334 yang dirujuk oleh Peguam Kanan Persekutuan adalah boleh dibezakan. Fakta material dalam kes tersebut adalah berbeza daripada fakta kes yang dibicarakan ini. 19. Dalam kes Kaliamah a/p Rajan, si mati telah mati dalam lokap IPD Tampin, Negeri Sembilan akibat diserang semasa berada dalam lokap tersebut. Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membatalkan tuntutan plaintif atas alasan bahawa tuntutan plaintif telah dibatasi oleh had masa S/N lQjv2zT1uE2DdOFQ9ac1mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 menurut seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 dan juga atas bahawa perayu-perayu tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan. 20. Dalam kes Kaliamah a/p Rajan perbuatan kecuaian defendan hanya merupakan satu perbuatan tunggal iaitu gagal menjalankan tanggungjawab berjaga-jaga sehingga membawa kematian si mati semasa berada dalam jagaan defendan. 21. Fakta ini jelas berbeza dengan kes yang dibicarakan ini dimana perbuatan mengendalikan penyiasatan ke atas punca kematian si mati adalah satu siri tindakan yang berlanjutan dan bukannya satu tindakan tunggal. 22. Berdasarkan fakta kes ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa terdapat isu untuk dibicarakan dalam kes ini termasuklah isu pembelaan had masa ini. Ia bukan satu kes yang jelas dan terang untuk dibatalkan secara ringkas seperti yang diputuskan dalam kes Cepatwawasan Group Bhd v Tengku Dato’ Kamal Ibni Sir Abu Bakar [2008] 2 MLJ 915 yang mengatakan seperti berikut: “It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule … The summary procedure can only be adopted when it can clearly be seen that a claim or answer is on the face of it “obviously unsustainable”; it cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case” S/N lQjv2zT1uE2DdOFQ9ac1mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 Kesimpulan. 23. Setelah Mahkamah ini meneliti dan mempertimbangkan secara mendalam tuntutan plaintif-plaintif dan juga prinsip undang-undang yang terpakai berkenaan perlaksanaan kuasa Mahkamah untuk membatalkan suatu tuntutan secara ringkas, Mahkamah mendapati bahawa kes ini bukanlah satu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan secara ringkas. 24. Oleh itu Mahkamah ini menolak permohonan defendan-defendan dalam Lamp. 14 dengan kos dalam kausa. Alasan Penghakiman ini bertarikh 13 Julai 2026. (MOHD ROSLI BIN YUSOFF) Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan. S/N lQjv2zT1uE2DdOFQ9ac1mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 Peguam Plaintif-Plaintif: Surendra Ananth, Zulqarnain Bin Lukman, Kelvin Ng, Lim Yin Shan, Lim Li Ann & Abby Si, Tetuan Asri Musa & Co, Jalan Medan Selayang 1, Medan Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Peguam Defendan-Defendan: Siti Syuhada binti Alwi & Wan Nur Muhammad Ehsan, Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Guaman, No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. S/N lQjv2zT1uE2DdOFQ9ac1mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.