Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
DA-A53KJ-124-02/2021
Sessions Court of Malaysia27 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ga dan keempat di Mahkamah termasuk butiran kerjadi Exibit P20, Dokumen cadangan kerja-kerja pembinaan bonggol di Exibit P21 dan Lukisan Piawaian Plan di Exibit P19? Merujuk kepada Seksyen 103 of the Evidence Act 1950 ("the Evidence Act")12 : 103. The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wi”
“ngsung tiada apa-apa bukti, dokumen mahupun pembelaan untuk Mahkamah bersandarkan keterangan ini. [ 13 ] Dalam kes Superintendent of Lands and Surveys Kuching Division & Anor v. Mohamad Rambli b Kawi [2014] CLJU 851; [2014] 1 LNS 85113 ianya telah diputuskan seperti berikut: "The standard of proof in civil cases is upo”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
1
1.
2
JABATAN KERJA RAYA JAJAHAN KOTA BHARU KERAJAAN NEGERI KELANTAN …PERAYU-PERAYU
1
DAN WAN YUNUS BIN WAN ABDUL RAHIM (No. K/P: 601206-03-5385)
2
HABSAH BINTI MAT NAYAN (No. K/P: 630302-02-5702) (menuntut sebagai Ibu Bapa serta tanggunggan yang sah kepada WAN MOHAMAD FIRMAN BIN WAN YUNUS, simati)
3
NIKKINESH DEVIAN A/L SURENDHARAN KUMAR (No.
4
K/P:970317-03-5875) SURENDHARAN KUMAR A/L MADHAVAN (No. K/P:650209-03- 5437)
5
NAWA TRADING …RESPONDEN-RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
1
ANTARA WAN YUNUS BIN WAN ABDUL RAHIM (No. K/P: 601206-03-5385)
2
HABSAH BINTI MAT NAYAN (No. K/P: 630302-02-5702) (menuntut sebagai Ibu Bapa serta tanggunggan yang sah kepada WAN MOHAMAD FIRMAN BIN WAN YUNUS, simati) …PLAINTIF-PLAINTIF
1
NIKKINESH DEVIAN A/L SURENDHARAN KUMAR (No.
2
K/P:970317-03-5875) SURENDHARAN KUMAR A/L MADHAVAN (No. K/P:650209-03- 5437)
5
KERAJAAN NEGERI KELANTAN …DEFENDAN-DEFENDAN ********************************************************************* PENGHAKIMAN ********************************************************************* PENDAHULUAN [ 1 ] Kemalangan ini melibatkan Wan Mohamad Firman Bin Wan Yunus, simati Plaintif yang menunggang Motorsikal No. DCY 3445 dan telah meninggal dunia akibat terlanggar sebuah bonggol dalam proses pembinaan (oleh syarikat Defendan Ketiga) yang mengakibatkan arwah terpelanting kearah bertentangan dan dilanggar oleh Motorkar No. DBC 9357 yang dipandu oleh Defendan Pertama. [ 2 ] Defendan keempat dinamakan sebagai pihak yang bertanggungjawab berdasarkan kepada prinsip vicarious liability yang berlandaskan hubungan majikan - pekerja dimana Defendan Keempat telah melantik dan menawarkan kontrak ini kepada syarikat Defendan Ketiga untuk membina bonggol tersebut. Pada kesemua masa material, Defendan Ketiga berada di bawah pengurusan, pengawalan dan / atau penyeliaan Defendan Keempat. [ 3 ] Defendan keempat selaku Jabatan Kerja Raya telah diwartakan / dipertanggungjawabkan oleh Defendan Kelima bagi membina, menjaga, mengendalikan, mengekalkan, menyelenggarakan serta memastikan keselamatan infrastruktur awam dan kesemua jalanraya di jajahan Kelantan adalah selamat digunakan selaras dengan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [AKTA 133]. [ 4 ] Defendan Kelima adalah bertanggunggan kecuaian secara vikarius dan mempunyai tanggungjawab kewajipan statutori bagi memastikan jalan itu adalah selamat untuk kesemua pengguna jalanraya yang mana kewajipan tersebut tidak boleh dipindahkan kepada pihak ketiga. [ 5 ] Plaintif Pertama dan Kedua telah membawa tindakan ini sebagai waris / ibubapa yang sah kepada Wan Mohamad Firman Bin Wan Yunus, arwah dibawah Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956. [ 6 ] Setelah mendengar keterangan semua pihak dan hujahan bertulis , maka atas imbangan kebarangkalian Mahkamah memutuskan Defendan Pertama bertanggungan 20% dan Defendan Ketiga, Keempat dan Kelima bertanggungan 80%. [ 7 ] Isu yang Mahkamah ini perlu pertimbangkan seperti berikut i) Samada plaintif telah berjaya membuktikan di atas imbangan kebarangkalian kecuaian sepenuhnya / kecuaian sertaan terhadap Defendan Keempat dan Kelima atas kecuaian dan kegagalan untuk memastikan bonggol tersebut menurut syarat dan selamat dengan mengambil langkah-langkah seperti mengecat, meletakkan papan tanda amaran, kon, pengawal flagman serta lampu-lampu bagi memberi amaran akan kehadiran bonggol tersebut kepada pengguna jalanraya terutamanya arwah? ii) Samada Plaintif berhak keatas gantirugi Am, khas, gantirugi teladan dan gantirugi teruk yang dituntut? [ 8 ] Seramai tujuh saksi telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan ini, saksi-saksi berikut telah memberi keterangan: - Habsah Binti Mat Nayan [Plaintif Kedua] [PSP-1]; Insp.Fauziah Binti Ahmad Lee [Pegawai Penyiasat] [PSP-2]; Izani Bin Idris [Majikan] [PSP-3]; Nikkinesh Devian a/l Surendharan Kumar [Defendan Pertama] [PSD-1]; Samson @ Shamsul Bin Isa [bagi pihak Defendan Kedua] [PSD-2]; Noor Maziana Binti Mazlam [bagi pihak Defendan Ke-empat] [PSD-3]; dan Mohd Zaidi Bin Mohd Nor [bagi pihak Defendan Ke-lima] [PSD-4] A. LIABILITI [ 9 ] Versi / Tuntutan Plaintif: a) Merujuk Penyata Tuntutan Plaintif Terpinda bertarikh 26.11.20241 : Pada atau kira-kira 1.3.2018, Wan Mohammad Firman Bin Wan Yunus 1 Rujuk Ikatan J mukasurat 8 dan (Arwah) secara sah disisi undang-undang sedang menunggang Motorsikal No.DCY 3445 dari Kampung Berek menghala ke Pasir Tumboh dan apabila sampai diatau berhampiran Jalan Pasir Tumboh, berhadapan Sekolah Kebangsaan 6 Tiong, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim, Wan Монаммad Firman Bin Wan Yunus (simati) telah melalui sebuah bonggol yang tidak kelihatan kerana tidak dicat dengan sebarang garisan kuning atau putih serta tidak diletakkan papan tanda amaran, dan/atau kon, pengawal flagman serta/atau lampu-lampu bagi memberi amaran kehadiran bonggol yang baru dibina oleh pihak Defendan Ketiga. Akibatnya, Motorsikal No. DCY 3445 yang ditunggang oleh Wan Mohammad Firman Bin Wan Yunus (simati) telah hilang kawalan dan tercampak masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar oleh Defendan Pertama yang memandu Motorkar No. DBC 9357 dengan keizinan dan atau sebagai pengkhidmat atau ejen pihak Defendan Kedua. b) Pihak