saksi-saksi Pihak Defendan tidak kredible dan tidak boleh dipercayai. [7] Oleh yang demikian disebabkan Mahkamah Tinggi dalam Kes No. 1 telah meneliti dan telah menutuskan Kes No. 1 berdasarkan alasan yang sama, maka dihujahkan doktrin res judicata adalah terpakai dalam perbicaraan ini. Kes Pihak Defendan [8] Pihak Defendan menghujahkan antara lainnya, pertamanya, tuntutan Pihak Plaintif ini adalah merupakan suatu “probate action” kerana melibatkan “contentious probate proceedings”. Oleh yang demikian Aturan 72, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dipanggil “KKM 2012”) adalah terpakai. Aturan 72 adalah mandatori dan kegagalan mematuhinya adalah fatal kepada kes Pihak Plaintif (prinsip kes Kok Chee Yoong & Anor v Wong Lee Yuen [2018 MLRAU 265 CA). [9] Kedua, Pihak Defendan menghujahkan doktrin res judicata tidak terpakai dalam kes ini kerana Kes No. 1 hanya melibatkan suatu wasiat sahaja (Wasiat Tidak Sah) dan tidak melibatkan 3 Wasiat Tersebut. Selain dari itu isu-isu, perkara pokok (subject matter) dan saksi-saksi adalah berbeza. [10] Ketiga, Pihak Defendan menghujahkan mereka telah berjaya melepaskan beban untuk menunjukkan bahawa Si mati mempunyai keupayaan membuat wasiat, menandatanganinya dan memberikan efek kepada 3 Wasiat Tersebut. Penelitian dan penemuan mahkamah [11] Mahkamah akan bermula dengan penghujahan Pihak Defendan bahawa Pihak Plaintif telah gagal mematuhi keperluan Aturan 72, KKM 2012 kerana tidak memfailkan “Affidavit of Testamentary Scripts” dalam suatu “contentious probate proceedings”. [12] Saya mendapati tujuan Aturan 72, Kaedah 9, KKM 2012 memperuntukan sedemikian adalah kerana pertama, memberikan detail apa yang termaktub dalam scripts (wasiat) Si Mati. Kedua, adalah untuk memaklumkan dimana scripts (wasiat) itu berada. [13] Saya bersetuju dengan hujahan Pihak Plaintif bahawa mereka telah mematuhi keperluan aturan tersebut tetapi tanpa melabelkannya secara khusus sebagai “Affidavit of Testamentary Scripts”. Afidavit-afidavit seperti keperluan aturan tersebut telah pun difailkan oleh Pihak Plaintif diperingkat probate/letter of administration sebelum memulakan writ saman ini. Malah dalam ikatan dokumen yang difailkan dalam kes ini juga telah dimasukkan affidavit-afidavit tersebut. Ini dapat dilihat dalam Bundle A5, muka surat 796, affidavit oleh Ong Chin Siong [SP1] yang diikrarkan pada 28.1.2019, Bundle A4, muka surat 482, affidavit oleh Won Hai Chai [SP3] yang diikrarkan pada 19.12.2018, Bundle A5, muka surat 482, affidavit oleh Won Chin Siong [SP3] yang diikrarkan pada 19.12.2018. [14] Saya berpendapat afidavit-afidavit ini telah mencukupi untuk Pihak Defendan mengetahui butiran dalam wasiat dan dimana wasiat tersebut berada serta mematuhi keperluan Aturan 72, Kaedah 9, KKM 2012. Ini selaras dengan keputusan kes In the matter of the estate of Patrick Dempsey. Michael Prendergast, Plaintiff v Liam Mcloughlin, Defendant [2010] 3 IR 445: “[27] It is also necessary to have regard to the fact that, in testamentary litigation, the plaintiff and defendant must file what is known as an affidavit of scripts or affidavit as to scripts. The relevant requirement is to disclose, by affidavit, all testamentary scripts of the deceased, executed or unexecuted, which have at any time come into the possession or knowledge of the parties. The affidavit concerned must describe any testamentary script of the deceased whose estate is the subject of the action of which the deponent has any knowledge or, if it be the case, state that the deponent knows of no such script… [29] As can be seen from the above, procedural rules on affidavits as to scripts clearly envisage that such an affidavit should disclose all written instructions which are in the possession or knowledge of the deponent. The definition of scripts does not seem to cover any oral instructions.” [15] Selanjutnya saya meneliti pula kepada merit kes. Pada masa material (2014), Si Mati berumur 59 tahun. Si Mati disahkan mengidap kanser pancreas tahap 4 pada bulan Februari 2014. Penyakit ini kemudiannya merebak ke bahagian paru-paru dan liver. Si Mati dimasukkan ke Hospital Selayang, Selangor untuk rawatan. Pada sekitar bulan tersebut hingga Mac 2014, Si Mati dihinggapi penyakit jaundis. Di hospital berkenaan, Si Mati menjalani beberapa prosedur rawatan, namun penyakit jaundis datang semula. [16] Pada sekitar bulan Mac-April 2014, Si Mati dimasukkan pula ke Hospital KPJ, Kota Bharu, Kelantan kerana mengidap penyakit demam yang tinggi dan inflammation of bile duct (selain dari penyakit kanser dan jaundis). Selanjutnya Si Mati dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan pada 14.5.2014. Semasa di hospital ini, Si Mati telah dimasukan antibiotic intravenous. [17] Pada 11.6.2014, Si Mati dimasukkan pula ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk prosedur rawatan “percutaneous transhepatic biliary drainage” kerana terdapatnya infection on pancreatic duct”. Kemudian pada 15.6.2014, Si Mati dipindahkan semula ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2. [18] Disebabkan penyakitnya bertambah teruk dan tempoh hayat yang singkat, Si Mati dikeluarkan dari hospital berkenaan dan dibawa pulang ke rumahnya. Pada 5.7.2014, Si Mati meninggal dunia iaitu lebih kurang 5 bulan setelah dikesan mengidap kanser tahap 4. [19] Bermula dari bulan April 2014 hingga Jun 2014, Si Mati telah menyediakan sebanyak 4 buah wasiat iaitu wasiat bertarikh 7.4.2014 (eksibit D1), wasiat bertarikh 18.5.2014 (D2), wasiat bertarikh 12.6.2014 (D3) dan wasiat bertarikh 19.6.2014 (Wasiat Tidak Sah). Keempat-empat wasiat ini mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu: