Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO:
DA-A53KJ-124-02/2021
Sessions Court of Malaysia27 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“also pointed out that "as the trial judge had decided on an issue which was not raised in the pleadings, the judgment must be set aside and new trial ordered" (see also: Haji Mohamed Dorn v. Sakiman [1955] CLJU 26; [1955] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal”
“and new trial ordered" (see also: Haji Mohamed Dorn v. Sakiman [1955] CLJU 26; [1955] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 1 LNS 26; [1956] MLJ 45; and Kiaw Aik Hang Co Ltd v. Tan Tien Choy [1963] CLJU 59; [1963] 1 LNS 59; [1964] MLJ 99). [34] For the purpo”
“akiman [1955] CLJU 26; [1955] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 1 LNS 26; [1956] MLJ 45; and Kiaw Aik Hang Co Ltd v. Tan Tien Choy [1963] CLJU 59; [1963] 1 LNS 59; [1964] MLJ 99). [34] For the purpose of the present appeal, we will only consider the plea”
“Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 1 LNS 26; [1956] MLJ 45; and Kiaw Aik Hang Co Ltd v. Tan Tien Choy [1963] CLJU 59; [1963] 1 LNS 59; [1964] MLJ 99). [34] For the purpose of the present appeal, we will only consider the pleaded case of the parties before u”
“(M) Bhd v. Luqman Kamil Mohammed Don [2012] 3 CLJ 551; [2012] MLJU 56 FC). [31] On the same issue, HRH Raja Azlan Shah FJ (as HRH then was) in TheChartered Bank v. Yong Chan [1974] CLJU 178; [1974] 1 LNS 178; [1974] 1 MLJ 157, had also pointed out that "as the trial judge had decided on an issue which was not raised in”
“is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see: State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar Mat Amin v. Abdullah Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 1 L”
“llowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see: State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar Mat Amin v. Abdullah Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 1 LNS 74; [1989] 3 MLJ 313). In Blay v. Pollard & Morris [1930] 1 KB 628, Scrutton LJ ruled that:”
“(M) Bhd v. Luqman Kamil Mohammed Don [2012] 3 CLJ 551; [2012] MLJU 56 FC). [31] On the same issue, HRH Raja Azlan Shah FJ (as HRH then was) in TheChartered Bank v. Yong Chan [1974] CLJU 178; [1974] 1 LNS 178; [1974] 1 MLJ 157, had also pointed out that "as the trial ju”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO:
1
NIKKINESH DEVIAN A/L SURENDHARAN KUMAR (No. K/P:970317-03-5875)
2
SURENDHARAN KUMAR A/L MADHAVAN (No. K/P:650209-03-5437) …PERAYU-PERAYU
1
WAN YUNUS BIN WAN ABDUL RAHIM (No. K/P: 601206-03-5385)
2
HABSAH BINTI MAT NAYAN (No. K/P: 630302-02-5702) (menuntut sebagai Ibu Bapa serta tanggunggan yang sah kepada WAN MOHAMAD FIRMAN BIN WAN YUNUS, simati)
3
3.
4
4.
5
KERAJAAN KELANTAN …RESPONDEN-RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: BA-A53KJ-124-02/2021
1
WAN YUNUS BIN WAN ABDUL RAHIM (No. K/P: 601206-03-5385)
2
HABSAH BINTI MAT NAYAN …PLAINTIF-PLAINTIF (No. K/P: 630302-02-5702) (menuntut sebagai Ibu Bapa serta tanggunggan yang sah kepada WAN MOHAMAD FIRMAN BIN WAN YUNUS, simati)
1
NIKKINESH DEVIAN A/L SURENDHARAN KUMAR (No. K/P:970317-03-5875)
2
SURENDHARAN KUMAR A/L MADHAVAN (No. K/P:650209-03-5437)
3
3.
4
4.
5
KERAJAAN NEGERI KELANTAN …DEFENDAN – DEFENDAN) ________________________________________________________________ PENGHAKIMAN ________________________________________________________ PENDAHULUAN [ 1 ] Kemalangan ini melibatkan Wan Mohamad Firman Bin Wan Yunus, simati Plaintif yang menunggang Motorsikal No. DCY 3445 dan telah meninggal dunia akibat terlanggar sebuah bonggol dalam proses pembinaan (oleh syarikat Defendan Ketiga) yang mengakibatkan arwah terpelanting kearah bertentangan dan dilanggar oleh Motorkar No. DBC 9357 yang dipandu oleh Defendan Pertama. [ 2 ] Defendan Ketiga adalah sebuah syarikat kontraktor bebas yang telah diberikan kontrak membuat kerja-kerja pembinaan bonggol oleh defendan Keempat dan kelima. [ 3 ] Defendan keempat dinamakan sebagai pihak yang bertanggungjawab berdasarkan kepada prinsip vicarious liability yang berlandaskan hubungan majikan - pekerja dimana Defendan Keempat telah melantik dan menawarkan kontrak ini kepada syarikat Defendan Ketiga untuk membina bonggol tersebut. Pada kesemua masa material, Defendan Ketiga berada di bawah pengurusan, pengawalan dan / atau penyeliaan Defendan Keempat. [ 4 ] Defendan keempat selaku Jabatan Kerja Raya telah diwartakan / dipertanggungjawabkan oleh Defendan Kelima bagi membina, menjaga, mengendalikan, mengekalkan, menyelenggarakan serta memastikan keselamatan infrastruktur awam dan kesemua jalanraya di jajahan Kelantan adalah selamat digunakan selaras dengan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [AKTA 133]. [ 5 ] Defendan Kelima adalah bertanggunggan kecuaian secara vikarius dan mempunyai tanggungjawab kewajipan statutori bagi memastikan jalan itu adalah selamat untuk kesemua pengguna jalanraya yang mana kewajipan tersebut tidak boleh dipindahkan kepada pihak ketiga. [ 6 ] Plaintif Pertama dan Kedua telah membawa tindakan ini sebagai waris / ibubapa yang sah kepada Wan Mohamad Firman Bin Wan Yunus, arwah dibawah Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956. [ 7 ] Setelah mendengar keterangan semua pihak dan hujahan bertulis , maka atas imbangan kebarangkalian Mahkamah memutuskan Defendan Pertama bertanggungan 20% dan Defendan Ketiga, Keempat dan Kelima bertanggungan 80%. ISU [ 7 ] Isu yang Mahkamah ini perlu pertimbangkan seperti berikut i) Samada plaintif telah berjaya membuktikan di atas imbangan kebarangkalian kecuaian sepenuhnya / kecuaian sertaan terhadap Defendan Pertama selaku pemandu Motorkar No. DBC 9357? ii) Samada Plaintif berhak keatas gantirugi Am, khas, gantirugi teladan dan gantirugi teruk yang dituntut? [ 8 ] Seramai tujuh saksi telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan ini, saksi-saksi berikut telah memberi keterangan: - Habsah Binti Mat Nayan [Plaintif Kedua] [PSP-1]; Insp.Fauziah Binti Ahmad Lee [Pegawai Penyiasat] [PSP-2]; Izani Bin Idris [Majikan] [PSP-3]; Nikkinesh Devian a/l Surendharan Kumar [Defendan Pertama] [PSD-1]; Samson @ Shamsul Bin Isa [bagi pihak Defendan Kedua] [PSD-2]; Noor Maziana Binti Mazlam [bagi pihak Defendan Ke-empat] [PSD-3]; dan Mohd Zaidi Bin Mohd Nor [bagi pihak Defendan Ke-lima] [PSD-4] [ 9 ] Versi / Tuntutan Plaintif: a) Merujuk Penyata Tuntutan Plaintif Terpinda bertarikh 26.11.20241 : Pada atau kira-kira 1.3.2018, Wan Mohammad Firman Bin Wan Yunus 1 Rujuk Ikatan J mukasurat 8 dan (Arwah) secara sah disisi undang-undang sedang menunggang Motorsikal No.DCY 3445 dari Kampung Berek menghala ke Pasir Tumboh dan apabila sampai diatau berhampiran Jalan Pasir Tumboh, berhadapan Sekolah Kebangsaan 6 