Defendan Keempat dan Kelima bertanggungan secara vikarus dan mempunyai tanggungjawab kewajipan statutory duty keatas segala kecuaian serta kelalaian pihak Defendan Ketiga pada masa material di dalam kegagalan pembinaan dan/atau penyelenggaraan dan/atau pengendalian dan/atau penyempurnaan kerja-kerja bonggol jalan tersebut dengan selamat serta kegagalan dalam memberi amaran yang secukupnya bagi pengguna-pengguna jalan raya di Kawasan tersebut. Pihak Defendan Keempat juga gagal membuat sebarang semakan dan/atau pemantauan dan/atau penelitian keatas kerja-kerja pembinaan bonggol yang dikontrakkan kepada Defendan Ketiga pada masa material bagi memastikan kerja-kerja pembinaan bonggol tersebut dijalankan dengan sempurna dan selamat serta mematuhi peraturan dan undang-undang. c) Menurut Laporan polis Plaintif Kedua2 di Exibit P7: Pada 1/3/2018 jam lebih kurang 2230hrs saya dapat tahu anak saya Wan Mohammad Firman Bin Wan Yunus IC No 991022-03-5037 telah meninggal dunia di Jalan Pasir Tumboh berhadapan SK Tiong dan semasa kemalangan berlaku terdapat bonggol yang tidak mempunyai garisan kuning serta papan tanda amaran bonggol di hadapan juga tiada dan keadaan yang gelap tiada lampu jalan akibat dari bonggol yang tidak mengikut spesifikasi itu anak saya menjadi mangsa keadaan dan ketika kejadian anak saya telah tercampak masuk ke laluan bertentangan dan menyebabkan pelanggaran dan membawa kepada kematian anak lelaki saya berkait Repot (T) 1394/18. Tujuan saya repot adalah untuk membuat tuntutan kepada pihak yang berkenaan. d) Rujuk Penyata Tuntutan Plaintif3 : 2 Rujuk Ikatan B mukasurat 3 3 Rujuk Ikatan J mukaurat 9-13 9.
i
Isu pertama: Ianya adalah keterangan SD 2 iaitu Penyelia tapak Nawa Trading (Defendan Ketiga) bahawa bonggol tidak dicat pada masa material kerana akan ada minyak dan ianya licin menyebabkan cat meleleh dan tertanggal, maka selepas 3 hari baru bonggol akan dicat. Dihujahkan bahawa alasan bonggol berminyak dan cat meleleh merupakan satu pemikiran semula oleh Defendan Ketiga kerana fakta ini adalah satu kenyataan yang amat penting namun tidak diplidkan oleh Defendan Ketiga di dalam pembelaannya. Maka satu inferens boleh dilukis bahawa ini adalah keterangan yang merupakan pemikiran kemudian (afterthought). Ini merupakan pembelaan Defendan Ketiga yang dicipta baru-baru ini (hanya semasa SD 2 memberi keterangan) dalam erti kata lain, pembelaan ini seolah-olah 'kept up its sleeve' dan didedahkan buat kali pertama kerana langsung tidak diplidkan dalam pembelaan yang difailkan mahupun didedahkan dalam penyata saksi SD 2 yang difailkan. Menurut kes Cheong Heng Loong Goldsmiths (KL) Sdn Bhd & Anor v. Capital Insurance Bhd [2004] 1 CLJ 3579 : "... once a defendant takes that course, he must stand and fall on his pleaded case; we cannot simultaneously put forward an unpleaded case..." Dalam kes Blay v. Pollard & Morris [1930] 1 KB 628, 10 Scrutton LJ ruled: "Cases must be decided on the issues on the record; and if it is desired to raise other issues there must be pleaded on the record by amendment."
