Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. JB-45A-16-11/2021 PENDAKWA RAYA
JB-45A-16-11/2021
High Court of Malaysia9 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. JB-45A-16-11/2021 PENDAKWA RAYA
1
1.
2
MOHD ASHRUL BIN GHAZALI
1
Ini adalah rayuan Pendakwa Raya terhadap keputusan Mahkamah ini yang telah melepas dan bebaskan tertuduh kedua daripada tuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri.
2
Tertuduh-tertuduh telah dituduh dengan pertuduhan dibawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebagaimana berikut: - “Bahawa kamu bagi mencapai niat bersama pada 26 Disember 2020 jam lebih kurang 6.30 petang bertempat di Jalan Sri Tanjung (Tiang Elektrik No. JSTGE 19) di dalam daerah Muar di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 3264 grams Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan”.
3
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 10 orang saksi bagi membuktikan kes ke atas tertuduh-tertuduh iaitu: - Puan Shasya @ Natasha Binti Usir @ Uzir - SP1 Sjn Helmi Nizam bin Ibrahim - SP2 Kpl/Detektif Mohamad Hazwan bin Mohamad Noor - SP3 ASP Syed Hafiz bin Abd Bahrin - SP4 Puan Wan Nur Zawani binti Wan Mohd Samsudin - SP5 Doktor Lim Chee Siang - SP6 Mohd Norizan bin Haji Sulaiman - SP7 Mohammad Zaki bin Ahmad Ghazali - SP8 ASP Amir bin Kaskon - SP9 lnsp Noorhasnila binti Hashim
4
Pada peringkat ini, Mahkamah perlu memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh-tertuduh selepas menilai keterangan yang telah dikemukakan secara maksima. (PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301).
5
Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa: - “Section 180 of Procedure after conclusion of case for prosecution: -
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.”
6
Bagi membuktikan tertuduh-tertuduh telah melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan, pendakwaan perlu buktikan elemen-elemen berikut: - a) Dadah tersebut adalah dadah berbahaya; b) Tertuduh-tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah tersebut; c) Tertuduh-terluduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang dirampas; dan d) Tertuduh-tertuduh mengedar dadah berbahaya tersebut.
7
Pada 26/12/2020, SP4 telah mengetuai satu penugasan rondaan Ops Benteng Covid Landai. Rondaan tersebut meliputi kawasan sekitar Muar hingga ke Batu Pahat.
8
Pada jam lebih kurang 6.30 petang semasa dalam penugasan rondaan OPS Benteng Covid Landai itu, SP4 dan pasukan operasi telah melihat satu kenderaan iaitu sebuah motorlori jenis Isuzu no. pendaftaran WSK 825 yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa melalui Jalan Sri Tanjung. SP4 dan pasukan operasi telah menahan motorlori tersebut di berhampiran Tiang Elektrik NO: JSTGE 19.
9
SP4 telah bertindak menahan bahagian hadapan motorlori tersebut dan mengarahkan motorlori tersebut untuk berhenti manakala satu lagi kenderaan pasukan menahan di bahagian belakang motorlori tersebut.
10
Hasil pemeriksaan dalam motolori tersebut telah menjumpai satu (1) lelaki Melayu duduk di bahagian pemandu iaitu tertuduh pertama dan (1) lelaki Melayu duduk di bahagian penumpang hadapan iaitu tertuduh kedua. Konst 212160 Muhammed Daniel Bin Hosni telah menahan tertuduh pertama, manakala SP4 telah menahan tertuduh kedua. SP 4 telah memperkenalkan diri sobagai Pegawai Kanan Polis dengan menunjukkan kad kuasa Polis.
11
Kemudian SP4 telah bertanya kepada tertuduh pertama dan kedua tersebut “Adakah kamu ada simpan apa-apa barang?” dan tertuduh pertama ada menjawab tiada dan tertuduh kedua hanya berdiam diri. SP4 selanjutnya telah membuat pemeriksaan ke atas motolori di hadapan kedua-dua tertuduh dan semasa dalam pemeriksaan tertuduh pertama telah berkata kepada SP4 “Tuan, saya ada bawa”.