Tiong, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim, Wan Монаммad Firman Bin Wan Yunus (simati) telah melalui sebuah bonggol yang tidak kelihatan kerana tidak dicat dengan sebarang garisan kuning atau putih serta tidak diletakkan papan tanda amaran, dan/atau kon, pengawal flagman serta/atau lampu-lampu bagi memberi amaran kehadiran bonggol yang baru dibina oleh pihak Defendan Ketiga. Akibatnya, Motorsikal No. DCY 3445 yang ditunggang oleh Wan Mohammad Firman Bin Wan Yunus (simati) telah hilang kawalan dan tercampak masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar oleh Defendan Pertama yang memandu Motorkar No. DBC 9357 dengan keizinan dan atau sebagai pengkhidmat atau ejen pihak Defendan Kedua. [ 10 ] Versi / Pembelaan Def Pertama dan Kedua: a) Menurut laporan polisnya , beliau memandu M/kar No.DBC 9357 dari arah Wakaf Che Yeh ke Pasir Tumbuh melalui Jalan Pasir Tumboh - Wakaf Che Yeh dan apabila sampai di depan Sekolah Kebangsaan Tiong, saya memperlahankan M/kar saya kerana ada bonggol di hadapan sekolah tetapi dengan tiba-tiba sebuah M/sikal No.DCY 3445 jenis Yamaha Lagenda yang dari arah bertentangan telah memasuki laluan saya dan telah melanggar m/kar saya pada bahagian depan sebelah kanan. C. PRINSIP UNDANG-UNDANG DALAM KES KEMALANGAN JALANRAYA [ 11 ] Prinsip undang-undang yang mantap ialah Plaintif selaku orang yang mendakwa kecuaian Defendan perlu membuktikan kes seperti dalam maxim Affirmati, non neganti incumbit probation yang bermaksud the proof lies upon him who affirms, not on him who denies. Maxim ini direfleksikan dalam Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan:
101
(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. [ 12 ] Kausa tindakan Plaintif dalam kes kemalangan yang melibatkan Plaintif mengalami kecederaan/kehilangan nyawa akibat kemalangan jalanraya yang dikatakan akibat kecuaian defendan. Plaintif mempunyai bebanan pembuktian untuk membuktikan kesnya tanpa mengira samaada Defendan memanggil saksi atau tidak. Dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151; [1971] 2 MLJ 175 FC, Mahkamah Persekutuan memutuskan: " In a negligence action the onus of proof rests wholly on the Plaintiff, whether or not the Defendant gives evidence. The Plaintiff cannot succeed without proof of the Defendant's negligence. Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of the inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily of itself. " D. DAPATAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH ATAS ISU LAIBILITI [ 13 ]. Beban pembuktian ke atas Plaintif adalah atas imbangan kebarangkalian /on the balance of probabilities. Plaintif perlu membuktikan bahawa punca berlakunya kemalangan ini adalah akibat arwah yang pada masa itu sedang menunggang Motorsikal No. DCY 3445 dan telah melanggar bonggol yang tidak kelihatan lalu mengakibatkan Motorsikal tersebut hilang kawalan dan berlanggar dengan Motorkar No. DBC 9357. [ 14 ] Mahkamah mendapati Plaintif telah berjaya diatas imbangan kebarangkalian dalam membuktikan bahawa punca utama kemalangan ini adalah akibat bonggol yang tidak dibina mengikut spesifikasi, bonggol yang tidak dicat, tiada papan tanda amaran dan atau kon, bonggol yang tidak dikawal oleh flagman bagi memberi amaran serta tiada kawalan lampu-lampu amaran sedangkan kerja-kerja pembinaan (tempoh kontrak) adalah dari sehingga 8.3.2018 menurut kontrak .. [ 15 ] Dalam Penyata Pembelaan Defendan Pertama dan Kedua turut memplidkan bahawa Defendan Ketiga, keempat dan Kelima adalah cuai kerana bonggol