II
(ii) Isu Kedua: SD 3 turut menyatakan bahawa bonggol tidak dicat pada masa kemalangan sebagai suatu prosedur kerja pembinaan bonggol dan perkara ini disokong oleh SD4 Penolong Jurutera JKR bahawa ianya adalah normalisasi bahawa bonggol akan dicat pada hari ketiga pembinaan. Pada setiap masa matan, Defendan keempat dan kelima telah memplidkan bahawa kemalangan ini adalah akibat kecuaian Defendan Ketiga seperti berikut: a) gagal membina bonggol mengikut garis panduan yang ditetapkan; b) gagal menjalankan kerja-kerja yang diawardkan oleh Defendan Keempat dengan baik dan selamat untuk pengguna-pengguna jalanraya; c) gagal membina bonggol yang selamat dan sempurna untuk pengguna-pengguna jalanraya; d) gagal meletakkan papan tanda amaran bonggol jalan; e) Sekiranya bonggol masih dalam proses pembinaan, gagal meletakkan kon, papan tanda, lampu amaran, flagman serta amaran-amaran lain untuk memberi makluman kepada pengguna-pengguna jalanraya; f) Gagal memberi apa-apa amaran berkenaan kerja-kerja pembinaan bonggol tersebut; g) Gagal membina jalur rentas kuning pada jalan menuju ke bonggol tersebut; h) Gagal mengambil tindakan atau langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan kemalangan tersebut; i) Mewujudkan situasi cemas dan merbahaya serta mustahil untuk simati dan Defendan Pertama bagi mengelakkan kemalangan tersebut; Rujuk penyata pembelaan Defendan keempat dan kelima bertarikh 27.11.2024 j) Gagal mematuhi kontrak serta garis panduan dalam pembinaan bonggol jalan yang selamat yang telah ditetapkan oleh Defendan Keempat; Dihujahkan bahawa keterangan SD 4 ini bertentangan dengan pliding yang difailkan oleh Defendan Keempat dan Kelima kerana bersifat mengabaikan Pembelaan yang difailkan. Keterangan SD 4 tidak konsisten dengan versi yang dikemukakan dalam pembelaannya. [ 10 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahan sekiranya ianya merupakan satu prosedur kerja untuk mengecat bonggol pada hari ketiga, mengapakah prosedur ini tidak dinyatakan dalam mana-mana surat kerja / kontrak yang dikemukakan oleh Defendan Ketiga dan keempat di Mahkamah termasuk butiran kerjadi Exibit P20, Dokumen cadangan kerja-kerja pembinaan bonggol di Exibit P21 dan Lukisan Piawaian Plan di Exibit P19? Merujuk kepada Seksyen 103 of the Evidence Act 1950 ("the Evidence Act")12 : 103. The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. [ 11 ] Mahkamah mendapati versi SD 2 dan SD 4 bersifat janggal, pemikiran semula dan tidak munasabah. Lebih-lebih lagi, dalam apa jua keadaan, tidak ada bukti untuk menyokong pengataan /averment kosong [ 12 ] Mahkamah juga mendapati tiada dokumen kontemporari (contemproneous document) yang dikemukakan untuk menyokong bahawa ianya adalah satu prosedur kerja / syarat untuk mengecat selepas 3 hari akibat factor berminyak dan licin. Ini tidak tertera di dalam mana-mana piawaian surat kerja yang dikemukakan semasa perbicaraan ini. Langsung tiada apa-apa bukti, dokumen mahupun pembelaan untuk Mahkamah bersandarkan keterangan ini. [ 13 ] Dalam kes Superintendent of Lands and Surveys Kuching Division & Anor v. Mohamad Rambli b Kawi [2014] CLJU 851; [2014] 1 LNS 85113 ianya telah diputuskan seperti berikut: "The standard of proof in civil cases is upon a balance of probabilities. This balance of probabilities is not the proof beyond reasonable doubt required in criminal cases. This balance of probabilities may be visualized as a scale with the plaintiff placing his evidence on one side and the defendant likewise on the other. The court evaluates the evidence as to the weight it carries. Of course incredible evidence carries no weight. Denials without evidence to justify the denial likewise can carry no weight, and hence the term "bare denial". At the end of the case, the Court determines who, between the plaintiff and the defendant, has placed