12
SP4 kemudian telah bertanya lagi kepada tertuduh pertama “Dimana kamu simpan barang itu?” tertuduh pertama telah menjawab “Saya simpan di tempat simpanan tools tepi tempat letak bateri”. Tertuduh pertama kemudian telah menunjukkan kepada SP4 kedudukan tempat simpanan spanar tersebut dengan menggunakan isyarat menggunakan mulut.
13
SP4 kemudian telah membuat pemeriksaan di tempat yang ditunjukkan oleh tertuduh pertama yang berada di bahagian tepi sebelah kiri motolori. Semasa SP4 sedang membuka tempat simpanan spanar tersebut, tempat simpanan spanar tersebut tidak dapat dibuka dan bertutup. Walau bagaimanapun, SP4 berjaya membuka tempat simpanan spanar tersebut dengan tunjuk cara dari tertuduh pertama dan SP4 kemudian berjaya membuka tempat simpanan tools tersebut.
14
Sebaik tempat simpanan tools tersebut dapat dibuka, SP4 telah memeriksa bahagian dalamnya. SP4 telah menemui barang-barang berikut di dalam tempat peralatan spanar: - a)
1
beg berwarna hitam ada tulisan Osim Sundown Marathon Singapore b)
5
ketul bungkusan mampat berwarna kelabu c)
5
lapisan plastik lutsinar d)
5
lapisan plastik warna hijau ada tulisan Guanyinwang Refined Chinese Tea e)
5
lapisan plastik lutsinar didalamnya mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 5.5 kg.
15
SP4 telah merampas kesemua barang kes dan menangkap tertuduh-tertuduh dan buat satu laporan polis sebagaimana Parit Jawa Repot 4582/20 iaitu P28. Barang kes dan tangkapan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat kes iaitu SP10 pada 27.10.2020 jam 2.00 pagi.
16
SP10 kemudian telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia pada 31.12.2020 bagi tujuan analisa. Hasil analisa ke atas barang kes yang dijalankan oleh SP1 mendapati barang kes yang dirampas daripada tempat kejadian adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 3264 gram.
17
Dadah yang dijumpai adalah dadah berbahaya telah dibuktikan melalui keterangan ahli kimia iaitu SP1, sebagai seorang pakar yang bertanggungjawab menganalisa dadah tersebut telah mengesahkan bahawa dadah yang dianalisa merupakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine sebagaimana di perenggan
a
hingga (e) laporan yang disediakan oleh beliau di bawah peruntukan seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah di dalam P18. SP1 juga telah mengesahkan bahawa Methamphetamine adalah sejenis dadah berbahaya yang disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. 18. SP1 juga dapat mengecam kesemua barang kes dan telah mengesahkan tiada kemungkinan untuk barang kes bercampur aduk dengan barang kes lain kerana ianya telah ditandakan oleh SP1 dengan nombor makmal masing-masing. 19. Dalam kes ini, barang kes dadah dijumpai setelah tertuduh pertama mendedahkan maklumat berkaitan barang salah yang dibawa. Tertuduh pertama juga mendedahkan maklumat tempat simpan barang berkenaan iaitu di tempat simpanan tools tepi tempat letak bateri. 20. Selepas maklumat tersebut diberikan kepada SP4, tertuduh pertama kemudian telah menunjukkan kepada SP4 kedudukan tempat simpanan spanar tersebut dengan menggunakan isyarat menggunakan mulut. 21. Tempat simpanan spanar yang ditunjukkan oleh tertuduh pertama itu tidak dapat dibuka dan bertutup. SP4 kemudian dapat membuka tempat simpanan spanar tersebut dengan tunjuk cara daripada tertuduh pertama. SP4 mengambil masa lebih kurang 3 minit untuk membuka tempat simpanan tools tersebut. 22. Sebaik tempat simpanan tools tersebut dapat dibuka, SP4 telah menemui (5) ketul bungkusan mampat berwarna kelabu (P8, P9, P10, P11, dan P12) di dalam sebuah bag berwarna hitam bertulis Osim Sundown Marathon Singapore (P7). 23. Bagi elemen seterusnya iaitu pengetahuan, ini dapat dibuktikan melalui keterangan terus atau pun ikut keadaan bergantung kepada sesuatu kes. Di dalam kes ini dadah di selindung dari pandangan mata kasar dan terletak di tempat simpanan tools dan dijumpai akibat daripada keterangan dan tunjuk ajar tertuduh pertama sahaja. lni menunjukkan tertuduh pertama mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan tentang dadah tersebut. Akan tetapi tidak ada apa-apa keterangan yang menunjukkan tertuduh kedua mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan tentang dadah yang disembunyikan melainkan dia adalah penumpang di dalam lori yang di pandu oleh tertuduh pertama. Berdasarkan keterangan-keteranagan saksi Pendakwa Raya, tertuduh kedua berdiam diri sahaja semasa pemeriksaan SP4. Juga tidak ada apa-apa perbuatan atau tingkah laku tertuduh kedua dimana mahkamah boleh buat apa-apa kesimpulan terhadap beliau. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat pihak Pendakwa Raya gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh kedua. Mahkamah juga mendapati tidak ada apa-apa keterangan untuk membuktikan niat bersama tertuduh pertama dan tertuduh kedua di dalam kes ini. Di dalam kes ini dadah tidak di jumpai dimana kedua-dua tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan untuk Mahkamah ini membuat apa-apa kesimpulan. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Farose bin Tamure Mohamad Khan v Public Prosecutor and other appeals [2016] 6 MLJ 277 memutuskan seperti berikut: - “[53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires proof that the criminal act was done in pursuance of a pre-arranged plan. Such pre-planning may develop on the spot or in the course of commission of an offence, the crucial test being the plan must precede the commission of the offence (Namasiyiam Dorasamy v PP & Other Cases [1987] 2 MLJ 336). [54] A common intention may be often be difficult to prove by way of direct evidence in practice, but it can be inferred from the circumstances of the case and the conduct of the accused (Dato’ Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232). [66] The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case. Direct evidence as proof is difficult to procure because common intention is essentially a state of mind. Invariably inferences have to be relied upon arising from such acts or conduct of the accused, the manner in which the accused arrived at the scene, the nature of injury caused by one or some of them or such other relevant circumstances available. The totality of the circumstances must be taken into consideration in arriving at a conclusion whether there is a common intention to commit the offence for which the accused could be convicted. The facts and circumstances of each case might vary. As such, each case should be decided based on the facts involved.” (emphasis added) 24. Mahkamah Rayuan dalam kes Roslan Hanapi v. [2015] 6 CLJ 464 telah memutuskan seperti berikut: - “Mere access to the drug without more cannot constitute proof of common intention. There must further be established evidence of a pre-arranged plan to traffic in the drug. There is no presumption of common intention.” 25. Kesimpulan yang boleh di buat berdasarkan fakta kes ini adalah seperti berikut: - a) Tertuduh kedua hanya duduk di sebelah tertuduh pertama sebagai penumpang dalam kenderaan tersebut. b) Tertuduh kedua hanya berdiam diri disepanjang masa dadah dijumpai ditempat tool box yang terletak di luar kenderaan tersebut. c) Tidak ada apa-apa keterangan yang mengaitkan di mana ada perancangan di antara tertuduh pertama dan tertuduh kedua sebelum dadah dijumpai. d) Profil DNA tertuduh pertama dikesan dengan barang kes dadah yang dijumpai tetapi DNA tertuduh kedua tidak dikesan. Walaupun profil DNA hanya merupakan satu keterangan sokongan tidak ada apa-apa keterangan yang menyokong tertuduh kedua mempunyai apa-apa pengetahuan tentang dadah yang dijumpai ataupun common intention diantara tertuduh pertama dan kedua di dalam kes ini. e) Tidak ada apa-apa keterangan atau perbuatan atau tingkah laku Tertuduh Kedua dimana Mahkamah boleh buat kesimpulan bahawa Tertuduh Kedua mempunyai kawalan jagan dan pengetahuan tentang dadah yang disembunyikan di simpanan tools lori tersebut. 26. Berdasarkan prinsip undang-undang di atas dan fakta kes ini, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaraya gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh kedua di dalam kes ini dan tertuduh kedua dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Bertarikh 9 Februari 2026 t.t. KALYANA KUMAR A/L SOCKALINGAM PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MUAR JOHOR DARUL TAKZIM Peguambela Tertuduh-Tertuduh : Muhammad bin Abd Kadir Tetuan Muhammad Abd Kadir & Co Timbalan Pendakwa Raya : Siti Asmah binti Zainal Ariffin Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.