yang dibina oleh Defendan Ketiga adalah tidak selamat dan sempurna untuk pengguna-pengguna jalanraya yang mana tidak ditanda dengan warna kuning, kegagalan memberikan sebarang amaran akan kewujudan bonggol tersebut, gagal meletakkan papan tanda amaran bonggol di jalan tersebut, serta gagal menyelenggara bonggol di jalanraya tersebut. [ 16 ] Pliding Plaintif serta Defendan pertama, kedua, keempat dan Kelima turut disokongi oleh keterangan saksi pegawai penyiasat SP 2, keterangan Plaintif Kedua SP 1 dan gambar-gambar di Exibit P13 A-L 6 dan Exibit P87 yang mana adalah amat jelas bahawa tiada kon, tiada flagman, tiada lampu amaran berkelip - kelip, tiada garisan kuning pada jalan menghala ke bonggol, tiada cat di atas bonggol serta tiada papan tanda amaran pada masa material. Setelah berlakunya kemalangan ini Defendan Ketiga baru bertindak untuk mengecat bonggol tersebut dengan cat putih sepertimana dilihat di mukasurat 4 - Exibit P8. [ 17 ] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Samuel Naik Siang Ting [2015] 8 CLJ8 yang telah memutuskan mengenai isu pliding secara terperinci seperti berikut: "[29] It is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see: State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar Mat Amin v. Abdullah Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 1 LNS 74; [1989] 3 MLJ 313). In Blay v. Pollard & Morris [1930] 1 KB 628, Scrutton LJ ruled that: "Cases must be decided on the issues on the record; and if it is desired to raise other issues there must be pleaded on the record by amendment." [30] The Supreme Court in Lee Ah Chor v. Southern Bank Bhd[1991] 1 CLJ (Rep) 239; [1991] 1 CLJ 667; [1991] 1 MLJ 428, had also emphasised the importance of pleadings and ruled that where a vital issue was not raised in the pleadings it could not be allowed to be argued and to succeed on appeal (see also Ambank (M) Bhd v. Luqman Kamil Mohammed Don [2012] 3 CLJ 551; [2012] MLJU 56 FC). [31] On the same issue, HRH Raja Azlan Shah FJ (as HRH then was) in TheChartered Bank v. Yong Chan [1974] CLJU 178; [1974] 1 LNS 178; [1974] 1 MLJ 157, had also pointed out that "as the trial judge had decided on an issue which was not raised in the pleadings, the judgment must be set aside and new trial ordered" (see also: Haji Mohamed Dorn v. Sakiman [1955] CLJU 26; [1955] 1 LNS 26; [1956] MLJ 45; and Kiaw Aik Hang Co Ltd v. Tan Tien Choy [1963] CLJU 59; [1963] 1 LNS 59; [1964] MLJ 99). [34] For the purpose of the present appeal, we will only consider the pleaded case of the parties before us. To borrow the words of Gopal Sri Ram JCA in Cheong Heng Loong Goldsmiths (KL) Sdn Bhd & Anor v. Capital Insurance Bhd [2004] 1 CLJ 357, "... once a defendant takes that course, he must stand and fall on his pleaded case; we cannot simultaneously put forward an unpleaded case..."." [ 18 ] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan bahawa Defendan Pertama, Kedua, ketiga, Keempat dan Kelima adalah terikat dengan pliding yang difailkan, maka sebarang keterangan yang baru dimana tidak diplidkan harus ditolak. [ 19 ] Pegawai penyiasat (SP 2) mengesahkan bahawa kawasan kemalangan adalah kurang jelas kerana kawasan gelap pada waktu material, bonggol tidak dicat, tiada sebarang amaran / tanda 'AWAS BONGGOL DI HADAPAN, BONGGOL 35KM/J ‘dan tiada sebarang tanda pembinaan ataupun kawalan lalulintas di kawasan tersebut. SP 2 juga turut mengesahkan bahawa bonggol tersebut tidak mempunyai ciri-ciri sepertimana dinyatakan di Butiran Kerja Defendan