such evidence that the scale tilts in his favour." [ 14 ] Saksi Defendan keempat iaitu SD3 yang merupakan Jurutera Jalan - Noor Maziana Binti Mazlam telah mengemukakan Exibit D 19 - surat pemberitahuan penerimaan kerja perlantikan terus bersama Application of standard temporary signs , standard road hump dan standard temporary signs serta surat setuju terima. Pada masa material, SD 3 mengatakan bahawa dokumen iringan Application of Standard Temporary Signs tersebut hendaklah dipatuhi oleh Defendan Ketiga dalam penyiapan projek bonggol tersebut. Jika dilihat pada gambar-gambar di adalah amat jelas bahawa tiada sebarang pematuhan oleh Defendan Ketiga akan piawaian Application of standard temporary signs , standard road hump dan standard temporary signs . Ini boleh dilihat kerana tiada kon, tiada flagman, tiada lampu amaran berkelip-kelip, tiada garisan kuning pada jalan menghala ke bonggol, tiada cat di atas bonggol serta tiada papan tanda amaran sementara pada masa material. [ 15 ] Dalam keterangan Defendan Keempat dan kelima pula menyatakan bahawa Defendan Ketiga merupakan kontraktor bebas dan kemalangan yang berlaku dalam tempoh kontrak adalah tanggungjawab Defendan Ketiga sahaja. Mahkamah berpendapat berdasarkan Prinsip Vikarious Liability, Defendan Ketiga ialah sebuah syarikat yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya(JKR) iaitu Defendan keempat untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bonggol melalui surat Perlantikan Terus ke atas jalan yang berkenaan. Defendan Ketiga melakukan kerja-kerja dan tugasannya sebagai ejen dan/atau pekerja dan/atau pengkhidmat kepada Defendan Keempat. [ 16 ] Plaintif dalam tuntutannya menyatakan kemalangan yang berlaku terhadapnya adalah disebabkan oleh kecuaian sepenuhnya dan/ atau sebahagiannya sumbangan daripada Defendan Ketiga daripada menjalankan tugas-tugas dan kerja-kerjanya sebagai ejen dan/ atau pengkhidmat dan/ atau pekerja dan dengan kebenaran daripada Defendan keempat dan juga kecuaian sepenuhnya dan/ atau sebahagiannya cuai sumbangan daripada Defendan keempat dan Defendan Kelima yang bertanggungjawab di atas kecuaian Defendan Ketiga secara vikarius. Dalam keadaan Defendan 3 adalah bertanggungan terhadap Plaintif-plaintif maka Defendan Keempat dan kelima juga adalah terikat dengan kecuaian ‘tort’ oleh Defendan 3 dalam pelaksanaan pembinaan bonggol tersebut menurut prinsip vicarious liability. [ 17 ] Apabila Defendan keempat yang melantik serta memberi arahan dan syarat kepada Defendan ketiga dalam projek pembinaan bonggol tersebut. Maka Mahkamah mendapati Defendan keempat mempunyai hubungan 'employer employee relationship' dan sebarang kecuaian tort Defendan Ketiga adalah 'in the course of employment'. Defendan keempat yang merupakan satu badan yang dibawah naungan Defendan Kelima selaku Jabatan yang dilantik oleh Defendan Kelima untuk menyeleggara jalanraya di negara ini. [ 18 ] Seterusnya Mahkaamh ini berpendapat Prinsip tanggungan kewajipan Statutori oleh Defendan Keempat dan Kelima kepada Plaintif. Defendan Keempat dan Kelima tidak boleh mengecualikan dirinya daripada kecuaian Defendan Ketiga. Merujuk kes Sajid Dilwarkhan V. Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya & Ors [2020] Clju 218832 "Section 7 of the GPA 1956 makes it clear that the maintenance of public roads is one of the public duties of the defendants. As it is not disputed that the road in question is under the care and maintenance of the defendants, it follows that the defendants are under a public duty to maintain the public road in question within the meaning of subs 7(2) of the GPA 1956. A public duty which is imposed upon the defendants under the GPA 1956 is in the nature of a statutory duty; a statutory duty is defined as any duty imposed by any written law (sub-s 2(2) of the GPA 1956). In other words, the