Ketiga iaitu mengurus dan mengawal aliran trafik termasuk menyedia dan memasang papan tanda serta perabut jalan sementara seperti mana lukisan disertakan, menyapu cat garisan jalan jenis reflective thermoplastic berwarna kuning (ukuran 12m x 4m), papan tanda awas kawasan bonggol di hadapan dan papan tanda bonggol dengan 35km/j. Keterangan SP 2 ini juga GAGAL DICABAR oleh mana-mana pihak. [ 20 ] SP 2 juga mengesahkan punca kemalangan adalah disebabkan penunggang motorsikal melanggar bonggol yang tidak kelihatan yang mengakibatkan beliau hilang kawalan dan dilanggar sebuah motorcar No.DBC 9357. [ 21 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Mahkamah Rayuan di dalam kes Loo Khoo Chin and Loo An Mooi & Anor v. Tan Cheng Hang & Ors [1997] 1 CLJ 10926 telah memutuskan bahawa: "Once the plaintiff succeeds in establishing a prima facie case of negligence against the defendant, it is incumbent upon the defendant to give a reasonable explanation as to the cause of the accident as to negate any negligence on his part." [ 22 ] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati punca utama kemalangan ini berlaku adalah akibat bonggol tersebut yang tidak dicat, tiada tanpa amaran mencukupi, tiada kawalan lalulintas di kawasan tersebut, tidak mengikut syarat dan piawaian dan antara yang lain yang gagal dilakukan oleh Defendan Ketiga. Defendan Ketiga gagal memberikan penjelasan yang munasabah tentang punca kemalangan itu untuk menafikan sebarang kecuaian di pihaknya. [ 23 ] SP 2 langsung tidak menyiasat kelajuan motorsikal arwah dan dalam keterangannya juga tidak pasti akan kelajuan m/sikal arwah. SP 2 juga tidak merujuk kenderaan-kenderaan yang terlibat kepada pakar untuk mendapatkan laporan forensic / kimia atau 'laporan crash reconstruction of accident' daripada MIROS (the Malaysian Institute of Road Safety Research). Defendan-Defendan hanya membuat andaian berdasarkan kepada kerosakan pada kenderaan-kenderaan. Tiada bukti kukuh yang menunjukkan arwah menunggang dengan kelajuan yang tinggi dan adalah punca kemalangan ini. [ 24 ] Impak kerosakan keatas motosikal dan motorkar Defendan telah diakibatkan oleh fakta apabila motosikal arwah melanggar bonggol impak ianya telah mengakibatkan motorsikal tersebut melambung dan terpelanting serta mengakibatkan kerosakan teruk. Ini boleh dilihat daripada kedudukan mayat arwah dari motosikal dalam jarak 23meter yang jelas menyokong fakta motosikal terpelanting bersama arwah. Mahkamah bersetuju dengan hujahan bahawa tiada sebarang bukti yang kukuh bahawa arwah telah menunggang dengan laju dan cuai sehingga berlakunya kemalangan ini. [ 25 ] Isu selanjutnya adalah kecuaian sumbangan oleh Defendan Pertama, kegagalan menyebut fakta material di dalam laporan polisnya serta Keterangan Defendan Pertama SD 1 yang tidak munasabah dan saling bercanggah dengan Pembelaan. SD 1 dalam keterangannya memberitahu Mahkamah bahawa beliau telah memandu dengan kelajuan 30km/h, manakala SP 2, pegawai penyiasat menyatakan bahawa M/kar Defendan pertama dipandu pada kelajuan 60km/sejam sepertimana hasil siasatan rakaman percakapan dengan SD 1. [ 26 ] Di dalam laporan polis SD 1 langsung tidak menyatakan bahawa motorsikal arwah dipandu dengan laju sehingga motorsikalnya terbabas dan memasuki ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku kemalangan. Laporan polis SD 1 juga tidak menyatakan bahawa beliau telah nampak papan tanda AWAS BONGGOL DI HADAPAN 35KM/J serta tanda amaran . SD 1 juga tidak menyatakan di dalam laporan polisnya bahawa