maintenance of public roads is the defendants ' s tatutory duty The main thrust of the plaintiff's case is that in the exercise of their public duties in the maintenance of the public roads, the defendants were negligent. Subsection 7(3) of the GPA 1956 expressly stipulates that a suit for damages arising out of negligence in the execution of any works of construction or maintenance may be brought against the defendants. Does the plaintiff's suit fall within the ambit of this subsection? In the context of the present case, the maintenance of public roads includes the act of maintaining ie, the act of keeping the public roads in good repair and condition by conducting regular inspections and necessary repairs. It goes without saying that keeping public roads in good repair and condition also goes toward ensuring that the public roads do not pose any danger to road users. Indeed, under the GPA 1956 it is the defendants' statutory duty to construct and maintain public roads which are intended for the use of the general public. Accordingly, the maintenance of public roads includes the regular inspection of public roads and the act of carrying out timeous and prompt repair and maintenance works to keep the public roads in good repair and condition. It follows that where as in this case, notwithstanding the defendants' knowledge of the existence of the potholes the defendants failed to promptly repair the potholes and thereby left the public road in a state of disrepair. Of particular significance is the defendants' stated position that the public road in question is a busy thoroughfare used by heavy vehicles including lorries, buses and prime movers. Given the defendants' stand, it is incumbent upon the defendants to conduct regular inspections and effect timeous and prompt repair to the pot holes to reduce the risk of danger to road users. As such, the defendants in failing to maintain the public road in question have failed to discharge their statutory duty under sub-s 7(2) of the GPA
1956
1956." (emphasis added) [ 19 ] Berdasarkan kes diatas, Mahkamah ini bersetuju bahawa Defendan keempat dan kelima mempunyai kewajipan untuk memantau kerja-kerja Defendan Ketiga supaya dijalankan dengan syarat keselamatan yang ditetapkan. Manakala sebarang kecuaian Defendan Ketiga tidak boleh mengecualikan / melepaskan Defendan Keempat dan Kelima dengan mewakilkan atau melepaskan kewajipan berkanunnya kepada Defendan ketiga. Ini adalah kerana Defendan Keempat dan Kelima mempunyai tanggungjawab statutory (berkanun) kepada pengguna jalanraya seperti arwah. Selanjutnya, Defendan keempat tidak boleh mengecualikan sebarang liability sepertimana keterangan SD 3 bahawa sekiranya berlaku kemalangan, pihak yang perlu dipertanggungjawabkan adalah Defendan Ketiga. [ 20 ] Oleh yang demikian dengan tiadanya sebarang pengecualian tanggungjawab klausa indemniti secara bertulis mahupun lisan adalah jelas secara ‘implied’ jika berlaku sebarang kecuaian dan atau kemalangan pihak Defendan Keempat dan Kelima turut cuai dan tidak boleh dikecualikan dan berkait terus dengan kecuaian Defendan ketiga. [ 21 ] Defendan Keempat selaku majikan yang memberikan kontrak kepada Defendan Ketiga gagal memantau kerja-kerja pembinaan bonggol oleh Defendan Ketiga. Namun sepertimana keterangan SD 3, lawatan ke tapak dilakukan oleh kakitangan Defendan keempat hanya setelah pembinaan siap dan bukan sepanjang tempoh kontrak tersebut bagi tujuan pelepasan wang tender. Ini sekaligus menimbulkan keadaan dimana kontrak bebas melakukan kepincangan prosedur dan syarat kerana tahu tiada pemantauan. Sebaliknya Saksi SD 4 memberi keterangan BERCANGGAH bahawa telah pergi ke tapak namun tiada rekod bahawa beliau telah pergi ketapak untuk membuktikan pengataannya. [22 ] Mahkaamh dirujuk kepada kes Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Sdn Bhd v. Kim Seng Enterprise (Kedah) Sdn Bhd [2013] 6 CLJ 958 yang telah menggariskan tiga (3) perkara yang perlu dibuktikan apabila bergantung kepada kuasa tindakan Tort kecuaian. YA Abdul Malik Ishak HMR dalam penghakimannya telah menggariskan perkara-perkara tersebut iaitu:
i
that the defendant owes the claimant plaintiff a duty of care;
II
(ii) that the defendant is in breach of that duty of care; and
III
(iii) that the claimant plaintiff suffers damage as a result of that breach of duty and that damage is not too remote. [ 23 ] Berdasarkan prinsip undang-undang 'but for test', akibat bonggol yang tidak dikawal selamat bagi pengguna jalanraya oleh Flagman, tiada kon / lampu amaran serta tidak dicat dan tidak dibina mengikut spesifikasi / piawaian - Arwah tidak dapat melihat kehadiran bonggol tersebut sehingga melanggarinya dan hilang kawalan serta tercampak sehingga mengakibatkan kemalangan maut ini. Dalam erti kata lain, kemalangan ini tidak akan berlaku 'but for' kecuaian Defendan Ketiga. Laporan post mortem di Exibit P636 juga turut mengesahkan punca kemalangan adalah akibat arwah hilang kawalan setelah melanggar bonggol di jalanraya dan dilanggar pula oleh motorcar Defendan Pertama. Manakala kecuaian sertaan turut disumbang oleh kegagalan Defendan Keempat selaku badan kerajaan yang diwartakan melalui Defendan Kelima harus bertanggungjawab terhadap 'public liability / pengguna jalanraya ' dalam memastikan atau membuat pemantauan / seliaan terhadap Defendan Ketiga supaya mematuhi segala piawaian dan factor keselamatan pada setiap masa material kontrak pembinaan bonggol dijalankan sehingga la tamat projek tersebut. Defendan keempat dan kelima turut bertanggungjawab atas kecuaian Defendan ketiga menurut prinsip kewajipan statutory serta terikat dengan pembelaan yang difailkan dimana Defendan keempat dan kelima turut memplidkan bahawa Defendan Ketiga gagal menurut syarat yang ditetapkannya. [ 24 ] Setelah mendengar keterangan segala keterangan saksi-saksi dan juga dokumen-dokumen yang ditanda sebagai Eksibit adalah tidak dinafikan bahawa kecuaian simati LANGSUNG TIDAK TERBUKTI oleh mana-mana pihak Defendan. Mahkamah ini bersetuju bahawa secara lazimnya dalam kemalangan maut disebabkan hanya adanya keterangan satu pihak sahaja tidak memastikan versi pihak tesebut adalah benar dan ini adalah disebabkan dengan tujuan mengelak tindakan. Dengan adanya keterangan dan juga bukti-bukti dokumentasi yang ditanda sebagai Eksibit adalah tidak dinafikan bahawa kesemua Defendan-Defendan dalam tindakan ini sumbang cuai punca kemalangan dan kematian simati. Oleh itu Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kecuaian tort terhadap Defendan-Defendan Ketiga, Keempat dan Kelima setakat 80% dan Kecuaian sumbangan terhadap Defendan Pertama setakat 20% atas kemalangan ini. B. KUANTUM: - TUNTUTAN PLAINTIF PERTAMA DAN KEDUA DI BAWAH SEKSYEN 7, UNDANGUNDANG SIVIL 1956 (DISEMAK 1972), DAN DIPINDA DI BAWAH AKTA 1984. [ 29 ] Plaintif Pertama dan kedua adalah ibu bapa yang sah kepada arwah, Wan Mohammad Firman bin Wan Yunus yang telah meninggal dunia akibat kemalangan ini. Maka, Plaintif Pertama dan Kedua ini menuntut ganti rugi berjumlah RM 10,000.00 bagi kedukacitaan seperti mana diperuntukkan di bawah Seksyen 7 (3A) Akta Undang-Undang Sivil 1956. [ 30 ] Perbelanjaan bagi pengkebumian. Menurut keterangan SP 1, ibunya, kos penguburan serta kos sembahyang, keagamaan, makanan, derma dan upacara adat adalah lebih kurang RM 10,000.00. Sebagai orang Islam, perbelanjaan pengebumian akan berada di bawah khairat yang tidak memerlukan bukti perbelanjaan. Maka, ganti rugi kos pengkebumian yang dihujahkan adalah sebanyak RM 10, 000.00. [ 31 ] Bagi tuntutan kehilangan tanggungan, SP 1 iaitu ibu kepada arwah telah memberi keterangan bahawa arwah bekerja sebagai pelayan café di Nanie's