motorsikal arwah telah melanggar bonggol sebelum masuk ke laluannya. [ 27 ] Walaupun, SD 1 mengatakan telah nampak signboard bonggol semasa pemeriksaan balas Defendan Ketiga namun pada masa yang sama semasa memberi keterangan, SD 1 juga menyatakan bahawa pada hari kemalangan pertama kali beliau tahu ada kewujudan bonggol di situ, dan beliau telah melepasi bonggol pertama dan apabila hendak sampai ke bonggol kedua baru perasan bonggol di jalan itu. Ini jelas menyokong kes Plaintif bahawa langsung tiada tanda amaran, kawalan lalulintas, tiada tanda amaran AWAS BONGGOL 35KM/J di kawasan kemalangan. [ 28 ] Selanjutnya, keterangan SD 1 saling bercanggah dengan pembelaannya.. Pembelaan SD 1 memplidkan terhadap Defendan Ketiga, keempat dan Kelima bahawa mereka gagal membina bonggol dengan selamat dan sempurna yang mana tidak ditanda dengan warna kuning, gagal memberi sebarang amaran akan kewujudan bonggol tersebut, gagal meletakkan tanda amaran bonggol jalan, gagal memastikan bonggol tersebut selamat digunakan oleh pengguna jalanraya dan kesemua ini saling bercanggah dengan keterangannya. [ 29 ] Seterusnya penandaan 'Z' oleh SD1 sebagai tempat dimana perlanggaran berlaku diantara motorsikal arwah dan kereta Defendan SD1 adalah langsung tidak munasabah. Ini adalah kerana, Pegawai Penyiasat SP2 juga mengesahkan bahawa kedudukan simati adalah pada garisan berkembar tengah jalan sepertimana Eksibit P-13A [Bundle B] dan kedudukan Motorsikal arwah di K1 adalah berhampiran garisan kembar TIDAK DICABAR oleh manamana pihak. [ 30 ] 'Z' adalah bahu jalan selepas garisan putih pemisah jalan utama dengan bahu jalan sepertimana kelihatan di gambar polis di Exibit P13 A & B. Ianya mustahil bahawa SD1 memandu di bahu jalan sewaktu kemalangan dan ianya juga tidak berpadanan dengan lokasi motorsikal arwah dan mayat yang berada di atas / berhampiran garisan kembar tengah jalan. [ 31 ] Selanjutnya, Defendan Pertama dan Kedua iaitu SD 1 juga turut menyumbnag cuai dalam kemalangan ini. Tidak ditolak juga kebarangkalian bahawa disebabkan bonggol pertama yang dilepasi oleh Defendan Pertama dengan kelajuan 60 km/j (yang mana Defendan Pertama mengesahkan TIDAK MENGURANGKAN KELAJUAN) adalah punca sumbang cuai kemalangan ini. Sekiranya Motorkar Defendan dipandu dengan had laju 30kmph, Motokar Defendan pertama boleh mengelak pertembungan dan impak yang kuat dengan arwah yang mengakibatkan kematiannya. Kertas siasatan juga telah dibuka ke atas defendan dibawah Seksyen 41(1)(B) APJ 1987. [ 32 ] Merujuk kepada laporan post mortem28 yang menyatakan: 'alleged motorvehicle accident, motor biker vs a car, in front of Sekolah Menengah Tiong. He's wearing helmet, but the helmet was broken into pieces after the incident. The accident happened around 9.39pm when the decease skidded after hit the road bump and thrown across hit car heading on. He died on spot. [ 33 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Mahkamah Agung: Yew You & Anor v. Mah Poay Koh & Anor [1969] 1 LNS 209 29 yang memutuskan berikut: Such being the case, it remains to be considered whether or not any case of negligence on the part of the lorry driver had been made out. As I have said earlier, the defendants had committed themselves to their story, which was held to be false. There is no point in speculating on any other explanation, however plausible, which the defence might have been able to offer. That course is no longer open to them. It is elementary law that the onus on the plaintiffs is satisfactorily discharged once