Enterprise. Arwah turut memberikan sebanyak RM 1,000.00 sebulan kepada Ibunya bagi pengurusan rumah, pembayaran bil serta ubatan. SP 1 juga memberitahu bahawa arwah pernah memberitahunya bahawa gaji beliau adalah lebih kurang RM 1,600.00 sebulan dan arwah juga membuat kerja lebih masa (overtime) dimana waktu kerjanya adalah dari jam 7 pagi hingga 8 malam. [ 32 ] Menurut keterangan majikan kepada arwah iaitu SP 3 iaitu pemilik perniagaan Nanie's Enterprise juga mengesahkan bahawa arwah bekerja di Café beliau sebagai pelayan sejak 1.2.2017 sehingga tarikh kemalangan melalui Exibit P1738 . Tugas-tugas arwah adalah untuk membersihkan café, set up café iaiatu susun pinggang magkuk, mengambil pinggang mangkuk dari meja pelanggan dan juga mencucinya. [ 33 ] SP 3 juga telah memberikan keterangan dan mengemukakan salinan slip-slip gaji arwah yang membuktikan gaji arwah adalah dalam lingkungan RM 1525.00 sehingga RM 1660.00 sebulan termasuk gaji pokok, overtime dan elaun kedatangan. Gaji dibayar secara tunai dan tiada potongan KWSP dan SOCSO atas permintaan arwah sendiri. [ 34 ] Laporan post mortem juga turut mengesahkan bahawa arwah bekerja sebagai pembantu di restoran. Ini merupakan maklumat awal yang dibekalkan oleh waris arwah kepada pihak Hospital yang mana wajar diambilkira kerana pada masa tersebut tidak akan terlintas di fikiran waris arwah untuk mereka - reka mengenai pekerjaannya. [ 35 ] Dalam pliding dinyatakan bahawa arwah memberikan RM 1,000.00 sebulan kepada Plaintif-Plaintif sebagai wang pembiayaan/ pengurusan perbelanjaan harian dan keterangan ini gagal dipatahkan oleh Defendan-Defendan. SP 1 mempunyai seorang anak OKU yang mana segala pendapatan beliau digunakan untuk beliau, maka suami dan SP 1 hanya bergantung kepada wang pembiayaan daripada arwah selaku satu - satunya anak lelaki bongsu daripada 5 orang adik beradik yang mana seorang kakak telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, seorang lagi kakak sedang belajar di Kuala Lumpur dibawah biasiswa kerajaan di UNPM dan kakak keempat pula belajar di UNIMAS di bawah biasiswa serta kakak sulung adalah OKU. [ 36 ] Maka kehilangan tanggunggan adalah seperti berikut: Arwah berumur 18 tahun semasa kemalangan. Maka bagi mereka yang meninggal dunia sebelum berumur tiga puluh tahun menurut Akta Undangundang Sivil 1956 ('CLA') ialah 16 tahun. RM 1000 x 12 bulan x 16 tahun = RM192,000.00 [ 37 ] Secara kesimpulannya, tuntutan bagi kehilangan tanggunggan adalah berikut: a) Kedukacitaan: RM10,000 b) Kos pengkebumian: RM10,000 c) Kehilangan tanggungan: RM192,000 [ 38 ] Selanjutnya Plaintif-Plaintif juga turut menuntut award bagi gantirugi teruk dan teladan kerana Defendan keempat dan kelima gagal memantau kerja-kerja pembinaan bonggol tersebut oleh Defendan ketiga dan hanya melawat tapak setelah kerja disiapkan bagi tujuan pembayaran tender. [ 39 ] Jumlah insuran yang diambil oleh Def 3 juga hanya berjumlah RM19,900 yang mana langsung tidak mencukupi sepertimana dalam kes kemalangan ini. Prasyarat kontrak oleh Def keempat dan Kelima harus diteliti dan memastikan Def 3 mempunyai insuran yang mencukupi sekiranya musibah berlaku. Dalam kes ini juga pihak Allianz insuran telah menamatkan polisi sebelum tamat tempoh kontrak berakhir atas alasan yang langsung tidak diperjelaskan oleh Def 3 semasa perbicaraan ini; kini Def 3 diwakili oleh peguam persendirian. Oleh itu Plaintif memohon sebanyak RM 50,000.00 bagi Gantirugi Teladan Dan Teruk. KESIMPULAN [ 40 ] Berdasarkan fakta dan dokumen serta hujahan kedua pihak, Mahkamah berpendapat pihak Plaintif telah Berjaya membuktikan kesnya. Oleh itu Mahkamah bersetuju bahawa Defendan 4 & Defendan 5 sumbang cuai 80% Sekian terima kasih. ………………….t.t……..……………. HJ.EFFANDI NAZILA HJ.ABDULLAH Hakim Sesyen Bertarikh pada 1 Februari, 2026.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.