it appears to the court on balance of probabilities that the circumstances are more consistent than not with the defendants' negligence. Evidence in support of the plaintiffs' case is not necessarily confined to what is adduced on their behalf, but the whole of the evidence, from whatever source, must also be taken into consideration. In my view, accordingly, the mere fact that the evidence of the alleged eyewitness proved worthless is far from conclusive against the plaintiffs. In the nature of things, the plaintiffs were compelled to rely mainly on the mute testimony of the sketch plan and photographs, together with the observations of the investigating officer as the foundation of their case. They could also avail themselves of admissions by the defence. A fact, not to be lost sight of, is that only the self-serving evidence of the lorry driver and his mate tells us where the injured man was lying on the road before they removed him. There were no eye-witnesses. The possibility, therefore, cannot be ruled out that, if the lorry driver was at fault, his foremost concern would be to do what he could to exculpate himself. The evidence presented by the defendants ought, therefore, to be scrutinised carefully, if not with some suspicion, since they had no fear of contradiction by a dead man. [ 34 ] Mahkamah ini bersetuju dan berpendapat bahawa berdasarkan segala keterangan saksi-saksi dan juga dokumen-dokumen yang ditanda sebagai Eksibit adalah tidak dinafikan bahawa kecuaian simati LANGSUNG TIDAK TERBUKTI oleh mana-mana pihak Defendan. Secara lazimnya dalam kemalangan maut disebabkan hanya adanya keterangan satu pihak sahaja tidak memastikan versi pihak tesebut adalah benar dan ini adalah disebabkan dengan tujuan mengelak tindakan. Dengan adanya keterangan dan juga bukti-bukti dokumentasi yang ditanda sebagai Eksibit adalah tidak dinafikan bahawa kesemua Defendan-Defendan dalam tindakan ini sumbang cuai punca kemalangan dan kematian simati. Mahkamah memutuskan Plaintif telah berjaya membuktikan kecuaian tort terhadap Defendan-Defendan Ketiga, Keempat dan Kelima setakat 80% dan Kecuaian sumbangan terhadap Defendan Pertama setakat 20% atas kemalangan ini. B. KUANTUM: - TUNTUTAN PLAINTIF PERTAMA DAN KEDUA DI BAWAH SEKSYEN 7, UNDANGUNDANG SIVIL 1956 (DISEMAK 1972), DAN DIPINDA DI BAWAH AKTA 1984. [ 35 ] Plaintif Pertama dan kedua adalah ibu bapa yang sah kepada arwah, Wan Mohammad Firman bin Wan Yunus yang telah meninggal dunia akibat kemalangan ini. Maka, Plaintif Pertama dan Kedua ini menuntut ganti rugi berjumlah RM 10,000.00 bagi kedukacitaan seperti mana diperuntukkan di bawah Seksyen 7 (3A) Akta Undang-Undang Sivil 1956. [ 36 ] Perbelanjaan bagi pengkebumian. Menurut keterangan SP 1, ibunya, kos penguburan serta kos sembahyang, keagamaan, makanan, derma dan upacara adat adalah lebih kurang RM 10,000.00. Sebagai orang Islam, perbelanjaan pengebumian akan berada di bawah khairat yang tidak memerlukan bukti perbelanjaan. Maka, ganti rugi kos pengkebumian yang dihujahkan adalah sebanyak RM 10, 000.00. [ 37 ] Bagi tuntutan kehilangan tanggungan, SP 1 iaitu ibu kepada arwah telah memberi keterangan bahawa arwah bekerja sebagai pelayan café di Nanie's Enterprise. Arwah turut memberikan sebanyak RM 1,000.00 sebulan kepada Ibunya bagi pengurusan rumah, pembayaran bil serta ubatan. SP 1 juga memberitahu bahawa arwah pernah memberitahunya bahawa gaji beliau adalah lebih kurang RM 1,600.00 sebulan dan arwah juga membuat kerja lebih masa (overtime) dimana waktu kerjanya adalah dari jam 7 pagi hingga 8 malam. [ 38 ] Menurut keterangan majikan kepada arwah iaitu SP 3 iaitu pemilik perniagaan Nanie's Enterprise juga mengesahkan bahawa arwah bekerja di Café beliau sebagai pelayan sejak 1.2.2017 sehingga tarikh kemalangan melalui Exibit P1738 . Tugas-tugas arwah adalah untuk membersihkan café, set up café iaiatu susun pinggang magkuk, mengambil pinggang mangkuk dari meja pelanggan dan juga mencucinya. [ 39 ] SP 3 juga telah memberikan keterangan dan mengemukakan salinan slip-slip gaji arwah yang membuktikan gaji arwah adalah dalam lingkungan RM 1525.00 sehingga RM 1660.00 sebulan termasuk gaji pokok, overtime dan elaun kedatangan. Gaji dibayar secara tunai dan tiada potongan KWSP dan SOCSO atas permintaan arwah sendiri. [ 40 ] Laporan post mortem juga turut mengesahkan bahawa arwah bekerja sebagai pembantu di restoran. Ini merupakan maklumat awal yang dibekalkan oleh waris arwah kepada pihak Hospital yang mana wajar diambilkira kerana pada masa tersebut tidak akan terlintas di fikiran waris arwah untuk mereka - reka mengenai pekerjaannya. [ 41 ] Dalam pliding dinyatakan bahawa arwah memberikan RM 1,000.00 sebulan kepada Plaintif-Plaintif sebagai wang pembiayaan/ pengurusan perbelanjaan harian dan keterangan ini gagal dipatahkan oleh Defendan-Defendan. SP 1 mempunyai seorang anak OKU yang mana segala pendapatan beliau digunakan untuk beliau, maka suami dan SP 1 hanya bergantung kepada wang pembiayaan daripada arwah selaku satu - satunya anak lelaki bongsu daripada 5 orang adik beradik yang mana seorang kakak telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, seorang lagi kakak sedang belajar di Kuala Lumpur dibawah biasiswa kerajaan di UNPM dan kakak keempat pula belajar di UNIMAS di bawah biasiswa serta kakak sulung adalah OKU. [ 42 ] Maka kehilangan tanggunggan adalah seperti berikut: Arwah berumur 18 tahun semasa kemalangan. Maka bagi mereka yang meninggal dunia sebelum berumur tiga puluh tahun menurut Akta Undangundang Sivil 1956 ('CLA') ialah 16 tahun. RM 1000 x 12 bulan x 16 tahun = RM192,000.00 [ 43 ] Secara kesimpulannya, tuntutan bagi kehilangan tanggunggan adalah berikut: a) Kedukacitaan: RM10,000 b) Kos pengkebumian: RM10,000 c) Kehilangan tanggungan: RM192,000 [ 44 ] Selanjutnya Plaintif-Plaintif juga turut menuntut award bagi gantirugi teruk dan teladan kerana Defendan keempat dan kelima gagal memantau kerja-kerja pembinaan bonggol tersebut oleh Defendan ketiga dan hanya melawat tapak setelah kerja disiapkan bagi tujuan pembayaran tender. [ 45 ] Jumlah insuran yang diambil oleh Def 3 juga hanya berjumlah RM19,900 yang mana langsung tidak mencukupi sepertimana dalam kes kemalangan ini. Prasyarat kontrak oleh Def keempat dan Kelima harus diteliti dan memastikan Def 3 mempunyai insuran yang mencukupi sekiranya musibah berlaku. Dalam kes ini juga pihak Allianz insuran telah menamatkan polisi sebelum tamat tempoh kontrak berakhir atas alasan yang langsung tidak diperjelaskan oleh Def 3 semasa perbicaraan ini; kini Def 3 diwakili oleh peguam persendirian. Oleh itu Plaintif memohon sebanyak RM 50,000.00 bagi Gantirugi Teladan Dan Teruk. KESIMPULAN [ 46 ] Berdasarkan fakta dan dokumen serta hujahan kedua pihak, Mahkamah berpendapat pihak Plaintif telah Berjaya membuktikan kesnya. Oleh itu Mahkamah bersetuju bahawa Df 1 & 2 sumbang cuai 20% Sekian terima kasih. ……….………..t.t…………………..……. HJ.EFFANDI NAZILA HJ.ABDULLAH Hakim Sesyen Bertarikh pada 30 Januari, 2026.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.